Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Hutang. Show all posts
Showing posts with label Hutang. Show all posts

17 January 2024

05 October 2023

Dimana Adam Adli?

Bhai/DeeDee semua...

Dulu mamat bernama Adam Adli nih bukan main kedepan bab isu terkait PTPTN nih.... siap berdemo bagai... siap buat duduk bantah.. siap berkhemah di Dataran Merdeka lagi.... Hahahaha....

Tapi la nih dah tatau kemana pergi dier nih... Dalam Kementerian Belia pun dier tak nampak buat kerja pon... tak nampak ader signifikan.... 

Hahahaha.... dan hutang pelajar terkait PTPTN yang dulunya dicanangkan akan di hapuskan pun macam tue la jugak.... Hahahaha...

Hampeh...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Bukan Ke Hutang PTPTN nak dihapuskan?


22 July 2023

Main Bapak-Bapak La Pulak ... Hahaha

Bhai/DeeDee semua...

Dah macam budak-budak punya statement... main bapak-bapak la pulak... hahaha ... Adoilah... 
Lepas abis main bapak-bapak... nak pakai aper?? pakai eja Alif Lam Lam Ha ke??? macam bebudak...

Huhuhu... adoilah korang nih..
Oh yer.... Nika Gee kirim salam..... Hahaha

=================
PERCUMA: Income bulanan sekurang-kurangnya RM5 secara pasif  = https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Mampoih la pasai Felda je pon


21 July 2023

Ramai Yang Meroyan

Bhai/DeeDee semua...

Gua berani jamin... post macam nih mesti akan trigger WalaNON dan Bangsa Slurpp... Depa mesti akan kecam gua... Hahaha...  

Jangan la bodo sangat... Hahaha.. cukup-cukup la Walaun dan Mahacai jer yang bodo... Hahaha

=================
PERCUMA: Income bulanan sekurang-kurangnya RM5 secara pasif  = https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



06 April 2023

Tunai Haji Dengan Berhutang?

Bhai/DeeDee semua...

Ini kerja gila... Betullah tunaikan Haji ke Baitullah itu wajib.. salah satu dari Rukun Islam... tapi ianya hanya jatuh wajib bila berkemampuan... Kalu sampai tunai haji dengan berhutang... itu dah tak cukup syarat berkemampuan dah...

Adoilah...

Lepas tu ader pulak puak-puak berlabel agama yang ajar dan endorse buat benda nih... mengarut sungguh... untuk apa... untuk kepentingan puak-puak tertentu... yang buat pakej haji melampau gila harganya...

Adoilah...

Syaitan tue boleh berupa macam orang baik ... orang alim..... jangan terpedaya la...

Jahanam....


Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menawarkan penyelesaian kewangan untuk bakal jemaah haji yang ingin mengambil pakej haji

melalui 22 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) lantikan Lembaga Tabung Haji (TH) yang juga ahli Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra).

Penyelesaian kewangan itu disediakan menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara Bank Islam dan Bumitra bertujuan melaksanakan kerjasama dan sesi perkongsian ilmu bagi mendidik pelanggan Bumitra mengenai penyelesaian kewangan yang disediakan oleh Bank Islam, terutamanya untuk haji dan umrah.

Kerjasama itu juga merangkumi usaha untuk membantu penyebaran maklumat mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, penyediaan pakej pembiayaan peribadi ini memberi peluang kepada bakal haji berkemampuan dan berupaya untuk membayar balik pembiayaan secara berstruktur mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Menurutnya, memandangkan kos pakej haji kian meningkat disebabkan faktor luar kawalan, pembiayaan peribadi yang ditawarkan ini adalah tepat pada masanya untuk membolehkan lebih ramai lagi umat Islam yang berkemampuan menunaikan rukun Islam kelima.

10 March 2023

Kerajaan Mak Dani ... Semua Boleh Main Sondol Je

Bhai/DeeDee semua...

Semua boleh disondol ... semua boleh dilanggar... Kerajaan Mak Dani nih bukan boleh kira... janji WalaNON dan Bangsa Slurpp semuanya akan bekap... Jilat sampai licin.


Hahahaha



16 February 2023

Makin Jahanam Felcra

Bhai/DeeDee semua...

Felcra nih start jahanam masa Tajuddin Abd Rahman jadi Pengerusinya.... lepas tue langsung tabley nak bangkit dan pulih... walhal aset berbilion... tanah jer ader berapa ratus ribu hektar... pengurusan kewangan kelaut....

Jahanam...

Harap dapat diperbetulkanlah...


Semakan audit mendapati Felcra Bhd (Felcra) mempunyai tunggakan hutang yang tidak mampu dibayar berjumlah RM312.22 juta pada tahun 2021 berbanding RM82 juta pada tahun 2020.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2, berdasarkan surat pengesahan baki dan tunggakan pinjaman Kerajaan Persekutuan bertarikh 10 Januari 2022 daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia, baki pinjaman Felcra dengan Kerajaan Persekutuan setakat 31 Disember 2021 ialah RM3.67 bilion.

“Baki pinjaman ini merupakan 69 peratus daripada keseluruhan liabiliti Felcra yang berjumlah RM5.32 bilion dan berdasarkan maklum balas Felcra, Kerajaan melalui keputusan Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022 telah meluluskan sebahagian baki pinjaman berjumlah RM969.27 juta ditukarkan kepada ekuiti dalam Felcra,” kata laporan itu.

LKAN berkata satu daripada enam indikator perspektif perspektif petunjuk prestasi utama (KPI) Felcra tidak mencapai sasaran pada tahun 2021 iaitu indikator pengurangan kos dalam kos pentadbiran, ia disebabkan tambahan perbelanjaan bagi Program Tanggungjawab Sosial Korporat Rakyat berjumlah RM10 juta yang tidak dibajetkan pada awal tahun.

15 January 2023

i-Finale : Apa Pandangan Korang?

Bhai/DeeDee semua...

Ada ramai sebenarnya yang menyokong usaha Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ProRakyat) yang sedang mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk meluluskan pengeluaran fasa ke empat simpanan KWSP sampai maksimum RM30 ribu.

Sungguh memang ramai yang menyokong...

Gua pun sama juga.... tapi itu pandangan peribadi gua... Apa pulak pandangan korang??? Amacam okeh ka idea nih???

i-Finale KSWP

Sekumpulan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertimbangkan satu lagi skim pengeluaran awal KWSP sehingga RM30,000.

Mewakili pihak pencarum, Presiden Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ProRakyat) Khairul Anuar Othman berkata pengeluaran awal diperlukan sebagai penyelesaian jangka pendek bagi mereka yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

30 December 2022

OPR Bakal Naik Lagi 2023?

Bhai/DeeDee semua...

Takder perkataan yang paling sesuai untuk gua ulas berkenaan OPR yang mungkin akan dikenakan kenaikannya 2 kali pada 2023 orang Bank Negara Malaysia selain...

GAMPANG LA

Itu jer selayaknya yang gua ucapkan kat Kerajaan dan BNM sejak dulu lagi sampai la nih...

Memang GAMPANG


Kenyataan BNM pada November memberikan peringatan yang jelas bahawa tekanan inflasi berkemungkinan kekal pada 2023, dan bank pusat juga menekankan kesediaannya untuk kekal cenderung kepada kadar faedah tinggi, jika perlu.

“Kami mengunjurkan dua lagi kenaikan sebanyak 25 mata asas ke atas kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3.25 peratus berdasarkan unjuran kami bagi 2023,”

CGS-CIMB Securities Sdn Bhd (CGS-CIMB) mengunjurkan inflasi Malaysia berada pada 3.0 peratus tahun ke tahun pada 2023, berbanding unjuran bagi 2022 pada 3.3 peratus tahun ke tahun.

Ketua Ekonomi, Nazmi Idrus berkata campur tangan kerajaan dalam perkara seperti harga ayam, petrol dan bayaran tol akan terus membendung sebahagian inflasi dalam jangka masa terdekat.

28 December 2022

At Least Belanda Meminta Maaf Juga

Bhai/DeeDee semua...

Baru-baru nih Kerajaan Belanda pimpinan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte meminta maaf secara rasmi di atas penglibatan selama 250 tahun Belanda dalam perhambaan, menyifatkannya sebagai jenayah kemanusiaan.

Permohonan maaf itu dibuat hampir 150 tahun selepas perhambaan di koloni-koloni seberang laut Belanda berakhir termasuk Surinam di Amerika Selatan, Indonesia di timur dan kepulauan Caribbean seperti Curacao serta Aruba.

Ratusan tahun mereka terlibat dengan perhambaan...  biasa la penjajah... tak terkejut pun kita..

Tapi... ratusan tahun lamanya di Tanah Nusantara nih... para pemimpin lokal... dari kalangan Raja-Raja, Sultan, pemimpin tempatan dan bangsawan pun terlibat dengan perhambaan... Ada banyak rekod sejarah sama ada dari penulisan pengembara / peniaga / penulis tempatan mahupun dari kisah lisan rakyat tempatan... Perhambaan sesama bangsa (Melayu terhadap Melayu)... Yang kaya, berharta dan berkuasa menekan yang miskin papa kedana...

Malah dalam banyak kes... hanya kerana hutang secupak beras yang tak mampu dilangsaikan.. habis satu keluarga dari si datuk sampailah ke cucu menjadi hamba... tak kira yang lelaki mahupun perempuan...  Terdapat juga kes ibu yang mengandung pun menjadi hamba sampaikan bayi yang baru lahir pun ditakrifkan sebagai hamba...

Kalu hamba yang perempuan... muda pulak tue... memang jadi mangsa perlakuan seksual oleh si pemilik (si pemberi hutang).. Ini dah jadi biasa... nak marah dan melawan??? alamat matilah kena tikam dengan keris atau lembing... dan kes bunuh nih takkan di angkat hukum oleh pemerintah sebab hamba tak dikira sama taraf dengan manusia... Pada puak-puak bangsat nih... hamba lebih rendah darjatnya dari binatang...

Nak tebus hutang secupak beras bukanlah boleh dengan membayar sekadar dua cupak beras... tapi dalam banyak keadaan lebih dari itu... Kalu ada tanah atau rumah.... habis semua dirampas tapi hutang secupak beras tetap tak habis juga...

Ada yang mungkin akan kata benda nih berlaku sebelum kedatangan Islam di Nusantara.... 

Hahaha... yer betul.... memang berlaku lama... lebih 800 tahun dulu.... tapi sesudah kedatangan Islam pun tetap benda nih tak berubah... Boleh semak Hikayat Abdullah Munsyi tentang perkara nih.... Gua tak kisah perhambaan dibuat oleh bangsa lain... tapi gua kisahkan perhambaan yang dibuat oleh bangsa gua sendiri... Bangsa Melayu kepada bangsa Melayu jugak.... 

Perhambaan di Tanah Melayu (Malaya) nih cuma dihapuskan oleh Penjajah British pada 1915.... semasa adanya Residen Inggeris JWW Birch masih hidup....  Sebelum tue selamba jer perhambaan tu mendarah daging dalam budaya Melayu... 

By the way... Sultan Mahmud yang mangkat di julang pun ada hamba budak lelaki yang menjadi pemuas nafsu songsangnya....  rekod sejarahnya ada.... korang kena la gali... takkan semuanya nak kena suap.... LEMAH betul lar...

Huhuhu....

At least Belanda meminta maaf juga.... Pemimpin dan bangsawan Melayu ader pernah minta maaf ker??? Bangsat betul kan...

P/S ... Kepada yang nak bekap Pemimpin dan Bangsawan Melayu nih ... cuba lah semak... mana la tau keturunan korang pun dulunya hamba gak... nasib baik la British hapuskan perhambaan di Tanah Melayu pada 1915.

*** Dilaporkan Raja Muda Yusof pernah mencurahkan air panas ke atas badan hamba perempuannya dan meletakkan sarang semut merah ke atas badannya kerana cuba melarikan diri daripada tuannya. - S. Patrick. (1982). Social Relation of Dependence in a Malay State: Nineteenth Century Perak. MBRAS. Kuala Lumpur: Oxford University Press (Halaman 61)

*** Sultan Abdullah mempunyai hamba yang dijadikan pelacur dan menerima bayaran 10 sen sehari. Sumber pendapatan Sultan dan pembesar bergantung kepada hamba samada dari segi melaksanakan kerja yang menjadi pendapatan tuan atau bekerja dan pendapatan itu dikongsi dengan tuan mereka. - Burns P.L (1971). Papers on Malays Subjects. London: Oxford University Press. (Halaman 115)

*** Haji Hawah mempunyai 8 orang wanita muda dan 4 wanita dewasa. Mereka tidak deberikan pakaian dan makanan, dan mereka mesti membahagikan pendapatan mereka dengan tuan mereka. - S. Patrick. (1982). Social Relation of Dependence in a Malay State: Nineteenth Century Perak. MBRAS. Kuala Lumpur: Oxford University Press (Halaman 55)

berkaitan: 


BIBLIOGRAFI

Andaya B.W & Andaya L.Y (1983). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillian Publishers,

Azmah Abdul Manaf (2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

Burns P.L (1971). Papers on Malays Subjects. London: Oxford University Press.

Cowan. C.D (1970). Tanah Melayu: Kurun kesembilan Belas asal usul penguasaan British. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ducker W.J. & S. Jackson J. (2001). The World History: volume two: since 1500. California: Wadworth/Thompson Learning

Gullick J.M (1978). Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Muhammad Yusoff Hashim (1990). Kesultanan Melayu Melaka: kajian beberapa aspek tentang Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ooi Keat Gin (edt). Volume I (2004). Southeast Asia (A-G): A Historical Encyclopedia from Angkor Watt to East Timor. Library of Congress Cataloguing in Publication Data

Parkinson. C. N, (1964). British intervention in Malaya 1867-187. Kuala Lumpur: University of Malaya Press

Sadka. E. (1968). Protected The Malay States (1874-1895). Kuala Lumpur: The University of Malaya Press.

Sivachandralingan Sundara Raja (2002). Sejarah Eropah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor.

S. Patrick. (1982). Social Relation of Dependence in a Malay State: Nineteenth Century Perak. MBRAS. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Williameson. J.A. (1944). The Evolution of England. London: Oxford University Press.


“Kerajaan Belanda dan Netherlands memikul tanggungjawab di atas penderitaan besar yang berlaku kepada rakyat jelata yang dijadikan hamba serta keturunan mereka."

“Kita yang hidup di dunia ini dan pada masa ini, hanya dapat mengesahkan perbuatan perhambaan ini berlaku dan mengutuknya dalam terma yang sejelas-jelasnya sebagai jenayah kemanusiaan,”

17 October 2022

Helo SPRM? Pancing Undi Ini Bukan Rasuah Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Rasuah ader pelbagai bentuk.... Pancing undi dengan tabur duit pun satu rasuah... Hapuskan hutang lapuk pun satu rasuah... Tambah lagi selepas bubarnya Parlimen... Perdana Menteri Interim tidak ada kuasa untuk meluluskan apa-apa projek atau dana... 

Memang sepatutnya begitu.. Tidak boleh ader Menteri, Timbalan Menteri termasuklah Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri yang boleh meluluskan apa-apa projek, pengurniaan dana ataupun penghapusan hutang....  sebab jawatan semua sudah gugur atas sebab bubarnya Parlimen...

Jadi macam mana SPRM boleh buta bab ni???

Adoilah...




18 March 2022

Pendedahan : Nilai Pembayaran Hutang Harian 1MDB

Bhai/DeeDee semua...

Setelah mengambil kira semua nilai yang ada... akhirnya nilai pembayaran hutang 1MDB secara harian telah dapat dirungkaikan dan diberikan pendedahan.

Pergh.... memang pecah kepala bila memikirkan betapa sebanyak ini nilai yang Kerajaan Malaysia habiskan untuk membayar hutang 1MDB secara harian.

Memang giler nilainya... macam mana la boleh ada hati pihak-pihak yang khianat ini menjarah dana negara sekadar untuk mengkayakan pihak mereka semata-mata tanpa memikirkan keadaan kewangan negara.

Adoyailah.

#1MDB #NajibRazak #JhoLow #RogerNg #TimLeissner #RohanaRozhan #GoldmanSachs #RosmahMansor #CipanTapirTenuk #SocialCritics

28 October 2021

Ketua Audit Negara Pun Cuak

Bhai/DeeDee semua...

Dah makin gila gamaknya... buat hutang baru atas tujuan kambus hutang lama... Adoilah...

Keadaan kerajaan bergantung kepada pinjaman baharu untuk membiayai bayaran balik prinsipal pinjaman yang matang disifatkan sebagai membimbangkan.

Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berkata walaupun sijil ketua audit negara bagi 2020 telah dikeluarkan dengan status sijil bersih tanpa teguran, namun beberapa penegasan perkara telah diberikan termasuk isu hutang persekutuan.

“Separuh dari hutang baharu digunakan untuk membayar hutang yang telah matang, sepatutnya ia dibayar dengan lebihan hasil yang ada.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan serta Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan Tahun 2020 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini mendapati sejumlah RM98.058 bilion atau 50.4 peratus daripada keseluruhan RM194.555 bilion pinjaman baharu kerajaan digunakan untuk tujuan membayar balik prinsipal hutang bagi 2020.

Jumlah itu meningkat sebanyak RM15.335 bilion berbanding RM82.723 bilion pada 2019.

Justeru Nik Azman berkata pihaknya mengesyorkan perbelanjaan berhemah dan memastikan semua perbelanjaan pembangunan yang dibiayai dengan pinjaman perlu disempurnakan mengikut masa ditetapkan dengan kos yang munasabah tanpa ketirisan dan pembaziran.



17 February 2021

AMLATFA2001 Tak Mahu Siasat Rina Harun Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Gua takmo nak tulis panjang-panjang... cuma sekadar nak tanya jer.... Banyak sungguh ka duit Rina Harun?? Gua tau la dier ader bisnes sebelum nih... tapi duit yang Rina Harun tue ader nak bayar hutang sampai RM1 juta lebih tue dari mana sumbernyer...

Tambah lagi yang dier buat Bariatrics tue... berapa pulak modalnya...

Huhuhuhu.... AMLATFA2001 takmo nak tanya ka??? tak mahu nak siasat Rina Harun ke?



31 December 2020

Buruh Paksa Satu Realiti

Bhai/DeeDee semua...

Sistem buruh paksa dihapuskan oleh British di Malaya pada tahun 1911. Maka sejak dari itu tidak ada mana-mana Pembesar Melayu dibenarkan menggunakan perkhidmatan buruh paksa. Sebelum tahun itu ramai orang-orang Melayu dan orang Asal yang berhutang dengan Pembesar Melayu telah dipaksakan bekerja tanpa upah (hanya menerima makanan ala kadar sahaja) di ladang-ladang dan lombong bijih timah milik Pembesar Melayu.

Sebelum 1911 jika seorang bapa terlibat berhutang walau secupak beras dengan Pembesar Melayu, maka semua ahli keluarga itu akan menjadi hamba berhutang dengan Pembesar tersebut. Dan mereka perlulah bekerja dengan Pembesar tersebut sehingga hutang selesai. Biasanya nilai kerja yang dibuat adalah berlipat kali ganda dengan nilai hutang yang termetrai.

Pembesar Melayu memang terkenal memanipulasikan buruh paksa ini dan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati maka akan hilanglah nyawa mereka. Orang-orang kampung tidak mampu berbuat apa-apa atas kebejatan perangai Pembesar Melayu atas sebab patuh dan hormat dengan waad Sang Sapurba.

Sebab itulah juga Partai Buruh Malaya di haramkan oleh British bila mana partai ini cuba mencorak politik negara dengan memberikan penekanan terhadap dasar dan imbuhan serta polisi pekerjaan. British dan Pembesar Melayu berpandangan tindakan Partai Buruh Malaya ini jika dibenarkan akan menghilangkan dan meminggirkan Kolonial dan Pembesar Melayu.

Itu dulu... Sekarang sistem buruh paksa jugak dikenakan kepada para pekerja dalam pelbagai sektor terutamanya perkilangan. Ini berlaku bilamana Kerajaan sedia ada tidak memantau dan membenarkan pekerja asing memenuhi sektor perkilangan. Apa yang berlaku, setiap pekerja warga asing yang masuk bekerja telah ditetapkan ada hutang yang perlu dilunaskan  (dengan macam-macam cara manipulasi) termasuklah hutang levi, hutang transit dan hutang permit kerja.

Paspot mereka ditahan oleh Majikan dan mereka perlu bekerja ikut apa yang dipaksakan kepada mereka yang mana biasanya nilaian kerja tersebut amat berganda dengan nilaian hutang para pekerja warga asing ini. Gua ingat kat satu team pekerja Nepal yang pernah gua berkawan. Mereka bercerita yang makan, minum dan tempat tinggal disediakan kepada mereka dan mereka perlu menjadi pengawal keselamatan lebih 16 jam sehari. Gaji disekat oleh Majikan (kononnya Majikan membayar RM1800 sebulan) walhal apa yang mereka dapat sebenarnya adalah RM200 sahaja sebulan... selebihnya dikira tolak bayaran makan, minum, tempat tinggal dan pengangkutan mereka.

Ini satu contoh buruh paksa. Sama jugak seperti yang berlaku di Synergy Drive (Sime Darby) dan Top Glove serta banyak lagi syarikat besar di Malaysia termasuklah didalam industri pembinaan.



18 July 2013

200 KM

Bhai/DeeDee sekalian.... Sori... Sepanjang hari nih gua tak update blog... Gua terpaksa berkejar-kejaran dari "Safa ke Marwah" dengan motor... Hahaha... 200 km sehala tue.. Mampuih...

Gua pi Jengka dan Pekan serta Gambang sebab server di tiga lokasi nih ader masalah kritikal.... Jadi team yang lain tengah buat deployment Wireless Bridging 155mbps dari satu kampus ke kampus lain...

Hehehe... Ini bukan kerja hakiki gua la... Hahaha... Tapi biasa la... Gua nih macam-macam kerja buat dalam satu masa.... Hahaha... Tapi duit sen seciput jer la... Aper daaa...

Oh yer... Tadi nyaris tak eksiden kat area Cherating pasai gua terlelap sambil merempit motor... Giler betul lar.. Nasib baik gua bawak motor sambil dengar MP3 dari tepon gua cap buah tue... La nih lagu sumer sudah ilang dari MP3... Sudah ganti dengan ayat-ayat suci Al Quran dan Zikir..

Umur sudah 40++ la bhai... Mati is around the corner... Malaikat Maut skrang tengah tunggu the exact time... Jadi kena ingat-ingat la... Gua harap gua dapat selesaikan semua hutang dengan manusia dan dengan Allah sebelum gua meninggal dunia..

Kalu nak abis nyawa pon biarlah gua dapat selesaikan gua punya hutang dengan orang sumer..

19 February 2013

GDP Malaysia Meningkat?

Bhai... Agensi Penarafan Moody telah membuat analisa tentang GDP Malaysia... Diorang kata GDP Malaysia telah meningkat lebih dari 5%..... Gua tak kisah dengan analisis dan kajian diorang... sebab diorang nih berpengalaman luas dan lama dalam bidang financial nih....

Gua cuma nak tanya sesuatu nih... Aderkah penarafan Moody ini bersandarkan juga kepada nisbah hutang Kerajaan Persekutuan berbanding nilai GDP yang khabarnya sekarang nih dah sampai 74% daripada jumlah GDP negara.... Kalu ikutkan syarat yang ditetapkan... nisbah hutang berbanding GDP mestilah dibawah 55%

Nih kalu dah cecah 74% nih aper ke jadahnyer... nak tunggu mampus terlungkup macam Greece ker... Pergh... dulu... masa Abdullah Ahmad Badawi amik alih pentadbiran negara ni dari Mahathir Mohamed ... masa tue hutang negara bernilai RM250 bilion.... masa tue nilai RM berbanding USD adalah sekitar RM3.5 = USD$1 ...

Maknanyer sebenarnya agak teruk jugak... masa Najib Razak amik alih pentadbiran dari Abdullah Ahmad Badawi... dengar citernya hutang negara sudah mencecah RM620 bilion.... mak aih... masa nih USD$1 = RM3.30  .... Hahaha... banyak jugak kan...

Oh yer... sebelum terlupa... lu orang mesti berbangga kerana Mahathir Mohamed cuma buat hutang negara jadi sekadar RM250 bilion kan... hahaha.... tapi lu orang jangan lupa... itu harga masa USD$1 = RM3.80 .... hahaha... sedangkan dulu pernah USD$1 = RM2.25 ..... hehehe...  dan hutang negara nih sekitar 1985 gua tak sempat nak semak... hahaha... walhal masa tue negara kiter tengah mewah.... tapi dengar citer hutang mencanak gak...

Aper-aper pon... persoalan yang kita nak tanya sekarang nih... berapa agaknya nilai hutang negara apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negara dari Najib Razak selepas PRU13 nanti... aderlah ianya sudah mencecah RM1 Trilion.... hahaha....


KUALA LUMPUR, Feb 18 – Malaysia’s economy grew 5.4 per cent last year, slightly above the economy’s potential rate of about five per cent, says Moody’s Analytics.

The research house said the country’s economy remained resilient through the fourth quarter and grew 5.6 per cent from the third quarter’s 5.2 per cent.

“Higher government spending on infrastructures has helped support an investment boom,” a division of Moody’s Corp, engaged in economic research and analysis, said in its Asia-Pacific Preview for this week.

Moody’s Analytics also said cash handouts, bonuses for civil servants and an increase in the minimum wage have helped private consumption expand solidly.

Elsewhere, Thailand expanded 14 per cent year-on-year in the December quarter amid a low base effect from the floods in late 2011, it added.

18 February 2013

KWSP Tersilap Kira Untung Rugi

Bhai.... Gua rasa aaa... KSWP tersilap dalam pengiraan untung rugi operasinya.... kerana dari aper yang gua dimaklumkan.... nilai yang dipaparkan didada-dada akhbar tempatan sehari dua yang sudah pincang dari segi datanya.

Ini kerana ader satu bahagian hutang sebanyak RM6 bilion telah tidak dimasukkan dalam perincian itu. Jika KWSP dapat mengutip hutang sebanyak RM6 bilion itu, tentunya agihan dividen bagi tahun operasi 2012 mestilah lebih tinggi... dan bukannya setakat 6.15%.

Kemungkinan jika KSWP tidak memberikan hutang sebanyak RM6 bilion itu, maka perolehan dari keuntungan dana yang disimpan dapat meningkatkan lagi keuntungan KWSP. Jadi... sebagai pencarum KWSP, semua orang wajar mendapat penjelasan sebaiknya dari KWSP berkenaan dengan isu pinjaman sebanyak RM6 bilion yang telah diberikan kepada Felda. Pencarum KWSP berhak untuk mendapat nilai dividen yang lebih tinggi dari yang diumumkan.


Berkaitan:

1. KWSP diminta jelaskan pinjaman RM6 bilion Felda
2. Felda ada potensi jatuh bankrap, pinjam wang KWSP RM6 Bilion

KUALA LUMPUR — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011.

"Ia juga mencatatkan rekod baharu berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada anggota KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.

"Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011,” katanya.

Menurut beliau, pembayaran dividen tertinggi ini diperoleh setelah ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan.

Katanya, walaupun persekitaran pelaburan semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan paling kukuh sejak awal milenium, disokong keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah.

Selain itu, beliau berkata, selaras dengan Alokasi Aset Strategik (AAA) yang diamalkan KWSP, sebahagian besar aset pelaburan KWSP terus dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah dan stabil.

Pelaburan ekuiti adalah 38.77 peratus daripada jumlah aset pelaburan pada 2012, manakala baki 3.59 peratus dan 2.42 peratus masing-masing diperuntukkan untuk instrumen pasaran wang dan hartanah dan infrastruktur, katanya. - SUMBER

02 February 2012

Bon 90 Bilion

Bhai.... lu ingat sikit ker nilainyer bon yang Kerajaan Malaysia nak kuarkan nih... 90 Bilion ringgit Malaysia tue... pergh.. banyak tue...

Aper tujuan bon tersebut dikeluarkan... macam biasa la.. ianya aderlah untuk pembiayaan pembangunan dan pengurusan negara...

Siapa pulak yang boleh beli bon tue.... hahaha.. macam biasa la.. sesiapa yang ader duit la... tak kisah la dari mana orang tue..

Ape pulak faedah yang boleh pembeli bon itu dapat... err.. macam biasa gak... perlepasan cukai atau nilai harga semasa dan tebus bon tersebut... serta faedah (interest) yang biasanya sekitar 2.5 hingga 5 % ....

Siapa taja jamin bon tersebut dan bagaimana pembayaran balik bon tersebut pada masa penebusan (tempoh matang) ... hehehe... Kerajaan Malaysia yang taja jamin (Perdana Menteri dan Menteri Kewangan) ....biasanyer pembayaran balik bon pada masa tempoh matang aderlah dari kantong negara... atas dasar unjuran KDNK dan juga kekuatan ekonomi negara... tapi.... kalu tak mampu jugak nak buat penebusan pada tempoh matang atas sebab ekonomi lembab... hehehe... boleh buat dengan cara mengeluarkan bon lain untuk membayar bon ini... hahaha

Dan ini seperti kambus hutang dengan hutang yang lain... hahaha

Bon kalu dikeluarkan dengan skrip (ader dokumen atau sijil)... serta mempunyai tempoh matang yang pendek (5 hingga 10 tahun) aderlah yang terbaek... dengan syarat dikeluarkan oleh Negara dan Kerajaan yang mempunyai indeks prestasi semasa yang baik.... dari segi pengurusan, ekonomi dan pentadbiran.

Tapi... kalu bon dikeluarkan tanpa skrip (tiada dokumen atau sijil .. hanya berdasarkan nombor bon sahaja) serta mempunyai tempoh matang yang lebih dari 10 tahun (biasanyer boleh sampai 25 tahun) memang nampak mengarut... tambah lagi bon tersebut dikeluarkan oleh Negara dan Kerajaan yang terkenal mudah pincang dan mempunyai indeks prestasi semasa yang agak kabur/buruk.... terutamanya dari sudut rasuah, salahguna kuasa serta pincang pentadbiran.

So... kalu lu orang masih lagi nak beli bon yang Kerajaan Malaysia nak kuarkan nih... baik berhati-hati.... bon nih dikeluarkan untuk cover-up bon-bon lama (3 tahun sudah BNM ader kuarkan bon tanpa skrip sebanyak RM2.5 bilion ... lu orang boleh semak kat dalam Google)...

Gua saspek kali nih punya bon... memang sebijik bon yang akan menyusahkan Malaysia biler mana Barisan Nasional dah kalah dan tak jadi kerajaan lagie... masa tue.. semua beban nih akan ditanggung oleh Pakatan Rakyat (kalu menang jadi Kerajaan Pusat la)...

Mampuih kiter lepas nih... masak...

25 October 2010

Sikitnya Hutang Negara

Ala.... sikitnya hutang negara... hahaha... baru cecah RM362.39 bilion .... tak banyak lagi tue... memang la nilai tue tertinggi disepanjang Malaysia merdeka... tapi itu semua kira cikai lagie...

Hua.... ini macam kalu... kita punya Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri banyak pandai la manage ekonomi... Sure hutang bertimbun nih datang dari zaman Pak Lah... hahaha... Zaman Che Det dulu.. memang la banyak hutang bertimbun... tapi semua dok bawah OSA... jadi takder sapa tau... sapu masuk bawah karpet la...

Zaman Pak Lah... hutang bercambah... tapi itu kira sikit tue.. Khairy Jamaluddin tak sempat nak tambah kasi banyak... Pak Lah sudah get-out... hahaha... Nih zaman Najib hutang bertimbun nih bukan sebab apa... sebab semua nak jaga hati Rosmah....

Itu hari Pak Lah repair Sri Perdana di Putrajaya... tapi repair sikit jer... masuk jer Rosmah... hahaha... lagi banyak dier repair... hahaha.... kira Rosmah tak guna abis lagie nih... hahaha...

Ini macam kalu punya hutang.... berapa ratus tahun baru boleh kasi setel... hahahaha... nak tanya lagie nih... ini semua hutang dengan sapa... dengan luar negeri ker... atau dalam negeri... kalu dalam negeri... hutang tue rembat kat sapa... Bank ker.... takkan la bank kat Malaysia nih ader modal banyak tue... hahaha...

Ini tak lain tak bukan hutang dengan KWAP... KSWP... LTAT dan macam-macam lagie... hahaha...

Orang kampung patut tau ini cerita... cepat kasi heboh... bagitau semua yang Najib Razak memang pandai jaga ekonomi... sampaikan Malaysia berhutang RM362.39 bilion.... sikit tue.... sampai ke cicit pon sure tak abis bayar lagie... hahaha...

Kalu dah hutang banyak nih... aper cerita pulak dengan Scriptless Government Bond yang kerajaan kuarkan dua tahun sudah... itu macam kalu... boleh bayar ka biler sampai masa bon tue matang... sure tak boleh bayar punya... hahaha... hancuss la ini macam...

Kalu kasi lagi lima tahun UMNO/BN pegang ini negara... sure hutang boleh cecah RM500 bilion... hahaha.... bijak.. bijak.....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1