Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Tahfiz. Show all posts
Showing posts with label Tahfiz. Show all posts

14 June 2022

Realiti Jaman Now Bukan Jaman Tori

Bhai/DeeDee semua...

Jaman Now kita hadap macam-macam kerenah dan kepelikan geng Ostad dan Lobai... dari berperang wahabi salafi la... dari amalan pelik-pelik la... dari ceramah yang penuh emosi amarah dan maki hamun.... sampailah peel Ostad dan Lobai yang baham bontot budak maahad, tahfiz dan pondok

Huhuhu... itu belum kira spesis Sampul.... huhuhu

Jaman Tori dulu tak macam ni....



25 May 2022

Maahad Liwat?

Bhai/DeeDee semua...

Ini sekadar cadangan ja... tapi macam yang kita semua tahu... kalu tak fetish tue mengarah ke cabang lain... susun la beratus bini pun... tetap jugak mencarik yang lain... Hahaha ... payah... kalu dah nafsu kuda... hahahaha

Kan kan kan...



01 September 2021

Dana Pengurusan Pendidikan

Bhai/DeeDee semua..

Satu perkara yang dari dulu lagi menjadi isu adalah tentang dana pengurusan pendidikan... Kita tau sekolah agama, sekolah pondok semua ni agak kritikal sikit dana pengurusan pendidikannya... tambah lagi kalu yang tak berdaftar dengan Majlis Agama Islam.

Pada gua... sepatutnya semua sekolah agama, sekolah pondok, sekolah tahfiz dan segala yang berkaitan perlu diletakkan bawah satu Kementerian ... Kementerian Pendidikan Agama / Swasta .... dan ianya dikendalikan secara sistematik... dimana semua tenaga pengajar perlu mendapat latihan secara berkala dari Institut Latihan yang ditetapkan.

Barulah sistem pendidikan Agama dan Swasta kita dapat dikawalselia dengan baik dan sistematik. Ada piawaian.. ada akreditasi... barulah kita boleh mengendalikan dan mengawalselia dana pengurusan pendidikan dengan baik..

Aper pun ini sekadar pandangan jer... mungkin ada pandangan yang lebih baik...

Bagi yang tak berdaftar.... pi mampos sama depa.... Hahaha... degil takmo nak berdaftar... 



17 June 2013

Bukti Nyata

Bhai.... bukan sekali gua didedahkan dengan perkara macam nih... dah banyak kali... masa gua "berkhidmat" di Slovenia sekitar tahun XX'an ..... beberapa bukti nyata pada pejuang Mujahidin di Balkan yang terkorban dapat dilihat... semuanya menjurus kepada bukti syahid.... Moga Allah merahmati dan mengampunkan kita semua serta menerima segala amalan kita walaupun sebesar zarah...

Aper yang gua baca nih aderlah sebahagian bukti nyata dari Allah Taala yang menunjukkan bahawa syahid itu jelas... syahid itu tetap... dan syahid itu nyata...... Maha Suci Allah yang menghidupkan dan mematikan....

Soalan yang selalu gua tanya pada diri ini .... bolehkan gua mendapat syahid dunia dan syahid akhirat... berpeluangkah gua....  adakah gua boleh mendapat syahid walaupun gua masih lagi banyak dosa..... (mana ada manusia biasa yang tidak berdosa).... mmmm

Moga Allah Taala mengurniakan sebaik-baiknya kepada adik Aiman Nurhakim nih..... Semoga dia riang dan gembira berada di bawah pokok di padang yang hijau meluas di "sana" disamping Allah Taala...  Ameen...


Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup

TIKAM BATU – Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Barang rakan lain musnah

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Baru lakukan tasmid

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.

Tidak jejas ambilan pelajar

Menurut Anuar, tragedi yang menimpa Mantab langsung tidak mematahkan semangatnya dan tenaga pengajar lain untuk terus mengembangkan syiar Islam dalam usaha melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.

“Kita baru sahaja menerima seorang pelajar hari ini (semalam). Ini menunjukkan respons positif daripada pihak ibu bapa dan ia (tragedi) sebenarnya tidak menjejaskan pengambilan pelajar,” katanya.

Berhubung soal keselamatan pula, katanya, pihaknya akan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di samping menyediakan kelengkapan dan meningkatkan ilmu berhubung keselamatan selain menyediakan prasarana yang layak.

“Setakat ini, pelajar diberi cuti seminggu untuk kita jalankan proses pengurusan, terutamanya melibatkan penempatan pelajar di blok sebelah,” katanya.

Menurut Anuar, kesemua 20 pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun akan dipindahkan ke blok bilik darjah yang sedang diubah suai menjadi tempat penginapan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak yang bersimpati, menyumbang dan membantu pihaknya untuk membangunkan semula maahad tahfiz itu. - SUMBER

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1