Jadinyer tadi gua sengaja call diorang kat TNB Bangsar tue.... Kasi perhangatkan isu blackout kat pusat penjumlahan undi pada PRU13 nih... Diorang siap melenting bising... Diorang kata diorang dah sediakan cukup generator mudahalih bagi semua pusat penjumlahan undi...
Dan hari nih diorang banyak dihujani panggilan telefon marah-marah TNB pasai benda nih... Walhal... TNB takder kaitan pok... Bukan TNB yang sabotaj... Tambah lagi ramai staff TNB yang menyokong Pakatan Rakyat...
Member gua bagitau... Ini semua kerja celaka bangsat yang usik "Main DB" kat lokasi pusat penjumlahan undi... Mesti ader orang yang cabutkan fius nih... Sengaja buat nampak macam blackout sebabkan TNB...
So... Aper citer nih... Bukan ker dalam setiap kali kursus PACA telah diperingatkan bahawa insiden blackout nih besar kemungkinan akan terjadi... Takkan la tak diperingatkan kot... Takkan la takder seorang pon ahli Pakatan Rakyat yang ditugaskan untuk mengawal suis elektrik dan kotak fius.... Takkan la bodoh lagi kot...
Dah 13 kali pilihanraya... Takkan tabley nak amik perhatian...
Dulu masa Mahathir hampir kalah ngan Tengku Razaleigh pon jadi blackout masa kiraan undi.... Aper daaaa...
So... citer banyak takder... orang TNB takmo dipersalahkan pasai isu blackout nih... Diorang takder kena mengena... Jadi... amacam... PR mau buat camana???
UPDATE 7 Mei : Gua dikhabarkan bahawa ada pihak-pihak tertentu dalam PR yang sedang mengumpulkan bukti kejadian terputus bekalan elektrik ini dan mahu menyaman TNB... Sewajarnya TNB dapat membuat pengumuman awam bagi mempertahankan sikap non-partisan TNB dalam isu ini sebelum saman menyusul.
UPDATE 7 Mei 12pm : TNB sudahpon keluarkan kenyataan mereka...

