Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pencen. Show all posts
Showing posts with label Pencen. Show all posts

13 February 2025

Pencen Wakil Rakyat Patut Dibatalkan

Bhai/DeeDee semua..

Memang sewajarnya pencen mereka ditiada kan. Jadi YB sekejap ja, terus dapat pencen. Kerja macam hamlau gak...

21 June 2024

Menanggung Biawak Hidup

Bhai/DeeDee semua...

Ahli Parlimen dan ADUN nih semua tahi jer... level biawak hidup... Kerja tak buat... Kerja tak siap... Kerja hampeh.... tapi nak dibiayai pencen sampai mati... Bangkai betul la.... 

Patut depa nih takdak pencen... Tak layak untuk pencen... Bangkai ja semuanya.... Serupa kita menanggung biawak hidup ja..

Bangsat betul la...

Monyet mana layak dapat pencen


28 January 2024

Kenapa British Tetapkan Pencen Pada Umur 55 Tahun Dulu?

Bhai/DeeDee semua...

Tak semua yang British buat dulu tu salah dan tak elok. Banyak yang elok.

1. British tahu selepas umur 55 tahun, pekerja dah tak berapa produktif. Jadi British setkan bersara pada umur 55 tahun. British bagi peluang orang muda pula naik pangkat dan jadi pegawai kanan pulak.

2. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara mungkin susah nak dapat kerja walaupun boleh bekerja sanbilan. Jadi British sediakan sistem pencen. At least boleh la survive sikit. Nak buat kerja part time atau berkebun pun boleh. Sebab ada bekap dengan duit pencen.

3. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara akan ader banyak sakit itu ini. Jadi British sediakan skim perubatan untuk kakitangan awam yang berpencen. Siap ada “guarantee letter @ GL” lagi. British tahu rakyat belum tahu banyak tentang kemudahan insuran. Malah syarikat Insuran pun tak berapa nak ada. Bagi yang tak berpencen, pandai-pandai la guna duit apa yang ada untuk itu di kemudahan perubatan swasta.

4. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara perlukan duit, jadi British ujudkan skim Employee Provident Fund (EPF) sebagai simpanan kepada kakitangan awam (yang belum disahkan dalam jawatan) dan juga untuk kakitangan swasta. At least nanti boleh la survive sikit guna dana ini.

5. British tahu selepas umur 55 tahun, ramai orang Melayu beragama Islam akan cuba untuk menunaikan Fardhu Haji, jadi mereka sediakan duit gratuiti (saguhati). Pekerja lombong bijih timah dan estet getah (walaupun adalah syarikat swasta) pun lepas umur berpencen akan dapat duit gratuiti (duit saguhati). Boleh la buat tanbah modal nak pi Haji dan Umrah.

Ader banyak lagi… tapi cukup la sembang banyak ini ja dulu… Hahaha…

*** soheh lepas nih akan ader pentaksub yang kata gua pro penjajah la pulak… Hahaha



Ada Ke Yang Bermoral?

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha... Masalahnya... ada ke yang bermoral?? Yang memberi cadangan suruh amik satu pencen sahaja pun rembat lebih dari satu pencen...

Hahahaha.... setakat sembang boleh la...

Hahahaha...

Sembang Boleh La


26 January 2024

Ketahian Apakah Ini?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu yang Ahli Parlimen akan dapat pencen selepas berkhidmat 1 atau 2 penggal sahaja... Dan nilai imbuhannya adalah besar... sepanjang hayat dapat pencen..

Yang peliknya... tidak pulak dikerat atau dihapuskan pencen mereka ini... huhuhu...



25 January 2024

Pencen Siapa Paling Besar Dan Banyak?

Bhai/DeeDee semua...

Pencen paling besar adalah bermula dari JUSA C dan keatas...

JUSA C, JUSA B, JUSA A sampailah kepada peringkat TURUS ... ini yang paling besar... termasuk juga Pencen Ahli Parlimen dan Ahli DUN ....

Ini semua memang besar dan banyak...

Celaka sungguh la..

Yang kesian adalah pencen peringkat PA dan bawah lagi,,,, udah la gaji kecik... tapi dah takdak pencen...



22 September 2023

Bila Kena Pada Mereka

Bhai/DeeDee semua...

Bila kena pada mereka... tahu pulak mereka meroyan... bising .... konon depa jugak la penjawat awam.... Kah Kah Kah..... berkhidmat pun 5 tahun... mau pencen penuh seumur hidup... ajer bajang lar...

Patut setkan ja pencen depa pada RM1500 sebulan.... sebab ikut kadar gaji minima yang ditetapkan Kerajaan... satu pencen jer.. walaupun depa ader banyak jawatan dan kedudukan masa berkhidmat... takder pencen bertingkat-tingkat...

Baru la tepat.... supaya depa tahu yang macam mana nak hidup dengan RM1500 sebulan....  

Kita tengok ader tak yang lain nak jadi wakil rakyat.... hahahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Pandai pulak meroyan?


10 April 2023

Satu Saranan Gila

Bhai/DeeDee semua..

Ini satu saranan gila ... Bangkai punya cadangan. Tak bagi can orang lain nak naik pangkat. Gila betul la. Adoilah...

Kalu pencen dinaikkan sampai 65 tahun... macam mana orang baru nak naik pangkat.... sebab bos tak pencen-pencen... perjawatan baru macam mana nak isi?? Pening aaa ...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL

Cadangan Gila

Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) mencadangkan pekerja dibenarkan untuk bekerja secara rela sehinga berusia 65 tahun.

Penasihat tenaga keraja SPCAAM Callistus Antony D’Angelus membangkitkan isu pengeluaran KWSP yang hangat diperkatakan, yang menurutnya menunjukkan ramai pekerja akan mendapat manfaat daripada pendekatan yang anjal.

"Mereka tidak sepatutnya diwajibkan bersara ataupun dimestikan bekerja.

"Bagi mereka yang terus bekerja melangkaui usia persaraan sekarang, ia tidak sepatutnya melibatkan pekerjaan berdasarkan kontrak kerana ia meningkatkan risiko amalan tempat kerja yang bahaya dan bersifat eksploitasi," katanya.

D’Angelus berkata langkah itu akan membolehkan orang bekerja sehingga berusia 65 tahun dan justeru meringankan beban ekonomi mereka dan juga negara.

05 January 2023

Ini Semua Gampang Tuan Puan

Bhai/DeeDee semua...

Pinda Perlembagaan untuk isu kerakyatan anak boleh tapi pinda perlembagaan untuk mansuh pencen anggota Kabinet tak boleh?

04 January 2023

Benda Sedap Bhai...

Bhai/DeeDee semua...

Gua maleh nak cakap banyak melainkan gelak besar jer la... sebab karang ramai haters kecam berlebihan... Walanon dan Bangsa Slurpp sekarang nih lagi hati tisu berbanding Walaun dan Macai...

Benda sedap bhai.... bila lagi.. HAHAHAHAHA


Cadangan untuk memansuhkan atau mengurangkan pencen anggota Kabinet adalah tidak munasabah kerana perkara berkaitan pencen termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ada yang uar-uarkan kononnya Kerajaan Perpaduan ini akan menimbangkan untuk mengurangkan pencen, itu tidak munasabah kerana isu ini soal perlembagaan dan harus diteliti dan dirujuk semua pihak,”

Bekas Ahli Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad hari ini dilaporkan berkata kerajaan mampu menjimatkan RM100 sehingga RM150 juta perbelanjaan negara setiap tahun sekiranya pencen bekas anggota Kabinet dimansuhkan.

13 December 2022

Jangan Sombonglah

Bhai/DeeDee semua...

Bukan tak biasa kita tengok pegawai kerajaan (mostly pegawai kerajaan memang Melayu) berperangai pelaq, sombong dan perasan bagoosh... Biasa dah kita tengok camtue... Dan tiap kali pon memang akan terlepas tak kena tindakan...

Cuma kali ini nasib tak baik menyebelahi pegawai level TURUS nih... Hahaha

Memang patut pon dier kena pecat.. cuma lama sangat tindakan nak diambil... Ogos buat perangai... Disember baru kena pecat... patut lagi awal kena... 

Maybe mangkuk nih kena pasai Kerajaan Persekutuan dah bertukar... cuba kalu Kerajaan yang lama... pemerintah yang lama... maybe selamat mangkuk nih... maybe kes dier akan disapu dok bawak karpet... Hahaha... macam la tak biasa kan... Hehehe

Hadan Huker la... hidup janganlah sombong.,,


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd. Syafiq Abdullah ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam di bawah Peraturan 49(3), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) berkuat kuasa, hari ini.

Berdasarkan sekeping surat yang tular hari ini, Mohd. Syafiq turut dibersarakan mengikut perenggan 10(5)(D) Akta Pencen 1980 (Akta 227).

Jelas surat yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali itu, kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Mohd. Syafiq yang juga merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama Turus 1 (Memangku) demi kepentingan awam.

Dalam kejadian 3 Ogos lalu, Mohd. Syafiq didakwa telah menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam satu perselisihan faham di antara mereka.


 

11 December 2022

Mudahnya Bermadah

Bhai/DeeDee semua...

Gua tahu ramai pembaca blog gua nih memang aktif berpolitik... Gua tahu sangat...  Tapi adakalanya kita kena berpolitik dengan idealism ... berprinsip...

Sebab kita kena tahu satu perkara ... perkara ini utama... perkara ini sakral... perkara ini sesuatu yang nyata...

Selama-lamanyalah kita akan dipergunakan oleh orang politik (pemimpin politik) jika kita masih berasakan bahawa tujuan utama perjuangan orang politik itu adalah untuk memberi kebahagian kepada kita.

Daripada mereka pada asalnya saling membenci, kini mereka tanpa rasa bersalah akan saling bermaafan apabila kepentingan memiliki kuasa memerlukan. Yang menjadi gila adalah kita.

Naik pening kita mahu memaki siapa. Bila kita maki dan kecam satu pihak... kita akan dilabelkan pentaksub pihak satu lagi... Adoilah... Bila kita kecam dan maki semua... kita akan dikatakan meroyan... Huhuhuhu

Berhentilah daripada menjadi balaci / macai politik. Kita bukan apa-apa di mata mereka melainkan alat untuk mereka memperkayakan diri. Sebab dari sokongan dan undi kita kepada mereka... merekalah yang untung.... dapat elaun, dapat pencen, dapat emolumen.... segalanya ditanggung... waima lawatan dan huluran wang sesampul dua kepada kita pun bukanlah keluar dari poket mereka... melainkan semua boleh di"claim" kembali...

Orang Politik jugak yang akhirnya dapat projek itu ini ratusan ribu sampai ke ratusan juta...  lot tanah dan balak yang berekar-eker... malah sampai ratusan hektar... 

Lu yang beriya-iya bekap diorang satu habuk pun takdak.... Hehehe




10 November 2022

Malu Apa Kalau Berkata Benar

Bhai/DeeDee semua...

Cakap jer la... Gaji dan emolumen kakitangan awam diawalkan pada 17 November sebab nak pancing undi... Cakap jer la pencen pesara kakitangan awam yang diawalkan pada 14 November sebab nak dapatkan sokongan pada PRU15..

Cakap jer la Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diawalkan pada 15 November sebab nak dapatkan sokongan dan undi dari B40.... Cakap jer la... Buat apa nak malu... malu apa kalau berkata benar...

Benda bukannya susah pun... Hahaha

Kita semua tahu itu adalah untuk PRU15... takder hal... mana-mana kerajaan yang memerintah pon mungkin akan ambil jalan yang sama... apa ada hal... bab kewangan nih kena didahulukan... Hahaha



12 October 2022

PRU15 : Calon Pencen Kita Tolak

Bhai/DeeDee semua...

Pada gua.... PRU15 kali nih.... kita sepatutnya tolak mana-mana pesara (yang dah lepas 60 tahun) menjadi calon PRU15 .... Kita takmo calon yang dan tua.,.. yang otaknya dah lemah... pemikiran dah tepu dan tak berdaya maju...

Kita mahukan golongan muda...

Yang tua-tua tue.... sila la berhenti berpolitik... dan lepak la di Masjid atau Surau..... Hahahaha



09 March 2016

Pimpinan Cuepacs Memang Bangang

Bhai/DeeDee semua...

Bagi sesiapa yang kerja dalam Perkhidmatan Awam... memang senang nak tengok benda macam ni... Pegawai yang patutnya dah lama pencen... tapi pasai sistem sedia ada tak bagi pencen pada umur 55 tahun... maka ramai pegawai yang uzur dan tak berapa "fit to work" akibat dari penyakit tiga serangkai.. Jantung, Kencing Manis, Darah Tinggi....

Itu belum lagi kalu ader pegawai yang kena Sakit Buah Pinggang.,.... Pergh... alamat selalu kosong la meja opis sebab asyik dok berulang alik ke hospital atau klinik...



Cadangan Cuepacs nak naikkan umur pencen dari 60 kepada 62 memang paling bodoh.... Apa la yang ader dalam pikiran pimpinan Cuepacs... Kalau dah bangang tu jangan duduk kerusi pimpinan la... Aper daaa...

Daripada naikkan kepada 62 tahun... baik ejast terus naik sampai umur pencen 85 tahun.... baru la ader akai.... Aper kelas umur 62 jer... 75 tahun takmo ker?

Jadah aper bangangnyer Cuepacs ni.... Bangang tak abis-abis...  Patut-patut umur 55 tue berenti la... pi buat amal ibadat... pi melancong... pi main dengan cucu... pi riadah.....  Kalo naikkan kepada 62 tu... makanyer ramai la yang mampus dulu tapi tak dapat kuarkan duit KWSP...

Gua tau ini cara depa nak ejast supaya dilewatkan lagi nak boleh kuarkan duit KWSP.... ini cara ngelat.... ini cara jilaker... Tau la sebab KWSP pun bukan ader duit tunai pun ... banyaknyer ader atas kertas utang Kerajaan Malaysia.... Idiot betul lar...

13 April 2013

SENSASI : Lawak Orang Tua Nyanyuk

Bhai.... Lu tau kan... Itu hari masa Lim Kit Siang cabar Mahathir Mohamed bertanding lawan dier di kerusi Parlimen Gelang Patah (kubu kuat MCA nih).... Mahathir Mohamed bukan main pengecut takdee tulurnyer kata takmo bertanding... Pasai kononnyer dier dah pencen... Dan dier suruh Lim Kit Siang pencen gak dari politiknyer.... Hahaha... Yang lagi best tue semua pencacai UMNO/BN dok bekap Mahathir Mohamed yang takder tulur tue.... Hahahaha...

Rupa-rupanya... Mahathir Mohamed tue samer jer takder tulurnya dan cakap tarak srupa bikin macam PapaGomo @ PapaTulur.... Hahaha.... Nak buat camana.... dah orang tua nih nyanyuk... jadi tindakan dier dah jadi lawak aaa....  Pasai apa gua citer camnie... Hahaha

Pasai... Memang sohih Mahathir Mohamed sedang cuba masukkan nama dier sebagai calon PRU13 di kerusi Parlimen Putrajaya..... Hahahaha.... Siap ader deal ngan Adnan Mansor lagi....

Aik... Itu hari cakap sudah pencen lar... Sudah lama bersara pa.... Hahaha... Tapi ader hati mau tunjuk power untuk bertanding di Parlimen Putrajaya..... Hahaha... Awat Mahathir Mohamed takut nak lawan Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah.... Takkan tulur sudah kucut kot...

Johor dan Putrajaya samer jer senario politiknya... Kononnya kedua-dua kawasan nih memang kubu kuat BN... Takkan la pengecut sangat lar saekor negarawan ulung Malaysia nih... Hahaha... Gelang Patah aderlah kubu kuat BN... Samer gak ngan Putrajaya.... So.... Kasi chan la Adnan Mansor (mamak yang perasan dier berdarah sultan tue) lawan sama Husam Musa... Mahathir Mohamed lawan la Lim Kit Siang.... Baru la nampak macam anak jantan...

Baru la boleh pegang status negarawan ulung.... Kalu tidak... Maka samer jer takder tulur macam PapaGomo jer..... Hahaha....

P/S : Buat Bhai COBOL... Senarai calon-calon yang enam orang tabley pakai (yang gua nak tuliskan hari tue) dalam PR tue aderlah seperti berikut:
  • Haron Din
  • Mansor Othman
  • Shamsul Iskandar Mohd Akin
  • Mustafa Kamil Ayub
  • Nik Abduh Nik Abdul Aziz
  • Loh Gwo Burne
Err... kalu nak diikutkan memang lagi ramai... tapi takper la... cukup dengan 6 orang nih dulu... Dan gua pasti.. pasai list nama nih... mesti ramai yang akan flood dan tibai blog gua nih... dan mesti ader yang berbulu ngan gua sampaikan akan sanggup kata gua nih pro-BN.... hahaha.... gua takder hal lar.... hahaha... Tambah lagi geng-geng YuGi .... hahahaha.... mesti terbakor betul lar...... hahaha

Oops.... ader orang tue akan melompat.... lompat la awal-awal skit... jangan menyusahkan orang lain... hahaha

P/S/S : Kalu nak sangat jadi calon PRU13 ... sila lengkapkan dulu kriteria nih....  hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1