Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Idealisma. Show all posts
Showing posts with label Idealisma. Show all posts

11 December 2022

Mampukah Perikatan Nasional?

Bhai/DeeDee semua..

Kita sedia maklum akan apakah hasil PRU15 yang baharu selesai beberapa minggu sudah... Dan kita kita telah mendapat keputusan kerusi Parlimen Padang Serai dan Tioman...

Kita letak tepi dulu sentimen kepartian yang menebal dalam diri kita dan kita lihat impak yang berlaku dalam konteks yang lebih meluas dan menyeluruh... Payah kita nak nampak kalu kita masih taksub dengan sentimen kepartian.

Okay... Walau apa pun tafsiran dan pandangan korang tentang strategi yang digunapakai oleh PAS dan BERSATU dalam Perikatan Nasional... itu semua sekadar akademik jer... sebab Perikatan Nasional (PN) telah berjaya memperlihatkan bahawa mereka adalah saingan sebenar bagi Barisan Nasional (BN)... Malah bukan sahaja itu... Perikatan Nasional juga telah berjaya mengekang penguasaan Pakatan Harapan (PH).

Kita semua tahu yang Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sentiasa membawakan naratif yang sama seperti sebelum ini.. tapi Perikatan Nasional (PN) telah lebih berjaya membawa naratif Melayu dan Islam. Itu yang pasti.. 

Perikatan Nasional (PN) berjaya meresapkan politik mereka kedalam sanubari orang-orang kampung dan sub-kampung.... serta juga berjaya dalam percaturan di kawasan bandar... Sedikit demi sedikit kemaraan yang telah dibuat oleh mereka... Nak kata PAS itu tersangat kuat tidak lah benar ... malah nak kata BERSATU itu kuat pun tak benar juga...  Tapi tengok macam mana mereka berjaya menguasai Undi18 ...

Jadi apa yang berlaku sebenarnya?? Mampukah Perikatan Nasional mengambil alih beberapa lagi pemerintahan di peringkat Negeri? Mampukah Perikatan Nasional mengambil alih Negeri Sembilan? Tiada siapa yang tahu buat masa nih...

Tapi dengan sentimen dan naratif yang sedang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN) ianya tidaklah sesuatu yang mustahil... Gelombang ini walaupun asalnya dilihat seperti riak yang kecil,... pastinya boleh mengganggu gugat tebing yang kukuh dan utuh... semuanya boleh roboh...

Apa pun.... ditambah pula dengan sentimen protes dan boikot dari dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)... ianya bukanlah sesuatu yang mustahil... walaupun ini langka... huhuhu



Mudahnya Bermadah

Bhai/DeeDee semua...

Gua tahu ramai pembaca blog gua nih memang aktif berpolitik... Gua tahu sangat...  Tapi adakalanya kita kena berpolitik dengan idealism ... berprinsip...

Sebab kita kena tahu satu perkara ... perkara ini utama... perkara ini sakral... perkara ini sesuatu yang nyata...

Selama-lamanyalah kita akan dipergunakan oleh orang politik (pemimpin politik) jika kita masih berasakan bahawa tujuan utama perjuangan orang politik itu adalah untuk memberi kebahagian kepada kita.

Daripada mereka pada asalnya saling membenci, kini mereka tanpa rasa bersalah akan saling bermaafan apabila kepentingan memiliki kuasa memerlukan. Yang menjadi gila adalah kita.

Naik pening kita mahu memaki siapa. Bila kita maki dan kecam satu pihak... kita akan dilabelkan pentaksub pihak satu lagi... Adoilah... Bila kita kecam dan maki semua... kita akan dikatakan meroyan... Huhuhuhu

Berhentilah daripada menjadi balaci / macai politik. Kita bukan apa-apa di mata mereka melainkan alat untuk mereka memperkayakan diri. Sebab dari sokongan dan undi kita kepada mereka... merekalah yang untung.... dapat elaun, dapat pencen, dapat emolumen.... segalanya ditanggung... waima lawatan dan huluran wang sesampul dua kepada kita pun bukanlah keluar dari poket mereka... melainkan semua boleh di"claim" kembali...

Orang Politik jugak yang akhirnya dapat projek itu ini ratusan ribu sampai ke ratusan juta...  lot tanah dan balak yang berekar-eker... malah sampai ratusan hektar... 

Lu yang beriya-iya bekap diorang satu habuk pun takdak.... Hehehe




08 December 2022

Sudah Duduk Sekali...

Bhai/DeeDee semua...

Sekarang nih PH dah duduk sekali dengan BN... jadinya kepada para cytro PH yang dulunya dok tibai BN dalam segala segi dan arah... maka dengan sekali duduk la nih... boleh la tanya banyak soalan yang dulunya BN tak nak jawab...

Macam contohnya... siapa sebenarnya Syeikh Arab (Raja Arab) yang Ahmad Zahid Hamidi kata dah jumpa berkaitan dengan dana RM2.6 bilion 1MDB tue...

Takkan la sesama geng la nih.... sesama boleh ngeteh la nih... tabley puak BN nak jawab.... 

Lagi satu macam citer Skandal PKFZ ka... macam skandal NFC ka.... Hehehe... Patut la nih senang la sembang tepi bertanya dan dapat penjelasan sebenar ... kan sesama geng... Hehehe...

Hehehe ....

Walanon dan Bangsa Slurpp sure akan kuat bekap la nih... Hahaha



24 May 2013

Kalau Kita

Bhai... Kalau kita taksub dengan pimpinan... biler pimpinan belot dan pentjngkan diri sendiri... mesti kiter akan rasa tak best.. Tambah lagi dalam banyak kes... pimpinan selalu sangat belot dan buat taik...

Tapi...

Tapi kalau kita taksub dengan idealisma... Pastinya kita takkan disabotaj dan diperdajaikan oleh idealisma kita.... Sebab idealisma tidak bergantung kepada siapa pimpinan atau ketua...

Jadi... gua nak nasihatkan lu orang... Sebagai pejuang rakyat marhaen dan mustad'afin... Lu jangan sesekali taksub dengan pimpinan... sebab banyak pimpinan yang akhirnya jatuh dan belot hanya kerana daki dunia... walaupun di mulut diorang sentiasa berzikir dan berzakar tentang perjuangan..

Lebih baik lu taksub kepada idealisma... Itu lebih baik buat lu...

Aper-aper pon.... Janganlah "ke laut" .... Hahahaha... 

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1