Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Kerja Kosong. Show all posts
Showing posts with label Kerja Kosong. Show all posts

26 November 2023

Kementerian Sumber Manusia Salah Tumpuan

Bhai/DeeDee semua...

Kementerian Sumber Manusia nih dah salah tumpuan... Yang sepatutnya lebih dibantu adalah warganegara tempatan... Rakyat Malaysia yang terabai tidak dapat pekerjaan.... Sama ada setelah diberhentikan kerja akibat masalah majikan... atau atas sebab-sebab ekonomi yang lain...

Ini yang sepatutnya KSM buat... 

Warga Asing yang terabai takder pekerjaan... antar jer balik ke negara mereka... Malaysia kena dahulukan beri pekerjaan kepada warganegara terlebih dahulu...

Ini tidak.... adoilah... Huhuhu

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Salah Tumpuan


10 April 2023

Satu Saranan Gila

Bhai/DeeDee semua..

Ini satu saranan gila ... Bangkai punya cadangan. Tak bagi can orang lain nak naik pangkat. Gila betul la. Adoilah...

Kalu pencen dinaikkan sampai 65 tahun... macam mana orang baru nak naik pangkat.... sebab bos tak pencen-pencen... perjawatan baru macam mana nak isi?? Pening aaa ...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL

Cadangan Gila

Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) mencadangkan pekerja dibenarkan untuk bekerja secara rela sehinga berusia 65 tahun.

Penasihat tenaga keraja SPCAAM Callistus Antony D’Angelus membangkitkan isu pengeluaran KWSP yang hangat diperkatakan, yang menurutnya menunjukkan ramai pekerja akan mendapat manfaat daripada pendekatan yang anjal.

"Mereka tidak sepatutnya diwajibkan bersara ataupun dimestikan bekerja.

"Bagi mereka yang terus bekerja melangkaui usia persaraan sekarang, ia tidak sepatutnya melibatkan pekerjaan berdasarkan kontrak kerana ia meningkatkan risiko amalan tempat kerja yang bahaya dan bersifat eksploitasi," katanya.

D’Angelus berkata langkah itu akan membolehkan orang bekerja sehingga berusia 65 tahun dan justeru meringankan beban ekonomi mereka dan juga negara.

03 January 2023

Sebab Kifarah?

Bhai/DeeDee semua...

958 orang kakitangan kontrak di LHDN dibuang kerja... ada yang dah lama dengan LHDN sampai lebih 10 tahun... ader yang tak lama.... Masa depa nih berkhidmat di LHDN... bukan setakat gaji yang okeh... tapi LHDN katanya ada beri bonus yang lebat bila kutipan lebih.... 

Masa tue.. diorang jarang bagi muka kat pembayar cukai... langsung takder timbang rasa.... semua atas alasan dalam SOP LHDN... bayar dulu... sembang kemudian... takder budi bicara ....

Sekarag diorang dah takder kerja.... dibuang kerja oleh LHDN... pulak depa pertikai kenapa LHDN takder budi bicara dan timbang rasa dengan diorang... kenapa diorang tak ditawarkan jawatan tetap walhal selepas diorang dibuang kerja... LHDN amik 700 kakitangan tetap yang baru....

Ramai kata kat depa nih... Hadan Huker....  ini semua sebab kifarah.... dulu tak ehsan kat orang... huhuhu


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ditempelak kerana mengambil lebih 700 pekerja baharu yang berstatus tetap dan tergamak membuang staf kontrak yang berpengalaman luas.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, agensi itu sepatutnya mengutamakan pekerja tidak tetap yang berpengalaman.

Sebahagian besar kakitangan terbabit malahan ada berkhidmat lebih 10 tahun dan tidak perlu pun dilatih semula kerana sudah mahir dengan sistem kerja LHDN yang kompleks.

“Saya dimaklumkan LHDN boleh ambil pula lebih 700 staf baharu sebagai pegawai tetap walhal mereka pernah ada kata tidak perlu ramai pekerja lagi,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau menyaksikan penyerahan surat ‘Rayuan Untuk Sesuap Nasi’ kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin di sini hari ini

Memorandum itu disampaikan oleh bekas Pemangku Presiden MTUC, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang hadir mewakili pemimpin blok berkenaan, Mohd. Effendy Abdul Ghani.

Ia diserahkan susulan isu penamatan seramai 958 petugas kontrak LHDN gred 21 pada 31 Disember lalu selepas rundingan terakhir pihak kesatuannya tiga hari sebelum itu gagal.

Badan berkanun tersebut dalam reaksi balasnya pada 29 Disember lalu memberikan alasan kononnya pembuangan itu perlu dilaksanakan kerana isu peralihan kepada fasa digitalisasi.

17 January 2013

DOSH : Boiler Meletup

Bhai.... Bagi yang tak pernah kenal gua... hahaha... gua kerja dalam bidang IT kat syarikat berkaitan Minyak dan Gas (ini kerja hakiki yang real .... kerja lain dengan agensi tue... itu kerja hakiki yang real gak... hahaha) dikawasan industri Minyak dan Gas Teluk Kalung, Kemaman, Terengganu.... Kawasan industri Minyak dan Gas nih sebenarnya dari Gebeng di Kuantan... sampailah ke Hulu Dungun .. iaitu termasuk Paka dan Kerteh...

Hebat kan kawasan industri Minyak dan Gas Malaysia nih.... dan saper kater Malaysia nih cuma negara pengguna minyak dan bukannya pengeluar... hahahaha.... Kalu dengar dari mulut orang politik UMNO/BN... itu la yang disurahkan... walhal.. diorang nih kalu jejak kaki kat kawaasan Industri nih cuma masa perasmian jer... hahaha... lain tak tau... camana beroperasi pon diorang tak tau...

Okeh... biler bercerita pasai industri Minyak dan Gas nih... perkara paling penting aderlah pasai keselamatan pekerja mahupun kilang (plant)... dan semuanya mesti mengikut peraturan yang ketat dimana semuanya perlu ikut SOP... dan ditetapkan oleh NIOSH dan DOSH... Green Card kena ader... hahaha... training kena ader... termasuklah "confined space" training.... memadam kebakaran (bomba @ firefighting) dan sebagainya semua kena tau... dan yang paling utama sentiasa semak keadaan persekitaran dengan "gas detector" ... hahahah.... kalu rasa nak mampus cepat try la buat kerja bodoh...

Itu baru kat onshore... kalu offshore ... kat plafrom lagi la banyak cekadaknyer... kena ader Paspot... bukan paspot yang amik kat Imigresen tue... tapi nih paspot untuk kerja offshore... kena amik sea survival course ... tak kisah la yang basic ker..... kena amik HUET (helicopter underwater escape training)... kalu ader lesen PADI lagi bagoosh... PADI nih lesen untuk divers .... hehehe... nasib baik gua ader sumer tue... hahaha... lengkap dengan green card...

Okeh... gua bukan nak citer pasai nak kelaut... kerja ngan syarikat Minyak dan Gas... tapi gua nak citer pasai keselamatan.... dalam industri nih... terlalu banyak boiler... terlalu banyak pressure vessel... semuanya kalu tak jaga betul-betul... dah maintenance betul-betul... takder ikut spec.. takder ikut SOP... ader yang tak pasai-pasai boleh jadi arwah... mampus biler boiler meletup...

Sebab itulah semuanya kena semak betul-betul... semuanya tabley main cincai bancai... semuanya tabley cap ayam....  rasa nak mampus.. try la... Jadi... aper sebenarnya yang berlaku di Felcra Bukit Kapah nih.... sampaikan pengukus tandan kelapa sawit boleh meletup dan mengakibatkan kemalangan jiwa... empat orang meninggal dunia bhai...

Ini pon satu jenis pressure vessel.... sejenis boiler (dandang)... dan ader tekanan.... salah percaturan maut menunggu... gua tak tau la diorang nih ader buat maintenance ker tidak.. ader buat kerja ikut spec atau tidak.... atau pon kualiti boiler dan pressure vessel dier memang kualiti rendah.... masak la kalu camnie... maknanyer semua kilang memproses kelapa sawit milik Felcra kena siasat la... itu baru Felcra... belum lagi yang milik Felda....

Aper-aper pon... gua ucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan bacaan Al-Fateehah untuk mangsa (tak kisah la agama apa sekali pon mangsa tue)....

Al- Fateehah



02 August 2010

Iklan Jawatan Kosong

Peluang kerja di dalam bidang IT - Virtuanic Web Services (www.virtuanic.com)

Virtuanic Web Services sedang mencari 4 eksekutif pemasaran teknologi untuk beroperasi di Pahang, Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Penang. Waktu bekerja anjal.

Calon yang ingin memohon perlu sekurang-kurangnya mempunyai Certificate in Finance / Administration, dengan pengetahuan yang mantap di dalam bidang internet technology (IT).

Gaji bulanan di dalam lingkungan RM 4000 beserta dengan sales commision. Latihan akan diberikan.

Calon yang berminat boleh menghantar email ke sales (at) virtuanic.com beserta dengan link online resume anda.

VIRTUANIC WEB SERVICES

17 September 2009

Tak Macam Nak Raya

Gua dah tak macam nak raya dah rasanyer .... Kompeni tempat gua kerja nieh (industri Minyak dan Gas) di Kemaman nih diberitakan akan bungkus (winding-up) seawal pertengahan bulan 10 nih... minggu lepas management dah bagi tau...

Gaji bulan nieh dibayar pada 28 haribulan .... seminggu lepas raya.... huhuhuhu ... sedih nih... macam mana nak balik raya ... modal nak balik pon takder...

Lepas raya pulak tue .. kemungkinan besar dah takder kerja... jadi ... kalu korang la ... ader lagie ker rasa nak raya kali cam nie? Gua cuma layan anak-anak dan bini jer.... diorang rasa seronok nak raya... gua dah tak ader hati dah... tak macam nak raya rasanyer...

Frust betul la... tapi gua tak sampai hati nak kasi tau bini ngan anak-anak... tak sanggup la.. tak sanggup tengok depa nangis ... kalu depa nangis... gua lagilah lebih nak nangis nih... penat oo... takkan nak cari kerja lagie nih.. sijil gua ntah kat mana gua letakkan... tak tau la... tak larat la nak pi interview sana sini dan menaruh harapan tinggi....

Tapi takper.. dimana ader bumi Allah S.W.T ... disitu ader rezeki... InsyaAllah... tak dapat kerja baru.. gua start berniaga ... dengan modal yang ader sikit (mungkin ader pampasan nanti) .. boleh la kot buat modal berniaga....

Lagi satu... gua tak sampai hati nak benarkan laman blog nie ader iklan selain dari iklan yang gua pasang sendiri tue.. tapi kalu ekonomi dah makin tenat... maybe gua akan bukak ruangan untuk letak iklan kat sini... gua kalu boleh tak nak ceramuk kan blog nih dengan iklan... Iklan FBOT EA tue pon produk gua punya sendiri... kalu ader yang teringin denganm FBOT EA tue ... tolong beli la... hehehe.. at least ader gak sikit modal kat gua...

So ... kalu la ditakdirkan gua terpaksa buat ruangan iklan untuk disewa... gua akan buat poll dulu ... buat soalselidik dulu... kalu ok baru gua buat...

12 September 2009

Ekonomi Yang Semakin Teruk

Pergh...

Sapa kata ekonomi Malaysia dah mulai pulih... yang bagitau ekonomi dah pulih tue .. dier ader tak pi round 1Malaysia untuk buat kajian...

Wei... ekonomi makin merudum la... Tak percaya... maih gua bagitau sikit...

Biasanyer kalu ekonomi jatuh pun syarikat berkaitan Minyak dan Gas terjejas gak tapi tak berapa banyak la.. tapi kali nih.... banyak gak syarikat berkaitan Minyak dan Gas (Oil & Gas) pun terkena tempias dengan hebat...

Kalu lu peratikan banyak gak syarikat dalam bidang nie yang terpaksa membuat "downsizing" dan jugak "shutdown" ... Shutdown tue normal la.. tapi kalu dah terlampau lama shutdown dan operasi plant berjalan dengan "skeleton crew" ... itu petanda ader masalah tue..

Malah ader syarikat yang memberikan cuti tanpa gaji kepada pekerja diorang sempena cuti Hari Raya Aidilfitri terus selama seminggu setengah... tanpa perlu isi borang cuti.. plant pun tutup.. cuma berjalan secara "skeleton crew" jer dalam kurang dari 10 orang untuk jaga plant dan pressure vessel supaya tak meletop... itu jer...

Syarikat tempat gua kerja pun dah menunjukkan simptom yang sama.... gua dapat cuti hari raya paling panjang.... seminggu setengah dan.. gaji bulan nieh bos kata cuma boleh dibayar pada hujung bulan... no duit gaji raya atau bonus raya... .... whoa... pening oooo... duit nak raya takder... tak tau camana nak buat modal kos minyak dan tol nak balik kampung nih...

Gua kesian gak tengok staf kat syarikat gua kerja nie... ader 300 orang... semua Melayu... kesian diorang... bini diorang kebanyakannya suri rumah... la nie overtime dah kena hold... gaji pulak tunggu hujung bulan... kesian diorang... camana nak raya... Gua al least bini punya gaji ader gak skit... boleh cover skit...

Sapa kata ekonomi Malaysia tak tenat .. memang tenat la oooiii.... errr... ader kerja kosong tak kat mana-mana .. gua nak apply la..

25 August 2009

Pelaburang RM3 Bilion Di Kemaman

Kawasan Perindustrian Telok Kalong menjadi tumpuan lagi... bukan apa... Kerajaan Negeri Terengganu ada mewar-warkan bahawa satu lagi Industri berskala besar (berkaitan dengan industri kilang besi) akan dibina disini.

Gua bukan tak setuju Kawasan Perindustrian Telok Kalong di Kemaman nih menjadi tumpuan... tapi... sebelum banyak lagi industri bertapak disini... (wei.. sini dah lebih 25 tahun dah ader kawasan industri) .... pastikan dulu infrastruktur ditambah nilai dan diperkemaskan dulu.

Kawasan Industri Telok Kalong
  • Tak ader kemudahan bas yang lalu dan berhenti disini... kalu ader pon itu cuma bas ekspress yang berhenti menurunkan penumpang... Susah la bagi orang yang takder kenderaan nak pi kerja... bas pon tak lalu..
  • Kemudahan telekomunikasi kat sini macam hampeh... Streamyx ader.. tapi cuma ADSL ... tak sesuai untuk kegunaan industri... SDSL pon tak ader... Fiber Optics.. lupakan saja... WiMAX .... jangan harap la nak ader.... Kabel telefon pon biasa kena rembat kat sini... sebab kabel telefon jenis tergantung kat tiang.. takder trunking bawah tanah...
  • Jalan kat sini memang teruk... berlubang-lubang... turap pun macam main ikut suka jer...
  • Signboard kawasan industri macam cikai... tak pro langsung..
  • Polis round kawasan nie ikut suka jer... tak konsisten... kes hilang motor dah banyak kali dah...
  • "Centralised Food Court" pon takder... kena harap kedai makan kecik kat tepi jalan jer... err.. kedai nie ader permit niaga ker....
  • Pejabat POS mini pon takder dikawasan nih... kena pergi Kijal atau Chukai untuk urusan berkaitan...
  • Nama jer kawasan industri... tapi masih penuh semak samun... memang la ader kontraktor pembersihan... tapi setakat mana la yang diorang boleh cover...
Ini yang paling penting sekali.... kalu nak majukan Kawasan Industri Telok Kalong tue... pastikan Jambatan sempit kat Bukit Kuang tue diupgrade dulu... la nie sempit dan jem setiap pagi, tengahari dan petang... Kadang-kadang tue ader plak jem teruk kat atas jambatan pasai PDRM buat sekatan jalan tak sampai 50 meter dari jambatan... ader ker bangang buat sekatan pada jarak tue... jem la woi.... bodoh ker apa nih....

So.... Ahmad Said ... apa lagi.. ambik la tindakan... takkan dah jadi MB Terengganu pon masih bengap lagie... nie kawasan lu ... lu kena jaga la...

16 July 2009

Closing Financial Year

Wargh...

Sibuk la dalam dua tiga hari nih... banyak benda nak buat closing ... orang akaun dengan kerja audit financial diorang... gua pulak ngan semua lesen-lesen software komputer kat kompeni yang gua kerja la nih...

Sibuk nak mampus .. sampaikan masa makan dan lepak terpaksa dikorbankan...

Sori la.. tak sempat nak buat analisa tentang kemenangan Barisan Nasional di N41 Manek Urai... memang diorang menang... kena salute sama diorang.... sebab apa... hahaha... nanti ader masa gua story...

Apa-apa pon... semua kerja opis kena siap hari nie... esok kat Kemaman cuti.. HQ pulak kat KL.. jadi bos nak semua report kena ader kat meja dier pagi esok... Jumaat kat KL kerja... pening la...

10 July 2009

Kontraktor Mana Nih

Pusat Akuatik MBKT memang dah siap setahun dulu.. tapi hasil kerja tak memuaskan.... macam mana boleh jadi macam nie... Sapa kontraktor dier.. Kompeni mana nih...

Ini kontaktor UMNO ker PAS .. err... mana ader kontraktor PAS dapat kerja besar kat Terengganu nih.. hahaha.. jadi sure kontraktor UMNO.. hahahaha... ini mesti kontraktor AliBaba nih.. ataupun kontraktor janji siap... hahaha.. kualiti tolak tepi..

Apa lagi.. kontraktor macam nie kita kena blacklist... tak boleh kasi projek lagie... tapi semua kontraktor tue kroni Idris Jusoh... hahahaha... macam mana nak buat nih... kontraktor tipu biasa la dapat projek besar kerajaan.. kontraktor yang bagus macam Phua Chu Kang (hehehe) sure tak dapat punya... hehehe

Baca Sini : Kontraktor Haram Jadah buat kerja setahun macam 10 tahun

09 July 2009

Pencen Untuk Kakitangan Swasta

Hahahaha...

Benda nie sepatutnya telah lama ada .. kerajaan sepatutnya telah meletakkan dasar yang kukuh berkaitan perkara nie.. tapi sampai la nie... asik nak kaji-kaji dan kaji.... berapa tahun daa nak kaji...

Takkan benda kecik macam nie pon amik masa yang lama.... Kalau kakitangan kerajaan ader KWAP ... apa susahnya kerajaan nak suruh majikan masukkan satu dana (levi khas) sebagai dana pencen bagi kakitangan swasta... Buat la macam dana simpanan takaful ker... majikan bayar minima premium levi nie.. selagi mana pekerja tue kerja dengan dier...

Nanti biler dah pencen... baru ler benda nie boleh dibayar kepada bekas kakitangan... bukan susah pon... pencen swasta umur 56 atau 60 tahun.... hidup paling lama pun sampai 80 tahun... cuma 20 tahun jer boleh dapat pencen...

Itu pun bukan semua yang boleh hidup sampai 80 tahun... biasanyer 65 tahun dah kiok... mampus .. mati ... arwah.. so... 5 atau 9 tahun bukannyer lama... cukup rasanyer dana khas (levi) tue digunakan untuk bayar pencen... apa yang susahnyer...

KWSP jangan diusik... buat jer dana baru... caruman hanya dari Majikan... minima.. tak mahal.. cuma caruman RM10 hingga RM100 jer sebulan.. buat secara takaful ... tak ker senang... tak susah pon.. tak payah nak kaji buat pening kepala jer....

Baca Sini : Kementerian Sumber Manusia kaji skim pencen untuk swasta

07 July 2009

Ada Yang Nak Mati Sakit Jantung Nih

Dulu pasai isu "istana" peribadi milik Zakaria Deros... kecoh satu negara... rasuah la.. salah guna kuasa la... Sampai ader yang nak siasat... Bila PRU12 UMNO/BN kalah di Selangor... punya la terkejut sampai mati Zakaria Mat Deros tue... mati sakit jantung... Sebelum tue adik dier mati menggantung diri...

La nie... Khir Toyo pulak diorang target... dari isu Baklis, Disneyland, Penyapu dan sebagainya sampailah isu terbaru "istana milik peribadi" bernilai RM24 juta... Banyak tue... besor sangat ker gaji Khir Toyo nih....

Nampak gayanyer la.. tak akan panjang umur Khir Toyo nih... bukan apa... boleh mati terkejut sakit jantung dier nanti... orang dok kejar sana sini... hehehehe... SPRM kalau boleh buat lupa jer isu "istana" Khir Toyo nie... sajer je la... sahih SPRM agensi yang tak boleh pakai punya...

Bila la agaknyer Khir Toyo akan mati kena sakit jantung aaa...

Baca Sini : Istana Khir Toyu berjumlah RM24 juta

25 June 2009

Terancam Mengancam

Muhyiddin Yassin buat lawak la pulak...

Ketua Jabatan Kerajaan tidak perlu merasa terancam kakitangan bawahan kritik... hahaha

Memang la... sejak dari dulu semua orang tahu.... kalau kakitangan bawahan kritik.. alamat kena tukar jabatan la.. tak pon kena cold storage... ataupun paling cikai sekali... kena pecat... macam la orang tak tau...

Podah ler Ketua Jabatan nak dengar kritikan orang bawahan dier.. cuba cek kat sekolah... Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan mana ader siapa berani kritik.. kalau kritik siap ler... alamat takder ler kenaikan pangkat... gaji melintang menegak... dan jangan mimpi la nak dicadangkan jadi Guru Cemerlang... JUSA jauh sekali..

Semua orang tahu yang Ketua Jabatan suka guna akta ISA (ikut suka aku) dalam pentadbiran dier... tanya la kakitangan kerajaan... jamin 99% akan setuju apa yang gua tulis nih...

Podah la Muhyiddin Yassin...

Baca Sini : Jangan rasa terancam jika kakitangan bawahan kritik

24 June 2009

Shopping Sakan Nampak?

Aih... banyak betul duit diorang nak shopping nih... hebat nampak... bukan sikit tau... cuma RM50 juta jer.. hahaha..

Duit sapa?.... sebut betul-betul... duit rakyat..... duit seluruh rakyat Malaysia...
Sapa joli?... Khazanah....
Berapa banyak?... Lima puluh (50) juta saja.....
Kalu rugi?... Rakyat tanggung... lembaga pengarah khazanah lepas bebas...
Kalu nazak?... Duit KWSP, KWAP dan Tabung Haji kan ader.... hahahaha boleh bail-out..

Sesuai ka melabur masa nih? hahaha.. itu kena tanya EPU dan Najib Razak... depa kata ekonomi Malaysia tidak terjejas... ekonomi ader asas kukuh... boleh bertahan... rezab banyak...

Bodoh lagi membangangkan depa nih....

Baca Sini : Khazanah, Boustead bina KidZania

23 June 2009

Masyuk... Masyuk Lagi...

Hahaha... dulu diorang bekalkan setiap sekolah dengan makmal komputer... tapi diorang lupa bekalkan sekali juruteknik komputer untuk setiap makmal komputer sekolah... akhirnya... projek tue jadi cam gajah putih jer bagi sesetengah sekolah...

Banyak PC yang jahanam.. internet tak jalan... satelite tergendala tak ada orang jaga...

Alih-alih.. la nie Muyhiddin Yassin nak ubah makmal komputer sekolah kepada makmal bahasa.... Woi mangkuk... isu PPSMI tak setel lagi la... nak ubah topik... Masalahnya bukan tak boleh tukar makmal komputer jadi makmal bahasa... tapi siapa nak kendalikan... nak harap cikgu... masa cuma 45 minit untuk satu waktu...

Perlu la ader diujudkan jawatan juruteknik makmal bahasa barulah padan... nie tak... siapa nak kendalikan dan jaga sistem tue... lama-lama jadi hampeh la..

Dalam kes nie.. siapa yang untung... yang masyuk.. masyuk duit kat poket diorang... tentulah para kroni, kontraktor... pembekal... dan yang berkaitan dengannya... so apa jadi ngan projek makmal komputer sekolah.. takkan bungkus kot?

Baca Sini : Makmal komputer sekolah dinaik taraf makmal bahasa

22 June 2009

Duit Masyuk

Whoa...

Dulu ader lampu berwarna atas bas.. pastue kotak hitam bas ekspress, sekarang GPS dan lepas nie pulah alat menghadkan kelajuan bas ekspress... Macam-macam tambah... semua buat duit tue... pembekal untung.. pengedar untung... pengeluar untung... pengimpot untung... pemasang untung... yang rugi cuma pengusaha bas jer...

Sebab apa rugi... sebab kena kuar modal... tapi semua tue takder hasil... eksiden masih banyak lagie... ramai yang mati... kena saman tak pernah surut... hehehe

Pening kapla sungguh... itu hari ader member gua bagitau... bahawa JPJ tak pernah menyediakan modul kursus pemanduan bas dua tingkat... dan takder sorang pon driver kat Malaysia yang ader lesen khas bawak bas dua tingkat... Tapi masih ader gak yang bawak masuk bas dua tingkat dan buat bisnes dengannya... biler eksiden salahkan driver.. driver kena tangkap...

Tapi.. masalahnyer driver tue lesen dier cuma lesen bawak bas biasa jer... bas satu tingkat... jadi maknanyer... kalau ader eksiden melibatkan bas dua tingkat... driver mungkin boleh lepas sebab bukan salah dier yang tak nak amik lesen memandu bas dua tingkat.. tapi pasai takder silibus, kursus dan lesen macam tue kat Malaysia nih... JPJ tak pernah buat...

Siapa yang dapat AP bawak masuk bas dua tingkat nih.... Tentunya orang-orang kroni yang rapat dengan pimpinan UMNO/BN ataupun memang ahli UMNO/BN... tue ler masalahnyer...

Baca Sini : LPKP kaji kesesuaian alat had laju bas

18 June 2009

Dengar Pandangan Majikan?

Hahahaha...

Bukan ker dari dulu lagi Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkiblatkan majikan... Majikan menjadi tempat rujuk pertama diorang... diorang mana ader nak dengar sangat apa pekerja cakap... Pekerja ladang mintak gaji minima... diorang buat pekak jer...

Memang KSM nie menyebelahi majikan... dah lama dah... Cuma rasa pelik jer biler Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan cakap yang diorang nak dengar pandangan dari Majikan....

Hahahaha.. lawak la...

Baca Sini : Kementerian Sumber Manusia sedia dengar pandangan majikan

15 June 2009

Murugiah Mesti Dengki

Dei Thambi...

Lu kecoh dalam PPP apa dapat... jawatan yang ada pon goyah.... Tengok sama itu Kayveas.... banyak senang hati... bini jadi diplomat.... hahahaha...

Lu apa ada? Tulur ada ka?

hahahaha... padan muka sama lu.... PPP sudah jadi caca marba... hahahaha... lepas nie PPP akan jadi lebih turuk dari itu MIC kalu...

hahahaha...

Baca Sini : Isteri Kayveas Dilantik Pesuruhjaya Tinggi

Lu Percaya Tak?

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, jumlah pekerja diberhentikan di negeri Perak hanya 651 orang dan 568 daripadanya sudah berjaya mendapatkan pekerjaan semula.

"Jika dikaji semula, jumlah pekerja yang diberhentikan tidak membimbangkan kerana hanya 36 orang lagi masih berusaha untuk kembali mendapatkan pekerjaan," katanya. - Berita Harian Online...

Errr.... gua tak percaya la...

Takkan sikit sangat macam tue... awat.. betul ker kemelesetan ekonomi takder berlaku kat Perak... macam mana pulak boleh dengar beratus ribu kena buang kerja 1 Malaysia? Pelik gak...

Mana dier dapat statistik nie... tangkap muat jer ka...

Abis tue yang kena buang kerja tahun lepas dan tahun nie datang ramai-ramai dari mana.... Melaka? Perlis? Kelantan? Pahang? Sabah? ...... errr... macam tak percaya jer statistik yang mangkuk nie bagi...

Bodoh Tak Boleh Diajar

Nie apa punya mangkuk la...

KPLI tue memang patut dilamakan kursus dier.. kita nak cikgu yang berkualiti.. dan bukannyer jenis tangkap muat jer... La nie ramai sangat yang melambak jadi cikgu tapi takder kualiti... harap nak dapat gaji jer... tapi takder aura nak jadi cikgu... diorang nie jadi cikgu pasai terpaksa... sebab susah nak dapat kerja lain...

So.. bagi mangkuk-mangkuk yang bantah cadangan KPLI 18 bulan nie... baik lu orang tengok cermin... dan lihat efek kat anak murid... anak murid jadi bangang sebab dapat cikgu bangang.... nak duit jer... bukan nak berkhidmat untuk anak bangsa...

Kayu betul la mangkuk yang bantah nie... Bodoh tak boleh diajar...

Baca Sini : Kesatuan Guru Bantah

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1