Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Jalanraya. Show all posts
Showing posts with label Jalanraya. Show all posts

22 January 2024

Hanya Di Malaysia

Bhai/Dee semua...

Hanya di Malaysia jer.... jalanraya berlubang ditampal masa hari hujan guna Hotmix Premix... Hahaha... Giler aaa...

Hanya di Malaysia jer bila nak lalu jambatan... jalan biasa atau highway... mesti kenderaan akan sedikit melompat...

Hahaha... ini barulah fly....



30 November 2023

Realiti

Bhai/DeeDee semua...

Grafik dibawah bukanlah nak menunjukkan betapa besarnya Sarawak berbanding Semenanjung Malaysia... tapi sebenarnya adalah lebih kepada berapa kroniknya jalinan jalanraya di Sarawak... yang macam kawah di permukaan bulan...

Hahaha.... naya sungguh la buat orang Sarawak dan Sabah...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 




02 June 2022

Siapa Punya Kerja Macam Bangang Nih?

Bhai/DeeDee semua...

Siapa punya kerja macam bangang nih? Kehebatan rekabentuk BODOH sesetengah jalan raya di Malaysia.

Malaun mana yang approve planning? Yang suffer, rakyat.

Traffic jam, traffic jam, traffic jam! Sakit mental wooih!


01 February 2022

JPJ Dah Semakin Pening?

Bhai/DeeDee semua...

Gua pon pening… Betul la training dibuat oleh sekolah memandu… tapi testing dikendalikan oleh JPJ …

Patut JPJ jugak pun salah kan kalu pemandu gagal patuhi undang-undang dan mengakibatkan kemalangan??? Atau #JPJ nih macam #agamawan… cari dalil dan dalih serta fatwa untuk salankan orang lain???

Giler aaa skrang nih...  

#sekolahmemandu



19 May 2013

Jom Menghasut

Bhai.... gua bercadang nak menghasut lu orang lar..... boleh dak??? Hahaha....

Gua nak menghasut lu orang supaya...... jeng... jeng... jeng..... supaya....
  1. Belilah barangan buatan tempatan walaupon cetak rompak... hahaha
  2. Utamakanlah awek tempatan dan balak tempatan
  3. Makanlah makanan tempatan (budu, cencalok, tempoyak, pekasam dan lain-lain)
  4. Kalu duit banyak tue... perabiskan joli katak la melancong di dalam negara
  5. Banyakkanlah produk tempatan (bukan stakat banyakkan anak jer)
  6. Kalu duit banyak tue... sodokah jo kat mano-mano semejid...
  7. Jagolah opah dan tokwan ekau tue... tambah laie kalu diorang berduit
  8. Jagolah gak omak dan abah ekau tue.. jangan derhako... ekau nak jadi Tanggang ko?
  9. Kalu duit banyak tue... hadiahkan la kat gua... hahaha...
  10. Jangan merompit kat atas jalan... merompit jo la kat dalam kubur tue..
  11. Jangan kuca anak orang ... anak beruang takpa...
  12. Bololah kobau dan lombu... ayam itik jangan lupo boi makan...
  13. Hang kena belajaq tinggi jadi orang pandai supaya hang tak mudah kena tipu ngan Kerajaan Langit
  14. Kalau komer nak lawan kerajaan.... lawan jer la Kerajaan Langit Ayah Pin tue...
  15. Orang lain nak bangang sokong Ayah Pin... lantak kat demer... komer jangan ikut bangang tu
  16. Hang jangan buat demo kat jalanraya tapi buat jer kat dalam pasaraya
Dan inilah hasutan paling utama gua..... "Tolong jangan beli minyak pada harga murah macam RM1.90 seliter, tapi belilah minyak petrol pada harga RM2.70 seliter" .... sebab kalu lu beli minyak murah... macam mana Kerajaan Langit Ayah Pin nih nak kaya.... hahahaha... macam mana lah Ayah Pin nak bagi duit kat lu orang semua RM500 setahun sekeluarga...

Kekalkanlah Kerajaan Langit pimpinan Ayah Pin di Putarjaya ......  dengan mengekalkannya.... bukan sahaja kiter akan ader kapal tak menyelam... tapi kiter akan ader kereta tidak kebal dan jet yang tidak berjuang.... hahahahaha ....  Hidup PM Manglasia (Ayah PIN / TAC akaun Maybank) !!!



PM Manglasia (Ayah PIN / TAC akaun MayBank)

13 February 2013

BL1M, Bas Sekolah, Motorsikal, Pelajar

Bhai.... gua memang bersetuju dengan BL1M .... sebab sepatutnya kos untuk mendapatkan lesen memandu motorsikal mesti kurang dari RM150... tak macam sekarang...harga giler... sampai RM350 dan sesetengah tempat jadi RM450...... cumanyer kenapa nak kena ambil borang kat pejabat UMNO... aper kaitannya inisiatif Kerajaan Malaysia dengan UMNO..... kenapa tidak diperuntukkan terus kepada JPJ... dimana bakal pelajar memandu membuat pendaftaran mereka di mana-mana pejabat JPJ.. bukan kah lesen memandu dikeluarkan oleh JPJ dengan kerjasama dari semua sekolah memandu. Setahu gua lesen memandu bukan dikeluarkan oleh pejabat UMNO atau BN... Inilah benda yang betul dijadikan tak betul oleh UMNO/BN .... Isu lesen memandu pon diorang nak amik kesempatan berkempen.... aper daaa..... semua mau dipolitikkan...


Cerita tentang pelajar sekolah yang membawa motorsikal ke sekolah tanpa lesen dan topi keledar... Isu ini memang ketara... tak kisah la dibandar atau di hujung kampung... Semuanya tetap sama... memang penyakit ini gua salahkan kat ibubapa, guru, pihak Polis, pihak JPJ dan juga Kerajaan Malaysia. Kerana apa gua salahkan semua ini... sebab kalu ibubapa tidak membenarkan pelajar menunggang motorsikal ke sekolah mestilah perkara ini tidak berlaku.

Para guru juga salah kerana gagal untuk menunjukkan sikap dan contoh teladan kepada pelajar sekolah disebabkan oleh beberapa orang guru yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal ke sekolah. Alasan yang selalu gua dengar aderlah "Ala... rumah gua dekat jer dengan sekolah, Tak perlu la pakai helmet" .... Bodoh... Bangang...... Guru kencing berdiri... anak murid kencing berlari... Itu belum tengok lagi guru-guru yang membawa kereta dengan tidak mengenakan tali pinggang keselamatan.... Bodoh... Bangang....

PDRM dan JPJ gua salahkan sebab kurang nak buat pemantauan pada waktu pergi dan balik sekolah... malah pernah gua tengok pegawai PDRM dan JPJ buat derk bila kenderaan diorang dipotong oleh pelajar sekolah nih tanpa pakai helmet... Warning pon tidak... inikan pulak nak kejar dan tahan.... hahaha

Kerajaan Malaysia gua salahkan pasai menyusahkan pengusaha bas sekolah... patutnya Kerajaan Malaysia membantu mentransformasikan perkhidmatan bas sekolah agar sejajar dengan matlamat piawaian pengangkutan sekolah.. tapi tidak...  Belum pernah lagi ada cadangan bernas dari pihak Kerajaan Malaysia terutamanya SPAD untuk membantu dan mengubah perkhidmatan bas sekolah.

Sebenarnya... cara terbaek untuk mengekang pelajar pergi ke sekolah dari menunggang motorsikal adalah dengan cara memaksa (mandatori) bagi semua pelajar untuk naik dan gunakan perkhidmatan bas sekolah setiap hari (pergi dan balik). Pihak kerajaan boleh memberikan subsidi kepada pengusaha bas sekolah ini mengikut bilangan murid yang menggunakan perkhidmatan mereka. Ibubapa cuma perlu membayar kos paling minima kepada pengusaha bas sekolah.... sekitar 10 ~ 20 % nilai tambang... dimana 80 ~ 90 % lagi dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Inilah yang sepatutnya Kerajaan Malaysia buat dan bukannya memberikan BL1M kepada pelajar.

Dengan cara ini, kita dapat melakukan empat (4) perkara.
  1. Memantau pergerakan pelajar sekolah (tidak ada yang melepak tidak tentu hala apabila mereka menaiki motorsikal sendiri seperti sekarang)
  2. Mengelakkan kesesakan jalanraya akibat dari pelajar yang bersimpang siur menunggang motorsikal diwaktu pergi dan balik sekolah
  3. Mengurangkan dan mengelakkan kemalangan maut dan kecederaan akibat dari teribat dalam kemalangan motorsikal
  4. Mendisplinkan para pelajar (tepati masa)
Kita tidak mahu selepas ini akibat dari BL1M... akan terdapat lebih ramai mat rempit atau pelesit jalanan yang kini mempunyai lesen memandu yang lengkap dari JPJ yang mana rata-ratanya terdiri daripada golongan pelajar. Dan bila terlalu ramai pelajar yang ada lesen memandu ini, maka kadar jenayah lain akan meningkat... ragut.... curi motorsikal... geng berkumpulan ... gaduh... dan lain-lainnya...

Tolong aaa... tolong fikir dengan rasional

Berkaitan : Borang BL1M Dipalsukan?

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1