Bhai/DeeDee semua...
Kita tahu negara kita ini mempunyai masalah Mat Rempit yang kronik... Sampaikan dulu ada Mat Rempit yang dijadikan ikon belia oleh seorang Menteri.... Gila betul lah...
Roadblock ada merata... tangkapan dan saman beratus dan berjela... tapi masalah ini masih tak boleh nak diselesaikan dengan undang-undang sedia ada.... Gantung dan batal lesen pun tak kemana... sebab ramai Mat Rempit yang tak ada amik lesen pun.. Roadtax dan Insuran pun banyak yang tak ada... Kedai masih jual lagi motorsikal kepada semua orang waima yang tidak berlesen pun...
Yang tak berduit... beli kapchai... yang berduit ... beli superbike... lesen tetap tak ada.... giler aaa
So... Apa cara nak selesaikan isu ini??
Ini cadangan gua... satu cadangan yang drastik dan tegas...
1. Ujudkan satu syarikat pengeluaran motorsikal buatan tempatan milik satu Agensi Kerajaan. Syarikat ini akan mereka bentuk, membangun dan mengeluarkan motorsikal buatan tempatan dari (cubic capacity) CC kecil sampailah ke level Superbike.
2. Buat serbuan, tangkapan dan tahan semua pesalah rempit tak kira yang menggunakan kapchai sampailah ke superbike...
3. Semua pesalah perlu ditahan (penjara) selama 10 tahun. Tiada kompromi. Tiada pilih kasih. Semuanya akan ditempatkan dalam satu penjara khas... Penjara untuk kesalahan rempit sahja...
4. Semasa dalam penjara... pesalah rempit motorsikal ini akan diklasifikasikan mengikut skil mereka... sama ada mereka berskil ubahsuai motorsikal ataupun memandu tahap dewa.
5. Yang mana berskil ubahsuai kenderaan... semuanya akan dihantar bekerja di kilang pengeluaran motorsikal milik Agensi Kerajaan yang dalam nombor 1. Mereka akan bekerja dengan kawalan keselamatan tahap tinggi. Ada KPI yang mesti mereka laksanakan... Yang mahir design akan diletakkan dalam bahagian design... yang mana testing.. akan diletakkan dalam bahagian testing... yang mana pakar memasang sparepart ... akan diletakkan di bahagian pemasangan....
6. Makan, minum, pakaian, penginapan dan perubatan semua disediakan di penjara khas ini... siap dengan kawalan yang ketat... semua pesalah akan dipasangkan pengesan di pergelangan kaki. Mereka tak boleh keluar dari kawasan kilang atau penjara khas ini....
7. Gaji mereka akan diberikan mengikut kadar gaji minima yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia .... tetapi mereka cuma mendapat duit untuk kegunaan personal sebanyak RM300 sebulan sahaja... selebihnya akan dimasukkan dalam satu akaun milik mereka yang akan dikendalikan oleh KWSP. Bagi yang ada anak atau isteri atau keluarga, sebanyak RM1000 sebulan akan diberikan kepada keluarga mereka. Setelah mereka menamatkan masa tahanan 10 tahun... barulah mereka boleh mengeluarkan semua wang gaji mereka dari Akaun ini dengan syarat-syarat tertentu termasuklah dividen dan interest.
8. Jika pesalah berjaya melepasi KPI bagi setiap individu yang ditetapkan, satu bonus (dalam bentuk wang) akan diberikan kepada mereka dan ianya akan dimasukkan dalam Akaun khas gaji mereka. Semua pesalah akan dilindungi dengan caruman PERKESO dan Insuran/Takaful.
9. Setelah pesalah habis menjalani tahanan selama 10 tahun, mereka akan dibebaskan... dan dibenarkan mendapat lesen memandu khas maksima kelas B2 yang akan ditanda "REMPIT" pada lesen mereka. Dan jika mereka melakukan apa-apa kesalahan trafik (lampu merah, melebihi kelajuan yang dibenarkan atau menyebabkan kemalangan), maka mereka boleh ditahan sekali lagi selama maksima 5 tahun tanpa kompromi.
10. Dengan cara ini Malaysia akan mempunyai produk kenderaan yang hebat, mantop, berkualiti, berdaya saing dan mampu dijual keserata dunia pada kos produksi yang amat murah. Ini menguntungkan Malaysia dari segi jangka panjang tanpa melibatkan tenaga kerja asing.
11. Cadangan ini untuk rempit motorsikal, Kita juga boleh laksanakan untuk kes rempit motokar juga.
Sekian... Sekadar mencari gaduh.
Hahaha