Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label GRS. Show all posts
Showing posts with label GRS. Show all posts

04 December 2024

Skandal Rasuah ADUN Sabah

Bhai/DeeDee semua...

Setakat ini, ni la muka2 ADUN korup yang kadapatan bincang2 pasal rasuah. 

Kamurang cuba la teka ada lagi ka Adun GRS yang lain yang mau dikasih timbul slapas ni? Wait and see jak la ohh. Heh 😏

Budak GRS.. tenang2 jak kau sana.



18 November 2024

Jatuh Bung, Jatuhlah PMX

Bhai/DeeDee semua...

Ini domino.... ingat Bung Moktar nak jatuh sorang-sorang ka??? Mesti dier akan tarik Hajiji Noor, GRS dan Anwar Ibrahim sekali...

Hahaha.... Naya wei...

Lawan Bung, Lawan


17 November 2024

Sabah, Makin Menarik Plotnya

Bhai/DeeDee semua...

Makin menarik lah bhai plot di Sabah nih... Rasuah dan salahguna kuasa dah membarah lama dah... tapi kali nih semua main bentes kaki... Hahaha... Jangan la jatuh sebijik dua... baiklah jatuh setandan....

Kah Kah Kah...

Jatuh Setandan


16 January 2024

Cakap Orang Politik ...

Bhai/DeeDee semua...

Cakap orang politik nih ko kena tengok dan pandang dari pelbagai sudut... kalu dier asik cakap dier stabil, kuat dan kukuh banyak kali... itu maksudnya dier tengah goyang leteww... dier pun seniri tak confident... takder keyakinan diri... Hahaha

Sebab itu la....

Jadi bila dengan Ketua Menteri Sabah cakap camnie... gua gelak jer... Hahaha.... nampak sangat goyangnya... Hahaha

Setakat Sembang


11 January 2023

Bung Moktar - Kabinet Sabah Adalah Haram

Bhai/DeeDee semua...

Bung Moktar telah menolak pembentukan Kabinet Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Hajiji Noor. Bung Moktar Raden mengatakan ADUN yang dipilih kononnya mewakili UMNO itu tidak mendapat restu UMNO/BN Sabah.

'Pembelot’ dalam kabinet Hajiji tak wakili Umno - Bung Moktar

#PolitikSabah #BungMoktar #HajijiNoor #KemelutPolitik #Sabah #KabinetSabah #Kabinet #Politik #UMNO #BarisanNasional #BNSabah #BN #ShafieApdal #Warisan #GRS #GabunganRakyatSabah
#reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

10 January 2023

Macam-Macam Kerenah Di Sabah

Bhai/DeeDee semua...

Pening, serabut, kelam kabut dan pelbagai lagi perasaan dan fikiran bila menilai tentang apa yang berlaku dalam kemelut politik di Sabah... Masing-masing dengan ego dan kepala sendiri.. Rakyat Sabah pun pening.. Tak tahu yang mana satu betul... Rakyat Semenanjung tambah lagi aaa...

Huhuhu...

Memang serupa ditelan mati emak, diluah mati bapak...  Hajiji Noor dengan Bung Moktar serta Shafie Apdal.... sama naik.. sama serabut... Huhuhu

Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi kena cepat betulkan keadaan di Sabah sebelum peluang dirembat oleh Muhyiddin Yasin... kena amankan keadaan disana...

Bung Moktar Kena Pindah Kerusi


07 January 2023

Sudah Jadi Perang Saudara Nampaknya...

Bhai/DeeDee semua...

Apa yang berlaku di Sabah sejak malam tadi adalah satu percubaan memulakan perang... Nampaknya sudah jadi satu perang saudara di Sabah... perang saudara didalam UMNO Sabah...

5 Orang ADUN UMNO Sabah nampaknya tak bagi muka kat Bung Mokhtar... Mereka mahu Bung Mokhtar Radin meletak jawatan dengan serta merta... Mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Bung Mokhtar Radin dalam UMNO dan BN Sabah...

BN nampaknya sedang goyang teruk di Sabah nih.. Ianya sedang mencetuskan satu ketidakseimbangan dan kecelaruaan Perlembagaan.... Tidak dapat tidak, TYT Sabah perlu campur tangan dan berikan nasihat. Jika tidak ini akan mengganggu gugat proses pentadbiran dan pengurusan negeri... Ini bahaya...

Ketidaktentuan ini merungsingkan.


Lima Adun Umno Sabah yang menolak menuruti langkah menarik sokongan daripada Hajiji Noor hari ini mendesak pengerusi mereka, Bung Moktar Radin, agar meletakkan jawatan serta-merta.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, mereka berkata Bung Moktar sudah mencemar nama baik Umno dengan melakukan langkah untuk menjatuhkan kerajaan negeri.

Lima Adun yang membuat kenyataan bersama itu ialah Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Yusuf Yacob (Sindumin) dan Mohd Arsad Bistari (Tempasuk).

Semalam Bung Moktar - yang juga pengerusi BN Sabah - mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan parti itu menarik balik sokongan mereka terhadap Hajiji sebagai ketua menteri Sabah, sekali gus menarik diri daripada kerajaan negeri.

Bung Moktar mendakwa keputusan berkenaan diambil secara sebulat suara.

Makin Panas UMNO Sabah

Bhai/DeeDee semua...

Makin panas pulak situasi UMNO Sabah nih... BN Sabah katanya dah tarik balik sokongan kepada Ketua Menteri Sabah malam tadi... jadi sekarang nih kira macam kondisi DUN Sabah agak tergantung jugak la... Tapi di peringkat Pusat.. semalam anak Hajiji Noor iaitu Mohd Ghazali dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Armizan Mohd Ali.

Jadi nampak tak konflik nih jadi rumit...

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO tidak menyokong keputusan dibuat parti menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bakal berdepan tindakan disiplin.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tindakan disiplin akan diambil kepada kelima-lima yang membuat tindakan bertentangan dengan keputusan parti.



06 January 2023

Sabah Bergolak Lagi?

Bhai/DeeDee semua..

Biar betul... benda panas nih.... UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah telah umumkan menarik diri daripada kerajaan Sabah selepas hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Perkara tersebut telah diumumkan sendiri oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin selepas mesyuarat parti tersebut malam ini.

Huhuhu



15 December 2022

Lompat Si Katak Lompat

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... Dari berudu sampailah menjadi Katak... tetap spesis licin macam belut... Betul lar ader katak puru... tapi tetap jugak licin dan licik... hahaha

Bila katak lompat ke kolam ko... ko suka bukan main... bila katak lompat keluar dari kolam ko... ko nak marah... hhahaha... Katak dah memang habitnya lompat... takkan la katak nak berguling-guling... akai ada ka??? Hahaha

Katak nih semua buat camnie konon atas aspirasi rakyat... Hhahaha... ader depa tanya ka pada pengundi depa yang boleh tak depa melompat nih?? Ader brani depa tanya??? Sure tabrani punya... potong anu la kalu depa brani buat pungutan suara dalam ruang lingkup kawasan Parlimen depa...

Tarak brani punya lah.... Hahahaha.... sembang boleh la...

Walhal... tindakan depa nih semua salah disisi undang-undang sebab depa bertanding itu kerusi Parlimen... Parlimen itu ikut Perlembagaan Persekutuan.. dan bukan ikut Undang-Undang Tubuh Negeri.... lain la depa bertanding kerusi DUN...

Depa tau yang depa semua sebenarnya boleh hilang kerusi Parlimen...  itu sebab depa meroyan kasik dalil dan dalih macam-macam... Bangkai jer semua nih... Hahaha

SPR pon bangang gak.... Hahahah


Di sebalik keraguan mengenai status empat ahli Parlimen Sabah yang meninggalkan Bersatu, seorang daripada mereka Armizan Mohd Ali menafikan mereka mengkhianati parti itu serta presidennya Muhyiddin Yassin.

Armizan, yang menegaskan dia adalah ahli langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) "sebelum bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15)" berkata, semua ahli Parlimen Bersatu Sabah - kecuali ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee - meninggalkan parti itu dengan sentimen dan aspirasi untuk rakyat Sabah.

“Tak ada persoalan main kolam antara Muhyididn atau Bersatu, kita punya sasaran ialah masyarakat Sabah.

“Pada masa sekarang sentimen masyarakat, sekarang ini kita bergerak berteraskan atau berdasarkan parti lokal. Lanskap politik Malaysia, kita memperjuangkan agenda Sabah dengan lebih efektif. Dengan gagasan lokal.

“Tak orang bilang menentang aspirasi orang Sabah. Itu sebab (kita) menubunhkan dan sertai GRS pada masa itu, supaya parti lain sedia bersama dnegan kita,” katanya pada sidang media di Pulau Meranti, di Puchong, hari ini.

Menjawab soalan berhubung tarikh sebenar dia menyertai GRS, ahli Parlimen Papar itu berkata dirinya tidak pasti tetapi menegaskan permohonan keahliannya telah diluluskan oleh Setiausaha Agung GRS Masidi Manjun pada Oktober.

“Kamu kena faham keunikan kerjasama antara GRS dan Bersatu di Sabah.

“Penubuhan GRS sendiri dapat restu daripada Bersatu, keanggotaan Bersatu Sabah dan GRS sebagai gabungan dapat restu daripada Bersatu pada ketika itu.

“Jadi sebagai orang yang terlibat dalam penubuhan GRS, sudah tentu saya mahu menjadi antara orang pertama yang menjadi ahli,” katanya.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, Perlembagaan Persekutuan atau Akta Pertubuhan 1966 tidak menghalang sesiapa daripada menjadi ahli beberapa parti politik.


13 December 2022

Korang Tengok Perangai Orang Politik

Bhai/DeeDee semua...

Cuba korang tengok perangai orang politik nih... semua macam bangsat... cari jer mana-mana loophole dalam undang-undang janji nak selamatkan tengkuk masing-masing... macam lahanat betul...

Satu demi satu cara dan alasan dicari semata-mata nak mengukuhkan dalil and keputusan yang telah dibuat... siap berubah dalam masa 1 hari jer pandangan diorang...

Janji selamat.... huhuhu... macam sial jer... tak kira la belah mana sekali pun... diorang bukan pikir langsung pasai pengundi yang telah mengundi diorang masa PRU15 tempohari... langsung diorang tak amik kira... diorang tetap pikir pasai jawatan diorang jer...

Cuba tanya para pengundi yang memenangkan diorang hari tue... korang setuju ka apa tindakan yang diorang nih buat?? Adakah ini yang menyebabkan korang undi diorang?? Bodoh la asyik kena tipu dan kena kencing dengan orang politik....

Cukup-cukup la wei.... huhuhu...

Kalu ader berani.... buat la PRK baru.... tengok ader peluang lagi ka korang menang pada PRK tue... ader lagi ka korang dapat undi pada PRK tue.... sure takder telor punya la...



10 December 2022

Bila Kena Kat Mereka...

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... gua perati dan gelak jer la... Hahaha... Bola kena kat mereka... mereka akan kata tak mengenang budi la pulak... Dulu masa mereka baru bertatih dalam pilihanraya... apa yang mereka buat sampai runtuh Kerajaan yang dibina pasca PRU14 ...

Hahaha... masa tue takder la pulak nak mengenang budi... Masa tue senyap jar... sebab apa... sebab dapat kuasa... Hahaha

Time la nih la pandai nak citer bab mengenang budi... Hahaha...

Lawak siot...



Tak Bersatu La Kan?

Bhai/DeeDee semua...

Ini lawak... BERSATU Sabah keluar BERSATU.... hahaha... makna kata Tak BERSATU la kan?? Hahaha

Dah bersatu pon keluar bersatu... apernyer bersatu... ini bercerai la maknyanya... Hahahaha... lawak siot... Hahaha

Akta Anti Lompat boleh dikira ka? atau tutup mata ja... hahaha




22 November 2022

Siapa Jadi Pilihan?

Bhai/DeeDee semua...

Kita jangan terlebih teruja.... kadang-kadang apa yang kita hajati tak mungkin kita dapati... Allah Taala Maha Mengetahui... apa yang baik untuk kita... dan apa yang tak baik untuk kita...

Kadang-kadang... kita dapat sesuatu yang kita tak mahu... tapi itulah sebenarnya yang terbaik Allah Taala pilih dan tetapkan untuk kita...

Jadi persoalan.. siapa yang jadi pilihan YDP Agong nih... pada gua ... dah tak teruja sangat dah... sebab gua dah boleh baca gerak tari YDP Agong...  bukanlah nak merendahkan YDP Agong... tapi itu la... sekadar meluahkan rasa hati...

Apa pun.... semoga yang "terlantik" itu buatlah yang sebaiknya ikut amanah yang diberikan.



01 March 2021

Ini Sumpah Sesumpah

Bhai/DeeDee semua...

Sumpah orang politik sama macam sumpah orang yang sedang dibicarakan di Mahkamah..... dari dulu lagi semua ini adalah lakonan... Hahahaha...

Sumpah orang dalam Masjid pon boleh dibuat main-main dan diingkari... lagilah kalu sumpah junjung Al Quran atau mana-mana kitab agama lain.... Ini semua sumpah sesumpah... lidah bercabang...

Hahaha....

Sebab apa gua kata ini sumpah sesumpah... sebab depa yang buat sumpah tue tau... yang belum ader lagi orang yang dihukum secara direct sekarang nih oleh Allah Taala bilamana depa permainkan sumpah tue... Sebab takder pembalasan secara cash dan realtime...

Itu sebab semya ini sumpah sesumpah... lidah bercabang... tabley pakai....

Tak kisah la yang buat tue pakai songkok ka, pakai serban ka, pakai kopiah ka, pakai topi sudu ka... atau kepala togel....  ataupun pakai baju kot ka, pakai jubah ka.... semua tabley pakai...

Hahahahaha

Moga Allah Taala bagi sesiapa yang mainkan sumpah nih terus kena cash direct panah petir... kojol dan terbakar... biar sedar diri sikit



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1