Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label EXCO. Show all posts
Showing posts with label EXCO. Show all posts

05 August 2023

Belit Saorang Anwar Ibrahim

Bhai/DeeDee semua...

Kepada semua yang kenal Anwar Ibrahim... memang cukup tahu kelaku Anwar Ibrahim nih...
Depan orang A dier akan bagitau yang orang lain yang takmo calonkan orang A .... depa orang B... dier akan kata orang lain takmo calonkan orang B ...

Dier akan sabitkan orang lain... Hahahaha... pusing-pusing...
Lama dah perangai macam ini.... Yang tahu tu tahu sangat la... cara politik Anwar Ibrahim...

Hahaha .... Memang naya la sapa yang terkena dengan stail dan perangai Anwar Ibrahim nih

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Kena tendang terus sembang kemas




26 July 2023

Maharaja DAP? Siapa Tu?

Bhai/DeeDee semua...

Ini satu perkembangan menarik... Siapa sebenarnya Maharaja DAP Pulau Pinang nih? Adakah dia orang yang sama yang kawal DAP satu Malaysia?? Atau dia hanya kawal Pulau Pinang sahaja??

Hahaha...

Best gak nak tengok perang dalaman nih... Kena ready pop-corn dan air kola lar.... Hahaha
Berkaitan : Pulau Pinang Sudah Goyang

=================
PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Siapa Maharaja DAP?




Pulau Pinang Goyang?

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... ramai yang tak puas hati gua dengar... hehehe... jadi kira tengok adakah Pulau Pinang goyang atau tidak... Hahaha

=================
PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Goyangkah?



Ahli Parti Sudah Mula Bising


04 January 2023

Pertahankan Hak Warga Asing Pasai Apa?

Bhai/DeeDee semua...

Bas PJ City ini percuma untuk warganegara Malaysia. Kepada warganegara asing, sila bayar RM0.90.

Kepada puak-puak NGO yang tak puas hati kenapa ader diskriminasi kepada warga asing... cadangan gua simple jer... Sila kerat MyKAD anda sekarang dan publishkan dalam akaun media sosial anda.

Once anda kerat dan publish, anda boleh hilang kewarganegaraan Malaysia. Mohonlah untuk jadi warganegara asing yang korang bising nak backup sangat tu.

Warga Asing Sila Bayar RM0.90


16 October 2022

Cucu Tak Mahu Masuk Bertanding Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Satu part yang dari dulu lagi gua cukup meluat adalah.... bila mana... bapak, emak, adik beradik, sepupu sepapat dan bagai lagi semua nak jadi calon Pilihanraya... Biler dah menang semua nak dok dalam EXCO dan sebagainya...

Giler aaa...

Macam takder keluarga lain... macam la takder calon lain... macam la takder orang lain...

Semua parti ader.... DAP, PKR, UMNO, PAS, MCA, MIC, dan segala macam parti lagi.... Huhuhu... menyampah la... semak betul lar... adoilah... giler nih payah bhai.... payah nak ubat... patut kita pupuskan keluarga-keluarga nih.... hampeh...

Boring aaa...



23 May 2022

Mahukah Kerajaan Kelantan Terima Cadangan?

GetRunner adalah perkhidmatan penghantaran segera yang melibatkan motorsikal dan kereta. Dan ianya lebih tertumpu di Kelantan dan Pulau Pinang serta Selangor dan Terengganu.

Kalau lah Kerajaan Kelantan bijak… dan bersedia untuk memberikan satu peluang pekerjaan bagi belia dan warga Kelantan, pada gua GetRunner adalah satu pilihan yang tepat.

Sebelum ini ada cadangan dari #EXCO Kerajaan Kelantan agak belia di sana menceburi perkhidmatan beca. Pada gua ini satu cadangan yang dangkal dan memperlihatkan ketidakperihatinan Kerajaan Kelantan dengan teknologi dan peluang pekerjaan.

Kalaulah Kerajaan #Kelantan bekerjasama dengan GetRunner … terutamanya dengan menggalakkan pernggunaan perkhidmatan penghantaran bagi agensi-agensi terkait dengan Kerajaan Negeri, maka tentunya itu adalah pilihan yang tepat dan lebih baik.

Belia Kelantan akan ader peluang kerja dan tentunya secara tidak langsung akan menjana ekonomi negeri.

Tapi biasa la…. gua cuma mampu bagi cadangan sebab gua baik ngan bos GetRunner tue… tapi kalu dah Kerajaan Kelantan sendiri pon selow… nak buat camana..

Hahaha…

Nak kekal perintah negeri… tapi takder idea untuk membangunkan negeri….

Adoilah… Ader pantai yang menarik macam di Tok Bali… tapi tak dimanfaatkan… Sampah tak berkutip… semak samun tak di bersihkan.. Adoilah.




10 October 2021

Janganlah Ketegaq Sangat

Bhai/DeeDee semua...

Dah lepaskan jawatan EXCO tue... pandai-pandailah nak pulangkan balik hak dan aset kerajaan Negeri.. Itu semua bukan harta mak bapak korang untuk ditaji...

Sampai masa kena pulangkan semua.... sangan nak dok samseng bagai...

Cumanya... baru gua kenal muka Ketua Menteri Melakan nih... hahaha... selama ini gua tak kenal... hahaha.... Adoilah...



24 August 2021

Ada Tawaran Menteri Kanan Kot?

Bhai/DeeDee semua...

Bukan sesenang itu Azalina Othman Said nak letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat... tetiba jer... Nampak sangat macam dah ader tawaran besar untuk berada dalam Kabinet Ismail Sabri...

Maybe ada tawaran jawatan Menteri Kanan kot?

Kalu tidak takkan la nak letak jawatan kan... Hahaha... ader yang lagi untung dan masyuk.... Hahaha



18 July 2021

Tipulah Nak Masuk Tender Tak Guna Kabel

Bhai/DeeDee semua...

Tipulah kalu kata nak masuk Tender tapi tak guna kabel.... Memang tipu.. Mana ada jalan kalu nak masuk tender tak guna kabel. Kabel tu penting... kabel tu la yang jadi minyak gris untuk mana-mana tender... tak kira kecik atau besar tender itu... kabel perlu dan wajib ada...

Dan kabel itulah rasuah. Rasuah dah bermaharaja lela. Rasuah itu ada pelbagai bentuk. Rasuah seks dan perempuan pun dan ader ramai yang bagi. Belum lagi rasuah duit. Rasuah seks susah nak trace... susah nak jejak.

Minyak gris akan digunakan sebagai pelincir bagi mempercepatkan proses tender. Cakap sahaja nak macam mana... semua boleh disediakan. Kalu nak dapat bawak keluar balak dari Hutan Simpan Kekal (HSK) macam di Raub pon boleh.... Janji bayar fulus.. jangan ader bayaran.

Kalu tak kata tiada orang politik dan vvip terlibat sebagai kabel dan proksi... itu semua tipulah... Ngarut kalu depa tak terlibat jenayah nih... Hahaha... even golongan kayangan dan kerabat pon ader terlibat.

So... tender, rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya semuanya saling terkait dan berkait... hahaha

#RasuahSeks #AKSB #RasuahDuit #EXCO #Kelantan

22 March 2021

Sepuluh Tahun

Bhai/DeeDee semua...

10 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat... 10 tahun dah membolehkan seorang pelajar memasuki Tahun 4 persekolahan.... dan 10 tahun itulah juga telah berlaku 2 kali Pilihanraya Umum.... dan Kelantan masih kekal majoriti dimenangi oleh PAS....

Hospital Raja Perempuan Zainab II bukan Hospital Swasta... maka oleh sebab ianya Hospital Kerajaan... maka tahap operasi dan kepenggunaannya adalah maksimum.... Dan ianya tiada kompromi jika bekalan air bersih masih tidak dapat dibekalkan dengan mencukupi buat kemudahan Hospital...

Kemudahan air bersih adalah melibatkan nyawa... terutama bilaman banyak urusan tergantung kepada bekalan air bersih yang mencukupi... macam mesin dialisis.... Dan selama 10 tahun.... dengan kuasa pemerintahan yang solid PAS.... satu apa pun takder yang boleh memangkinkan penyelesaian kepada masalah air di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu...

Aper yang diutamakan oleh Kerajaan Kelantan?? Beli Mercedes untuk EXCO .... Bekalan Air bersih dinegeri semuanya tertakluk kepada Kerajaan Negeri... tapi Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PAS bukanlah nak fikir pasai kemudahan asas untuk kegunaan harian rakyat... 

Apa nak susah... Kerajaan PAS Kelantan tahu.... yang rakyat Kelantan (terutamanya para pengundi luar yang balik sekali sekala untuk memenangkan PAS di Kelantan) cukup mudah digula-gulakan dengan elemen agama.... sebab kononnya kepimpinan Ulama... dan hukum wajib kekalkan pemerintahan Islam dan Ulama... walaupun yang memimpin bodoh tukil dalam pengurusan dan pentadbiran serta pemerintahan....

Yang penting... setiap kalu PRU atau PRK .. sentimen agama mesti dibakar ... mesti dicanangkan.... walaupun yang memang selepas itu tak tahu sepatah haram memimpin.... tapi dipastikan segala gaji dan emolumen mesti besar... dan kemudahan untuk pemerintah mesti tiptop...

Dan pengundi yang mudah dibodohkan ini akan terus-terusan memberikan undi tanpa belah bahagi dan fikir panjang.... yang penting ... kepimpinan Ulama..... adoilah.... bodoh yang tak boleh diajar selamanya.... 



27 January 2021

Apa Nak Hairan...

Bhai/DeeDee semua...

Apa nak hairan sebenarnya... takder aper yang perlu dihairankan... sebab memang 100% exco Pemuda UMNO memang kalu tak jutawan paling cikai pon tetap pengarah beberapa syarikat besar dan GLC..... ini dah lama dah... nak cantas sukar..

Paling teruk pon diorang nih semua ader syarikat kontraktor ataupun menjadi shareholder dalam mana-mana syarikat kontraktor... dan lagi cikai aderlah diorang nih ader pegang mana-mana AP import... kalu tidak macam mana mau naik tangga jawatan dalam UMNO... ingat naik tu tak perlu modal ka??? Hahaha... Mesti akan ader yang jadi tukang bayar punya...

Dan macam mana diorang boleh pusing ngan LHDN pun orang ramai tahu gak... Hahaha... sebab itu la baek punya cover... aper ader hal..

Hahaha...

Ini semua open secret lar... everyone know... semua orang tau... tak payah la nak cover-cover lagie...

Dan setiap kali ader Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ... berapa banyak duit akan berlegar... sponsor sana sini... bayar sana sini... taja sana sini... belanja sana sini...  dan tipulah kalu perwakilan kat PAU tak dapat sen sebagai tajaan untuk sokong dan undi....

Hahahahaha,,,



12 July 2012

Berdebat Seorang Diri? Memang Gila...

Hahahaha.... Bhai.... Malam nih ader orang akan berdebat seorang diri la bhai... memang gila punya kerja nih... mana ader dalam dunia nih berdebat seorang diri.... tak pernah ader... memang Malaysia is the best lar... Boleh masuk dalam buku rekod dunia Guiness Stout lar... hahaha

Sure kiter semua boleh berbangga dengan Hassan Ali (a.k.a Hassan Akidah) nih... sebab dier seorang jer yang mampu dan berani berdebat seorang diri... dier yang tanya soklan... dier yang jawab... dier yang tuduh... dier sendiri yang jawab...

Soklan dari Hassan Ali Jati dan jawapan dari Hassan Ali bekas Pesuruhjaya Pas Selangor... hahahaha .... "TWO FACE" dalam citer BATMAN pon tableu buat macam nih... hahahaha... bangga gua... hahahaha.... Mesti lepas nih kalu ader citer Batman yang baru melibatkan Two Face... gua nak cadangkan diorang supaya amik Hassan Ali sebagai pelakon.... pembawa watak Two Face... hahahaha

Giler meroyan dan glamer tahap dewa lar itu Hassan Akidah... hahahahahahaha... mana taknyer.... berdebat seorang diri? memang gila...

18 January 2012

Ahmad Yunus Proksi Hassan Ali?

Bhai... gua cukup tak paham la... Nih Hadi Awang pilih Ahmad Yunus sebagai EXCO ganti Hassan Ali nih apersal... pelik aaa...

Satu Malaya dah tahu yang Ahmad Yunus nih ader hadir masa Hassan Ali buat press statement kat rumah dier... err... ader aper-aper ker antara Amhad Yunus ngan Hassan Ali... atau Hassan Ali ader story blakang sama itu Hadi Awang... err... musykil nih...

Gua tarak tau background itu Ahmad Yunus.. cuma gua pelik aaa.. why dier ader kat rumah Hassan Ali...

Aderkah dier support aper yang Hassan Ali buat (dier stuju ker)... atau dier simpati ngan Hassan Ali... ntahler... cuma rasanyer ader sikit macam tarak kena ngan aper yang dier buat tue.. ini just instinct gua jer... lu jangan ingat gua mau fitnah samer itu Ahmad Yunus...

Aper-aper pon gua harap yang Ahmad Yunus nih takkan jadi balachi atau proksi Hassan Ali dalam mengucar kacirkan DUN Selangor... cukuplah Hassan Ali sorang jer yang buat perangai macam tue...

Oh yer.. setakat yang gua dimaklumkan... err... nama Ahmad Yunus takder dalam senarai puak-puak UG.. tapi tak tau la... maybe dier meng"hide"kan nama dier... hehehe... sori aaa... gua bukan nak buat fitnah aaa... just wonders.... just tanya jer...

Harap benar Ahmad Yunus jangan jadi balachi/proksi Hassan Ali...

14 January 2012

Tak Laku Sesen Pun

Bhai.. gua kesian gak kat Hassan Ali... nampak sangat dah terbuangnyer.... tak laku sesen pun... PAS takmau kat dier... UMNO pon takmau... Sultan yang dier kata support kat dier pon takmau kat dier... mmmm.... PERKASA pun nampak macam mau tak mau jer...

Kesian dier... nampak betul macam kain buruk dah nih... tercampak dan terperuk takder saper yang mau... takder saper yang nak amik peduli..

Dulu... masa Hassan Ali dok ader dalam PAS... dalam EXCO Agama Kerajaan Selangor... UMNO dok puji dan tatang melangit kat dier... Sultan pon kononyer puji dan tatang melangit kat dier... la nih... biler dah dibuang dari PAS... biler dah takder jawatan dalam PAS... UMNO pon larik.... Sultan pon dah tak hingin...

Mmmmmm .... kesian Hassan Ali.... nampak sebijik macam tak laku sesen pun.... kesian...

Sabor la yer Hassan Ali... itu ler.... ader hikmahnyer... dulu masa dalam PAS bukan main lu takmo nak ikut keputusan parti... lu selalu tunjuk bongkak.. tunjuk ego.. siap macam cabar PAS suruh pecat lu... takper... takper... malah waktu kena pecat pon masih duk bantai PAS sampai tak hingat... siap berbangga sangat ader PhD... macam la orang lain takder PhD... macam la lu orang sorang jer yang pejuang Islam Tulen...

Oh yer.. lupa lak... Maner dier kawan baik lu Zulkifli Nordin tue... hahaha.. takkan dier takmau nak kawan ngan lu lagie...

Takper.. takper... peluru dan senjata yang lu ader dalam tangan tue.. rasa-rasanyer lu dah boleh kuarkan dah... takyah tunggu lama-lama... inilah masanyer lu balas balik... fight back... rahsia UG yang ader dalam tangan lu tue aper lagie... gunakanlah.... jangan tunggu lama-lama... jangan sampai masa tue Utusan (yang dok backing lu nih) pon dah takmo nak layan lu lagie...

Masa masih panas lagie nih.... info pon masih panas... kasi bongkar jer la cepat rahsia Kerajaan Perpaduan tue... masa masih lagi menyebelahi lu nih... cepat-cepat... hahahaha

10 January 2012

Hassan Ali Kekal EXCO

Hahaha... Bhai.. gua tak tau aper yang mungkin lu pikirkan.. tapi pada firasat gua... Hassan Ali kekal EXCO ... dier takkan letak jawatan punya...

Tak kisah la Khalid Ibrahim mintak Hassan Ali letakkan jawatan cara baik ker... Hadi Awang mintak Hassan Ali letakkan jawatan cara baik ker.. sori aaa.. Hassan Ali takkan letak jawatan... sebab aper aaa...

Sebab .... tak lama jer lagi dah nak pilihanraya... kalu Hassan Ali nak dapat pencen sebagai EXCO kanan .. dier kena duduk kekal sebagai EXCO cukup genap masa yang ditetapkan.... biasanyer kena genap satu penggal...

Jadi... gua saspek Hassan Ali takkan nak letak jawatan free-free ajer.. dier akan gunakan nama Sultan sebagai bekap dier... dier akan gunakan Setiausaha Kerajaan Negeri.. Khusrin tue sebagai balachi dier... hahaha..

Jangan mimpi la PAS nak dapat balik jawatan EXCO tue... Hassan Ali takkan bagi punya.. dier akan kekalkan diri dier kat jawatan tue... percayala...

Hassan Ali akan kekal EXCO... mampuih...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1