Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Doktor Kontrak. Show all posts
Showing posts with label Doktor Kontrak. Show all posts

03 April 2023

Lagi Diugut Lagi Melawan

Bhai/DeeDee semua...

Lagi diugut lagi melawan... percayalah.... Orang dah muak ... tambah lagi sembang Anwar Ibrahim yang katanya kalu nak serapkan semua 4000 doktor kontrak nih akan melibatkan kos tambahan sampai RM10 bilion setahun.... Huhuhu...

Ini citer apa nih?? Takkan la kos penggajian seorang doktor dalam RM208 ribu sebulan... biar betul pun nak sembangnya...

Nampak sangat la kaki kuat pusing ja Anwar Ibrahim nih.... Kalu doktor kerajaan dapat pendapatan camnie... gua berani jamin depa tak lompat masuk perkhidmatan swasta la... buat apa dok kat swasta... takdernyer swasta nak bagi banyak tue....  Hahaha

Pentaksub kata... kes doktor kontrak nih adalah kes melibatkan Specialist.... Hahaha.... berapa kerat ja Specialist kat Hospital Kerajaan .... semua Specialist tue berjawatan tetap la... Hahaha... yang kontrak nih adalah yang ikat setahun-setahun... ramainya MO jer...

Hahaha..... takkan la MO gaji sampai RM208 ribu sebulan.... agak-agak la nak kencing pun





02 April 2023

Err... Sekejap... Dulukan Siap Hasut Lagi

Bhai/DeeDee semua...

Err.. sekejap... Bukankah dahulu semasa jadi Pembangkang.... selalu sangat puak-puak nih menghasut kakitangan awam terutamanya doktor kontrak untuk melakukan Hartal, Mogok atau Perhimpunan Haram??? 

Errr... dulu selamba jer pujuk dan hasut... atas nama freedom of expression

Tapi kenapa la nih tak boleh pulak... tak dibenarkan... diharamkan.... Hahaha.... aik... sudah tukar ka?? Hahaha....

Sudah tukar ka?

Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan penjawat awam agar tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan "haram".

Menurut KKM, berdasarkan surat edaran oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 30 Jun 2011, penjawat awam adalah dilarang terlibat dalam perhimpunan seumpama itu.

"Penglibatan penjawat awam dalam perhimpunan haram adalah melanggar Peraturan 4(1) dan 4(2), P.U.(A) 395/1993," menurut hantaran KKM yang disiarkan di laman Facebook kementerian itu semalam.

Hantaran itu juga memaparkan infografik mengenai bentuk penyertaan perhimpunan haram termasuk "penglibatan aktif" di luar waktu bekerja, menggunakan waktu pejabat dan meninggalkan pejabat untuk memerhati dan menyertai perhimpunan selain menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak, mesin penyalin komputer untuk mencetak dan mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram.



31 January 2023

Dr Zaliha - Menteri Kesihatan Paling Lemah

Bhai/DeeDee semua...

Maaf cakaplah .... Benda terkait kesihatan dan kemudahan yang terkesan bukanlah benda baharu. Ianya benda sudah lama. Benda yang bukan sahaja kakitangan kesihatan yang tahu... tapi ramai orang awam biasa pun tahu.

Tak perlu tunggu masa yang lama... kena ambil tindakan segera... Perlu tackle semua yang dah lama berlengkar dalam Kementerian Kesihatan... Lambat kalu babai la.... Tak dapat tackle semua... tackle sebagaian yang utama dulu... isu terkait lambakan tugas dan kerja lebih masa... isu tak cukup kakitangan.

Kakitangan kesihatan tak puas hati dan berang dengan sistem sekarang

#MenteriKesihatan #DrZaliha #KementerianKesihatan #PerkhidmatanKesihatan #CodeBlue #Berang #TakCukupKakitangan #DoktorKontrak #DoktorAwam #reactionvideo #reaksi #react #CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

05 January 2023

Tak Berbaloi

Bhai/DeeDee semua...

Ada pro dan cons terhadap isu nih... Satu part ialah berkenaan dengan cover-up mengenai isu kesihatan Najib Razak (kes mengelat ngan mengelak takmo masuk penjara tue) dan yang kedua adalah isu dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat...

Seingat gua... tiada kata-kata kesat yang dikeluarkan ... cuma sekadar perkataan biasa jer... tapi yer la.. bila terkait dengan anak dan orang VIP nih... walaupun engkau berada di pihak yang benar sekali pun... tetap engkau akan diperlihatkan bersalah....

Biasa la.... dan gua tak terkejut pun bila pengakhiran kes nih jadi camnie... memang tak berbaloi pon... sebab kat Malaysia nih... once ko dapat status VIP atau VVIP .. ko dan keluarga ko akan menjadi seumpama Dewa Kayangan... tiada bersalah.. tiada dosa... sentiasa sempurna dan sentiasa betul... 

Malah sesiapa yang mempertikaikan kedudukan ko sebagai VIP atau VVIP pulak akan dicarikan segala macam kesalahan dan dosa....

Hahaha... Semoga Allah Taala membalas atas segala ketidakadilan nih...

p/s... Sampai hari nih takder bukti yang Najib Razak benar-benar ditahan didalam sel penjara... Maaf lah sebab gua tak percaya dia ditahan disana...





Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah menamatkan perkhidmatan kontrak seorang doktor yang menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Nooryana Najwa, pada November lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) HKL, Azizul Kamaredzuan Azizul Akimi menerusi surat maklum balas kepada pelaporan aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pihak kami telah menamatkan perkhidmatan kontrak pegawai berkenaan sebagai Pegawai Perubatan Gred U41 yang berkuat kuasa mulai 11 November 2022.

“Ia ekoran kesalahan membuat pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama Kerajaan (Peraturan 19 (1)- Peraturan-peraturan Pegawai (Kelakukan dan Tatatertib) (1993),” katanya.

Tambahnya, tindakan susulan itu diambil setelah pegawai berkenaan membuat kenyataan di media sosial yang berbaur hinaan berkaitan dengan bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu, ciapan yang dimuat naik pegawai berkenaan, di akaun Twitternya mencuri perhatian warganet apabila dia bertindak menuduh Nooryana Najwa menipu berhubung rekod kesihatan bapanya dan turut meninggalkan kata-kata kesat.

Sebelum itu, difahamkan Nooryana Najwa mendakwa masalah ulser dihadapi bapanya kembali menyerang dan tekanan darah juga semakin tinggi akibat pengambilan ubat yang dibekalkan doktor.

03 July 2021

Kesesakan Di Wad Kecemasan Akibat Salah Percaturan Kerajaan Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Sebab apa perkara ni terjadi? Sebab apa? Sebab Hospital Awam tidak mencukupi di Lembah Klang. Cuba lu orang kira berapa banyak Hospital Awam di kawasan Lembah Klang berbanding Hospital Swasta. Hospital Swasta boleh berada bersebelahan antara satu sama lain dan tetap juga mendapat sambutan. Kenapa jadi begini?

Persoalannya sekarang. Dalam kes wabak macam ni... Hospital Swasta tak amik port. Semuanya dibebankan kepada Hospital Awam.

Ini sebenarnya adalah salah perancangan oleh Kerajaan Malaysia dan KKM. Patutnya bilangan Hospital Awam ini mesti mengikut nisbah bilangan penduduk dalam kawasan radius perkhidmatannya. Ini yang sepatutnya.

Tapi bukan ini yang berlaku... Polisi Kerajaan yang lebih kepada nak menguntungkan Hospital Swasta itulah yang menjadikan masalah.

#WadKecemasanSesak #HospitalAwamSesak #DoktorKontrakMogok #HartalDoktorKontrak

01 July 2021

Hartal Doktor Kontrak

Bhai/DeeDee semua...

Gua bersetuju dengan cadangan para doktor kontrak untuk membuat satu program Hartal sebagai satu usaha untuk menekan pihak berwajib untuk melihat dan mengambil berat isu berkenaan dengan kebajikan Doktor Kontrak ni

Sebab ramai dikalangan doktor kontrak ini lebih suka berkhidmat dalam perkhidmatan kesihatan awam berbanding dengan perkhidmatan kesihatan swasta. Ramai yang kekal berprinsip... Ramai yang ada jati diri. Ramai yang patriotik.

Harap Kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia dapat ambil berat isu yang diutarakan oleh Doktor Kontrak ini.

#HartalDoktorKontrak #DoktorKontrak #Hartal


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1