Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

06 December 2023

Jujutsu Kaisen - Viral Sampai Masuk DUN Pahang

Bhai/DeeDee semua...

Mustahil sangat kita nak tengok sesebuah sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) nak membicarakan impak dari sebuah Anime Jepun... tapi sebaliknya itulah yang terjadi pada siri Anime Jepun berjudul Jujutsu Kaisen...

Sampai dibawa ceritanya dan bicaranya didalam DUN Pahang...

Hahaha... Hebat sungguh la...

Tapi betul juga.... Bila lagi Pahang terutamanya Kuantan nak dilariskan dan di warwarkan kepada pelancong .... Syabas la kalu ada usaha nak handle benda nih... Terbaek... Viral sungguh la...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Sidang DUN Pahang gempar dengan anime Jujutsu Kaisen


05 November 2023

Zionis Di Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Kita nih ... kuman di seberang laut kita nampak .... tapi gajah di depan mata kita buat tak tahu...

Zionis di bumi Palestine kita cakna... tapi Zionis di Malaysia kita pejamkan mata...

Ingat .... Orang Asli adalah pribumi di tanah dan negara nih... tapi banyak dasar-dasar yang kita buat menekan mereka.... Dalam banyak keadaan, kawasan rayau mereka pun kita sekat... ader kes... Jabatan Perhutanan dan PDRM siap tangkap dan penjarakan Orang Asli yang menetap dan berpindah dari dalam satu hutan ke hutan yang lain

Disabitkan hukuman atas alasan pencerobohan haram.... Huhuhu...

Ini betul-betul Zionis... 

Gua tak para pentaksub (WalaNON dan Bangsa Slurpp) sure akan bekap tindakan nih... walhal dulu masa depa berada di tempat pembangkang depa bukan main berlakon konon prihatin terhadap Orang Asli / Orang Asal (OA) nih....

Bekap la korang.... sama sebijik macam bekapnya pentaksub Zionis di bumi Palestine tue...

Cilakak dan lahanat tue sama serupa... 

Siap boleh tukar tanah kawasan OA kepada jadi Tanah Dewata lagi macam kes di Johor, 

Pahang dan Kelantan.... pun sama jugak kes terhadap Orang Asli nih...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Siapa kata takdak Zionis di Malaysia


20 July 2023

Satu Soalan Ja

Bhai/DeeDee semua...

Nak rembat dan bawak keluar REE nih bukan kecik anak... kat Pahang nih depa pakai Pelabuhan Kuantan... Dalam negeri sendiri... senang la sebab Pahang ader Pelabuan besar sendiri punya...

Bab REE kat Kedah nih... dah ramai dah gua tanya Cytro WalaNON... sekor pun tabley nak jawab... soalan mudah ja... satu soalan ja...

Haramjadah nih guna Pelabuhan mana.....  Takkan itu pon tabley nak jawab... Kalu bawak keluar melalui Pelabuhan Pulau Pinang... hahaha... Pulau Pinang la yang kena jawab pasai apa benda nih boleh kena bawak keluar tanpa semakan...

Hahaha... Itu kalu guna Pelabuhan Pulau Pinang la... kalu lalu Pelabuhan Kelang... apa citer pulak... Huhuhu

=================
PERCUMA: Income bulanan sekurang-kurangnya RM5 secara pasif  = https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Siasat la jangan propa ja lebih


02 December 2022

Salahkan Orang Lain?

Bhai/DeeDee semua...

Antara Saifuddin Abdullah dan Wan Rosdy.... gua lebih percaya kepada Wan Rosdy... 

Kenapa gua percaya dekat Wan Rosdy... sebab Wan Rosdy tak pernah jadi katak yang melompat atau lalang yang condong ikut kepentingan...

Saifuddin Abdullah nih apa yang tak pernah dier kata yang bagoosh tentang PKR dan Pakatan Harapan masa dier dalam parti tue... tapi cuba tengok masa dier dah keluar... Hahahaha... Sebelum tu masa dier dalam UMNO... apa yang dier tak puji UMNO.... hahaha... cuba tengok masa dier dah melompat...

Jadi... cakap Saifuddin Abdullah nih memang satu pon tabley pakai... tue pon tatau la macam mana orang boleh undi dier lagi...

Hahahaa... beda'ah banyak sangat aaa...



01 December 2022

Tak Beragak Punya Permintaan

Bhai/DeeDee semua...

Sebijik perangai macam Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS/PN) yang demand macam-macam masa deal ngan Wan Rosdy (UMNO/BN) berkenaan dengan penggabungan untuk menubuhkan Kerajaan Negeri Pahang. Adoilah... Demanding betul.

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan luahan hati seorang wanita yang menyatakan bahawa dia ditinggalkan tunangnya tiga hari sebelum pernikahan mereka berlangsung, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Menurut wanita dikenali sebagai Yessy itu, semua persiapan perkahwinan sudah disempurnakan bahkan, undangan perkahwinan juga telah selesai diberikan kepada tetamu.

“Gambar buku nikah, baju kahwin, gambar praperkahwinan, wang belanja, pakaian pengiring serta undangan ke majlis,” kata Yessy.

Menurut wanita itu, rakan-rakannya juga telah menganjurkan majlis ‘bridal shower’ seminggu sebelum majlis sepatutnya berlangsung.

Namun kata Yessy, tunangnya memilih untuk membatalkan perkahwinan tiga hari sebelum majlis pernikahan mereka.

“Berbahagialah agar hancurnya hati saya tidak sia-sia. Terima kasih November. 2021 datang membawa bahagia, 2022 pergi meninggalkan duka,” kata Yessy.

Video tersebut menjadi tular namun, bekas tunang Yessy tampil menjelaskan keadaan sebenar yang membawa kepada terputusnya ikatan pertunangan tersebut.

Dia menerusi akaun TikTok @hokcay22 berkata, perkahwinan mereka dibatalkan kerana Yessy berubah fikiran dan meminta mas kahwin berupa geran rumah.

“Pihak perempuan yang membatalkan perkahwinan, bukannya pihak lelaki. Katanya, kalau mahu kahwin dengannya perlu ada geran rumah. Jika tiada (geran rumah), lebih baik batalkan sahaja perkahwinan,” ujar lelaki berkenaan.

Tambah @hokcay22, dia akhirnya akur untuk melepaskan Yessy kerana memilih ibu bapanya berbanding wanita itu.

Dia juga meminta netizen agar tidak salah faham mengenai kisah antara dia dan Yessy



27 November 2022

Meroyan La PAS

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... akhirnya... memang dah boleh jangka dah... Alamat meroyan la PAS .... hahaha... tak dapat nak deal ngan UMNO/BN di Pahang....

Hahaha.... korang tengok la.... PAS/PN akan lebih kuat tabur fitnah berbagai dalam 5 tahun nih untuk ganggu dan gugat pembentukan Kerajaan Perpaduan Pahang yang diterajui oleh Barisan Nasional dan Pakatan Harapan....

Dan PAS/PN akan terus-terusan meroyan.. hahaha



Lawak... Siap Pujuk Dan Rayu

Bhai/DeeDee semua...

Keadaan "hung government" di Pahang nih memang menampakkan sisi sebenar PAS ... PAS yang mengangotai Perikatan Nasional....  hahaha

Bukan aper,... time ini la PAS cuba nak gunakan balik idea Muafakat Nasional (MN) yang sebelumnya memang PAS dan UMNO ader kerjasama.... Hahaha... tapi masa PRU15 ... awal lagi PAS tendang UMNO dari bekerjasama dalam Muafakat Nasional...

Masa PRU15 ... PAS terhegeh-hegeh bekerjasama dengan BERSATU untuk membentuk Perikatan Nasional.... dan seterusnya bertanding berlaga dengan UMNO yang berada dalam Barisan Nasional.... 

Kini... memang lawak... siap pujuk dan rayu lagi... sekadar nak dapat kuasa dan jawatan dalam pentadbiran Negeri Pahang... Hahahaha...

Pening aaa PAS nih... hahaha



18 September 2022

Ini Stendet

Bhai/DeeDee semua...

Bukan sajer orang politik yang amat suka ambik kesempatan nak propa diri mereka semasa bencana banjir... tapi pihak berjalur kayangan dan bangsawan pun sama... sekadar nak tunjuk muka prihatin bagai.... supaya nama jadi naik dan boleh berbangga... dipuja dan dipuji,,,

Banjir di Kuantan Pahang di area Galing Kecil telah menjadi saksi dan bukti... bilamana ada pihak berjalur kayangan dan bangsawan dok mencemar duli... menyinsing kaki seluar... berkasut Phua Chu Kang .... siap naik sampai atas rumah atau sekadar duduk di birai tangga ....

Menunjukkan simpati bagaikan musang berbulu ayam.... dan siap mencadangkan penduduk berpindah ke kawasan Kempadang yang kononnya lebih selamat... kawasan Galing Kecil sudah susah nak dibangunkan.... Maka atas sebab hormat dan akur kepada saranan si pihak berjalur kayangan dan bangsawan... maka berpindahlah dengan hati yang berbunga-bunga..

Sebaik berpindah...... ada pemaju datan..... Rumah di Galing Kecil kemudiannya dirobohkan ... kawasan ditambak, perparitan dibaiki... kemudahan asas ditambah baik... dan kemudiannya dijual kepada pemilik baru dari bangsa bermata sepet...

Yang di Kempadang.... duduklah di ceruk kampung yang jauh dari kawasan segitiga emas bandar Kuantan... dapatkan sebidang tanah bersaiz cukup-cukup rumah semi detache ... Melayu begitu lah... mudah sangat dibeli dengan umpan masa banjir...

Jadi semua ini tak terkejut....

Dan akhirnya pihak berjalur kayangan dan bangsawan itu sekarang berada di puncak kuasa.... Kenyang dan mewah....  berumah tak jauh dari kampung Si Eli yang baru mati... dan bendera pun setengah tiang...

So... banjir bukan sahaja musibah... tapi peluang besar....

Ader paham ka??



22 February 2022

Perang Dalam Muafakat Nasional Pahang

Bhai/DeeDee semua...

Kulit ja okeh, yang lain kelaut. Muafakat Nasional diperingkat pemimpin atasan (Persekutuan) ja nampak okey didepan mata... tapi sebenarnya bertelagah berperang sesama sendiri.

Bukan kita tak tahu apa yang berlaku diperingkat akar umbi... diperingkat bawahan... terutama berkaitan tentang kawasan yang diperkatakan kubu kuat masing-masing dan juga kawasan tradisi dipertandingkan.

Kita tengok nanti bagaimana mereka berebut kerusi pada PRU15 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Masa itu semua tembelang dan kerenah mereka (UMNO dan PAS) akan kita dapat lihat terbentang depan mata.

Yeah... kita sedia je la pop-corn dan air kola... Hahaha

08 July 2021

'Sudah 20 tahun diteroka, kita kena hentikan' kata Pengarah JPNP

Bhai/DeeDee semua...

20 hingga 30 tahun dulu... tanah seluar 11000 ekar... tanah Hutan Simpan Kekal di Raub telah diteroka secara haram untuk penanaman durian Musang King. Persoalan gua sekarang... kenapa baru sekarang diambil tindakan. Takkan 20 hingga 30 tahun dulu tak nampak benda berlaku depan mata?

11000 ekar tanah hutan simpan kekal tue agak-agaknya mempunyai berapa banyak pokok kayu balak berkualiti tinggi. Nak keluarkan semua tue amik masa berapa lama... Berapa banyak lori yang diperlukan dan digunakan...

Takkan itu semua takder sapa nampa? Takkan semua halimunan? Takkan pegawai hutan, pegawai daerah, ketua kampung, penghulu dan segala orang kampung tak tahu dan tak nampak?

Tipulah kalu tak tau... Dan puluhan tahun rasuah berlaku... Pejabat Hutan dan Pejabat Tanah tue kakitangannya sure semua Melayu Islam... takkan rasuah pon boleh lepas dengan mudah... Adoilah...

Ini semua kerjabuat puak-puak yang ader kena mengena dengan Dewa Kayangan.... kalu tidak takkan lepas punya...

#MusangKing #Rasuah #JabatanPerhutanan

24 May 2021

Hello PAS, Tolong Tengok Sini Kejap...

Bhai/DeeDee semua...

Isu Kasino di Genting Highland nih adalah satiu isu yang dah lama... susah nak buat apa sebab ada tangan-tangan ghaib yang bertaraf dewata raya yang mengawalnya... sebab itulah operasi mereka tiada gangguan langsung... waima ketika berlakukan penularan wabak Covid-19 nih...

Huhuhu...

Jadi tak terkejut la kalu dikatakan ader kakitangan Kasino Genting yang rasa takut nak bekerja sebab mudahnya penularan jangkitan akibat dari susahnya nak mengawal SOP penjarakan sosial di meja judi..

Aper pun... kita amat berharap Ahli Parlimen dari PAS yang ramai dalam Kerajaan Persekutuan sekarang ini agar dapat berbuat sesuatu.... Hello PAS ... Tolong tengok sini kejap.. ... please la.... takkan dah ader jawatan semua dah tak boleh nak tengok dan peratikan Genting nih...isu kasino tue... adoilah PAS.



20 March 2021

Membalak Di Hutan Simpan

Bhai/DeeDee semua...

Kalu perkara camnie berlaku di Pahang... gua sangat tak terkejut... sama dengan kalu perkara camnie berlaku di Kelantan.... hahaha.... dimana banyak hutan simpan dijadikan kawasan pembalakan.... ntah la aper fungsi nama Hutan Simpan kalu pembalakan masih boleh dilakukan.... hahaha

Dan gua cukup tak terkejut kalu suara syarikat balak nih jadi cukup kuat... dan sampaikan Mahkamah pon jadi cuak dengan depa... tambah lagi kalu nak kira lagi cuak la pegawai Jabatan Perhutanan Negeri... hahahaha

Sebab yang biasa bekap dibelakang syarikat balak dan pemilik konsesi balak nih... lu pon tau siapa... Hahaha... open secret... Hahaha.... surat kaler kuning biasanya bhai...

Hahaha...

So... dalam kes pembalakan di Hutan Simpan Jerantut Tambahan nih.. hahaha... kita dah boleh agak dah outcome perhakiman dier nanti.... Hahaha

Layan jer la...



24 June 2020

Bila Mokhtar Senik Nak Insaf?

Bhai/DeeDee semua...

Ketua Dewan Ulama PAS Pahang iaitu Mokhtar Senik memang dah beberapa kali kantoi .... dulu pernah kena dengan "wanita maya" bernama Nur Syafikah....

Kali ini pulak dengan "wanita maya" bernama Alleena Aisyah ....

Adoilah....

Bila lah nak insaf Mohthar Senik nih.... bawak-bawak la jaga diri tu... jangan mudah sangat... itu baru simple ja orang perangkap dier... Belum lagi Dajjal Al Masih akhir zaman yang perangkapkan dier?

Berhati-hatilah..... huhuhu

18 January 2013

Pahang Negeri Kaya Tapi...

Bhai... Lu tau kan Pahang nih antara negeri yang kaya dalam Malaysia... Kaya sebab negerinya adalah negeri yang paling luas dan besae dalam Semenanjung Malaysia... Semua ader kat Pahang...

Emas.... Bauksit... Timah.... Tantalum..... Monazite... dan macam-macam logam lagi ader... Huh hebat... Itu belum masuk lagi tentang hasil hutan... kayu balak jer dah ader berapa banyak... Rotan... Damar... Durian.... Hahaha... Itu pon ader...

Ikan sungai seperti kelah, patin, jelawat, tapah, toman, keli, haruan, ketutu, arapaima gigas (errk... Hahaha) pon ader.. Udang galah jangan dok citer aaaaa.... Banyak....

Minyak dan gas sebenarnya ader... Cuba belum komersial untuk diteroka... Kawasan yang ader banyak Uranium pon ader dikesan kat Pahang... Lokasi... Kalu lu jumpa gua... Gua boleh pin point kat mana deposit uranium nih ader... Raw uranium... Hahahaha

Itu belum lagi masuk industri perladangan.... Industri pelancongan... Dan industri yang paling hebat iaitu industri judi dan kasino..... Hahahaha.... Memang kaya betul lar Negeri Pahang ... Aman sentosa lagi... Sebab kerana kayanyer Negeri Pahang... Sampaikan ketua agamanya pon sambut birthday #1881 kat London... Sebab dier menetap kat sana.... Hahaha..

Tapi.... Jeng... Jeng... Jeng....

Tapi kalu lu pi Kuantan... Kalu lu singgah kat Kuantan... Ibu negeri Pahang Darul Makmur... Cuba lu cari Perpustakaan Negeri Pahang... Library awam... Cuba lu cari... Kalu lu jumpa.... Aper kata lu amik gambor... Hahaha... Besar sungguh library awam Negeri Pahang nih... Hebat...

Lagi besar dan gempak dari perpustakaan awam Chukai Kemaman.... Hahahaha... Tiga tingkat tue perpustakaan negeri Pahang nih... Yang lagi dua tingkat lu orang mesti tak perasan punya... Pasai dia dibuat sama ader secara halimunan atau dibawah tanah.... Hahaha

Itu sebabnyer gua saspek (errk ... respek) kat Kerajaan Negeri Pahang.... Terbaik dalam bab ilmu... Terbaik dalam bab pelajaran... Terbaik dalam menguruskan sumber ilmu... Hahaha...

Punya la kaya sampaikan bangunan perpustakaan Negeri Pahan di Kuantan diperbuat dindingnya dari marmar... Bumbungnya dari genting tanah liat jenama Redland yang dibeli kat London..(serupa macam bumbung rumah bapak gua kat kampung yang dibeli dari England sekitar tahun 60'an).. Hahahaha...

Hebatkan... Itulah hebatnya Negeri Pahang Darul Makmur..... Hahahahaha

29 December 2012

Undur Presiden Undur

Bhai... Kalu lu nak tau... Gesaan Under Presiden Undur nih skrang nih dah makin kerap disuarakan oleh pemimpin UMNO yang telah berbaiah dengan Muhyiddin Yassin... Memang makin galak seruan nih... Aper pon... Itu menunjukkan bahawa Najib Razak dah semakin tidak mendapat sokongan.... Stendet la kan... Tak gitue... Hahaha

Begitu juga dengan Persekutuan Bolasepak Kebangsaan (FAM) yang mana telah semakin lantang dari hari ke hari gesaan supaya Presiden FAM berundur dari kerusi nya dan meletakkan jawatan secepat mungkin...

Ini kerana setelah 28 tahun teraju FAM dikepalai oleh Sultan Bola.. Selama itulah juga prestasi pasukan bolasepak Malaysia kita makin merudum... Takder peningkatan ... Asik tergolek dog jer.... Hahaha.... Dah jadi macam jaguh kampung... Sampaikan pasukan bola sudah kehilangan taring dan tidak digeruni lawan.. Pastue boleh plak kena gelak dek pasukan lawan... Pasai boleh kalah dengan pasukan level cap ayam jer pon.. Bukan kalah dengan pasukan kuat pon... Hahaha....

Memang patut la Sultan Bola didesak untuk berundur... Hahaha... Takder gaya nak lead FAM kearah lebih berjaya... Aper daaa.... Maybe pasai banyak sangat makan kek kapla kuda lagi... Hahaha... Nak buat camana.... Babai dan sayonara buat Sultan Bola... Bagi la peluang otang lain yang berkaliber lead FAM...

25 December 2012

Terkini: Menyamar Jadi Mangsa Banjir

Bhai... Pergh... Ini ada maklumat baru masuk...

Telah dikesan di beberapa pusat penempatan mangsa banjir... Terdapat beberapa orang yang menyamar jadi mangsa banjir.. Mereka ini didapati tidak mengalami masaalah banjir namun menghantar ahli keluarga mereka menetap di pusat perpindahan semata-mata mahu mendapatkan bantuan mangsa banjir seperti makanan dan wang ringgit.

Ader kejadian di Pahang dan Terengganu melibatkan penjualan kembali bantuan makanan mangsa banjir kepada beberapa kedai runcit. Tindakan ini amatlah dikesalkan..

Setakat ini pemantauan menyeluruh tidak dapat dilakukan dengan teliti kerana masalah petugas dan kakitangan.... Hatap sangat la kerjasama dari orang awam untuk memantau dan seterusnya menyekat tindakan tidak bermoral ini berlaku dengan sewenang-wenangnya.

24 December 2012

Zon Disko Di Kuantan Dilanda. Banjir

Pergh... Gua cukup suka dan teruja biler dapat tau yang zon disko di Kuantan dilanda banjir kilat hari nih.. Moga banyak lagi banjir kilat melanda kawasan nih...

Aper pon.. Gua ucapkan takziah kat sesiapa yang rugi banyak pasai banjir kilat nih. Selagi lu orang redho kat takdir dan ketentuan Allah nih, selagi itulah ader ganjaran daripada Allah dalam bentuk yang lain...

Moga lepas nih biler Pakatan Rakyat amik alih Pahang... Maka takder lagi banjir kilat kat Kuantan. Ameen....

Kuantan Banjir?

Pergh... Dengar citer area Megamall Kuantan banjir lagi hari nih.. Hahaha.. Patut banjir tue kena kat kayangan... Baru ader akai... Hahaha





11 December 2012

160km Bersamaan Dengan 3 Batu Nautikal?

Bhai.... hari nih baru gua tau.. bahawa selama ini... jarak 3 batu nautikal bukanlah 5.556km jaraknya seperti yang sepatutnya... tapi di Malaysia... 3 batu nautikal aderlah pada jarak 160km .... Oooo... maknanya pensyarah gua yang ajar subjek "ukur kadaster" dulu tue bagi ajaran sesat la kat kitorang.... hahaha

Kalu lu nak tau aper maksud gua... sila baca screenshot yang gua letakkan nih.... dan baca sampai perenggan last... hahaha


07 July 2012

Meniti Jalan Ke Muzium

Bhai..... hahahaha..... tajuk artikel gua pagi nih .... gua nak citerkan aper yang bakal berlaku ... ini bukan ramalan bhai.. tapi ini kenyataan... kenyataan ini bakal berlaku kalu masih ader yang tak insaf dan beringat.. benda nih boleh menjadi kenyataan dalam sekelip mata...

Selama hari nih... puak-puak feudal (bayangan Tuhan di muka bumi) langsung kureng amik pot terhadap rintihan rakyat... dari hari ke sehari.. rakyat ditekan oleh macam-macam kerenah dan peel UMNO/BN ... Penyelewengan dana negara dan sebagainya... salahguna kuasa dan sebagainya aderlah mainan harian UMNO/BN...

Rakyat yang dah jelek dan tak larat nak dimangsakan cuma menghantar memorandum kepada puak feudal (bayangan Tuhan di muka bumi)... tapi nampaknyer... pihak ini macam tak berminat nak menerima memorandum tersebut... kalu terima pon.... seperti sambil lewa sahaja... nak amik tindakan berdasarkan memorandum langsung lar tidak... silap-silap semua memorandum tersebut masuk bakul sampah.... mana lar kiter tau.. sebab kiter tak duduk dalam premis puak feudal tue....

Tapi gua sahih berani katakan bahawa semua memorandum tue seperti mencurahkan air ke daun keladi... takder efek...maybe telah dibakulsampahkan..... buang masa jer bagi memorandum... sebab kebusukan dan kebejatan UMNO/BN dah masuk lama dalam diri puak feudal (bayangan Tuhan di muka bumi) nih.... sama ader diorang diugut atau diorang memang takmo amik tindakan.... semuanya samer jer...

Malah.... ader plak puak-puak feudal (bayangan Tuhan di muka bumi) ini yang bersekongkol dengan UMNO/BN.... dan diorang lagi teruk merembat harta negara... buat macam mak bapak diorang yang punya... muka nampak baik,.... tapi perangai... Ya Rabbi.... hancuss.... Gua cukup tau ader puak feudal yang dok asik bagi "surat kuning" kat beberapa industri sebagai arahan suruh bagi projek bisnes kepada syarikat-syarikat tertentu... macam siot jer....

Masyarakat dah muak dengan peel UMNO/BN ... dah talihayat UMNO/BN hanya masih berbaki dengan sokongan puak-puak feudal (bayangan Tuhan di muka bumi) nih jer...  Kalu puak-puak feudal nih takmo meniti jalan ke Muzium.... lebih baik humbankan sajer UMNO/BN... kasi mampus... kalu tidak... dengan UMNO/BN sekali semua akan masuk Muzium..... biar anak cucu cicit nanti tau bahawa pengkhianat negara aderlah UMNO/BN dan puak-puak feudal.......

Ingat.... semua ini aderlah amanah Allah Taala... kalu lu orang khianat... bala Allah Taala akan sampai.... itupon kalu lu orang sumer ader Iman lar... tapi... rasanyer lu orang mana ader Iman..... kaki judi.. kaki maksiat.. kaki rasuah... kaki songlap.. kaki betina... dan macam-macam kaki la..... hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1