Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Penjawat Awam. Show all posts
Showing posts with label Penjawat Awam. Show all posts

07 August 2025

Nampak Sangat Tak Pro

Bhai/DeeDee semua...

Nampak sangat aaa.. Payah biler ader PM yang tak professional dalam jawatannya...

Nampak sangat lar... Mana nak respek penjawat awam kalu PMX perangai camnie...

26 February 2025

13 February 2025

Pencen Wakil Rakyat Patut Dibatalkan

Bhai/DeeDee semua..

Memang sewajarnya pencen mereka ditiada kan. Jadi YB sekejap ja, terus dapat pencen. Kerja macam hamlau gak...

13 August 2024

28 January 2024

Kenapa British Tetapkan Pencen Pada Umur 55 Tahun Dulu?

Bhai/DeeDee semua...

Tak semua yang British buat dulu tu salah dan tak elok. Banyak yang elok.

1. British tahu selepas umur 55 tahun, pekerja dah tak berapa produktif. Jadi British setkan bersara pada umur 55 tahun. British bagi peluang orang muda pula naik pangkat dan jadi pegawai kanan pulak.

2. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara mungkin susah nak dapat kerja walaupun boleh bekerja sanbilan. Jadi British sediakan sistem pencen. At least boleh la survive sikit. Nak buat kerja part time atau berkebun pun boleh. Sebab ada bekap dengan duit pencen.

3. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara akan ader banyak sakit itu ini. Jadi British sediakan skim perubatan untuk kakitangan awam yang berpencen. Siap ada “guarantee letter @ GL” lagi. British tahu rakyat belum tahu banyak tentang kemudahan insuran. Malah syarikat Insuran pun tak berapa nak ada. Bagi yang tak berpencen, pandai-pandai la guna duit apa yang ada untuk itu di kemudahan perubatan swasta.

4. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara perlukan duit, jadi British ujudkan skim Employee Provident Fund (EPF) sebagai simpanan kepada kakitangan awam (yang belum disahkan dalam jawatan) dan juga untuk kakitangan swasta. At least nanti boleh la survive sikit guna dana ini.

5. British tahu selepas umur 55 tahun, ramai orang Melayu beragama Islam akan cuba untuk menunaikan Fardhu Haji, jadi mereka sediakan duit gratuiti (saguhati). Pekerja lombong bijih timah dan estet getah (walaupun adalah syarikat swasta) pun lepas umur berpencen akan dapat duit gratuiti (duit saguhati). Boleh la buat tanbah modal nak pi Haji dan Umrah.

Ader banyak lagi… tapi cukup la sembang banyak ini ja dulu… Hahaha…

*** soheh lepas nih akan ader pentaksub yang kata gua pro penjajah la pulak… Hahaha



Ada Ke Yang Bermoral?

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha... Masalahnya... ada ke yang bermoral?? Yang memberi cadangan suruh amik satu pencen sahaja pun rembat lebih dari satu pencen...

Hahahaha.... setakat sembang boleh la...

Hahahaha...

Sembang Boleh La


26 January 2024

Nasib La Korang ... Hahaha

Bhai/DeeDee semua...


Situasi di Bank ditahun 2026.

Ali Bin Abu : Assalamualaikum tuan.

Mat Bin Along : Waalaikumussalam. Terima kasih sebab datang ke Bank Kapir Malaysia Berhad (BKMB). Boleh saya tahu apa urusan tuan nak buat ye?

Ali Bin Abu : Saya Ali. Saya datang ni nak buat pinjaman peribadi.

Mat Bin Along: Tuan datang di tenpat yang betul. Boleh saya dapatkan semua dokumen yang diperlukan. Tentunya tuan dah tahu tentang semua dokumentasi yang diperlukan.

Ali Bin Abu: Ya, semuanya dah ada dalam sampul ini. Penyata 6 bulan gaji dan surat perjawatan kerja pun saya dah sertakan.

Mat Bin Along: Sekejap ya tuan, saya semak dulu.

Ali Bin Abu: Baiklah.

Mat Bin Along: Err.. tuan adalah kakitangan awam nampaknya. Penyata gaji ni nampak dah cukup padu. Sudah berapa lama tuan berkhidmat?

Ali Bin Abu: Saya dah berkhidmat setahun. Hujung bulan ni genap setahun.

Mat Bin Along:  Kalau ikutkan gaji tuan ni layak membuat pinjaman peribadi sebanyak RM150 ribu. Cumanya status pekerjaan tuan ni ada sedikit masalah.

Ali Bin Abu: Masalah macam mana tu ye?

Mat Bin Along: Macam ni tuan, Disebabkan status pekerjaan tuan adalah Kontrak, maka pihak bank ada sedikit masalah. Perjawatan tuan adalah mengikut kontrak 3 tahun ke 3 tahun. Jadi kalu mengikut kadar risk yang ada dalam sistem kami, ianya adalah agak kritikal.

Tambah lagi tuan baru berkhidmat setahun. Dan kemungkinan kontrak tuan tidak disambung selepas 3 tahun adalah tinggi.

Ali Bin Abu: Eh, takkan la macam itu? Saya kan bertugas sebagai guru sekolah?

Mat Bin Along: Betul tuan adalah seorang guru, tapi risk analysis bagi bank meletakkan status tuan pada kadar 6 dari kadar 10. Tapi tuan jangan bimbang, tuan masih boleh mendapatkan pinjaman peribadi ni. Cuma ianya sekadar bernilai 6 kali dari jumlah gaji bulanan tuan.

Ali Bin Abu: Oh, begitu ye. Saya cuma boleh buat sebanyak itu je lah?

Mat Bin Along: Betul tuan.

Ali Bin Abu: Err, kalau saya nak beli kenderaan pula?

Mat Bin Along: Yang itu kami boleh berikan pembiayaan macam biaaa seperti pada tahun 2024. Tiada masalah. Cuma ianya sekadar bernilai 60% dari nilai harga kenderaan.

Ali Bin Abu: Okay, kalau gitu saya nak cuba di Bank Scam Malaysia Berhad la pulak.

Mat Bin Along: Saya faham tuan. Cubalah mana tahu mereka boleh berikan nilaian yang lebih baik. 

Ali Bin Abu: Assalamualaikum. Terima kasih tuan.

Mat Bin Along: Waalaikumussalam. Sama-sama.


*** nama bank adalah nama sebenar.

#tiadapencen #kwsp #penjawatawam #kakitanganawam #bank #pinjamanperibadi #loan #personalloan #walanon #bangsaslurpp #polisi #BNM



Ketahian Apakah Ini?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu yang Ahli Parlimen akan dapat pencen selepas berkhidmat 1 atau 2 penggal sahaja... Dan nilai imbuhannya adalah besar... sepanjang hayat dapat pencen..

Yang peliknya... tidak pulak dikerat atau dihapuskan pencen mereka ini... huhuhu...



25 January 2024

Pencen Siapa Paling Besar Dan Banyak?

Bhai/DeeDee semua...

Pencen paling besar adalah bermula dari JUSA C dan keatas...

JUSA C, JUSA B, JUSA A sampailah kepada peringkat TURUS ... ini yang paling besar... termasuk juga Pencen Ahli Parlimen dan Ahli DUN ....

Ini semua memang besar dan banyak...

Celaka sungguh la..

Yang kesian adalah pencen peringkat PA dan bawah lagi,,,, udah la gaji kecik... tapi dah takdak pencen...



22 September 2023

Bila Kena Pada Mereka

Bhai/DeeDee semua...

Bila kena pada mereka... tahu pulak mereka meroyan... bising .... konon depa jugak la penjawat awam.... Kah Kah Kah..... berkhidmat pun 5 tahun... mau pencen penuh seumur hidup... ajer bajang lar...

Patut setkan ja pencen depa pada RM1500 sebulan.... sebab ikut kadar gaji minima yang ditetapkan Kerajaan... satu pencen jer.. walaupun depa ader banyak jawatan dan kedudukan masa berkhidmat... takder pencen bertingkat-tingkat...

Baru la tepat.... supaya depa tahu yang macam mana nak hidup dengan RM1500 sebulan....  

Kita tengok ader tak yang lain nak jadi wakil rakyat.... hahahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Pandai pulak meroyan?


02 April 2023

Err... Sekejap... Dulukan Siap Hasut Lagi

Bhai/DeeDee semua...

Err.. sekejap... Bukankah dahulu semasa jadi Pembangkang.... selalu sangat puak-puak nih menghasut kakitangan awam terutamanya doktor kontrak untuk melakukan Hartal, Mogok atau Perhimpunan Haram??? 

Errr... dulu selamba jer pujuk dan hasut... atas nama freedom of expression

Tapi kenapa la nih tak boleh pulak... tak dibenarkan... diharamkan.... Hahaha.... aik... sudah tukar ka?? Hahaha....

Sudah tukar ka?

Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan penjawat awam agar tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan "haram".

Menurut KKM, berdasarkan surat edaran oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 30 Jun 2011, penjawat awam adalah dilarang terlibat dalam perhimpunan seumpama itu.

"Penglibatan penjawat awam dalam perhimpunan haram adalah melanggar Peraturan 4(1) dan 4(2), P.U.(A) 395/1993," menurut hantaran KKM yang disiarkan di laman Facebook kementerian itu semalam.

Hantaran itu juga memaparkan infografik mengenai bentuk penyertaan perhimpunan haram termasuk "penglibatan aktif" di luar waktu bekerja, menggunakan waktu pejabat dan meninggalkan pejabat untuk memerhati dan menyertai perhimpunan selain menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak, mesin penyalin komputer untuk mencetak dan mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram.



19 December 2022

Bajet Mini : Mampukah Anwar Ibrahim Mendapat Majoriti Undi Percaya?

Bhai/DeeDee semua...

Setelah 26 hari Pilihanraya Umum ke 15 berlangsung... hari ini adalah hari pertama Anwar Ibrahin akan diuji keabsahan kedudukannya sebagai Perdana Menteri di Parlimen... di Dewan Rakyat...

Salah satu dari tentatif utama urutan Sidang Dewan Rakyat hari ini adalah untuk membentangkan Usul Percaya terhadap Anwar Ibrahim... Mampukah Anwar Ibrahim mendapat majoriti undi percaya??

Ntah la... macam-macam benda boleh terjadi di Sidang Dewan Rakyat hari nih... semua ada option...

Dan tak terkejut kalu Anwar Ibrahim gagal mendapat undi majoriti walaupun ramai Ahli Parlimen telah menandatangani MOU dengannya... MOU memang takder makna... ianya sekadar satu perjanjian atas kertas yang sebenarnya tak valid dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia...

Kalu mana-mana Ahli Parlimen nak membelakangi perjanjian MOU tersebut.. ianya tidak menjadi masalah pun... sebab ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan seseorang berhak untuk berasosiasi (berpersatuan) mengikut pendapat dan tanggapannya...  dan ianya dijamin secara penuh didalam Perlembagaan Persekutuan...

Contoh lar... kalu  Anwar Ibrahim tidak mendapat sokongan penuh dalam mengusulkan bajet mini bagi pembayaran gaji, emolumen dan pengurusan perkhidmatan awam... maka ini memungkinkan kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tidak mendapat sokongan Majoriti... dan YDP Agong terpaksa melantik orang lain yang boleh mendapat sokongan Majoriti di Dewan Negara...

Bayangkanlah.... kemelut perundangan dan perlembagaan yang tak abis-abis macam nih.... benda dah pernah berlaku... dan besar kemungkinan akan berlaku lagi... Huhuhu.... Ingat Abdul Hadi Awang dan Muhyiddin Yasin serta Hishamuddin Hussein nak bagi chan ker?? Hahaha



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1