Benda nih (Penggal Tetap Parlimen) ader dalam Manifesto PH untuk PRU15 hari tue... jadi mampukah ianya dilaksanakan atau hanya sekadar menjadi retorik semata-mata??
Kita lihat dan perhatikan sahaja la... kan..
| Penggal Tetap Parlimen |
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad mencadangkan agar kerajaan mewujudkan dasar penggal tetap Parlimen bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) secara automatik.
Katanya, tindakan itu bagi memastikan sesebuah kerajaan stabil tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak, sekali gus dasar kerajaan dapat dibentuk dengan baik selama tempoh pemerintahan sesebuah kerajaan dengan pembubaran hanya selepas penggalnya tamat.
"Ini juga madani. Ertinya kita, kejelasan untuk rakyat urus kehidupan dan perniagaan ada kejelasan.
“Saya cadangkan kita wujudkan penggal tetap Parlimen supaya pentadbiran kerajaan jelas. Rakyat jelas untuk uruskan kehidupan dan perniagaan juga jelas (dengan perjalanan kerajaan).
“Apabila penggal Parlimen ditetapkan untuk lima tahun, tiada lagi teka-teki. Tiada yang nak tebuk atap atau ikut pintu belakang dan kerajaan yang diberi mandat dapat laksanakan tawaran, janji serta manifesto tanpa diganggu-gugat,” kata bekas menteri kesihatan itu ketika membahaskan usul titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.
