Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label BLR. Show all posts
Showing posts with label BLR. Show all posts

07 May 2023

Impak OPR Terhadap Ekonomi dan Rakyat

Soalan : Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, adakah kenaikan kadar OPR akan menyebabkan ekonomi Malaysia lebih berkembang atau menguncup. Bagaimana pula dengan impak kepada rakyat terutamanya golongan B40 yang banyak membuat pinjaman dengan institusi kewangan?

Jawapan : Kenaikan kadar OPR (Overnight Policy Rate) adalah keputusan yang diambil oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa dan matlamat jangka panjang untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara. Kenaikan kadar OPR biasanya dilakukan untuk mengawal inflasi, yaitu kenaikan harga barang dan perkhidmatan, yang boleh memberi kesan buruk kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Namun begitu, kenaikan kadar OPR juga boleh memberi kesan kepada kewangan dan perniagaan. Institusi kewangan yang berada di Malaysia seperti bank-bank akan menaikkan kadar faedah pinjaman mereka secara umum apabila kadar OPR naik, dan ini mungkin memberi kesan terhadap golongan B40 yang banyak membuat pinjaman dengan institusi kewangan.

Secara umumnya, kenaikan kadar OPR akan memberi kesan pada kewangan dan perniagaan, tetapi kesan kepada rakyat terutamanya golongan B40 mungkin bergantung pada keadaan semasa dan bagaimana pihak berkuasa mengambil langkah untuk mengawal kesan buruk daripada kenaikan tersebut.

Oleh kerana kenaikan kadar OPR akan menyebabkan peningkatan kos pinjaman, ia boleh memberi kesan negatif kepada rakyat terutamanya golongan B40 yang bergantung pada pinjaman untuk memenuhi keperluan asas seperti pembelian rumah dan kenderaan. Kenaikan kadar OPR juga boleh memberi kesan kepada pasaran saham dan pertukaran wang asing.

Namun, jika dilihat dari sudut yang lain, kenaikan kadar OPR juga boleh memberi impak positif kepada ekonomi negara dengan meningkatkan kemenjadian dan memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur di Malaysia. Oleh itu, keputusan untuk menaikkan atau menurunkan kadar OPR sepatutnya diambil berdasarkan keadaan semasa ekonomi negara dan perlu diimbangi dengan keperluan rakyat dan pembangunan ekonomi jangka panjang.

Selain itu, perlu ada langkah-langkah melindungi golongan B40 dan membantu mereka menangani kesan kenaikan kadar faedah ini seperti memperkenalkan skim khas atau memberikan bantuan kewangan yang sesuai.

Berkaitan : Operasi Peras Rakyat?, OPR Naik Kali Ke 5,

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



30 December 2022

OPR Bakal Naik Lagi 2023?

Bhai/DeeDee semua...

Takder perkataan yang paling sesuai untuk gua ulas berkenaan OPR yang mungkin akan dikenakan kenaikannya 2 kali pada 2023 orang Bank Negara Malaysia selain...

GAMPANG LA

Itu jer selayaknya yang gua ucapkan kat Kerajaan dan BNM sejak dulu lagi sampai la nih...

Memang GAMPANG


Kenyataan BNM pada November memberikan peringatan yang jelas bahawa tekanan inflasi berkemungkinan kekal pada 2023, dan bank pusat juga menekankan kesediaannya untuk kekal cenderung kepada kadar faedah tinggi, jika perlu.

“Kami mengunjurkan dua lagi kenaikan sebanyak 25 mata asas ke atas kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3.25 peratus berdasarkan unjuran kami bagi 2023,”

CGS-CIMB Securities Sdn Bhd (CGS-CIMB) mengunjurkan inflasi Malaysia berada pada 3.0 peratus tahun ke tahun pada 2023, berbanding unjuran bagi 2022 pada 3.3 peratus tahun ke tahun.

Ketua Ekonomi, Nazmi Idrus berkata campur tangan kerajaan dalam perkara seperti harga ayam, petrol dan bayaran tol akan terus membendung sebahagian inflasi dalam jangka masa terdekat.

03 November 2022

Parti Mana Yang Akan Tolong Rakyat Kekang Kenaikan OPR?

Bhai/DeeDee semua...

Sudah empat kali Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar OPR (Kadar Dasar Semalaman) bagi bank-bank komersial di Malaysia...

Ianya berlaku pada bulan Mei, Julai, September dan kini November.



Dengan naiknya kadar OPR nih.. maka akan terbebanlah rakyat yang ada mempunyai loan (pinjaman) dengan mana-mana bank... terutamanya loan kereta dan loan perumahan... Yang lagi niaya adalah sesiapa yang ader pinjaman peribadi (personal loan) ... yang tersenyum ketawa hanyalah golongan kaya yang ada simpanan ratusan ribu atau juta dalam akaun bank.... sebab pendapatan mereka bertambah..

Bagi yang miskin ... yang terpaksa meminjan dengan bank.. Jenuh la membayar bulanan yang meningkat naik... sudah pasti serupa sudah jatuh ditimpa tangga.. Bayangkan la... dengan gaji yang statik ... dan kuasa beli ringgit yang lemah (USD1 = RM4.73) ... serta tambah pulak dengan kenaikan OPR nih... memang naya rakyat...

Apa lagi yang rakyat marhaen mustad'afin nih nak harapkan?? kepada siapa mereka nak bersuara... memohon bantuan dan sokongan??

Sekarang nih musim #PRU15 .. dan setakat hari ini belum nampak lagi ader cadangan dari mana-mana Parti yang bertanding nak menangani kesan ekonomi yang teruk nih termasuklah inflasi... Malah takder jugak Parti yang nak mendepani suara rakyat yang tertekan dengan OPR nih...

Soalan yang pengundi nak tanya... Parti mana yang akan tolong rakyat kekang kenaikan OPR nih? Parti mana yang perlu rakyat undi?? Kalu kerajaan yang ader sekarang nih... ini kerajaan yang ader BN dan PN didalamnya.... dan kerajaan inilah yang celaka menaikkan kadar OPR sebanyak 4 kali dalam satu tahun...

Nak undi lagi ka??? Kalu depa dapat kuasa... Tahun depan mau ader 4 kali lagi kenaikan OPR... huhuhu

10 May 2012

IPO Felda Global Venture

Hahaha... banyak orang yang sedang ternganga la nih... hahaha... yer la... ader tiga empat sebab diorang ternganga...

  1. Ternganga pasai dengaq citer dapat RM15 ribu...
  2. Ternganga biler dengaq citer saham-saham... dan pasaran saham...
  3. Ternganga dengar labun boleh jadi jutawan segera..
  4. Ternganga dengar citer gempak pasai Felda ...
  5. Ternganga dan ternganga lagi biler tau pasai boleh buat pinjaman bank beli saham FGVHB
  6. Ternganga biler dengar boleh buat pinjaman tanpa cagaran..
  7. Ternganga biler tahu boleh buat pinjaman tanpa had....
Tapi ngaga diorang nih... sampai langau boleh masuk dalam mulut... hahaha... diorang lupa bahawa...
  1. Pinjaman tue kena buat ngan Maybank (Maybank tue UMNO punya la.. hahaha)
  2. Pinjaman tue kena bayar bulan-bulan start dari tarikh pinjam
  3. Saham tue hanya boleh jadi duit kalu dijualkan pada harga tinggi.. kalu harga jatuh... simpan jer la... hahaha
  4. Harga Pra IPO biasanya sekitar RM1 seunit... tapi dijangkakan naik masa IPO sehingga RM3 atau RM5 dalam satu hari (ini memang biasa untuk semua IPO)
  5. Harga saham akan turun naik selepas itu.... lagi lama simpan... lagi banyak la kena bayar hutang bank..
  6. Bank biasanyer akan buat satu terma (bayar full settlement) cuma boleh dibuat selepas tempoh bertenang biasanyer selepas 6 bulan... jadi... kalu saham FGVHB nih jatuh merudum dalam tempoh 6 bulan tue... mampuih kena bayar hutang dan tanggung rugi.
  7. Kalu harga saham FGVHB kekal lebih tinggi dari harga Pra IPO... selama lebih 6 bulan.. makanya boleh untung kalu jual dan tolak hutang Maybank
  8. Maybank tetapkan caj bunga atas pinjaman tersebut pada 5% (lebih tinggi daripada pembiayaan peribadi biasa - contoh BSN cuma menetapkan kadar bunga pinjaman peribadi pada sekitar 2.99 atau 3.5% sahaja)
Nak kata untung... kalu beli saham Pra IPO FGVHB nih... memang gua stuju untung... tapi kalu pakai modal sendiri la.. sebab .. dalam tiga hari selepas IPO ... boleh dah jual... masa tue harga akan pergi pada nilaian "Highest Peak Price" ....  tapi lepas tue... hehehe... harga akan jadi stagnant... hahaha... statik atau merudum... hahaha

Kalu gua ader duit banyak... gua tak beli sekarang nih... tapi gua akan beli direct ngan mana-mana pakcik makcik peneroka Felda yang dah tersangkut hutangnyer ngan Maybank pasai beli saham nih... gua akan beli saham nih secara bawah  harga market.... harga nak kasi pakcik makcik nih setel hutang bank jer... hahaha... yang penting gua untung... hahaha...

Pergh... kapitalis sungguh la gua nih.... hahaha.... lantak la.... saper suruh terlibat ngan saham....  pakcik makcik Felda nih ingat IPO FGVHB nih samer sebuntat sebijik macam saham ASB... hahaha... cukup tahun dapat dividen dan bonus... hahaha.... maner taknyer... Ahmad Maslan, Isa Samad dan Najib Razak dok labun macam tue... hahaha... percaya besar la pakcik makcik Felda nih... hahaha

Kantoi... kantoi... 

01 December 2011

Terlepas Pandang

Gua berani jamin ramai dikalangan kiter semua yang terlepas pandang isu nih... Isu dimana Bank Negara Malaysia (BNM) mengarahkan bahawa syarat pinjaman diperketatkan oleh pihak Bank.... Gaji bersih peminjam akan diambilkira dengan tuntasnya mulai 2012.

Mmm... memang sekali pandang nampak macam bagus dan tepat usaha dan arahan BNM nih.... tapi kalu semua orang pandang dan semak ... gua percaya lu orang sumer mesti terkejut punya la... bahawa syarat ini memang macam celaka...

Pertamanya.... bank akan memastikan bahawa pemohon pinjaman perlulah mempunyai gaji bersih minima 60% sebelum membuat pinjaman.... alasan... untuk mengelakkan daripada terjadinya "Non Performance Loan" (NPL) ...

Tapi korang sedar tak.... selama nih pihak Bank memberikan pinjaman kepada pemohon bukanlah menggunakan duit Bank itu sendiri.... kalu ader orang yang bagitau bahawa memang Bank bagi pinjaman guna dana bank itu sendiri.... sure la orang tue memang mangkuk atau bangang...

Wei... Bank takkan gunakan duit dier la.... sori la... sori maniam la...... selama ini takder bank yang akan memberikan pinjaman kepada pemohon guna dana dier.... Abis tue... dari mana bank dapat duit untuk bagi pinjam nih....

Hahaha... disinilah magiknyer...

Bank kasi orang pinjam duit tue... adalah datangnya dari dana yang terkumpul hasil dari simpanan orang ramai.... Setiap cawangan bank (branch) diarahkan untuk mendapatkan tabungan/simpanan daripada pelangganb setiap bulan sebanyak paling cikai RM3 juta.... macam-macam cara yang Bank gunakan.... buat kempen la... aderkan cabutan bertuah la.... bagi hadiah la ... janji orang kena simpan sekurang-kurangnya RM500 setiap bulan...

Samer jer tak kira Bank itu konvensional mahupun bank itu Islamik.... samer jer... semua guna macam-macam cara untuk suruh orang buat simpanan..

MAYBANK pujuk orang buat simpanan dengan taktik GSPA (Gold Saving Passbook Account) .... suruh orang beli emas pada harga online kat website dier.. tapi sebenarnya duit tue dier gunakan untuk rolling... sebab itu depa tabley kasi beli emas on the spot pada kadar 1 gram...

Samer la jugak ngan PUBLIC BANK.... taktik yang samer digunakan pada akaun GIA (Gold Investment Account)... Kuwait Financial House pon gunakan taktik yang samer.... tapi itu semua tak kira dasat lagi..... ader satu bank yang taktiknya lagi dasat.....

Bank itu adalah Bank Simpanan Nasional..... hahaha... dier guna kertas jer... hahaha... aper tue... hahaha... takkan korang tarak perasan yang BSN nih gunakan Sijil Simpanan Premium untuk kumpul dana dier... hahaha.....

Dengan dana dan wang yang banyak inilah yang depa gunakan untuk bagi kepada orang untuk pinjam... bukan pakai duit bank pon... macam haram.... lepas tue kenakan caj tinggi bagi pinjaman.... sampaikan kalu pinjam RM100 ribu... kena bayar balik lebih RM150 ribu.... giler tue... hahaha...

Tapi pendeposit dapat aper... paling banyak pon 3.5 peratus jer faedah/interest pada setiap simpanan... itu pon dikira cuma pada tarikh tertentu setiap bulan atau setiap tahun bergantung kepada baki minima... sedangkan duit tue dier dah rolling macam nak giler....... lu bayangkan la.... giler aper....

So... kesimpulannya... camana nak kasi ajar skit Bank-Bank yang macam celaka nih termasuklah CIMB Bank..... senang jer..... semua orang jangan simpan banyak-banyak cash kat dalam Bank.... kiter kasi ajar sikit... kasi keluarkan semua duit simpanan tue dan letakkan kat tempat lain.... nak mudah... sewa jer peti keselamatan (safe deposit box).. banyak syarikat yang ader bekalkan servis nih.. murah jer.. dalam RM150++ setahun....

Lepas tue kuarkan semua duit simpanan dalam bank yang tak bergerak tue dan gunakan untuk beli emas... kasi simpan dalam safe deposit box.... biar kurang duit dalam bank... baru ader akai bank nak cari duit nak bagi pinjaman... masa tue baru la bank akan berlembut skit.... La nih bank besar kepala pasai kiter semua kasi peluang kat dier.... cuba kalu kiter tak kasi peluang...... baru la ader akai...

So... jom kiter kasi ajar skit bank-bank ini......

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1