Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label GE13. Show all posts
Showing posts with label GE13. Show all posts

18 May 2013

RM1.3 Bilion

Bhai.... Ingat lagi tak jumlah RM1.3 bilion yang gua citerkan masa PRU13 itu hari... Yeah .... Lu tak silap baca.... Nilainya aderlah RM 1.3 bilion...

Bukan kecik anak tue.... Hahaha.... Banyaknyer dana BN...

Kemana disalurkan... Untuk tujuan apa... Siapa yang membiayainya.... Hahaha... Inilah persoalan yang wajib kiter tanya...

Salah satu daripada penyaluran dana ini pergi kepada pembelian iklan berasaskan CPC (cost per click) dan CPM (cost per million) di beberapa penyedia besar pengiklanan dalam talian...  Sebahagian lagi disalurkan untuk menyediakan prasarana portal BetterNation termasuklah menggajikan para pekerja dan para konsultan media.. Jangan lupa bahawa terdapat pembiayaan kos pengiklanan untuk media cetak dan elektronik yang berleluasa pada PRU13. 

Jangan kita lupa ... Sebahagian daripada dana ini disalurkan juga kepada Unit Media Baru UMNO ternasuk kepada blogger-blogger dan para facebooker yang berdaftar dengan UMB... Ader blogger yang didapati mendapat dana yang agak besar "melampau" manakala ader blogger UMB yang mendapat dana paling ciput..

Sebahagian dari RM 1.3 bilion ini juga digunakan dalam kempen pilihanraya calon-calon BN dan sebagai kos menggerakkan semua PDM, pondok panas dan membayar wang balik mengundi. Ada pengundi yang mendapat RM500 wang balik mengundi dan ada juga yang hanya mendapat RM30 sahaja... Hahaha... Bagi pondok panas BN.. 

Gua dapat tau peruntukan satu pondok panas aderlah RM40 ribu... Tapi berapa yang sampai ketangan orang bawah gua tak tau... Gua tengok sendiri dokumen peruntukan tue. Tapi yang bagi negeri Kelantan lar... Negeri lain maybe lebih atau kurang sikit jer.... Hahaha

Persoalan yang perlu ditanya... Dari mana datangnya dana ini.... Hahaha ... Gua dan kengkawan dah lama mengesan pergerakan transaksi wang dalam beberapa akaun "master" di beberapa bank utama Malaysia... Gua ader beberapa "informer" kat dalam Maybank dan CIMB yang selama ini selalu memberikan input terbaek kepada gua..

Akaun "master" ini dikesan dibiayai dana nya daripada sumber luaran... Dari offshore account... Tidak terkecuali dana datang dari beberapa syarikat terkemuka Malaysia (kroni) serta dana awam dari beberapa GLC...

Bagi dana yang datang dari GLC ... Ianya telah ditukarkan pernyataan transaksinya bagi tujuan audit... Sebahagian besar pernyataan transaksi dinyatakan sebagai kos pembayaran konsultan dan promosi media...

Gua takmo nak menamakan siapa antara penyumbang terbesar dari sektor swasta nih cuma gua nak bagi hint.. Dier adalah seorang bilionaire.... Hahahaha... Bukan sorang bhai. Ader tiga empat... Hahaha

Soklan paling utama... Ader ker SPR nak siasat... Hahaha... Jangan la guna alasan takder saper nak buat laporan... Sebab alasan tue kuno dah la....  Alasan lapok....

So.... Ader paham ka???

14 May 2013

Ditangkap Setelah Selesai Mengundi

Bhai..... Hahaha... berita nih memang nampak biasa jer pada permulaannyer... tapi kalu lu baca berkali-kali... lu akan nampak citer disebalik cerita.... baca baik-baik aaaa.... Hahaha....  macam mana diorang nih ditangkap setelah selesai mengundi pada PRU13 baru nih...

Itu hari diorang nih diberikan kad pengenalan MyKAD dan diarahkah mengundi BN .... maka diorang nih pon dengan jujurnya mengundi BN la dalam PRU13.... hahaha.... setelah selesai mengundi.... dan BN memang secara tipu dalam PRU13... maka barulah Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara buat operasi susulan...

Diorang tau kat mana tinggalnya warga asing yang dah diberikan kad pengenalan MyKAD nih....  jadi mudah la diorang nak pi serbu.... siap panggil wartawan skali ikut serta.... hahaha... dan tertangkap la mangsa-mangsa nih.... biler ditangkap... diorang pon tunjuk la diorang punya MyKAD... hahaha... aper lagi... terus pegawai JPN tue kata ini MyKAD palsu... walhal dengan MyKAD itulah warga asing nih mengundi BN baru-baru nih.... hahaha

Hahaha.... sempoi betul la agenda diorang nih....  buat operasi sebaik sajer selesai mengundi.... hahaha... yang best tue semua saspek (mangsa) ader MyKAD.... hahaha..... ini betul-betul lakonan.... hahahaha ....  Kalu tidak camana Husni Hanadzlah boleh menang besar..... hahaha


IPOH – Tindakan pendatang tanpa izin warga Indonesia bersembunyi di siling rumah untuk elak diberkas dalam satu serbuan penguatkuasa Imigresen terbongkar apabila terjatuh dari ketinggian empat meter di sebuah rumah di pengkalan di sini, semalam.

Dalam operasi pada jam 2 pagi itu, lelaki berusia 30-an itu terjatuh seperti nangka buruk apabila siling rumah pecah akibat tidak dapat menampung berat badannya.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Negeri, Irwan Zahid berkata, operasi dilakukan membabitkan kediaman, restoran dan kilang sekitar kawasan Batu Gajah, Simpang Pulai, Pengkalan dan Kampung Tawas.

Menurutnya, operasi khas itu membabitkan 34 anggota Imigresen dan lapan anggota Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak bagi menjejaki golongan itu yang bekerja secara haram.

“Lelaki warga Indonesia terbabit ditahan dan hanya mengalami kecederaan ringan dan diberkas bersama tiga rakan lain yang sedang tidur dalam rumah berkenaan.

“Sebelum itu, keempat-empat mereka mempamerkan MyKad kemudian ditahan oleh pegawai JPN selepas didapati MyKad terbabit adalah palsu. Berkemungkinan dibeli dari sindiket tertentu,” katanya.

Selain itu, Irwan berkata, pihaknya turut menahan lima individu di beberapa premis perniagaan di sekitar Simpang Pulai dan Batu Gajah setelah gagal mengemukakan dokumen sah memasuki negara ini.

“Kelima-lima mereka adalah warga Myanmar dan Indonesia dan seramai 71 warga asing diperiksa sepanjang operasi itu.

“Kesemua ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal di negara ini tanpa pas sah dan ditahan di Depot Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut,” katanya.

09 May 2013

Nasihat Dari Agensi : Jangan Terikut Mainan UMNO

Bhai.... nih gua mewakili suara-suara operatif dari dalam Agensi yang mintak sangat gua publishkan benda nih untuk perhatian Pimpinan Pakatan Rakyat dan semua penyokong serta pendokong Pakatan Rakyat.....

Harapnyer akan ader la yang boleh tulung sampaikan kat pimpinan atasan dalam Pakatan Rakyat.... gua dan operatif lain maleh aaa nak sound direct...

Camnie..... '

Tolong jangan terikut mainan UMNO sehinggakan akan ader beberapa siri perhimpunan aman berskala besar di Selangor, Kuala Lumpur mahupun di Putrajaya... bukan aper.... bukan kitorang nih takmo nak tengok dan saksikan himpunan aman pelbagai rakyat berbilang kaum macam nih..... kitorang suker rakyat tanpa mengira kaum berhimpun secara aman....

Cumanyer...

Takut nanti tetiba ader anasir UMNO/BN yang buat provokasi dalam perhimpunan tue... sampaikan silap-silap boleh "trigger something so called" kekecohan... yang akhirnya akan menyebabkan Operasi Lalang diaktifkan semula.... Kitorang takmo benda camnie jadi.....

Jadi... sama ader lu orang sumer dapat kawal supaya takder provokasi dari agen anasir UMNO/BN masa berhimpun nih... atau lu orang tak payah la berhimpun beramai-ramai... cukup jer edarkan tandatangan ramai-ramai petisyen... kalu dapat tandatangan 1/3 rakyat Malaysia.... senang skit nak bawak usul supaya perkara penipuan dan sebagainya dalam PRU13 dalam disiasat dan diambil tindakan.

Ader paham ka??....

Bacaan Tambahan : Gua Dah Bagi Hint


06 May 2013

Cerita Disebalik Isu Blackout

Bhai.... Dulu masa gua tinggal di Shah Alam... Gua selalu lepak minum kat Kelab Kilat di TNB Bangsar.. Pasainyer... Gua ader ramai kengkawan kat Ibupejabat TNB tue... Dari sekecil-kecil jawatan sampailah kepada beberapa pengurus besar disana.... Hahaha...

Jadinyer tadi gua sengaja call diorang kat TNB Bangsar tue.... Kasi perhangatkan isu blackout kat pusat penjumlahan undi pada PRU13 nih... Diorang siap melenting bising... Diorang kata diorang dah sediakan cukup generator mudahalih bagi semua pusat penjumlahan undi...

Dan hari nih diorang banyak dihujani panggilan telefon marah-marah TNB pasai benda nih... Walhal... TNB takder kaitan pok... Bukan TNB yang sabotaj... Tambah lagi ramai staff TNB yang menyokong Pakatan Rakyat...

Member gua bagitau... Ini semua kerja celaka bangsat yang usik "Main DB" kat lokasi pusat penjumlahan undi... Mesti ader orang yang cabutkan fius nih... Sengaja buat nampak macam blackout sebabkan TNB...

So... Aper citer nih... Bukan ker dalam setiap kali kursus PACA telah diperingatkan bahawa insiden blackout nih besar kemungkinan akan terjadi... Takkan la tak diperingatkan kot... Takkan la takder seorang pon ahli Pakatan Rakyat yang ditugaskan untuk mengawal suis elektrik dan kotak fius.... Takkan la bodoh lagi kot...

Dah 13 kali pilihanraya... Takkan tabley nak amik perhatian...

Dulu masa Mahathir hampir kalah ngan Tengku Razaleigh pon jadi blackout masa kiraan undi.... Aper daaaa...


So... citer banyak takder... orang TNB takmo dipersalahkan pasai isu blackout nih... Diorang takder kena mengena... Jadi... amacam... PR mau buat camana???

UPDATE 7 Mei : Gua dikhabarkan bahawa ada pihak-pihak tertentu dalam PR yang sedang mengumpulkan bukti kejadian terputus bekalan elektrik ini dan mahu menyaman TNB...  Sewajarnya TNB dapat membuat pengumuman awam bagi mempertahankan sikap non-partisan TNB dalam isu ini sebelum saman menyusul.



GE13 Voter Sentiment Ratio (Finalising) - Report

Bhai... sori la pasai gua gunakan tajuk ikut format PPSMI kat blog gua nih... Hahaha... biasa la kan... ini blog picisan... blog yang tak signifikan kepada Parti... Gua bukannyer satu nama besar dalam persekitaran dunia siber nih...

Gua takder influential power macam portal TranungKita .... hahaha...

Tapi.... hasil latihan dan tugasan yang gua dah buat selama nih... iaitu selama berkhidmat kepada negara tercinta nih... sama ada didalam mahupun diluar negara.... yang semuanya dibiayai oleh Kerajaan Malaysia (sila faham bahawa ader perbezaan antara institusi Kerajaan dengan institusi Politik) .... itulah yang dapat gua terjemahkan dalam blog nih...

Gua.... sebagai "bekas" operatif dalam Agensi ingin sekali berkongsi pandangan dan input yang gua ader demi untuk satu perubahan kearah Malaysia Moden.... Jadi lu orang kena paham.... walaupun ader kalanyer aper yang gua tulis aderlah semacam menibai kumpulan atau orang-orang tertentu..... ianya dibuat semata-mata mahukan satu perubahan kearah yang lebih baik..

Gua aderlah ahli PAS seumur hidup... namun... gua tak wala' kepada mana-mana pemimpin.... tidak kisah sama ader ianya Perdana Menteri Malaysia mahupun Presiden PAS atau sesiapa sajer... Gua akan ikut arahan sepertimana yang ditetapkan... selagi mana ianya tidak bercanggah dengan undang-undang, kepentingan negara dan kestabilan sosiopolitik....

Hahaha... okehlah... cukup lah gua merapu dan bertelenovela nih.... hahaha... back to the topic lar.... hahaha....

Voter Sentiment Ratio yang gua keluarkan bermula pada 25 April 2013 sehingga 4 Mei 2013 seperti yang lu orang sedia maklum aderlah hasil dari risikan di lapangan oleh operatif agensi... Risikan ini agak telus kerana ianya tidak dimanipulatekan oleh pihak-pihak tertentu demi untuk memperlihatkan kekuatan sokongan rakyat (pengundi) kepada mereka.

Jumlah Kerusi Yang Dimenangi
Laporan asal setebal 14 mukasurat yang dikeluarkan setiap hari memperincikan sentimen pengundi bagi semua kawasan Parlimen berdasarkan input daripada operatif... Laporan ini kemudiannyer gua ringkaskan menjadi satu graf yang "cap ayam" dan gua pamerkan kat blog gua... Dan graf inilah yang menjadi lelucon bagi pihak Pakatan Rakyat (PR) terutamanya daripada Parti PAS...

Ratio sentimen pengundi (sila semak persamaannya)
Gua paham.... graf yang dibuat dengan menggunakan Microsoft Excel nih memang nampak kureng menyakinkan... tapi itulah dier... takkan la gua nak publishkan laporan penuh siap dengan logo agensi... nanti tak pasai-pasai kantoi.... hahaha...

Setiap kali gua tuliskan mengenai Voter Sentiment Ratio (VSR) nih... gua akan bagi pandangan peribadi gua berdasarkan aper yang gua tau... dan ianya aderlah satu bentuk nasihat kepada pihak yang terbabit... tapi biasa la... orang tak amik pot..... Hanya perkataan "Padan Muka" jer la yang mampu gua katakan.... hahaha

Aper pon... sebenarnya laporan Voter Sentiment Ratio (VSR) ini sentiasa berjalan setiap hari.... dan bos besar kat Agensi akan sampaikan laporan penuh yang diringkaskan (executive summary) kepada YDP Agong... sama ader ianya juga sampai kepada PM gua tak tau la plak.... hahaha... tapi yang gua tau... laporan yang samer akan ditallykan dengan laporan dari Jabatan "E" Bukit Aman.... Laporan MKN dan jugak laporan dari MIO.

So..... aper kerjadahnyer gua melalut nih..... hahaha....

Kalu lu orang nak tau...... ader orang tue kan... diorang akan tau sentiasa aper yang berlaku diseluruh negara... dan dier akan tau camana penerimaan rakyat terhadap polisi-polisi yang dibuat.... dan dengannya juga dier dapat menentukan tarikh terbaek untuk membubarkan Parlimen...... hahahaha

Ader paham ker?? Hahaha... kalu tarak paham... sila hentakkan kapla lu kat dinding tue.... hahahaha

#PRU13 : Dimana Silapnya?

Bhai.... seperti yang lu orang tau... PR sudah gagal dalam usahanya untuk membongkangkan BN.... tapi itu tak bermakna PR lemah dan BN kuat.... dan jugak tak bermakna PR kuat dan BN lemah.... It's all about "magic"

Bhai... biler gua ader citer itu hari bahawa kalu peratusan keluar mengundi kurang daripada 93%... maka bersedialah untuk menerima hakikat kekalahan.... kerana... SPR akan menggunakan "magic" mereka untuk memastikan BN menang walaupun simple majoriti.. Benda ini dah dilatih dan dipraktikkan sejak 12 kali pilihanraya... dan pilihanraya kali ini tidak terkecuali.... hahaha... dan lu orang boleh baca analisa gua tentang PRU13

Aper-aper pon... "magic" SPR dalam memenangkan BN pada setiap kali PRU memang marvelous... gua ader tanya kengkawan gua kat dalam SPR... diorang cakap... 'magic" tue tabley la nak dedahkan sesuka hati... nanti kalu susah la diorang... Aper pon... nantikan satu "temuramah ekslusif" gua dengan kengkawan di SPR tue.... InsyaAllah... esok gua akan publishkan...

Kengkawan di Jabatan "E" Bukit Aman pon rasa takjub dengan strategi dan taktik yang digunapakai dalam melaksanakan "magic" oleh SPR nih... hahaha... samer gak ngan kengkawan di Agensi... diorang bercadang nak buat kursus khas la camana nak buat "magic" nih.... hahaha

Tapi itu semua aderlah sebahagian kecil sahaja dari cerita sepenuhnya yang besar..... sebenarnya.... gua nak bagitau lu ... yang memenangkan BN dan menyambung jangkahayatnyer aderlah tidak lain tidak bukan .... terdiri daripada agen-agen BN (yang diklasifikasikan sebagai "sleepers") dalam semua parti lawannyer...

Dalam PAS ader agen BN... dalam DAP pon ader... dalam PKR pon berlambak..... hehehe.... dan diorang nih la yang telah berusaha mengekalkan kemenangan BN pada PRU13 kali nih.... Tahniah diucapkan kepada mereka yang begitu tuntas dalam melaksanakan arahan dan tugasan yang diberikan kepada mereka...

Bhai... lu ingat BN terutamanya UMNO bodoh ker nak membiarkan parti-parti yang lain nih jalan sesuka hati tanpa ader agen diorang didalamnyer.... hahahaha.... dah lama dah diorang buat kerja macam nih..... Aper nak kata.... BN memang terra kalu bab manipulasi nih... tambah pulak BN mempunyai dana yang tidak terhad..... Lu bayangkan la... kalu pada PRU13 nih ... belanja yang telah dikeluarkan yang dapat dikesan oleh gua aderlah sebanyak RM1.3 bilion..... itu belum lagi kalu gua goes detail.... cari maklumat sana sini..... hahahaha...

Aper-aper pon... gua nak ucapkan beribu-ribu tahniah kepada Hadi Awang..... hehehe.... terima kasih la kerana membantu BN.... terima kasih lah banyak banyak..... hahahaha .... Penat gua berkempen dibelakang tabir untuk PR... tapi dek kerana hasil usaha Hadi Awang.... semuanyer berkecai...

 

PRU13 Tepat Seperti Hasil Analisis Risikan Agensi

Bhai..... kalu lu orang aderlah pembaca setia blog gua nih... lu orang mesti pernah baca tentang analisis keputusan PRU13 yang gua pernah tampilkan disini hasil dari risikan agensi yang mana gua ader terlibat... Dan ianya jugak hampir samer dengan risikan kengkawan di Jabatan "E" Bukit Aman.... hehehehe

Sebelum citer panjang.... cer lu tengok 3 carta nih yang terakhir skali gua publishkan semalam.... hehehe

semak story asalnya di SINI



semak story asalnyer di SINI

So .... amacam.... dulu masa gua asyik publishkan benda nih... agar jadi peringatan... ramai orang kata ini semua bullshit... ini semua mengarut... ini semua citer fabrikasi.... hahaha.... Bhai... gua dah terlibat dengan benda-benda analisis macam nih dah lama bhai... dari mula gua masuk Agensi sampailah gua "blah" ..... hahaha...

Ini aderlah kali ke 4 gua dan kengkawan di Agensi punya analisis tepat lagi jitu... kalu ader perbezaan pon seciput jer.... hahahaha... Nak buat camana.... masa 1999 dulu pon gua buat satu analisis gak... ramai kengkawan tak percaya... tapi akhirnya terpaksa salut gak ngan gua punya analisis...

Biler gua kater Voter Sentiment Ratio (VSR) pengundi lebih kepada BN... ramai tak percaya... sebab diorang tengok ramai orang di semua ceramah dan himpunan Pakatan Rakyat.... hahaha.... bhai... berapa kali gua mau kasi lu orang ingat aaa... ramai orang tidak bermaksud undi majoriti..... hahaha...

Ramai orang datang ceramah... bukan semuanya penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat... sebab banyak aderlah pengundi atas pagar... kalu diorang tengok perangai orang PR macam lahanat.... macam dalam kes provokasi di Seksyen 18 Ipoh tue... mesti ramai yang akan berubah sokongannya...

Macam kat Kemaman dua tiga hari sebelum mengundi.... rider PR buat perangai macam setan.... jadi pengundi atas pagar akan perhatikan dan kemudian mungkin akan mengambil sikap menolak sokongan diorang dari Pakatan Rakyat.... Itu belum lagi kalu kira dengan statement "mulut longkang" dari Hadi Awang, Karpal Singh, Haron Din, Haron Taib dan sekor lagi orang DAP kat Johor yang nama dier gua tak ingat la plak (malas nak tanya Lebai Google)...

Aper pon.....  lain kali... biler gua publishkan analisis nih... sila perhatikan betul-betul dan amik tindakan proaktif.... hahaha... skrang kan sudah kena.... Anwar Ibrahim kena tunaikan janji yang dier takkan bertanding lagi untuk merebut jawatan PM selepas nih.... Hahaha.... Lepas nih mudah la Hadi Awang nak bertanding jadi PM..... hahahaha...

So... pasai Kelantan.... Kalu Nik Aziz meninggal dunia jer... sure Kelantan akan kacau bilau.... dan silap-silap boleh jatuh kepada BN.... tapi Mustapha Mohamad tabley la nak jadi MB ... pasai menang 47 undi jer..... kurang-kurang Anuar Musa menang lagi banyak undi majoriti...

UPDATE : Gua lupa nak tambah.... hehehe.... BN memang hebat sebab telah berjaya membelanjakan dana hampir RM1.3 bilion dalam usaha kempen PRU13 (iklan dan umpan) .... ini baru dari satu sumber maklumat jer... belum lagi kalu gua dapat semak yang lain.... hahahaha.... banyak siot.... 

UPDATE 6th May:

Kredit dari Blogger Greenboc

Maknanyer.... dengan kemenangan 133 kerusi ini ..BN mengekalkan kuasa pada kedudukan 59.9099%  atau dibundarkan kepada 60% iaitu sama dengan analisis gua dan agensi.... iaitu..

(c) 2013 - Agency


05 May 2013

TERKINI : Keputusan PRU13

Bhai... Gua jangkakan keputusan terkini PRU13 akan mula sampai kepada gua seawal pukul 6.... Harapnyer la.... Oh yer lupa plak nak citer... Hahaha... Gua dah sampai dengan selamatnyer di Kemaman awal petang tadi... Bawak keter cam pelesit ... Sebab konfiden takder AES dan speed trap....

Pukul 11 gua kat RnR Tapah... Terua henjut highway dan keluar Jalan Duta ... Masuk Gombak dan shoot terus guna Lebuhraya Karak dan LPT... Singgah makan kat Stesen Petronas Siti Nurhaliza (orang kata la) kat highway LPT yang dekaf kawasan berbukit tue... Dan shoot ke Kemaman lepas tue....

Hahaha... Skrang tengah lepak layan maklumat yang nak masuk nih... Geng-geng gua yang bertugas bagitau... Peratusan keluar mengundi kali nih tak cecah 93%... Jadi bersedia untuk keputusan PRU13 versi "magic" punya terbitan SPR.... Hahaha....

Lu orang mesti akan terkejut kalu tau ader peti undi pos dan peti undi awal yang akan lambat sampai di pusat pengiraan undi atas macam-macam alasan tahap bangang.... Hahaha

Lagi satu... Seluruh Malaysia hari nih takder hujan lebat sampaikan ader banjir... Kalu ader peti undi yang lambat sampai dengan alasan masalah banjir... Itu semua tipu jer.... Hahaha

So... Nantikan keputusan terkini PRU13... Hanya yang sensasi dari gua..... Hahaha

Gua nak amik popcorn dan air berkarbonat sat.... Layan citer lawak PRU13 nih.... Hahahaha

UPDATE 6pm : Peratusan undi rosak meningkat... Hampir sekali ganda berbanding PRU12. Sebab utama aderlah kesan dari dakwat kekal yang masih basah...

UPDATE 6.10pm : Satu kerusi Parlimen sudah dimenangi PR di Sarawak ... Iaitu Parlimen Saratok (keputusan tidak rasmi)

UPDATE 6.12pm : Peratusan keluar mengundi cuma 80% seperti yang disahkan oleh SPR... Ader chan la "magic" nih....

UPDATE 6.20pm : Adnan Mansor masih lagi lead dalam pengiraan undi di Parlimen Putrajaya.

UPDATE 6.30pm : Ibrahim Ali masih lagi lead dalam pengiraan undi di Parlimen Pasir Mas. Lim Kit Siang masih bergelut dengan undi majoriti.

UPDATE 6.40pm : Zulkifli Nordin masih lagi lead dalam pengiraan undi di Parlimen Shah Alam.

UPDATE 6.50pm : Proses pengiraan undi di Pantai Dalam mungkin terjejas sebab berlakunya "banjir kilat".

UPDATE 6.55pm : Najib Razak masih lagi lead dalam pengiraan undi di Parlimen Pekan. Parlimen Bandar Tun Razak dimenangi oleh BN (tidak rasmi).

UPDATE 7.05pm : Pakatan Rakyat masih lead di Parlimen Dungun.. PR juga lead di Parlimen Sibu.

UPDATE 7.10pm : PR masih lead di Parlimen Seputeh dalam pengiraan undi... Gua nak solat Maghrib sat..

UPDATE 7.20pm : BN masih lagi lead di Parlimen Bentong dan Lembah Pantai.

UPDATE 7.25pm : PR masih lagi lead di Parlimen Ipoh Timur manakala BN masih lagi lead di Parlimen Muar.

UPDATE 7.30pm : Jamaluddin Jarjis menang di Parlimen Rompin (tidak rasmi)

UPDATE 7.35pm : Lim Kit Siang dapat undi tipis berbanding Ghani Othman di Parlimen Gelang Patah... Masih lagi lead tapi agak sengit.

UPDATE 7.40pm : Anwar Ibrahim masih lagi bergelut dengan undi yang agak tipis.. Parlimen Setiawangsa dan Parlimen Titiwangsa dimenangi oleh BN (tidak rasmi)

UPDATE 7.45pm : Nurul Izzah kalah kepada Raja Nong Chik (tidak rasmi) di Parlimen Lembah Pantai. Adnan Mansor menang di Parlimen Putrajaya (tidak rasmi) mengalahkan Husam Musa.

UPDATE 7.50pm : PR masih lagi lead di Parlimen Segamat, manakala Zulkifli Nordin masih lead Parlimen Shah Alam....

UPDATE 8.00pm : Parlimen Pandan dimenangi oleh Rafizi Ramli (tidak rasmi)...

UPDATE 8.05pm : Kerusi Parlimen Marang telah jatuh ketangan BN dengan kekalahan Presiden PAS Hadi Awang (tidak rasmi). Parlimen Igan, Batang Lupar dan Julai di Sarawak dimenangi oleh BN (rasmi).

UPDATE 8.10pm : Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tewas di kerusi Parlimen masing-masing (tidak rasmi). Zulkifli Nordin menang di Parlimen Shah Alam (tidak rasmi)

UPDATE 8.15pm : Parlimen Kuching dimenangi oleh PR (tidak rasmi)... Parlimen Pasir Mas dimenangi oleh PR (tidak rasmi)

UPDATE 8.30pm : Muhyiddin Yassin menang di Parlimen Pagoh (tidak rasmi)... ... PR kalah kerusi Parlimen Limbang (tidak rasmi)

UPDATE 8.40pm : BN menang 15 kerusi Parlimen di Sarawak (rasmi). Bung Mokhtar Radin telah menang di Parlimen Kinabatangan (rasmi)

Update 8.50pm : Najib Razak menang besar di Parlimen Pekan (tidak rasmi) Manakala kerusi Parlimen Bukit Bintang kekal kepada PR (tidak rasmi)

UPDATE 9.00pm : BN memenangi semua kerusi Parlimen di Perlis dan Parlimen Hulu Selangor (tidak rasmi) manakala Parlimen Sarikei dimenangi oleh PR (rasmi).

UPDATE 9.05pm : PR bakal mengambilalih Kerajaan Negeri Perak dan Melaka (tidak rasmi). Parlimen Labuan telah dimenangi BN (rasmi)

UPDATE 9.15pm : PR bakal mengekalkan pentadbiran Selangor dengan menang kebanyakan kerusi DUN (tidak rasmi) manakala Khairy Jamaluddin berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Rambau (tidak rasmi)

UPDATE 9.20pm : Parlimen Bera dimenangi oleh PR (tidak rasmi) dan DUN Padang Kota dimenangi oleh PR (rasmi)

UPDATE 9.30pm : Kelantan bakal kekal dibawah PR (tidak rasmi). Parlimen Putrajaya kekal dibawah BN (rasmi)

UPDATE 9.35pm : DUN Kota Damansara masih dikuasai undinya oleh BN dan ianya serupa juga di DUN Sg Acheh Pulau Pinang.

UPDATE 9.40pm : Lim Guan Eng telah mengesahkan PR menguasai Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Parlimen Kuantan juga dimenangi oleh PR (rasmi)

UPDATE 9.45pm : PR bakal menguasai pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan (tidak rasmi)

UPDATE 10pm : Media Arus Perdana sengaja sabotaj tidak mahu mengumumkan keputusan kemenangan kerusi PR yang ditandingi oleh PAS dan PKR... Asyik nak pamerkan keputusan DAP sahaja.... Sialan betul lar Media Arus Perdana nih...

UPDATE 10.05pm : Kedah bakal mendapat MB baru dari BN (tidak rasmi)

UPDATE 10.15pm : Adnan Yaakob kini hilang telinga sebelah kerana Parlimen Bentong telah dimenangi oleh PR.

UPDATE 10.20pm : Hadi Awang mengekalkan kerusi Parlimen Marang

UPDATE 10.30pm : Parlimen Lumut telah jatuh ketangan PR ... Tahniah Laksamana. (B) Imran

UPDATE 10.45pm : Kiraan semula undi di Parlimen Lembah Pantai ekoran ader 5 peti undi tambahan yang misteri... Manakala di Parlimen Putrajaya juga dikhabarkan ada kiraan semula kerana ader peti undi yang dilarikan (disorok)

UPDATE 10.50pm : Salahuddin Ayub menang di Johor. Saleh Man dari PAS menang di DUN Permatang Pasir. PAS juga menang di DUN Ijok.

UPDATE 11pm : N42 DUN Tualang Sekah dimenangi oleh calon celaka Nolee anak kepada bekas YB BN celaka Radhi Manan... Ini DUN yang gua mengundi tadi...

UPDATE 11.05pm : Penyelaras BN Selangor telah tewas kepada Hanipa Maidin dari PAS/PR.

UPDATE 11.10pm : Kepada semua penyokong PR, sila balik kerumah dan jangan berkumpul atau berkonvoi sama ada PR menang atau kalah... Jangan buat provokasi... Gua dapat tahu ader geng yang menyamar sebagai penyong PR telaj siap sedia untuk berkumpul dan berkonvoi ke Putrajaya... Ini celaka punya kerja... Sial lar.... Wei Azmi APA... Tolong nasihatkan anak buah lu supaya tak menyamar...

UPDATE 11.15pm : Anwar Ibrahim telah berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh...

UPDATE 11.30pm : Parlimen Parit Buntar dimenangi oleh Pakatan Rakyat (rasmi)

UPDATE 11.40pm : Chegu Bard kalah di DUN Sg Acheh hanya dengan 611 undi manakala Yusni Mat Piah dari PAS yang telah diarahkan menarik diri telah mendapat 682 undi .... Inilah perangai Geng UG .. Sengaja nak bagi chan BN menang mudah...

UPDATE 11.45pm : Lim Kit Siang menang di Parlimen Gelang Patah (rasmi) manakala Mohamad Sabu kalah di Parlimen Pendang.

UPDATE 12pm : Rafizi Ramli menang di Parlimen Pandan (rasmi). Haron Din kalah di Parlimen Arau dengan Shahidan Kassim (rasmi). Ketua Pemuda PAS kalah di kerusi DUN yang dipertandingi (radmi)

UPDATE 12.10pm : Pengiraan Undi di Parlimen Pekan masih lagi berjalan walaupun nampak Najib Razak tidak mendapat lead yang banyak..

UPDATE 12.15pm : Parlimen Temerloh telah jatuh kepada PR (rasmi)

UPDATE 12.30pm : Gua baru nak makan malam... Pergh pedih perut aaa asik minum air berkarbonat... Oh yer ... Najib Razak menang pasai ader pertambahan pengundi sebanyak 50 ribu di Parlimen Pekan... Hahaha... Magik kan....

UPDATE 12.50pm : Husni Hanadzlah menang di Parlimen Tambun kerana banyak undi awal dan undi pos disana dari kalangan anggota tentera dan polis.... Hahaha.... Menang mengelat boleh aaaa...

UPDATE 1am : BN telah menang majoriti mudah sebanyak 112 kerusi... So bersedialah untuk menerima tekanan tahap dewa daripada BN yang dapat memerintah Kerajaan Persekutuan... Aper-aper pon gua dah saspek benda nih akan jadi.... Hahaha... Tak caya tengok la gua punya Voter Sentiment Ratio (VSR) yang dipublishkan hasil dari risikan agensi gua.... Dan perhatikan jugak Analisis Keputusan PRU13 yang gua dah bentangkan dulu.... Hahahaa

#PRU13 : Masa Sudah Tamat

Bhai.... Masa pengundian sudah tamat.... sori... sudah pukul 5 ... kalu ader lagi pusat mengundi yang dibuka dan masih menerima pengundian lagi... itu dah kira salah.... tapi kalu pintu pagar dah tutup.. tapi barisan panjang masih tak solosai lagi mengundi... itu kira lain....  Saper suruh pegawai pusat mengundi buat kerja lambat... hahaha

Okeh la.... skrang masanyer yang ditunggu-tunggu.... masa pengiraan undi...

Seperti yang gua tegaskan banyak kali dah.... Kalu PR menang di Putrajaya atau di Gelang Patah... alamatnyer keputusan dan pengumuman tue la paling lewat skali akan diumumkan dan disahkan oleh SPR..... hahahaha...

Kalu mana-mana kerusi yang BN menang.... sure paling cepat akan diumumkan..... hahaha... Itulah perangai SPR yang gua dah kenal... dan gua dah ikut proses pilihanraya nih dari tahun 1985 lagie.... hahaha...

Aper-aper pon.. ini ader satu nasihat dari gua dan kengkawan di Jabatan "E" Bukit Aman serta operatif di Agensi.... Tolong aaa... Tolong jangan adakan perarakan untuk menyambut kemenangan antara malam ini sampai esok petang... relaks dulu... jangan cari pasai...

Nanti ader yang akan amik peluang nak kasi perangat dan buat sabotaj... yang nama busuk nanti bukannyer orang BN yang buat perangat tue... tapi... penyokong PR....  so... jangan aderkan alasan untuk penyokong BN buat sabotaj kat lu orang....

Lagi satu.... jangan... jangan cari pasai dengan menyambut kemenangan PR dengan memasang mercun ker aper ker.... nanti tak pasai-pasai jer ader masalah....

Bhai...

Semoga PR menang ini kali lah.....

#PRU13 : Sejam Yang Terakhir...

Bhai.... seperti yang gua dah tegaskan sebelum nih...kalu PR nak menang dalam PRU13 kali nih.... takder pilihan lain melainkan peratusan keluar mengundi mesti lebih dari 93%..... Kalu kurang daripada tue... manipulasi tahap dewa oleh SPR dengan "magic"nyer akan mudah berjalan...

Tak kisah la lu orang nak guna istilah Pengundi Hantu ker.... aper ker... tapi "magic" tue memang sudah diplankan hampir 5 tahun sudah..... sebaik sahaja selesai keputusan PRU12 pada 2008...

Skrang nih masa tinggal lagi sejam.... dan dalam sejam terakhir nih... kalu ader pengundi berdaftar yang malas nak pi.... jangan riso... akan ader orang yang akan mengundi atas nama lu orang.... hahaha..... jangan riso.... Dan kertas undi nih akan dipangkah pada kotak BN.... hahaha

Terpulang pada lu orang... gua dah bagitau banyak kali... dan gua takmo nak berkempen sebab waktu berkempen sudah tamat 12 tengah malam tadi... dan gua bukan macam macai BN ....macam TV3 dan blogger macai BN yang berlambak tue... diorang langsung tak reti nak hormat waktu berkempen yang dah tamat...

So... ader masa sejam lagi nih... pergilah mengundi.... dan tunaikan hak lu orang.... bersama kiter membuat sejarah.... dan bersama kiter menjadi sebahagian daripada sejarah Malaysia Moden..... Hahaha..

Pergilah Mengundi....
Keluarlah Mengundi...
Jangan Lupa Mengundi...

Tinggal sejam jer lagie....
Vote Now !!!.

DUIT PRU13 : Bersumpah Guna AlQuran

Bhai... Punya la terdesak nak menang PRU13 sampaikan saper yang amik duit PRU13 kat booth BN kena angkat sumpah guna Al Quran....

Hahaha... Teruk betul lar... Aped nak jadi la kalu ini macham.... Rasuah sana sini.... Seorang dapat RM200... Pergh...

Gambar nih diambil member gua kat satu pos BN di Parlimen Pulai Chondong, Kelantan.

Terbukti : RON97 Boleh Mencuci Dakwat Kekal

Bhai.... Oh yer gua lupa nak citer pasai isu dakwat kekal nih... Hahaha

Ini tangan dan jari gua yang dah dicuci sebaik selesai mengundi dengan Petrol RON97...

Nasib baik dakwat kekal tue tanda kat jari... Kalu tanda kat dahi camana nak buat aaa.... 3 line ditanda kat dahi...

Hahaha...

Solosai Mengundi

Bhai... Gua dah solosai mengundi tadi sekitar pukul 9 pagi... La nih gua dalam perjalanan balik ke Kemaman... InsyaAllah gua akan sambut kemenangan PR pada PRU13 nih di Kemaman...

Alhamdulillah... Highway nampak clear jer la nih... Harap tak kena jem sampai la ke Kemaman...

Paling best skali gua tengok... Ramai yang bersemangat ABCD kali nih... Bagoosh... Moga peralihan kuasa selepas PR menang pada PRU13 esok tidak dicemari oleh huru-hara dan keganasan oleh pihak BN yang kalah...

BN tak pernah rasa kalah... Jadi mesti diorang tak dapat nak terima kekalahan nih... Dan mesti diorang la yang bangang akan buat huru-hara.... Hahaha... PR dah biasa kalah... Jadi tak heran pon kalu kalah... Hahaha

Ini Kali Lah ...

Ini Kali Lah...

Bhai... Kiter cuma ader peluang kali nih jer untuk menukar kerajaan yang korup, kerajaan yang zalim, kerajaan yang tidak tahu membezakan antara fungsi kerajaan dan parti politik...

Kalu kita tidak membuat apa-apa tindakan la nih... Bermakna kita sengaja melepaskan peluang sekali seumur hidup untuk membuat perubahan... membuat tindakan .... membuat perhitungan...

Gua takmo nak berkempen pasai waktu berkempen telah tamat... Cuma gua nak peringatkan lu orang....

Ini Kali Lah....

Jangan jadikan ianya menjadi "Lain Kali Lah".... Tolong sesangat... Kita mahukan semua yang mengkhianati amanah rakyat selama ini disiasat, didakwa dan dijatuhkan hukuman...

Kiter mahu siapa yang terlibat dalam kes BANK BUMIPUTRA MALAYSIA BERHAD, PERWAJA HOLDING, BAKUN dan lain-lainnya dikenakan tindakan..

TERKINI : Analisis Keputusan PRU13 - Risikan Agensi (Kemaskini)

Bhai..... Hahaha... ini berdasarkan situasi sepanjang February sampai April 2013 baru nih... .... maybe ianya takkan samer dengan keputusan realiti PRU13.... Keputusan diatas kertas undi... tapi rasanyer tak banyak jauh beza....

Melainkan ader magik dan tangan ajaib singh (no pun intended)... Hahaha.... aper pon... kiter tengok sejauh maha input yang ader ini menjadi kenyataan.... Kempen.. jangan tak kempen la bhai..... hahaha....

Jadik... ini dier analisa tue... buat tatapan semua rakyat Malaysia.... kalu nak semak dengan analisis keputusan PRU13 yang lama... (September sampai Februari)... boleh semak kat SINI.

Analisis Keputusan PRU13 Bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

Analisis Keputusan PRU13 Bagi Kerusi Parlimen
Aper pandangan lu orang.....

Aper pon... diharapkan perkara yang gua tuliskan kat sini tak jadilah satu tabiat.... hahaa

04 May 2013

GE13 Voter Sentiment Ratio (4th May) - Report

Bhai.... Ini aderlah Voter Sentiment Ratio (VSR) yang terakhir sebelum kempen PRU13 tamat... jadi aper-aper pon...  BN memang selesa dengan sentimen ini... manakala PR perlukan satu keajaiban dan sokongan padu semua pengundi yang skarang nih sudah berada dikawasan pengundian mereka...

Kalu lu orang nak kasik PR menang... lu orang kena keluar mengundi dan pastikan peratusan keluar mengundi lebih dari 93% .... itu kalu nak sekat "magik" yang sedang, telah dan akan dibuat oleh SPR dan pelbagai lagi agensi lain yang terlibat....

Kalu lu orang nak BN menang... dalam tempoh kurang 24 jam nih... buat la perangai "mulut longkang" macam biasa tue.... ini gua sound direct kat pimpinan utama PR... terutamanya Hadi Awang, Harun Taib dan Haron Din dari PAS atau Karpal Singh dari DAP... atau Azmin Ali dari PKR..... tolong jangan buat perangai "mulut longkang"...

PAStikan Voter Sentiment Ratio (VSR) ini kekal menjadi analisis akademik sajer... dan bukannyer menjadi kenyataan....  Ini Kali Lah... UBAH...

Yang semalam punya boleh dibaca di Voter Sentimen Ratio (VSR)

(c) 2013 - Agency
Amacam... banyak bahaya kan.... hehehe

PANAS : Kita OT Hari Ini

Bhai... Baru sebentar tadi gua dimaklumkan terdapat banyak kakitangan beberapa Kementerian yang bekerja lewat malam hari nih... Nampaknyer slogan "Kita OT Hari Ini" memang dimanfaat sepenuhnya oleh kakitangan nih..

Cuma yang pelik... Kenapa hanya sebilangan kecil orang sahaja terlibat... Dan kenapa perlu berahsia tentang kerja lebih masa nih... Takkan la OT pon nak bolot sorang-sorang... Hahaha... Kasi chan la kat kengkawan lain...

Yang lagi lawak tue... Yang buat OT hari ini bukannyer kakitangan bahagian pentadbiran atau operasi... Tapi kakitangan bahagian kewangan dan perolehan... Aik... Takkan la ader tender nak kena setel dalam sehari dua nih.... Hahaha

Ker memang sajer OT hari ini pasai nak hilangkan trace.. Hilangkan jejak... Hilangkan bukti... Hahaha.... Relaks lar...

Kalu yer pon banyak sangat buat kerja haram tue... Tak payah la nak cover-up... Allah Taala tau... Lambat laun kena gak... Hahaha...

UPDATE 9 Malam : Najib Razak berkempen dalam TV3... giler punya kerja... dan yang lagi best... ader puak sedang pindahkan berkotak-kotak dokumen la nih kat satu bangunan di Putrajaya... hahaha... tak best la kalu gua bagitau nama bangunan tue.... hahaha... Sila pantau skit.... hahaha

So ... Keluarlah Mengundi...


BONGKAR : Blog Boleh Kena Hack

Bhai... kalu lu nak tau... mudah jer nak takeover blog.... tak kisah la platform mana.... tambah lagi kalu Blogger.Com .... hahaha .... Tapi biasa la.... bagi orang yang bukan dalam bidang security... mesti rasa pelik dan musykil....

Ala.... 10 September 2003 dulu pon Maybank yang katanya punya sistem yang secure (masa tue baru lancarkan M2U) .... kena hacked gak.... hahahaha..... sampai terpaksa upgrade sistem kepada sistem yang pakai TAC..... hahahaha...... lawak kan....

Blogger.Com menggunakan Google Account untuk aksesnya.... dan dengan menggunakan sistem Single Sign On (SSO)... lu orang boleh akses semua perkhidmatan yang menggunakan Google Account sebagai aksesnya... contoh... lu orang boleh akses Google Analytics... Google Adsense.... dan lain-lain.... hahaha

Banyak syarikat IT yang gunakan SSO nih.. dari Microsoft... Yahoo... sampailah kepada Baidu..... hahahaha... Oracle, Cisco dan Juniper pon gun teknik yang samer... hahaha

Anyway.... gua maleh nak tunjuk cara camana nak amik alih blog ... hahahaha... yang itu lu kena tanya orang lain lar...  stakat nih takder sistem yang kebal la bhai.... Twitter dan Facebook sendiri pon pernah kena hack.... hahaha

Khas dari gua....

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
CISSP (got accredited as early as 1997)

P/S: Harap jangan la hack gua punya blog aaa.... hahaha... ini blog cari makan dengan menghasut dan membrainwash kapla lu orang...... hahaha... kalu sudah kena hack nanti... camana lu orang nak terhasut oleh gua... dan camana geng-geng Jabatan "E" Bukit Aman nak salorkan maklumat kepada lu orang.... hahaha


Keluarlah Mengundi

Bhai.... Pakatan Rakyat perlukan undi lu orang... Barisan Nasional juga perlukan undi lu orang... dan gua seperti biasa... memang menggalakkan lu orang sumer keluarlah mengundi... Jangan lupa undi lu orang aderlah penting... penting untuk menentukan hala tuju negara ini... Jadi.. aderlah lebih baik dan lebih utama lu orang keluarlah mengundi...

Tapi... ingat... Sebelum lu orang nak mengundi tue... sila perhatikan perkara ini... Barisan Nasional telah memerintah selama 56 tahun... dah diorang tengah berharap untuk dapat mandat untuk lima tahun lagi... sepenggal..... Selama 56 tahun yang dah berlalu nih... terlalu banyak perompakan... perembatan... salahguna kuasa yang dilakukan oleh BN..... sampaikan ramai orang yang terlibat dengan BN tidak tahu membezakan antara institusi Kerajaan dengan institusi Politik Kepartian..

Alhamdulillah.... Pakatan Rakyat walaupun baru dapat memerintah 10 bulan bagi negeri Perak Darul Ridzuan, sepenggal bagi Pulau Pinang dan Kedah....  kita telah nampak beberapa perubahan dalam ketelusan pemerintahan... Memang ader yang masih janggal dan kekok... tapi takper... Pakatan Rakyat boleh berubah dan memperbaikinya... Malah rakyat dengan mudah boleh menegur Pakatan Rakyat pada bila-bila masa...

Adakah lu orang mau Kerajaan yang memerintah secara autokratik dan besar kapla .... atau lu orang magu Kerajaan yang memerintah secara telus dan mudah untuk ditegur serta mendengar pandangan rakyat....

Pilihan ditangan lu orang... dan gua harap lu orang boleh menggunakan akal lu orang dengan sebaiknyer.... Jangan pilih kerajaan yang membenarkan dan menggalakkan pasukan keselamatan bersekongkol dengan media lucah dan porno... Jangan pilih kerajaan yang memperkudakan dan membaruakan agensi kerajaan demi kepentingan parti politik diorang...

Gua dan kengkawan di "agensi" memang cukup menentang ke'korup'an agensi kerajaan yang diperkudakan oleh politik kepartian Barisan Nasional

Jangan Undi Barisan Nasional..... Undilah Pakatan Rakyat....
Lu orang mampu membuat perubahan....

Ini Kali Lah...


Proses Menakutkan Rakyat Bermula

Bhai.... Media Cetak dan Elektronik memang macam celaka la nih.... semuanya dalam mode proses menakutkan rakyat ... bermula dalam tempoh kurang 24 jam nih... pencacai-pencacai BN yang menguasai media cetak dan elektronik sudah mula memaparkan berita-berita dan informasi yang bertujuan menakutkan rakyat... kononnya PR akan membuat huru hara selepas keputusan PRU13...

Media Prima misalnya... gua lihat tak habis-habis menggunakan segenap media yang dikuasai oleh mereka menghasut isu perkauman... isu keganasan... dan macam-macam kerenah....

Yang lagi lawak tue.. SPR macam membiarkan sahaja tingkah laku Media Prima nih.... langsung tidak kena tindakan... PDRM lagi la.... serupa macam SPR... buat derk jer.... tapi SPR dan PDRM dok tumpukan perhatian diorang kepada Pakatan Rakyat... macam-macam silap mata dan arahan "pelik" dibuat khas untuk mensabotaj Pakatan Rakyat...

Isu "Arab Spring" pon dimainkan di media... sedangkan di Malaysia... maner ader wei... kat Malaysia kiter ader "Durian Spring" lar.... hahaha...

So... ini gua nak ingatkan kepada pencacai BN yang menguasai SPR dan PDRM ... jangan lu orang ingat lu orang boleh buat kerja haram mencacai tahap bangang nih.... dan terlepas daripada perhatian rakyat...

Tambah lagi siapa yang buat kerja khianat main-main dengan alat letupan nih... Hehehe.... gua berani jamin yang takkan ader seorang pon anggota PR yang akan buat kerja pasang IED dan bahan letupan nih... dan gua malas la nak tengok kertas siasatan "agensi" berkaitan dengan siapa yang memasang IED dan bahan letupan nih... kalu gua tengok karang... takut gua terpublish cerita dier kat sini.... hahaha

Macam la kitorang tak tau saper yang buat.... hahaha

Ini Kali Lah...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1