Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

09 January 2023

Ini Cadangan Yang Baik

Bhai/DeeDee semua...

Cadangan ini adalah cadangan yang baik... Gua sokong 300% ... Kita sebagai rakyat Malaysia mesti memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita sebagai Bahasa yang utama... Bahasa Malaysia perlu dijadikan satu Bahasa yang mengikat dalan peruntukan undang-undang kita...

Bahasa Malaysia perlu menjadi bahasa undang-undang sepenuhnya...

Salute dengan cadangan ini...


Peguam Negara Idrus Harun mencadangkan agar kerajaan menjadikan Perlembagaan Persekutuan edisi Bahasa Malaysia sebagai versi muktamad (authoritative) bagi undang-undang tertinggi di Malaysia.

Dia berkata demikian ketika berucap pada Pembukaan Tahun Undang-undang 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

“Perlembagaan Persekutuan bertindak sebagai asas kita dalam melaksanakan pengasingan kuasa (antara eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman).

“Oleh itu, bagi tahun 2023, menurut Perkara 160A Perlembagaan Persekutuan, AGC bercadang untuk mencetak semula Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan pindaan perlembagaan bersejarah terkini.

"AGC juga bercadang untuk mencadangkan kepada kerajaan supaya preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa kebangsaan menjadi teks rasmi (authoritative) selaras dengan Perkara 160B Perlembagaan Persekutuan.

“Kedua-dua rancangan ini tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata Idrus.

Perkara 160A menyatakan "pihak berkuasa yang dilantik di bawah undang-undang persekutuan bagi maksud menyemak undang-undang boleh, dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agng, membenarkan percetakan salinan perlembagaan ini, termasuk segala pindaan yang berkuat kuasa padaa tarikh kebenaran itu; dan di mana-mana salinan perlembagaan ini yang dicetak sedemikian hendaklah disifatkan bagi segala maksud sebagai salinan yang benar dan betul bagi Perlembagaan Persekutuan.”

Perkara 160B pula menyebut,"jika perlembagaan ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan teks sahih, dan selepas itu, jika ada percanggahan atau perselisihan antara teks bahasa kebangsaan itu dengan teks bahasa Inggeris perlembagaan ini, teks bahasa kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris itu.”

2 comments:

  1. Nak sebut bahasa melayu pun tak mampu bimbang cina dan india tersinggung, masa bila bahasa melayu jadi bahasa malaysia. Labon je.

    ReplyDelete
  2. Jiran kita dah lama guna, kita baru cadangan, tapi tak mengapa, kita baru merdeka kan..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1