Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Kos Sara Hidup. Show all posts
Showing posts with label Kos Sara Hidup. Show all posts

26 February 2025

14 February 2025

Kesan Domino Kenaikan Tarif Elektrik

Bhai/DeeDee semua...

Kesan Domino Kenaikan Tarif Elektrik Tetap Akan Sampai Kepada Pengguna Akhir - Ismail Sabri

Dato Seri Ismail Sabri telah memberi penjelasan tuntas mengenai isu ini di Parlimen, Beliau mengatakan tindakan Kerajaan ini agak merbahaya kepada rakyat.

03 December 2023

PRK Kemaman - 10K Undi Tu Datang Dari Mana?

PRK Kemaman sudah menutup tirai. Keputusan akhirnya telah diketahui.

Jika duhulu perbezaan undi adalah sekitar 27 ribu lebih, tapi kini sudah menjadi sekitar 37 ribu lebih undi majoriti. Satu kenaikan sebanyak 10 ribu undi. Bukan sesuatu yang sikit.

Sebelum UMNO/BN memulakan petisyen pilihanraya Parlimen Kemaman tempohari yang membuka jalan untuk adanya PRK di Kemaman, ramai pihak kata tak perlulah dibuat petisyen itu. Ini kerana beza jurang undi yang cukup besar. Agak susah nak mengubahnya.
Dan gua pada masa tu sekadar memperingatkan bahawa kos untuk mengendalikan PRK adalah cukup besar. Mungkin boleh mencecah hampir RM 10 juta. Ini semua membazirkan wang pembayar cukai.

Tapi itulah… semua ini umpama angin lalu, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tiada diambil peduli. Biasa la orang politik punya nafsu. Hahaha.

Sepanjang tempoh dari hari penamaan calon lagi sampailah kepada hari pengundian, gua ader pusing kawasan PRK Kemaman nih. Apa yang gua nampak… di banyak kubu kuat UMNO/BN selama nih, keadaan kempen UMNO/BN agak sendu. Bahan promo pilihanraya pun semacam tak bergerak. Banner dan bendera pun tak ada banyak.

Di kawasan Teluk Kalong umpamanya iaitu dikawasan sekitar rumah Ahmad Said (Bekas MB Terengganu) selaku Ketua Bahagian UMNO Kemaman pun tiada kelihatan bendera dan bahan kempen Barisan Nasional. Sampai ke hari mengundi pun masih tak kelihatan bendera BN.

Pelik bukan?

Dahulu pada PRU15, dikatakan kekalahan kerusi P040 Kemaman adalah disebabkan ramai pengundi baharu dari #UNDI18 memberikan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional (PN).

Saya setuju bab ini sebab pada masa itu Saluran 7, 8 dan 9 yang dikhaskan buat pengundi baharu kelihatan sesak dengan pengundi yang teruja untuk mengundi buat pertama kali.

Namun pada PRK Kemaman kali ini, hasil dari pemerhatian gua yang pergi ke hampir 50% pusat pembuangan undi mendapati bahawa Saluran 7, 8 dan 9 adalah sendu. Apabila ditanya jawapan yang didapati adalah sama. Pengundi baru #UNDI18 tak dapat balik mengundi kerana sesi pembelajaran di IPTA/IPTS sedang berlangsung sekarang ini.

Ini memang benar. 2 anak gua yang merupakan pengundi #UNDI18 pun tidak dapat balik mengundi kerana jarak lokasi dan kekangan masa. Seorang di KL dan seorang lagi di Perlis.

Oleh itu jika pengundi #UNDI18 tidak ramai kali ini, maka apakah yang sebenarnya berlaku sehinggakan kenaikan jumlah undi menyebabkan ianya bertambah lebih 10 ribu undi?

Sedangkan jumlah peratusan keluar mengundi pada PRK Kemaman kali ini agak jauh rendah berbanding PRU15 iaitu sebanyak lebih kurang 9%. Dari mana datangnya undi tambahan ini?

Tidak dapat tidak kita kena mengakui bahawa undi tambahan sebanyak 10 ribu ini datangnya dari pengundi UMNO/BN itu sendiri yang rata-ratanya memboikot secara senyap pada PRK Kemaman kali ini.

Mereka mungkin nak memberikan satu isyarat jelas bahawa pilihan calon yang dibuat oleh pucuk pimpinan di peringkat Pusat adalah tidak tepat dengan tidak memberikan peluang kepada calon yang lebih solid dan dikenali ramai di UMNO Bahagian Kemaman.

Mungkin juga undi lebih ini datangnya dari para penyokong Pakatan Harapan (PH) yang juga tidak bersetuju dengan apa yang pimpinan PH buat pada hari nih. Tentang pembahagian kuasa misalnya. Entahlah. Kita tidak tahu.

Buatlah post mortem PRK Kemaman dan salahkan lah apa yang boleh dipersalahkan. Tapi yang pasti PN telah berjaya menambah undi lebih 10 ribu dalam keadaan peratusan keluar mengundi adalah sekitar 65% jer.

Ini semua bukanlah kerana kebodohan para pengundi (seperti mana yang pastinya para pentaksub PHBN akan laungkan) tapi sebelum nak salahkan orang lain, lihatlah kepada diri sendiri… Apakah yang sedang berlaku sebenarnya dalam komposisi politik di peringkat pusat. Apa pandangan para pengundi. Ambilah maklum.

Adakah sebab pengundi dah tak percaya dengan janji-janji dan retorik demi nak mendapatkan undi? Adakah para pengundi sudah mangli dengan sembang kosong reformasi yang akhirnya reformati?

Yang pasti warga Kemaman memang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup (untuk pengetahuan semua, kos sara hidup di Kemaman nih lebih tinggi dari di Shah Alam) dan isu-isu ekonomi yang tak berkesudahan tidak ditangani dengan elok.

30% pengundi di Kemaman adalah orang luar yang menetap disini bekerja dalam industri yang terkait dengan minyak dan gas serta industri hilirannya. Jadi mereka bukanlah mudah untuk dikatakan berbudaya @ berfeel @ bermentaliti tempatan (lokal).

Kesimpulannya.. PRK Kemaman adalah sesuatu yang membuang duit pembayar cukai atas benda yang sebenarnya tak perlu langsung untuk dibuat. Tapi pasai nafsu dan sombong, maka dapatlah tengok duit terbuang, status quo kekal dan hilang lagi 10 ribu undi.

Hahaha…

Sekadar menambahkan “garam pada luka”.

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



12 July 2023

Bila Bagi Budak Sunat Laser Buat Kerja

Bhai/DeeDee semua...

Hari nih JKOM kena hentam teruk.... Bukan nak kata apa... infografik awal yang JKOM terbit dan edarkan dilihat macam bodoh... Takkan la kepimpinan atasan dalam Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) tak buat semakan...

Hahaha.... Takkan JKOM yang di lead oleh seorang bekas Professor pon bodoh dan tak professional gak...

Gua suspek ini mesti bila bagi budak sunat laser buat kerja... caca marba jadinya... Hahaha... Jenuh WalaNON dan Bangsa Slurpp bekap sana sini harinih... nampak sangat bodohnya WalaNON dan Bangsa Slurpp..... terserlah kebangangan mereka hari nih... Hahaha

By the way... kalu korang ader tau mana ader jual Gas Masak saiz 10kg... tolong habaq mai... sebab tak pernah jumpa dalam pasaran... Hahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



18 June 2023

Teruk Sangat Dah Ekonomi Kita

Bhai/DeeDee semua...

Teruk sangat dah ekonomi kita... huhuhu...

Bandingan kuasa beli menurut dunia antara 1994 dan 2023. Ini berdasarkan USD1 bersamaan MYR2.50 di tahun 1994, USD1 bersamaan MYR4.60 di tahun 2023 dan nilai USD1 tahun 1994 bersamaan nilai dengan USD2.05 tahun 2023. 

Sama ada dulu kita jauh lebih kaya atau kini harga kereta jauh lebih murah.

Adoilah... tatau nak kata apa la...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



17 June 2023

Mana Rafizi Ramli Menteri Ekonomi?

Bhai/DeeDee semua...

Kenapa dalam meeting nih takder Rafizi Ramli... dier kan Menteri Ekonomi... Huhuhu... takkan la dier tak dijemput,... takkan la dier sibuk sangat... Hahahaha... Patut ini event mesti ader dier... baru la kena... nak bincang hala tuju ekonomi bagai... tapi Menteri Ekonomi takdak.... gila ka apa????

Kata Rafizi Ramli banyak formula....

Hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

KJ ada Rafizi Ramli Takder



08 June 2023

Ini Yang Sepatutnya

Bhai/DeeDee semua...

Kita tegur bukan sebab nak dengki ke apa ker... kita tegur supaya bila dah jadi Kerajaan... jangan terasa hebat sampai rasa semua yang dibuat rasa betul dan tak boleh ditegur....

Sebab kalu tak ditegur ... nanti boleh tersesat jalan... jahanam akhirnya...

Lagi satu.... dulu masa jadi pembangkang... banyak idea dan formula... bila dah jadi Kerajaan... langsung kelaut... semua formula jadi mengarut.... harga barang tetap gak naik... langsung takder kekangan... huhuhu...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Rafizi Ramli Menteri Lemau


03 June 2023

Memang Kelakar Sangat

Bhai/DeeDee semua...

Katanya Kerajaan Madani telah bagi izin kepada 2 syarikat untuk penaik harga gula bagi kelas premium... Alasannya gula premium nih adalah gula bertapis...

Soalan gua... abis tue selama nih kita makan gula yang ada tu bukan gula bertapis ka??? Huhuhu...

Macam ada yang tak kena ja nih...

Lepas nih pasti harga minuman akan dinaikkan berkali ganda... sebab macam mana kita nak tahu betulka depa pakai gula premium ... macam mana nak beza... Ada sesiapa yang pandai bezakan dua gula nih ka???

Huhuhu

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



31 May 2023

Dulu Rafizi Kata Ini Semua Salah Najib Razak

Bhai/DeeDee semua...

Masa jadi pembangkang.... laju ja disalahkan kepada PM masa tue (Najib Razak) atas kejatuhan nilai mawatang Ringgit Malaysia... Hehehehe... ramai la yang terpengaruh... siap kata tanya la sama Najib Razak...

La nih bila dah jadi Kerajaan... laju ja salahkan benda lain pulak...  tak pulak suruh rakyat tanya dengan Anwar Ibrahim...

Hahaha....

Rafizi.. Rafizi.... dari dulu lagi gua kata mamat nih mengarut.... tapi ramai tak percaya... hahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Pusing lagi la Rafizi ooi...


15 May 2023

Siap Sedialah

Bhai/DeeDee semua...

Siap sedialah korang semua... lepas nih cuma akan ader 2 tariff jer.... bukan macam sebelum nih ader banyak level tariff... tanda-tanda itu sudah ada... sudah sedia untuk dilaksanakan...

Tariff asal kekal tetap sampai 200 unit... pada harga biasa tue iaitu 0.218 sen satu kilowatt jam ....... tapi... Tariff level ke dua .... hehehe... akan pi sampai 0.547 sen satu kilowatt jam...

By the way... kalu kilang dan syarikat semua bil elektrik jadi tinggi... agak-agak lu orang kos tu semua sapa yang serap... akan dialihkan kepada siapa??? kepada kita la... pengguna, pelanggan dan pembeli barangan.... huhuhu...

Hadan huker...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Bil akan melambung


14 March 2023

Cerita Cikgu Rosli

Bhai/DeeDee semua...

Ini cerita gua kutip dari Cikgu Rosli... Viral jugak la benda nih... benda nyata... cerita orang bawahan... cerita orang susah... cerita orang miskin... cerita yang takkan sampai ke atas... cerita yang kaya meliniar takkan tahu.... cerita yang seakan-akan sengaja ditenggelamkan ...

Orang susah dan orang miskin kelaparan... harga komoditi tak pi mana pun... harga hasil pertanian pun gitu-gitu jer...  perut tetap nak kena isi juga... setakat buah-buahan dan sayur-sayuran kampung memang la boleh menampung perut yang kosong...  setakat ikan sungai, ayam kampung boleh la diisikan kedalam perut yang kosong...

Tapi kalu nak membeli barangan lain... kena ada duit... kena ader wang... kedai pun dah taknak bagi guna buku 555 ....

Duit pulak bak kata orang Perak "tak mandang" .... kalu ada pun seciput ja.... Huhuhuhu... harga barang pulak memang menggila... bawak duit RM50 pi beli barang... berapa lah yang dapat...  bagi orang kampung ... orang susah... orang miskin... nak tengok duit sekeping RM50 pun dah macam terlalu langka... terlalu "RARE" bak kata orang Ulu Piol Kuala Kangsar tue......

Memang jenuh la... tapi apa yang dapat dilakukan... harga barang keperluan tue bukan orang miskin boleh tentukan kawalannya... ianya kerja orang politik... orang yang pegang kuasa... orang miskin dan susah hanya boleh mendengar "sembang @ labun"  muluk-muluk jer la dari yang pegang kuasa.... 

Bila nak tangani masalah nih? Takkan nak tunggu sampai musim berkempen Pilihanraya Umum ke 16 (PRU16) ??? Takkan la kot.... 

Ntah la... gua lihat takder harapan pun akan berubah... makin sesak ader la...



23 February 2023

Lawak La Apek Ni...

Bhai/DeeDee semua...

Apek sorang nih bila dah tak jadi Menteri ... nampak lebih kreatif... Dulu masa jadi Menteri Pengangkutan... lemau... lembab dan lambat.... Sekarang nih... nampaknya terlebih kretif mengalahkan pembangkang la pulak... Hahahaha

Takpa... Ini perkara biasa... Hahaha...

Cuma yang luar biasa adalah ... selama nih Apek nih bawak 2 bijik telur ja masuk Dewan Rakyat masa Sidang Parlimen.... bawak telur dalam seluar.... Kali nih... awak nih bawak 3 bijik telur....  yang lagi dua biasa bawak tue... tatau la ader bawak ke idak...

HAHAHAHA...


Isu bekalan telur untuk kegunaan rakyat negara ini terus menjadi perhatian ramai dan mendorong salah seorang pemimpin MCA hadir bersama 'bukti' semasa berbahas hari ini.

Menjelaskan situasi yang dialami sekarang, Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) menunjukkan tiga biji telur yang dihasilkan oleh dua negara berbeza.

06 February 2023

Bangang Punya Kerajaan

Bhai/DeeDee semua ...

Dulu masa Mahathir Mohamed jadi PM4 ... banyak benda mengarut yang dia buat
Dulu masa Abdullah Ahmad Badawi jadi PM5... PM asik tido... anak menantu yang kontrol semua
Dulu masa Najib Razak jadi PM6... Jenuh Malaysia nih kena enjoy dananya...
Dulu masa Mahathir Mohamed jadi PM7... pening .... asik main politik dalaman
Dulu masa Muhyiddin Yasin jadi PM8 .... adoi... ini lagi kronik... politik dalaman ngan kaler luna
Dulu masa Ismail Sabri jadi PM9 .... slow sangat... kerajaan Sloth... 

La nih.. masa Anwar Ibrahim jadi PM10 ... Kerajaan jadi bangang... Jahanam aaaa.. Kesian kat rakyat..


WalaNON dan Bangsa Slurpp apa tahu. Tahi pon mereka jilat.




01 February 2023

Menu Rahmah vs Nasi Bajet

Bhai/DeeDee semua...

Sori la... penulisan gua memang ramai yang benci... Tapi takper la... takder hal pon... gua hidup bukan atas pujian orang pun... Hahahah

Pada gua.. tagune nak lancarkan Menu Rahmah ... konon fanfare yang inisiatif ini adalah datannya dari Kerajaan atau Perdana Menteri Anwar Ibrahim... sebab kalu la letak harga RM5 konon gempak satu idea baru... walhal dah lama peniaga buat idea sendiri jual Menu Bajet...

Bersepah sana sini Nasi Bajet @ Menu Bajet orang jual sana sini selama nih... Ada ramai yang jual pada harga RM3.50 ... malah disana sini ramai yang jual Nasi Lemak pada harga RM1... lengkap semua bahan ada....

Adoilah.... orang bukan nak isukan Menu Rahmah pada harga RM5 tue... sebab dah biasa Nasi Ayam pon orang jual satu set ngan Air Sirap @ Teh O Ais pada harga RM5.... 

Isu sebenar orang adalah Kos Sara Hidup... kos harga bahan mentah.. kos yang sepatutnya dikawal sebaiknya oleh Kerajaan... termasuklah kestabilan pembekalan dan pengedaran bahan mentah utama.... Yang ini masih lemah lagi Kerajaan sedia ada nak tangani...

Sedangkan inilah isu pertama yang di tunjukkan mensyuarat oleh PM10 Anwar Ibrahim bila dia disahkan jadi Perdana Menteri....

Slow sangat nampak impaknya untuk tangani Kos Sara Hidup

Menu Rahmah


09 January 2023

KPI 100 Hari??? Hahahaha

Bhai/DeeDee semua...

Nak buat sesi pemukiman??? Retreat??? Nak bincang pasai KPI 100 hari pemerintahan??? Kabinet??? Menteri???

Hahahaha...... Adoilah... pecah perut gua la bhai.... berapa banyak Menteri yang lebih sembang dari buat kerja... Berapa ramai Menteri yang keluar berita pun semuanya caca marba tindakan.... Adoilah... Berapa ramai Menteri yang masih kelihatan tak tau nak start dari mana....

Huhuhu .... jahanam wei.... Bila ditegur... bila dinasihat .... mula la keluar ayat macam-macam... Pentaksub pulak ... meroyan tahap depa... langsung tabley dikritik... walhal dulu depa la yang paling kuat kritik kerajaan sebelumnya.... kritik Menteri sebelumnya.... 

Bila time depa... terus melenting marah dan bengkeng pasai kena kritik... Walanon dan Bangsa Slurpp nampaknya lebih bangang dari Walaun dan Macai... Hahahaha

Jahanam Malaysia nih...

Pemukiman Anggota Kabinet

Perdana menteri, Anwar Ibrahim berkata anggota kabinet akan mengadakan sesi pemukiman (retreat) minggu depan untuk membentangkan prestasi semasa dan rancangan dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya.

30 December 2022

OPR Bakal Naik Lagi 2023?

Bhai/DeeDee semua...

Takder perkataan yang paling sesuai untuk gua ulas berkenaan OPR yang mungkin akan dikenakan kenaikannya 2 kali pada 2023 orang Bank Negara Malaysia selain...

GAMPANG LA

Itu jer selayaknya yang gua ucapkan kat Kerajaan dan BNM sejak dulu lagi sampai la nih...

Memang GAMPANG


Kenyataan BNM pada November memberikan peringatan yang jelas bahawa tekanan inflasi berkemungkinan kekal pada 2023, dan bank pusat juga menekankan kesediaannya untuk kekal cenderung kepada kadar faedah tinggi, jika perlu.

“Kami mengunjurkan dua lagi kenaikan sebanyak 25 mata asas ke atas kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3.25 peratus berdasarkan unjuran kami bagi 2023,”

CGS-CIMB Securities Sdn Bhd (CGS-CIMB) mengunjurkan inflasi Malaysia berada pada 3.0 peratus tahun ke tahun pada 2023, berbanding unjuran bagi 2022 pada 3.3 peratus tahun ke tahun.

Ketua Ekonomi, Nazmi Idrus berkata campur tangan kerajaan dalam perkara seperti harga ayam, petrol dan bayaran tol akan terus membendung sebahagian inflasi dalam jangka masa terdekat.

27 December 2022

Kekangkungan Professor Ikut Musim

Bhai/DeeDee semua...

Ramai Professor di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia nih selalu sangat media elektronik (TV/Internet) dan media cetak (Akhbar) suka panggil dan beri peluang untuk kemukakan pandangan mereka...

Dan setiap kali pun ... mesti akan ramai Professor yang dapat peluang camnie... Setiap kali dapat peluang pun... akan terserlah kekangkungan Professor nih semua... dan kekangkungan Professor ini akan ikut musim...

Kalu musim kali itu condong kepada pemerintah yang itu... maka semua dapatan, pandangan serta analisis dari Professor Kangkung ini akan condong ke situlah... begitulah kalu pemerintah pulak berubah... dan semua dapatan, pandangan serta analisis dari Professor Kangkung ini akan condong ke dasar pemerintah yang baru...

Professor Kangkung nih semuanya takdar tulang belakang... takder analisis yang kekal... takder yang pegang pada pandangan dier sendiri.... Kangkung yang sama... tapi lain-lain condongnya... pening... 

Patutlah IPT Malaysia takder hasil yang boleh dibanggakan diperingkat dunia dan antarabangsa... Takder research yang benar-benar bermutu yang akhirnya menjadi produk yang dipakai diseluruh dunia... Sekadar research syok sendiri dan mengabiskan dana jer...

HAMPEH aaa....

Bodek lah selagi boleh...

Berdasarkan penulisan dibawah ini yang ditulis oleh Professor Kangkung....  gua gelak besar... Sendiri tulis dan beri persoalan... tapi sampai kesudah semua penulisan pun tiada jawapan... Adoilah buat penat baca jer ulasan Professor Kangkung .... Jenuh...

Secara ringkas, hipotesis menteri ialah dengan keanjalan permintaan yang lebih tinggi, kenaikan harga akan mendorong kepada pengurangan permintaan dan tindakan ini akan menyebabkan penurunan harga berlaku atau setidaknya meredakan kenaikan harga makanan.

Setidak-tidaknya ada dua persoalan perlu dijelaskan, permintaan apa dan permintaan siapa?

Dengan "andaian" semuanya kekal sama, penurunan dalam permintaan yang berpunca dari kenaikan harga (tertakluk kepada keanjalan) akan menyebabkan harga yang lebih rendah dan jumlah permintaan yang dapat dipenuhi juga akan menjadi lebih rendah.

Ini membawa kepada persoalan kedua-permintaan siapa? Siapakah yang akan menanggung beban mengurangkan permintaan ini?

Siapakah yang perlu mengorbankan permintaan sedia ada? Si kaya atau si miskin? Saranan ini menjadi polemik.

Ulasan Professor Kangkung


p/s: Takkan ader rakyat yang nak pergi semak satu-satu pasaraya atau kedai nak bandingkan harga baru melakukan pembelian barang .. semua itu meningkatkan kos kepada rakyat... kos bahan bakar kenderaan @ minyak petrol ... sapa nak tanggung semua tu?? Kerajaan nak tanggung ke????

Kerajaan pon berkira bab subsidi bahan bakar....

07 December 2022

PM Sila Buat Kerja PM

Bhai/DeeDee semua...

PM kerjanya mentadbir segalanya dalam Malaysia... bukan kerja seorang PM nak jadi "witch hunter" atau nak carik salah orang lain... Apa guna ader banyak agensi kerajaan macam SPRM dan PDRM .... takpon bagi semua tue kat cytro dan walanon...


Anwar Ibrahim gak la nak carik dan ungkit kes-kes lain.... walhal boleh ja kasik orang lain...

Sekarang nih kita nak kembalikan kehebatan negara nih.. kita nak betulkan hala tuju negara... kita nak kurangkan kos sara hidup rakyat... Itu yang utama ... itu yang penting...  dahulukan isu rakyat dulu ... yang lain-lain tue biar SPRM dan PDRM buat kerja....

Tapi walanon dan bangsa slurpp apa tau... hahaha... sama bodo macam walaun dan machai... hahaha



25 November 2022

Galas Beban Yang Paling Besar

Bhai/DeeDee semua...

Akhirnya Anwar Ibrahim telah jadi Perdana Menteri Malaysia yang ke sepuluh.. PM10 ... satu jawatan yang memang dia idamkan sejak dulu... Betul 24 tahun satu masa yang panjang... panjang untuk mengubah apa yang ada... tapi itulah... Takdir Allah Taala kita sebagai makhluk nih takkan tahu... yang penting usaha kena terus dibuat...

Apa yang pasti... jawatan PM10 yang kini disandang oleh Anwar Ibrahim sebenarnya bukanlah sesuatu yang seronok-seronok sahaja... tapi satu galas beban yang paling besar...

Anwar Ibrahim cuma ada masa 4 tahun lebih sahaja untuk membuat perubahan yang besar... membuat satu anjakan paradigma terhadap struktur ekonomi dan tadbir urus yang lebih baik... Rakyat meletakkan harapan yang amat besar kepada Anwar Ibrahim... Anwar Ibrahim kena usahakan untuk mendapatkan team yang bagoosh untuk mengemudikan Malaysia kearah yang lebih baik....

Malaysia yang kurang politiking tapi lebih bekerja untuk negara... untuk memajukan negara... untuk membawa Malaysia menjadi Harimau Asia kembali....

Galas bebas yang paling besar ini perlu Anwar Ibrahim buat dengan pantas dan berhati-hati... Musuh dalam negara sentiasa ada dan menunggu masa nak menjatuhkan Anwar Ibrahim kembali... Jadi buatlah cepat... tanganilah segera beban kos sara hidup rakyat... 

Rakyat dah cukup menderita... Rakyat perlukan jalan keluar dari kemelut ini semua...

Rakyat mahukan perubahan...


.

10 November 2022

Apa Pengundi Undi 18 Mahu?

Bhai/DeeDee semua...

Semalam gua bertanya dengan dua orang anak perempuan gua... kedua-duanya berada di IPTA (seorang di Pahang, seorang di Perlis) ... gua tanya secara live dengan diorang...

Apa yang Kakak dan Angah mahu sebagai pengundi Undi 18.

1. Diorang mahukan kos pengajian yang rendah... sebab depa tau bapaknya bukan banyak duit... dan setakat hari nih kedua-dua mereka tak amik PTPTN pun.... jadi kalu kos pengajian rendah... boleh la depa senang nak sambung belajar lagi lepas nih sampai ke peringkat lagi tinggi.

2. Diorang nak kos sara hidup yang rendah... kos makan di kafeteria University agak mahal juga.. mereka paham kos penyediaan bahan mentah tinggi... tapi bagi seorang pelajar yang duit cuma ader ngam-ngam... kena banyak bajet la.. kalu tak cukup makanan... perut kosong... macam mana nak belajar... macam mana nak timba ilmu... tak cukup zat dan gizi. Patut ader subsidi bagi pelajar untuk makan... tak banyak subsidi pun takper la.. janji ada.... 

3. Diorang nak kemudahan di asrama di perbaiki... Alhamdulillah anak perempuan gua dua-dua dapat asrama... ditawarkan asrama sampai habis pengajian.... tapi yer la... asrama pun banyak yang uzur.. pintu tandas pun tercabut kunci dan engselnya... lampu yang tak berganti setelah lama padam... tekanan air yang rendah.... tandas yang tak ditadbir dengan baik...

4. Diorang nak akses Internet (WiFi) di asrama dalam keadaan yang baik, stabil dan laju... Tak guna ader line internet tapi slow nak mampus... nak cari maklumat kat Wikipedia pun jenuh... Takkan nak pakai Hotspot Data... lagi kojol... Patutnya zaman sekarang nih.... kat asrama IPTA ... line mesti laju.... sebab assignment semua guna Internet... macam Kakak... dia guna Adobe Photoshop dan Illustrator pakej Online SaaS .. jadi kalu line slow... mampoih buat kerja assignment.

5. Diorang kata patut ader satu pakej Telco untuk student yang bagi akses data tanpa Quota dan takder FUP pada 512kbps... tak logik dah ader sekatan Quota dan FUP 512kbps.. paling-paling mesti 2Mbps untuk FUP.

6. Diorang cakap... patut semua student (IPTA atau IPTS) diberikan satu kad khas untuk diskaun penggunaan perkhidmatan awam (bas, teksi, keretapi, kapalterbang) termasuklah nak guna eHailing. Makna kata diskaun 30% atau sampai 50%.. dan Kad yang sama juga boleh digunakan di mana-mana Kedai Buku untuk diskaun pembelian alatulis dan buku ... Patut dah memang ader kad macam ni

7. Diorang nak peluang nak sambung belajar bagi semua lepasan SPM diperluaskan lagi dibawah kendalian Kementerian Pendidikan Tinggi. Akses kepada Kolej berasaskan TVET bagi yang kurang menyerlah dalam akademik... At least semua dapat peluang belajar.... tambah pengetahuan.

Macam-macam lagi yang diorang bagi cadangan kat gua... cuma yang lain tu gua rasa hanya picisan jer.. dan tak berapa nak penting.... cuma boleh ditambah baik... sebab biasa la ... budak-budak lagi... Gua sempat tanya tentang pandangan depa mengenai pekerjaan .... anak-anak gua kata... itu lambat lagi pun takpa nak pikir... skrang nak pikir tentang belajar dan menuntut ilmu dulu... itu main priority kata depa....

Gua setuju ngan pandangan depa... Undi 18 nih adalah pengundi yang nak dapatkan something untuk pendidikan mereka... sama ada peluang untuk sambung belajar, subsidi atau pengurangan kos sara hidup... Itu yang penting...

Oh yer... orang Politik yang takmo amik cakna pasai kehendak Undi 18 nih... gua berani jamin akan terkojol dalam Pilihanraya kali nih...

Hahaha



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1