Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label C4SIR. Show all posts
Showing posts with label C4SIR. Show all posts

19 March 2015

Airborne Warning And Electronic Control System (AWAEC)

Bhai/DeeDee semua...

Gua terpanggil untuk membicarakan isu berkaitan keperluan mendesak TUDM untuk mendapatkan pesawat "Airborne Warning And Electronic Control System" @ AWAECS berbanding untuk membeli dan menggantikan pesawat BBJ bagi keperluan YDP Agong dan Perdana Menteri Malaysia... Pertamanyer... BBJ milik TUDM untuk kegunaan VVIP tue bukanlah suatu pesawat yang uzur dan terlalu mendesak dari segi penyenggaraannya... Tapi lebih kepada hendak menunjukkan gaya kepada negara luar...

Sedangkan keperluan pesawat AWAECS bagi kegunaan TUDM amatlah mendesak tambah lagi dengan keluasan perairan dan wilayah yang dimiliki oleh Malaysia... Sesebuah radar statik yang berada didaratan amatlah terhad kawasan liputannyer... Dan ini telah terbukti dalam senario biasa dimana pesawat MH370 dikhabarkan tidak dapat dikesan dengan pantas dan tuntas.. Bagi orang biasa, mereka ingat radar yang ada dimiliki oleh pihak ATM dapat mengawal keseluruhan ruang udara Malaysia, tetapi bagi yang tahu... Diam-diam jer la sudeyy.. Hahaha

Sekitar tahun 2000 gua ader terlibat dengan sebuah syarikat berkaitan pertahanan dimana kami telah membuat beberapa kertas cadangan untuk memperkasakan TUDM dengan kemudahan AWAECS... Malah ianya telahpun dibawa ke peringkat atasan dimana kemudahan ini akan dibangunkan secara dalam negara (in-house)... Namun pihak STRIDE telah memintas kertas cadangan kami dengan mencadangkan projek tersebut dibangungkan oleh pihak SAPURA.. Dari apa yang kami tahu, SAPURA tidak ada kepakaran untuk membangunkan sistem AWAECS sementelah kertas cadangan pertama kami (projek C4SIR) yang disailang oleh mereka pun gagal dibangunkan oleh SAPURA sehingga ke hari ini walaupun khabarnya ratusan juta ringgit yang disediakan oleh Kementerian Kewangan telah hangus tanpa ada hasil yang boleh dibanggakan....

Aper pon walau kami terkilan atas kegagalan kami untuk membekalkan kemudahan AWAECS dan C4SIR kepada TUDM/ATM ... Atas sebab projek tersebut telah disailang... Kami tetap juga membuat cadangan dan kertas kerja bagi projek RECONNAISANCE menggunakan unmanned DRONE yang mempunyai sensor yang terbaek.. Tapi yang ini jugak disailang oleh pihak tertentu yang akhirnya dibekalkan oleh syarikat EAGLE AIRCRAFT (agak kelakar biler pesawat drone yang disedikan oleh EAGLE AIRCRAFT aderlah pesawat EAGLE standard yang diubahsuai) dan bukannyer seperti yang sepatutnya...

Jadi... Atas dasar ini gua tetap mengatakan bahawa kegagalan TUDM untuk mendapatkan pesawat AWAECS sebenarnya berpunca dari sikap pimpinan atasan TUDM dan ATM yang terlalu kuat membodek dan salahguna kuasa.... Sebab itulah dana yang sepatutnya dibelanjakan untuk kemudahan AWAECS telah disonglap untuk kegunaan VVIP.... hahaha... Padan muka.. Jangan nak kecoh la...

Untuk projek "armed drone" kali nih... Gua dan kengkawan takmo nak jual kepada TUDM/ATM tetapi kami akan jual kepada pembida terbaek... Even kalo Singapore nak beli pon kami akan jual... Hahaha

P/S : BTW... Walaupun projek AWAECS dan C4SIR gagal, kami masih lagi membangunkan teknologinya dan berharap dalam beberapa tahun lagi kami akan dapat mempamerkan kemudahan AWAECS dan C4SIR buatan tempatan pada mana-mana pameran pertahanan bersekali dengan pekakasan "armed drone"

30 April 2013

Pengurusan TLDM Buat Lawak

Bhai... tolong aaa nasihatkan skit pengurusan TLDM nih... tolong jangan buat malu angkatan bersenjata... tolong jangan buat malu geng-geng yang masih dalam perkhidmatan.... tolong aaa... kalu nak berkempen ker mender ker... tolong jangan salahguna kuasa lu orang dalam TLDM....

Gua pernah menumpang KD Paus untuk satu Ops sekitar tahun 1992 .... Walaupun KD Paus tue takder la besar mana... tapi at least okeh gak la kemudahan yang ader... bergerak dari Pangkalan TLDM Lumut sekitar pukul 1 pagi dan sampai ke kawasan operasi 4 jam kemudian.... Gua cukup salut anggota TLDM dari yang lain-lain pangkat (LLP) sampailah kepada pegawai... Semua professional... masa tue semua anggota senantiasa siap siaga untuk menghadapi pelbagai senario..

Last skali gua hadir berurusan di Pangkalan TLDM Lumut aderlah pada Oktober 1997 untuk satu raptai latihan  bawah permukaan.... Itu last skali gua kat sana.....

Tapi tak sangka... skarang nih pentadbiran dan pengurusan TLDM sudah tidak dapat membezakan professionalisma dengan politik kepartian.... Malah urusan kenegaraan (yang dahulunya disanjung dan dijulang tinggi) nampaknya dikesampingkan atas dasar perbedaan fahaman politik kepartian... Nampak sangat la pentadbiran dan pengurusan TLDM sudah cacamarba sampaikan tidak tahu beza antara Kerajaan yang memerintah dengan Parti Politik...

Sori... gua tetap bertegas... bahawa walaupun anggota TLDM tertakluk kepada beberapa arahan tetap... tapi biler berkaitan bab kenegaraan... adalah wajar anggota TLDM diberikan gambaran yang jelas tanpa bias atau condong kepada mana-mana parti politik... Urusan memilih wakil rakyat adalah hak individu tidak kira sama ada dier aderlah anggota pasukan keselamatan mahupun orang awam... Pihak pentadbiran dan pengurusan TLDM tidak berhak untuk menyekat akses kepada urusan pilihanraya (termasuklah kempen) sekadar memilih-milih berdasarkan kepada parti politik... Ader yang boleh ... dan ader yang tidak boleh...

Ini menunjukkan bahawa pentadbiran dan pengurusan TLDM memang pincang dan bias serta tidak telus. Gua kesal dengan kenyataan yang telah dibuat oleh TLDM seperti dalam snapshot yang gua publishkan disini... TLDM sekarang sudah tidak professional. Memalukan... Baik buang sahaja pakaian seragam anggota tue ... jika tidak boleh membezakan antara kerajaan dan parti politik.

Sori... Semua warga TLDM (LLP dan Pegawai) nampaknyer sudah dizombiekan oleh pentadbiran dan pengurusan TLDM sehinggakan tidak dapat melihat tujuan sebenar Mahathir Mohamed hadir di Pangkalan TLDM...

Maaf la wei kalu bos besar NAVY nih marah sangat kat gua... tapi gua cakap benda betul... kepada lar mudah sangat dibaruakan oleh Ahmad Zahid Hamidi tue.... ker ader aper-aper.... hehehe.... (errk... takkan la gua terpaksa nak tengok kertas siasatan pemerolehan aset TLDM kot)..... hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1