Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label PRU. Show all posts
Showing posts with label PRU. Show all posts

02 May 2023

RM11.08 Bilion Untuk Orang Asli? Biar Betul

Bhai/DeeDee semua...

Ahmad Zahid Hamidi (Kepala Penyamun) kata Kerajaan Madani nih dah peruntukkan RM11.08 Bilion untuk pembangunan Orang Asli / Orang Asal di Semenanjung Malaysia .... Banyak tue bhai dananya.... Pergh...

Soalan gua la... betul ka sampai kepada OA nih semua dana nih...

Takut kena sebat oleh orang tengah ja... kena sebat dek kroni dan kartel... kena sebab dengan kepala-kepala bangsat politik ja.... Macam la tak biasa.... Rasuah tu kan budaya kita.... Hahaha

Penduduk Malaysia nih ader seramai 32 juta orang.... agak-agak lu orang la berapa ramai Orang Asli di Malaysia nih...????

Ikut statistik pada 2020 .... ader sejumlah 206,777 Orang Asli berada di Semenanjung Malaysia... 

Makna kata.... kalu peruntukan sebanyak RM11.08 bilion itu dibagi sama rata kepada semua Orang Asli di Semenanjung.... mereka boleh mendapat sebanyak RM53,584.30 setiap sorang.... pergh... dasat aaa....  Orang Asli nih dah boleh keluar dari tahap miskin tegar..... Hahaha

Kalu la sebanyak RM10.08 bilion dihabiskan untuk kemudahan elektrik, air dan perumahan..... untuk 206,777 Orang Asli nih..... dan ader belen sebanyak RM1 bilion.... diagihkan kepada 206,777 Orang Asal nih... maka Orang Asal nih akan dapat sebanyak RM4836 setiap seorang... waima anak Orang Asli yang baru lahir pun...

Kata la satu keluarga Orang Asli ader 7 orang .... maka satu keluarga akan dapat sebanyak RM33,852.00 ....

Dah lepas dah dari belenggu kemiskinan dan kepapaan.....

Hahahaha.... tapi itu la....  songlap dan sebat memang budaya Malaysia.... Orang Asal nih dapat la seorang RM50 pada setiap kali PRU atau PRN .... Lobai dan Ostad pon kaki sebat dan songlap kat Malaysia nih... apa nak diharapkan....

WalaNON dan Bangsa Slurpp .... dapat nasi bungkus, sehelai t-shirt dan sebotol air mineral berlogo Kerajaan Madani macam kat event baru-baru nih di Kedah ... bukan main seronok dan bangga la depa.... Hahahaha... siap syok tengok konsert mini Siti Nurhaliza lagie...

HAHAHAHAHA

Sembang Saorang Kepala Penyamun


15 February 2023

Mampukah Ianya Dilaksanakan?

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih (Penggal Tetap Parlimen) ader dalam Manifesto PH untuk PRU15 hari tue... jadi mampukah ianya dilaksanakan atau hanya sekadar menjadi retorik semata-mata??

Kita lihat dan perhatikan sahaja la... kan..

Penggal Tetap Parlimen

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad mencadangkan agar kerajaan mewujudkan dasar penggal tetap Parlimen bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) secara automatik.

Katanya, tindakan itu bagi memastikan sesebuah kerajaan stabil tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak, sekali gus dasar kerajaan dapat dibentuk dengan baik selama tempoh pemerintahan sesebuah kerajaan dengan pembubaran hanya selepas penggalnya tamat.

"Ini juga madani. Ertinya kita, kejelasan untuk rakyat urus kehidupan dan perniagaan ada kejelasan.

“Saya cadangkan kita wujudkan penggal tetap Parlimen supaya pentadbiran kerajaan jelas. Rakyat jelas untuk uruskan kehidupan dan perniagaan juga jelas (dengan perjalanan kerajaan).

“Apabila penggal Parlimen ditetapkan untuk lima tahun, tiada lagi teka-teki. Tiada yang nak tebuk atap atau ikut pintu belakang dan kerajaan yang diberi mandat dapat laksanakan tawaran, janji serta manifesto tanpa diganggu-gugat,” kata bekas menteri kesihatan itu ketika membahaskan usul titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

25 December 2021

Macam Tak Biasa

Bhai/DeeDee semua...

Luahan dari rakyat yang mengalami semdiri keadaan di lapangan memang tidak dapat kira nafikan... Macam tak biasa kita tengok pemimpin di peringkat atas sekadar lalu ja... turun dari kenderaan pun tidak... dah biasa sangat macam tue...

Dalam kes banjir di Selangor dan Pahang nih... kita dah rasa tak terkejut sangat...

Banyak sangat "Political Animal" yang perangai macam bangsat dan celaka...

Tapi nak buat macam mana... sebab si "Political Animal" ini jugalah yang rakyat suka undi dan menangkan... Huhuhu... Bila time pilihanraya.... tetap yang si bangsat nih jugak yang akan di undi dan di menangkan...

Payah... kalu marahnya mereka kepada "Political Animal" ini tidak mahu diterjemahkan atas kertas undi... huhuhu... jadi hadap jer la....



24 December 2021

Macam Celaka Ja

Bhai/DeeDee semua...

Perangai camnie kita boleh lihat sentiasa... bukan benda asing pon... bukan pelik pon... Huhuhu...

Dah masak dah perangai macam ni kita boleh tengok ... huhuhu



22 March 2021

Sepuluh Tahun

Bhai/DeeDee semua...

10 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat... 10 tahun dah membolehkan seorang pelajar memasuki Tahun 4 persekolahan.... dan 10 tahun itulah juga telah berlaku 2 kali Pilihanraya Umum.... dan Kelantan masih kekal majoriti dimenangi oleh PAS....

Hospital Raja Perempuan Zainab II bukan Hospital Swasta... maka oleh sebab ianya Hospital Kerajaan... maka tahap operasi dan kepenggunaannya adalah maksimum.... Dan ianya tiada kompromi jika bekalan air bersih masih tidak dapat dibekalkan dengan mencukupi buat kemudahan Hospital...

Kemudahan air bersih adalah melibatkan nyawa... terutama bilaman banyak urusan tergantung kepada bekalan air bersih yang mencukupi... macam mesin dialisis.... Dan selama 10 tahun.... dengan kuasa pemerintahan yang solid PAS.... satu apa pun takder yang boleh memangkinkan penyelesaian kepada masalah air di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu...

Aper yang diutamakan oleh Kerajaan Kelantan?? Beli Mercedes untuk EXCO .... Bekalan Air bersih dinegeri semuanya tertakluk kepada Kerajaan Negeri... tapi Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PAS bukanlah nak fikir pasai kemudahan asas untuk kegunaan harian rakyat... 

Apa nak susah... Kerajaan PAS Kelantan tahu.... yang rakyat Kelantan (terutamanya para pengundi luar yang balik sekali sekala untuk memenangkan PAS di Kelantan) cukup mudah digula-gulakan dengan elemen agama.... sebab kononnya kepimpinan Ulama... dan hukum wajib kekalkan pemerintahan Islam dan Ulama... walaupun yang memimpin bodoh tukil dalam pengurusan dan pentadbiran serta pemerintahan....

Yang penting... setiap kalu PRU atau PRK .. sentimen agama mesti dibakar ... mesti dicanangkan.... walaupun yang memang selepas itu tak tahu sepatah haram memimpin.... tapi dipastikan segala gaji dan emolumen mesti besar... dan kemudahan untuk pemerintah mesti tiptop...

Dan pengundi yang mudah dibodohkan ini akan terus-terusan memberikan undi tanpa belah bahagi dan fikir panjang.... yang penting ... kepimpinan Ulama..... adoilah.... bodoh yang tak boleh diajar selamanya.... 



22 January 2021

Terserlah Sikap Sebenar PAS

Bhai/DeeDee semua...

Bila Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan tiadanya cuti peristiwa bagi Perayaan Thaipusam di Negeri Kedah Darul Aman.... gua sebenarnya agak gembira juga... Bukan sebab apa... sebab tindakan ini sebenarnya memperlihatkan sikap sebenar kepimpinan PAS ...

Bukan sekali dua PAS bertindak membelakangi semangat perpaduan masyarakat majmuk dalam Malaysia nih tapi sudah acap kali... tak terkira sebenarnya tindakan mereka ini... semenjak dari jadi Pembangkang dan seterusnya masa jadi Kerajaan... memang banyak sangat lar..

Bukan masa ini juga... dulu masa PAS menguasai Kedah dan Terengganu pun pernah jadi camnie jugak... lepas itu PAS dijatuhkan.... kini setelah PAS naik balik menguasai dua negeri nih... benda yang sama jugak terjadi...

Dalam pemikiran PAS... hanya mereka sahaja yang betul... hanya puak mereka sahaja yang layak memerintah... PAS memang tiada konsep berkongsi kuasa dalam pemikiran mereka...  ntah la... susah nak cakap tentang perangai PAS nih... Nak kata tak berilmu... ramai yang katanya ader PhD dalam PAS... nak kata ilmu agama takder... ramai yang mengaku level Tok Guru dalam PAS......

Adoilah....

Aper pon... elok sangat la PAS tunjuk perangai sebenar mereka... supaya senang dan cepat sikit tumbangnya... supaya mudah untuk rakyat Malaysia terbanyak dapat kenal apa itu PAS.... Sori... maaf cakap... Apa yang dibawak oleh PAS bukan melambangkan Islam yer... sori... Yang dibawak oleh PAS adalah sikap ekstremis dan ketaksuban yang melampau...

Apa yang PAS bawak sama dengan apa yang NAZI bawak.... hanya mereka sahaja yang layak dan mereka memandang orang lain seperti sampah.... Itulah PAS...



18 January 2021

Menteri Perutusan / Pengumuman

Bhai/DeeDee semua...

Takder apa yang dilihai dalam Pelan Pakej Permai kepada masyarakat terbanyak... maaf cakap lah... setakat ini dari intipati yang dapat dicerakinkan melalui pengumuman yang dibuat oleh Menteri Perutusan merangkap Perdana Menteri...

Yang ada cuma untuk orang-orang yang bergaji... untuk orang-orang yang terlibat dengan gig ekonomi.... tapi bukan kepada rakyat yang bekerja sendiri... berkebun.. bertani... nelayan... mahupun yang berkerja upah harian....

Untuk pengetahuan semua... hampir separuh (50%) rakyat Malaysia yang berkerja hanya mendapat gaji harian bertaraf kontrak atau tiada langsung kontrak.... dan mereka ini semua tiada nampak dapat something yang mengembirakan mereka... Mereka ini rata-rata tiada KWSP ... tiada perlindungan Insuran atau Takaful.. Malah kalu pun mereka ada akaun bank... pastinya takkan ada simpanan yang kekal lama dalam akaun... malah susah nak lihat simpanan ader sampai cecah RM1000 (itu kalau ader la)

Mereka ini umpama kais pagi makan pagi...  

Dan mereka ini adalah yang tegar mengundi pada setiap kali diadakan PRK/PRN/PRU .... dan aper yang mereka dapat dari sokongan yang telah diberikan selama ini??? nothing.. nada... zilich... takder... kosong.... 

Bagero betul kan....

Jadi Pakej Permai ini sebenarnya tak layak pon diberikan nama sebegini... memalukan... betul-betul yang mengumumkan nih adalah Menteri Perutusan / Pengumuman sahaja.... huhuhu ... bukan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin.... hhuhu



22 April 2015

Siapa Kata PRU14 Jauh Lagi?

Bhai/DeeDee semua...

Sepatutnya PRU14 akan dijalankan pada 2018.... Tapi lu jangan ingat ianya tak boleh berganjak ke depan lagi.... Boleh bhai.... Baru-baru nih gua dimaklumkan bahawa pihak Agensi diarahkan membuat beberapa analisis dan kajiselidik serta statistik ..... Walaupun dalam keadaan biasa.... setiap 3 bulan sekali Agensi ader mengeluarkan laporan lengkap dengan statistik dan data kepada pihak Kerajaan Malaysia.... namun arahan terbaru mengatakan bahawa perlunya ada lebih banyak lagi data dikumpul dan dianalisa untuk kegunaan masa terdekat...

Seperti biasa.... Agensi ader mengeluarkan Voter Sentiment Ratio (VSR) yang menunjukkan peratusan kekuatan parti-parti politik dalam Malaysia... VSR nih cukup glamer dikalangan kumpulan pemikir di JPM dan ISIS ... malah setiap kali ianya dikeluarkan satu pembentangan akan dibuat dan analisis akan diperdebatkan serta dikaji lebih teliti.

Bagi lu orang yang tak pernah tahu pasai VSR... Hahaha... Just nak bagitau... VSR yang diterbitkan oleh Agensi sejak dari tahun 80'an adalah cukup tepat.... Malah dalam banyak kes ketepatannya hampir 98%.... Gua masih ingat lagi pada PRU10 ... ramai kengkawan yang kenal gua bertanyakan tentang boleh tak BN dikalahkan.... Gua gelak jer sambil bagitau yang jangan mimpi la BN nak tewas pada masa tue... Ramai yang tak percaya.... tapi kesudahannyer... Hahaha... BN tetap tak kalah....

Samer gak pada PRU13... ramai yang ingat BN dapat ditumbangkan.... tapi gua dok publishkan VSR yang menunjukkan kekuatan BN sampai ke hari yang pengundian dimana BN mempunyai kekuatan 60% berbanding PR yang hanya berkekuatan 40% sajer.... Ramai yang tak percaya.... dan seperti biasa... gua gelak jer.... Akhirnya ... VSR dari Agensi tepat sehingga 99.8% .... Hahaha.... Kan gua dah kata....

So.... Dibawah nih gua akan puiblishkan analisis sentimen akar umbi dan kekuatan parti-parti dalam penguasaan DUN... jangan marah dan perlekehkan... tapi amik la sebagai pengajaran.... yang kat bawah nih aderlah ringkasan dari laporan setebal 20 mukasurat yang diterbitkan oleh bahagian kajiselidik Agensi untuk Januari 2015 hingga Mac 2015.



Oh yer.... nanti dalam artikel lain gua publishkan jangkaan pembubaran Parlimen dan jangkaan PRU14.

01 February 2014

Spoiler Dari Geng Sorban

Bhai/DeeDee semua...

Disaat sepatutnya semua pihak berganding tangan berlapang dada dan bersedia untuk bekerjasama... Tetiba jer terdengar sana sini spoiler dari geng sorban... Aiyo... Aper nak jadi aaa

Gua memang tertunggu-tunggu jer spoiler dari ketua geng sorban... Dan seperti dijangkakan... Semalam ader satu spoiler yang keluar dari ketua puak sorban... Hahaha .... lawak seram la siot...

Aper nak jadi aaa... Patut la pon meloncat para machai berlebel ketua peringkat bawahan geng sorban melalut dan mengugut.... Walaupun peringkat tertinggi dok takder hal pasai isu Sate Kajang..  rupanyer ini asbab dari semacam greenlight dari ketua geng sorban... Malah yang dah jadi ketua seponggal (la nih dah jadi bokas) pon dok sama taji... walhal masa dier seponggal jadi ketua dulu tak nampak pon hasil yang boleh dibanggakan... Hahaha

Aper nak jadi aaaa.. Hampeh aaaa...

Ker ader nak keluar watikah spesel kot nanti... Hahaha.. Kalu keluar memang la spoiler bosar godang.. Hahaha... Gua memang tak terkojot kalu ader watikah magik macam kat Kota Damansara itu hari... Hahahaha

Dan lagi satu... Dari aper yang gua dengar la dari bekaa bos gua... Kalu la PRK Kajang nih jadi one to one antara PKR dan UMNO (bukannya MCA) ... Kemungkinan kalo calun PKR itu aderlah Anwar Ibrahim... geng sorban peringkat machai akan ramai-ramai sabo undi.. Dan akan terbalik kot mengundi calon UMNO...


Jadi... Kalo BN nak menang PRK Kajang dengan bergaya dan dengan majoriti besar... Senang jer... BN kena letak calon dari UMNO dan calon tersebut mestilah educated, well known dan pengetahuan agama memang tinggi.... 

Kalo UMNO boleh dan berani mendapatkan khidmat Fadhilah Kamsah sebagai calon PRK Kajang.... Mesti Anwar Ibrahim akan terbongkang kalah dengan bergaya.... Hahaha... Geng sorban pasti akan ramai-ramai mengundi Fadhilah Kamsah berbanding Anwar Ibrahim...

So... Amacam.. Ada bran??? Hahaha

20 November 2013

PAS Penang Makin Kelaut

Bhai/DeeDee sekalian....

Budaya sikit-sikit sidang media nih dah makin hari makin kuat dalam PAS.... tak puas hati sana sini... terus keluar dan buat sidang media.... Gua rasa aaa... inilah hasil dari aper yang slalu Hassan Ali dok latih dulu..... cara terbaek untuk dapatkan perhatian...

Dulu masa Hassan Ali masih melepak dalam PAS.... dier cukup rajin buat benda camnie... sampaikan anak buah dier Hafiz Nordin kat Penang nih pon terikut sama... sampailah dah keluar dari pimpinan PAS pon masih lagi mengaku bercakap atas nama PAS.... hahahaha......

Kat Penang nih... PAS cuma menang satu DUN jer .... itupon menang sipi-sipi jer.... Memang PAS memang tak kuat mana di Penang.... tapi... nampaknyer PAS Penang bukan nak cari jalan nak bagi perbanyakkan kerusi DUN yang dimenangi oleh PAS pada PRU-PRU yang akan datang... melainkan dok berebut nakkan jawatan dan pengaruh....

Nak pengaruh mendernyer kalu PAS sendiri tak kuat... lain la PAS dah kuat di Penang ... baru la ader pengaruh.... Kalu ader pimpinan dalam PAS yang rasa boleh berjaya dengan kekuatan sendiri di Penang.... sampaikan rasa boleh keluar dari PR dan pada PRU akan datang konpiden boleh menang banyak kerusi DUN di Penang..... gua rasa aaa.... diorang nih bermimpi tahap "dewa jalan duta" la.....

Sebelum nak sembang deras.... PAS Penang kena perkukuhkan dan perkuatkan pengaruh dalam setiap DUN yang diorang bertanding dulu.... barulah ader kena.... Aper-aper pon.... seperti orang tua-tua ader cakap la dalam bentuk peribahasa...... "ukurlah baju dibadan sendiri" ....... hahahaha

SUMBER

04 August 2013

Siapa Tunjukkan Jalan?

Bhai/DeeDee sekalian....

Hahaha.... pergh.... agak-agaknyer siapa yang tunjukkan jalan... Siapa yang ajar teknik-teknik dan taktik untuk memang Pilihanraya Umum di Zimbabwe... Aderkah SPR Malaysia terlibat membantu disebalik tabir... Aderkah kakitangan SPR dipinjamkan ke Zimbabwe...

Hahahaha....  Ini satu lagi Pilihanraya Umum yang penuh magik.... penuh tipu muslihat.... hahahaha... bukan sekali berlaku camnie... dah banyak kali dah..... kalu tak silap gua sejak Mugabe memerintah Zimbabwe...

Gua saspek aaaa.. mesti SPR Malaysia ader bantu skit sebanyak.... hahahaha

Ini Robert Mugabe ... Presiden Zimbabwe... Member baik Mahathir Mohamed

HARARE - Parti Zanu-PF pimpinan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe memenangi dua pertiga kerusi Parlimen, kelmarin. Keputusan tersebut menyaksikan Mugabe memenangi 142 daripada 180 kerusi dipertandingkan.

Bagaimanapun, pesaingnya, Perdana Menteri Morgan Tsvangirai dari Parti Perubahan Demokratik (MDC) mendakwa, pilihan raya kali ini dicemari penipuan.

Beliau memberi amaran mencabar keputusan tersebut jika pemimpin berumur 89 tahun itu dan Parti Zanu-PF memenangi pilihan raya tersebut. Dalam satu kenyataan, Ketua Pemerhati Misi Kesatuan Afrika memberitahu, proses pengundian tersebut dilakukan secara adil.

Dakwaan MDC itu dikhuatiri mencetuskan semula keganasan seperti yang berlaku pada pilihan raya 2008. - AFP

01 May 2013

PANAS: Calon Pilihanraya DIbunuh

Bhai.... kalu yer pon ader petanda nak kalah ker... relaks lar... jangan la amik tindakan bodoh camnie... sampaikan ader calon pilihanraya dibunuh.... relaks bhai... sabor.... jangan buat kerja setan nih... politik aper la sangat... berbanding dengan nyawa manusia....

Takkan la pasai perbezaan politik atau berhajat benar nak menang... takkan la amik keputusan tembak mati orang... bunuh orang....  kalu buat camnie... mesti senang jer nak cari saper pembunuhnyer... dan aper motifnyer...

Relaks la bhai..... Aper daaa...


Hahaha .... nasib baik bukan kat Malaysia... tapi kat Pakistan.... hahaha...

18 April 2013

Siapa Calon PR Tetapi Ahli BN?

Bhai... gua berani jamin... mesti ramai yang tidak tahu adernyer perkara semacam nih... Hahaha... Kalu lu ingat ader calon BN yang ahli PAS..... jangan plak buat tak percaya kalu memang ader calon PR yang memang ahli BN...

Sebelum PRU10 pada 1999 .... ada usaha daripada satu unit dalam Barisan Nasional yang telah berbincang dan merumuskan satu strategi jangka panjang bagi BN mengekalkan kuasa mereka diperingkat pusat. Beberapa kertas cadangan telah dibuat... dan salah satu daripada kertas cadangan tue ader menceritakan perlunya diujudkan "mole" dalam parti pembangkang utama seperti PAS dan Keadilan Nasional...

Dalam kertas cadangan tue juga ader ditekankan perlunya diletakkan "mole" dalam DAP... tetapi disebabkan susah sangat nak cari calon yang sesuai.. maka terpaksa lah beberapa cubaan dilakukan untuk brainwash ahli DAP yang berbangsa Melayu...

Dalam PAS pula... amat mudah untuk BN mendapatkan "mole" yang dibuat dengan dua cara. Cara pertamanya dengan menghantar masuk beberapa orang dan tokoh menjadi ahli PAS... dan cara kedua ialah dengan cara memujuk beberapa ahli PAS yang diketahui kuat sentimen kemelayuannya.

Bagi Keadilan Nasional pada masa tue..... tak perlu susah-susah nak cari calon.. memang ramai dikalangan ahli Keadilan Nasional yang sebenarnya menawarkan diri untuk menjadi "mole" demi untuk memastikan kelangsungan UMNO/BN dan Melayu...

Indoktrinasi nih berlaku tanpa disedari oleh ramai ahli dan penyokong parti yang terlibat. Dengan bantuan beberapa agensi kerajaan seperti anggota cawangan E... "Ops Susup" nih telah dapat berjalan dengan lancar.... Malah boleh dikatakan inilah satu koordinasi terbaik yang pernah dilakukan oleh cawangan E selepas era darurat dan perang dingin.

Jadi.... jangan la lu orang terkejut kalu ader calon PR tetapi ahli BN... dan biler sampai masanyer nanti.. sama ader diorang akan melompat atau diorang akan memporak-perandakan PR selepas PR disahkan menang pada PRU13... Ini pernah berlaku (sori gua takleh nak kasitau dilokasi mana pada tahun berapa).... dan akan jugak berlaku kali nih pada PRU13...

So.. jangan terkejut badak aaa....  hahaha

05 April 2013

PRU13: Ramai Buat Pengumuman

Bhai.... gua tak paham lar... kejap Anwar Ibrahim yang umumkan calon... kejap Nik Aziz umumkan calon... kejap Mat Sabu umumkan calon... Kejap Lim Guan Eng umumkan calon.... kejap plak orang itu umumkan calon... kejap orang ini plak umumkan calon.... aper daa... aper pasai nampak macam tak sepakat...

Gua tau la ader banyak parti dalam Pakatan Rakyat... tapi jangan la nampak macam tak sepakat... kata nama pakatan... tapi perangai macam setan... hahaha.... masing-masing nak tunjuk authority.... Aper pasai tabley ader buat satu jawatan kuasa.... dan jawatan kuasa nih la yang akan umumkan calon-calon bagi Pakatan Rakyat.... ini tidak... cacamarba... sampaikan ader kes yang satu kerusi ader dua nama dicalonkan.... bangang ker aper...

Satu yang gua respek ngan Barisan Nasional... dier tak kira lu parti mana... semuanya ketua Barisan Nasional yang akan umumkan... semuanya senarai dari situ... takkan ader dua tiga nama untuk satu kerusi... cuma ader satu nama untuk satu kerusi.... so... takder la payah sangat dan orang pening nak tau yang mana satu betul calon...

Barisan Nasional lagi nampak okeh kalu bab nih... Pakatan Rakyat plak setakat nama jer pakatan... tapi hampeh... semua macam tak berpakat.... bodoh aaa camnie.... Kalu benda yang simple camnie tabley nak handle.... macam mana nanti dah menang besar dan duduk kat Putrajaya.... abis la...

Tolong jangan bagi malu kat semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat.... tolong aaa.... atau gua terpaksa gerakkan massa supaya kasi ajar sama itu Pakatan Rakyat... Tolong aaa... tolong jangan jadi bangang dan nak tunjuk power masing-masing.... tolong aaa... rakyat pilih Pakatan Rakyat dan Bebas bukan pasai rakyat suka... tapi pasai rakyat dah benci sama UMNO/Barisan Nasional ...

Ader paham ka????

15 December 2012

Bermula Januari 2013

Bhai... Bermula Januari 2013.... Lu akan dapati banyak kelainan dalam corak artikel yang gua terbitkan disini... Gua sedang masuk mode berkempen... Jadi nantikan corak persembahan ekslusif dari gua...

Hanya yang ori dan sensasi akan menemani lu orang... Aper yang pasti... Lu orang sumer akan terkejut... Relaks... Ader sebab gua buat camnie... Sori ... Bagi yang ingat gua nak citer pasai porn dan lucah.... Jangan mimpi la.... Hahaha

Okeh... Gua nak sleep... Baru lepas telan paracetamol dan clarinase.... .... Sebab masih demam dah masuk hari ketujuh... Hahaha.... Jangan riso... Insya Allah gua akan sihat kembali jika diizinkan Allah Taala. Ameen....

14 March 2012

Jangan Mimpi La Nak Menang

Bhai... gua nak kasi tau lu satu mender.... mender pasai PAS di Terengganu nih... atau dalam bahasa glamernyer... gua labelkan sebagai "Geng Rusila"...

PRU11 dulu... Terengganu terlepas daripada tangan Geng Rusila... selepas memerintah satu penggal.. dengan mudah jer Idris Jusoh amik alih pentadbiran Terengganu dari Hadi Awang (leader Geng Rusila) nih...

Geng-Geng Rusila masa tue dok kecoh salahkan SPR yang kononnyer ramai sangat pengundi hantu di Terengganu sampaikan Geng Rusila nih kalah teruk... sampaikan tabley nak kekalkan kuasa pemerintahan.... berbulan-bulan... dan makan tahun la citer pengundi hantu di dicanangkan oleh Geng Rusila nih.....

Betul... gua stuju memang ujud pengundi hantu... tapi takder la sampai tahap mega yang teramat sangat... takkan la peratusan pengundi hantu boleh ader sampai 30% daripada jumlah pengundi... logik la skit bagi alasan pon...

Tapi sebenarnya .. yang menyebabkan Terengganu jatuh kepada kuasa Idris Jusoh aderlah bukan disebabkan semata-mata oleh pengundi hantu... yang sebenarnya.. Geng Rusila tak dapat mengekalkan kuasa di Terengganu sebab sikap mereka sendiri...

Masa Geng Rusila menang jer kat Terengganu... ramai dikalangan pimpinan atasan mahupun bawahan serta penyokong dan pendokong Geng Rusila yang mabuk kuasa... semua macam orang hilang akal... semua masa tue rasa macam hebat.. dan masa tue la jugak diorang memulakan satu proses "membalas dendam" kepada semua yang tak menyokong Geng Rusila....

Masa tue ader sajer projek yang baik yang telah dijalankan oleh beberapa agensi kerajaan sebelumnya yang dikacau gugat, diganggu malah dihalang untuk terus beroperasi. Semua dibuat bukan kerana ader rasional disebaliknyer.. tapi lebih kepada membalas dendam...

Sebagai contoh ... antara yang paling ketara sekali aderlah dengan mengarahkan Tabika Kemas mengosongkan dewan orang ramai yang mana ianya sedang digunakan oleh Tabika Kemas. Alasan yang kerap gua dengar masa tue adelah.. Kemas tidak membayar sewa... Kemas tidak mengikut peraturan dalam urusan penggunaan dewan orang ramai... Kemas tidak memohon dan mengisi borang untuk menggunakan dewan orang ramai tersebut...

Ini semua alasan bangang wal bodoh yang pada gua tak sepatutnya dikeluarkan oleh Geng Rusila atas aper sahaja asbabnyer... Ini kerana pada gua... takder masalahnyer kalu Tabika Kemas nak menggunakan balairaya atau dewan orang ramai tersebut. Kalu Geng Rusila bermasalah untuk biarkan Tabika Kemas beroperasi disitu.. aper kata Geng Rusila sediakan dulu tempat (lokasi lain) dengan kemudahan yang mencukupi dan barulah berikan arahan pindah kepada Tabika Kemas...

Tapi nak buat camana... Geng Rusila banyak yang jenis bangang nak mampus... sebab itular diorang main terjah ker suruh Tabika Kemas berpindah.. sedangkan tidak menyediakan alternatif kepada Tabika Kemas... yang paling lawak lagi... biler Tabika Kemas dah mengosongkan Balairaya atau Dewan Orang Ramai tue... takder plak Geng Rusila nak buat aper-aper aktiviti secara konsisten kat tempat tue...

Tempat tue terbiar jer kosong... malah ader yang jadi rosak pasai takder orang nak jaga kemudahan kat situ.... inilah contoh tindakan bangang oleh Geng Rusila yang menyebabkan pengundi atas pagar yang pernah mengundi PAS pada PRU10 telah membuat keputusan drastik untuk tidak mengundi PAS lagi pada PRU11.

Masalahnyer... benda ini terlekat lama kat dalam pemikiran orang kampung dan penduduk serta pengundi di Terengganu.. Imej buruk nih masih orang ingat... dan Geng Rusila jangan buat-buat lupa aaa... Itu baru satu contoh jer gua dah tulis panjang berjela... kalu gua listkan semua kerja bangang yang Geng Rusila buat di Terengganu... mau jadik novel rasanyer... hahaha...

Dan sekarang... Geng Rusila masih lagi rasa mereka paling hebat.. paling mantop.. paling berkuasa dan konpiden menang tahap dewa.... hahaha... Wei... Gua nak kasitau Geng Rusila nih... jangan mimpi la nak menang kalu perangai masih tahap bangang macam masa PRU10 dulu....jangan mimpi la nak menang...

Cara terbaik kalu nak menang di Terengganu aderlah dengan mengeluarkan statement meminta maaf atas segala kerja bodoh yang dibuat oleh Geng Rusila semasa pemerintahan mereka dulu... kena mintak maaf secara sincere... secara ikhlas... jangan buat-buat berlakon.... dan Hadi Awang kena jangan berlagak sombong sangat.... itu jer...

P/S: Gua aderlah ahli PAS seumur hidup... Bapak gua dulu aderlah antara pengasas Parti Buruh di Malaysia dan kini menjadi ahli PAS seumur hidup sejak dari tahun 70'an. Mak gua dulu asalnyer dari AWAS gak... la nih jadi Ahli DAP seumur hidup sejak dari tahun 80'an.

08 October 2010

Kalau Tak Kotor Bukan Pilihanraya Namanya

Setiap kali ader pilihanraya .. tak kira la kecik kemetot atau besar gedabak.. isu-isu bodoh pastinyer berkumandang... isu berkaitan dengan maksiat... zina... arak... judi.. pastinya akan dicanang seluruh pelusuk kampung dan bandar... Sampaikan bercawat kote lah semua pihak membawa labun yang sama...

Tak kiralah belah mana... belah baik ker jahat... sama jer... yang sana kata sini jahat nak mampus... yang sini kata yang sana cilakak nak mampus... alih-alih yang mampus sebenarnya adalah pengundi yang terlajak ikut sentimen bodoh... mengundi dengan kepala lutut.. dan bukannyer menggunakan kepala hotak....

Itulah orang kata... kalau tak kotor bukan pilihanraya namanya.... hahaha

UMNO/BN dah memulakan dengan mencanangkan isu kes liwat yang kononnya Anwar Ibrahim lakukan... Dulu diorang gunakan full swing Saiful Bukhari Azlan... la nih diorang tambah lagie... siap guna Rahimi Osman

Lepas nih saper plak....

Tak boleh ker diorang sumer nih berkempen secara professional.... kalu diorang tak tau... mari sini gua sekeh kepala sorang-sorang.... macam budus... macam bangang.... hahaha .. Aper nak jadi aaa ngan Malaysia nih...

22 December 2009

Terkini: Dakwat Cap Jari Dihilangkan

Untuk pengetahuan semua... SPR ada beli dakwat untuk urusan cap jari pada PRU12... tapi atas sebab yang tidak sesapa pun tahu... SPR tak gunakan dakwat tue... Kos pembelian dakwat cap jari tue adalah sekitar RM1 juta.. (30 ribu botol) ...beli dari India tue..

La nie... dakwat cap jari tue dah hilang... dilupus dan dibakar oleh pihak yang tidak dikenalpasti.. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong, berkata dakwat yang tidak dapat digunakan kerana masalah keselamatan dan perundangan itu telah dilupus pada 25 November lalu.

Persoalannya.... kenapa beli tapi tak gunakan... buat membazir sapa suruh... sapa yang untung atas pembelian yang dibazirkan ini.. Sapa pembekalnya.. sapa pengedarnya... sapa yang makan komisyen atas pembeliannya... Stok dakwat ini disimpan oleh siapa... Siapa yang arahkan ianya dilupuskan ... siapa yang arah suruh bakar... siapa yang melaksanakan proses perlupusan dan pembakaran... mana dokumen audit dakwat ini... LHDN tahu atau tidak mengenai perkara ini..

Pelik bin ajaib.... senang jer bazirkan duit... macam duit tue tumbuh atas pokok jer... bodoh ker apa bazir RM1 juta macam tue jer... mana sikap berhemahnya pihak berkaitan... SPR nih suka buat kerja bodoh ker....

So... kalau RM 1 juta diorang boleh buat suka-suka jer kasi lupus dan hilangkan... aper der hal nak hilangkan enjin jet ka... jet pejuang ka... kereta kebal ka... kapal selam ka.... semua kira chincai jer.... macam siot betul la...

18 November 2009

Kalu Nak Menang PRK Kota Siputeh

Benda nih simple jer... kalu nak menang PRK Kota Siputeh.... cuma ader satu jalan jer kat PAS/PR ....

PAS kena bersihkan taik-taik yang berlambak dalam parti dier... PKR pun kena buat kerja bersih yang sama... DAP pun tidak terkecuali... cuma yang lebihnya PAS kena buat paling banyak...

Sebab apa....

Sebab PRK Kota Siputeh akan ditandingi oleh PAS ... jadi kalu PAS tak berminat nak membersihkan diri mereka dari taik-taik UMNO/BN ... maka lebih baik PAS kalah jer kat sini.... PAS boleh menang besar kalau.....
  1. Hassan Ali dikenakan tindakan tatatertib dan digantung sementara sehingga selesai siasatan JK Disiplin PAS
  2. Ust Nasha pun patut kena yang sama macam Hassan Ali
  3. Mustapha Ali pun patut kena tindakan tatatertib
  4. Ust Haron Din pun patut disiasat dan kalu bersalah dikenakan tindakan.
  5. Roslan SMS pun patut jugak kena siasatan
  6. Husam Musa pun patut jugak kena siasatan (isu lain)
  7. Khalid Samad pun patut kena gak siasatan
Pendek kata... kalu PAS buat bodo dan wala' tak bertempat serta tak mengambil inisiatif yang menyakinkan.... sure PAS/PR akan kalah besar di PRK Kota Siputeh... sayonara la jawabnyer...

Pilihan la nih ader ditangan Pimpinan PAS .... pandai-pandai la korang... jangan nak tunggu PRU13 baru nak buat keputusan... itu dah lambat tue... itu kira dah abis bodo dah tue...

Gua setuju ngan point yang AdukaTaruna kasi tue kat blog dier...

12 November 2009

Wow ... Makin Hari Makin Terdedah

PAS dan PR kini dah nazak dah... makin hari makin terdedah satu demi satu kelemahan dan masalah dalaman PAS dan PR.... Usaha sedang giat dijalankan oleh agen-agen Barisan Nasional yang sekarang nie dah kuat bertapak kat dalam PAS dan PR...

Wow .. kalu jadi lah perancangan diorang nih... rasa-rasanyer PR akan tumbang di Selangor dan Kedah ... seawal bulan Januari macam ramai yang jangkakan...

Tapi gua rasa la .. paling awal diorang dapat amik alih dua negeri nih pun... sekitar bulan 3 (Mac).... itu pun bergantung kepada berapa ramai katak yang akan melompat... ikut perkiraan gua... memang ramai katak yang melompat... mana taknyer... duit masyuk bhai... bukan sikit..

Bagi yang ader utang dengan bank.. yang ader utang dengan koperasi .. yang ader utang dengan along... dah kira banyak dah duit yang disalorkan nih,,,, bukan kecik anak bhai... tapi besar bapak...

Apa-apa pun bagi yang nak blah dari PAS tue.... yang nak melompat tue.. lompat la cepat... nanti kalu terlambat... susah ... Gua cuma nak nasihatkan geng-geng pro-UG nie supaya lompat dengan kadar segera... makin hari dah makin terdedah diorang nie...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1