Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Kapal Selam. Show all posts
Showing posts with label Kapal Selam. Show all posts

27 September 2021

AUKUS - Apa Impaknya Terhadap Malaysia?

Bhai/DeeDee semua...

Gua sedia maklum bahawa ketegangan di Laut Cina Selatan itu adalah sekadar "show-off power" bagi semua kuasa besar kerana kawasan itu adalah satu laluan utama perdagangan dunia.

Jadi ianya adalah satu laluan yang percuma untuk sesiapa sahaja lalui tanpa perlu membayar apa-apa caj kepada mana-mana pihak. Sebab itulah banyak pihak kononnya nak jadi juara disitu sekadar kemudiannya boleh mengenakan caj kepada mana-mana kapal yang melaluinya.

So China mendakwa bahawa Laut Cina Selatan itu adalah kawasan miliknya. Tapi ada dokumen lama yang mengesahkan bahawa tiada tuntutan dari Maharaja China terhadap Kepulauan Paracel ditengah-tengah Laut China Selatan. Pastinya Kerajaan China masa ini tidak akan memperakui dokumen lama tersebut. Malah selama ini pun segala keputusan UNCLOS berkaitan Laut Cina Selatan tetap tidak diterima dan diperakui oleh China.

Dan kita sedar bahawa China sedang menguatkan armada lautnya dengan membina "forward military base" di Kepulauan Paracel Laut Cina Selatan. Jadi pihak barat cuba untuk mengimbangi keadaan ini dengan mengadakan satu pakatan iaitu tiga pihak iaitu Australia, United Kingdom dan United States (AUKUS).

Jadi mari kita bincangkan AUKUS - Apa Impaknya Terhadap Malaysia?


 
Malah AUKUS ini nampaknya lebih menumpukan kepada pemilikan kapal selam berkuasa Nuklear oleh Australia bagi mengawal kawasan sebelah selatan. Jadi dengan adanya kuasa AUKUS ini, pastinya ruang Laut Cina Selatan akan menjadi satu platform banyak kapal selam berkuasa Nuklear.

Kita sedia maklum bahawa China juga memiliki Kapal Selam berkuasa Nuklear begitu juga Russia. Jadi jika berlaku sesuatu konflik di Laut Cina Selatan, tentunya keterlibatan kapal selam berkuasa Nuklear akan mencari percaturan paling bahaya disana.

Impak negatif dari konflik berkaitan Nuklear ini adalah pencemaran radiasi dari sumber Nuklear yang mungkin bocor dan terdedah kepada hidupan laut dan sebagainya. Dan ini akan memberikan kesan yang lama terhadap ekosistem dan laut. Yang ini sepatutnya dielakkan.

Negara-negara Asean sudah lama menandatangani satu ketetapan ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom dan Neutrality). Ianya ditandatangani oleh Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand pada 1971 dan seterusnya diperakui dan diperkukuhkan oleh semua anggota ASEAN selepas itu.

Dengan ZOPFAN ... kita cuba untuk mengelak daripada berlakunya implikasi Perang dan Nuklear dikawasan ASEAN ini. Malah ZOPFAN ini membayangkan Asean bebas dari campur tangan kuasa luar, mengamalkan hidup berdampingan secara damai dan memelihara kebebasan dan kedaulatan setiap negara.

Untuk itu perjanjian AUKUS dan apa sahaja tindakan dari China di Laut Cina Selatan dianggap oleh ASEAN (terutamanya Malaysia) sebagai satu provokasi tahap tertinggi yang tidak boleh dikompromi. AUKUS memang ada impaknya terhadap Malaysia terutama dari segi dasar luar dan dasar pertahanan negara.

Gua tahu Menteri Pertahanan Malaysia (Hishamuddin Hussein) ini adalah Menteri Pertahanan paling lekeh dan takder telor dalam sejarah Malaysia, bilamana dengan selamba badaknya berkata yang Malaysia perlu berbincang dulu dengan China berkenaan isu AUKUS ini.

Gila apa Malaysia nak kena tunduk dengan China. Patut Malaysia kena ader ketetapan sendiri yang kukuh dan nyata. Menteri Luar Malaysia pun sama takder telor jugak nampaknya.

Memalukan sungguh la.

By the way.. walaupun Malaysia ada perjanjian keselamatan dengan UK, Australia dan New Zealand namun itu tidaklah bermaksud Malaysia perlu tunduk dengan AUKUS. Malah dengan China pun Malaysia jangan tunjuk lekeh.

Jangan kerana mereka adalah kuasa besar maka kita perlu takut dan menjadi bola yang boleh disepak kemana-mana. Malaysia perlu ada pendirian yang jelas. Malaysia perlu suarakan bahawa Laut Cina Selatan perlu kekal bebas tanpa pengaruh China atau mana-mana pihak lain.

Tapi selagi kita ada Kerajaan Gagal yang memerintah... dengan Menteri Kabinet yang juga gagal... apalah yang nak diharapkan... Huhuhuhu..

P/S: Bukan semudah ABC lah China nak boleh serang Malaysia tanpa Malaysia membalas serangan "tepat pada jantung" seawal 4 jam selepas arahan diberikan. (sekadar peringatan)

Kepada Tuhan kita berserah
Demi tanah air tercinta


Sekian,
TAMMAT.

25 April 2021

Damailah Disana. KRI Nanggala 402

Bhai/DeeDee semua...

Beberapa hari nih gua cukup sedih bilamana berlakunya insiden Kapal Selam milik Republik Indonesia yang karam dan tenggelam didasar laut berhampiran Bali... pada kedalaman 850 meter dari paras laut.

53 orang anggota telah mendapat kecelakaan yang membawa maut. Moga rahmat, ehsan dan keampunan dari Allah Taala sentiasa ada bersama mereka. Aamin Ya Rabb.

Kepada Allah Taala kita berserah.

Selamat jalan saudara sebangsaku.




Senarai nama krew KRI Nanggala 402

1. Heri Oktavian – Letkol Laut (P) - Komandan KRI Nanggala-402 
2. Eko Firmanto – Mayor Laut (P) 
3. Wisnu Subiyantoro – Mayor Laut (T) 
4. Yohanes Heri – Kapten Laut (E) 
5. I Gede Kartika – Kapten Laut (P) 
6. Muhadi – Lettu Laut (P) 
7. Ady Sonata – Lettu Laut (P) 
8. Imam Adi – Lettu Laut (P) 
9. Anang Sutriatno – Lettu Laut (T) 
10. Adhi Laksmono – Letda Laut (E) 
11. Munawir – Letda Laut (P) 
12. Rhesa Tri – Letda Laut (T) 
13. Rintoni – Letda Laut (T) 
14. M Susanto – Letda Laut (P) 
15. Ruswanto – Serka Bah 
16. Yoto Eki Setiawan – Sertu Bah 
17. Ardi Ardiansyah – Sertu Ttu 
8. Achmad Faisal – Sertu Kom 
19. Willy Ridwan Santoso – Sertu Kom 
20. M Rusdiyansyah – Sertu Eko 
21. Ryan Yogie Pratama – Sertu Eki 
22. Dedi Hari Susilo – Sertu Mes 
23. Bambang Priyanto – Serda Bah 
24. Purwanto – Serda Kom 
25. Eko Prasetiyo – Serda Kom 
26. Harmanto – Serda Ttu 
27. Lutfi Anang – Serda Ttu 
28. Dwi Nugroho – Serda Atf 
29. Pandu Yudha Kusuma – Serda Ede 
30. Misnari – Serda Eta 
31. Setyo Wawan – Serda Saa 
32. Hendro Purwoto – Serda Lis 
33. Guntur Ari Prasetyo – Serda Mes 
34. Diyut Subandriyo – Serda Lis 
35. Wawan Hermanto – Serda Lis 
36. Syahwi Mapala – Serda Lis 
37. Wahyu Adiyas – Serda Lis 
38. Edi Wibowo – Serda Lis 
39. Kharisma D.B – Kopda Eta 
40. Nugroho Putranto – Kopda Tlg 
41. Khoirul Faizin – Kopda Mes 
42. Maryono – Kopda Trb 
43. Roni Effendi – Klk Eta 
44. Distriyan Andy P – KLK Eta 
45. Raditaka Margiansyah – KLS Isy 
46. Gunadi Fajar R – KLS Isy 
47. Denny Richi Sambudi – KLS Nav 
48. Muh Faqihudin Munir – KLS Mes 
49. Edy Siswanto – KLS Nav Non ABK 
50. Harry Setyawan – Kolonel Laut (P) – Dansatsel 
51. Irfan Suri – Letkol Laut (E) 
52. Whilly – Mayor Laut (E) 
53. Suheri – PNS


#prayfornanggala402

30 April 2013

Pengurusan TLDM Buat Lawak

Bhai... tolong aaa nasihatkan skit pengurusan TLDM nih... tolong jangan buat malu angkatan bersenjata... tolong jangan buat malu geng-geng yang masih dalam perkhidmatan.... tolong aaa... kalu nak berkempen ker mender ker... tolong jangan salahguna kuasa lu orang dalam TLDM....

Gua pernah menumpang KD Paus untuk satu Ops sekitar tahun 1992 .... Walaupun KD Paus tue takder la besar mana... tapi at least okeh gak la kemudahan yang ader... bergerak dari Pangkalan TLDM Lumut sekitar pukul 1 pagi dan sampai ke kawasan operasi 4 jam kemudian.... Gua cukup salut anggota TLDM dari yang lain-lain pangkat (LLP) sampailah kepada pegawai... Semua professional... masa tue semua anggota senantiasa siap siaga untuk menghadapi pelbagai senario..

Last skali gua hadir berurusan di Pangkalan TLDM Lumut aderlah pada Oktober 1997 untuk satu raptai latihan  bawah permukaan.... Itu last skali gua kat sana.....

Tapi tak sangka... skarang nih pentadbiran dan pengurusan TLDM sudah tidak dapat membezakan professionalisma dengan politik kepartian.... Malah urusan kenegaraan (yang dahulunya disanjung dan dijulang tinggi) nampaknya dikesampingkan atas dasar perbedaan fahaman politik kepartian... Nampak sangat la pentadbiran dan pengurusan TLDM sudah cacamarba sampaikan tidak tahu beza antara Kerajaan yang memerintah dengan Parti Politik...

Sori... gua tetap bertegas... bahawa walaupun anggota TLDM tertakluk kepada beberapa arahan tetap... tapi biler berkaitan bab kenegaraan... adalah wajar anggota TLDM diberikan gambaran yang jelas tanpa bias atau condong kepada mana-mana parti politik... Urusan memilih wakil rakyat adalah hak individu tidak kira sama ada dier aderlah anggota pasukan keselamatan mahupun orang awam... Pihak pentadbiran dan pengurusan TLDM tidak berhak untuk menyekat akses kepada urusan pilihanraya (termasuklah kempen) sekadar memilih-milih berdasarkan kepada parti politik... Ader yang boleh ... dan ader yang tidak boleh...

Ini menunjukkan bahawa pentadbiran dan pengurusan TLDM memang pincang dan bias serta tidak telus. Gua kesal dengan kenyataan yang telah dibuat oleh TLDM seperti dalam snapshot yang gua publishkan disini... TLDM sekarang sudah tidak professional. Memalukan... Baik buang sahaja pakaian seragam anggota tue ... jika tidak boleh membezakan antara kerajaan dan parti politik.

Sori... Semua warga TLDM (LLP dan Pegawai) nampaknyer sudah dizombiekan oleh pentadbiran dan pengurusan TLDM sehinggakan tidak dapat melihat tujuan sebenar Mahathir Mohamed hadir di Pangkalan TLDM...

Maaf la wei kalu bos besar NAVY nih marah sangat kat gua... tapi gua cakap benda betul... kepada lar mudah sangat dibaruakan oleh Ahmad Zahid Hamidi tue.... ker ader aper-aper.... hehehe.... (errk... takkan la gua terpaksa nak tengok kertas siasatan pemerolehan aset TLDM kot)..... hahahaha

17 December 2012

Rasmi, Lancar, Tauliah ???

Bhai... gua nak tau.... itu hari kecoh satu Malaysia isu Rosmah Mansor rasmikan dan lancarkan Kapal Latihan TLDM yang baru.... Ader yang kata aper yang Rosmah Mansor buat tue sekali termasuk mentauliahkan kapal tu... Jadi.. kalu kapal tue ditauliahkan oleh Rosmah Mansor... aper kejadahnyer kapal itu diberi nama KD Gagah Samudera ... yang membawa maksud Kapal Diraja Gagah Samudera...

Okeh... Kalu Rosmah Mansor tidak berkuasa mentauliahkan sesebuah kapal diraja atas kapasiti ianya sepatutnya ditauliahkan oleh mana-mana Raja atau Sultan (dan dirasmikan oleh Permaisuri/Puteri Raja) maka macam mana pulak dalam kes Kapal Selam KD Tuanku Abdul Rahman .... hehehe

Maknanya... selama ini ... KD Tuanku Abdul Rahman masih lagi tidak dapat pentauliahan yang sewajarnya la  yer... sebab ianya cuma dirasmikan dan dilancarkan oleh Rosmah Mansor sahaja... malah Rosmah Mansor jugak yang menamakan kapal nih.... sebab takder Raja atau Sultan yang mentauliahkannya selama ini...

Patut la pon kapalselam KD Tuanku Abdul Rahman tue masih tabley nak menyelam...... hahahahaha... Tentang status KD Tun Razak... semuanya senyap... hahaha.... OSA kot... hahaha

Protokol tak kemana... Panglima Tentera Laut pon dah lupa protokol wajib urusan kelautan.... aper daaa... semuanya pasai Rosmah Mansor... hahahaha... hancusss...


Oh yer lupa nak citer.... Pentauliahan sebenarnya dibuat oleh Panglima Tentera Laut la... dan bukannyer oleh para Raja atau Sultan.... hanya perasmian dan pelancaran jer dibuat oleh Raja dan Sultan........ hahaha....




By the way.... pentauliahan nih dibuat ditempat kapalselam dibuat... errr... pengujian dan pengesahan spesifikasi dah selesai ker..... katanyer pentauliahan biasa dibuat setelah semua ujian dan pengesahan dibuat oleh TLDM dalam kondisi situasi di Malaysia.... errrr... camana nih...

14 December 2012

Rosmah Mansor Rasmi Kapal TLDM

Bhai.... Dulu... Masa zaman Mahathir... Lu ader tau ka Siti Hasmah Ali rasmikan mana-mana kapal TLDM? Setahu gua la... Kalu ader pon kapal TLDM dirasmikan oleh Permaisuri Agong...

Masa zaman Abdullah Ahmad Badawi pon begitu gak... Takder gatai bininyer nak rasmi kapal TLDM...

Masa zaman Tunku dulu pon takder gak...

Nih aper gatalnyer Rosmah Mansor rasmikan kapal latihan TLDM nih... Itu hari selepas dier rasmikan kapalselam TLDM ... Aper jadi lepas tue... Terus kapalselam jadi tak boleh menyelam...

Nih aper plak akan jadi ngan Kapal Latihan TLDM yang baru nih.... Abisla kena badi.... Suweyy... Hehehe


12 September 2012

Ops Takut

Bhai..... Ismail Sabri nih aderlah Ahli Parlimen Bera.... tapi dalam kawasan Bera... masih banyak lagi kampung yang tak pernah dapat bekalan air bersih dari paip walaupun setelah 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.... tak caya sila baca disini

Hahaha... errk... bukan benda nih yang gua nak citer... hahahaha... gua nak citer pasai "Ops Takut"... hahaha

Nih... lu tau dak kenaper SUARAM jadi mangsa ugutan la nih... saper yang ugut??? Pendaftar Pertubuhan (RoS), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ...
Kesemua enam agensi nih digerakkan oleh Ismail Sabri atas satu tujuan... mengadakan "Ops Takut" kepada SUARAM... dengan cara ini SUARAM mungkin akan slow down dalam usaha untuk mendedahkan isu berkaitan dengan pembelian Kapal "Separa" Selam daripada Peranchis..

Ops Takut ini kalu berjaya menggertak SUARAM, dikhuatiri akan digunakan keatas beberapa organisasi lain seperti ANAK dan sebagainya... Apa pon... tujuan Ops Takut nih sebenarnya adalah sebahagian dari usaha untuk menutup mulut atas kepincangan pengurusan dan kawalselia kewangan dalam Kementerian Pertahanan....

Tapi...... Ops Takut nih takkan terkesan kat gua... sebab... gua sedia untuk membalas dengan "Ops Gamjat" ... hahahaha

19 August 2010

Bila Tentera Mula Menari Tarian Politik

Ini lah masalahnyer di Malaysia.... sepatutnya.. anggota keselamatan... polis ... tentera dan sebagainyer hendaklah berkecuali dari condong kepada mana-mana fraksi politik... tapi... bila tentera mula menari tarian politik... itu sudah jadi satu masalah besar...

Walau aper pun ... walau siapa pon ... yang memulakan kata bicara tentang politik.... sewajarnyer pihak Tentera.. tidak amik pot.... tapi biler ini berlaku... maka rakyat akan pastinyer bersangka buruk dengannya...

Contoh paling ketara apabila pihak Polis dengan mudahnya dipergunakan oleh kehendak politik pihak UMNO/BN.... mula-mula (seawal tahun 60'an) rakyat tidak berapa kisah... tapi biler semakin hari semakin banyak tindak tanduk pasukan Polis yang jauh menyimpang dari tujuan asalnyer (menjamin keselamatan) dan lebih menjadi babu kepada tuan politiknyer... maka rakyat semakin hari semakin tidak percaya malah hilang status hormat kepada pihak polis... Ini yang berlaku sekarang.... dimana pihak polis dianggap sebagai anjing kepada UMNO/BN oleh rakyat...

Gua tak nafikan masih ader ramai dikalangan anggota pasukan polis yang tidak sebulu dengan percaturan politik yang dibuat oleh pihak atasan PDRM ... namun.. atas dasar menjaga kepentingan sendiri.. anggota ini mendiamkan diri sahaja...

Kini nampaknyer trend condong kepada fraksi politik tertentu (UMNO/BN) nampaknyer telah sampai kepada cabang angkatan tentera.... Tentera Laut Diraja Malaysia telah mula nampakyer terikut dengan rentak yang sama .... susah la kalu camnie... gua takut nanti satu hari... rakyat mungkin dah tak respek sama angkatan tentera....

Macam la biler Raja dan Sultan mula condong kepada fraksi politik UMNO/BN... akhirnya ader ramai rakyat yang sekarang ini kurang respek kepada Raja dan Sultan... (ayat gua nih takder kena mengena dengan akta hasutan @ menghina institusi beraja)

So... nasihat gua pada TLDM... please aaaa... tolong berkecuali dari terlibat sama dengan permainan politik talian hayat UMNO/BN yang dah semakin nazak nih....

Oh yer... NAZAK adalah singkatan bagi Najib Razak..... patut sangat lah UMNO/BN dah nazak sekarang nih... hahahaha

27 July 2010

Ujian Bernilai RM1.2 Juta

Gua setuju TLDM buat ujian bernilai RM1.2 juta nih.. memang la mahal.. tapi kalu dibeli pastue langsung tak buat ujian... camana nak tau benda tue boleh pakai ker idak... hehehehe..

Exocet SM39 Block 2 nih bernilai RM1.2 juta setiap satu... kalu ikut nilai orang biasa cam gua nih... memang la mahal... Rm1.2 juta tue...


Tapikan... kalu kita dok bandingkan dengan kerugian FELDA, BNM, PKFZ .... rasanyer kos nak lancarkan Exocet SM39 Block 2 nih kira paling murah la...

Cuba kita lihat kes PKFZ... RM12 Bilion.... errr... berapa Exocet SM39 Block 2 kita boleh beli dan lancarkan... huh.. banyak tue... boleh ranap pulau Singapura dari peta dunia.. hahaha...

Total Exocet SM39 Block 2 yang boleh dibeli dengan nilai PKFZ adalah... hehehe .. sebanyak 10000 bijik missile nih (kalu silap kira sori aaa)... huh.. banyak tuh.... memang ranap Singapura kalu camnih... hahahaha... boleh jadi padang jarak padang terkukur... hehehe....

Tambahan: Kalu ikut perkiraan gua... dengan duit PKFZ nih... TLDM boleh main tembak-tembak Exocet SM39 nih sebanyak 27 bijik sehari sepanjang tahun... huh... best tue... semua orang boleh dapat peluang lancarkan missile nih.... hehehehe....

Baca : SINI

10 May 2010

Libang Libu

Pergh... paneh betul la skarang nih.... libang libu rasanyer... tak nak berbaju... nampak pulak bodi solid... pakai singlet nampak ketiak.... hehehe... alih-alih dalam libang libu nih.... pakai baju pagoda la jawabnyer... hahahaha... ate... panehnyer memanjang yeop... sampai ke malam... ayor dalam tangki romah pon paneh jugak... hehehe...

Lame bebenor teman tak nulis dalam bahasa peghok yeop oooi.... ari ni teman nak jugak nulis secotet.... hahaha...

Okeh.. gua balik tulsi bahaser standet gua... amacam.. hahaha... lagi senang nak tulis la bhai.. hahaha... cuaca panas sekarang nih... tambah lagi dengan pelbagai macam isu panas... dari isu main tembak-tembak polis sentri... sampailah kepada tak mandi junub pasai darurat (nak tau benda nih.. lu tanya itu Saiful Bukhari Azlan)... hahahaha...

Beli 8x8 kenderaan berperisai untuk ATM pon sampai RM8 bilion... giler ker aper... pastue sistem persenjataan dier meragukan...

Gua pon tak tau la apa nak jadi nih.... yang pasti.. 1Malaysia la nih dah makin celaru.. tak tentu gaya... dengan Istana Kelantan pon bergolak... yang pelik tue Jabatan Penerbangan Awam (JPA) dan PDRM pon boleh sama bersekongkol... tak tau la aper nak jadi....

Cerita bicara Anwar Ibrahim pon akan jadi satu lawak.... Apa Mufti Perak nak cakap pasai isu darurat yang Saiful Bukhari Azlan bawak tue... sure dier kata harus... hukumnya harus.... harussani.... hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1