Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pasaraya. Show all posts
Showing posts with label Pasaraya. Show all posts

27 December 2022

Kekangkungan Professor Ikut Musim

Bhai/DeeDee semua...

Ramai Professor di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia nih selalu sangat media elektronik (TV/Internet) dan media cetak (Akhbar) suka panggil dan beri peluang untuk kemukakan pandangan mereka...

Dan setiap kali pun ... mesti akan ramai Professor yang dapat peluang camnie... Setiap kali dapat peluang pun... akan terserlah kekangkungan Professor nih semua... dan kekangkungan Professor ini akan ikut musim...

Kalu musim kali itu condong kepada pemerintah yang itu... maka semua dapatan, pandangan serta analisis dari Professor Kangkung ini akan condong ke situlah... begitulah kalu pemerintah pulak berubah... dan semua dapatan, pandangan serta analisis dari Professor Kangkung ini akan condong ke dasar pemerintah yang baru...

Professor Kangkung nih semuanya takdar tulang belakang... takder analisis yang kekal... takder yang pegang pada pandangan dier sendiri.... Kangkung yang sama... tapi lain-lain condongnya... pening... 

Patutlah IPT Malaysia takder hasil yang boleh dibanggakan diperingkat dunia dan antarabangsa... Takder research yang benar-benar bermutu yang akhirnya menjadi produk yang dipakai diseluruh dunia... Sekadar research syok sendiri dan mengabiskan dana jer...

HAMPEH aaa....

Bodek lah selagi boleh...

Berdasarkan penulisan dibawah ini yang ditulis oleh Professor Kangkung....  gua gelak besar... Sendiri tulis dan beri persoalan... tapi sampai kesudah semua penulisan pun tiada jawapan... Adoilah buat penat baca jer ulasan Professor Kangkung .... Jenuh...

Secara ringkas, hipotesis menteri ialah dengan keanjalan permintaan yang lebih tinggi, kenaikan harga akan mendorong kepada pengurangan permintaan dan tindakan ini akan menyebabkan penurunan harga berlaku atau setidaknya meredakan kenaikan harga makanan.

Setidak-tidaknya ada dua persoalan perlu dijelaskan, permintaan apa dan permintaan siapa?

Dengan "andaian" semuanya kekal sama, penurunan dalam permintaan yang berpunca dari kenaikan harga (tertakluk kepada keanjalan) akan menyebabkan harga yang lebih rendah dan jumlah permintaan yang dapat dipenuhi juga akan menjadi lebih rendah.

Ini membawa kepada persoalan kedua-permintaan siapa? Siapakah yang akan menanggung beban mengurangkan permintaan ini?

Siapakah yang perlu mengorbankan permintaan sedia ada? Si kaya atau si miskin? Saranan ini menjadi polemik.

Ulasan Professor Kangkung


p/s: Takkan ader rakyat yang nak pergi semak satu-satu pasaraya atau kedai nak bandingkan harga baru melakukan pembelian barang .. semua itu meningkatkan kos kepada rakyat... kos bahan bakar kenderaan @ minyak petrol ... sapa nak tanggung semua tu?? Kerajaan nak tanggung ke????

Kerajaan pon berkira bab subsidi bahan bakar....

12 October 2022

Nak Menang PRU15 Ke Tidak Nih?

Bhai/DeeDee semua...

Kupon Bantuan

Sebenarnya gua dah lama nak tulis bab ini tapi biasa la… biler ader benda lain yang datang… mesti lupa nak tulis benda ni… hehehe

Kita tahu banyak NGO yang suka berikan bantuan kepada marhaen mustad’afin dan golongan yang terkesan (ekonomi atau selainnya)
Dan setiap kali bantuan diberikan mestilah barang-barang makanan yang diberikan. Tumpuan pastinya akan lebih kepada sumbangan beras, tepung gandum, minyak masak, gula, garam, kicap, teh, kopi, milo, mee segera dan sardin.

Kita faham itulah piawaian kotak bantuan yang selalu disediakan oleh badan-badan kebajikan, NGO dan juga agensi Kerajaan.

Tapi…

Tapi kalu penerima yang sama mendapat dua tiga kali kotak bantuan yang mempunyai isi kandungan yang sama… maka agak bermasalah lah jugak.

Sebab biasanya penerima kotak bantuan tu perlukan benda-benda lain seperti cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, asam jawa, asam gelugur, cuka atau yang lainnya…

Mungkin jugak penerima perlukan susu untuk bayi, lampin pakai buang atau tisu wanita. Tentunya penerima bantuan nih agak segan nak bertanya. 

Ada orang kata kalu kita berikan bantuan secara wang tunai akan jadi isu salahguna dan pelbagai lagi… Malah orang kata ianya tak sesuai.

So…

Apa kata kita tukar konsep pemberian kotak bantuan kepada Kupon Bantuan yang bernilai setara.

Dulu di Hypermarket Giant ada dijual Gift Card bernilai RM10, RM50 dan RM100. Gift Card ini hanya boleh digunakan untuk membeli apa-apa barangan di Giant. 

Jadi kita boleh gunakan cara ini bagi memudahkan penerima bantuan membuat pilihan barangan keperluan mereka sendiri. Pastinya kita boleh lock kad kupon ini hanya boleh  digunakan untuk pembelian barangan tertentu sahaja.

Kerjasama dengan semua Pasaraya Besar dan setempat seperti AEON Big, Lotus’, Giant, Mydin, NSK, KKMart, 99Sperdmart, 7Eleven, JayaGrocer dan lain-lainnya boleh dibuat.

Buat lah satu “Unified Cashless Paying Coupon” yang standard dimana boleh digunakan disemua tempat ini dan semua NGO, badan kebajikan serta Agensi Kerajaan ini boleh membelinya.

Nak mudah… Kad Kupon Bantuan ini boleh dibeli di semua Pejabat POS di seluruh Malaysia. Bila lagi kita nak memanfaatkan rangkaian Pejabat POS yang memang lengkap dan tersambung dengan rangkaian Internet.

Satu logo boleh digunakan… sebagai contoh Kad Kupon Bantuan ini kita boleh beri nama Kupon Bantuan Keluarga Malaysia (KBKM). Kita boleh buat Kad Kupon Bantuan ini dalam dua bentuk (preload) atau (cycleload)

Preload (kad sekali guna) 
Cycleload (kad boleh guna banyak kali - tambah nilai)

Bukankah ianya lebih mudah???

Sure mesti akan ada yang kata bagaimana pula dengan mesin “Terminal Pembayaran”… apa nak susah… Semua pekedai yang nak meneriman kupon ini perlulah mempunyai smartphone …  dan mempunyai satu perisian khas (mobile apps KBKM).

Lagi satu… mesti akan ader mangkuk / wqlaun / macai yang akan kata kenapa tak gunakan Boost atau TouchNGo… Hahaha… 

Kalau guna Boost atau TouchNGo… kita tak boleh kawal pembelian barangan tu… nanti tak pasai-pasai penerima bantuan dok shopping benda tak tentu hala macam beli arak, rokok, vape ataupun berjudi mesin kuda… (hahaha)

By the way… gua lebih prefer kita gunakan Kad Kupon Bantuan Keluarga Malaysia nih dari jenis Cycleload.

Amacam?? 

Takdak sapa ahli politik ka yang nak jadikan benda nih realiti ka? Takkan taknak masukkan jadi bahan kempen PRU15… Apa lagi mau tunggu? Takmo nak menang ka?

Oh ya… Consultancy Fees gua lu orang jangan lupa… tak mahal… RM2 juta jer untuk idea yang ini… Hahaha

Nak yang lain-lain servis (terutamanya cara camana nak menang PRU15) boleh diskas ngan gua.. Takder masalah… PM tepi ja…  gua taknak jawatan politik… gua nak komisyen dan fees gua jer…
Ader paham?? Hahaha

#pru15 #kempen #ideakempen #bantuanbanjir #danabanjir #ngo #danapru



19 January 2022

Makin Menyusahkan

Bhai/DeeDee semua...

Gua faham tindakan yang dibuat adalah untuk memastikan orang Islam menunaikan Solat Jumaat berjemaah... tapi... tindakan menutup pasaraya yang lebih lama ini gua rasa ianya tidak adil kepada masyarakat dan industri.

Kalu dulu... masa ditutup hanyalah dari pukul 1 petang sampai kepada pukul 2 petang...

Sekarang... ditambah dari 12.30 tengahari... sampai ke pukul 2.30 petang... 2 jam tu tutup... Bayangkan kalu orang yang sedang bermusafir... tetiba singgah atas sebab-sebab tertentu... tetap la kena tunggu sampai pukul 2.30 petang barulah boleh berurusan.

Adoilah...

Payah betul.... ehsankan la sikit dengan warga bukan Islam... cukuplah sekadar pekerja Islam diarahkan tidak bekerja dari pukul 12.30 tengahari sampai ke pukul 2.30 petang.... bukankah senang camnie... tapi tetap akan ader risiko... sebab nanti majikan takkan nak ambil pekerja Muslim dah lepas nih... rugi jer...

Itu lar..



23 February 2015

Pasaraya Besar Menipu Pembundaran Nilai

Bhai/DeeDee semua...

Nih gua nak story.... Hari tue gua ader pergi ke satu rangkaian pasaraya besar yang glamer di Malaysia... Gua nak beli beberapa barangan jer... Takder la aper-aper tujuan pelik pon... 

Tapi....

Masa di kaunter pembayaran gua terkejut biler tengok mesin pembayaran tue... Masa cashier tengah scan item untuk dikira nilai dan totalnya... Sungguh terkejut... Sebab ianya tak sepatutnya berlaku macam tue...

Camnie contoh citernyer....

Makanan kucing : RM13.88
Sardin  : RM 4.23
Susu Sejat : RM 2.13 

Sepatutnya : 13.88 + 4.23 + 2.13 = RM20.24

Tapi.... Yang berlaku aderlah pengiraan macam kat bawah nih...

Jadik : 13.90 + 4.25 + 2.15 = RM 20.30

Kalo ikut konsep pembundaran sedia ada, sepatutnya jadi RM20.25 dan bukannya RM20.30 ..... Ini gua kira kalu satu orang kena perdajai... Cuba lu kira kalu 300 pelanggan kena main cara nih oleh pasaraya.... Pergh... Memang masyuk.... Kat rak harga macam bagoosh ja... Biler bayar jadik harga lain.... Memang la lima sen (5 sen) tak jadi aper.... Itu kalo satu... Kalu ader beribu.... Amacam...

Giler aaa.. Setiap satu item dibundarkan dan bukannyer selepas pengiraan keseluruhan... Giler siot...

Samer gak macam ATM Maybank yang pow duit orang setiap transaction lima posen... Betui depa kata lepas 4 transaction baru kena itu caj... Tapi ader saper pantau ka? Lanchow la KPDNKK ader pantau... kalu stakat audit bank sendiri yang pantau... Lagi hamlau... Sebab gua pernah tengok sendiri Maybank caj takder sempat tunggu lepas 4 transaction.... Semua transaction kena caj limaposen...

KPDNKK buat aper aaaa... Takkan main telo je kot???

P/S : Kalo nak tau pasaraya aper... Hahaha... Ianya aderlah pasaraya kawan kepada Nobita, Sizuka dan Sunio.. Hahahaha

19 May 2013

Jom Menghasut

Bhai.... gua bercadang nak menghasut lu orang lar..... boleh dak??? Hahaha....

Gua nak menghasut lu orang supaya...... jeng... jeng... jeng..... supaya....
  1. Belilah barangan buatan tempatan walaupon cetak rompak... hahaha
  2. Utamakanlah awek tempatan dan balak tempatan
  3. Makanlah makanan tempatan (budu, cencalok, tempoyak, pekasam dan lain-lain)
  4. Kalu duit banyak tue... perabiskan joli katak la melancong di dalam negara
  5. Banyakkanlah produk tempatan (bukan stakat banyakkan anak jer)
  6. Kalu duit banyak tue... sodokah jo kat mano-mano semejid...
  7. Jagolah opah dan tokwan ekau tue... tambah laie kalu diorang berduit
  8. Jagolah gak omak dan abah ekau tue.. jangan derhako... ekau nak jadi Tanggang ko?
  9. Kalu duit banyak tue... hadiahkan la kat gua... hahaha...
  10. Jangan merompit kat atas jalan... merompit jo la kat dalam kubur tue..
  11. Jangan kuca anak orang ... anak beruang takpa...
  12. Bololah kobau dan lombu... ayam itik jangan lupo boi makan...
  13. Hang kena belajaq tinggi jadi orang pandai supaya hang tak mudah kena tipu ngan Kerajaan Langit
  14. Kalau komer nak lawan kerajaan.... lawan jer la Kerajaan Langit Ayah Pin tue...
  15. Orang lain nak bangang sokong Ayah Pin... lantak kat demer... komer jangan ikut bangang tu
  16. Hang jangan buat demo kat jalanraya tapi buat jer kat dalam pasaraya
Dan inilah hasutan paling utama gua..... "Tolong jangan beli minyak pada harga murah macam RM1.90 seliter, tapi belilah minyak petrol pada harga RM2.70 seliter" .... sebab kalu lu beli minyak murah... macam mana Kerajaan Langit Ayah Pin nih nak kaya.... hahahaha... macam mana lah Ayah Pin nak bagi duit kat lu orang semua RM500 setahun sekeluarga...

Kekalkanlah Kerajaan Langit pimpinan Ayah Pin di Putarjaya ......  dengan mengekalkannya.... bukan sahaja kiter akan ader kapal tak menyelam... tapi kiter akan ader kereta tidak kebal dan jet yang tidak berjuang.... hahahahaha ....  Hidup PM Manglasia (Ayah PIN / TAC akaun Maybank) !!!



PM Manglasia (Ayah PIN / TAC akaun MayBank)

23 November 2012

Menyamar Sebagai Produk Muslim

Bhai... Tadi gua sempat singgah kat sebuah pasaraya... Nak cari barang skit... Tetiba... Gua terpandang satu produk nih dipromosi diatas satu rak nih... Sekali pandang nampak macam produk buatan syarikat Muslim...

Sardin berjenama Sri Melati... Pergh... Sedap namanyer... Sebijik nampak macam hasil keluaran bumiputera.. Gua pon aper lagi... Amik dan belek la tengok syarikat mana yang buat...

Tetiba terpandang tanda logo halal dier yang agak mencurigakan... Macam pelik jer logo halal... Pusing keliling tin... ternampak tulisan... "Product of China" terpampang... Semak lagi... Pergh... Diimpot oleh TC Boy Marketing Sdn bhd...

Terus gua rasa geli tekak... Dulu gua ader pernah beli tuna jenama TC BOY... Jadi kalu ini macham... Maybe yang tuna dulu tue pon rasanya halalnya meragukan... Allahu Akbar... Moga Allah mengampunkan gua atas kelalaian gua selama nih...

Tolong prihatin skit aaaa...




Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1