IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
PERINGATAN !!!
21 December 2022
Makin Pening Abdul Hadi Awang
13 December 2022
Bila Mereka Mendapat Kuasa ...
Bhai/DeeDee semua...
Biasa lah manusia... paling senang nak uji manusia (Orang Politik) nih adalah bila mereka memegang kuasa dan jawatan... masa itu kita boleh tengok mereka akan pusing segala apa yang pernah mereka cakapkan dan utarakan sebelum ini...
Sebelum mendapat kuasa.... mereka akan berlakon pro kepada masalah yang membelengu masyarakat marhaen mustad'afin... mereka akan dekat dengan isu yang terkait dengan masyarakat... konon merekalah juara rakyar... konon merekalah yang terpaling prihatin...
Tapi...
Bila mereka dah dapat kuasa... apa yang pernah mereka buat dahulunya langsung sudah terbalik kuang... kini mereka pula yang pertahankan apa-apa sahaja terkait undang-undang draconian yang menekan rakyat... kita mereka pulak yang kuat mencari dalil mempertahaunkan segala apa yang mereka pernah tentang dahulu...
Hahaha... tak terkejut sangat la...
Macam dalam kes SOSMA nih la... dulu apa yang mereka (puak PH) nih tak bangkang dan bantah... hahaha... la nih diorang pulak taknak buat perubahan bagai... Hahahaha...
Macam sial jer kan... Hahaha... Paku dulang Paku Serpih, Mengata orang Mereka yang lebih...
Bangkai betul lar...
Ketika ditanya sama ada dia akan menyemak semula undang-undang berkenaan, Saifuddin mempertahankan Sosma sebagai akta yang membenarkan proses perbicaraan di mahkamah berlaku, tidak seperti akta lain seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat.
“Selalunya orang membandingkan Sosma dengan undang-undang pencegahan lain, walaupun Sosma bukan peruntukan pencegahan.
“Sebagai contoh, berbanding ISA atau Ordinan Darurat (di mana seseorang boleh ditahan) sehingga 60 hari, Sosma ialah 28 hari.
“Pada penghujung hari ke-28, hanya ada dua syor iaitu membebaskan mereka atau mendakwa di mahkamah. Jika mereka dibawa ke mahkamah, mereka masih boleh mendapatkan khidmat peguam,” jelas Saifuddin dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.
Saifuddin membuat lawatan rasmi pertamanya ke ibu pejabat polis hari ini, di mana dia dan timbalannya, Shamsul Anuar Nasarah menerima taklimat daripada ketua polis negara.
Korang Tengok Perangai Orang Politik
24 October 2022
Betapa Bangsatnya Perangai Saekor Lobai...
23 October 2022
Betapa Penipunya PAS
03 June 2022
Jangan Menghina Kerana RM519 Juta
05 February 2022
Mudahnya Berlepas Tangan
Dahulu Ostad itulah yang paling backup Perbankan Islamik.
Sekarang Ostad itulah yang paling berlepas tangan sebab katanya sudah tidak terlibat lagi dengan Institusi Perbankan.
01 February 2022
JPJ Dah Semakin Pening?
Gua pon pening… Betul la training dibuat oleh sekolah memandu… tapi testing dikendalikan oleh JPJ …
Patut JPJ jugak pun salah kan kalu pemandu gagal patuhi undang-undang dan mengakibatkan kemalangan??? Atau #JPJ nih macam #agamawan… cari dalil dan dalih serta fatwa untuk salankan orang lain???
24 September 2021
Biasa Lah, Bila Dah Termalu
Biasa lah... bila dah termalu... baru nak pusing macam nih.. Hahaha.. Stendet lar PAS ... macam la kita tak biasa tengok... Hahaha... sebab dah pusing guna dalil Razman Kastam Pencen pun orang gelakkan... pastue bawak pulak dalil dari Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat pun tak lepas gak... terpaksa la Nik Abduk cover line guna cara nih...
| Dalih Dan Dalil |
13 March 2021
Kerajaan Katak
Kerajaan PN yang memerintah la nih bukan sahaja sekadar Kerajaan Katak... tapi segala jenis jenayah dan maksiat ader dalamnya... Ini realiti...
Penjenayah Rogol pon ader, penjenayah pedophilia pon ader, penjenayah seksual pon ader, penjenayah rasuah itu paling ramai... dan macam-macam lagi penjenayah... Hahaha... skrang depa tengah kumpul seberapa banyak...
Sebab apa... sebab ader pendalil ... sebab ader lobai yang akan bersih cucikan semua penjenayah nih... Ala ... lobai pon bukan bersih sangat lar... Hahaha... tunggu masa jer akan terdedah... Hahaha...
06 March 2021
Abang Busat Sudah Marah
Hahaha.... Abang Busat sudah marah.. marah pada PAS Pahang... memandai ja usik isu Judi Kasino Genting Highland.... hahaha....
Ini tidak... tak bertanya.... kan dah kena sound ngan MCA...
21 December 2020
Sudah Jumpa Dalil
Bhai/DeeDee semua...
Gua memang tertunggu-tunggu jer aper dalil yang akan dikemukakan oleh Mopti Perlis nih... Hahaha... makin teruk dah nih... Tatau la nak kata apa.... Apa jenis Mopti la dier nih.... Adoilah... bahaya betul pandangan dier..
Bhai... bab aqidah nih mudah nak nak paham... kita amik bab aqidah orang beriman... Iman nih aderlah kepercayaan ... yang lahir dari 3 perkara nih...
- Niat
- Lisan
- Perbuatan
Gua nak bagitau satu la.... Syiah masih beriman kepada Allah Taala tapi Sikh nih tak beriman kepada Allah Taala... Takkan itu pon bodoh sangat Mopti tak reti nak beza... adoilah... bahaya betul fikrah Mopti ni...
Sujud hanya kepada Allah Taala, haram dan boleh kufur bila sujud sembah kepada makhluk.
Isu Wanita Muslimah Malaysia Berkahwin di India Dengan Upacara Agama Lain -Dr MAZA
Beberapa pihak bertanya saya tentang hal ini. Sebahagian mereka bermaksud untuk menjadikan isu ini modal politik mereka bagi mencerca pihak-pihak yang tidak sebulu dengan hasrat siyasah mereka. Sebahagiannya jujur memang ingin mengetahui jawapan. Di sini saya ringkaskan jawapan saya:
- Perkahwinan merupakan bab fekah, iaitu berkaitan suruhan atau larangan yang membabitkan dosa, pahala atau keharusan (permissible). Jika perkahwinan itu tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh nas dan dalil yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah - tanpa sebarang keuzuran yang sah- maka pelakunya melakukan dosa. Perbuatan dosa tidak semestinya menjadikan pelakunya kafir selagi dia tidak menghalalkan perbuatan itu. Ini termasuk wanita berkahwin dengan lelaki yang bukan muslim. Allah menyebut dalam Surah al-Baqarah ayat 221: (maksudnya) “ Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sehingga mereka beriman. Sesungguhnya wanita hamba yang mukminah lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun dia mengkagumkan kamu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sehingga mereka beriman. Sesungguhnya hamba yang mukmin lebih baik daripada orang musyrik, walaupun dia mengkagumkan kamu. Mereka itu mengajak kepada neraka, sedang Allah mengajak kepada surga dan keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka mempelajari”.
- Untuk menghukum perkahwinan pasangan tersebut sebagai tidak sah, memerlukan penelitian. Apakah benar hanya itu upacara akad perkahwinan yang mereka lakukan atau telah terdahulu sebelum itu upacara yang lain yang memenuhi syarat yang syarak tetapkan? Apakah benar salah satu pasangan tidak menganut Islam? Hal ini perlu kepada semakan dan siasatan sebelum menghukum mana-mana pihak. Berhati-hati itu disuruh oleh agama.
- Perbuatan sujud kepada selain ALLAH adalah haram dengan sepakat para ulama. Pelakunya berdosa besar. Namun, apakah seseorang itu menjadi kafir dengan perbuatan tersebut? Perkara ini terbahagi kepada dua keadaan. Pertama; jika seseorang itu sujud kerana ibadah, dalam ertikata mengagungkan yang disujudkan seperti Tuhan maka dia menjadi kafir. Kedua, jika dia sekadar memberikan penghormatan (tahiyyah) tidak bermaksud ibadah, maka itu tidak menjadikannya kafir. Perbuatan itu dilarang dalam syariat Nabi Muhammad s.a.w. Ia diizinkan pada mereka yang terdahulu seperti sujud malaikat kepada Adam (lihat: Surah al-Baqarah ayat 34 dan banyak ayat lain), sujud kaum keluarga Nabi Yusuf kepada baginda semasa berada atas singgahsana kerajaan (lihat: Surah Yusuf ayat 100) dan beberapa peristiwa yang lain. Itu semua adalah sujud penghormatan bukan ibadah.
- Ertinya, dalam syariat Nabi Muhammad, perbuatan sujud kepada selain ALLAH itu haram, namun untuk menghukum pelakunya menjadi kafir memerlukan penelitian. Kata al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) dalam al-Sail al-Jarrar: “Ketahuilah bahawa menghukum seseorang muslim keluar dari agama Islam dan menjadi kafir, itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang beriman dengan ALLAH dan Hari Akhirat kecuali dengan bukti yang lebih terang daripada mentari di siang hari. Ini kerana telah sabit dalam hadis-hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada sekumpulan sahabat Nabi bahawa sesiapa yang menyatakan kepada saudaranya ‘wahai kafir’ maka ia akan kembali kepada salah seorang mereka…”. Kemudian al-Imam al-Syaukani mengulas tentang sujud kepada selain ALLAH, kata beliau: “Hendaklah dikaitkan bahawa sujud seseorang itu bertujuan kerana rububiyyah (ketuhanan) pihak yang dia sujud kepadanya. Maka, dengan sujud itu dia telah mensyirikkan ALLAH dan menetapkan bersamaNYA tuhan yang lain. Adapun jika dia tidak bermaksud kecuali memuliakan (pihak yang disujud) seperti yang terjadi pada orang yang masuk kepada raja-raja asing di mana dia mencium tanah sebagai memuliakannya. Ini bukan kekufuran sama sekali. Tokoh-tokoh ilmuwan mengetahui bahawa mengkafirkan (seseorang) atas andaian adalah sebesar-besar kegelinciran” (al-Syaukani, al-Sail al-Jarrar, m.s 978. Beirut: Dar Ibn Hazm).
- Apapun, perbuatan sujud kepada selain ALLAH boleh mendekati kekufuran, sekalipun mungkin tidak sampai menjadi kafir, jika pelakunya tiada niat ibadah. Ini apa yang pernah dinyatakan oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab: “Apa yang dilakukan oleh ramai dari golongan jahil dengan perbuatan sujud di depan guru-guru (tokoh agama) adalah haram secara pasti, dalam apa keadaan sekalipun. Ini samada mengadap ke arah kiblat atau selainnya. Begitu juga samada dia maksudkan (dengan perbuatan itu) sujud kepada ALLAH atau tanpa maksud tersebut. Dalam sebahagian keadaan membawa kepada kufur ataupun mendekati kekufuran” (al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4/69. Beirut: Dar al-Fikr).
- Kejadian ini dilaporkan berlaku di luar Malaysia. Ia pada sisi undang-undang yang sedia ada dalam negara ini adalah satu kesalahan. Hal ini menunjukkan ruangan melakukan perkara itu belum dibuka di Malaysia. Walaupun dalam pentadbiran yang lepas ada tokoh-tokoh parti tertentu mendesak hal ini dibuka, namun mereka belum berjaya.
- Jika masih ingat, semasa kerajaan yang lepas, terdapat menteri penting kerajaan terlibat dengan solat atas batu Karbala di luar negara. Kemudian, menteri itu juga menghadiri pusat aktivis Syiah di Satun Thailand, pergi melalui Perlis. Hal ini juga tidak di ambil tindakan oleh mana-mana pihak semasa itu sebab ia berlaku di luar negara.
- Saya berpendapat kes ini tiada kaitan dengan pelaku anak siapa atau anak saudara siapa. Kesalahan ini adalah kesalahan peribadi melainkan pihak lain menyokong perbuatan tersebut. Jika kita masih ingat, dahulu ada anak menteri penting yang diputuskan mahkamah terlibat dengan dadah. Apakah itu bererti semua mereka yang berada dalam kerajaan ketika itu menghalal dan menyokong dadah? Sudah pasti itu andaian yang tidak tepat.
- Kesedaran dan dakwah tentang perbezaan akidah amatlah penting difahami. Ia bukan untuk tujuan perbalahan, tetapi mengetahui sempadan akidah muslim. Sebelum ini terdapat orang politik dalam pentadbiran lepas yang menentang dakwah perbandingan agama sekalipun secara ilmiah dan sopan. Bahkan mereka mendesak pendakwah yang membicarakan hal itu dihukum.
- Isu ini hendaklah dibahaskan secara ilmiah bukan emosi. Kita mesti melihat kes dengan siasatan yang teliti dan berhati-hati. Menghukum kesalahan individu hendaklah setelah mendengar penjelasan dari pihak berkaitan, melainkan pihak terbabit menghalalkan kesalahan dan menyokong penyelewengan.
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai/DeeDee semua... Kelmarin PMX kata, pengurusan Felda datang pada dia untuk dapat kelulusan penjualan hotel di London. Dia kata Felda n...
-
Bhai... selama nih gua selalu berdiam diri biler dengar citer macam-macam tentang pemberontakan di Syria... malah berita kekejaman tentera B...
-
Bhai/DeeDee semua.... Anwar Ibrahim benar-benar memalukan Malaysia. Bukan sahaja dia digelakkan seluruh warga US... tapi juga sampai ke Isra...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1






