Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label KPI. Show all posts
Showing posts with label KPI. Show all posts

22 March 2023

Biar Masa Menentukan ...

Bhai/DeeDee semua...

Biarlah masa yang menentukan... sama ada Kerajaan hari ini mentadbir dengan lebih baik dari Kerajaan terdahulu.... Tak perlu la nak sembang besar kepala... sombong tak hinggat dunia... Hahaha.... Biar masa menentukan...

Yang penting buat kerja.... jangan sekadar ada formula... tapi tak berguna... Hahaha

Silap-silap lebih teruk dari Kerajaan sebelumnya ... sebab ekonomi dunia akan menguncup pada pertengahan 2023 ..... tunggu dan lihat..

Sembang Rafizi


09 January 2023

Menteri Telur - Bila Lagi Nak Berjalan Jauh

Bhai/DeeDee semua...

Mat Sabu pergi ke India... nak tengok semua bekalan telur yang diimport ke Malaysia.... Tapi kena sindir dengan Wee Ka Siong konon katanya di Ayer Hitam ader banyak bekalan telur... katanya ader lebih 100 ladang ayam telur di Ayer Hitam...

Hehehehe... Kalu betul la banyak stok telur... kenapa dalam negara kurang???

Semua sebab lebih utamakan dijual ke Singapura.... itu ja... kalu ader 10 stok... 8 antar ke Singapura... 2 jer untuk pasaran tempatan.... Hampeh betul la...

Oh yer... Wee Ka Siong nih dah keluar dari MCA ke?? Hahaha... Dulu masa jadi Menteri senyap ja ... Skrang banyak cekadak... huhuhu

Telur ada di Ayer Hitam

Menteri Telur




KPI 100 Hari??? Hahahaha

Bhai/DeeDee semua...

Nak buat sesi pemukiman??? Retreat??? Nak bincang pasai KPI 100 hari pemerintahan??? Kabinet??? Menteri???

Hahahaha...... Adoilah... pecah perut gua la bhai.... berapa banyak Menteri yang lebih sembang dari buat kerja... Berapa ramai Menteri yang keluar berita pun semuanya caca marba tindakan.... Adoilah... Berapa ramai Menteri yang masih kelihatan tak tau nak start dari mana....

Huhuhu .... jahanam wei.... Bila ditegur... bila dinasihat .... mula la keluar ayat macam-macam... Pentaksub pulak ... meroyan tahap depa... langsung tabley dikritik... walhal dulu depa la yang paling kuat kritik kerajaan sebelumnya.... kritik Menteri sebelumnya.... 

Bila time depa... terus melenting marah dan bengkeng pasai kena kritik... Walanon dan Bangsa Slurpp nampaknya lebih bangang dari Walaun dan Macai... Hahahaha

Jahanam Malaysia nih...

Pemukiman Anggota Kabinet

Perdana menteri, Anwar Ibrahim berkata anggota kabinet akan mengadakan sesi pemukiman (retreat) minggu depan untuk membentangkan prestasi semasa dan rancangan dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya.

21 December 2022

Mat Rempit - Satu Idea Menarik Untuk Tanganinya.

Bhai/DeeDee semua...

Kita tahu negara kita ini mempunyai masalah Mat Rempit yang kronik... Sampaikan dulu ada Mat Rempit yang dijadikan ikon belia oleh seorang Menteri.... Gila betul lah... 

Roadblock ada merata... tangkapan dan saman beratus dan berjela... tapi masalah ini masih tak boleh nak diselesaikan dengan undang-undang sedia ada.... Gantung dan batal lesen pun tak kemana... sebab ramai Mat Rempit yang tak ada amik lesen pun.. Roadtax dan Insuran pun banyak yang tak ada... Kedai masih jual lagi motorsikal kepada semua orang waima yang tidak berlesen pun...

Yang tak berduit... beli kapchai... yang berduit ... beli superbike... lesen tetap tak ada.... giler aaa

So... Apa cara nak selesaikan isu ini??

Ini cadangan gua... satu cadangan yang drastik dan tegas...

1. Ujudkan satu syarikat pengeluaran motorsikal buatan tempatan milik satu Agensi Kerajaan. Syarikat ini akan mereka bentuk, membangun dan mengeluarkan motorsikal buatan tempatan dari (cubic capacity) CC kecil sampailah ke level Superbike.

2. Buat serbuan, tangkapan dan tahan semua pesalah rempit tak kira yang menggunakan kapchai sampailah ke superbike...

3. Semua pesalah perlu ditahan (penjara) selama 10 tahun. Tiada kompromi. Tiada pilih kasih. Semuanya akan ditempatkan dalam satu penjara khas... Penjara untuk kesalahan rempit sahja...

4. Semasa dalam penjara... pesalah rempit motorsikal ini akan diklasifikasikan mengikut skil mereka... sama ada mereka berskil ubahsuai motorsikal ataupun memandu tahap dewa.

5. Yang mana berskil ubahsuai kenderaan... semuanya akan dihantar bekerja di kilang pengeluaran motorsikal milik Agensi Kerajaan yang dalam nombor 1. Mereka akan bekerja dengan kawalan keselamatan tahap tinggi. Ada KPI yang mesti mereka laksanakan... Yang mahir design akan diletakkan dalam bahagian design... yang mana testing.. akan diletakkan dalam bahagian testing... yang mana pakar memasang sparepart ... akan diletakkan di bahagian pemasangan....

6. Makan, minum, pakaian, penginapan dan perubatan semua disediakan di penjara khas ini... siap dengan kawalan yang ketat... semua pesalah akan dipasangkan pengesan di pergelangan kaki. Mereka tak boleh keluar dari kawasan kilang atau penjara khas ini....

7. Gaji mereka akan diberikan mengikut kadar gaji minima yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia .... tetapi mereka cuma mendapat duit untuk kegunaan personal sebanyak RM300 sebulan sahaja... selebihnya akan dimasukkan dalam satu akaun milik mereka yang akan dikendalikan oleh KWSP.  Bagi yang ada anak atau isteri atau keluarga, sebanyak RM1000 sebulan akan diberikan kepada keluarga mereka. Setelah mereka menamatkan masa tahanan 10 tahun... barulah mereka boleh mengeluarkan semua wang gaji mereka dari Akaun ini dengan syarat-syarat tertentu termasuklah dividen dan interest.

8. Jika pesalah berjaya melepasi KPI bagi setiap individu yang ditetapkan, satu bonus (dalam bentuk wang) akan diberikan kepada mereka dan ianya akan dimasukkan dalam Akaun khas gaji mereka. Semua pesalah akan dilindungi dengan caruman PERKESO dan Insuran/Takaful.

9. Setelah pesalah habis menjalani tahanan selama 10 tahun, mereka akan dibebaskan... dan dibenarkan mendapat lesen memandu khas maksima kelas B2 yang akan ditanda "REMPIT" pada lesen mereka. Dan jika mereka melakukan apa-apa kesalahan trafik (lampu merah, melebihi kelajuan yang dibenarkan atau menyebabkan kemalangan), maka mereka boleh ditahan sekali lagi selama maksima 5 tahun tanpa kompromi.

10. Dengan cara ini Malaysia akan mempunyai produk kenderaan yang hebat, mantop, berkualiti,  berdaya saing dan mampu dijual keserata dunia pada kos produksi yang amat murah. Ini menguntungkan Malaysia dari segi jangka panjang tanpa melibatkan tenaga kerja asing.

11. Cadangan ini untuk rempit motorsikal, Kita juga boleh laksanakan untuk kes rempit motokar juga.

Sekian... Sekadar mencari gaduh.
Hahaha



09 January 2013

JPN Tidak Akan Mohon Maaf?

Bhai... Punya la lama kes nih berlaku... baru akhirnya JPN amik pot dan tau aper masalahnyer... Kenapa pada masa kejadian.. masa tahanan reman 14 hari tabley nak siasat... kenapa masa tahanan 6 bulan kat Penjara Kajang tabley nak siasat... Biler dah kuar dalam media... dikutuk sana sini... baru la JPN amik pot... baru la JPN siasat... bukan ader cakap mintak maaf ker aper...

Mangsa dah terkena perdajal dengan JPN, PDRM, Imigresen..... tapi... takder satu pon agensi tue yang ader kuar statement nak mintak maaf ker... bayar pampasan ker... aper ker.... nih boleh plak salahkan mangsa dan keluarga.... Takkan la JPN tidak akan mohon maaf kot??

Kenaper masa mula kes takmo nak siasat betul-betul.... bodoh betul lar... gua kalu bab nih memang cukup hangin... sebab jenis pegawai takder otak... cuba kalu kes nih kena kat keluarga dier... aper macam dier rasa... mungkin dier boleh bergelak ketawa kot.... bagero...

Kalu isu dier kerana mungkin surat beranak dier palsu.. kenapa tak siasat benar-benar... cari sanak sedara dier... cari keluarga dier... ini tidak... main terus antar pi Penjara Kajang jer... aper daaa.... kalu macam nih senang la... Itu Adnan Mansor pon boleh kena Penjara Kajang... pasai macam mana dier Mamak tapi ader gelaran Tengku.... hahaha



02 June 2010

Kabinet Hampas

Korang tau kan hampas kelapa.... err.... biasa orang buang kan... hahaha... nie samer la macam kat Kabinet Malaysia... serupa Kabinet Hampas ... hahahaha..

Kenapa ramai yang digugurkan dari Kabinet... err.. nak tau jugak nih... ader kah semua yang digugurkan dari Kabinet tue memang tak mencapat tahap KPI yang telah ditetapkan... Aper citer KPI nih.. Koh Tsu Koon nih biler nak bentangkan senarai KPI pada Menteri dan Timbalan Menteri... takkan sampai ramai dah digugurkan takder sesap pon nak citer pasai KPI..

Nak gak tau berapa nilai KPI mereka-mereka yang digugurkan nih... atau memang KPI nit just gempak jer... langsung tak buat... hahaha... makan gaji buta ker aper... hahaha..

Pakatan Rakyat plak biler nak buat senarai KPI bagi Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat... patut buat la... supaya rakyat nampak jelas.. telus... baru la boleh kita tengok yang mana boleh pakai punya wakil rakyat .... baru la nanti kita tengok sama ada dier nih berpeluang untuk terus berada di kerusi nih...

KPI bagi Pakatan Rakyat gua rasa bukan setakat sunat muakkad... tapi dah jatuh wajib... hahaha..

So... biler aaa.. PR nak buat KPI bagi Menteri Besar yang dibawah kawalannya... nak gak tengok KPI Azizan Razak MB Kedah tue... pada level mana... diatas Khalid Ibrahim yang lembab tue ker atau jatuh dibawah ranking Khalid Ibrahim.... tapi serasa gua la... Lim Guan Eng ngan Nik Aziz sama setara KPI dier... atau mungkin Nik Aziz ader lebih skit kot... atau mungkin gak KPI Lim Guan Eng lebih sedikit dari Nik Aziz..

So.... biler aaa... nak publish kat public status KPI nih.... Woi Kerajaan BN... lu punya KPI bila mau kasi orang tengok... tunggu lepas PRU13 ka..... hahaha.. masa tue lu pon blum tentu idup lagie la... hahaha

01 September 2009

Kena Tipu Hidup-Hidup

Hahahaha...

UMNO/BN kalu tak menipu memang tak sah... hahahaha...

Kali nih.... 1Malaysia sudah kena tipu hidup-hidup... RON95 yang dicanangkan bagus untuk kenderaan 1Malaysia rupanya bukan berharga RM1.75 seliter seperti yang diwarwarkan oleh Kementerian Penerangan Malaysia yang Menterinya (Rais Yatim) yang ader PhD tak laku tue.... hahahaha..

Sebol ader point kan isu nie kat blog dier... hahaha .... Dier kata Kementerian Penerangan siap tulis dalam website bahawa harga petrol RON95 akan dijual pada harga RM1.75 pada 1 September 2009... KPDNHEP yang umumkan benda nie dulu.... pada 14 Mei 2009 .... hahahaha...

Jadinyer..... sekarang nie harga petrol RON95 dijual 1Malaysia pada harga RM1.80 iaitu lebih RM0.05 daripada harga yang sepatutnya KPDNHEP dan Kementerian Penerangan hebohkan tue...

Menteri yang sama... Ismail Sabri yang merupakan Ahli Parlimen Bera yang promokan harga nie patutnya pada harga RM1.75 ... hehehehe... Nak cerita nih... kat Bera ... masih ramai lagi yang tak dapat bekalan air bersih dan elektrik sejak sebelum merdeka .... Apa citer Ahli Parlimen nie... ader buat kerja tak..... Itu hari TV3 ader bawak cerita orang kampung di Bera nih... hahahaha

So.... Apa tindakan kita biler kena tipu.... takkan nak diamkan jer... orang dah pijak kepala dan tipu hidup-hidup pon kita boleh biarkan ker..... hahahaha...

Inilah 1Malaysia .... Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.... hahahaha.... tipu jer lebih... wei... tipu-tipu nieh boleh bawak batai posa tau dak....

28 August 2009

Tak Tahu Buat Kerja

Hehehehe..

Dengan perlantikan Idris Jala sebagai Menteri yang menyelia perlaksanaan petunjuk prestasi utama (KPI) dan melaporkan kepada Koh Tsu Koon (Menteri Di JPM) .... terbukti jelas menunjukkan bahawa Koh Tsu Koon sebenarnya tidak tahu buat kerja....

Hahahaha...

Sebab itu la terpaksa lantik orang lain (bekas CEO MAS) untuk membantu beliau... hahahah... macam mana boleh jadi cam nie... ader jawatan Menteri... handle bab KPI nih.. tapi haram tak tau apa kejadahnyer KPI nih...

Koh Tsu Koon ... Koh Tsu Koon ... lu memang lawak la...

Punya la lu tak tau nak buat kerja sampaikan terpaksa Nazak Monggolia (gua cilok idea dari Gedung Kartun) kena buat sesuatu... hahahaha... sepatutnya kalu ikut financial year... lu kena declare KPI Menteri dan Timbalan Menteri pada October nih.. tapi rasanyer... tak sempat kot... hahaha...

Koh Tsu Koon .... lu tau ker apa itu KPI nih... kalu tak tau.. pi la tanya dengan Nazak Monggolia ... hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1