Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pecat. Show all posts
Showing posts with label Pecat. Show all posts

16 February 2025

29 January 2023

TMJ Tawar Khairy Sebagai CEO JDT - Mampukah KJ Mengetuai JTDFC?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu yang Khairy Jamaluddin (KhairyKJ) pernah bertelagah (tak ngam) dengan Tunku Ismail (Tengku Mahkota Johor @ TMJ) ... jadi bila TMJ tawarkan Khairy menjadi CEO JDT ... timbul satu pertanyaan...

Mampukah KJ mengetuai JDTFC? Ini persoalan utama... takut asbab pertelagahan... maka JDTFC akan jadi lebih kecamuk... Apa pun... kita tunggu dan lihat.... sediakan pop-corn dan air kola... Hahaha

TMJ tawar Khairy sebagai CEO JDT
#KhairyJamaluddin #TMJ #JDTFC #JDT #Sukan #PenasihatOrangMuda #CEO #TunkuIsmail #Bolasepak #Relevan #Politik #MasaDepan #Cabar #Usul #reactionvideo #reaksi #react

20 January 2023

Khairy puji ahli Umno rujuk usul PAU2022 ke RoS - "Well Done Guys"

Bhai/DeeDee semua...

Biar Demokrasi dalam UMNO berjalan. Bila kita bercakap mengenai Demokrasi, UMNO perlu benarkan proses ini berjalan sepertinya. Kedua-dua pendapat adalah betul.

Pendapat yang tak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan pada PAU2022 adalah betul begitu juga pendapat yang sebaliknya yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan.....

Biarkan Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Society @ RoS) melaksanakan proses semak dengan teliti dan seimbang.

Khairy puji ahli Umno rujuk usul PAU2022 ke RoS - "Well Done Guys"

#PAU2022 #perhimpunanagungumno #PehimpunanPengampu #UMNO #KhairyKJ #KhairyJamaluddin #PRU15 #Undian #RoS #AkarUmbi #Relevan #Politik #MasaDepan #Jahanam #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

08 January 2023

Bukan Tak Dinasihat...

Bhai/DeeDee semua...

Bukan tak dinasihat ... bukan tak diberitahu... bukan tak diberi pandangan... tapi pasai degil dan keras kepala... Perasan diri tu masih bagoosh... Dah banyak kali sebelum pencalonan PRU15 lagi orang dah bagitau yang kawasan Batu tue adalah untuk P. Prabakaran.... 

Tapi...

Tapi Tian Chua tetap degil, berkeras dan takmo nak dengar nasihat... Payah kalu macam nih... Elok sungguh la dipecat ... sebab takmo ikut dasar dan pandangan parti...


PKR secara rasmi memecat bekas naib presidennya Tian Chua berikutan keputusannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-15.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Tan Yee Kew memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti malam semalam.

05 January 2023

Tak Berbaloi

Bhai/DeeDee semua...

Ada pro dan cons terhadap isu nih... Satu part ialah berkenaan dengan cover-up mengenai isu kesihatan Najib Razak (kes mengelat ngan mengelak takmo masuk penjara tue) dan yang kedua adalah isu dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat...

Seingat gua... tiada kata-kata kesat yang dikeluarkan ... cuma sekadar perkataan biasa jer... tapi yer la.. bila terkait dengan anak dan orang VIP nih... walaupun engkau berada di pihak yang benar sekali pun... tetap engkau akan diperlihatkan bersalah....

Biasa la.... dan gua tak terkejut pun bila pengakhiran kes nih jadi camnie... memang tak berbaloi pon... sebab kat Malaysia nih... once ko dapat status VIP atau VVIP .. ko dan keluarga ko akan menjadi seumpama Dewa Kayangan... tiada bersalah.. tiada dosa... sentiasa sempurna dan sentiasa betul... 

Malah sesiapa yang mempertikaikan kedudukan ko sebagai VIP atau VVIP pulak akan dicarikan segala macam kesalahan dan dosa....

Hahaha... Semoga Allah Taala membalas atas segala ketidakadilan nih...

p/s... Sampai hari nih takder bukti yang Najib Razak benar-benar ditahan didalam sel penjara... Maaf lah sebab gua tak percaya dia ditahan disana...





Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah menamatkan perkhidmatan kontrak seorang doktor yang menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Nooryana Najwa, pada November lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) HKL, Azizul Kamaredzuan Azizul Akimi menerusi surat maklum balas kepada pelaporan aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pihak kami telah menamatkan perkhidmatan kontrak pegawai berkenaan sebagai Pegawai Perubatan Gred U41 yang berkuat kuasa mulai 11 November 2022.

“Ia ekoran kesalahan membuat pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama Kerajaan (Peraturan 19 (1)- Peraturan-peraturan Pegawai (Kelakukan dan Tatatertib) (1993),” katanya.

Tambahnya, tindakan susulan itu diambil setelah pegawai berkenaan membuat kenyataan di media sosial yang berbaur hinaan berkaitan dengan bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu, ciapan yang dimuat naik pegawai berkenaan, di akaun Twitternya mencuri perhatian warganet apabila dia bertindak menuduh Nooryana Najwa menipu berhubung rekod kesihatan bapanya dan turut meninggalkan kata-kata kesat.

Sebelum itu, difahamkan Nooryana Najwa mendakwa masalah ulser dihadapi bapanya kembali menyerang dan tekanan darah juga semakin tinggi akibat pengambilan ubat yang dibekalkan doktor.

13 December 2022

Jangan Sombonglah

Bhai/DeeDee semua...

Bukan tak biasa kita tengok pegawai kerajaan (mostly pegawai kerajaan memang Melayu) berperangai pelaq, sombong dan perasan bagoosh... Biasa dah kita tengok camtue... Dan tiap kali pon memang akan terlepas tak kena tindakan...

Cuma kali ini nasib tak baik menyebelahi pegawai level TURUS nih... Hahaha

Memang patut pon dier kena pecat.. cuma lama sangat tindakan nak diambil... Ogos buat perangai... Disember baru kena pecat... patut lagi awal kena... 

Maybe mangkuk nih kena pasai Kerajaan Persekutuan dah bertukar... cuba kalu Kerajaan yang lama... pemerintah yang lama... maybe selamat mangkuk nih... maybe kes dier akan disapu dok bawak karpet... Hahaha... macam la tak biasa kan... Hehehe

Hadan Huker la... hidup janganlah sombong.,,


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd. Syafiq Abdullah ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam di bawah Peraturan 49(3), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) berkuat kuasa, hari ini.

Berdasarkan sekeping surat yang tular hari ini, Mohd. Syafiq turut dibersarakan mengikut perenggan 10(5)(D) Akta Pencen 1980 (Akta 227).

Jelas surat yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali itu, kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Mohd. Syafiq yang juga merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama Turus 1 (Memangku) demi kepentingan awam.

Dalam kejadian 3 Ogos lalu, Mohd. Syafiq didakwa telah menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam satu perselisihan faham di antara mereka.


 

11 December 2022

Jangan Kat Menteri Je, Yang Lain Pun Sama

Bhai/DeeDee semua...

Gua setuju ngan arahan Anwar Ibrahim nih... Menteri yang terlibat rasuah dan salahguna kuasa patut dipecat serta-merta.... bagoosh... cumanya jangan hanya Menteri jer kena... patut mana-mana yang lain termasuk Setiausaha Politik (SetPol) pun patut dipecat serta merta...

Kita dah takmo budaya rasuah dan salahguna kuasa berlaku dalam Malaysia nih... macam kes LCS tu

Dan kita taknak ader pulak pihak-pihak yang dok bekap pelaku rasuah... tambah lagi yang mana terlibat dalam kalangan dengan dengan kita...

Sepatutnya ada pertambahan dalam hukuman terhadap rasuah nih.... hukuman yang paling tegas.... jangan kasik chan.... cari sampai dapat... kutip satu-satu semuanya.... 

Cuma jangan la ini semua nih sekadar cakap-cakap manis depan media jer... Kena laksanakan la... hehehe



17 October 2022

Ismail Sabri Tunjuk Samseng?

Bhai/DeeDee semua..

Wow.. mau tunjuk samseng eh... Ismail Sabri nak tunjuk power dier ngan orang... nak tunjuk samseng... Tu yang keluar cakap macam nih... Huhuhu....

Sedar la diri... awak tue bukan kuat mana sokongan dalam Parti... Dalam UMNO pon awak tue bukan la kuat sangat... Tak payah la nak tunjuk samseng...

Huhuhu



15 January 2022

Baru Sedar Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Setelah 41 tahun... setelah macam-macam tohmahan, label dan kecaman ... pandai pulak PAS cakap pasai perpaduan sesama bangsa dan agama..... dulu bukan main letak label kafir dan haram dimakan sembelihan...

Hahaha...

PAS nih memang lawak... sebab semenjak dua menjak nih dah jadi lebih jinak dari kucing... terutamanya dalam bab bekerjasama dengan UMNO dan BERSATU.... bukan sebab nak penuhi elemen perpaduan sesama agama....

Tapi...

Tapi lebih kepada intipati politik, jawatan dan kuasa... Tak terkecuali dengan intipati wang... hehehe... biasa la PAS nih... huhuhu...


Eh.... mamat nih bukan ker dah kena pecat dari jawatan AJK PAS Pusat??? Hehehehe... sebab katanya melawan dengan Olamak El-Marangi?? Hahaha ... Nasib la labu... hahaha...


07 October 2021

Kena Pecat Akhirnya

Bhai/DeeDee semua..

Dah kena pecat la .... 2 orang ADUN dari UMNO Melaka telah kena pecat.... dan sorang ADUN dari BERSATU pun dah kena pecat...

Semua gara-gara tarik balik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka... terus kena pecat

Ini semua betul-betul wayang... Hahahaha.... tapi apa pun mereka berani la pecat terus... tak la macam PKR haritue... biler Azmin dan Zuraidah buat Langkah Sheraton.... takder kena pecat sertamerta... hahaha ... cikai kan PKR... hahaha



22 September 2021

Satu Persoalan?

Bhai/DeeDee semua...

Satu persoalan yang boleh kita fikirkan bersama adalah apakah pendekatan untuk guru tak vaksin... Aderkah kita nak biarkan sahaja mereka langsung tak mengajar secara bersemuka? Adakah kita mahu membiarkan mereka mengendalikan hanya PdPR walaupun Covid-19 nih dah jadi "endemic"...

Atau kita bagi option kepada mereka untuk meninggalkan perkhidmatan perguruan?

Banyak sebenarnya yang kita kena lihat, kaji dan semak..... Keputusan tuntas kita kena buat... 

Beberapa hari lalu Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan (Page) menggesa kerajaan mempertimbangkan tawaran skim pemisahan sukarela (VSS) untuk guru-guru yang menolak vaksin tanpa alasan munasabah.



19 March 2021

Sudah Cuak Ka?

Bhai/DeeDee semua...

Ini Annuar Musa sudah cuak ka??? hahaha... Sudah takut kena pecat ka??

Kata hebat... ader akar umbi.... aper ader hal mau kena pecat...  dah ramai sebelum nih dalam UMNO yang kena pecat... relaks jer... hahaha... nih Annuar Musa pulak terlebih gaya.... Hahahaha... terlebih cuak..

Hahaha



21 April 2013

Rupanya Kamilia Ibrahim Disabotaj Oleh ...

Bhai... ader beberapa orang kontek gua dan tanya benda nih... wei... mana la gua tau... gua bukan duduk dalam "inner circle" Wanita UMNO....  malah dalam Puteri UMNO pon gua tak lepak... hahaha... Tapi memang pelik gak kan aaa... takder sepatah haram pon kata-kata berupa sokongan dari Shahrizat Jalil terhadap Kamilia Ibrahim.. sokongan terhadap nasib dan perjuangan Wanita UMNO.....

Kalu ikut citer-citer dari kengkawan yang rapat dengan Wanita UMNO nih...  Kamilia Ibrahim nih dari group Rafidah Aziz..  dan memang selamanyer dier nih jadi bayangan kepada Sharizat Jalil dalam Wanita UMNO... malah boleh dikatakan selalu berlaga angin.....

Ader gak yang bagitau... biler Kamilia Ibrahim tak tercalon kat mana-mana kerusi Parlimen pada PRU13 kali nih.... Shahrizat Jalil aderlah orang pertama yang tahu dan jugak orang pertama yang dah tepuk tangan dulu....

Hahaha,,,, ader yang kata.... senarai nama calon tue memang ader pengaruh Shahrizat Jalil... katanya... kalu Shahrizat Jalil jatuh dan tidak tercalon mana-mana kerusi Parlimen... biar semua top level Wanita UMNO pon tak dapat samer.... same goes to Wanita MCA dan MIC...... hahahaha ... rupanya Kamilia Ibrahim disabotaj oleh Shahrizat Jalil aaaa.... hahaha... biaq betul...

So ini dah kira macam balas dendam la .... "gua tak dapat... lu orang pon mesti tarak dapat gak"..... hahahaa

Aper-aper pon.... kerja buat secara belakang tabir oleh Shahrizat Jalil nih gua salut... ini macam la kalu nak bantu Pakatan Rakyat... Gua tau Shahrizat Jalil memang mau bagi Pakatan Rakyat plak menang diperingkat Persekutuan...  dengan cara nih... boleh la Shahrizat Jalil masuk jadi ahli PAS.... lepas tue boleh la dibersihkan segala masalah salah laku....

Macam la kes ader orang tue kan.... stakat nih pada gua dier takder alibi.... dalam kes dier... langsung dier takder alibi... tapi pasai ader "someone high above" dah cover-up... makanyer kira jadi cam bersih jer la.... hahaha...  tolong aaa... cari la alibi yang meyakinkan.... hahahaha...

25 January 2013

Hanya Di Malaysia....

Bhai... Kalu lu nak tau.... hanya kat Malaysia jer... orang mati masih lagi kena gari... maybe takut jadi hantu atau Zombie Kampung Pisang kot.... pastu jalan sendiri dan mengganggu orang ramai... Hebat tau bhai... Dalam dunia nih takder tempat lain yang sehebat Malaysia... hanya di Malaysia jer bhai ader benda camnie... hahaha

Punya la dasat .... kalu dah mati pon masih bergari... gua tak tau la aper cerita nih... Cukup la kalu dah mati dalan keadaan bergari tue... tangkap jer gambar tangan sedang bergari... aper kejadahnya sampai ke rumah mayat (forensik) pon masih gari tak bukak....

Ini SOP mana punya nih.... IO (Investigative Officer @ pegawai penyiasat) kes nih orang baru ker... takkan dier tak tau SOP ... takkan la dier takder budibicara.... Aper daa... Setahu gua... mengikut undang-undang... suspek yang sedang bergari tidak boleh dibelasah, dipukul atau dicederakan... Malah apa sahaja tindakan kacau ganggu adalah dilarang sama sekali... Ini SOP asal dalam perkhirmatan PDRM...

Tapi tak tau la yang ini ikut mana punya SOP... maybe diorang ikut Rahim Thamby Chik punya spesial SOP.... hahahaha


07 September 2012

Kolej Cybernetics Yang Tidak Professional

Bhai.. itu hari gua dah tulis panjang lebar isu nih... isu dimana pelajar dipecat semata-mata atas satu kesalahan disiplin.... walhal sepatutnya pelajar tersebut dipanggil untuk satu sesi perbicaraan dalaman dan seterusnya diberikan kaunseling sebelum tindakan lebih keras diambil...

Sila baca sini dulu...

Aper pon... gua tetap berpandangan bahawa pengurusan Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics telah bersikap tidak wajar..... lembaga pengurusan yang setengah masak... dan tidak ada dasar tolak ansur.... Alasan yang diberikan oleh pengurusan Kolej Cybernetics tersebut pada gua tidak bertepatan dengan konsep institusi pendidikan...

Ini konsep komersial... bukan konsep pendidikan... konsep pendidikan aderlah untuk mendidik... dan bukannya mementingkan kedudukan kewangan yang terjana dari sumber PTPTN... Kalu pon pengurusan Kolej Cybernetics ingin membodek... silakan... gua berani jamin.... dalam masa terdekat... maybe ramai pelajar baru akan menjauhi kolej ini...

Kalu betul Kolej Cybernetics menjaga kredibilitinya... sila pecat atau buang pelajar warga asing yang belajar disana yang mana disahkan terlibat dengan jenayah (dadah, penipuan siber dan gengsterisma)....  Silakan tunjuk contoh yang baik.... Takkan nak kena gua dedahkan senarai nama pelajar asing yang terlibat.... hahaha... rasanyer cawangan D7 mesti tau benda nih.... hahaha

Gua tetap berpandangan Kolej Cybernetics yang tidak professional....

15 August 2012

Jangan Pecat Nasharuddin Mat Isa

Gua nasihatkan Pemuda PAS Kelantan... tolong jangan suruh PAS Pusat amik tindakan ker... jangan la suruh Nasharuddin Mat Isa tue letak jawatan ker.... jangan la pecat Nasharuddin Mat Isa...

Nanti kalu lu orang memandai-mandai suruh pecat.... susah la lu orang nanti... mesti geng-geng PAS Terengganu akan marah dan mengamuk samer lu orang... Yer la... Ulama jangan dilawan bhai... lu saper... Nasharuddin Mat Isa tue puak ulama tue... mana boleh lawan ulama...

Nasharuddin Mat Isa tue dah banyak hafaz kitab-kitab.... Kalu dier mengajak PAS untuk Kerajaan Perpaduan ker... UG ker... semuanya pasai dier dah kaji sebaiknyer dalam kitab-kitab tue... Puak PAS Terengganu wala ngan ulama bhai... lu orang jangan cari pasai...

Ulama macam Nasharuddin Mat Isa nih berpandangan jauh... dier nampak masa depan... dier kasyaf la bhai..... sebab itu biler ulama macam nih ajak kepada UG... kiter semua kena ikut... kena wala' ...sebab tabley la nak lawan ulama....

Kan puak-puak PAS Terengganu (Geng Rusila) selalu cakap... jangan lawan ulama... lu semua ilmu maner ader cukup lagi... Geng Rusila nih yang rapat dengan ulama nih dah abis baca kitab dah.. dah selalu ditarbiahkan.. dah selalu dengar tazkirah.... lu orang Pemuda PAS Kelantan tarbiah pon ntah kemana perginyer...tambah plak la nih lu orang Pemuda PAS Kelantan dok ikut bebudak geng jari bersilang mintak royalti.... lu orang nih dah jauh dari kepimpinan ulama la bhai...

Khak Ptuih....

14 January 2012

Tak Laku Sesen Pun

Bhai.. gua kesian gak kat Hassan Ali... nampak sangat dah terbuangnyer.... tak laku sesen pun... PAS takmau kat dier... UMNO pon takmau... Sultan yang dier kata support kat dier pon takmau kat dier... mmmm.... PERKASA pun nampak macam mau tak mau jer...

Kesian dier... nampak betul macam kain buruk dah nih... tercampak dan terperuk takder saper yang mau... takder saper yang nak amik peduli..

Dulu... masa Hassan Ali dok ader dalam PAS... dalam EXCO Agama Kerajaan Selangor... UMNO dok puji dan tatang melangit kat dier... Sultan pon kononyer puji dan tatang melangit kat dier... la nih... biler dah dibuang dari PAS... biler dah takder jawatan dalam PAS... UMNO pon larik.... Sultan pon dah tak hingin...

Mmmmmm .... kesian Hassan Ali.... nampak sebijik macam tak laku sesen pun.... kesian...

Sabor la yer Hassan Ali... itu ler.... ader hikmahnyer... dulu masa dalam PAS bukan main lu takmo nak ikut keputusan parti... lu selalu tunjuk bongkak.. tunjuk ego.. siap macam cabar PAS suruh pecat lu... takper... takper... malah waktu kena pecat pon masih duk bantai PAS sampai tak hingat... siap berbangga sangat ader PhD... macam la orang lain takder PhD... macam la lu orang sorang jer yang pejuang Islam Tulen...

Oh yer.. lupa lak... Maner dier kawan baik lu Zulkifli Nordin tue... hahaha.. takkan dier takmau nak kawan ngan lu lagie...

Takper.. takper... peluru dan senjata yang lu ader dalam tangan tue.. rasa-rasanyer lu dah boleh kuarkan dah... takyah tunggu lama-lama... inilah masanyer lu balas balik... fight back... rahsia UG yang ader dalam tangan lu tue aper lagie... gunakanlah.... jangan tunggu lama-lama... jangan sampai masa tue Utusan (yang dok backing lu nih) pon dah takmo nak layan lu lagie...

Masa masih panas lagie nih.... info pon masih panas... kasi bongkar jer la cepat rahsia Kerajaan Perpaduan tue... masa masih lagi menyebelahi lu nih... cepat-cepat... hahahaha

08 January 2012

Bye Bye Hassan Ali

Bye Bye Hassan Ali...

Kami ahli-ahli, penyokong dan pendokong Parti PAS ingin mengucapkan bye-bye kepada Hassan Ali... nampak gayanyer takder la chan kitorang nak buat jamuan perpisahan untuk lu... he he he..

Aper-aper pon .. gua berharap dengan ini isu "bai'ah" lu tue dah setel dah... so takder la lu susah ati sangat.. dan lepas nih senang la lu nak masuk UMNO.... takder sekatan dah...

Oh yer... semua dokumen berkaitan Parti PAS sila pulangkan yer.. hahaha...

..... nanti kalu lu nak dedahkan citer sebenar disebalik Kerajaan Perpaduan (UG) nih... aper salahnyer... gua persilakan... hahaha... jangan plak lewat sangat baru nak dedahkan... dedahkan la skrang....

Sayonara....

25 May 2010

Lawak La Krisis MIC Nih

Memang la lawak... betul-betul lawak la krisis MIC nih... lebih lawak dari rancangan Raja Lawak Astro... hahaha... V. Mugilan memang sohih dibacking oleh UMNO.. dah lama dah... sama gak ngan P. Kamalanathan... takkan la orang ramai tak tahu..

Cuba perhatikan balik kempen P094 di Hulu Selangor hari tue... sapa yang dok berkempen bagai nak rak... saper yang abis modal bantu P. Kamalanathan ...semua tue UMNO la... Mola-mola diorang nak letak V. Mugilan... tapi Samy Vellu tak nak terima calon lain selain G. Palanivel...

Ader la bergaduh skit... at last.. P. Kamalanathan yang dipilih...

Ini... timbul plak Gerakan Anti Samy Vellu (GAS)... saper yang punya idea... saper yang punya sokongan.. saper yang punya modal nih.. hehehe... sure la datang dari UMNO...

Yang jadi batu api dan kasi cucuk sana sini dalam kes MCA pon UMNO jugak... hahaha.. la nih .. MIC pulak jadi mangsa UMNO... dulu pernah PPP menjadi mangsa UMNO... hahaha

Cover walau macam mana sekalipun .. lama-lama kantoi gak.. hahaha...

13 April 2010

Mendepani Blogger Kickdefella

Bhai Kickdefella... lu memang hebat la bhai.. banyak info lu dapat... saper kasi... sure ramai yang kasi kat lu kan... takkan semua yang lu dapat tue datang dari ramai orang... gua rasa la... lu punya info tue bukan datang dari terlalu ramai orang... tapi bhai... cuma datang dari sekumpulan orang jer... hahaha

Bhai Kickdefella... lu gua nampak cam ader plan nak kasi jatuhkan orang jer... dulu lu berhabisan bantai dan jatuhkan Abdullah Ahmad Badawi ... la nih .. lu plan nak jatuhkan Nik Aziz ker... hahaha... lu memang la hebat..

Oh yer bhai, banyak betul info yang lu publish dalam blog lu tue.... errr... dapat dari sumber yang sohih ker.. atau just main tangkap muat jer... hahaha... kalu semua yang lu dapat tue memang bombastik... meletup giler... sohih dan tepat... lu aper lagi mau tunggu... kasi report la...

Buat la report polis ka... SPRM ka... BOMBA ka... tak pon paling cikai... pi la report kat tok penghulu.... ala... macam kita report kat tok penghulu biler ayam dan kambing kiter kena rembat la... hahahaha...

Kalu lu takut sangat nak buat report... pi la buat Statutory Declaration... ala... RM4 jer kos.. tak mahal pon... Detektif Bala pon ader buat benda nih... Okeh la.. kalu lu malu nak buat repotr dan Statutory Declaration... lu suruh jer member-member lu yang buat... tak pon suruh jer Ibrahim Ali Al-Kataki (pengerusi PERKOSA PERKASA) pi tolong lu buat report...

Lu tak payah la hingaq satu blog ... kuar macam-macam dokumen... tapi kecut teloq nak buat report... so... nasihat gua pada lu Kickdefella ooi... lagi banyak yang lu tuliskan dan paparkan kat blog lu... lagi terbongkar cerita lu sendiri yang bengkek sebab dipecat dulu tue... lu cakap jer la yang lu jeles ngan PMBK ... kan senang.. habis jer cerita... hahahaha..

Lu nih Kickdefella ooi... buat lawak la...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1