Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Doktor. Show all posts
Showing posts with label Doktor. Show all posts

21 January 2024

Jenuh Dengan Kelaku Ostad

Bhai/DeeDee semua...

Kementerian Kesihatan ada buat statistik bilangan pengamal perubatan (Doktor) berbanding dengan nisbah penduduk negara nih ...

Nisbahnya adalah 1 pengamal perubatan (doktor) berbanding 454 penduduk...

Tapi...

Gua rasa aaa... kalu kita amik pulak statistik bilangan Ostad dan Lobai berbanding nisbah penduduk negara nih... agaknya berapa aaa?? Maybe 1 : 300 penduduk kot...

Hahahaha

Jenuh kita melayan dengan kelaku Ostad dan Lobai...



04 August 2023

Pentadbir KKM? Korang Sedang Layan Ketum Ka?

Bhai/DeeDee semua...

“Pegawai Perubatan @ Medical Officer (MO) yang dihantar ke Hospital Dungun mendapati, semasa mereka melaporkan diri, rupanya penempatan sebenar mereka adalah di kemudahan yang belum lagi beroperasi: Projek Hospital Dungun yang baharu. Ada Pegawai Perubatan yang kemudiannya terpaksa dipindahkan ke penempatan "sementara" di hospital Terengganu yang lain, yang mana jaraknya adalah sekitar 70-192km jauhnya."

Woi admin @ pentadbir kat KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) ... Korang sedang layan ketum ka?? Kalu tak ketum korang layan Gam Dunlop ka???

Gila wei...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ






02 April 2023

Err... Sekejap... Dulukan Siap Hasut Lagi

Bhai/DeeDee semua...

Err.. sekejap... Bukankah dahulu semasa jadi Pembangkang.... selalu sangat puak-puak nih menghasut kakitangan awam terutamanya doktor kontrak untuk melakukan Hartal, Mogok atau Perhimpunan Haram??? 

Errr... dulu selamba jer pujuk dan hasut... atas nama freedom of expression

Tapi kenapa la nih tak boleh pulak... tak dibenarkan... diharamkan.... Hahaha.... aik... sudah tukar ka?? Hahaha....

Sudah tukar ka?

Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan penjawat awam agar tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan "haram".

Menurut KKM, berdasarkan surat edaran oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 30 Jun 2011, penjawat awam adalah dilarang terlibat dalam perhimpunan seumpama itu.

"Penglibatan penjawat awam dalam perhimpunan haram adalah melanggar Peraturan 4(1) dan 4(2), P.U.(A) 395/1993," menurut hantaran KKM yang disiarkan di laman Facebook kementerian itu semalam.

Hantaran itu juga memaparkan infografik mengenai bentuk penyertaan perhimpunan haram termasuk "penglibatan aktif" di luar waktu bekerja, menggunakan waktu pejabat dan meninggalkan pejabat untuk memerhati dan menyertai perhimpunan selain menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak, mesin penyalin komputer untuk mencetak dan mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram.



05 January 2023

Tak Berbaloi

Bhai/DeeDee semua...

Ada pro dan cons terhadap isu nih... Satu part ialah berkenaan dengan cover-up mengenai isu kesihatan Najib Razak (kes mengelat ngan mengelak takmo masuk penjara tue) dan yang kedua adalah isu dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat...

Seingat gua... tiada kata-kata kesat yang dikeluarkan ... cuma sekadar perkataan biasa jer... tapi yer la.. bila terkait dengan anak dan orang VIP nih... walaupun engkau berada di pihak yang benar sekali pun... tetap engkau akan diperlihatkan bersalah....

Biasa la.... dan gua tak terkejut pun bila pengakhiran kes nih jadi camnie... memang tak berbaloi pon... sebab kat Malaysia nih... once ko dapat status VIP atau VVIP .. ko dan keluarga ko akan menjadi seumpama Dewa Kayangan... tiada bersalah.. tiada dosa... sentiasa sempurna dan sentiasa betul... 

Malah sesiapa yang mempertikaikan kedudukan ko sebagai VIP atau VVIP pulak akan dicarikan segala macam kesalahan dan dosa....

Hahaha... Semoga Allah Taala membalas atas segala ketidakadilan nih...

p/s... Sampai hari nih takder bukti yang Najib Razak benar-benar ditahan didalam sel penjara... Maaf lah sebab gua tak percaya dia ditahan disana...





Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah menamatkan perkhidmatan kontrak seorang doktor yang menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Nooryana Najwa, pada November lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) HKL, Azizul Kamaredzuan Azizul Akimi menerusi surat maklum balas kepada pelaporan aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pihak kami telah menamatkan perkhidmatan kontrak pegawai berkenaan sebagai Pegawai Perubatan Gred U41 yang berkuat kuasa mulai 11 November 2022.

“Ia ekoran kesalahan membuat pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama Kerajaan (Peraturan 19 (1)- Peraturan-peraturan Pegawai (Kelakukan dan Tatatertib) (1993),” katanya.

Tambahnya, tindakan susulan itu diambil setelah pegawai berkenaan membuat kenyataan di media sosial yang berbaur hinaan berkaitan dengan bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu, ciapan yang dimuat naik pegawai berkenaan, di akaun Twitternya mencuri perhatian warganet apabila dia bertindak menuduh Nooryana Najwa menipu berhubung rekod kesihatan bapanya dan turut meninggalkan kata-kata kesat.

Sebelum itu, difahamkan Nooryana Najwa mendakwa masalah ulser dihadapi bapanya kembali menyerang dan tekanan darah juga semakin tinggi akibat pengambilan ubat yang dibekalkan doktor.

31 May 2022

Apa Ada Hal

Bhai/DeeDee semua...

Apa ada hal kan... Malaysia? Cukuplah ngan Azhar Idrus ja… dier kan pakar semua benda… Huhuhu.. Soalan apa yang dier tabley jawab?

Takpon... Kerajaan Malaysia kan nak impot 500 ribu pakar dari Bangladesh....

Elok sangat la tue...


14 May 2022

Lobai Kalu Bab Sembang ...

Bhai/DeeDee semua...

Payah kalu deal ngan lobai nih... Dier bising pasai susah nak dapat doktor perempuan handle pesakit perempuan... tapi bininya yang dulunya kerja doktor pon dier tak bagi kerja...

Bangang betul lar..



10 September 2021

Memang Patut Pun Saman

Bhai/DeeDee semua...

Gua setuju mamat nih saman Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan.... Nih bukan aper... sebab tindakan tidak professional kakitangan Kementerian Kesihatan dalam kes pemberian vaksin...

Bayangkan.... betapa kelirunya dia...  Dier dapat suntikan dos pertama vaksin Pfizer... tapi dia diberikan kad janjitemu vaksin Sinovac.

Pelik kan... macam mana boleh tersilap macam ni? Macam mana nak uji sebenarnya dier dapat suntikan vaksin yang mana satu.... Adoilah...

Bodoh aaa... jadi memang patut pun saman... supaya tak jadi kat orang lain..



07 July 2021

Doktor Palsu Di Pusat Pemberian Vaksin

Bhai/DeeDee semua...

Memang jadi masalah besar bila dikesan terdapatnya Doktor Palsu. Ini memang membahayakan. Tambah lagi bila melibatkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Bayangkan kalu si pelaku (Doktor Palsu) ini boleh terlibat dalam banyak lagi aktiviti macam pembedahan dan sebagainya. Apakah risiko yang bakal terjadi.

Kita perlu tangani isu ini dengan segera dan berkesan.

#DoktorPalsu #PusatPemberianVaksin #DoktorKontrak



KUCHING: Tembelang seorang lelaki menyamar sebagai doktor sukarelawan yang bertugas di pusat pemberian vaksin (PPV) di Stadium Perpaduan terbongkar.

Rahsia suspek pecah disebabkan seorang sukarelawan yang mengenalinya dan mengakui rakan sekelasnya ketika berada Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru di 2016.

Sebelum itu, suspek dari Bandar Baru Samariang memperkenalkan diri sebagai sebagai Doktor Shah Hairil, siswazah perubatan yang ditugas di hospital kerajaan di bahagian neurologi.

Suspek memperkenalkan dirinya sebagai Dr Shah Hairil, lulusan pegawai perubatan yang bekerja di Unit Neurologi Sarawak Hospital Umum kepada kakitangan lain di PPV.

Suspek ditangkap oleh polis pada pukul 2 petang pada 1 Julai selepas rahsianya terbongkar.

Ketika ditahan, polis merampas beberapa barangan daripada suspek iaitu sebuah beg sandang berwarna coklat, sehelai baju kerja berwarna biru bertulis Sarawak General Hospital, satu unit stetoskop jenama Littman, satu pas nama pekerja MOH termasuk perkakas kerja kedoktoran yang lain, seunit i-Phone dan baju kerja berwarna biru bertulis Shah Hairul Izman dan seluar biru gelap.

Sarawak Tribune melaporkan, nasib suspek akan diketahui 17 Ogos apabila Mahkamah Majistret memerintahkan suspek 20 tahun ditahan lanjut sementara menunggu laporan sosialnya.

Berdasarkan fakta kes, suspek memperkenalkan dirinya sebagai Dr Shah Hairil, lulusan pegawai perubatan yang bekerja di Unit neurologi Sarawak Hospital Umum di bawah pengawasan Dr Lau, kepada kakitangan lain di PPV.

Dia kemudian memberitahu mereka bahawa dia mengunjungi pusat untuk melihat kes trauma terutamanya melibatkan kejadian buruk imunisasi.

Kelakuan suspek telah meyakinkan dia adalah doktor yang tulen serta dibenarkan bekerja sebagai sukarelawan di Stadium PPV Perpaduan dari 16 Jun hingga 1 Julai



17 January 2021

Saman RM5 Juta Kalau Engkar

Bhai/DeeDee semua...

10 bulan telah berlalu dimana semua tanggungjawab kesihatan berkenaan covid-19 dibebankan kepada perkhidmatan kesihatan awam KKM dan pihak kesihatan swasta berlepas tangan tanpa prihatin.

Tanpa proklamasi darurat memanglah akan terus kekal pihak swasta berlepas tangan. Pihak Insuran lagi awal berlepas tangan.

Kini setelah diarahkan bertanggung jawab pada kadar minima 10% pun pihak kesihatan swasta memberikan macam-macam alasan dan songel.

Nampak sangat selama ini pihak kesihatan swasta hanya pentingkan duit dan untung semata-mata tanpa obligasi kesihatan seperti mana dalam akujanji perkhidmatan kesihatan mereka dahulu.

Siapa disebalik perkhidmatan kesihatan swasta ini? Siapa sebenarnya mereka? Bagaimana mereka mengambil kesempatan atas kenaifan warganegara Malaysia.

Konon perkhidmatan mereka terbaik dan professional katanya tapi dalam realiti mereka dengan selambanya memindahkan beban risiko kepada perkhidmatan kesihatan awam setiap kali ada kes.

Sembang ja semuanya nih.

Nanti ada masa gua akan dedahkan satu-satu modus operandi perkhidmatan kesihatan swasta ini... yang kuat sangat sembang konon mereka lebih baik dari perkhidmatan kesihatan awam.

Tunggu...



Dahulukan Yang Lebih Dahulu

Bhai/DeeDee semua...

Gua tau bebanan tugasan yang ditanggung oleh petugas kesihatan awam di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai fasiliti Covid-19... Walaupun gua belum lagi pergi kesana... tapi sebelum waktu wabak lagi gua pernah pergi ke sana...

Teringat lagi gua keadaan hospital medan semasa Perang Balkan... Bagaimana kelam kabutnya mereka untuk menangani kes-kes yang ader.. nasib baik la masa tu takder wabak yang menyerang... Wabak Ebola pun belum ada lagi masa tue...

Jadi biler mengenangkan kemudahan yang teruk di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai fasiliti untuk menangani wabak Covid-19 dengan bebanan serta tekanan berkerja dibawah kemudahan yang tidak lengkap ... tentunya gua terasa sangat bilamana Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin bertegas nak mulakan juga pembinaan 3 dewan besar di Parlimen Pagoh seawalnya mulai 1 Mac 2020.

Pembinaan 3 dewan besar ini menggunakan peruntukan sebanyak RM35.4 juta nih pada gua selayaknya ditangguhkan dahulu dan wang itu kita gunakan untuk tambah baik kemudahan Hospital yang dikhaskan untuk mengendalikan kes wabak Covid-19.... pada gua ini lebih mustahak... ini lebih relevan... ini lebih mendesak...

Bukan bermakna kita batalkan pembinaan 3 dewan besar di Parlimen Pagoh ini... Kita faham ianya adalah untuk kemudahan rakyat... yang memang ada dalam peruntukan Bajet pembangunan sedia ader... tapi apa salahnya kita tangguh dulu dan gunakan dana sedia ada untuk yang lebih mendesak...

Nyawa lebih penting.... kekuatan anggota perkhidmatan kesihatan awam kita kena jaga... kesihatan mereka sama ada dari segi fizikal mahupun mental.... Mereka perlu kita tangangi awal... jangan sempai sudah membarah dan kronik...

Gunalah otak untuk fikir...

Sila baca luahan hati mereka disini...

Jangan sampai terhantuk baru nak terngadah....



05 February 2012

1Care - Pilihan Ditangan Anda

Bhai... gua nak tanya lu... berapa bajet kos perubatan lu sebulan... err.. lebih kurang camnie la soklan gua.. berapa peruntukan kos perubatan lu sebulan...

Katakanlah lu kerja swasta.. gaji dalam RM3500 sebulan.. wife lu pon samer.. kerja swasta.. gaji dalam RM1500 sebulan... duduk tinggal di Sentul.... maknayer.. total pendapatan terkumpul keluarga lu aderlah RM5000 ... anak ader 4 orang.... hehehe... agak-agak la... berapa lu boleh sediakan untuk tabung kos perubatan keluarga lu setiap bulan...,

Err.. setakat RM100 boleh ker.... kalu RM100 pon tak mampu nak sediakan... mungkin RM50 sebulan cukupla...

Dengan kemudahan kesihatan awam yang sedia ada... paling rendah lu kena sediakan modal aderlah RM1 .. dan kalu melibatkan kos yang lain-lain dalam perubatan (yang basic)... paling tinggi pon lu akan dikenakan caj hanyalah RM500 atau RM1000

Katakanlah lepas nih biler program 1Care berjalan .... agak-agaknyer berapa kos yang mungkin lu terpaksa kena tanggung.... katakanlah lu masuk dalam program 1Care nih... potongan bulanan bagi skim insurannya aderlah RM50 .... berapa agaknyer kos-kos tambahan seperti kos ubat yang lu terpaksa tanggung... pastinyer akan meningkat berkali ganda...

Cuba kiter tengok masa sebelum TNB diswastakan.... macam mana dengan mutu kerja dan kos harga perkhidmatan.... Alhamdulillah... semuanya okay... tapi biler diswastakan... aper sudah jadi... mutu kerja macam tue jugak... kalu ader peningkatan pon tak tara mana... tapi ... kos harga perkhidmatan naik mendadak... alasan... sebab kos berkaitan telah naik...

Masalahnyer... bukan semua orang mampu untuk membiayai kos perubatannya.. bagaimana pula dengan orang kampung.. yang berpendapatan rendah... Orang Asal misalnyer... bagaimana mereka hendak mendapatkan khidmat perubatan ini....

Alasan yang paling kerap gua dengar dari pihak-pihak yang menyokong 1Care nih... aderlah... bukan semua rakyat Malaysia membayar cukai ... oleh itu cukai tidak "reflect" kepada nisbah penggunaannya... Mereka menggunakan isu cukai sebagai satu kekuatan untuk menyokong tindakan 1Care dengan mengadakan sistem insuran kesihatan...

Gua nak tanya la mangkuk-mangkuk yang gunakan isu cukai nih... lu ingat orang yang tak bayar cukai peribadi tue tak kena cukai gak ker.... abis tue aper cer dengan cukai perkhidmatan.. cukai barangan.. dan lain-lain... even gula-gula "Hacks" yang lu beli pada harga RM0.20 sen tue pon dah masuk kos cukai la... takkan itu pon tarak tau...

Isu kos perubatan yang ditanggung oleh Kerajaan Malaysia nih sebenarnya berpunca daripada proses penswastaan unit penyediaan ubat... dulu.. pada awalnyer... Kementerian Kesihatan mempunyai unit dan kilangnya sendiri untuk mengeluarkan ubat-ubatan yang kebanyakannya aderlah "generic" ... ubat generik ini aderlah ubat-ubat yang telah dibuka patennya... dan kos ini tidaklah mahal mana pon...

Tapi bermula pada pertengahan 90'an ... Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah menutuk unit pembuatan ubat dan menggunakan khidmat syarikat swasta untuk membekalkan ubat kepada Kementerian Kesihatan... masalahnyer... ianya dimonopoli oleh sebuah syarikat swasta... dan caj yang dikenakan bagi setiap ubat generik aderlah agak mahal berbanding ketika pembuatannya dilakukan oleh Kementerian Kesihatan itu sendiri..

Malah dalam banyak kes... kos ubat generik yang dibekalkan oleh syarikat swasta ini hampir sama dengan kos ubat yang masih berpaten.... dan inilah yang berlaku sekarang ini... Siapa disebalik syarikat swasta ini.... hehehe... lu cari sendirik la bhai... gua kalu bagitau klat sini tarak best la... hahaha..

Cuma gua bagi hint sikit.... syarikat swasta nih namanyer bermula dengan huruf "P" .... hahahaha....

Oh yer... lagi satu sebelum gua lupa... dulu masa gua ader terlibat dalam urusan dengan pihak Kementerian Kesihatan... gua perhatikan ... dalam banyak kes... harga peralatan perubatan sengaja dinaikkan berkali ganda daripada harga pasaran... atas alasan.. Kerajaan Malaysia lambat membayar pemerolehan tersebut... dan yang lawaknyer... pengawai yang terlibat tahu harga sebenar peralatan tersebut di pasaran terbuka...

Gua amik contoh peralatan Sonograph... buatan German yang berjenama terkenal tue (jenama "S" atau "P") dijual kepada Kementerian Kesihatan pada harga memcecah RM25 ribu seunit walhal harganya pada pasaran terbuka tidak cecah pun pada harga RM10 ribu ... itu belum lagi kalu gua citer pasai kos pembelian mesin MRI (Magnetic Resonance Imaging) yang harga pada Kementerian menjadi 4 kali ganda daripada harga pasaran...

So... kepada para doktor yang menyokong sangat program 1Care nih... tolong aaa.. jangan gunakan isu cukai sebagai point utama korang... buat malu jer... sori la bhai.... gua sokong lu ikut tajuk (pinjam ayat AdukaTaruna)

29 January 2012

1Care





Jahanam Malaysia nih kalu benda nih dapat berjalan.... chilakak.. sudah jadi cam US plak... patut jadi cam Canada ker.... Cuba ker...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1