Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Steven Sim. Show all posts
Showing posts with label Steven Sim. Show all posts

20 August 2024

RTM Ni Bukankah Agensi Kerajaan?

Bhai/DeeDee semua...

Teruk betul la Kerajaan Malaysia nih... macam mana la sampai boleh tertunggak pembayaran gaji pekerja di Agensi Kerajaan... Adoilah.... tak pernah dibuat dalam sejarah...

Apa punya pengurusan la.... karut betul...



05 March 2024

Terkena Lagi Pemandu E-Hailing

Bhai/DeeDee semua

Rata-rata syarikat insurans juga gunakan peluang kenaikan kadar cukai SST untuk banyak menaikkan kadar insurans bagi industri e-hailing.

Misalnya, Zurich insurance naikkan caj insurans sebanyak 47% dari RM3.82 ke RM5.62 sehari bermula 1 Mac 2024. Dulu hanya RM1.33 sehari.

Kurnia pula naikkan dari RM2.00 ke RM3.06 (bermula 1 Mac 2024) ke RM4.86 (Apr-Sept) ke RM6.11 sehari (bermula Okt 2024). Dulu cuma RM2 sehari.

Maka beban pada pemandu ehailing pun naik. Tambang juga naik.

Menteri buat tak nampak pula.



14 June 2023

Penang Is Rael

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Biasa la PAS ... apa la modal PAS selama ini pun... Hahaha... selain dari modal kaum dan agama... Lain skill PAS takdak... Hahaha...

Yang DAP terikut-ikut rentak PAS nih sampai meroyan pasai apa?? Tak payah la nak layan orang gila... Hahahaha

Penang Is Rael ..... hehehe

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

DAP vs PAS


11 December 2022

Mudahnya Bermadah

Bhai/DeeDee semua...

Gua tahu ramai pembaca blog gua nih memang aktif berpolitik... Gua tahu sangat...  Tapi adakalanya kita kena berpolitik dengan idealism ... berprinsip...

Sebab kita kena tahu satu perkara ... perkara ini utama... perkara ini sakral... perkara ini sesuatu yang nyata...

Selama-lamanyalah kita akan dipergunakan oleh orang politik (pemimpin politik) jika kita masih berasakan bahawa tujuan utama perjuangan orang politik itu adalah untuk memberi kebahagian kepada kita.

Daripada mereka pada asalnya saling membenci, kini mereka tanpa rasa bersalah akan saling bermaafan apabila kepentingan memiliki kuasa memerlukan. Yang menjadi gila adalah kita.

Naik pening kita mahu memaki siapa. Bila kita maki dan kecam satu pihak... kita akan dilabelkan pentaksub pihak satu lagi... Adoilah... Bila kita kecam dan maki semua... kita akan dikatakan meroyan... Huhuhuhu

Berhentilah daripada menjadi balaci / macai politik. Kita bukan apa-apa di mata mereka melainkan alat untuk mereka memperkayakan diri. Sebab dari sokongan dan undi kita kepada mereka... merekalah yang untung.... dapat elaun, dapat pencen, dapat emolumen.... segalanya ditanggung... waima lawatan dan huluran wang sesampul dua kepada kita pun bukanlah keluar dari poket mereka... melainkan semua boleh di"claim" kembali...

Orang Politik jugak yang akhirnya dapat projek itu ini ratusan ribu sampai ke ratusan juta...  lot tanah dan balak yang berekar-eker... malah sampai ratusan hektar... 

Lu yang beriya-iya bekap diorang satu habuk pun takdak.... Hehehe




18 September 2021

Lee Chong Wei - Juara Sebenar

Bhai/DeeDee semua...

Gua cukup respek dengan Lee Chong Wei... bekas juara dunia badminton negara... Semenjak dier berada dipuncak kehebatan... dier memang banyak menabur bakti kepada negara ini... Dan sekarang dier berbuat lebih lagi...

Dengan Yayasan Lee Chong Wei... bukan sahaja dier beri bantuan tablet, telefon pintar dan laptop untuk PdPR kepada warga Malaysia yang memerlukan dalam program "Asal Cheq Nak Pi Sekolah" dengan kerjasama YB Steven Sim tapi... 

Lee Chong Wei jugak terlibat membantu dengan memberikan dana untuk kemudahan hospital dan perang terhadap Covid-19.... Syabas lah ...

Ini macam la juara sebenar... juara kepada rakyat... juara sebenar kepada masyarakat.

Salute...



24 July 2021

RM700k Tak Sampai 24 Jam

Bhai/DeeDee semua...

Syed Saddiq nih bukan calang-calang Ahli Parlimen... Betul dier masih muda lagi... betul dier tak banyak pengalaman... betul dier masih baru lagi dalam dunia politik.... tapi... dengan kekuatan pengaruh yang dier ader... sekejap jer dier boleh collect RM700k tak sampai 24 jam...

Ini bukan kaleng-kaleng punya worang...

Dan ader sorang lagi Ahli Parlimen... iaitu Ahli Parlimen Bukit Mertajam... Steven Sim... ini pon sama auranya dengan Syed Saddiq...  Mampu gerakkan dana "crowd fund" dengan mudah...

Dan kedua-dua Ahli Parlimen Muar dan Bukit Mertajam nih dulu bersama dalam satu Kementerian semasa dalam Pakatan Harapan..... mereka mempunyai semacam aura dalam kalangan para pengundi... Gua percaya ... kalaulah kita ader ramai Ahli Parlimen macam nih... InsyaAllah ... Malaysia akan akhirnya mendapat Kerajaan yang bagoosh...

Kita harap ramai lagi Ahli Parlimen yang muda macam Ahli Parlimen Batu (P. Prabakharan) dapat juga menjentik aura perubahan dalam Parlimen Malaysia...

Kearah Malaysia Yang Baru dan Bermaruah.



04 April 2021

Kalaulah Sultan Dan Raja Melayu Kita Prihatin Sebegini

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu... ader orang lain tindakannya... ader orang lain caranya... dan kita taklah nak minta sesuatu tanpa sebab... tapi kita sebenarnya nak rasa sedikit personal touch...

Kita mengundi pada setiap pilihanraya... kita nak lantik wakil rakyat.... dan mungkin bukan calon yang kita pilih yang menang... tapi bagi yang menang itulah sewajarnya menjadi wakil kepada rakyat dikawasannya tanpa mengira yang menyokong, yang membangkang malah yang berkecuali.... sebagai wakil rakyat... sewajarnya tiada seorang rakyat dalam kawasan yang diwakilinya terabai dna dilupakan.

Itu gunanya pejabat wakil rakyat.. Itu gunanya setiap wakil rakyat diberikan dana oleh Kerajaan... supaya ada peruntukan untuk menggajikan pegawai-pegawai pembantu kepada wakil rakyat... bukan sahaja pembantu ini hanya tunggu dipejabat wakil rakyat tapi mestilah turun ke padang dan mendapatkan input dari rakyat pada setiap masa.

Dan wakil rakyat... bila dah berstatus itu maka tumpuan mestilah kepada amanah yang telah diberikan... 100% tumpuan perlu dilaksanakan... Jika sebelumnya dia ada perniagaan, dia perlu lantik orang menguruskan perniagaannya... dan bukannya semasa dia jadi wakil rakyat masanya habis dalam urusan peribadi dan bisnesnya.... 

Tapi yang rakyat nampak.... menang sahaja jadi wakil rakyat... mula sibuk dengan bisnes, tender dan kontrak.... tugasan wakil rakyat diserahkan 100% kepada pegawai pembantu.... wakil rakyat akan hanya turun padang berjumpa rakyat hanya bila masa nak berkempen pilihanraya je...


Gua cukup teruja dengan cara Saudara Steven Sim (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) yang begitu cakna dengan rakyat yang diwakilinya di Parlimen Bukit Mertajam. Masalah rakyat dari macam-macam segi sampailah kepada pendidikan memang diutamakan.... Walaupun ramai pegawai pembantunya macam Saudara Rosly Yusuf yang sentiasa berada di lapangan ... tapi YB Steven Sim sendiri memang setiap hari akan turun padang sambil berkhidmat. Inilah personal touch seorang wakil rakyat...

Dan gua respek sesangat. Sungguh... Gua doakan YB Steven Sim terus sihat sejahtera dan dapat terus berkhidmat kepada rakyat yang diwakilinya.

Kalaulah semua wakil rakyat semacam YB Steven Sim... gua percaya Malaysia punyai sistem yang terbaik.... tapi... ini semua mimpi disiang hari jer.... susah nak jumpa wakil rakyat yang macam ni... Wakil rakyat yang berlabel agama lagilah payah lu orang nak tengok jadi camnie... Kalu ader pon sikit sangat atau dah mati...

Tajuk artikel ini memang gua sengajakan.... sendiri mau faham la.... benda nampak jelas depan mata....

Sekian.

04 February 2021

Pemimpin Masa Depan Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Pandangan yang selalu gua bawak mungkin tidak selari dengan semua pembaca... gua pahah.. dan gua takder masalah pun kalu kita nih semua berlainan pendapat... iya la... negara nih kan mengamalkan demokrasi... jadi .... semua orang berhak beri pandangan mereka...

Selagi mana semua pandangan itu memberikan kebaikan kepada masyarakat, bangsa dan negara... ianya kita patut sokong walau siapa pun yang menjuarainya...

Okeh... pada pandangan gua... dalam kekangan Covid-19 nih dan dalam keadaan sekolah belajar dengan cara PdPR..... apa yang gua nampak ... beberapa pemimpin yang masih muda yang berada dalam politik Malaysia yang gua rasa ader potensi menjadi pemimpin utama masa depan Malaysia...

Antaranya adalah Steven Sim, Syed Saddiq, P Prabakaran dan beberapa orang lagi... Tidak terkecuali pada pandangan gua juga adalah pemimpin seperti Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Khairy Jamaludin...

Pasai apa....  contoh terbaek yang gua nampak dapat dilihat dengan jelas pada karektor Steven Sim dan Syed Saddiq.... diorang berdua sedang berusaha memberikan tumpuan yang besar kepada sektor pendidikan... dengan menyediakan peralatan baru dan terpakai untuk digunakan dalam PdPR... 

Mereka aktif untuk mencari dana dan peluang secara crowdfunding dan peering sponsorship... dan seboleh mungkin mereka mengelakkan dari "opportunity seeker" yang cuba nak berdamping dengan mereka demi untuk mendapatkan laba di masa hadapan...

Kalu Steven Sim (DAP) dan Syed Saddiq (MUDA) berpeluang dicalonkan sebagai Menteri Kanan pada satu masa nanti... memang mereka akan dapat sokongan padu dari gua....

Salute...



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1