Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Syahid. Show all posts
Showing posts with label Syahid. Show all posts

21 June 2021

Fatwa Pun Boleh Hilang?

Bhai/DeeDee semua...

Kelakar pun ader JAKIM nih... macam mana la boleh hilang FATWA yang dah ader lama dalam portal JAKIM... sampaikan Pengarah JAKIM pon tatau.... Hahaha

Magik betul lar.... Mana pergi Fatwa berkenaan Amanat Hadi Awang ??? Macam mana boleh hilang??


15 July 2014

Bila PAS Pun Mulai Takut Kepada Jihad ...

Bhai/DeeDee semua...

Gua memang menyanjung tinggi demokrasi... tapi tidak bermakna gua menidakkan keperluan untuk menggerakkan seluruh tenaga dan upaya kearah menjadikan hukum Allah Taala sebagai hukum tertinggi di tanah air ini.... Gua berpegang teguh dengan amanat "Barangsiapa diantara kamu yang tiada dalam hatinya walaupun sebesar zarah untuk menegakkan undang-undang Allah Taala, hidupnya adalah sia-sia sahaja" .... Nauzubillah...

Untuk menegakkan undang-undang Allah Taala.... kiter perlu kembali kepada sistem Khilafah Islamiyah... Sistem kenegaraan Islam.... So... untuk itu... dalam konteks sedia ader... memang jauh panggang dari api untuk pengujudan sisten Khilafah secara demokrasi .... melainkan hanya melalui gerakan "sabil"...  Sebab....kalu kiter kaji macam mana pon.... kalu folo sistem demokrasi... sampai sudah la takkan jadinyer...

Jadi..... Bila PAS sendiri pun mulai takut kepada jihad.... malah sanggup pula melabelkan para penjihad kepada label militan.....  Aper lagi yang kiter nak harapkan pada PAS....

Nampak sangat la seruan Jihad yang selama nih PAS sebok bisingkan dan warwarkan hanyalah semata-mata retorik... sekadar penyedap... sekadar nak bagi orang yang berfikrahkan agama sumer sokong PAS.... Nampak sangat PAS lebih mementingkan kerusi dan undi....

Jadi ... biler gua lihat PAS pon sama melabelkan pejuang Islam (penjihad) sebagai militan @ terrorist @ pengganas.... maka gua dah nampak dah aper sebenarnya yang ader dalam PAS sekarang nih...  Nampak sangat lah jarum keduniaan sudah lekat dalam hati pemimpin PAS.... nampak sangat dah.....

Laju sungguh PAS melabelkan para pejuang ini dengan labeh militan.... satu persoalan yang bermain di kapla gua..... biler plak PAS nak melabelkan para pelaku maksiat (rasuah, salahguna kuasa, perlakuan sumbang @ lu orang sendiri paham-paham jer la) dengan label "Ahli Maksiat" ..... biler aaaa.... ader brani ka?? takkan tabley nak isytiharkan sebagai "Ahli Maksiat" dengan lajunya.....

Sepatutnya.... si pelaku maksiat nih la yang lebih laju dipecat dan disingkirkan dari jawatan dan keahlian dalam PAS.... tapi... nampaknyer masih ramai si pelaku maksiat nih bermaharaja lela dalam PAS dengan status dan jawatan yang tinggi...... hurm.... aper nak jadi aaaa...... Sori aaa.... tak payah nak kelentong aaa takder pelaku maksiat seperti mana yang gua nyatakan tadi dalam PAS..... tak payah nak sembang baik la..... poodah...

Bulan Ramadhan nih aaaa.... tolong skit aaa ... tak payah la nak mengelat bersilat lidah mengatakan takder pelaku maksiat nih dalam PAS...... kami bukan bodoh dan kami bukan pelupa... malah kami sentiasa tau dan amik berat.....

Gua rasa aaa... semua pimpinan PAS patut kena tarbiah balik.... start dari kapla sampailah kepada pimpinan akar umbi.... tapi bukan kena ikut tarbiah kelolaan Presiden PAS..... tapi kena tarbiah dengan pihak luar..... kena baca balik buku "Kenapa saya menganut Islam" tulisan Fathi Yakan (Ikhwanul Muslimim) ......semua skali kena pergi tarbiah.... tak kisah la Presiden PAS sekali pon..... Mursyidul Am pon patut kena pegi gak.....

By the way.....  Gua tetap ngan pandangan gua..... dalam konteks sedia ader... tiada jalan lain untuk menegakkan sistem Khilafah Islamiyah melainkan dengan cara "sabil" ..... dan gua bersedia berjawab ngan Allah Taala atas pegangan gua nih.....

Allahuakbar! ... Allahuakbar!... Allahuakbar!...

17 June 2013

Bukti Nyata

Bhai.... bukan sekali gua didedahkan dengan perkara macam nih... dah banyak kali... masa gua "berkhidmat" di Slovenia sekitar tahun XX'an ..... beberapa bukti nyata pada pejuang Mujahidin di Balkan yang terkorban dapat dilihat... semuanya menjurus kepada bukti syahid.... Moga Allah merahmati dan mengampunkan kita semua serta menerima segala amalan kita walaupun sebesar zarah...

Aper yang gua baca nih aderlah sebahagian bukti nyata dari Allah Taala yang menunjukkan bahawa syahid itu jelas... syahid itu tetap... dan syahid itu nyata...... Maha Suci Allah yang menghidupkan dan mematikan....

Soalan yang selalu gua tanya pada diri ini .... bolehkan gua mendapat syahid dunia dan syahid akhirat... berpeluangkah gua....  adakah gua boleh mendapat syahid walaupun gua masih lagi banyak dosa..... (mana ada manusia biasa yang tidak berdosa).... mmmm

Moga Allah Taala mengurniakan sebaik-baiknya kepada adik Aiman Nurhakim nih..... Semoga dia riang dan gembira berada di bawah pokok di padang yang hijau meluas di "sana" disamping Allah Taala...  Ameen...


Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup

TIKAM BATU – Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Barang rakan lain musnah

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Baru lakukan tasmid

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.

Tidak jejas ambilan pelajar

Menurut Anuar, tragedi yang menimpa Mantab langsung tidak mematahkan semangatnya dan tenaga pengajar lain untuk terus mengembangkan syiar Islam dalam usaha melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.

“Kita baru sahaja menerima seorang pelajar hari ini (semalam). Ini menunjukkan respons positif daripada pihak ibu bapa dan ia (tragedi) sebenarnya tidak menjejaskan pengambilan pelajar,” katanya.

Berhubung soal keselamatan pula, katanya, pihaknya akan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di samping menyediakan kelengkapan dan meningkatkan ilmu berhubung keselamatan selain menyediakan prasarana yang layak.

“Setakat ini, pelajar diberi cuti seminggu untuk kita jalankan proses pengurusan, terutamanya melibatkan penempatan pelajar di blok sebelah,” katanya.

Menurut Anuar, kesemua 20 pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun akan dipindahkan ke blok bilik darjah yang sedang diubah suai menjadi tempat penginapan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak yang bersimpati, menyumbang dan membantu pihaknya untuk membangunkan semula maahad tahfiz itu. - SUMBER

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1