Bhai... tolong aaa nasihatkan skit pengurusan TLDM nih... tolong jangan buat malu angkatan bersenjata... tolong jangan buat malu geng-geng yang masih dalam perkhidmatan.... tolong aaa... kalu nak berkempen ker mender ker... tolong jangan salahguna kuasa lu orang dalam TLDM....
Gua pernah menumpang KD Paus untuk satu Ops sekitar tahun 1992 .... Walaupun KD Paus tue takder la besar mana... tapi at least okeh gak la kemudahan yang ader... bergerak dari Pangkalan TLDM Lumut sekitar pukul 1 pagi dan sampai ke kawasan operasi 4 jam kemudian.... Gua cukup salut anggota TLDM dari yang lain-lain pangkat (LLP) sampailah kepada pegawai... Semua professional... masa tue semua anggota senantiasa siap siaga untuk menghadapi pelbagai senario..

Last skali gua hadir berurusan di Pangkalan TLDM Lumut aderlah pada Oktober 1997 untuk satu raptai latihan bawah permukaan.... Itu last skali gua kat sana.....
Tapi tak sangka... skarang nih pentadbiran dan pengurusan TLDM sudah tidak dapat membezakan professionalisma dengan politik kepartian.... Malah urusan kenegaraan (yang dahulunya disanjung dan dijulang tinggi) nampaknya dikesampingkan atas dasar perbedaan fahaman politik kepartian... Nampak sangat la pentadbiran dan pengurusan TLDM sudah cacamarba sampaikan tidak tahu beza antara Kerajaan yang memerintah dengan Parti Politik...
Sori... gua tetap bertegas... bahawa walaupun anggota TLDM tertakluk kepada beberapa arahan tetap... tapi biler berkaitan bab kenegaraan... adalah wajar anggota TLDM diberikan gambaran yang jelas tanpa bias atau condong kepada mana-mana parti politik... Urusan memilih wakil rakyat adalah hak individu tidak kira sama ada dier aderlah anggota pasukan keselamatan mahupun orang awam... Pihak pentadbiran dan pengurusan TLDM tidak berhak untuk menyekat akses kepada urusan pilihanraya (termasuklah kempen) sekadar memilih-milih berdasarkan kepada parti politik... Ader yang boleh ... dan ader yang tidak boleh...
Ini menunjukkan bahawa pentadbiran dan pengurusan TLDM memang pincang dan bias serta tidak telus. Gua kesal dengan kenyataan yang telah dibuat oleh TLDM seperti dalam snapshot yang gua publishkan disini... TLDM sekarang sudah tidak professional. Memalukan... Baik buang sahaja pakaian seragam anggota tue ... jika tidak boleh membezakan antara kerajaan dan parti politik.
Sori... Semua warga TLDM (LLP dan Pegawai) nampaknyer sudah dizombiekan oleh pentadbiran dan pengurusan TLDM sehinggakan tidak dapat melihat tujuan sebenar Mahathir Mohamed hadir di Pangkalan TLDM...
Maaf la wei kalu bos besar NAVY nih marah sangat kat gua... tapi gua cakap benda betul... kepada lar mudah sangat dibaruakan oleh Ahmad Zahid Hamidi tue.... ker ader aper-aper.... hehehe.... (errk... takkan la gua terpaksa nak tengok kertas siasatan pemerolehan aset TLDM kot)..... hahahaha