Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Proklamasi Darurat. Show all posts
Showing posts with label Proklamasi Darurat. Show all posts

03 August 2021

Kenyataan Media Pun Guna Nama Palsu

Bhai/DeeDee semua..

YDP Agong suruh bahas dalam dewan… hang pi bantai bahas sesama Jemaah Menteri…. adeh lar… lawak siot…

Adoilah … Nama dalam PDF pun palsu… hahaha

Bangang punya Perdana Menteri.






28 February 2021

Lelong, Lelong

Bhai/DeeDee semua....

Ianya adalah satu rahsia terbuka bilamana kita semua tahu kenapa dari 12 Januari 2021... dimana Kerajaan Malaysia dengan sokongan YDP Agong melaksanakan perintah Proklamasi Darurat 2021.... hahaha

Walau apa pun hujah yang dikemukakan oleh mana-mana pihak... kita tidak dapat menolak bahawasanya tindakan Proklamasi Darurat 2021 itu dilaksanakan sebab Muhyiddin Yasin telah hilang majoritinya di Parlimen... Tak kisah la macam mana pun Muhyiddin Yasin atau YDP Agong nak bawak cerita apa pun... ianya tetap tidak boleh mengubah persepsi rakyat yang mengatakan bahawa ianya semua adalah sekadar untuk melengahkan masa...

Dan ianya terbukti bilamana kita semua tahu urusan jual beli sokongan telah dibuat sepanjang masa itu.... walau macam mana cara dan teknik yang mereka gunakan untuk urusan jual beli sokongan ini... ianya tetap memang berlaku...

Maka kemuncaknya urusniaga pembelian sokongan itu kita dapat lihat hari ini.... Hehehe...

Dan betullah seperti apa yang diperkatakan selama ini sebagai satu rahsia terbuka (open secret) dalam politik Malaysia... yang mana kononnya diarahkan oleh YDP Agong supaya jangan berpolitik... maka tetap ianya berlaku....

Hehehe.... persoalannya sekarang nih.... berapa puluh juta RM agaknya nilai sokongan itu?? RM10 juta?? takkan la kot?? rugi aaa kalu hanya bernilai RM10 juta... kurang-kurang RM70 juta keatas.... hahahaha

Hahaha.....

Cuma satu ja nak tanya nih.... Pengerusi PKR Sarawak pulak telah dibeli pada harga berapa??? Hahaha... semua ini adalah orang-orang yang dicalonkan dan disokong asalnya oleh Rafizi Ramli.... Hahahaha



10 February 2021

Apa Perlunya Lagi Darurat 2021

Bhai/DeeDee semua..

Takder sebab munasabah lagi untuk meneruskan Proklamasi Darurat 2021... Tidak ada apa perlunya lagi Darurat 2021... dalam keadaan jumlah kes jangkitan wabak Covid-19 yang kita semua tahu telah dimanipulasi demi untuk kepentingan pihak tertentu...

Tapi yer la... kita semua pon tahu.... ader pihak yang dapat manfaat besar atas Proklamasi Darurat ini...

Payah jadinya bila Wasit yang sepatutnya mengadili Malaysia dengan adil dan saksama... dilihat condong berpihak kepada puak tertentu... Bukannya membuat keputusan demi kepentingan semua... tapi bertindak bias...

Ketua Pengarah Kesihatan sekarang ni pun sudah mengaku bahawa data yang ada memang dimanipulasi... data tahun lepas dimasukkan dan dicampur dengan data terkini... tu yang jadi masalah.... tapi kini pulak boleh mengaku yang data kadar jangkitan kes harian telah menurun...

Pelik dan mengelirukan....

Sebab itu gua tetap mengatakan apa perlunya lagi Darurat 2021.... jika semua dah kembali normal ... sila buka kembali Parlimen dan Dewan Undangan Negeri....

Sebab ... pasar malam dah boleh dibuka... kedai gunting dah boleh dibuka.... malah sudah boleh makan di kedai ... satu meja dua orang,..... So... apa nak citer lagi nih???



27 January 2021

Kerajaan Minoriti Terpaksa Buat Macam Ini La

Bhai/DeeDee semua...

Ini memang kelakar... hahaha... bukan aper... sebab majoriti rakyat tak percaya dengan keputusan untuk dibuat Proklamasi Darurat sebenarnya dibuat untuk Covid-19 melainkan sekadar nak selamatkan kedudukan Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri.... Majoriti rakyat tahu yang Muhyiddin Yasin tue dah takder majoriti di Parlimen...

Sebab tue la Kerajaan sedang memaksakan rakyat Malaysia untuk percaya tentang Proklamasi Darurat nih adalah untuk perangi Covid-19...

Nampak sangat la Kerajaan Malaysia nih dah tak layak untuk memerintah... Majoriti rakyat pon dah tak percaya... Pelabur Asing lagi lah tak percaya... Hahaha

Kesian sungguh la... Malang sungguh lar...

Hahaha.... sampai terpaksa push camnie nak suruh rakyat semua percaya... nak suruh rakyat terima Proklamasi Darurat tue... walhal dengan PKP 2.0 pon dah cukup... Hahahaha

Kesian Kerajaan Minoriti nih.... hahahaha



23 January 2021

Dolak Dalik Insuran Dan Hospital Swasta

Bhai/DeeDee semua...

Pi mai pi mai tang tu jugak... Gua dah jangka dah yang dolak dalik antara syarikat Insuran/Takaful dan Hospital Swasta tentang isu Covid-19 nih... Macam yang gua cakap dulu aaa... jangan mimpi la sesenang jer Insuran/Takaful nak cover dan bagi bantuan... tambah lagi biler dah diisytiharkan Proklamasi Darurat...

Memang dalam Proklamasi Darurat... pihak Hospital Swasta akan terikat dengan Ordinan Darurat yang memang ketat... tapi dalam pada itu... dengan Proklamasi Darurat nih... secara otomatik Syarikat Insuran/Takaful boleh berlepas tangan sebab ianya ada terkandung didalam polisi insuran/takaful yang telah dipersetujui dan ditandatangani dua-dua pihak (pelanggan dan syarikat) sebelum ini...

Jadi dalam keadaan pihak Hospital Swasta ditekan dengan Ordinan Darurat.... Syarikat Insuran/Takaful agak terlepas daripada tekanan Ordinan Darurat.

Ini kita boleh lihat dari beberapa kenyataan Persatuan Syarikat Insuran/Takaful sebelum ini.... Berpusing-pusing ayat dan statement dier... Kalau pun ader kenyataan dari Persatuan Insuran/Takaful ini yang dilihat akan membantu, ianya lebih sekadar untuk melembutkan suasana jer... sebab setiap kenyataan itu tetap mengatakan pelanggan perlu merujuk dengan syarikat Insuran/Takaful masing-masing berkaitan dengan terma yang dirujuk.

Ini semua ayat perundangan (legal) yang berbelit dan mengelirukan... sebenarnya ianya sekadar nak delay atau tak mahu beri bantuan... sebab sudah dinyatakan dalam polisi bahawa tiada tuntutan atau pampasan boleh dibuat kepada syarikat penanggung Insuran/Takaful jika pemegang polisi berada dalam situasi Darurat...

Maka polemik ini yang gua lihat takkan berkesudahan sebenarnya adalah satu langkah silap dalam percaturan mengumumkan Proklamasi Darurat dimana Proklamasi Darurat ini diumumkan secara tergesa-gesa tanpa satu kajian penuh terhadap risiko dan sekatan-sekatan undang-undang diatasnya.. Ianya serupa ditelan mati emak, di luah mati bapak...

Proklamasi Darurat pada pandangan peribadi gua adalah satu kesilapan nyata kerana tidak mengambil berat isu berkaitan Insuran/Takaful ini walaupun pada dasarnya Proklamasi Darurat bagoosh untuk memaksa Hospital Swasta mengambil tanggungjawab yang lebih.

Apa pun... cakap lebih karang orang tuduh gua menderhaka kepada YDP Agong... walhal gua sekadar menceritakan fakta... fakta yang terkait dengan undang-undang dibawah Proklamasi Darurat... sesuatu yang ramai orang termasuk Prof Kangkung yang terlibat Wacana Proklamasi Darurat semalam tue terlepas pandang..

13 January 2021

Apa Jadi Dengan Polisi Insuran Semasa Darurat?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum yang Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan bahawa Malaysia sedang berada dalam keadaan Darurat sehingga 1 Julai 2021 atas perkenan YDP Agong.

Jadi... 

Persoalan yang berbangkit sekarang adalah "Apa jadi dengan polisi Insuran / Takaful semasa Darurat".

Sebab dalam klausa yang tertera pada dokumen polisi insuran / takaful ada tertera yang perlindungan Insuran / Takaful tidak mengikat (non-cover) pada masa negara diisytiharkan berada dalam keadaan darurat. Jadi ini sebenarnya menjadi satu cabaran dari segi undang-undang untuk memastikan adakah ada kelayakan pada pemegang polisi untuk mendapatkan perlindungan insuran / takaful semasa Darurat.

Kalau mengikut tafsiran undang-undang sedia ada yang mendasari terma dan syarat polisi insuran, semasa Darurat tiada tanggungan boleh dibebankan kepada Syarikat Insuran / Takaful selaku penanggung risiko.

Maka pihak Syarikat Insuran / Takaful boleh sahaja mengabaikan mana-mana tuntutan insuran dari pemegang polisi semasa Darurat 2021.

Adakah pihak Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin ada memikirkan tentang perkara ini sebelum bertindak menasihati YDP Agong untuk membuat Proklamasi Darurat 2021? Ini yang perlu kita tanya sebab jangkamasa darurat adalah selama 7 bulan dan dalam masa 7 bulan itu pelbagai perkara boleh berlaku.

Adakah polisi insuran / takaful yang telah diambil masih valid dan melindungi para pemegang polisi?

Maaf cakap lah, Syarikat Penanggung Risiko (Syarikat Insuran / Takaful) memang akan sentiasa mencari jalan untuk sama ada tidak membayar pampasan insuran atau sekurang-kurangnya membayar pampasan insuran / takaful pada nilai yang paling terendah. Ini memang SOP Syarikat Penanggung Risiko (Syarikat Insuran / Takaful) pada setiap masa.

Syarikat Penanggung Risiko (Syarikat Insuran / Takaful) pastinya akan lebih mementingkan kepada keuntungan para pemegang saham mereka sahaja. Itu paling utama.

Jadi apakah ada perlindungan untuk rakyat?



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1