Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Terkini. Show all posts
Showing posts with label Terkini. Show all posts

09 May 2013

PANAS: Cover Line Baek Punya

Bhai... Hahaha.... ader orang tue kan.... hehehe... cover line baek punya la wei... hehehe nak dapat simpati.... pergh... cayalah... Gua pon tak sangka itu macam jalan ceritanyer.... hahaha...

Takper.. takper... nanti gua cek survey ngan kengkawan para petugas kesihatan..... hahaha ... aper macam ini cerita.... Pergh... drama wayang kalu... Bollywood tabley nak lawan... hahaha,... mau menang award ka?

Ini wayang pendek ka wayang panjang??? Hahaha....gua rasa aaa... pengarah wayang nih boleh menang anugerah lakon layar terbaek lar.... hahahaha.... panas... memang panas... siap buat cover line baek punya.... hahahaha

Ader paham ker??? Hahahaha..... yeyeye... kalu tarak paham .... mesti pening kapla cari aper sebenarnya yang gua citerkan nih... hanya jauhari yang mengenal maknikam.... hahaha


05 May 2013

TERKINI : Keputusan PRU13

Bhai... Gua jangkakan keputusan terkini PRU13 akan mula sampai kepada gua seawal pukul 6.... Harapnyer la.... Oh yer lupa plak nak citer... Hahaha... Gua dah sampai dengan selamatnyer di Kemaman awal petang tadi... Bawak keter cam pelesit ... Sebab konfiden takder AES dan speed trap....

Pukul 11 gua kat RnR Tapah... Terua henjut highway dan keluar Jalan Duta ... Masuk Gombak dan shoot terus guna Lebuhraya Karak dan LPT... Singgah makan kat Stesen Petronas Siti Nurhaliza (orang kata la) kat highway LPT yang dekaf kawasan berbukit tue... Dan shoot ke Kemaman lepas tue....

Hahaha... Skrang tengah lepak layan maklumat yang nak masuk nih... Geng-geng gua yang bertugas bagitau... Peratusan keluar mengundi kali nih tak cecah 93%... Jadi bersedia untuk keputusan PRU13 versi "magic" punya terbitan SPR.... Hahaha....

Lu orang mesti akan terkejut kalu tau ader peti undi pos dan peti undi awal yang akan lambat sampai di pusat pengiraan undi atas macam-macam alasan tahap bangang.... Hahaha

Lagi satu... Seluruh Malaysia hari nih takder hujan lebat sampaikan ader banjir... Kalu ader peti undi yang lambat sampai dengan alasan masalah banjir... Itu semua tipu jer.... Hahaha

So... Nantikan keputusan terkini PRU13... Hanya yang sensasi dari gua..... Hahaha

Gua nak amik popcorn dan air berkarbonat sat.... Layan citer lawak PRU13 nih.... Hahahaha

UPDATE 6pm : Peratusan undi rosak meningkat... Hampir sekali ganda berbanding PRU12. Sebab utama aderlah kesan dari dakwat kekal yang masih basah...

UPDATE 6.10pm : Satu kerusi Parlimen sudah dimenangi PR di Sarawak ... Iaitu Parlimen Saratok (keputusan tidak rasmi)

UPDATE 6.12pm : Peratusan keluar mengundi cuma 80% seperti yang disahkan oleh SPR... Ader chan la "magic" nih....

UPDATE 6.20pm : Adnan Mansor masih lagi lead dalam pengiraan undi di Parlimen Putrajaya.

UPDATE 6.30pm : Ibrahim Ali masih lagi lead dalam pengiraan undi di Parlimen Pasir Mas. Lim Kit Siang masih bergelut dengan undi majoriti.

UPDATE 6.40pm : Zulkifli Nordin masih lagi lead dalam pengiraan undi di Parlimen Shah Alam.

UPDATE 6.50pm : Proses pengiraan undi di Pantai Dalam mungkin terjejas sebab berlakunya "banjir kilat".

UPDATE 6.55pm : Najib Razak masih lagi lead dalam pengiraan undi di Parlimen Pekan. Parlimen Bandar Tun Razak dimenangi oleh BN (tidak rasmi).

UPDATE 7.05pm : Pakatan Rakyat masih lead di Parlimen Dungun.. PR juga lead di Parlimen Sibu.

UPDATE 7.10pm : PR masih lead di Parlimen Seputeh dalam pengiraan undi... Gua nak solat Maghrib sat..

UPDATE 7.20pm : BN masih lagi lead di Parlimen Bentong dan Lembah Pantai.

UPDATE 7.25pm : PR masih lagi lead di Parlimen Ipoh Timur manakala BN masih lagi lead di Parlimen Muar.

UPDATE 7.30pm : Jamaluddin Jarjis menang di Parlimen Rompin (tidak rasmi)

UPDATE 7.35pm : Lim Kit Siang dapat undi tipis berbanding Ghani Othman di Parlimen Gelang Patah... Masih lagi lead tapi agak sengit.

UPDATE 7.40pm : Anwar Ibrahim masih lagi bergelut dengan undi yang agak tipis.. Parlimen Setiawangsa dan Parlimen Titiwangsa dimenangi oleh BN (tidak rasmi)

UPDATE 7.45pm : Nurul Izzah kalah kepada Raja Nong Chik (tidak rasmi) di Parlimen Lembah Pantai. Adnan Mansor menang di Parlimen Putrajaya (tidak rasmi) mengalahkan Husam Musa.

UPDATE 7.50pm : PR masih lagi lead di Parlimen Segamat, manakala Zulkifli Nordin masih lead Parlimen Shah Alam....

UPDATE 8.00pm : Parlimen Pandan dimenangi oleh Rafizi Ramli (tidak rasmi)...

UPDATE 8.05pm : Kerusi Parlimen Marang telah jatuh ketangan BN dengan kekalahan Presiden PAS Hadi Awang (tidak rasmi). Parlimen Igan, Batang Lupar dan Julai di Sarawak dimenangi oleh BN (rasmi).

UPDATE 8.10pm : Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tewas di kerusi Parlimen masing-masing (tidak rasmi). Zulkifli Nordin menang di Parlimen Shah Alam (tidak rasmi)

UPDATE 8.15pm : Parlimen Kuching dimenangi oleh PR (tidak rasmi)... Parlimen Pasir Mas dimenangi oleh PR (tidak rasmi)

UPDATE 8.30pm : Muhyiddin Yassin menang di Parlimen Pagoh (tidak rasmi)... ... PR kalah kerusi Parlimen Limbang (tidak rasmi)

UPDATE 8.40pm : BN menang 15 kerusi Parlimen di Sarawak (rasmi). Bung Mokhtar Radin telah menang di Parlimen Kinabatangan (rasmi)

Update 8.50pm : Najib Razak menang besar di Parlimen Pekan (tidak rasmi) Manakala kerusi Parlimen Bukit Bintang kekal kepada PR (tidak rasmi)

UPDATE 9.00pm : BN memenangi semua kerusi Parlimen di Perlis dan Parlimen Hulu Selangor (tidak rasmi) manakala Parlimen Sarikei dimenangi oleh PR (rasmi).

UPDATE 9.05pm : PR bakal mengambilalih Kerajaan Negeri Perak dan Melaka (tidak rasmi). Parlimen Labuan telah dimenangi BN (rasmi)

UPDATE 9.15pm : PR bakal mengekalkan pentadbiran Selangor dengan menang kebanyakan kerusi DUN (tidak rasmi) manakala Khairy Jamaluddin berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Rambau (tidak rasmi)

UPDATE 9.20pm : Parlimen Bera dimenangi oleh PR (tidak rasmi) dan DUN Padang Kota dimenangi oleh PR (rasmi)

UPDATE 9.30pm : Kelantan bakal kekal dibawah PR (tidak rasmi). Parlimen Putrajaya kekal dibawah BN (rasmi)

UPDATE 9.35pm : DUN Kota Damansara masih dikuasai undinya oleh BN dan ianya serupa juga di DUN Sg Acheh Pulau Pinang.

UPDATE 9.40pm : Lim Guan Eng telah mengesahkan PR menguasai Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Parlimen Kuantan juga dimenangi oleh PR (rasmi)

UPDATE 9.45pm : PR bakal menguasai pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan (tidak rasmi)

UPDATE 10pm : Media Arus Perdana sengaja sabotaj tidak mahu mengumumkan keputusan kemenangan kerusi PR yang ditandingi oleh PAS dan PKR... Asyik nak pamerkan keputusan DAP sahaja.... Sialan betul lar Media Arus Perdana nih...

UPDATE 10.05pm : Kedah bakal mendapat MB baru dari BN (tidak rasmi)

UPDATE 10.15pm : Adnan Yaakob kini hilang telinga sebelah kerana Parlimen Bentong telah dimenangi oleh PR.

UPDATE 10.20pm : Hadi Awang mengekalkan kerusi Parlimen Marang

UPDATE 10.30pm : Parlimen Lumut telah jatuh ketangan PR ... Tahniah Laksamana. (B) Imran

UPDATE 10.45pm : Kiraan semula undi di Parlimen Lembah Pantai ekoran ader 5 peti undi tambahan yang misteri... Manakala di Parlimen Putrajaya juga dikhabarkan ada kiraan semula kerana ader peti undi yang dilarikan (disorok)

UPDATE 10.50pm : Salahuddin Ayub menang di Johor. Saleh Man dari PAS menang di DUN Permatang Pasir. PAS juga menang di DUN Ijok.

UPDATE 11pm : N42 DUN Tualang Sekah dimenangi oleh calon celaka Nolee anak kepada bekas YB BN celaka Radhi Manan... Ini DUN yang gua mengundi tadi...

UPDATE 11.05pm : Penyelaras BN Selangor telah tewas kepada Hanipa Maidin dari PAS/PR.

UPDATE 11.10pm : Kepada semua penyokong PR, sila balik kerumah dan jangan berkumpul atau berkonvoi sama ada PR menang atau kalah... Jangan buat provokasi... Gua dapat tahu ader geng yang menyamar sebagai penyong PR telaj siap sedia untuk berkumpul dan berkonvoi ke Putrajaya... Ini celaka punya kerja... Sial lar.... Wei Azmi APA... Tolong nasihatkan anak buah lu supaya tak menyamar...

UPDATE 11.15pm : Anwar Ibrahim telah berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh...

UPDATE 11.30pm : Parlimen Parit Buntar dimenangi oleh Pakatan Rakyat (rasmi)

UPDATE 11.40pm : Chegu Bard kalah di DUN Sg Acheh hanya dengan 611 undi manakala Yusni Mat Piah dari PAS yang telah diarahkan menarik diri telah mendapat 682 undi .... Inilah perangai Geng UG .. Sengaja nak bagi chan BN menang mudah...

UPDATE 11.45pm : Lim Kit Siang menang di Parlimen Gelang Patah (rasmi) manakala Mohamad Sabu kalah di Parlimen Pendang.

UPDATE 12pm : Rafizi Ramli menang di Parlimen Pandan (rasmi). Haron Din kalah di Parlimen Arau dengan Shahidan Kassim (rasmi). Ketua Pemuda PAS kalah di kerusi DUN yang dipertandingi (radmi)

UPDATE 12.10pm : Pengiraan Undi di Parlimen Pekan masih lagi berjalan walaupun nampak Najib Razak tidak mendapat lead yang banyak..

UPDATE 12.15pm : Parlimen Temerloh telah jatuh kepada PR (rasmi)

UPDATE 12.30pm : Gua baru nak makan malam... Pergh pedih perut aaa asik minum air berkarbonat... Oh yer ... Najib Razak menang pasai ader pertambahan pengundi sebanyak 50 ribu di Parlimen Pekan... Hahaha... Magik kan....

UPDATE 12.50pm : Husni Hanadzlah menang di Parlimen Tambun kerana banyak undi awal dan undi pos disana dari kalangan anggota tentera dan polis.... Hahaha.... Menang mengelat boleh aaaa...

UPDATE 1am : BN telah menang majoriti mudah sebanyak 112 kerusi... So bersedialah untuk menerima tekanan tahap dewa daripada BN yang dapat memerintah Kerajaan Persekutuan... Aper-aper pon gua dah saspek benda nih akan jadi.... Hahaha... Tak caya tengok la gua punya Voter Sentiment Ratio (VSR) yang dipublishkan hasil dari risikan agensi gua.... Dan perhatikan jugak Analisis Keputusan PRU13 yang gua dah bentangkan dulu.... Hahahaa

30 October 2009

Seekor Lagi Katak

Eloklah tue ... seekor lagi katak ... dari berudu itu hari.. sekarang dah besar panjang dah... dah jadi anak katak dah.... hahahaha... kaki belakang dah kuat dah... dah boleh melompat la sekarang nih...

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dah sah dah jadi seekor lagi katak... Wei.. awat nih.. kat Selangor nie cuma ader seekor katak jer... mana lagi semua berudu yang ada dalam Pakatan Rakyat Selangor nie... takkan semua tak tumbuh lagi kaki belakang...

Rasanya banyak dah berudu kat PR Selangor yang dah ader kaki belakang tue... biler lagie nak melompat... Hassan Ali tue biler plak nak sahkan jadi ADUN Bebas .. nak gak tengok... Rasanya kalu tak silap perkiraan gua la.. ader 10 ekor berudu dah nampak kaki belakang kat PR Selangor nih .... biler lagie nak melompat aaa... takkan nak tunggu jadi bapak katak kot...

Biler semua berudu dah jadi katak kat Selangor nih.. senang la ular nak masuk balik dan ambik alih pemerintahan negeri.. abis ler semua dibelitnya nanti... kantung ekonomi negeri ... tanah negeri dan banyak lagie... ular-ular berkepala banyak nie dah lama menunggu berudu akan menjadi katak.. sebab .. biler dah jadi katak... senang la kena ngap ngan ular... katak bukan ker makanan ular... hahahaha...

Nie nasihat gua buat Hassan Ali... bhai... lu punya kawan (Badrul Hisham Abdullah) tue dah jadi ADUN BEBAS (katak dah) ... lu biler lagie... gua nak tengok la lu jadi ADUN Bebas gak... hahaha... rasanyer lu dah lama dah tumbuh kaki belakang tue.... lompat la sekarang... bawak la semua geng-geng berudu lu sama... diorang pon dah jadi anak katak dah la nih...

Lagi cepat semua katak keluar melompat.. lagi senang ular nak makan lu .... lepas tue bersihlah PR Selangor dari berudu-berudu yang ader... anak katak dan katak pon dah takder dalam PR Selangor.... hahahaha

28 October 2009

Tutup Lubang, Korek Lubang

Hahahaha...

Kantoi... kantoi... tutup lubang pastue korek lubang .... hahaha ... buat perjumpaan dengan blogger untuk tutup lubang citer pasai UG nih... tapi terkorek lubang baru la pulak.. pasai rupanyer terajak blogger BPN (UMNO) ... hahahaha..

Kalu betul Hassan Ali dan Nasha nak bincang dengan blogger ... awat pilih blogger ... open la kat public... rasanyer ramai lagi blogger yang nak join macam PenarikBeca atau AdukaTaruna ..... gua pon nak join... TBO nak join... Mudin001 nak join ... Cenangau pon nak join... hahahaha

So ... punya la buat perjumpaat untuk tutup lubang tapi akhirnya terkorek lubang baru... bodoh nak mampus...

Kan Presiden kata jangan buat PC atau apa-apa .. ini tak ... camana nih.. kalu pimpinan tak boleh nak ikut arahan... jangan terkezut la.. kalu geng bawahan akan tak ikut arahan gak... kepimpinan dari tauladan...

Soalan utama gua... kenapa takut nak buat EGM ... ader masalah ker?

27 October 2009

Gua Tak Dijemput

Mmmmm...

Sapa la nak jemput gua .... memang gua tak dijemput... sapa la gua... cuma blogger kecik jer... hahaha... tapi jangan lupa... gua punya cable banyak power ooo...

okey la.... so apa citer Hassan Ali dan Nasha jumpa blogger ... apa hasilnyer... errr... takkan takder sapa amik video ... rugi la takder video... sebab kalu setakat audio jer.. kita tak akan nampak body langguage Hassan Ali dan Nasha tue...

Body Language banyak penting oooo... sebab yang itu takleh nak tipu... tak dapat nak cover...

Okey la... gua belum dengar lagi bijik butir cerita... setakat baca kat blog kengkawan jer...

Soalan gua la.... ngaper diorang tak ajak sekali blogger AdukaTaruna ker... PenarikBeca ker... Cenangau ker... atau paling cikai... ngaper tak ajar gua.... hahaha.... awat takut soalan power dari kitorang ker...

Lain kali aaa... ajak la kitorang ... hahahaha... baru tengok apa citer nak cover sana sini... gua ingat lagi satu kes dulu gua bantai Roslan Kassim masa baru lepas dier bagi ceramah kat Ulu Yam tahun 1998 dulu.... punya la dier kelentong baik punya kat audien pasai kononnyer dier bersih dari segala rasuah tak macam orang UMNO lain ... masa tue dier dah dalam KeAdilan... habis ceramah gua serang dan tanya dier direct depan ramai orang tentang rasuah projek "Siber Masjid" ... hahaha... tak terjawap dier... hahahaha...

So .... Gua takder banyak info tentang Nasha nih.. melainkan gua lihat dier nie rapat benar dengan geng-geng UMNO termasuk la KJ dan Pak Lah ... tapi Hassan Ali tak boleh nak lari dari gua.. sebab banyak benda gua tau tentang dier ... first hand punya info....

Jadi ... lain kali aaa.. Hassan Ali.... ajak la gua sekali dalam sesi bertemu bloggers ... hahahaha... itupun kalu lu ader berani.... hahahaha

26 October 2009

Mengelejat Pasai Apa?

Woi... puak-puak pro UG dalam PAS ..

Lu orang mengelejat pasai apa... Takkan pasai EGM pun boleh mengelejat nak mampus... awat... takut ka? Biasanyer yang takut nih la yang ader buat salah.. orang tak buat salah mana ader takut.... Ini mengelejat tak tentu hala pasai apa?

Gua sertai PAS dari tahun 1985 dulu ... masa muda belia... hahaha.. jadi Ahli Biasa jer... kemudian pada tahun 1997 gua dilantik jadi Ketua Pemuda PAS Kawasan (XXXX) .... Pertengahan 1998 gua letak jawatan pasai tak larat la nak pikul tanggungjawab (bukan apa.. takut tak tau nak berjawab apa di hadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil pasai tugas Ketua Pemuda PAS Kawasan)

Takder hal pon gua letak jawatan... takder daki apa pon... ralat pon idak... yang penting jamaah dan parti kuat... yang penting mesti ader orang lain yang lebih layak untuk jadi Ketua Pemuda PAS Kawasan dari gua...

So..... walaupun gua join PAS dari tahun 1985 lagie.... tak pernah sedetik pon dalam hati gua untuk mementingkan Ketuanan Melayu (assobiyah) melainkan hanyalah Islam Untuk Semua. Tapi la nie... ramai gak puak-puak yang ader pangkat skit dalam PAS yang lebih mementingkan ketuanan Melayu ... Malah dalam banyak hal .. lebih teruk penyakit ketuanan Melayu puak dalam PAS nih daripada orang UMNO ... lebih karat biru lagie...

Peliknyer .. puak-puak ini lah yang mendapat tempat dan makin berkuasa dalam PAS ... pada gua.. puak-puak inilah punca segala masalah... siap nak berkubang dalam gelap dengan UMNO... Pada gua la... straight forward gua bagitau.... lu orang yang pro-UMNO dan UG nih... dah prepared ker jawapan nak dijawab didepan Allah Taala nanti.... ader jawapan ker..

UMNO dah sah menolak Islam sebagai dasar dan intipati.... takkan tak nampak lagie... takkan tak sedar lagie.. takkan tak tahu ko... bodoh ker apa... UMNO adalah assobiyah... PAS mendukung Islam sebagai "Rahmatan lil' Alamin" ... maknanyer... Islam itu untuk semua... dari yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam ...

Maleh la gua nak tulis lagie... lu orang pon dah tahu pegangan gua... so... pada puak-puak UG dan pro-UMNO dalam PAS (orang UMNO yang membawa kad keahlian PAS tue) ... boleh blah la... boleh berambus sekarang... pi jauh-jauh...

25 October 2009

Yayasan IJN

Sori la... gua dah lama nak bagitau benda nih... tentang Yayasan IJN ...

Yayasan IJN nih adalah untuk bantu kumpulan sasar yang berkemampuan rendah untuk mendapat khidmat pakar dalam kes berkaitan jantung. 80% daripada golongan yang pi IJN sememangnya dari kumpulan berkemampuan sederhana dan rendah..

Satu masa dulu.. waktu gua pi bawak bapak gua mendapatkan khidmat di IJN ... (buat angiogram , bapak gua ader surat gerenti dari syarikat gua kerja) ...gua ader nampak satu kes yang pada gua menyayat hati... Ader satu brader tue... anak dier ader 5 orang .. kecik lagie... brader tue kerja tukang kebun jer.... Anak bongsu dier (baru berumur 6 bulan) ader masalah jantung .... kalu tak silap... jantung berlubang... kira dah abis kronik dah masa tue... wajib buat pembedahan...

Bila pi check kat IJN.. doktor cakap kena buat pembedahan segera nih... kalu tidak boleh maut... biler dier tanya berapa kos kena tanggung... doktor anggar sekitar RM40 ribu.... pergh... banyak tue.... terus la brader tue sedih pasai tak dapat rasanyer nak sediakan banyak tue... gua dengar pon sedih.. nak tolong berapa sangatlah yang gua boleh bantu... kena buat operation dalam masa dua minggu....

Brader tue punyalah sedih... dan terus dier kuar dan bawak anak bongsu dier balik ... rupanyer diorang datang pi IJN naik bas "ting tong" dari Temerloh.... pergh.... sedih ooo.... itu citer tahun 2005 dulu... gua rasa mungkin baby tue dah berjumpa dengan Allah S.W.T dah.... maybe dah meninggal dah... yer la... dah lama la...

Cuba kalu Yayasan IJN dapat bantu .. kan bagus .. betul dak... Yayasan IJN cuma perlu RM3 juta setahun jer untuk membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan khidmat di IJN .... RM3 juta setahun tue bukan banyak pon.... nie abis RM100 juta setahun kat PERMATA tak per pulak.... takkan tak boleh Kerajaan Malaysia sediakan dana dari Belanjawan Negara khusus untuk Yayasan IJN ...

Takkan pasai Rosmah Mansor punya projek PERMATA boleh kasi dana RM100 juta .. tapi untuk Yayasan IJN punya la susah nak dapat RM3 juta dari Kerajaan Malaysia.... apa citer nih....

Ini gua ader dengar citer yang IJN nie mungkin akan dijual dan diswastakan.... tak abis-abis lagi citernyer... apa nak jadi la.... hampeh tul la...

Terkincit Takut

Hahahaha...

La nie ader yang terkincit takut pasai ura-ura Nik Aziz nak adakan EGM bagi PAS ..... hahahaha... sebab apa ader yang terkincit takut... ada buat silap ka?.... sendiri mau ingat la bhai...

Lu tengok la siapa yang menyalak tentang isu nie... siap nak mengelak lagi... sapa lagi... semua geng-geng yang "berpakat dalam gelap la" dalam isu Kerajaan Perpaduan (UG)... yang paling gua nak tergelak punya adalah komentar Roslan SMS la... siap berpusing cari fakta untuk gagalkan EGM nih...

Wei... tak perlu tunggu majlis syura ... majlis dewan ulama dan majlis presiden... kalu dapat 30% daripada ahli PAS yang setuju EGM nie diadakan pon dah kira okay dah.... kalu dapat 50% lagi la bagus....

Ini apa yang takut sangat EGM nih.... sampaikan Timbalan Presiden dan Pesuruhjaya PAS Selangor pon terkincit sama nih apersal.... biaq pi la PAS adakan EGM .. takkan tak boleh kot... Ini semua takut "ada makna" nih... yer la.. orang salah mestilah ader rasa takut...

Mustapha Ali pon takut jugak ker.... wei... ahli PAS peringkat bawahan nie dok suruh dan galakkan supaya adakan EGM nie untuk bersihkan mana yang tak bersih dan perjelaskan semua isu... baru la betul.... awat ... takut sangat pasai apa.. takut jawatan hilang ka... itu semua daki dunia la....

Gua setuju kalu ader EGM ... lagi best kalu EGM tue live dalam Internet.... baru la semua ahli PAS yang tak dapat hadir EGM tue akan dapat tengok geng-geng UG bersilat pulut atau bersilat gayung kat EGM tue... hahahaha...

So ... gua cadangkan EGM tue elok buat sebelum orang pi naik haji nih.. orang pi Mekah.. pasai ramai ahli PAS yang akan ke Mekah kali nih... kalu tidak ... nanti kat Mekah ader la ahli PAS yang berdoa depan Kaabah mintak kasi bersih dan clear PAS dari anasir UMNO/BN serta UG nih ... tak ker haru kalu camtue... hahahaha.. takut ader yang terlebih kincit masa tue la... hahaha

Jadi ... EGM tue boleh la buat seberapa cepat... tak perlu susah-susah... senang jer nak buat EGM tue... nak best lagi.. bagi peluang semua ahli PAS berpeluang mengundi... baru la adil... hahahaha ... buat undi online untuk ahli PAS ... takkan ader yang berani nak tipu undi kot... tak tau la kalu ader spesis UMNO/BN yang asik suka menipu undi tue dalam PAS... hahaha ... Undi tue Allah S.W.T tau la.... ingat akhirat skit...

22 October 2009

High Speed Broadband

Gua setuju dengan idea "High Speed Broadband" (HSBB) nih.... memang setuju benar... supaya "BerukBand" sekarang nie dapat ditukar persepsi dier...

Cuma apa yang gua tak paham dan benci sangat nih.... kenapa HSBB nie ditumpukan perkhidmatan dier kat kawasan bandar terutamanya di kawasan Lembah Kelang ... bukan ker sekarang nie kawasan kat Lembah Kelang nieh dah memang begitu canggih dier punya kemudahan broadband ... dari SDSL Streamyx yang stabil sampailah kepada kemudahan WiMAX ...

Sepatutnya kalu diorang nak jalankan HSBB nih.. pi la pilih kawasan luar bandar ker... macam Kemaman nie ker... baru la betul... ini semua kemudahan dok tumpu kat kawasan bandar... Lu orang tau dak kat area Kemaman, Terengganu nih.... kemudahan SDSL pun terhad cuma kat bandar Chukai jer... kat kawasan Industri Gas dan Petroliam di Telok Kalong, Kerteh, Paka mana ada support SDSL nih... yang ader cuma ADSL jer... ADSL yang hampeh tahap siput khinzir tue...

Bagi la peluang orang luar bandar dapat kemudahan broadband yang berkualiti skit... tolong la... cuba la jangan lambakkan kat KL dan Lembah Kelang jer... apa ... ingat orang kat sana jer yang perlukan Internet ka.... orang lain tak perlu ka... apa bodoh punya Menteri ....

Kat Kemaman nih... P1 WiMAx pon takder .... woi... ini kawasan industri yang paling utama kat Malaysia la.... tolong la bagi skit kemudahan teknologi... Kat sini kalu Celcom memang ader 3G ... tapi kelajuan macam siput khinzir... Maxis hampeh... DIGI plak cuma ader EDGE dan kekadang GPRS jer... Streamyx ... ADSL ader la.. tapi tengok kawasan la... kelajuan... mmmmm... lagi laju dialup line... mana taknyer .. Syarikat dan Industri pon rembat ADSL nie... orang biasa pun guna yang sama gak.... mana nak tampung speed yang canggih..

Punya la banyak syarikat besar-besar multinational dalam bidang Gas dan Petroliam nih.. tapi... kemudahan teknologi macam siot... Internet hampeh.. telefon selular... macam hampeh gak kekadang tue...

Ini gua nak bagi last warning nih... lain kali kalu nak implement kemudahan Internet.. tolong la jangan buat kat Lembah Kelang tue... dah padat dah.. banyak provider kat sana... baik la pi pasang kat kawasan luar bandar macam Kemaman nih ker... baru ler ader faedahnyer.... siot betul la...

21 October 2009

Gua Dah Penat

Bhai..

Gua dah penat dah nie... penat dah bagitau banyak kali supaya pimpinan atasan Pakatan Rakyat nie berubah... lebihkan mesra rakyat dari banyakkan ceramah sana sini... Ceramah nie lebih kepada syok sendiri jer...

Rakyat dah muak dah... sekarang nie dah dapat pimpin 4 negeri ... so kasi la rakyat nampak banyak perubahan yang PR buat... jangan la nampak cam sama jer ngan BN .... hampeh la kalu camtue.. kuasa dah ader dalam tangan .. takkan tak pandai lagi kot... takkan cam bangang lagi kot.... selama nie dok kata BN tak pandai mentadbir negeri... so dah dapat negeri nih... PR tunjukkanlah contoh...

Ini tak... dalam PR masih ader lagi ramai yang bermentaliti BN ... susah la kalu cam nie... ramai yang ader sikap rendah diri... tak konfiden nak tadbir negeri... hei.. bawak-bawak la berubah..

Baik dalam PAS, PKR dan DAP samer jer... ader ramai yang mangkuk dan kayu.. yang mulut lebih dari kerja... lepas tue suka bertelagah sesama sendiri ... kalu tak reti nak berpakat ... (cam kes Hassan Ali dan Ronnie Liu) ... baik tak payah la join Pakatan Rakyat... kayu nak mampus...

Hassan Ali... gua warning sama lu... lagi banyak lu bercakap lagi banyak lu buat silap... dan lagi senang orang nampak lu nie bangang dan giler kuasa ... cakap la terang-terang yang lu nie agen BN dari dulu lagi... kan ker senang ... banyak sangat songel lu tiap kali ader PRK .. dan semua songel lu hentam geng dalam Pakatan Rakyat ... lu nie memang la memang...

Dulu gua ingat yang kaki ampu, rasuah, giler pangkat dan giler pompuan tue ader ramai kat PKR .. tapi la nie dah merasuk sama dalam PAS dan DAP ... ini apa punya perangai nih... apa nak jadi ngan korang nih... bodoh ker aper...

UMNO/BN menang di PRK N31 Bagan Pinang haritue memang sebab diorang kuat dan diorang konfiden menang... tapi ader gak insentif tambahan yang bagi bergaya lagi kemenangan UMNO/BN kat Bagan Pinang tue... semua sebab PAS, DAP dan PKR tak pandai nak pikat dan jaga hati pengundi kaum India ...

Dalam keadaan UMNO/BN terdesak sebab isu kepala lembu di SUK Shah Alam baru-baru nie pon UMNO/BN boleh menang dengan bergaya dengan kerjasama serta sokongan pengundi kaum India ... takkan tak boleh baca kot indikator nih,... buta mata ker aper...

Lagi satu... Prof Abdul Aziz Bari dah bagi hint tue.. tapi pimpinan atasan PAS masih buta kayu lagie... masih berretorik lagie... dan masih perasan best lagi... kayu.. kayu... la nie isu KPP dan slogan "PAS For All" .... kalu masih teragak-agak dan macam-macam alasan konon masih dalam peringkat draf ... baik lupakan la KPP dan slogan nih... buat malu jer...

Memang patut pun PAS tak dapat sokongan dari kaum Cina dan India pada PRK N31 Bagan Pinang.... sebab cakap tak serupa bikin.... hampeh... kasi setel la cepat isu KPP dan Slogan "PAS For All" tue.... kalu tidak lain kali PAS/PR jangan gatai-gatai nak masuk bertanding PRK dan PRU...

19 October 2009

Cuti 3 Hari

Bhai...

Gua nak bagitau lu dan sumer orang.... gua cuti 3 hari baru nie banyak best ooo... gua dapat jumpa macam-macam orang parti... dari orang kuat sampai la orang tak kuat dan atas pagar... yang best tue... cuti 3 hari nie gua habiskan berdiskusi ala medan perang ngan diorang nih...

Yer la... gua ader ramai kengkawan... dari Barisan Nasional sampaikan Pakatan Rakyat... hehehe... nak buat camana... gua kan pokka (lu cari la sendiri apa makna pokka)..... hahaha

Okeh.. hasil daripada diskusi selama cuti 3 hari nih... apa yang gua dapat simpulkan... hehehe ... soalan gua ngan kengkawan tue sumer ader gaya-gaya soalan perangkap dan cepu mas... hahaha... diorang jer yang tak tau... hahahaha..
  1. Pakatan Rakyat memang takder harapan nak perintah Malaysia (tukar kerajaan yang memerintah) pada PRU13 ... jangan mara aaa.... sebab-sebabnya... lu boleh baca sat lagie..
  2. Barisan Nasional akan pasti memenangi PRU13 dengan bergaya ... walaupun pada PRU12 dulu sudah tinggal nyawa-nyawa ikan
  3. Rakyat Marheen yang atas pagar nampak Pakatan Rakyat lebih banyak retorik dan taik kucingnya daripada Barisan Nasional ...
  4. Rakyat Marheen yang atas pagar nampak Pakatan Rakyat seperti takder satu hala tuju yang konstruktif
  5. Rakyat Marheen yang atas pagar nampak Pakatan Rakyat tidak boleh bersatu-padu dalam banyak hal kecuali cuma untuk menang pilihanraya jer..
  6. Rakyat Marheen yang atas pagar nampak Pakatan Rakyat nie macam nak tipu rakyat jer... berlakon baik walhal kelingking berkait dalam banyak isu...
  7. Rakyat Marheen yang atas pagar tau Barisan Nasional tue memang hampeh dan korup.. tapi dalam banyak segi... lebih berjaya mengawal keadaan pelbagai kaum di Malaysia nih..
  8. Ramai gak ahli parti dalam Pakatan Rakyat yang tak bersetuju dengan banyak benda (keputusan) yang pimpinan atasan buat.... yang nampak jauh daripada aspirasi rakyat.
  9. Ramai gak ahli parti dalam Barisan Nasional yang percaya bahawa pimpinan yang korup dan bermasalah perlu dan akan disingkirkan daripada Barisan Nasional secara berperingkat.
  10. Rakyat tidak bersetuju dengan mana-mana tindakan lompat parti walaupun atas apa alasannya dan dari parti mana dier melompat dan kemana dia melompat...
  11. Rakyat Marhaen berpandangan ... kalu negeri pon Pakatan Rakyat tak boleh nak kontrol .... macam mana nak kontrol satu negara? sure haru biru punya..
  12. Rakyat Marheen yang atas pagar berpandangan... Pakatan Rakyat masih bercelaru dalam menentukan dasar dan ideologi... masih ader semangat kekitaan... takder semangat kenegaraan...
  13. Rakyat Marheen yang atas pagar nampak Pakatan Rakyat takder sistem untuk mengeluarkan PC yang kolektif,... masing-masing anggota komponen nak tunjukkan status quo sendiri jer..
  14. Rakyat Marheen yang atas pagar nampak pimpinan Pakatan Rakyat semacam syok sendiri jer... dok asyik layan ceramah berapi-api.. tapi takder hasil.... cam hampeh jer..
  15. Yang ini pandangan gua sendiri.... kalu Pakatan Rakyat tak nak berubah dalam masa yang dah singkat nih... jangan mimpi la nak mentadbir 1Malaysia... lupakan saja la...
So ... kalu lu nak marah ka.. pimpinan nak marah ka... marah la... lu tengok nanti sapa yang kena masa PRU13 nanti...

15 October 2009

Pakatan Rakyat Hancur

Apa yang gua nak tuliskan nih sebenarnya amat susah untuk gua tuliskan... Pakatan Rakyat hancur di mata masyarakat dan para pengundi di Malaysia. Lu orang jangan marah fakta apa yang gua tuliskkan nih.. Kalu Pakatan Rakyat tak nak hancur.... baik berubah segera..

Sori aaa...

Pakatan Rakyat telah mendapat mandat yang agak baik daripada para pengundi dan rakyat Malaysia dalam senario tsunami politik pada Mac 2008. Sejak itu Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri baharu selain dari Kelantan (negeri baru seperti Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang).

Tapi....

Pakatan Rakyat hancur disebabkan perkara-perkara ini.
  1. Perlaksanaan janji-janji kempen pilihanraya yang nampaknya terbantut atas sebab polemik dalaman yang nampaknya dikelabui oleh kuasa dan wang.
  2. Percakaran pandangan dan pendapat antara ahli komponen Pakatan Rakyat secara terbuka hasil daripada tiadanya toleransi ideologi dan perjuangan
  3. Pimpinan yang besar kepala dan melupakan akar umbi dalam tindakan, arahan mahupun perlaksanaan.
  4. Perebutan kuasa dan wang yang dahulunya menjangkiti Barisan Nasional telah menyerap masuk kedalam Pakatan Rakyat.
  5. Anasir subversif BN telah berjaya menyerap masuk dan meletakkan elemen-elemen mereka dalam Pakatan Rakyat.
  6. Terlalu ramai talam bermuka-muka dan parasit dalam Pakatan Rakyat.
  7. Ketidaksepakatan dalam perlaksanaan beberapa agenda membabitkan masyarakat umum hasil daripada elemen subversif.
  8. Tidak ujudnya satu jawatankuasa musyawarah di peringkat Pakatan Rakyat yang akan membincangkan dan membuat keputusan kolektif bagi memajukan negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
  9. Tiada ujudnya satu "pakatan" dalam kerja amal dan promosi seperti contoh "Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan Pakatan Rakyat" sebagai menggantikan Unit Amal, Srikandi dan sebagainya diperingkat nasional tanpa membezakan ideologi politik.
  10. Tiada ujudnya satu Jawatankuasa Penerangan yang tugasnya memastikan bahawa semua maklumat yang akan didedahkan kepada wartawan dan sebagainya selari dengan kehendak dan matlamat perjuangan Pakatan Rakyat.
  11. Sebagai ketua, Anwar Ibrahim seperti tidak dapat mengawal tindakan beberapa ahli dalam komponen Pakatan Rakyat. Malah ahli dalam PKR pun ramai yang masih jauh dari kawalannya.
  12. Pakatan Rakyat belum lagi membuat satu siri penerangan mengenai dasar, halatuju dan sebagainya dalam konteks Pakatan Rakyat itu sendiri kepada masyarakat demi untuk memastikan masyarakat faham mengenai Pakatan Rakyat.
  13. Manifesto Pakatan Rakyat tidak pernah sampai kepada pengetahuan rakyat umum. Adalah perlu ianya disampaikan dengan seberapa segera.
  14. Ceramah-ceramah yang menghentam peribadi orang lain perlu ditamatkan kerana ramai juga dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat yang boleh dipersoalkan peribadi lakunya.
  15. Tiada proses pembersihan dalam Pakatan Rakyat walaupun ada terlalu banyak fakta yang didedahkan. Tindakan tidak dilakukan hanya kerana yang terlibat adalah kroni atau sahabat kepada pimpinan atasan.
  16. Tiada jawatankuasa disiplin diperingkat Pakatan Rakyat untuk mengawalselia sikap, tindakan dan disiplin ahli komponen Pakatan Rakyat.
  17. Sikap pimpinan sahaja yang betul perlu dikikis kerana dalam banyak kes, pimpinan membuat keputusan yang tidak selari dengan matlamat Pakatan Rakyat.
  18. Sikap berpuak-puak dalam perlabagi agenda masih lagi kelihatan didalam Pakatan Rakyat.
  19. Ketidaktelusan pentadbiran dan yang berkaitan amat ketara didalam Pakatan Rakyat meskipun telah ada usaha untuk memperbaikinya. Malah dalam banyak kes, Pakatan Rakyat adalah lebih teruk daripada Barisan Nasional.
  20. Kaki bodek, ampu dan kroni telah berada dalam lingkungan pimpinan sedangkan pejuang asal disingkirkan daripada tunggak kuasa.
banyak lagi yang patut gua tuliskan... tapi buat masa nie... setelkan dulu masalah yang ada nih..

12 October 2009

Tahniah Buat Hassan Ali

Gua nak ucapkan tahniah buat Hassan Ali ... yer la ... mesti bagi kredit kat dier... dah banyak kali PRK yang dier sabotaj dengan macam-macam kerenah dan taik... baru la nie dier berjaya membantu UMNO/BN untuk menang di Semenanjung Malaysia..

Tahniah la buat Hassan Ali... gua salute lu... lu memang konsisten bab kalu nak perdajaikan PR masa dah dekat musim PRK ...

Lepas nie kalu ader lagi PRK, gua nak tengok apa plak lagi agenda dan strategi Hassan Ali nih.... kalu samer gak.. tapi pimpinan atasan PAS/PR masih tak sedar lagi... memang la memang......

Apa-apa pun... gua ucapkan tahniah buat Hassan Ali.... teruskan la usaha lu ... babai...

Strategi Zahid Hamidi Berjaya

Pergh..

Strategi Zahid Hamidi berjaya menyebabkan UMNO/BN menang di PRK N31 Bagan Pinang seperti yang dijangkakan.... Hebat strategi ini ... Zahid Hamidi memang berjaya ... AdukaTaruna kena tunaikan janji berlari bogel dari Seremban ke Teluk Kemang dengan Nora Danish... hahahaha..

UMNO/BN dapat mengekalkan kerusi di N31 Bagan Pinang seperti yang semua pihak jangkakan (termasuk kaki judi dalam internet yang bet Isa Samad menang) .... sure menang pasai ader 4600 lebih undi pos dalam PRK tue...

Jadi ... strategi Zahid Hamidi yang mahukan disetiap kawasan Parlimen ada satu kem Tentera (Wataniah) ada relevannya. Inilah caranya yang mampu untuk memastikan talian hayat UMNO/BN masih kekal miliknya yang mana akan memberikan kuasa pemerintahan pusat dibawah kawalannya.

Selagi mana undi pos masih tidak telus selagi itulah UMNO/BN akan terus memegang tampuk kuasa pemerintahan Malaysia. PRU13 pun tidak akan mampu menyekat UMNO/BN daripada memegang kuasa selagi mana undi pos masih lagi tidak telus dan disyaki dimanipulasikan.

Jangan terkejut bahawa dalam seminggu dua ini kita akan dapat melihat beberapa papan tanda pembinaan di banyak kawasan di Malaysia yang menunjukkan pembinaan kem tentera (wataniah) ataupun regular.

Apa yang pasti ... pengundi di N31 Bagan Pinang masih lagi berminat untuk menyokong sepenuhnya rasuah dalam pentadbiran kerajaan Malaysia. UMNO/BN memang mengekalkan rasuah dan tidak berminat untuk membersihkan imej rasuah dalam pentadbiran Malaysia.

Lepas nie kita boleh mencampakkan SPRM kedalam tong sampah kerana SPRM tidak mampu mengekang rasuah yang dibuat oleh UMNO/BN selaku pemerintah.

11 October 2009

Okeh... Betting Dah Nak Tutup Dah

Bhai..

Tokey judi haram dah lama dah open betting untuk PRK N31 Bagan Pinang... lu tanya la keliling ... ramai yang tahu ... minimum betting start dengan RM100 ... ader member kasi tau gua... hehehe....

La nieh.. betting dah nak tutup dah... last call sebelum pukul 4.30 ... itu paling last call... Jangan la tanya gua kat mana nak betting... kaki judi betting nih... diorang memang ader kabel la.... tau jer kat mana boleh betting...

So .... dari info yang member gua bagitau... 60% betting pilih UMNO/BN menang ... 40% jer yang pilih PAS/PR menang... tapi itu betting umum jer.. kalu betting undi majoriti... setakat nie... banyak yang betting PAS/PR bertambah undi majoriti... hehehehe

Kalu lu orang nak tau... nilai roughly betting PRK N31 Bagan Pinang nih dah mencecah RM3.5 juta tue.. hehehe .. banyak tue..... hahahahahahaha ... giler ker aper diorang kaki judi nih.. kalah Sport Toto dan Magnum 1+3D ... hahahaha ... giler betul la taik judi nih...

Gua Tak Paham La

Bhai...

Gua tak paham la.... itu hari SPR siap bertegas nak kuat kuasakan akta pilihanraya ... dimana apa sahaja yang dikatakan meraih undi dengan ader logo parti tidak dibenarkan pada hari pengundian... tapi dari apa yang gua nampak dalam TV tadi masa berita... banyak peraih undi dengan logo UMNO/BN dok berkeliaran di PRK N31 Bagan Pinang ...

Errr.. awat SPR tak amik tindakan...

Buta ker SPR nih... atau sajer-sajer buat-buat buta... kalu camnie la.. tak boleh pakai langsung la SPR nih.... buat ngabihkan boreh jer..

Apa-apa pon... Isa Samad berkemungkinan besar akan menang... yer la.. menang dengan rasuah terpalit .. menang dengan undi pos... menang dengan cara main kotor... menang dengan cara main tipu.... tak aci betul la...

UMNO/BN dah memang serupa "taik" jer la nih... dah expired... tak boleh nak kitar semula... nak kena pi hantar "dumping site" ... Kena mintak Kualiti Alam handle benda nih... toksik nih... hehehehe

Tepuk Amai-Amai

Tepuk amai-amai..... belalang kupu-kupu .... hahaha...

Mari la kita sama-sama tepuk beramai-ramai dalam suasana UMNO/BN "menang pun kalah, kalah lagilah kalah" .... hahahaha..

Hari nie penamat kepada kegawatan politik di N31 Bagan Pinang... Sama ada Isa Samad menang atau kalah.... kita pastinya akan dapat lihat UMNO/BN akan tergolek dog hari nih.. hahahaha

Gua "bet" UMNO/BN menang sekitar 1500++ undi ... memang Isa Samad akan menang... tapi menang takder makner... hahahahahaha... Mohamad Hassan mesti "bengkerg" dengan kemenangan Isa Samad nanti... hahaha... so lepas nie kita boleh tengok Negeri Sembilan akan jadi macam Terengganu... hahahaha..

Macam biasa... lu orang "bet" sapa menang aaa??

08 October 2009

Amaran Dari Langit

Korang perasan tak beberapa amaran dari langit yang sedang atau telah dunia alami dalam masa terdekat nih...???
  1. Gempa bumi
  2. Gunung berapi
  3. Tanah runtuh
  4. Ribut
  5. Taufan
  6. Tsunami
Kalu korang perasan semua nih... gua pasti ini semua peringatan direct dari Tuan yang empunya cakrawala ... Allah S.W.T .... Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, Tuhan yang menjadikan bulan dan matahari, Tuhan yang menjadikan air dan api, Tuhan yang menghidupkan dan juga mematikan .....

Justeru itu.... nie gua nak nasihatkan.... kepada yang jauh diri dari Allah S.W.T , dari hukum-hukumNya, dari ayat-ayatNya, dari perintah-perintahNya dan peringatan yang disampaikan oleh para Rasul dan Nabi .... maka eloklah korang (dan gua gak) kembalilah dengan seberapa segera kepadaNya ...

Sebelum terlambat bhai.... bumi dah nak kiamat dah nih.... tak lama lagi dah nih....

Wahai Tuhanku, janganlah kau timpakan kepadaku dan ahli keluargaku serta semua orang yang beriman dan beramal soleh akan siksa dunia dalam bentuk malapetaka dan bencana. Ampunkanlah dosa-dosa kami yang memang kami tahu tidak mampu kami selesaikan jika tidak Engkau mengampuniNya.

Ya Allah, janganlah Engkau hinakan hidup kami dengan kematian yang menghinakan. Hidupkanlah kami dengan iman dan amal, dan matikanlah kami dengan iman dan amal.

Ya Allah, sesungguhnya kami selalu menzalimi diri kami sendiri, maka janganlah Engkau siksakan kami atas kezaliman kami ini. Ampunkanlah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Memberikan Pengampunan.

Maha Suci Engkau Ya Allah, Tuhan Semesta Alam.

06 October 2009

Ketua Putera UMNO Nyaris Mati

Sekarang nie Ketua Putera UMNO ader kat HKL ... teruk kena belasah katanyer ... nyaris mati... hahahahaha...

Lu orang pernah dengar cerita "budak pengembala kambing yang khianat" yang asyik melolong bising bagitau ader serigala membaham kambingnya walhal ianya tidak berlaku ... kalu pernah baca atau dengar .. tentu tahu apa kesudahannya ... hahahaha...

Sekarang nie.. Ketua Putera UMNO nyaris mati ... dengar khabar ... teruk tengkuk dan muka kena tumbuk dan belasah... siap gua ader dengar kononnya dier kena terajang la pulak... hahahaha...

Gua rasa orang yang belasah dier tue ader buat silap la... lain kali kalu nak belasah tue.. kasi real sikit... kasi power... kasi ader darah memercik .. kasi ader muka pecah ka... bibir berdarah ka... hidung patah ka... kalu bagi penerajang tue... biar la buat sampai patah tulang rusuk ka... patah tangan ka... patah kaki ka... baru la betul realistik kena belasah...

Ini takder lebam, takder patah, takder luka ... dok kecoh kena belasah... Maknanyer ... kaki belasah tue memang tak terra mana pon... hahahaha.... samseng taik kucing jer... hahaha...

Kalu gua la yang belasah Ketua Putera UMNO nih... sure gua belasah sampai nak putus nyawa dier nih... baru la hero... kasi patah tulang rusuk ka... patah hidung ka... muka pecah ka... hilang telinga ka... hahahahahaha ....

Oh yer... nih Ketua Putera UMNO nih dah nyaris mati nih... mana pergi geng-geng mat rempit ... pi la baca Yaasin kat ketua korang nie... dier dah nazak nak mati nih... pi la baca Yaasin ... Buat semua ahli UMNO/BN ... gua nasihatkan tolong baca Yaasin untuk Abdul Azeez Ketua Putera UMNO nih... dier dah nak mati nih.. dah nazak nih...

05 October 2009

Al Maunah Menjelma Kembali

Bukan calang-calang penangan yang singgah ke tengkuk dan muka Ketua Putera UMNO, Abdul Azeez ..... penangan ini penangan berilmu ... hehehe.. Nampak gayanyer Al Maunah menjelma kembali ....

Al Maunah adalah satu kumpulan yang mempraktikkan seni mempertahankan diri berlandaskan ayat Al-Quran .... jadi setiap pukulan yang ada dalam seni mempertahankan diri Al Maunah khabarnya boleh memberi kesan serta merta atau lambat kepada mangsa ... hahaha

Khabarnya Ketua Putera UMNO (Abdul Azeez) mendapat pengangan pukulan jarak jauh secara terus daripada Mohd Amin (ketua Al Maunah) yang dah lama meninggal dunia... pasai tue la takder wartawan, bloggers atau orang awam yang nampak pukulan tersebut berlaku kepada Abdul Azeez.

Kesan pukulan pada muka dan tengkuk Abdul Azeez tue hanya mampu kelihatan setelah Abdul Azeez dimasukkan ke wad di HKL .... itupun lepas 24 jam dari masa kejadian .. kalu beliau masuk ke Wad Hospital Seremban ... sure tak dapat dikesan langsung kesan pukulan tersebut...

So .. kepada PDRM dan Hishamuddin Hussein ... sila dakwa Mohd Amin atas pukulan dan tumbukan ala Al Maunah yang telah berlaku kepada Abdul Azeez ... apa lagie .... ader brani ker nak dakwa Mohd Amin nih?

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1