Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Media. Show all posts
Showing posts with label Media. Show all posts

17 April 2024

Janji Ada Wow Factor

Bhai/DeeDee semua...

Kah Kah Kah... kena la selalu aderkan wow factor... barulah ngam.... Kah Kah Kah...



27 December 2022

Kekangkungan Professor Ikut Musim

Bhai/DeeDee semua...

Ramai Professor di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia nih selalu sangat media elektronik (TV/Internet) dan media cetak (Akhbar) suka panggil dan beri peluang untuk kemukakan pandangan mereka...

Dan setiap kali pun ... mesti akan ramai Professor yang dapat peluang camnie... Setiap kali dapat peluang pun... akan terserlah kekangkungan Professor nih semua... dan kekangkungan Professor ini akan ikut musim...

Kalu musim kali itu condong kepada pemerintah yang itu... maka semua dapatan, pandangan serta analisis dari Professor Kangkung ini akan condong ke situlah... begitulah kalu pemerintah pulak berubah... dan semua dapatan, pandangan serta analisis dari Professor Kangkung ini akan condong ke dasar pemerintah yang baru...

Professor Kangkung nih semuanya takdar tulang belakang... takder analisis yang kekal... takder yang pegang pada pandangan dier sendiri.... Kangkung yang sama... tapi lain-lain condongnya... pening... 

Patutlah IPT Malaysia takder hasil yang boleh dibanggakan diperingkat dunia dan antarabangsa... Takder research yang benar-benar bermutu yang akhirnya menjadi produk yang dipakai diseluruh dunia... Sekadar research syok sendiri dan mengabiskan dana jer...

HAMPEH aaa....

Bodek lah selagi boleh...

Berdasarkan penulisan dibawah ini yang ditulis oleh Professor Kangkung....  gua gelak besar... Sendiri tulis dan beri persoalan... tapi sampai kesudah semua penulisan pun tiada jawapan... Adoilah buat penat baca jer ulasan Professor Kangkung .... Jenuh...

Secara ringkas, hipotesis menteri ialah dengan keanjalan permintaan yang lebih tinggi, kenaikan harga akan mendorong kepada pengurangan permintaan dan tindakan ini akan menyebabkan penurunan harga berlaku atau setidaknya meredakan kenaikan harga makanan.

Setidak-tidaknya ada dua persoalan perlu dijelaskan, permintaan apa dan permintaan siapa?

Dengan "andaian" semuanya kekal sama, penurunan dalam permintaan yang berpunca dari kenaikan harga (tertakluk kepada keanjalan) akan menyebabkan harga yang lebih rendah dan jumlah permintaan yang dapat dipenuhi juga akan menjadi lebih rendah.

Ini membawa kepada persoalan kedua-permintaan siapa? Siapakah yang akan menanggung beban mengurangkan permintaan ini?

Siapakah yang perlu mengorbankan permintaan sedia ada? Si kaya atau si miskin? Saranan ini menjadi polemik.

Ulasan Professor Kangkung


p/s: Takkan ader rakyat yang nak pergi semak satu-satu pasaraya atau kedai nak bandingkan harga baru melakukan pembelian barang .. semua itu meningkatkan kos kepada rakyat... kos bahan bakar kenderaan @ minyak petrol ... sapa nak tanggung semua tu?? Kerajaan nak tanggung ke????

Kerajaan pon berkira bab subsidi bahan bakar....

29 January 2022

Berapa Berjayanya Bergerak Secara Solo

Bhai/DeeDee semua...

Kita sedia maklum bahawa bahang politik di Malaysia ini diwarnai dengan sentimen dan persepsi yang dicanangkan dan dibakar dalam media ... tanpa mengira media elektronik, media konvensional, media cetak mahupun media sosial....

Dan dari kesan inilah biasanya percaturan politik diterjemah menjadi sesuatu yang dilihat memberikan harapan atau garapan buat rakyat.

Betul .... memang betul ada rakyat yang buta politik. Ada rakyat yang seakan memilih sokongan politiknya mengikut apa yang leluhurnya telah gagaskan... tetapi ramai juga yang melihat peri kelaku ahli-ahli politik yang membawa bendera politik mereka...

Sebab ramai ahli politik yang lebih mementingkan perut dan bawah perut mereka....yang mementingkan apa yang akan dapat kepada mereka, juak mereka dan kroni mereka... Dan ramai ahli politik ini yang terlalu rasis dan berpuak... sampai meninggalkan apa yang sepatutnya mereka buat.

Malah dalam keadaan sekarang ini dimana Pilihanraya Negeri (PRN) Johor dan Pilihanraya Umum (PRU) yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi... ader beberapa Parti yang seakan bergerak solo... yang tidak mahu bergabung atas pelbagai alasan.. 

Persoalan yang boleh ditanya... berapa berjayanya jika mereka bergerak secara solo? Adakah mereka akan mendapat bilangan kerusi yang mencukupi untuk menjadi pemerintah? Itu persoalannya... Jika dalam keadaan biasa pun susah nak berpakat... bagaimana pula nanti bila berlakunya ketidakcukupan kerusi .. dimana semua parti terpaksa bergabung.

Apakah strategi yang mereka buat ini memberikan keuntungan kepada rakyat dan pengundi? Adakah ianya dapat memberikan satu bentuk baharu dalam pentadbiran Malaysia? 

Kita sekadar mampu melihat dan memerhatikan sahaja...



26 December 2021

Media Blanket?

Bhai/DeeDee semua...

Gua dimaklumkan bahawa Highway LPT ditutup 4 hari semasa banjir baru nih... Sebabnya ada balak sangkut banyak atas highway... dan amik masa untuk proses pembersihannya... Maklumat yang gua dapat pun datang dari kawan yang menetap berhampiran lokasi kejadian... dan rumah dier sendiri pun kena banjir lumpur sampai bumbung...

So... takder satu media pun yang upkan cerita nih... macam ader media blanket jer.... Macam ader yang nak cover-up...

Hahaha... buat la perangai camnie selalu..

Yang lagi menarik... syarikat konsesi pon boleh cover-up kata benda ni palsu... hahahaha... lawak siot...





17 July 2021

Tambah Ajinomoto Dalam Nilai Berita

Bhai/DeeDee semua...

Satu dunia kita nih ader semacam masalah yang sama... iaitu ramai yang buat kerja tambah ajinomoto dalam nilai berita... Malah dalam banyak keadaan ajinomoto yang terlalu berlebihan sampai hilang nilai berita yang sebenar.

Inilah punca mengapa WhatsApp sekat dua juta pengguna India dalam sebulan ... sebab banyak berita palsu dan tokok tambah yang dibuat dalam penyebaran berita-berita dalam group whatsapp yang bertebaran tanpa kawalan.

Jika tak dikekang perkara ini, ianya memungkinkan berlakunya rusuhan dan ketidaktenteraman awam. Jadi sebab itulah WhatsApp sekat dua juta pengguna India dalam sebulan.

Adoilah.

#WhatsappSpam #Spam #Ajinomoto
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

09 July 2021

'Kadir Jasin tak kenal pun PAS' kata Ahmad Tarmizi

Bhai/DeeDee semua...

Ahli Parlimen Sik nih kata A. Kadir Jasin tak kenal pun PAS... dier siap kutuk A. Kadir Jasin. Hahaha... Takpa... bukan gua nak bekap A. Kadir Jasin pon...

Tapi... Gua tak tahan nak gelak biler Ahmad Tarmizi nih bekap giler Abdul Hadi Awang... katanya Abdul Hadi Awang la yang jadi pendamai puak-puak Islam yang bertelagah di Timur Tengah... tambah lagi yang berkait dengan Palestin dan Israel...

Hahaha,.... ader betul ka???

Jejak kaki ke Israel pon Abdul Hadi Awang tak pernah .... lagi mau sembang deras... Kalu betul la Abdul Hadi Awang nih sohor di Timur Tengah... mesti nama dier ader disebut oleh media-media sana... Media Israel pun patutnya mesti pernah pickup nama Abdul Hadi Awang kalu betul dier ader significant value kat sana...

Hahaha... sembang boleh lar... Hahaha

#Harakah #AbdulHadiAwang #DutaTimurTengah

06 June 2021

Menteri Pelajaran Pun Kuat Menipu Gak Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Biasa kalu ader pengagihan dibuat... mestila wartawan akan warwarkan dalam media elektronik atau media cetak... Mesti akan ader sorotan pengagihan tu dalam siaran Berita ....

Tak logik pengagihan tu dibuat senyap-senyap tanpa dapat dikesan mana-mana media.... Takkan la takmo nak buat "Public Exposure" ... takkan la VIP atau YB pon takmo nak tumpang letak muka konon ada simple majlis pemberian laptop nih...

Memang tak lojik betul... Dalam portal Yayasan Hasanah pon takder video penyerahan dan pengagihan nih...

Lawak siot la cover-up nih... nak sembang pon agak-agak la wei ... tetiba jer kata dah bagi 12 ribu unit.... hahaha..

P/S : Kalu brani... bagitau la nama sekolah yang muridnya dapat tue... boleh la orang buat semakan.... ahahaha



03 March 2021

Kes Sajat. Satu Kesilapan Besar JAIS

Bhai/DeeDee semua..

Kes Sajat nih sebenarnya pada gua adalah satu benda yang lawak... Bukan pasai apa... pasai kebodohan dan kesilapan besar yang JAIS dah buat...

Pertamanya... once Sajat telah tidak hadir di Mahkamah... tentunya pihak Mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap... dan sepatutnya pada masa itu juga pihak penguatkuasa JAIS terus mengambil tindakan. Bukan delay sehari dua siap keluarkan kenyataan dalam media yang mengatakan bahawa mereka telah mengarahkan 122 kakitangan untuk mengesan dan menangkap Sajat.

Bila delay dan keluar berita dalam akhbar... for sure Sajat akan lari... for sure Sajat akan bersembunyi.. Inilah masalahnya yang pertama.

Keduanya... Bila Sajat dah lari... hilang.... tetiba Sajat boleh pulak keluar kenyataan melalui media sosial.... tentunya Sajat boleh dikesan... Tapi iyalah... JAIS nak tunjuk hero... nak buat sendiri tindakan... Patut JAIS dah boleh mintak kerjasama PDRM untuk jejak dan tahan Sajat....  itupon lambat buat dan siap warwarkan lagi dalam media.... betul-betul gila media JAIS nih...

Ketiganya....Gua percaya Sajat mesti lari dengan beberapa orang rakannya.... dan mesti dier juga hilang dengan pembantunya....Gua tak percaya Sajat lari sorang-sorang.... dan gua tak percaya Sajat berada jauh dari rumahnya.... Konfirm Sajat tak keluar pun dari Selangor/KL/Putrajaya punya area.... Not even sampai ke Seremban atau Tanjung Malim pun.. Dan Sajat gua percaya masih lagi on-kan telefon bimbitnya... Orang macam Sajat mesti tabley berenggang dengan telefon bimbitnya.... Dan ini boleh ja dengan mudah dijejaki ... buat triangulation based on nearing cell tower... sebab semua nombor telefon bimbit yang didaftarkan memang ader nombor IMEI yang registered.. dapat IMEI boleh kesan nombor ICCD.... dan boleh trace...

Kalaupun tak dapat trace nombor Sajat... takkan tabley nak dapatkan nombor pembantu dier ka... atau rakan dier ka yang sekarang pun hilang sama..... Hahahaha.... 

Aper pon ... itu semua antara nak buat atau tidak jer.... hahaha.... kalu lebih propa ... nak glamer dalam Media... memang takkan jumpa Sajat... Hahaha....

Lawak kan...






31 August 2013

Syria : Siapa Yang Untung

Bhai/DeeDee sekalian...

Sekali lagi warga Malaysia dan dunia kena main dengan media dalam isu Syria nih.... Dalam kes di Syria nih... Siapa yang untung ... Hahaha

Berapa ramai yang terpedaya dan diperdayakan oleh media yang jugak dikuasai oleh para spekulator ekonomi... Hahaha... 

Isu senjata kimia la... Isu gas beracun la... Isu penggunaan bom napalm dan fosforus la.... Hahaha... Lawak siot... Kalu lu orang nak tau... Dalam banyak kes konflik yang berlaku dalam dunia nih... Terutamanya di kawasan Timur Tengah .... semuanya ader kaitan dengan Amerika Syarikat dan Israel...

Malah... Yang selalu guna bom napalm dan fosforus aderlah Amerika Syarikat dan Israel... Begitu jugak dengan "depleted uranium shell" sama ada pada peluru meriam mahupun pada peluru berkaliber besar...

Malah... Dalam perang dunia kedua dulu... Tak ramai yang tahu bahawa Tentera Berikat (Amerika Syarikat dan Britain) la yang paling banyak guna gas beracun dan senjata kimia... Tak kira la dari penggunaan "agent orange" sampailah kepada "anthrax".... Hahaha

Malah Tentera Amerika dah banyak kali buat ujian menggunakan "small pox" sebagai senjata kimia masa depan... Dan salah satu ujian yang Tentera Amerika pernah buat aderlah wabak "Ebola" yang dibuat khas dan diuji di Afrika...

Jadi... Dalam kes di Syria nih... Siapa yang untung??? Hahaha.. Yang untung tentulah Amerika Syarikat (yang ekonominya tengah teruk), Israel (mengekalkan status quonya di Timur Tengah) dan Arab Saudi/Qatar (kerana boleh menaikkan harga minyak dan gas kepada harga spekulator iaitu USD$400 setong)...

Hahaha... Skrang nih Halliburton dah kuasai telaga minyak di Iraq dan Afghanistan... Dan kalu harga minyak naik... Sure Amerika Syarikat akan untung dan secara otomatiknya saluran gas dan minyak di Timur Tengah akan dikuasai oleh agen-agen Amerika Syarikat...

Hahaha... Obama skrang nih tengah berkira-kira nak serang Syria atas alasan Syria menggunakan senjata kimia dan gas beracun kepada rakyatnya... Dan inilah yang dimainkan oleh media-media celaka macam Al Jazeera, Al Arabiya, CNN dan banyak lagi ... Termasuklah jugak oleh media Malaysia... 

Hahaha... Hebat perancangan diorang... Sampai takder satu pon cerita yang benar dari Syria yang dapat lepas didalam media nih melainkan semua cerita yang sudah difabrikasikan oleh media celaka nih.... Satu perancangan bersepadu... lengkap melengkapkan.... 

Seperti gua pernah katakan dulu... hasil dari maklumat operatif agensi yang gua pernah berkhidmat dulu (dimana diorang nih skrang dah lebih 3 bulan berada di Syria) .... Ini semua kerja dan mainan CIA dan MOSSAD.... Siapa yang buat kerja jahanam di Syria kalu tidak agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD yang jadi agen provocateur ..... Ala... teknik yang samer yang kasi kecoh dalam mana-mana himpunan rakyat la... Samer jer teknik yang boleh dibaca dan dijangka.... Hahahaharamjadah.....

Jadi... Dulu ader orang tanya... Kes Syria dah lama berlaku... Kenapa Amerika Syarikat tak mau masuk campur... Hahaha... Skrang lu sudah tau kan jawapan pada soalan lu... Hahaha... Amerika Syarikat memang tunggu masa yang sesuai.. dengan isu yang sesuai... Semuanya dirancang terbaek oleh agensi kontraktor keselamatan yang berbayar... Hahaha... Celaka betul lar...

Dan siapakah pembayar kepada operasi nih.... Hahaha...... Sudah semestinya negara teluk seperti Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan UAE... Hahahaha... Semua mau push OPEC naikkan harga minyak mentah.... Hahaha

PS: Ader orang tanya gua... Kenapa tak update citer pasai Hari Kemerdekaan... Err... Bukan ker Zainal Kling dan Ramlah Adam kata negara nih tak pernah dijajah??? Hahaha

04 May 2013

Proses Menakutkan Rakyat Bermula

Bhai.... Media Cetak dan Elektronik memang macam celaka la nih.... semuanya dalam mode proses menakutkan rakyat ... bermula dalam tempoh kurang 24 jam nih... pencacai-pencacai BN yang menguasai media cetak dan elektronik sudah mula memaparkan berita-berita dan informasi yang bertujuan menakutkan rakyat... kononnya PR akan membuat huru hara selepas keputusan PRU13...

Media Prima misalnya... gua lihat tak habis-habis menggunakan segenap media yang dikuasai oleh mereka menghasut isu perkauman... isu keganasan... dan macam-macam kerenah....

Yang lagi lawak tue.. SPR macam membiarkan sahaja tingkah laku Media Prima nih.... langsung tidak kena tindakan... PDRM lagi la.... serupa macam SPR... buat derk jer.... tapi SPR dan PDRM dok tumpukan perhatian diorang kepada Pakatan Rakyat... macam-macam silap mata dan arahan "pelik" dibuat khas untuk mensabotaj Pakatan Rakyat...

Isu "Arab Spring" pon dimainkan di media... sedangkan di Malaysia... maner ader wei... kat Malaysia kiter ader "Durian Spring" lar.... hahaha...

So... ini gua nak ingatkan kepada pencacai BN yang menguasai SPR dan PDRM ... jangan lu orang ingat lu orang boleh buat kerja haram mencacai tahap bangang nih.... dan terlepas daripada perhatian rakyat...

Tambah lagi siapa yang buat kerja khianat main-main dengan alat letupan nih... Hehehe.... gua berani jamin yang takkan ader seorang pon anggota PR yang akan buat kerja pasang IED dan bahan letupan nih... dan gua malas la nak tengok kertas siasatan "agensi" berkaitan dengan siapa yang memasang IED dan bahan letupan nih... kalu gua tengok karang... takut gua terpublish cerita dier kat sini.... hahaha

Macam la kitorang tak tau saper yang buat.... hahaha

Ini Kali Lah...

25 April 2013

Pembangkang Selamanya

Bhai.... gua dah terlibat dengan politik nih sejak dari 1985 ... sudah menjadi ahli parti politik diusia muda belia.... dan sepanjang masa nih... gua cukup tahu dan masak dengan sepak terajang dan strategi politk... dan gua cukup masak dengan kerenah wartawan dan media... tambah plak gua selalu jadi wakil media bagi pihak-pihak yang membayar khidmat gua....


Itu aderlah gua... kalu ader soalan dari media yang gua rasa macam bola tanggung (biarpon gua cukup hangin dengan soalan tue)... gua akan jawab "no comment" .. itu jer... walaupun berkali-kali gua ditanya soalan yang samer... Ianya bertujuan supaya tidak mengusutkan lagi masalah... tambah plak kalu kes berkaitan dengan mahkamah dan undang-undang... gua seboleh-bolehnya tidak akan memberikan apa-apa komen agar tidak mengganggu proses keadilan dan menghina mahkamah...

Tapi itulah gua.... walaupun tak glamer maner macam para pemimpin Pakatan Rakyat... tapi biasa gak terdedah dengan situasi perangkap macam nih oleh media.... jadi gua sentiasa berhati-hati... cover my back...

Cumanyer.... gua cukup pelik biler ramai pimpinan atasan Pakatan Rakyat... tak kisah la Anwar Ibrahim ka.. Karpal Singh ka.. Lim Kit Siang ka... Hadi Awang ka... Nik Aziz ka... Lim Guan Eng ka... Khalid Ibrahim ka... Azmin Ali ka... Azizan Razak ka... Haron Din ka.... atau sesiapa sajer la... selalu sangat menjadi BODOH dan BANGANG biler berhadapan dengan media dan wartawan....

Kenaper selalu sangat memberikan peluru kepada musuh... kenaper selalu sangat menyusahkan semua orang... KENAPA BODOH SANGAT????...

Lu orang nih nak jadi pembangkang selamanya ker.... takkan la tak minat nak jadi pemerintah.... mmmm... tapi kalu ikut aper yang lu orang selalu buat nih... nampak sangat la lu orang memang selesa duduk dikerusi pembangkang.... sungguh...baik isytihar jer bagi kemenangan free kat BN pada PRU13 nih...

Ini macham kalu... gua rasa lu orang tak layak lar untuk pegang pentadbiran Putrajaya... sebab lu orang lebih bangang dari puak-puak UMNO/BN......

Dan satu lagi.... buang maser jer lu orang berkempen.. kuar modal beli banner... beli bendera... dan sebagainyer... sebab tak payah la semua tue... pasai kekalahan Pakatan Rakyat pada PRU13 nih bukan sebab kerja kempen tak kuat.. bukan sebab pengundi hantu... bukan sebab ditipu SPR.... bukan sebab teknikal mender...

tapi kalah pada PRU13 sebab...

PEMIMPIN ATASAN PAKATAN RAKYAT YANG BANGANG SANGAT BAGI STATEMENT BANGSAT DAN MENYUSAHKAN PARTI PADA WARTAWAN DAN MEDIA ARUS PERDANA.


Nih ader satu lagu yang ditujukan khas buat Pakatan Rakyat (terutamanya PAS)....  dinukilkan oleh pengomen yang mau dikenali sebagai (.Y.)

Gugusang hari-hari indah bersamamu
Pakatang...
Bangkitkan kembali
Rinduku mengajakmu
Ke sana (Putrajaya)

Inginku berlari mengejar seribu bayangmu
Pakatang...
Tak peduli kan ku terjang
Biar pun harus kutembus Padang jawa

Tiba-tiba langkahku terhenti
Sejuta tangang telah menahang ku mengundi
Ingin ku undi PAS mereka berkata

Tak perlu kau mengundi
Mengejar impian (Putrajaya) tak pasti
Hari ini juga mimpi
Maka biarkan ia terlentang

Di hatimu UG..
Di hatimu UG..

08 April 2013

Mengugut Pengundi La Pulak

Bhai... Lu tau dak... Biler BN dah tahap terdesak... Mula lar diorang main ugut-ugut.... Yang lagi lawak tue aderlah siap ugut para pengundi lagie.... Hahaha.... Punya la cuak....

Pasai tue la diorang tak abis-abis memperkudakan jentera kerajaan... Hahaha... Sebab dengan tue boleh lar ugut rakyat.... Hahaha... Giloss... Takper-takper... Tak kemana diorang tue.... Hahaha

Nih si Peter Chin boleh plak ugut pengundi Selangor dan bekap Syabas seta Puncan Niaga... Semuanya pasai si Rozali Ismail tue... Pasai kepentingan UMNO ader kat situe... Hahaha







30 March 2013

Etika Kewartawanan

Bhai... Gua bukan wartawan... Gua hanyalah pengamal media Internet... Gua hanyalah jurugambar bebas... Gua adalah operatif...

Jadi skali-skala dapat berpeluang untuk belajar dan mendalami ilmu kewartawanan nih sudah cukup bagoosh buat gua.... Hahaha....

Terima kasih daun keladi kepada satu syarikat media nih pasai bagi gua peluang untuk belajar dengan diorang tentang dunia kewartawanan nih...

Macam mana nak tulis berita.... Macam mana nak olah berita.... Macam mana nak edit berita... dan macam mana nak terbitkan berita.... Hahaha

Hehehe.... Ilmu yang gua dapat nih akan gua gunakan sebaik mungkin didalam penulisan gua dimasa akan datang.... Hahaha.... Terima Kasih...

Hahaha.... Nak balik Kemaman dah... Mata banyak ngantuk lar.... Nih pon asik terlelap tulis artikel... Jangan mare yer...

17 January 2013

Johor Military Force Bukan Setaraf France Foreign Legion

Bhai... Selepas gua SPM dulu... Gua ader cadang nak terlibat dengan angkatan bersenjata nih... Masa tue gua cukup teruja dengan France Foreign Legion... Pasai diorang nih cover seluruh dunia... Anggota Legionaire nih boleh mohon untuk jadi warganegara Peranchis... Mudah jer....

Tapi... Pasai sesi temuduganya gua kantoi... Hahaha... Gua amik option kedua... Join Mujaheedeen... Lepas tapisan pertama... Tapi kantoi ujian fizikal... Hahahaha... Nak buat camana... Masa tue abang gua dah lulus tapisan masuk Legionaire... Cumanyer dier tak sempat pergi pasai VAT69 dah panggil lebih awal...

Gua plak.... Mak dan ayah bising... Jadi tak dapat lepas join Mujaheedeen.... Walaupun dalam hati nih berbunga nak jadi mercenary.... Hahaha.... Then... Tetiba dapat panggilan join agensi.... Hahaha... Masa tue serentak dapat sambung belajar di pusat pengajian separuh tinggi (3 tingkat bangunan jer) dan join agensi... Dua-dua gua pergi... Dan selebihnya aderlah sejarah....

Aper yang gua nak citer aderlah....kenapa gua takmo nak join JMF (Johor Military Force) ... Walaupun gaya nampak macam mercenary gak... Hahaha... Stakat gaya jer la.... Satunyer... JMF nih hanya untuk rakyat Negeri Johor Darul Takzim... Dan gua aderlah rakyat Perak Darul Ridzuan... Hahaha... Mana boleh la bhai... Hahaha

Tapi yang paling utamanyer aderlah... Gua dari kecik lagi tak percaya pada kuasa yang bergelar DEWA atau DEWATA RAYA nih.... Sebab pada gua mender nih karut marut jer... ketaksuban melampau... Jadi... Kalu gua join JMF makanyer gua akan terpaksa membodek dan mengampu serta jadi balachi DEWA... Ini bertentangan dengan prinsip hidup gua...

Lagipon... Johor Military Force (JMF) bukan setaraf atau samer level dengan France Foreign Legion (Legionaire) ... jauh panggang dari lighter la bhai.... Hahaha... JMF nih level pengawal keselamatan @ jaga jer... Tak macam Legionaire... Diorang aderlah government funded mercenary....

By the way... Latihan yang gua dapat semasa berkhidmat dengan agensi tue hampir samer dengan latihan Legionaire... Terutama yang bab special-ops dan psy-ops... Hahaha...

Itu citer lama.... Skrang purut sudah abg roy... Hahaha ... Mampuih... Dah tak fit dah.... Dan gua "sudah" tak bersama dengan agensi lagi... Hahaha...

Skrang kalu... Lebih baik gua teruskan berkhidmat sebagai "independent security contractor" dan sekali sekala termasuklah sebagai local correspondence dengan media asing.... Hahahaha... Lagi masyuk dan lagi relaks... Tapikan tahap patriotisma gua lu orang harap jangan pertikaikan..... Hahaha

So kesimpulannya... JMF bukan setaraf Legionaire... Hahaha....

Pembetulan : French Foreign Legion (bukannya France Foreign Legion)

03 December 2012

PDRM Dan Tentera Zionis Sekufu?

Bhai.... Kta bawah nih ader screenshot artikel yang gua rembat dari Harian Metro... citer tentang petugas media yang dijadikan mangsa oleh Tentera Zionis di Gaza........ hehehe... aper yang gua nak citer... Tentera Zionis nih ngan PDRM samer jer .... sekufu.... sebabnyer...  lu baca sendiri la bhai...





Tapi takper... itu semua tak bagi kesan kat gua... sebab gua akan turun KL pada 12 January 2013 nih.... untuk sertai demonstrasi sebagai media.... Bukan setakat gua akan pakai tag media macam biasa... tapi kali nih siap dengan vest media... so... kiter tengok... setakat mana gilernyer anggota PDRM masa tue....

01 May 2012

BERSIH 3.0 : Siapa Pengganas?

Bhai.... gua nak tanya lu soklan nih... dan gua rasa lu orang boleh jawab soklan nih dengan mudah....

Soklan nih objektif.... jadi senang nak jawab... kalu tak pandai gak... boleh guna dadu... hahaha

Soklannyer:

Berapakah nisbah keganasan terhadap Wartawan dan Media pada BERSIH 3.0?

1.  10 keganasan dari Polis dan 0 dari peserta Bersih 3.0
2.  9 keganasan dari Polis dan 1 dari peserta Bersih 3.0
3.  1 keganasan dari Polis dan 9 dari peserta Bersih 3.0
4.  0 keganasan dari Polis dan 10 dari perserta Bersih 3.0

Sila jawab dengan akal yang waras bersandarkan kepada bukti-bukti yang ada....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1