Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Impak. Show all posts
Showing posts with label Impak. Show all posts

14 February 2025

Kesan Domino Kenaikan Tarif Elektrik

Bhai/DeeDee semua...

Kesan Domino Kenaikan Tarif Elektrik Tetap Akan Sampai Kepada Pengguna Akhir - Ismail Sabri

Dato Seri Ismail Sabri telah memberi penjelasan tuntas mengenai isu ini di Parlimen, Beliau mengatakan tindakan Kerajaan ini agak merbahaya kepada rakyat.

19 February 2024

Jangan Bodoh Sangat Jual Tanah Woodlands

Bhai/DeeDee semua...

Kedudukan tanah milik Malaysia di Woodlands tue adalah cukup strategik. Walaupun cuma tinggal 2 ekar lebih jer... tapi ianya tetap strategik... Ianya tidak sepatutrnya dijual atau ditukar ganti dengan begitu mudah... Tambah lagi kalu ditukar dengan tanah tambak (tebus guna) ....

Kita pernah hilang tanah yang cukup besar dan strategik seperti di Woodland (Kem Tentera Malaya), Tanjung Pagar, Kranji dan Bukit Timah dahulu.... di tukarkan dengan tanah yang kurang strategik seperti di kawasan tanah tebus guna di Marina South dan Ophir Rochor... Memang saiz agak hampir sama... tapi bernilai rendah dan kurang strategik....

Jadi jangan bodoh la nak tukar atau jual tanah di Singapura....

Itu ja nak cakap... tambah lagi kalu kawasan tu cukup strategik... demi kepentingan dan keselamatan Malaysia...

Jangan Jadi Bodohlah


11 February 2024

Selagi Tak Kena

Bhai/DeeDee semua...

Selagi tak kena kat diri sendiri... selagi itulah tak sedar... tak nak sedar.... Huhuhu... payah aaa...



15 December 2023

Kesan Boikot - Jadi Harga Pasar Malam Je

Bhai/DeeDee semua...

Post nih pendek jer... biarlah gambar berbicara... Hahaha.... kesan dari boikot ... dah jadi harga pasar malam jer... Hahahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



15 October 2023

Cukuplah Menipu Diri Sendiri

Bhai/DeeDee semua...

Semua perkara dalam Malaysia dan dunia nih terkait dengan perkhidmatan logistik. Dan tentunya ini akan memberikan impak yang besar atas apa sahaja perkhidmatan waima kepada makanan dan minuman.

Kos tambang bas, teksi, e-hailing, p-Hailing mahu tidak mahu terpaksa mengenakan caj tambahan. Itu belum lagi perkhidmatan mover, long-haul, kontena dan perkapalan.

Kos barang binaan dan hasil tani juga akan terkesan atas kenaikan SST pada logistik. Khidmat kurier, pos dan COD pun juga akan terkesan.

Ini semua impak berantaian. Domino. Satu kena maka yang lain akan terkena tempias sedikit sebanyak. Benda yang biasanya berharga sekupang berkemungkinan akan jadi 11 sen. Ini pasti.

Belum pernah dengar lagi dalam dunia moden Malaysia nih ader kapitalis dan kartel yang nak jadi zuhud dan menyerap semua kenaikan tanpa mengagihkannya kepada pelanggan dan pengguna.

Tapi itulah dek kerana taksub yang teramat kronik, maka pastinya puak-puak ini akan menidakkannya. Walhal mereka sendiri pun memang akan terkesan dengannya. Payah dah nak nasihat. Taksub ini membutakan mata dan hati serta memajakkan otak.

Berkaitan : Baca Sini

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



07 May 2023

Kesan Penggunaan Pekerja Asing Dalam Industri Perkilangan Di Malaysia

Industri perkilangan merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Industri ini menyumbang kepada ekonomi Malaysia melalui penghasilan produk yang berkualiti tinggi dan juga peluang pekerjaan yang tersedia untuk rakyat Malaysia. Namun, dalam beberapa tahun terakhir, industri perkilangan di Malaysia telah melibatkan pekerja asing untuk memenuhi kekurangan tenaga kerja. Keprihatinan mengenai kesan pekerja asing dalam industri perkilangan di Malaysia semakin meningkat kerana wujud kebimbangan bahawa terdapat impak negatif pada ekonomi dan juga masyarakat.

Kesan penggunaan pekerja asing dalam industri perkilangan di Malaysia boleh dilihat dari beberapa aspek. Di antaranya termasuklah:

Kesan sosial dan budaya
Keberadaan pekerja asing di dalam industri perkilangan telah memberikan kesan sosial dan budaya yang besar terhadap masyarakat Malaysia. Budaya, tradisi dan bahasa telah terjejas kerana pekerja asing cenderung untuk berkumpul dan mempertahankan budaya mereka sendiri. Ini mempunyai kesan negatif terhadap integrasi sosial dan budaya dalam masyarakat Malaysia.

Kesan ekonomi
Pekerja asing dalam industri perkilangan boleh menjejaskan ekonomi negara. Walaupun pekerja asing membantu mengurangkan kos tenaga kerja, mereka seringkali mendapat gaji yang lebih rendah berbanding dengan pekerja tempatan. Ini bermaksud bahawa industri perkilangan dapat mempunyai keuntungan yang lebih besar, tetapi rakyat Malaysia tidak dapat menikmati keuntungan tersebut. Pekerja asing biasanya akan membuat pengaliran matawang negara ke luar negara dengan skala besar. Dalam banyak keadaan mereka menghantar lebih 80% daripada pendapatan mereka yang diterima.

Kesan pekerjaan
Keupayaan pekerja asing untuk menerima gaji yang lebih rendah dapat mengancam keberadaan pekerja tempatan. Industri perkilangan cenderung memilih pekerja asing kerana kos yang lebih rendah, dan ini boleh menjejaskan peluang kerja bagi rakyat Malaysia. Dalam jangka panjang, ini boleh mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia, dan juga memperlemah ekonomi negara. Malah terdapat cadangan diperingkat dasar yang menganjurkan agar pihak industri dalam bidang ekspot dibenarkan menggunakan 100% pekerja asing dalam operasinya. Ini secara tidak langsung seakan menutup peluang untuk warganegara mendapatkan pekerjaan.

Kesan keselamatan dan kesihatan
Industri perkilangan memerlukan tenaga kerja yang cekap dan mahir untuk menjalankan kerja-kerja yang memerlukan kemahiran khusus. Pekerja asing yang tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi mungkin boleh mengancam keselamatan dan kesihatan pekerja lain di tempat kerja. Ini boleh membawa kesan yang serius terhadap produktiviti dan prestasi industri perkilangan.

Kesan kualiti produk
Kualiti produk dalam industri perkilangan sangat penting untuk memastikan reputasi industri yang baik dan menjaga kepuasan pelanggan. Pekerja asing yang tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi boleh mengancam kualiti produk yang dihasilkan. Ini boleh membawa kesan negatif terhadap industri perkilangan dan mempengaruhi daya saing Malaysia dalam pasaran global.

Akhir kata, penggunaan pekerja asing dalam industri perkilangan di Malaysia adalah suatu perkara yang kompleks. Walaupun terdapat banyak kesan negatif pekerja asing di industri perkilangan dalam banyak perkara, terdapat juga kesan positif yang perlu diambil kira. Penting untuk mempertimbangkan kedua-dua impak positif dan negatif sebelum membuat keputusan mengenai penggunaan pekerja asing dalam industri perkilangan.

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ




23 December 2021

Berapa Ramai Yang Maut Sebenarnya?

Bhai/DeeDee semua...

Mengikut rekod yang dipaparkan di media massa... sudah ader lebih 33 kematian akibat Banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia... Itu apa yang kita ketahui setakat ini..

Tapi dalam keadaan air banjir yang belum surut sepenuhnya di beberapa kawasan terutamanya di Taman Seri Muda Shah Alam.... kita mungkin tidak dapat menjangkakan jumlah sebenar mangsa banjir yang maut.... berapa ramai yang maut sebenarnya???

Mungkin ada yang lemas dalam rumah akibat tak sempat berpindah, ada yang mungkin lemas didalam kedai atau pejabat, ader yang mungkin lemas akibat dihanyutkan oleh luruan air yang deras... malah kita takkan tahu semua kematian ini melainkan semua kawasan telah surut airnya dan operasi pembersihan secara total dapat dilaksanakan.

Itu kita lihat dalam konteks warga biasa... bagaimana pula dengan gelandangan? Takkan semuanya terselamat? Takkan takder yang terkorban maut akibat impak dari banjir kali ini. Yang ini kita takkan tahu...

Harapan gua agak kita tidak dikejutkan lagi dengan penemuan demi penemuan mangsa banjir yang tewas dan menjadi jenazah.

Kepada Tuhanlah kita semua berserah.



27 September 2021

AUKUS - Apa Impaknya Terhadap Malaysia?

Bhai/DeeDee semua...

Gua sedia maklum bahawa ketegangan di Laut Cina Selatan itu adalah sekadar "show-off power" bagi semua kuasa besar kerana kawasan itu adalah satu laluan utama perdagangan dunia.

Jadi ianya adalah satu laluan yang percuma untuk sesiapa sahaja lalui tanpa perlu membayar apa-apa caj kepada mana-mana pihak. Sebab itulah banyak pihak kononnya nak jadi juara disitu sekadar kemudiannya boleh mengenakan caj kepada mana-mana kapal yang melaluinya.

So China mendakwa bahawa Laut Cina Selatan itu adalah kawasan miliknya. Tapi ada dokumen lama yang mengesahkan bahawa tiada tuntutan dari Maharaja China terhadap Kepulauan Paracel ditengah-tengah Laut China Selatan. Pastinya Kerajaan China masa ini tidak akan memperakui dokumen lama tersebut. Malah selama ini pun segala keputusan UNCLOS berkaitan Laut Cina Selatan tetap tidak diterima dan diperakui oleh China.

Dan kita sedar bahawa China sedang menguatkan armada lautnya dengan membina "forward military base" di Kepulauan Paracel Laut Cina Selatan. Jadi pihak barat cuba untuk mengimbangi keadaan ini dengan mengadakan satu pakatan iaitu tiga pihak iaitu Australia, United Kingdom dan United States (AUKUS).

Jadi mari kita bincangkan AUKUS - Apa Impaknya Terhadap Malaysia?


 
Malah AUKUS ini nampaknya lebih menumpukan kepada pemilikan kapal selam berkuasa Nuklear oleh Australia bagi mengawal kawasan sebelah selatan. Jadi dengan adanya kuasa AUKUS ini, pastinya ruang Laut Cina Selatan akan menjadi satu platform banyak kapal selam berkuasa Nuklear.

Kita sedia maklum bahawa China juga memiliki Kapal Selam berkuasa Nuklear begitu juga Russia. Jadi jika berlaku sesuatu konflik di Laut Cina Selatan, tentunya keterlibatan kapal selam berkuasa Nuklear akan mencari percaturan paling bahaya disana.

Impak negatif dari konflik berkaitan Nuklear ini adalah pencemaran radiasi dari sumber Nuklear yang mungkin bocor dan terdedah kepada hidupan laut dan sebagainya. Dan ini akan memberikan kesan yang lama terhadap ekosistem dan laut. Yang ini sepatutnya dielakkan.

Negara-negara Asean sudah lama menandatangani satu ketetapan ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom dan Neutrality). Ianya ditandatangani oleh Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand pada 1971 dan seterusnya diperakui dan diperkukuhkan oleh semua anggota ASEAN selepas itu.

Dengan ZOPFAN ... kita cuba untuk mengelak daripada berlakunya implikasi Perang dan Nuklear dikawasan ASEAN ini. Malah ZOPFAN ini membayangkan Asean bebas dari campur tangan kuasa luar, mengamalkan hidup berdampingan secara damai dan memelihara kebebasan dan kedaulatan setiap negara.

Untuk itu perjanjian AUKUS dan apa sahaja tindakan dari China di Laut Cina Selatan dianggap oleh ASEAN (terutamanya Malaysia) sebagai satu provokasi tahap tertinggi yang tidak boleh dikompromi. AUKUS memang ada impaknya terhadap Malaysia terutama dari segi dasar luar dan dasar pertahanan negara.

Gua tahu Menteri Pertahanan Malaysia (Hishamuddin Hussein) ini adalah Menteri Pertahanan paling lekeh dan takder telor dalam sejarah Malaysia, bilamana dengan selamba badaknya berkata yang Malaysia perlu berbincang dulu dengan China berkenaan isu AUKUS ini.

Gila apa Malaysia nak kena tunduk dengan China. Patut Malaysia kena ader ketetapan sendiri yang kukuh dan nyata. Menteri Luar Malaysia pun sama takder telor jugak nampaknya.

Memalukan sungguh la.

By the way.. walaupun Malaysia ada perjanjian keselamatan dengan UK, Australia dan New Zealand namun itu tidaklah bermaksud Malaysia perlu tunduk dengan AUKUS. Malah dengan China pun Malaysia jangan tunjuk lekeh.

Jangan kerana mereka adalah kuasa besar maka kita perlu takut dan menjadi bola yang boleh disepak kemana-mana. Malaysia perlu ada pendirian yang jelas. Malaysia perlu suarakan bahawa Laut Cina Selatan perlu kekal bebas tanpa pengaruh China atau mana-mana pihak lain.

Tapi selagi kita ada Kerajaan Gagal yang memerintah... dengan Menteri Kabinet yang juga gagal... apalah yang nak diharapkan... Huhuhuhu..

P/S: Bukan semudah ABC lah China nak boleh serang Malaysia tanpa Malaysia membalas serangan "tepat pada jantung" seawal 4 jam selepas arahan diberikan. (sekadar peringatan)

Kepada Tuhan kita berserah
Demi tanah air tercinta


Sekian,
TAMMAT.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1