Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

05 January 2023

Tak Berbaloi

Bhai/DeeDee semua...

Ada pro dan cons terhadap isu nih... Satu part ialah berkenaan dengan cover-up mengenai isu kesihatan Najib Razak (kes mengelat ngan mengelak takmo masuk penjara tue) dan yang kedua adalah isu dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat...

Seingat gua... tiada kata-kata kesat yang dikeluarkan ... cuma sekadar perkataan biasa jer... tapi yer la.. bila terkait dengan anak dan orang VIP nih... walaupun engkau berada di pihak yang benar sekali pun... tetap engkau akan diperlihatkan bersalah....

Biasa la.... dan gua tak terkejut pun bila pengakhiran kes nih jadi camnie... memang tak berbaloi pon... sebab kat Malaysia nih... once ko dapat status VIP atau VVIP .. ko dan keluarga ko akan menjadi seumpama Dewa Kayangan... tiada bersalah.. tiada dosa... sentiasa sempurna dan sentiasa betul... 

Malah sesiapa yang mempertikaikan kedudukan ko sebagai VIP atau VVIP pulak akan dicarikan segala macam kesalahan dan dosa....

Hahaha... Semoga Allah Taala membalas atas segala ketidakadilan nih...

p/s... Sampai hari nih takder bukti yang Najib Razak benar-benar ditahan didalam sel penjara... Maaf lah sebab gua tak percaya dia ditahan disana...





Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah menamatkan perkhidmatan kontrak seorang doktor yang menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Nooryana Najwa, pada November lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) HKL, Azizul Kamaredzuan Azizul Akimi menerusi surat maklum balas kepada pelaporan aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pihak kami telah menamatkan perkhidmatan kontrak pegawai berkenaan sebagai Pegawai Perubatan Gred U41 yang berkuat kuasa mulai 11 November 2022.

“Ia ekoran kesalahan membuat pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama Kerajaan (Peraturan 19 (1)- Peraturan-peraturan Pegawai (Kelakukan dan Tatatertib) (1993),” katanya.

Tambahnya, tindakan susulan itu diambil setelah pegawai berkenaan membuat kenyataan di media sosial yang berbaur hinaan berkaitan dengan bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu, ciapan yang dimuat naik pegawai berkenaan, di akaun Twitternya mencuri perhatian warganet apabila dia bertindak menuduh Nooryana Najwa menipu berhubung rekod kesihatan bapanya dan turut meninggalkan kata-kata kesat.

Sebelum itu, difahamkan Nooryana Najwa mendakwa masalah ulser dihadapi bapanya kembali menyerang dan tekanan darah juga semakin tinggi akibat pengambilan ubat yang dibekalkan doktor.

2 comments:

  1. Agak2 bosskur di payung oleh payung kuning ke bhai.

    ReplyDelete
  2. Penat lelah belajar, siang malam bersengkang mata akhirnya ditamatkan perkhidmatan. Moga rezeki beliau lebih baik selepas ini. Bukan senang duduk bidang professional ini, silap sedikit, dimaki hamun atau terus disaman.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1