Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Menipu. Show all posts
Showing posts with label Menipu. Show all posts

27 July 2021

Takiyuddin Hassan Didapati Menipu Dalam Dewan Rakyat

Bhai/DeeDee semua...

Gua cukup pelik dan gusar bilamana Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan didapati menipu di dalam Dewan Rakyat... Dengan selambanya Takiyuddin Hassan jelas menipu bilamana dia memberitahu bahawa Ordinan Darurat 2021 telah ditamatkan pada 21 Julai 2021.

Yang lagi pelik adalah penamatan Ordinan Darurat 2021 itu tidak terdapat didalam Warta Persekutuan apabila ianya disemak. Adakah Kerajaan Perikatan Nasional nak buat backdated pada Warta Persekutuan ini?

Mengikut undang-undang.... Warta Kerajaan mesti diterbitkan dan disahkan serta dimasukkan dalam senarai Warta Persekutuan dalam tempoh 24 jam. Adalah satu kesalahan yang serius jika ianya tidak dibuat mengikut undang-undang.

Banyak persoalan undang-undang terbabit bilamana kita mentakrifkan klausa undang-undang yang memperakukan Akta 342 (dibawah Ordinan Darurat 2021).

Mari kita tengok bagaimana Kerajaan Perikatan Nasional nak menipu rakyat Malaysia yang fasih dan makin mahir dalam undang-undang.

#Akta342 #OrdinanDarurat #WartaPersekutuan #TakiyuddinHassan #MenipuDalamDewanRakyat #PASPenipu

06 June 2021

Menteri Pelajaran Pun Kuat Menipu Gak Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Biasa kalu ader pengagihan dibuat... mestila wartawan akan warwarkan dalam media elektronik atau media cetak... Mesti akan ader sorotan pengagihan tu dalam siaran Berita ....

Tak logik pengagihan tu dibuat senyap-senyap tanpa dapat dikesan mana-mana media.... Takkan la takmo nak buat "Public Exposure" ... takkan la VIP atau YB pon takmo nak tumpang letak muka konon ada simple majlis pemberian laptop nih...

Memang tak lojik betul... Dalam portal Yayasan Hasanah pon takder video penyerahan dan pengagihan nih...

Lawak siot la cover-up nih... nak sembang pon agak-agak la wei ... tetiba jer kata dah bagi 12 ribu unit.... hahaha..

P/S : Kalu brani... bagitau la nama sekolah yang muridnya dapat tue... boleh la orang buat semakan.... ahahaha



30 May 2013

Relevankah PAS Pada PRU14?

Bhai... ini ader satu persoalan yang ditanya kepada gua oleh seseorang... Dier bertanya kepada gua atas kapasiti pengundi atas pagar yang pada PRU13 telah mengundi PAS bagi kerusi Parlimen dan kerusi DUN..... Dier bukanlah seorang yang tegar politik.. tetapi berfikiran terbuka untuk Malaysia yang lebih baik dan bagoosh...

Persoalan yang timbul aderlah.... Relevankah PAS pada PRU14 .... huh... gua tau kalu gua tulis benda macam nih... mesti ramai yang akan melompat... mesti ramai yang kata gua sudah kena beli... mesti yang kata gua nih bertujuan nak menjahanamkan PAS..... mesti ader yang akan mengatakan gua nih anti Ulama..... hahahaha

Bhai..... bagi peluang gua terangkan dulu... lu orang nak tibai dalam ruangan komen gua takder hal... gua jenis publishkan semua komen... janji takder komen lucah, mengarut atau yang berkaitan dengan "sisi peribadi realiti" gua.... hahaha ... ader paham ka???

Okeh la..... pada pandangan peribodi (yer betul... gua memang tulis PERIBODI okeh).... PAS pada PRU14 tidak akan relevan lagi... Sungguh... PAS sudah tidak relevan.... memang tak relevan..... pasai aper....

Pasai... kalu PAS masih lagi mengekalkan mentaliti pimpinan yang tak boleh ditegur... pimpinan yang rasa diri maksum... pimpinan yang dikelilingi oleh pembodek dan pengampu.... pimpinan yang tidak berfikiran terbuka... pimpinan yang memandang orang lain dengan tanpa mata....  memang PAS tidak akan relevan pada PRU14...

Masalah yang makin hari makin membelenggu PAS aderlah bilamana pimpinan PAS sentiasa dibekap dan dicover-up serta dikelilingi oleh para pencacai yang jumud pemikirannya dan kuat membodek serta mengampu.....  Paling best skali.... pencacai nih akan selalu mengatakan "Ulama itu pewaris Nabi" dan jangan sesekali melawan atau mengkritik pemimpin PAS yang bertaraf Ulama...

Tetapi diorang lupa... bahawa..... pemimpin PAS yang diagung-agungkan sebagai Ulama (tidak kisah la siapa pon) tetap tidak maksum.... dan boleh terkhilaf ijtihad dan pandangannya.... Dan telah terbukti beberapa kali bahawa beberapa tindakan pimpinan PAS yang tidak sehaluan dengan aspirasi rakyat dan pengundi...  Kita boleh ambil contoh tindakan Nik Aziz mengambil dan memberi muka kepada Ibrahim Ali yang mana akhirnya Ibrahim Ali mengkhianati Nik Aziz.... Alhamdulillah Nik Aziz menyedari kesilapannya dan telah memohon maaf atas kesilapannya memberikan peluang kepada Ibrahim Ali....

Tapi.... ader pimpinan PAS yang walaupun berkali-kali telah dikesan melakukan perbuatan yang salah... tapi masih tidak mahu mengaku kesalahannya.... malah siap dibekap oleh para pencacai yang taksub.... Hahaha... dari kes pentadbiran, pengurusan sampailah kepada tindakan menggagalkan Tahaluf Siyasi yang telah dipersetujui semua dalam Muktamar....  Macam lah orang ramai tidak tahu akan agenda menipu yang dibawak oleh pimpinan PAS nih.... hahaha .....

Aper-aper pon.... PAS tidak akan releven lagi pada PRU14 jika masih mengekalkan cara macam sekarang nih..... Babai la PAS... babai.... hahaha..... 

22 May 2013

Khas Buat Pencacai Hadi Awang

Bhai..... Entry nih gua tuliskan khas buat pencacai Hadi Awang.... hahaha.... tak payah la bermati-matian nak bekap Hadi Awang.... tak payah buang masa..... daripada lu bekap dier macam nak giler... tapi dier tak amik pot pon pasai lu.... hahaha..... Dier sudah senang...... ader dier pikir pasai lu ka.... hahaha

Hahaha..... lebih baik lu suruh Hadi Awang tue bawak fakta dan bukti fitnah dier terhadap Dr Nasir itu hari..... Kalu dier tabley bawak bukti dan fakta....   buat malu jer jadi Presiden PAS.....

Gua bertelagah ngan Hadi Awang pasai isu politik... takder kena mengena dengan keilmuan agama dier.... ader paham ka para pencacai Hadi Awang ooi....

Selagi Hadi Awang tak berani nak jawab beberapa isu yang pernah gua tuliskan dalam blog gua... selagi itu la semuanya tarak selesai...


  1. Kenapa menipu dalam muktamar
  2. Kenapa menipu ahli PAS
  3. Kenapa menipu penyokong PAS
  4. Kenapa menipu penyokong PR
  5. Kenapa buat deal dalam gelap dengan UMNO (walaupun tau benda nih salah)
  6. Kenapa buat fitnah
  7. Kenapa kuarkan watikah calon PRU tanpa pengetahuan SU Agung PAS
  8. Kenapa suruh undi calon Bebas .. bukannya calon PR
  9. Kenapa sabotaj PR

banyak lagi sebenarnya... tapi cukup la yang ini dulu.... hahaha..... kepada para pencacai Hadi Awang.... sila suruh dier jawab benda nih..... dan jangan jadi pencacai bangang macam pencacai UMNO..... hahaha... cukuplah pencacai UMNO jer yang bangang... jangan tambahkan korum..... hahahaha

P/S : Khas untuk Ahmad Shabery Cheek.... jangan ingat lu duduk kat Kementerian Penerangan tue... sudah ader lesen besar sama lu untuk buat kerja celaka....  dan jangan memperkudakan Kementerian Penerangan.... cukup la Rais Yatim sorang dulu tue yang buat perangai macam bangang.... 

25 December 2012

Terkini: Menyamar Jadi Mangsa Banjir

Bhai... Pergh... Ini ada maklumat baru masuk...

Telah dikesan di beberapa pusat penempatan mangsa banjir... Terdapat beberapa orang yang menyamar jadi mangsa banjir.. Mereka ini didapati tidak mengalami masaalah banjir namun menghantar ahli keluarga mereka menetap di pusat perpindahan semata-mata mahu mendapatkan bantuan mangsa banjir seperti makanan dan wang ringgit.

Ader kejadian di Pahang dan Terengganu melibatkan penjualan kembali bantuan makanan mangsa banjir kepada beberapa kedai runcit. Tindakan ini amatlah dikesalkan..

Setakat ini pemantauan menyeluruh tidak dapat dilakukan dengan teliti kerana masalah petugas dan kakitangan.... Hatap sangat la kerjasama dari orang awam untuk memantau dan seterusnya menyekat tindakan tidak bermoral ini berlaku dengan sewenang-wenangnya.

02 May 2012

BERSIH 3.0 : Ketua Polis KL Menipu

Ini statement dier yang gua dapat chilok..


PESERTA PERHIMPUNAN JUGA TELAH MEROSAKKAN KENDERAAN PASUKAN POLIS, IAITU (2) BUAH KERETA PROTON WAJA, SEBUAH PACUAN EMPAT RODA NISSAN XTRAIL DAN SEBUAH MOTOSIKAL. KATEGORI KENDERAAN TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. (1) PROTON WAJA KL176, MENGALAMI KEROSAKAN CERMIN SEBELAH PEMANDU PECAH DAN ANTENA (AERIAL) BELAKANGNYA DIPATAHKAN.

2. (1) PROTON WAJA WTJ2974, MENGALAMI KEROSAKAN SEMUA CERMIN HADAPAN DAN BELAKANG SERTA TINGKAP PECAH AKIBAT DITERBALIKKAN OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. 

3. (1) NISSAN XTRAIL WQW 160, MENGALAMI KEROSAKAN SEMUA CERMIN TINGKAP DAN CERMIN HADAPAN PECAH. BADAN KENDERAAN KEMEK. 

4. (1) MOTOSIKAL TRAFIK WSB 723, JENIS HONDA CBX 750 TELAH DIBAKAR OLEH PESERTA PERHIMPUNAN.

PERHIMPUNAN YANG DIADAKAN DI DATARAN MERDEKA TELAH BERJAYA DISURAIKAN OLEH PIHAK POLIS DAN PIHAK POLIS MASIH LAGI MEMANTAU KEADAAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI KAWASAN TERSEBUT.

t.t
( MOHMAD BIN SALLEH ) DCP
KETUA POLIS 
KUALA LUMPUR.

(Dikeluarkan pada 28 April 2012 jam 2240hr)

Ini plak jawapan gua... Gua nak highlightkan Kenderaan nih:

NISSAN XTRAIL WQW 160, MENGALAMI KEROSAKAN SEMUA CERMIN TINGKAP DAN CERMIN HADAPAN PECAH. BADAN KENDERAAN KEMEK. 

Cuba lu orang tengok gambar yang gua publish nih.. dan bagitau sama ader kereta tersebut mengalami kerosakan seperti yang didakwa oleh Ketual Polis KL nih...





Ikut aper yang gua nampak.. tingkap yang pecah cuma satu disebelah penumpang hadapan dan satu lagi dibahagian belakang pemandu. Yang cermin depan tue nampak macam selamat... Badan kereta takder kemek pon melainkan antena radio yang terkulai...

04 April 2012

RON95 Lagi Mahal dari RON97? Gila...

Bhai... lu tau kan... harga petrol RON97 la nih aderlah ikut harga pasaran.. takder subsidi.. jadi harga pasarannya aderlah RM2.90 .. naik RM0.10 mulai tengah malam semalam kan...

Pandai... lu orang pandai... harga RON97 dipasaran (apungan setiap bulan) aderlah pada RM2.90

Tapi.... hehehe..... itu harga pasaran terbuka RON97 kat Malaysia...

Aper ker jadahnyer harga pasaran bagi RON95 aderlah RM3.41 ... setelah disubsidikan jadi RM1.90 .... jadi... macam mana harga RON95 lebih mahal dari harga RON97?

RON97 = RM2.90 (harga pasaran)
RON95 = RM3.41 (harga pasaran sebelum subsidi)


pergh.... pandai benar orang Malaysia nih buat kiraan aaa... itu la... ajar lagi Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ... sampaikan tabley nak buat kiraan matematik asas macam nih...

Giler ker aper harga minyak yang kualiti rendah lagi mahal dari harga minyak kualiti tinggi... Nak tipu pon berpada-pada la woi mangkuk....

Hahahaha

21 December 2011

Maybank Menipu Pelanggannya

Sori aaa... gua bukan ader aper-aper tak puas hati ngan Maybank... tapi gua cuma nak kasi lu orang sedar dan prihatin macam mana Maybank menipu pelanggannya ...

Bhai... Semalam gua ader tulis tentang Maybank songlap duit pelanggan dier sebanyak lebih dari RM1.8 juta setahun... memang ader yang marah dengan gua... depa kata memang patut pon Maybank caj RM0.50 tue daripada akaun pelanggan atas sebab untuk menggalakkan pelanggan menyimpan duit dan bukannya menggunakannya...

Bhai... gua nak kasitau lu.... Maybank mempunyai lebih dari 3.7 juta pelanggan ... dari pada bilangan tue... 70% daripadanya adalah pelanggan runcit (retail) iaitu pelanggan biasa yang mempunyai akaun simpanan biasa dengannya...

Ini bermakna sebanyak 2.59 juta pelanggan Maybank aderlah pelanggan biasa yang mempunyai akaun simpanan biasa (konvensional ataupun islamik)... Mari kita andaikan bahawa 30% sahaja daripada 2.59 juta pelanggan tersebut adalah pelanggan mikro (pelanggan yang pada setiap masa mempunyai wang dalam akaun kurang dari RM5000) ....

Ini bermakna 777 ribu pelanggan adalah pelanggan mikro yang pastinya Maybank boleh mengenakan caj sebanyak RM0.50 bagi setiap ransaksi pengeluaran... katakanlah ader 777 ribu transaksi ini sebulan... maknanya.. ader RM 388.500.00 untung yang boleh diperolehi oleh Maybank dari transaksi ini... Setahun jumlahnya aderlah RM 4.662.000.00 (iaitu RM 4.662 juta) ....

Pergh.. mewah nih... ini baru kiraan kasar gua jer... sementara gua nak dapat maklumat dari dalam Maybank... hehehe.... jadi lu tengok sini aaa... RM4.662 juta nih... kemana Maybank salurkan.... Mesin ATM dan CDM Maybank selalu jadi macam sial....

Mesin ATM Maybank.. jarang yang ader keluarkan wang RM10 dah la nih... banyak yang hanyak keluarkan RM50 jer.... lu tengok jer la... itu belum benda-benda lain...

Takper... takper.. esok ader lagi pendedahan tentang Maybank nih... gua ader kerja nak buat nih... nak kena handle server Oracle Database nih... hahaha...

Lu tengok jer la macam mana Maybank menipu pelanggannya ...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1