Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Untung. Show all posts
Showing posts with label Untung. Show all posts

07 September 2023

Syabaslah .... Kah Kah Kah

Bhai/DeeDee semua...

Syabaslah.... Kah Kah Kah...
Bagoosh sungguh lar kan... selamat semuanya... sekor demi sekor selamat....

Hidup Kerajaan Perpaduan.... Hahaha
Jangan risau... Pihak Pendakwaan pun takkan merayu keputusan nih.... Hahaha...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Setel semuanya... Kan senang macam ni


06 June 2023

Sudah Mati Semua Pejuang Anti AES

Bhai/DeeDee semua...

Agaknya sudah mati semua pejuang Anti AES yang dulu siap berdemo sana sini memberikan unjuk rasa terhadap perlaksaaan kamera perangkap halaju AES nih...

Sebab itu senyap sunyi semuanya.... yer la kot ... sekarang yang laksanakan adalah geng sendiri... Hahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Boleh Kutip Lagi

Dulu aaaa




17 May 2023

Mulanya Memang Halal

Bhai/DeeDee semua...

Gua tak nafikan usaha mengimpot daging lembu halal dari Korea nih... yeah... jika ianya penuhi standard piawaian yang ketat, selamat dan halal .. apa salahnya...

Cumanya .... dalam dunia perniagaan... bila ada sesuatu yang menguntungkan... pastinya akan ada pihak yang akan mengejast bagi lagi untung... maka akan masuklah segala tipu daya makneka yang akan memberikan untung lebih berganda....

Macam kes Kartel Daging la... yang katanya bawak masuk (import) daging Kanggaru.... hahahaha

Naya wei....  Benda camnie gua dah tak terkejut kalu terjadi di Malaysia... sebab rasuah dan salahlaku cukup kronik dalam banyak cabang perkhidmatan di Malaysia.... ingat lagi tak dalam kes Kartel Daging itu hari... siap timbul isu rasuah seks kepada pegawai persijilan halal lagi....

Korang ader dengar ker hukuman syariah diambil kat pegawai persijilan halal yang dapat rasuah seks nih?? Takder kan?? semuanya senyap jer... Hahaha... kalu pegawai yang handle persijilan halal pon boleh amik ringan bab zina .... gua tatau la nak cakap apa...

Huhuhuhu

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Daging Lembu Hanwoo


25 October 2022

Selagi Boleh Ditarah ...

Bhai/DeeDee semua...

Mereka-mereka nih mana ader kira tentang alam sekitar ker.. atau ancaman banjir jer... tak kira semua tue.. Pada diorang yang penting adalah duit ringgit... Mana taknya... mereka semua nih duduk di puncak kuasa.. rumah pon berada dikawasan bebas banjir... dikawasan tinggi..

Jadi mereka tak terkesan pun dengan semua ini... 

Paling kurang pun... dengan duit ringgit hasil keuntungan nih ... mereka akan membeli aset hartanah di luar negara... di negara lain... dan menjadikan Malaysia nih tempat mereka mengaut keuntungan dan seterusnya ditinggalkan lalu memunggah segalanya di negara lain...

Betapa bangsatnya mereka-mereka ini... memang bangsat... sebangsat-bangsat spesis..

Celaka 700 keturunan...

Yang jadi mangsa adalah orang biasa yang alam sekitar dah tercemar... kena pulak banjir kilat... banjir besar... banjir air termenung... jahanam harta benda.. jahanam aset.... hutang bertambah.... adoilah.... memang celakalah semua nih...






24 June 2022

Wajar Sungguh La

Bhai/DeeDee semua...

Tatau la nak cakap apa dah.... Wajar sungguh la kenaikan elaun dan gaji Pengerusi FGV nih... Wajar sungguh lar...  huhuhuhu...

Macam bangsat ja alasan... huhuhu ... Adoilah Felda...



07 December 2021

PharmaNiaga Bisnes Untung Atas Angin

Bhai/DeeDee semua...

Orang lama sure tahu dari mana ujudnya Pharmaniaga.... Ianya ujud selepas unit Jabatan Ubat KKM diswastakan... dan diberikan secara "silver plate" kepada pihak tertentu... Jadi... kita tak terkejut bilamana PharmaNiaga nih adalah bisnes untung atas angin...

Kalu bisnes depa untung.... itu kononnya kerana depa bijak berniaga... so layaklah kepimpinannya dalam bonus dan dividen yang besar...

Kalu bisnes depa rugi... jangan riso... Kerajaan akan bail-out... akan bekap guna dana negara... guna duit rakyat... guna duit KWSP dan Khazanah bagai... aper ader hal..

Memang celaka kan...

Sinovac depa letak harga USD30 .... depa jual... pasai apa boleh jual... surely sebab ader komisyen..
Cuba kalu Sputnik-V dari Gamaleya ... yang harga pasaran USD10..... depa taknak jual sebab tak dapat komisyen besar....

Hahahaha.... sial ja kan...




04 July 2021

Misteri Di Jalan Bellamy

Bhai/DeeDee semua...

Apa yang ada di Jalan Bellamy. Sebuah banglo milik Kerajaan Persekutuan dikawasan elit. Tiba-tiba waktu malam dua hari sudah ader kelihatan banyak kenderaan mewah hadir.

Apa ada disana sebenarnya? Pelik..

Macam ada agenda jer.

#UMNO #PerikatanNasional #BERSATU

27 March 2021

Dah Matang Ke Nih?

Bhai/DeeDee semua...

PAS nih satu benda ja yang boleh kita ulaskan... Kalu sesuatu tu menguntungkan PAS... semua jadi halal... semua dikira baik ... semua dikira patuh syariah... Tapi cuba kalu ianya tidak menguntungkan PAS... semua jadi haram, jahat dan kafir... Hahaha.. Kalu Ahli Parlimen atau ADUN melompat masuk PAS semua jadi halal.... kalu sebaliknya ... semua jadi binatang.....  monyet la.. babi la... anjing la... serigala la... hahahha

Contoh dalam bab UNDI 18 yang dulu masa PAS jadi Pembangkang... bukan main PAS sokong seratus peratus dalam Dewan Parlimen... nih biler PAS dah jadi Kerajaan ... melalui tebuk atap... terus UNDI 18 jadi isu.... alasan pengundi umur 18 tahun tidak matang lagi....

Iya lar... sebab PAS tau ... kalu PRU15 pengundi umur 18 tahun boleh mengundi... sure PAS akan hilang tempat dalam Kerajaan Perikatan Nasional.... hahaha... sebab ramai yang tengah bengang dengan Kerajaan Perikatan Nasional.... pimpinan Muhyiddin Yasin ...

PAS tahu tu... Abdul Hadi Awang tahu tue.... dan Abdul Hadi Awang bakal hilang jawatan Duta Khas Timur Tengah berstatus Menteri tu.. hahhaa




24 January 2021

Maknanya Selama Ini Ada Kos Tersembunyi Lah Ya?

Bhai/DeeDee semua...

Dalam kelam kabut dan dolak dalik Hospital Swasta nak menjawab isu bantuan kepada KKM berkaitan rawatan Covid-19... secara tak langsung pihak Hospital Swasta telah membocorkan sesuatu yang gua sentiasa syak ujud di dalam perkhidmatan Hospital Swasta Malaysia..

Mereka telah mengatakan bahawa untuk memberikan bantuan kepada KKM, mereka telah mengorbankan kos tidak langsung dan kos tersembunyi yang mana ianya tidak akan dikira. Ini kerana pada pandangan mereka itu sudah merupakan satu pengorbanan yang sangat besar.

Agak-agak lu orang la... berapa sebenarnya nilai dalam RM bagi kos tidak langsung dan kos tersembunyi itu? 10% dari nilai caj keseluruhan yang dikenakan kepada lu orang semasa mendapatkan rawatan di Hospital Swasta? Atau 60% dari nilai caj keseluruhan?

Gua tatau berapa sebenarnya tapi yang pasti ianya mesti besar dan menguntungkan mereka... Lagi pon selama ini harga caj memang akan "bloated" bagi yang bayar secara perlindungan Insuran... bagi yang bayar tunai... mungkin agak kurang sedikit...

Malah daripada statement Hospital Swasta nih dah memperlihatkan bahawasanya walaupun mereka membantu KKM, ianya tidaklah percuma... sebab Putrajaya sendiri terpaksa memperuntukkan RM100 juta untuk melibatkan hospital swasta dalam merawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19. 

Meskipun belum menerima perincian mengenai bagaimana wang itu akan digunakan, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Dr Kuljit Singh menyifatkan RM100 juta itu “sudah tentu tidak cukup”, tetapi ia satu permulaan yang baik.

“Kami boleh caj pesakit daripada hospital awam daripada RM100 juta itu. Kami sentiasa boleh runding berkenaan harga"


Itu maknanya tiada servis percuma untuk membantu Kerajaan Malaysia dalam menyelesaikan wabak ini melainkan ada keuntungan kepada Hospital Swasta.... Ini bukanlah sikap yang bagoosh... Terlalu sangat la Kerajaan Malaysia nak menjaga hati pihak Hospital Swasta nih yang dipunyai oleh Kapitalis, GLC dan para Dewa Kayangan..

Celaka betul lah. Langsung tak boleh nak berkorban untuk Negara... Patut lesen Hospital Swasta nih dibatalkan jer... macam celaka... Babik betul lar..



13 January 2021

Apa Jadi Dengan Polisi Insuran Semasa Darurat?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum yang Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan bahawa Malaysia sedang berada dalam keadaan Darurat sehingga 1 Julai 2021 atas perkenan YDP Agong.

Jadi... 

Persoalan yang berbangkit sekarang adalah "Apa jadi dengan polisi Insuran / Takaful semasa Darurat".

Sebab dalam klausa yang tertera pada dokumen polisi insuran / takaful ada tertera yang perlindungan Insuran / Takaful tidak mengikat (non-cover) pada masa negara diisytiharkan berada dalam keadaan darurat. Jadi ini sebenarnya menjadi satu cabaran dari segi undang-undang untuk memastikan adakah ada kelayakan pada pemegang polisi untuk mendapatkan perlindungan insuran / takaful semasa Darurat.

Kalau mengikut tafsiran undang-undang sedia ada yang mendasari terma dan syarat polisi insuran, semasa Darurat tiada tanggungan boleh dibebankan kepada Syarikat Insuran / Takaful selaku penanggung risiko.

Maka pihak Syarikat Insuran / Takaful boleh sahaja mengabaikan mana-mana tuntutan insuran dari pemegang polisi semasa Darurat 2021.

Adakah pihak Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin ada memikirkan tentang perkara ini sebelum bertindak menasihati YDP Agong untuk membuat Proklamasi Darurat 2021? Ini yang perlu kita tanya sebab jangkamasa darurat adalah selama 7 bulan dan dalam masa 7 bulan itu pelbagai perkara boleh berlaku.

Adakah polisi insuran / takaful yang telah diambil masih valid dan melindungi para pemegang polisi?

Maaf cakap lah, Syarikat Penanggung Risiko (Syarikat Insuran / Takaful) memang akan sentiasa mencari jalan untuk sama ada tidak membayar pampasan insuran atau sekurang-kurangnya membayar pampasan insuran / takaful pada nilai yang paling terendah. Ini memang SOP Syarikat Penanggung Risiko (Syarikat Insuran / Takaful) pada setiap masa.

Syarikat Penanggung Risiko (Syarikat Insuran / Takaful) pastinya akan lebih mementingkan kepada keuntungan para pemegang saham mereka sahaja. Itu paling utama.

Jadi apakah ada perlindungan untuk rakyat?



10 January 2021

Bila Mahadewa Berlakon Prihatin

Bhai/DeeDee semua...

Ada satu time banjir, anak lelaki sulong Dewa datang melawat rumah orang miskin siap pakai selipar dengan seluar slack berlipat. Anak lelaki sulong Dewa suruh pindah pi satu kawasan lain yang jaraknya 10 km dari situ. Seberang sungai. Kos semua kerajaan negeri tanggung.

Last-last kawasan itu dibangunkan oleh satu syarikat. Syarikat tu tambak tanah, buat longkang besar dan jual lot komersial. Dah terjual semua lot komersial tu. Sebab memang kawasan tu asalnya terletak betul-betul tepi kawasan lot komersial sedia ada.

Itulah kampung cucu cicit Bani Keturah last dalam satu bandar tue. Sekarang anak lelaki sulong Dewa tu bukan setakat dah naik pangkat jadi Dewa malah dah jadi MahaDewa.

*** sekadar hiasan



02 January 2021

HSR, Siapa Yang Untung Sebenarnya?

Bhai/DeeDee semua...

Berkenaan isu High Speed Rail (HSR) yang katanya dibatalkan oleh Kerajaan Malaysia sehingga Kerajaan Singapura mendapat pampasan sebesar RM300 juta, rakyat seakan pelik dengan keputusan yang dibuat.

Pada pembentangan Bajet 2021, Menteri Kewangan telah dengan nyatanya menjelaskan bahawa Projek HSR ini akan diteruskan dengan cuba mengelak daripada Malaysia terpaksa membayar pampasan kepada Singapura.

Persoalannya sekarang ini adalah kenapa selepas Bejat 2021 diluluskan, tiba-tiba Kerajaan Malaysia membatalkannya sehingga menyebabkan kerugian yang agak besar dialami oleh Malaysia. Bayangkanlah... RM300 juta ini boleh membangunkan 3 buah Hospital.. atau 10 buah sekolah baharu. 

Projek HSR ini 98% berada didalam Malaysia.... dan kalu diikutkan kos yang ditanggung oleh Malaysia patutnya lebih banyak... bagaimana pula Singapura boleh mendapat laba pampasan sebesar RM300 juta.. Pelik benar dengan perjanjiannya... Malah perubahan laluan yang dikatakan menjadi isu itu adalah berlaku di tanah milik Malaysia.... takkan itu pon jadi isu?

Suka Malaysia la nak ubah laluan yang berada didalam tanah Malaysia (Malaysia soil)... bukan melibatkan seinci pun tanah di Singapura. 

Kalu benda sesimple dan semudah ini pon Malaysia boleh kalah dan mengalah... macam mana la nak buat tuntutan yang lain... Patut la kes Pulau Batu Putih jatuh ketangan Singapura... sebab yang buat deal bagi Malaysia nih bodoh-bodoh belaka... Adoilah... payah aaaa.

Apa nak jadi la Malaysia nih... buta-buta jer nak bagi untung kat Singapura ... walhal satu benda pun belum dibuat dibahagian Singapura... takder satu tanah pun dah diratakan... takder satu bangunan pun dah dibangunkan... takder satu rel pun dah dipasang... malah takder satu pejabat pun telah disewa dan dilengkapi kakitangan...

Gua saspek ader pihak dari Malaysia yang akan untung dengan pembatalan projek HSR nih... Kena semak semua money trail nih...





05 February 2014

Mewahlah Orang Kajang

Bhai/DeeDee semua...

Mewahlah orang Kajang lepas nih.... kepada peminat satay Kajang... jangan malu-malu dan segan untuk berkunjung ke mana-mana gerai/kedai/restoren Satay Kajang.... mana la tau... ader peluang makan satay free.... Hahahaha...


Terbaek la... Lepas nih ader chan la orang Kajang akan dapat mesin basuh baru... mesin jahit baru... barang elektrik.... dan pelbagai goodies lagi yang akan diangkut berlori-lori macam masa PRK DUN Ijok dulu.... Hahahaha.... Jangan tak amik.... durian runtuh tue...

Kalo ader homestay ker motel ker... jangan lupa promo... sure mesti akan fully booking lar.... Bagi peniaga-peniaga yang jenis mobile tue... bawak jer barang niaga lu orang ker sini... mesti untung punya... masa ceramah tak kira la belah mana pon... bukak jer gerai lu orang... mesti bagoosh sales punya...

Kepada yang meniaga aiskrim tue... jangan lupa bawak motor roda tiga lu orang berkampung di Kajang mulai 10 Mac sampai 23 Mac nih.... mesti balik modal lar gua cakap lu... Kepada yang meniaga top-up handphone.... jangan lupa stockkan banyak-banyak topup.... sebab mesti selalu sold out lar...

Kepada yang nak bukak booth jual broadband tue... jangan lupa bukak booth lu orang di Kajang..... mesti boleh sold punya la.... Hahahaha... Kalo bab makan aaaa.... tiga benda paling laku.... air minuman, kacang kuda dan jagung manis.... mesti laku la wei... Hahaha.... Keropok lekor pon boleh sold-out kalu kena gaya.... Hahahaha

Errr... ader ker sesapa nak jemput gua datang lepak ka Kajang nih sempena pesta PRK Kajang nih?? Offer la.... Hahaha.... Penjara Kajang punya offer kat gua ...awal-awal gua dah tolak.... hahahaha

01 February 2014

#MaharajaLawakMega : ASTRO Tidak Sanggup Rugi SMS

Bhai/DeeDee semua....

Malam nih buat pertama kali gua tengok #MaharajaLawakMega secara live ngan keluarga.... Gua biasanyer tak layan #MaharajaLawakMega nih.... sebab banyak benda lain yang lebih penting nak kena buat...

Tapi.... dari aper yang gua nampak malam nih.... Kesimpulan yang gua boleh buat aderlah satu jer.... (scroll down lar wei ... hahaha)



ASTRO tidak sanggup rugi kehilangan untung dari SMS jika BOCEY atau SEPAHTU disingkirkan dari separuh akhir #MaharajaLawakMega 2013 ... tambah lagi kalu ader salah satu nih tak masuk final.... lagi la banyak SMS yang hilang...

Satu SMS kos dier dah berapa.... kalu beratus ribu yang SMS.... dah berapa banyak yang ASTRO dapat... jadi sebab itulah Yussuf Haslam, Luna Maya, Sheikh Heykal dan Nora Danish serta AC Mizal tabrani nak singkirkan mana-mana pon....

Nabil ader penyokong tegar dier.... Jambu ader penyokong tegar dier.... Bocey ader penyokong tegar dier... Shiro pon ader... dan Sepahtu lagi la banyak.... so..... mana boleh rugi bhai....  giler aper ASTRO nak rugi besar dari SMS.... sebab kerana untung dari SMS la menyebabkan ASTRO terus kekal mengadakan MaharajaLawak..... Hahahaha...

So.... that's why lar.... Hahahaha.... Boleh agak dah.... Predictable.... Hahahaha....


08 January 2014

Berita Panas: Kadar Caj MyKAD Hilang Dinaikkan

Bhai/DeeDee semua...

Berita nih masih panas lagie... Terkini..... Ianya belum digazetkan.... tapi kertas cadangan dan menyuarat mengenainya telah dibuat..... Hehehe.... mana gua dapat info lu orang jangan tanya la.... Hahaha.... informer gua ader dimerata tempat.... hahaha

Kadar caj bagi MyKAD hilang kini dinaikkan kepada ....
  1. Hilang kali pertama didenda RM100
  2. Hilang kali kedua didenda RM300
  3. Hilang kali ketiga didenda RM1000
Bagi sesiapa yang mahu menukar alamat pada MyKAD mereka, caj akan dikenakan sebanyak RM10

So..... Kepada mangsa ragut atau samun yang hilang kad pengenalan tue.... nasib korang la yer....  Kalo taknak MyKAD hilang.... buat photostat colour beberapa keping dan laminate.... yang ori punya lu orang pasang gantung pada leher.... yang lain tue boleh letak dalam handbag atau purse....

Hahaha... kalo kat leher pon boleh ilang.... memang la kapla korang patut kena pancung aaaa.....

Hahahaha..... lawak siot....


08 November 2013

Pengat Oh Pengat

Bhai/DeeDee sekalian....

Lu orang pernah makan pengat tak? Ala... pengat pisang ka... pengat labu ka.... atau pengat ubi kayu..... Hahahaha.... tak pernah makan..... oooo... rugi lar wei.... Hahaha...

Gua memang pernah makan... tapi gua kureng gemar... sebab benda manis nih gua kureng skit... kalu benda pedas ker gua takder hal.... Hahaha....

Ops... aper yang gua nak citerkan aderlah... berkaitan dengan isu bodek...... atau jugak dikenali sebagai ampu..... Nak dapat pengat kalu kena la ampu atau bodek.... tarak ampu @ bodek kalu jangan mimpi lar.... Kalu pon dah diterbagikan pengat pisang tue ka.... takder masalah nak buruk siku amik balik kalu tak dapat ampu atau bodek....

Hahahaha.....

Nasib la badan..... nak makan best kalu... nak rasa sedap pada perut dan bawah perut... kena la ampu dan bodek.... kalu tak miss soru.... Hahahaha .... aper punya bangang la.....

Ader paham ka???

12 May 2013

Bisnes Kroni BN

Bhai.... lu agak-agak siapa sebenarnya yang menguasai bisnes papan tanda gergasi nih.... bisnes billboard nih.... siapa aaa bhai.... setahu gua... 70% daripada yang menguasai bisnes papan tanda gergasi nih aderlah orang BN.... atau kroni BN..... memang inilah kerja diorang selama nih...

Diorang sewa tapak berapa sen la sangat.... diorang bayar kat PBT plak berapa sen jer..... tapi diorang caj kat klien diorang ... berapa ribu bhai.. dulu kalu tak silap gua aaa.... paling cikai harga sewa satu papan tanda gergasi kat Shah Alam tue sekitar RM30 ribu setahun.... gua pernah tanya yang kat simpang 3 Glenmarie Shah Alam tue...

Punya la mahal.... alasan yang diberi... kawasan yang strategik....

Tapi kalu dah jadi macam yang kat bawah nih... aper cerita aaa... Sampai dah block pandangan orang terhadap premis perniagaan ... aper cerita nih... giler aaa...


14 April 2013

Lubuk Emas Punya Pasal

Bhai... Sebelum 2008... Ramai yang takmo jadi calon PRU.. Sebab takut buang masa dan tenaga untuk kalah dengan BN... Tambah plak pada PRU11... Kemenangan BN adalah ditahap mega.... Hahaha... Jadi semua cuak... Semua kecut perut...

Tapi biler lepas 2008.. Semua rasa rugi tolak pencalonan... Kalu tidak dah jadi YB dah... Tue yang pasai pada 2013 nih... Ramai yang melompat nak jadi calon... Yang tau diri tak layak pon kecoh macam nak giler... Siap ugut dan macam-macam keletah dibuat... Sebab rasa konpiden yang kerusi tue akan jadi mudah pasai rakyat marhaen sudah cukup menyampah dengan BN....

Tapi diorang lupa sesuatu... Diorang lupa bahawa rakyat (pengundi) menyokong dan mengundi disebabkan rakyat sudha benci kepada BN..... Bukan sebab rakyat suka kat PAS ker, PKR ker... DAP ker... Malah kalu ikut sentimen sediaada... Rakyat lebih kepada ABU... (Asalkan Bukan UMNO)...

Ini bermaksud... Kalu semua tempat ader calon Mahasiswa GM13 lawan BN atau calon PSM lawan BN... Makanyer peluang untuk calon Mahasiswa dan PSM tue untuk menang aderlah tinggi... Kalu la Parti Buruh dan Parti Komunis Malaya masih ader dan boleh bertanding .... Mesti punya orang yang bendi UMNO/BN akan undi dan sokong...

So... Kepada PAS, PKR dan DAP.... Tolong aaa jangan berlagak sangat yang lu orang aderlah pilihan terbaek untuk rakyat Malaysia.... Sori aaa... Kitorang takder pilihan jer... Cer kalu kitorang ader pilihan... Sayonara la... Jadi... Tolong bincang baik-baik dengan semua orang... Jangan semua nak bolot... PAS pon jangan tamak sangat... Sikit-sikit bagi alasan yang PKR tak kuat kat situe sebab tue la PAS amik kerusi tue...

Kalu PAS kuat kat situe... Apersal selama nih tak pernah menang pon kerusi tue.... Same goes to DAP dan PKR.... Jangan berlagak sangat... Macam contoh di Sg Siput dan Kota Damansara... Lu orang ingat kalu letak calon muka bangsat dari PKR pada 2008 dulu ader chan menang ker....

Macam jugak kat Terengganu nih.... PAS siap berlagak giler yang kata diorang cukup kuat disini.. Dan PKR takder pengaruh yang besar disini.... Wei... Kalu PAS rasa besae sangat... Awat boleh kalah pada 2004..... Hahaha... Sikit-sikit bagi alasan pengundi hantu... Poodah lar wei.... Sendiri punya salah takmo nak mengaku....

Samer la ngan kat Penang... DAP jangan ingat lu orang sudah hebat sangat sampaikan macam takmo kasi ruang kat parti lain ... Awat... Kalu DAP kuat sangat kat Penang... Kenaper takder menang semua kerusi... Walhal majoriti pengundi Cina kat sana katanyer sokong giler kat DAP.... Poodah la wei...

So... Kepada Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Guan Eng.... Tolong jangan berlagak dan besar kapla... Kasi tarik balik pencalonan Fariz Musa kat Parlimen Pekan tue... Kasi chan GM13 lawan Najib Razak "mano a mano" .... Tolong jangan kacau daun.... Fariz Musa tue dah obsolete... Sila antar pi kawasan lain... Same goes to Shamsul Iskandar Mohd Akin.... Hampeh punya calon...

Kepada PAS.... Aper nak jadi la.... Masih lagi tak pandai nak pilih calon terbaek... Pening aaa lu orang nih... Calon bermasalah pon masih lu orang nak lantik.... Tolong suruh calon lu orang kat Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang tue istiharkan harta diorang ....

Hampeh aaaaaaaaaa....

18 February 2013

KWSP Tersilap Kira Untung Rugi

Bhai.... Gua rasa aaa... KSWP tersilap dalam pengiraan untung rugi operasinya.... kerana dari aper yang gua dimaklumkan.... nilai yang dipaparkan didada-dada akhbar tempatan sehari dua yang sudah pincang dari segi datanya.

Ini kerana ader satu bahagian hutang sebanyak RM6 bilion telah tidak dimasukkan dalam perincian itu. Jika KWSP dapat mengutip hutang sebanyak RM6 bilion itu, tentunya agihan dividen bagi tahun operasi 2012 mestilah lebih tinggi... dan bukannya setakat 6.15%.

Kemungkinan jika KSWP tidak memberikan hutang sebanyak RM6 bilion itu, maka perolehan dari keuntungan dana yang disimpan dapat meningkatkan lagi keuntungan KWSP. Jadi... sebagai pencarum KWSP, semua orang wajar mendapat penjelasan sebaiknya dari KWSP berkenaan dengan isu pinjaman sebanyak RM6 bilion yang telah diberikan kepada Felda. Pencarum KWSP berhak untuk mendapat nilai dividen yang lebih tinggi dari yang diumumkan.


Berkaitan:

1. KWSP diminta jelaskan pinjaman RM6 bilion Felda
2. Felda ada potensi jatuh bankrap, pinjam wang KWSP RM6 Bilion

KUALA LUMPUR — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011.

"Ia juga mencatatkan rekod baharu berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada anggota KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.

"Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011,” katanya.

Menurut beliau, pembayaran dividen tertinggi ini diperoleh setelah ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan.

Katanya, walaupun persekitaran pelaburan semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan paling kukuh sejak awal milenium, disokong keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah.

Selain itu, beliau berkata, selaras dengan Alokasi Aset Strategik (AAA) yang diamalkan KWSP, sebahagian besar aset pelaburan KWSP terus dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah dan stabil.

Pelaburan ekuiti adalah 38.77 peratus daripada jumlah aset pelaburan pada 2012, manakala baki 3.59 peratus dan 2.42 peratus masing-masing diperuntukkan untuk instrumen pasaran wang dan hartanah dan infrastruktur, katanya. - SUMBER

04 January 2013

Tanah : Siapa Yang Akan Untung Besar?

Bhai... Itu hari berlaku banjir besar di Kuantan... Antara tempat terjejas teruk adalah dikawasan Galing Besar. Galing nih kalu lu orang nak tau... aderlah satu kawasan yang agak luas yang dekat dengan kawasan jalan utama...

Ader Sekolah Kebangsaan Galing kat situe ... Ader kawasan bisnes ... Ader HQ AEON Credit Kuantan kat situe... ader kedai elektrik HSL kat situe... Pasaraya Tunas Manja... Semua kawasan nih tak kena banjir kerana agak tinggi sikit... Dan kawasan nih dah jadi bukan Malay Reserve lagie...

Yang kawasan Malay Reserve cuma kawasan penempatan orang Melayu di Galing Besar (bersebelahan) yang kena banjir baru-baru nih...

Jadi... Biler gua dengar orang Melayu kat situe akan dipindahkan ke Kempadang... Gua jadi terkejut.... Bukan aper... Sebab harga hartanah (per square feet) di Kempadang takder la mahal mana berbanding dengan harga tanah di Galing...

Sebab Kempadang jauh dari pusat bandar... Tapi Galing memang dekat ... Dan gua rasa aaa mesti ader orang yang akan untung besar... Mesti ader pemaju yang akan berjoget sakan kerana akan untung besar.... Masyuk...

Aderkah ianya TAS Group yang akan untung besar atas perpindaan orang Melayu dari Galing ke Kempadang.... Hahaha... Ikut rekod... TAS Group mempunyai pengaruh yang kuat dalam Kerajaan Pahang... Lu boleh survey dan cari sendiri... Hahaha... Tak best aaa gua bagi semua kat sini... Cuba tanya Lebai Google... Hahaha

So.... Kiter tengok jer la.... Hahahaha

UPDATE: Oh yer... Kenaper orang Melayu yang dipindahkan tue tak dapat pampasan... Tapi kena beli rumah plak secara sewa beli... Sedangkan tanah di Galing tue milik mereka sendiri... Apersal Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique boleh plak dapat pampasan tunai.... Aper daaa...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1