Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Tuan Ibrahim Tuan Man. Show all posts
Showing posts with label Tuan Ibrahim Tuan Man. Show all posts

20 June 2023

Berangan Itu Percuma

Bhai/DeeDee semua...

Takper... kita paham.... Berangan itu percuma... takdak hal...
Semua pihak memang nakkan kemenangan... dan nak kuasai pentadbiran negara...

Semua pihak dah merasa sedapnya dan syoknya berada di lingkungan kuasa... Mana boleh lepaskan peluang walaupun ader sedikit... Hehehe... tambah lagi kalu masyuk.... Hahaha

Aper pon ... berangan itu tetap percuma... Tumbang atau tidak tue ... dari segi undang-undangnya agak payah... melainkan ader puak yang rasa dah nak keluar secara en-bloc ... hahaha

Yeah... kita layan ja nanti... gua ader jawapan camana nak tukarkan jalan kemenangan nih.... tunggu... nanti gua publish... hahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



14 February 2023

Bab Membongak Memang PAS Juara La

Bhai/Dee semua...

Macam tak biasa.... Kalu bab membongak... bagi la kat PAS... Memang PAS juara la bab membongak nih... Hahahaha... Semua depa rasa depa paling "Numero Uno" ...

Giler aaaa... sukati depa ja kan... Hahahaha .... lawak siot....


PAS menganggap titah diraja Yang di-Pertuan Agong di parlimen pagi tadi turut memberi pengiktirafan kepada kejayaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata semua pencapaian yang dipetik oleh Agong merupakan pencapaian kerajaan PN sebelum diteruskan oleh Ismail Sabri Yaakob.

Kata Tuan Ibrahim kenyataan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah itu merupakan pengiktirafan kepada PN.

“Data-data yang dikatakan oleh Tuanku (Agong) itu ialah hasil kejayaan-kejayaan kerajaan sebelum ini yang ternyata cemerlang.

“Semua pencapaian yang dibentangkan adalah kejayaan kerajaan terdahulu dan ia bukti nyata sebagaimana yang dinyatakan oleh Tuanku," katanya seperti dipetik portal rasmi PAS, harakahdaily, hari ini. 

02 December 2022

Salahkan Orang Lain?

Bhai/DeeDee semua...

Antara Saifuddin Abdullah dan Wan Rosdy.... gua lebih percaya kepada Wan Rosdy... 

Kenapa gua percaya dekat Wan Rosdy... sebab Wan Rosdy tak pernah jadi katak yang melompat atau lalang yang condong ikut kepentingan...

Saifuddin Abdullah nih apa yang tak pernah dier kata yang bagoosh tentang PKR dan Pakatan Harapan masa dier dalam parti tue... tapi cuba tengok masa dier dah keluar... Hahahaha... Sebelum tu masa dier dalam UMNO... apa yang dier tak puji UMNO.... hahaha... cuba tengok masa dier dah melompat...

Jadi... cakap Saifuddin Abdullah nih memang satu pon tabley pakai... tue pon tatau la macam mana orang boleh undi dier lagi...

Hahahaa... beda'ah banyak sangat aaa...



27 November 2022

Lawak... Siap Pujuk Dan Rayu

Bhai/DeeDee semua...

Keadaan "hung government" di Pahang nih memang menampakkan sisi sebenar PAS ... PAS yang mengangotai Perikatan Nasional....  hahaha

Bukan aper,... time ini la PAS cuba nak gunakan balik idea Muafakat Nasional (MN) yang sebelumnya memang PAS dan UMNO ader kerjasama.... Hahaha... tapi masa PRU15 ... awal lagi PAS tendang UMNO dari bekerjasama dalam Muafakat Nasional...

Masa PRU15 ... PAS terhegeh-hegeh bekerjasama dengan BERSATU untuk membentuk Perikatan Nasional.... dan seterusnya bertanding berlaga dengan UMNO yang berada dalam Barisan Nasional.... 

Kini... memang lawak... siap pujuk dan rayu lagi... sekadar nak dapat kuasa dan jawatan dalam pentadbiran Negeri Pahang... Hahahaha...

Pening aaa PAS nih... hahaha



23 October 2022

Betapa Penipunya PAS

Bhai/DeeDee semua ...

PAS bukan sahaja terkenal dengan dalil-dalil yang dikutip sana sini semata-mata nak bagi relevan parti itu... tapi juga cukup terkenal dengan dalih-dalih yang digunakan untuk cover-up perangai dan sikap mereka kepada para penyokong dan para pengundi...

Dengan imej agama yang dibawa... mereka dengan mudah memperdaya semua orang....

Bagi yang tak dapat diperdayakan... akan dilabelkan sebagai kafir lalu ramailah dikalangan Ostad dan Lobai dalam PAS yang akan menerakakan mereka-mereka yang tak dapat diperdayakan...

Itu realiti.

Contoh macam dalam kes RUU355 nih....  betapa bercabangnya lidah mereka....



22 March 2022

PAS boleh label orang lain, tapi orang lain tak boleh labelkan PAS

Bhai/DeeDee semua...

Benda simple ja... semua orang kena faham.. PAS boleh label orang lain, tapi orang lain tak boleh labelkan PAS ... ingat tue...

PAS boleh kutuk orang dan gelar orang dengan macam-macam label dan nama binatang... tapi jangan sesekali menggelar pemimpin PAS dengan label "jahanam" .... ini pantang besar nih...

PAS boleh mengkafirkan orang lain... tapi orang lain tidak dibenarkan mengkafirkan PAS ....

Hahaha.... bangang betul lar...

#PAS #Takfiri #Jahanam #AbdulHadiAwang #MohdAmar #MohdSanusi #3Jahanam #Kafir #Melabelkan #Maksum #CipanTapirTenuk #SocialCritics

08 March 2022

Shahidan Kassim Melarikan Diri? Satu KL orang cari dia.

Bhai/DeeDee semua...

Semalam Lembah Klang dilanda banjir akibat dari hujan berterusan selama 2 jam. Memang teruk Kuala Lumpur.. Lumpuh .... Hotel dan Pejabat semua kena banjir. Jalanraya dan terowong semua penuh air. Smart Tunnel pun tak mampu nak cover semua air banjir.

Dan semua orang cari Menteri Wilayah Persekutuan.. semua warga KL cari Shahidan Kassim.. Kemana dia pergi... Sehingga lewat petang nih pun takder apa-apa kenyataan dari Shahidan Kassim tentang apa yang berlaku semalam? Menteri MEWA Tuan Ibrahim Tuan Man hanya mampu menyalahkan hujan jer...

Kronik la... Apa nak jadi Malaysia nih... ader Menteri bangang dan lembab... ader Perdana Menteri lemau.... ader pimpinan lagi atas yang bisu... adoilah...

Mana Menteri Wilayah Persekutuan ketika KL dilanda banjir kilat

#BanjirKilat #LembahKlang #ShahidanKassim #Bala #BencanaAlam #Pembangunan #Lestari #Mapan #MenteriWilayah #AlamSekitar #MEWA #CipanTapirTenuk #SocialCritics

27 February 2022

PAS pecat Najib Lep lepas tanding calon bebas di DUN Bukit Pasir

Bhai/DeeDee semua...

Simple ja... Kalu lu tak ngam ngan pimpinan utama PAS... walaupun lu dah menang di DUN Bukit Pasir sebelum nih dengan 1883 kelebihan undi... dan lu dah buat kerja ground work.... tetap gak lu dipandang nothing oleh kepimpinan parti PAS Pusat...

Diorang takkan bagi peluang sama lu untuk menang lagi di DUN Bukit Pasir tue... Mimpi la...

Tambah lagi diorang cuba nak kasik lu tukar kerusi tu last minit... dengan offer satu kerusi lain.... PAS memang macam tue..

Nasib la PAS.

#PAS #BukitPasir #PRNJohor #NajibLep #CalonBebas #Pecat #PerikatanNasional #CipanTapirTenuk #SocialCritics

20 December 2021

Menteri Kelas D

Bhai/DeeDee semua...

Gua sebenarnya dah malas nak komen tentang Menteri-Menteri dari PAS... sebab sekor pon tagune... Huhuhu... dari Menteri PAS zaman Muhyiddin Yasin sampailah Menteri PAS zaman Ismail Sabri... Takder sekor pon Menteri PAS nih yang outstanding kerjanya... Takder sekor pon Menteri PAS ini yang merakyat dan mencapai tahap yang boleh dibanggakan dalam perkhidmatan mereka...

Daripada Menteri yang berkaitan Agama, Wanita, Undang-Undang, Komoditi, Alam Sekitar sampailah kepada yang Menteri / Timbalan Menteri cap ayam yang lain.. semua tagune... tabley pakai...

Pasai itu bila A Kadir Jasin ulas mengenai Menteri Kelas D dalam Malaysia kini... gua gelak jer... gua sokong sepenuhnya pandangan tue... Memang layak A Kadir Jasin meletakkan klasifikasi Menteri Kelas D terhadap Menteri PAS terutamanya Menteri Alam Sekitar dan Air (Tuan Ibrahim Tuan Man) ....

Sekupang tagune...

"Seorang menteri "Kelas D" baru-baru ini berkata, Malaysia tidak tergolong dalam kategori negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara. Dia ini jaga hal ehwal alam sekitar dan air.

Tak tahulah daripada mana atau siapa yang bagi maklumat "songsang" di atas. Nampak macam dia tidak baca, tersalah baca atau kena main dengan pegawai. Lagi jahanam kalau pegawai yang nasihat menteri pun "Kelas D" juga. Zaman saya bersekolah dulu, kalau "D" gagallah. Bukan kependekan untuk "distinction" (cemerlang).

Wartawan dan pengarang pun banyak juga yang "blur" bila layan kenyataan macam ini daripada menteri. Menteri tak cerdik, media massa kelirukan audiens dengan menghebahkan maklumat half-past six."

Ulasan Dari A Kadir Jasin

Gambar di post masa 18 hb Disember 2021




15 December 2021

Membebel Sorang-Sorang

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... pecah cerita sebenar... Rupanya Tuan Ibrahim Tuan Man bercakap membebel sorang-sorang ja kat COP26 di Glasgow Scotland... Hahaha... Cakap dalam Bahasa Melayu tapi takder sediakan penterjemahan langsung... Hanya bagi teks selepas habis program... Hahaha... lawak siot...

Patut kena la sentiasa prepared penterjemah (interpreter) kalu pergi luar negara... kena sediakan... takkan nak harap penterjemah dari penganjur... Bahaya kalu takder...

Ini nak salahkan sapa... Kementerian Alam Sekitar dan Air ka atau sabit skali dengan Wisma Putra??

Hahaha.. Kalu payah sangat cakap dalam BM orang tak paham sebab bukan Bahasa Utama... cakap la dalam Bahasa Arab ... eh... Takkan Timbalan Presiden PAS tak fasih berbahasa Arab.... lekehla camtue... LEMAH... Bahasa Arab sure ader penterjemah ramai sebab dier adalah Bahasa Utama dunia...

Hahaha.... LEMAH



22 March 2021

Sepuluh Tahun

Bhai/DeeDee semua...

10 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat... 10 tahun dah membolehkan seorang pelajar memasuki Tahun 4 persekolahan.... dan 10 tahun itulah juga telah berlaku 2 kali Pilihanraya Umum.... dan Kelantan masih kekal majoriti dimenangi oleh PAS....

Hospital Raja Perempuan Zainab II bukan Hospital Swasta... maka oleh sebab ianya Hospital Kerajaan... maka tahap operasi dan kepenggunaannya adalah maksimum.... Dan ianya tiada kompromi jika bekalan air bersih masih tidak dapat dibekalkan dengan mencukupi buat kemudahan Hospital...

Kemudahan air bersih adalah melibatkan nyawa... terutama bilaman banyak urusan tergantung kepada bekalan air bersih yang mencukupi... macam mesin dialisis.... Dan selama 10 tahun.... dengan kuasa pemerintahan yang solid PAS.... satu apa pun takder yang boleh memangkinkan penyelesaian kepada masalah air di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu...

Aper yang diutamakan oleh Kerajaan Kelantan?? Beli Mercedes untuk EXCO .... Bekalan Air bersih dinegeri semuanya tertakluk kepada Kerajaan Negeri... tapi Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PAS bukanlah nak fikir pasai kemudahan asas untuk kegunaan harian rakyat... 

Apa nak susah... Kerajaan PAS Kelantan tahu.... yang rakyat Kelantan (terutamanya para pengundi luar yang balik sekali sekala untuk memenangkan PAS di Kelantan) cukup mudah digula-gulakan dengan elemen agama.... sebab kononnya kepimpinan Ulama... dan hukum wajib kekalkan pemerintahan Islam dan Ulama... walaupun yang memimpin bodoh tukil dalam pengurusan dan pentadbiran serta pemerintahan....

Yang penting... setiap kalu PRU atau PRK .. sentimen agama mesti dibakar ... mesti dicanangkan.... walaupun yang memang selepas itu tak tahu sepatah haram memimpin.... tapi dipastikan segala gaji dan emolumen mesti besar... dan kemudahan untuk pemerintah mesti tiptop...

Dan pengundi yang mudah dibodohkan ini akan terus-terusan memberikan undi tanpa belah bahagi dan fikir panjang.... yang penting ... kepimpinan Ulama..... adoilah.... bodoh yang tak boleh diajar selamanya.... 



09 March 2021

Wan Saiful Wan Jan Buat Lawak

Bhai/DeeDee semua...

Budak bernama Wan Saiful Wan Jan nih baru nak merasai cara berpolitik... Hahaha... sebab itu la dier macam nih... mengelepar tak ketahuan... hahahahaa..

Sebelum nih... dier sekadar dalam NGO jer.... lepas Mahathir Mohamed kutip dier... lepas PH bagi dier peluang dulu.... pasai Wan Saiful Wan Jan nih dekat dan rapat ngan Maszlee Malik.... jadi ader la dier peluang duduk kat PTPTN.... itu pun masa kat PTPTN tetap sekadar tunggul.... Aspirasi PH dalam kes PTPTN bukan dier nak ikut...

Hahaha..... Wan Saiful Wan Jan nih masuk kancah pon sebab kena kutip... lagi mau sembang bab strategi politik...

Lawak siot budak Wan Saiful Wan Jan nih.. siap berkiblatkan idea dari Tuan Ibrahim Tuan Man lagi.... Hahaha.... gua rasa budak Wan Saiful Wan Jan nih silap parti... dier tak sepatutnya masuk BERSATU... dier patut masuk PAS.... baru ader akai sikit.... Sebab dalam PAS bukan senang nak dapat pangkat macam sekarang... Ketua Penerangan BERSATU... hahaha

Dalam PAS sure dier nih hanya level walaun panjat pokok pasang bendera jer.... hahaha

Hahahahaha



06 February 2021

Tak Puas Hati Betullah PAS

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha.... Nampak sangat berdendamnya PAS kat DAP .... sampaikan buku memoir Tommy Thomas pon PAS jadi nak ungkit pasai DAP ....

Suka Tommy Thomas la dier nak tulis yang mana... dier nak bincangkan yang mana... dier nak dedahkan yang mana... itu buku dier... Suka Tommy Thomas la... hahaha

Yang PAS sakit hati sangat Tommy Thomas takmo nak bawak citer tentang kes Lim Guan Eng pasai aper?? Ader Lim Guan Eng ader masalah ngan PAS ker??? Hahaha.. adoilah...  What wrong with PAS eh... Aper yang Tuan Ibrahim Tuan Man tak puas hati ngan Lim Guan Eng nih??? Takkan pasai kes ini???

Sungguh la gua tak paham ader yang tersedik dalam hati Tuan Ibrahim Tuan Man yang dengki sangat kat Lim Guan Eng nih.... ader masalah apa sebenarnya... takkan la kot... dulu bukan main baik Tuan Ibrahim Tuan Man ngan Lim Guan Eng..... la nih dah lain...

Dah dapat jawatan Menteri tue... cukup-cukup la berdengki.... Hahahaha



03 April 2020

MEWA

Bhai/DeeDee semua...

Kementerian Alam Sekitar semalam mengumumkan bahawa Kabinet telah bersetuju bahawa nama Kementerian Alam Sekitar ditukarkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air...atau dalam Bahasa Inggerisnya adalah Ministry of Environment and Water ....

Mereka mengambil nama singkatan sebagai MEWA ....

Jadi....pada gua... langkah ini tidak bertepatan pada masa dan ketika ini.... Ini kerana ada dua perkara...


  1. Ianya melibatkan kos yang agak besar .. untuk menukar logo... papantanda Kementerian... segala macam kepala surat serta alatulis yang berlogo serta segala chop getah kakitangan dan sebagainya...
  2. Ianya menggunakan Bahasa Inggeris ... satu tindakan yang tidak memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu diperingkat Persekutuan.... Malah ini adalah tindakan yang paling memalukan dikala mana Bahasa Melayu nampaknya semakin dipinggirkan...
Tindakan tidak proaktif ini memperlihatkan bahawa Menteri Alam Sekitar (Tuan Ibrahim Tuan Man) sebenarnya tidak tahu memilih kepentingan dalam keadaaan ekonomi dan Negara yang agak sukar ini...

Apakah rasionalnya serta pentingnya penukaran nama Kementerian ini dikala Alam Sekitar dan Sumber Air bersih masih menjadi bahan lelucon oleh rakyat... dimana Alam Sekitar dan Sumber Air dilacurkan oleh pihak tertentu demi kepentingan poket para kapitalis dan kepimpinan...

Apakah tidak ada inisiatif yang lebih berkesan untuk menunjukkan bahawa Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air mempunyai taring dalam menjuarai isu berkepentingan ini....

08 March 2010

Tiada Beban Batu Digalas

Giler ker aper nih... penyakit tak ketahuan nih dah lama dah terjangkit dalam PAS ... pelik la... bak kata pepatah... "Tiada Beban Batu Digalas" ... menyusahkan... buat aper la cari penyakit mendukung biawak hidup...

Kalu macam nie la mentaliti pimpinan PAS .... errr.. rasanyer tak akan kemana PAS nanti jadinyer... silap silap menjadi "Melukut Di Tepi Gantang" jer... Pimpinan atasan PAS la nih buat benda tambah celaru... macam-macam kerja bodoh dibuat oleh Pimpinan PAS .. sori aaa.. kalu pimpinan atasan PAS kata macam-macam... gua nak bagitau kat diorang... sila muhasabah diri tue..

UMNO dah jadi tong sampah... semua sampah sarap dikutip oleh UMNO .. yer la.. semua yang kuar dari PKR tue jenis berpenyakit.... penyakit politik dan duit.. ader syphilis, gonorrhea, HIV+ pon ader... tue yang kena kuar dari PKR tue... Yer la.. PKR sedang membersihkan diri dier dari penyakit nih..

Tapi yang pelik pulak tue... err... ader plak bangang mana ntah dalam pimpinan atasan PAS yang bersedia nak jadikan PAS nieh sebagai tong taik.... Yer la.. ader ker patut nak amik sampah sarah berpenyakit yang kuar dari PKR tue dan ajak masuk PAS... woi... bodoh... PAS bukan tong taik aaa.... Lu kalu bangang... lu bangang la sorang-sorang... bangsat punya pimpinan.... jenis tak baca buku punya pimpinan.... jenis pekak badak.. jenis buta mata dan hati...

Zulkifli Nordin tue... ader serupa jugak dengan peribahasa "Seperti Melepaskan Anjing Tersepit" ... lu ingat dier kalu masuk PAS nanti akan bersih perangai dier... Wei.. kalu dah ader penyakit dalam hati tue... kotor hitam... lu ingat boleh bersih ker... harap pakai kopiah ngan songkok jer... Woi... orang Indon yang tak Islam pon pakai kopiah dan songkok la... Zul Kulim nih lebih baik masuk UMNO... lebih sesuai dengan gerak tari dier...

Gua setuju sangat dengan artikel member gua Mudin001 nih... YB(Yang Bangang) Zul Kulim nih jenis manusia tak boleh pakai punya... giler glamer dan ego lebih... tak caya.. tanya la orang Kulim, Bandar Baru dan Lunas... hehehe

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1