Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Fatwa. Show all posts
Showing posts with label Fatwa. Show all posts

12 February 2024

Ramai Sokong Agenda Puak Munafiqun

Bhai/DeeDee semua...

Gua peratikan sehari dua nih... agenda puak munafiqun macam SIS nih makin ramai yang sokong.... Adoilah.... payah aaa....

Sekali puak SIS nih dapat peluang memporak peranda kan Islam di Malaysia... selagi itu la... 
Tapi ramai sangat yang sokong puak SIS nih...

Tengok jer la dengan yang baru berlaku nih...



08 April 2023

Orang Lain Buat Silap, Orang Lain Terima Padahnya?

Bhai/DeeDee semua...

Masjid adalah dibawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Agama... jadi bila Masjid silap laungkan azan Maghrib 2 minit lebih awal dari sepatutnya... ahli kariah yang ikut berbuka masa tue semuanya jado batal puasa...

Ini depa kata ikut pandangan ulama...

Eh ... sekejap.... bukan salah kita pun... tapi salah Masjid la... salah Pihak Berkuasa Agama la.... apa pulak salah orang awam sampai batal puasa...  Bukan kata gua menidakkan hukum yang ulama dahulu kala kata tapi ini semua (Masjid) dibawah Pihak Berkuasa Agama....

Kalu Hari Raya pon boleh diumumkan awal... konon atas kuasa Pihak Berkuasa Agama... tak jadi isu batal puasa dan kena ganti la... takkan kes macam ni pon boleh salahkan orang awam...

Sori... pada gua tak terpakai hukum batal puasa tue dan kena ganti...  Bukan orang awam sengaja nak berbuka awal....  ini salah pihak berkuasa Agama...  AJK Masjid la yang batal puasa dan kena ganti puasa...  ini salah depa

Adoilah...

Tak pernah dalam Islam ajar kesilapan orang lain, kita kena tanggung dosa... adoilah

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL

Setakat Mohon Maaf Je

Pihak pentadbir Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan memohon maaf atas kesilapan melaungkan azan Maghrib, dua minit sebelum masuk waktu sebenar pada 30 Mac lalu.

Menurut Timbalan Pengerusi masjid itu, Ustaz Ahmad Nasir, kesilapan tersebut adalah disebabkan masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid.

“Para jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa tuan dan puan telah terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti atau diqadha’.

“Begitulah pandangan Jumhur Ulama’ dari kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama’ Hanbali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqadha’,” katanya dalam satu kenyataan rasmi masjid bertarikh 1 April lalu.

21 December 2022

Makin Pening Abdul Hadi Awang

Bhai/DeeDee semua...

Tak pernah takder dalil dan fatwa .... kalu ianya boleh menguntungkan PAS dalam berpolitik... mesti ader punya... Ini ... kali nih... keluar pulak dalil "berdosa besar" kepada orang yang pergi tunaikan umrah dan haji sebab tak mengundi...

Hahaha.... adoilah...

Dulu tak pernah jumpa dalil macam nih .... tak dengar pun... kalu ader pon sekadar fiqh jer... adoilah.. 

Apa nak jadi la ngan Abdul Hadi Awang nih... relaks aaa.. dulu kan kata Malaikat pun mengundi PAS... so apa salahnya Malaikat pulak kali nih memenangkan PAS dalam Pilihanraya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 2023 nanti....

Huhuhu



Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini memberi pesanan khusus kepada bakal jemaah haji dan umrah dengan mengingatkan mereka terhadap kewajipan mengundi dalam pilihan raya.

Ia dibuat tidak sampai lima minggu selepas PRU ke-15, dan menjelang pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN) di beberapa negeri yang tidak dibubarkan baru-baru ini.

Memulakan catatannya dengan memetik ayat al-Quran mengenai amaran seksaan terhadap orang Islam yang enggan "berjuang" serta kemungkinan mereka akan digantikan dengan kaum yang lain, Abdul Hadi berkata Rasulullah SAW mendahulukan asas memelihara agama dengan menjadikan ia satu kewajipan.

"Apabila Islam dalam keadaan bahaya, maka hukum jihad yang asalnya fardu kifayah bertukar menjadi fardu ain dan hendaklah diutamakan.

"Sehinggakan, para huffaz (penghafaz al-Quran) dalam kalangan para sahabat ramai yang gugur syahid apabila berlaku peristiwa riddah (murtad) yang mengepung Islam ketika wafatnya Rasulullah SAW," katanya hari ini.


Pandangan Abdul Hadi Awang berkaitan ‘dosa’ jemaah haji dan umrah yang tidak mengundi perlu diperhalusi, kata bekas setiausaha Majlis Syura PAS Khairuddin Aman Razali.

Khairuddin berkata tindakan presiden PAS mengqiyaskan perkara itu dengan tindakan lari daripada medan perang adalah “istinbat (mengeluarkan) hukum yang tersasar dan sangat tidak halus”. 

“Apakah ia bermaksud mereka yang tidak mengundi dalam PRU yang lalu adalah berdosa besar.

“Dan lebih jauh lagi mengundi parti lain sehingga terbentuk kerajaan baru sekarang di peringkat persekutuan bermaksud kuasa Islam telah jatuh? 

01 February 2022

JPJ Dah Semakin Pening?

Bhai/DeeDee semua...

Gua pon pening… Betul la training dibuat oleh sekolah memandu… tapi testing dikendalikan oleh JPJ …

Patut JPJ jugak pun salah kan kalu pemandu gagal patuhi undang-undang dan mengakibatkan kemalangan??? Atau #JPJ nih macam #agamawan… cari dalil dan dalih serta fatwa untuk salankan orang lain???

Giler aaa skrang nih...  

#sekolahmemandu



24 June 2021

Semakin Mengarut Harakahdaily

Bhai/DeeDee semua...

HarakahDaily dilihat semakin mengarut. Artikel yang ditulis didalamnya yang dilihat menyokong PAS dan menghentam Pakatan Harapan pun sebenarnya menceritakan tentang peribadi PAS itu sendiri.

Menceritakan gelodak dan nafsu PAS pimpinan Abdul Hadi Awang itu sendiri. Adoilah. Apa nak jadi lah dengan PAS.

Sekadar nak beritahu... Memanglah tujuan semua parti pembangkang adalah untuk mengambil alih kerajaan dan menerajui kepimpinan selaku Perdana Menteri. Apa kejadahnya kalu masuk politik tapi tidak bertujuan begitu. Malah PAS sendiri pun bercita-cita nak memerintah negara. Dan Abdul Hadi Awang sendiri pun nak jadi Perdana Menteri.

Pelik kalu semua asas demokrasi berpolitik di Malaysia dianggap satu kesalahan ... hanya kerana tidak bersekongkol dengan PAS.

21 June 2021

Fatwa Pun Boleh Hilang?

Bhai/DeeDee semua...

Kelakar pun ader JAKIM nih... macam mana la boleh hilang FATWA yang dah ader lama dalam portal JAKIM... sampaikan Pengarah JAKIM pon tatau.... Hahaha

Magik betul lar.... Mana pergi Fatwa berkenaan Amanat Hadi Awang ??? Macam mana boleh hilang??


17 January 2014

Fatwa #Kangkung

Bhai/DeeDee semua....

Ader mamat tue dok berbuih mulut dier dok citer pasai jangan mencela pemimpin........ Alasan... pasai ader hadith Rasulullah s.a.w yang menggariskan cara untuk menasihatkan pemimpin..... Cuma satu jer.... gua rasa aaaa ... mamat nih dier tak kaji abis hadith tue.... Hadith tue dier baca sekerat jer.... Hadith tue dier berbunyi camnie..

“Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin berkenaan dengan sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang- terangan tetapi hendaklah memimpin tangannya ke tempat yang sunyi ( menasihatnya di tempat yang sunyi) sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya dia enggan menerima nasihat maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya “.(Hadith riwayat Ahmad dan lain-lain )

Betul..... Inilah hadith tersebut dan memang inilah yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w .... Namun ianya hanya terpakai bagi jenis pemimpin yang ada roh Islamiah didalam dirinya.... Pemimpin yang lebih dekat kepada Allah Taala berbanding dengan isterinya.... Pemimpin yang sedar dan tahu bahawa dia dipertanggungjawabkan diakhirat kelak atas kepimpinannya... Pemimpin yang tahu batasan halal dan haram.... Pemimpin yang gusar hatinya bila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya...

Tapi........

Tapi.... hadith nih tak terpakai kepada pemimpin yang sesat... pemimpin yang lagho... pemimpin yang tiada roh Islamiah didalam dirinya... pemimpin yang lebih dekat dengan isterinya dan kroninya berbanding dengan Allah Taala... Pemimpin yang menjadikan harta negara semacam harta peribadi dan keturunannya.... Pemimpin yang merasakan dirinya agung dan maksum.... Pemimpin yang tak amik hirau tentang batasan halal dan haram.... Pemimpin yang lebih kecintaan kepada dunia berbanding akhirat.... Pemimpin yang menolak hukum-hukum dan arahan Allah Taala...

Abdul Shukor Husin

Jadi.... berbalik kepada statement mamat yang mengepalai Majlis Fatwa nih .... gua berpendapat... mamat nih tersalah tafsir hadith nih.... Kalo pon dalam diri tue menyanjung tinggi seseorang pemimpin... janganlah sampai dibutakan hati hingga sanggup menjual agama..... Jangan bhai... Aper lah sangat daki dunia nih.... kochik jo jang ooi...

Gua tetap berpendapat.... Nasihat dan teguran kepada pemimpin boleh dibuat walau dengan cara apa pon.... selagi mana ianya berpaksikan kepada keadilan, hukum dan maslahat umum.... Janganlah jadi umpama "sokong membawa rebah" .....hampeh aaa...

Kalo para pemimpin (bersongkok atau berserban) takmo nak kena nasihat.... sila berambus daripada jawatan kepimpinan tue.... Tue jer... Hahahaha.....

23 July 2013

Cerita Bab Fatwa La Pulak

Bhai/DeeDee sekalian....

Pada dasarnya memang gua tak bersetuju orang Islam masuk dalam mana-mana pertandingan ratu cantik ka... dewi popular ka.... majalah mangga ka...  sebab dalam banyak kes... semua tue menjurus kepada mendedahkan aurat.... Okeh.... jadi dalam kes yang dibawak oleh peserta ratu cantik tue... yang mana mempertikaikan kenapa jabatan agama hanya berkeras bertegas bagi pertandingan ratu cantik sajer... dan bukannyer termasuk sekali dengan renang ker... gimnastik ker...  malah dalam kejohanan olahraga pon ramai atlet wanita yang beragama Islam jugak terlibat mendedahkan aurat....

Jadi... kalu pertandingan ratu cantik difatwakan haram kerana mengaibkan wanita dan mendedahkan aurat.... mengapa tidak Majlis Fatwa Kebangsaan (NFC) juga mengambil tindakan memfatwakan haram bagi wanita Islam menyertai sukan renang, gimnastik dan olahraga..... Mengapa tidak juga Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan haram bagi mana-mana artis beraksi macam "sial dan sundal" dalam majalah Mangga dan URTV....

Aper salahnyer jika Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Agama Islam juga mengambil tindakan keras seperti mendakwa kakitangan Jabatan Agama Islam sendiri yang terlibat dengan aktiviti merokok.... yang mana merokok itu telah difatwakan haram.... yer betul... rokok itu haram....

Aderkah Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Agama Islam berani untuk mengambil tindakan mendakwa Mirzan Bin Mahathir Mohamed kerana terlibat dalam industri Arak yang tentunya telah diharamkan oleh Allah Taala sendiri.... Aper kata Jabatan Agama Islam menyaman dan mendakwa beberapa orang "bangsat dan mangkuk ayun" Melayu Islam yang menjadi pengarah dalam syarikat arak Guinnes Anchor dan sebagainyer tue....

Poodah la.... pasai tue la orang tak respek sama Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Agama Islam.... pasai sikap double standard yang ditunjukkan oleh diorang.....   Tak payah jauh la..... berapa ramai kakitangan Jabatan Agama Islam yang terlibat dengan kegiatan merokok.... itu pon dah cukup dah....... kalu berani dakwa la semua yang isap rokok tue... baru la betul....

So... dalam kes nih... gua bukan nak defend empat orang "adik" yang terlibat dalam kemelut pertandingan ratu cantik tue... tapi.... gua sekadar nak tengok... sejauh mana beraninyer Jabatan Agama Islam seperti JAWI, JAIS dan JAKIM untuk mengambil tindakan menguatkuasakan fatwa haram terhadap sukan renang, gimnastik, olahraga dan jugak isu majalah setan macam MANGGA .... Ala.... kes rasuah pon Jabatan Agama Islam nih tak berani nak dakwa atas dasar haram..... aper daaa...

Berkaitan : JAWI: Bekas peserta ratu cantik hina Islam , Sara Amelia persoal fatwa 'lapuk' isu ratu cantik

24 March 2013

SPR Akan Bertanding Raja Lawak Astro

Bhai.... Hahaha... gua gelak besar biler baca artikel kat Sinar Harian nih pasai SPR dok canang kononnya ader kumpulan ajaran sesat nak mengganggu perjalanan PRU13.... hahahaha.... lawak siot.... macam la dulu sekitar tahun 2000 ....kes Majlis Fatwa keluarkan statement kononnya ader satu kumpulan ajaran sesat bernama KETUPAT LINUX ..... hahahaha.... dan yang paling lawak tue..... ader ker patut Sistem Operasi LINUX diklasifikasikan sebagai ajaran sesat..... hahahaha

Hahahaha.... nih SPR memandai plak buat citer yang ader satu kumpulan ajaran sesat nak ganggu perjalanan PRU13... hahaha.... lawak siot.... siap katanyer SPR dah dapat maklumat dan ader dokumen yang membuktikan benda nih.... Hahahaa

Hahaha... SPR tak payah la jadi macam PAPATULUR ..... cakap ader bukti video penuh kebejatan Anwar Ibrahim... tapi hampeh... tak publish pon.... hahahaha.... dan jangan gak SPR jadi cam Hassan Ali.... hahaha... samer gak... kata ader bukti video pengakuan murtad.... tapi haram ... takder di publish pon sampai la nih.... hahahaha

Tolong aaa... SPR jangan buat malu diri sendiri.... jangan menjadi bahan lawak aaa... cukup la selama nih orang memang dah tak caya sama SPR,.... jangan tambahkan masalah lagi... cukup seadanya.... hahahaha.....  Errr..... SPR dah dapatkan pandangan dan keputusan dari Majlis Fatwa ker pasai isu kumpulan ajaran sesat nih.... hehehehe... dah difatwakan sebagai sesat ker.... Aper kata JAKIM pasai isu nih.... hahaha....

Lawak siot...... Hahahaha

Gua rasa aaa.... maybe SPR akan bertanding Raja Lawak Astro la lepas nih.... hahaha... ader chan menang kot... hahahaha

09 May 2012

NFC = National Fatwa Council ???

Hahaha... What a coincidence ... hahahaha....

So if NFC were to breed and herd cows... do National Fatwa Council did the same ... hahaha....

If NFC (Shahrizat Jalil husband pet project) were making RM250 million in cash... how much National Fatwa Council get... hehehehe....

No wonder nowadays people tend to belittle National Fatwa Council .... hahaha... it because of resemblance of NFC .... or is't in disguise... hahaha

Hahaha..... What a coincidence....

07 May 2012

Aper Ader Hal

Hahaha.... Bhai .. lu tentu tau kan.... Logo Halal JAKIM pon ramai yang palsukan... dan aper tindakan JAKIM .... siasat... hahaha... JAKIM selalu bagitau yang dier tak cukup kakitangan nak buat pemantauan bab HALAL nih.... hahaha...

So... aper ader hal kat Majlis Fatwa Kebangsaan nih.... ader orang amik pot ker..... Hahahaha.... Fatwa haram merokok pon orang buat derk jer... tambah lagi fatwa kata perhimpunan BERSIH 3.0 itu hari aderlah haram...

Hahaha... takder saper nak amik pot la bhai... hahaha... Sebab pada pandangan orang ramai... Majlis Fatwa nih nampak sangat membodeknyer... nampak sangat tak bersandar kepada ilmu yang ader .. tak bersandar kepada hujah agama... nampak sangat semacam ader agenda terselindung... hahaha

Buat Malu jer Majlis Fatwa nih....yang sohih haram dalam Islam macam TOTO, Magnum 4D, Pusat Judi Genting tue.. haram tak citer aper... ngaper tak keluarkan fatwa mengharamkan Kerajaan memberikan lesen judi.... hahaha...

Tak pon... kenaper tak kuarkan fatwa mengharamkan Kerajaan Malaysia terlibat dengan rasuah ..... atau kenaper tak kuarkan fatwa haram berlaku tidak adil kepada masyarakat.... ataupun kuarkan fatwa haram menyekat hak rakyat Kelantan untuk terima Royalti Minyak....

Paling cikai pon.. kenaper tak kuarkan fatwa haram PTPTN menindas peminjamnyer... atau lagi satu.. yang ini lagi best... kenaper tak kuarkan fatwa haram bagi Bank-Bank Islam/Syariah untuk memberikan pinjaman pembelian rumah (bank beli dulu kemudian jual kepada pembeli dengan bayaran tertangguh) walhal rumah tersebut tak siap lagi...

Hahaha.....  aper ader hal bhai... orang tak amik pot pon...

06 May 2012

Bila Mau Buat Fatwa Haram Tipu Pilihanraya

Hahaha .... Lagi banyak fatwa yang nampak bodoh dikeluarkan oleh Majlis Fatwa.. lagi menyebabkan orang akan kata Majlis Fatwa nih tak lebih dari satu cabang dalam UMNO/BN ..

Macam mana orang nak respek fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa ... kalu satu demi satu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa nampak sangat dangkal dan cetek ilmunya..

Nampak sangat macam nak membodek... elok sangat la tue... senang skit nak jadi bahan bakar api neraka... hahaha... sebab mengeluarkan fatwa mengikut nafsu dan ikut telunjuk...  cenderung kepada kezaliman... elok sangat la tue..

Baca Sini : BERSIH 3.0 Haram

12 May 2010

Judi Sukan ... Berjaya

Pergh... Berjaya dapat Judi Sukan... hahaha... best la kalu camtue... nih gua nak nasihat nih...

Kalu Berjaya run kan judi sukan nih guna online... income kureng la... tambah lagi kad kredit dier akan blog gmabling punya transaction.... kalu guna rangkaian kedai Sport Toto.... err. orang Melayu (GST - Geng Songkok Tinggi) sure susah nak masuk beli... yer la .. pasai ader sikit segan la... hahaha....

Tapi....

Kalu guna sistem SMS .... pergh... lagi senang dan masyuk... Berjaya kan ker ader UMobile... so.. dier boleh gunakan platform UMobile untuk meramaikan orang guna UMobile... Beli Starter Pack UMobile baru la layak untuk sertai judi sukan bolasepak WorldCup 2010 South Africa nih....

Amacam...

Ada setuju... kalu setuju.. tapi tak tau nak buat camana SMS sistem tuh... boleh kontek gua atau Tok Mudin ... sure gua atau dier boleh tolong... Tok Mudin lagi terra.. dier kerja ngan telekomunikasi punya kompeni... hahaha...

Okeh la Berjaya... gua ucapkan tahniah kat lu sebab dapat satu-satunyer lesen yang menguntungkan... hahaha.... yang best tue.. Menteri Kewangan yang bagi... ini lagi hebat... bukan setakat ader kuda lumba... tapi siap bagi lesen judi... huh.... apa macam Islam ka ini mangkuk...

Gua rasa ini mangkuk (Menteri Kewangan) memang bukan Islam... Buddha pon bukan... sebab Buddha larang berjudi... Dalam kitab Thalmud (Yahudi) pon tak bagi berjudi... hahaha... ini sudah lagi teruk.... animism... takder agama.... hahaha

Tambahan: BACA SINI

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1