Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bung Mokhtar. Show all posts
Showing posts with label Bung Mokhtar. Show all posts

16 January 2024

Cakap Orang Politik ...

Bhai/DeeDee semua...

Cakap orang politik nih ko kena tengok dan pandang dari pelbagai sudut... kalu dier asik cakap dier stabil, kuat dan kukuh banyak kali... itu maksudnya dier tengah goyang leteww... dier pun seniri tak confident... takder keyakinan diri... Hahaha

Sebab itu la....

Jadi bila dengan Ketua Menteri Sabah cakap camnie... gua gelak jer... Hahaha.... nampak sangat goyangnya... Hahaha

Setakat Sembang


11 January 2023

Bung Moktar - Kabinet Sabah Adalah Haram

Bhai/DeeDee semua...

Bung Moktar telah menolak pembentukan Kabinet Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Hajiji Noor. Bung Moktar Raden mengatakan ADUN yang dipilih kononnya mewakili UMNO itu tidak mendapat restu UMNO/BN Sabah.

'Pembelot’ dalam kabinet Hajiji tak wakili Umno - Bung Moktar

#PolitikSabah #BungMoktar #HajijiNoor #KemelutPolitik #Sabah #KabinetSabah #Kabinet #Politik #UMNO #BarisanNasional #BNSabah #BN #ShafieApdal #Warisan #GRS #GabunganRakyatSabah
#reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

08 January 2023

Boleh Pulak Separuh-Separuh?

Bhair/DeeDee semua..

Bukan ker kalu tarik sokongan kena semua sekali... tabley separuh-separuh.. sebab kalu camnie tagune la ader Akta Lompat Parti.... Huhuhu...

Ker yang dikira diluluskan diperingkat Parlimen tue tak terpakai di peringkat Negeri ?? Pening jugak nih... Boleh pulak buat camnie aa.... Huhuhu...

Adoilah... Semua nih susun Statutory Declaration (SD) jugak ker?? Hahahaha...


Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor mendakwa menerima sokongan seramai 44 Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) untuk kekal menerajui kerajaan negeri.

Jumlah itu melebihi empat sokongan Adun yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Gambar yang dirakam di tangga kediaman rasminya menunjukkan Hajiji berdiri bersama-sama dengan Adun GRS, PH dan lima Adun Umno Sabah.

Lima Adun Umno itu ialah Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Yusuf Yacob (Sindumin), dan Mohd Arsad Bistari (Tempasuk). Kelima-lima mereka semalam membantah keputusan BN Sabah menarik balik sokongan terhadap Hajiji.

07 January 2023

Sudah Jadi Perang Saudara Nampaknya...

Bhai/DeeDee semua...

Apa yang berlaku di Sabah sejak malam tadi adalah satu percubaan memulakan perang... Nampaknya sudah jadi satu perang saudara di Sabah... perang saudara didalam UMNO Sabah...

5 Orang ADUN UMNO Sabah nampaknya tak bagi muka kat Bung Mokhtar... Mereka mahu Bung Mokhtar Radin meletak jawatan dengan serta merta... Mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Bung Mokhtar Radin dalam UMNO dan BN Sabah...

BN nampaknya sedang goyang teruk di Sabah nih.. Ianya sedang mencetuskan satu ketidakseimbangan dan kecelaruaan Perlembagaan.... Tidak dapat tidak, TYT Sabah perlu campur tangan dan berikan nasihat. Jika tidak ini akan mengganggu gugat proses pentadbiran dan pengurusan negeri... Ini bahaya...

Ketidaktentuan ini merungsingkan.


Lima Adun Umno Sabah yang menolak menuruti langkah menarik sokongan daripada Hajiji Noor hari ini mendesak pengerusi mereka, Bung Moktar Radin, agar meletakkan jawatan serta-merta.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, mereka berkata Bung Moktar sudah mencemar nama baik Umno dengan melakukan langkah untuk menjatuhkan kerajaan negeri.

Lima Adun yang membuat kenyataan bersama itu ialah Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Yusuf Yacob (Sindumin) dan Mohd Arsad Bistari (Tempasuk).

Semalam Bung Moktar - yang juga pengerusi BN Sabah - mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan parti itu menarik balik sokongan mereka terhadap Hajiji sebagai ketua menteri Sabah, sekali gus menarik diri daripada kerajaan negeri.

Bung Moktar mendakwa keputusan berkenaan diambil secara sebulat suara.

Makin Panas UMNO Sabah

Bhai/DeeDee semua...

Makin panas pulak situasi UMNO Sabah nih... BN Sabah katanya dah tarik balik sokongan kepada Ketua Menteri Sabah malam tadi... jadi sekarang nih kira macam kondisi DUN Sabah agak tergantung jugak la... Tapi di peringkat Pusat.. semalam anak Hajiji Noor iaitu Mohd Ghazali dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Armizan Mohd Ali.

Jadi nampak tak konflik nih jadi rumit...

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO tidak menyokong keputusan dibuat parti menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bakal berdepan tindakan disiplin.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tindakan disiplin akan diambil kepada kelima-lima yang membuat tindakan bertentangan dengan keputusan parti.



06 January 2023

Sabah Bergolak Lagi?

Bhai/DeeDee semua..

Biar betul... benda panas nih.... UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah telah umumkan menarik diri daripada kerajaan Sabah selepas hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Perkara tersebut telah diumumkan sendiri oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin selepas mesyuarat parti tersebut malam ini.

Huhuhu



05 September 2022

Gua Tak Kesian Kat Pelaku Rasuah

Bhai/DeeDee semua...

Tak payah la nak up citer anak-anak ka... cucu ka... mak bapak ka... adik beradik ka... laki bini ka... tak payah nak create sensasi... tak payah nak viral konon sedih la... hangpa tak layak langsung nak citer pasai nih semua...

Pelaku rasuah memang tak wajib dikesiankan.... tak kira apa story depa nak bawak...



18 April 2020

Nampaknya Perang Tak Tunggu PRU15

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tau yang ramai pimpinan utama UMNO tak dilantik menjawat apa-apa jawatan penting dalam Kerajaan Perikatan Nasional... Antara yang tak dilantik adalah Naib Presiden UMNO ,,, malah Presiden UMNO pun tidak dilantik...

Anggota Majlis Tertinggi UMNO pon tidak mendapat tempat dalam Kerajaan Perikatan Nasional...

Apa yang Muhyiddin Yassin buat adalah dengan memberikan banyak tempat kepada PAS ..... PAS nampaknya berjaya meletakkan orang-orang nya dalam beberapa tempat strategik... malah Presiden PAS pun juga mendapat laba atas kebersamaan mereka dengan Muhyiddin Yassin... sehingga dilantik menjadi Duta Khas ke Timur Tengah yang nampaknya beribu-pejabat di Putrajaya sahaja...

Hahaha...

Semalam Zahid Hamidi telah bising... telah suarakan ketidakpuasan hatinya .... ini semua disebabkan desakan dari kepimpinan UMNO Sabah yang juga tidak mendapat apa-apa tempat dalam Kerajaan Perikatan Nasional....

Jadi... nampaknya perang memang tak tunggu PRU15.... hehehe... bila-bila masa jer akan pecah perang nih... dan gua nampak pecah perang nih adalah pada 18 Mei 2020 ... bilamana dijadualkan ada sesi sidang Parlimen ....

Masa tu memang akan ader yang kena sailang dan tibai.... Hahahaha

Kita nantikan jer la.... hahahaha

17 June 2015

Double Standard

Bhai/DeeDee semua...

Gua ader sampaikan pesan kepada kengkawan di Bukit Aman awal pagi tadi... Mintak diorang amik skit tindakan.... Kiter takmo nanti ader orang kata ader double standard untuk Akta Hasutan.... Kalo orang biasa yang buat.... kalo pembangkang yang buat.... laju jer kena tindakan... tahan dan tangkap dibawah Akta Hasutan..... walaupun belum terbukti sesuatu itu hasutan...

Tapi... biler kena pada "freeloader" dengan "rembatloader".... takder plak kena aper-aper tindakan..... Hampeh aaaa...

Patut dua-dua pihak nih kena panggil untuk siasatan dibawah Akta Hasutan.... yang anak bangsawan pon patut kena... yang Menteri pon patut kena..... baru la adil ..... supaya semuanya bertenang.... sebab tindakan bodoh yang dua-dua pihak mainkan la nih pada gua langsung takder signifikan kepada masyarakat umum...

Masing-masing nak tunjuk pandai.... masing-masing nak tunjuk otai..... walhalnyer isu yang terbabit tue biasa jer.... tapi biler dah masing-masing bawak geng... kumpulkan geng.... tue yang jadi makin besar tue.... Aper daaa.... Patut dua-dua kalo betul anak jantan.... dua-dua jumpa face to face..... tak payah la nak tunjuk power kat media....

Jumpa kat mana-mana..... lepas tue nak bergasak lantak pi la kat dua orang tue.... kami rakyat boleh sediakan kayu ka... besi ka... cangkul ka... sabit ka.... keris ka... parang ka.... golok ka..... untuk buat modal dua orang nih bergasak..... Hahaha

Tapi jangan dok kasi panas line sampaikan ugut dokumen perjanjian lama... konon boleh terbubar negeri....... Poodah la.... perjanjian tue tak valid la lepas perjanjian Persekutuan Tanah Melayu diujudkan la wei.... belajar la undang-undang skit.... tak payah la nak sembang macam bagoosh..... kalo betul perjanjian tue valid... aper pasai tak gunakan itu untuk kes Pulau Batu Putih... hahaha... lanchow la tak berani nak guna perjanjian tue dalam kes Pulau Batu Putih..... Hahahaha

Hampeh....

Lagi satu.... dalam kes Bung Mokhtar Raden dengan Zuraidah Kamarudin tue..... ala.... ngan perempuan berani la Bung tunjuk samseng...... Hahaha....  kalo betul Bung berani dah hebat... ajak la Zuraida tue bergasak one to one face to face..... Hahaha.... ader brani ka.... Hahahaha

11 August 2010

Bila Hakim Lebih Takutkan Manusia Dari Allah Taala

Bhai... pada 18 dan 19 Mei tahun nih.. gua ader tulis artikel pasai Hakim Mahkamah Syariah nih.... gua timbulkan persoalan... tanya sama ada Hakim Mahkamah Syariah nih takutkan Allah Taala atau takut pada manusia... Rupanyer... seperti kata hadith Rasulullah S.A.W ..... antara 3 Hakim... sorang masuk syurga.. dan dua lagi masuk neraka..... beza antara Hakim yang takutkan Allah Taala dengan Hakim yang takutkan manusia....

Tak sangka jugak rupanya... Hakim Mahkamah Tinggi Syariah nampak lebih takutkan manusia berbanding dier takut dengan Allah Taala... bulan Ramadhan yang mulia nih... pun masih ader jugak manusia yang terlebihkan takut pada manusia berbanding dengan azab dari Allah Taala...

Itu hari.. Hakim Mahkamah Syariah Gombak terpaksa amik masa... (maybe buat sembahyang sunat istikarah) untuk mendapat panduan sebelum dier jatuhkan hukuman... at least terbukti yang Hakim Mahkamah Syariah Gombak lebih takutkan Allah berbanding manusia...

Tapi.. hari nih... Ketua Hakim Syarie Selangor nampaknyer lebih takutkan manusia berbanding Allah biler dier buat keputusan penghakiman.... kalu betul dier mengikut undang-undang syariah.... pastinya tiada beza antara Bung Mokhtar dengan mana-mana pesalah syariah lain... tak perbezaan.... tiada exception.... tapi... dek kerana Ketua Hakim Syarie Selangor lebih takutkan UMNO/BN ... maka dengan itu tiada dikenakan tindakan penjara keatas Bung Mokhtar...

Ini menunjukkan bahawa Ketua Hakim Syarie Selangor berpihak dan tidak bersandarkan hukum "menberi peringatan kepada orang lain" .... dan Ramadhan ini nampaknyer tercela dengan tindakan Hakim dayus yang lebih takutkan UMNO/BN (manusia) berbanding Allah Taala...

Jadilah kamu bahan bakar api neraka wahai Hakim yang tidak berlaku adil... seperti mana yang telah diterangkan dalam satu hadith Rasulullah S.A.W bahawa antara 3 orang hakim... satu masuk syurga.. manakala dua lagi masuk neraka......

p/s: Ayat cilaka nih keluar dari mulut Hakim Mukhyuddin Ibrahim.

Kata Mukhyuddin, oleh kerana ini merupakan kesalahan kali pertama dan memandangkan perayu mempunyai tanggungjawab besar kepada keluarga dan masyarakat, beliau percaya jika dikenakan hukuman penjara ia akan menjejaskan tanggungjawab beliau kepada keluarga. “Kemungkinan kesengsaraan yang ditanggung keluarga yang ditanggung boleh mendatangkan kemudaratan.


“Selain itu, reputasi dan imej perayu sebagai Ahli Parlimen akan dipandang negatif oleh masyarakat sekiranya hukuman penjara dikenakan,” kata Mukhyuddin ketika merumuskan keputusan tersebut.

.... Jawapan gua....


Maknanyer... lain kali pesalah lain boleh lah guna hujah "punyai tanggungjawab besar pada keluarga" ... dan "menjejaskan tanggungjawab kepada keluarga" ... serta hujah "imej dan reputasi dimata masyarakat" .... macam siot jer Hakim nih...

20 May 2010

Mati Akal

Anak gua (yang baby 5 bulan tue) semalam mengaruk tak mau nak tido... mati akal gua dibuatnyer.. pagi semalam antar dier pi klinik desa.. amik injection pelalian untuk budak 5 bulan... malam tadi ader la panas badan skit...

Tapi Alhamdulillah.. pagi tadi sekitar pukul 5 ... dah kebah skit dan terus boleh tido.. gua ngan wife plak yang mata terjegil dah tak mau nak tido... yer la .. kalu ikutkan hati... nak gak tido.. tapi... pasai waktu subuh dah dekat.. terus la gua tak tido...

Terasa rugi plak malam tadi tak buat sembahyang tahajud ... yer la... gua dapat tido sekejap jer... pukul 11 wife gerak... bagitau.. mintak cover dier.. anak dok mengaruk...

Semenjak dua menjak nih.. gua memang tido awal.. lepas Isya' dah terlelap.... dulu.. rajin gak berjaga sampai pukul 4 pagi... sekarang nih dah tak larat dah kot... ntah la... mungkin sebab gua dah tak banyak exercise dah kot nih.. pasai tue la...

Tahun depan... gua akan cecah umoq 40 tahun.... hehehe... life begin at 40... kalu tak berubah jadi baik pada umur 40... alamat sampai keliang lahat la tak boleh nak ubahnyer... hahaha... InsyaAllah... gua nak istiqamah... nak jadi baik... hahaha...

Oh yer.... gua nak tanya nih... ngaper aa... dah nak masuk 40 nih... makin hari rasa makin menggatal (nama tempat kat Sabah - Menggatal) la pulak... hahaha.... jangan buat main ooo... nak berpoligami... kena dapatkan kebenaran mahkamah dulu... tak nak la memandai macam Bung Mokhtar tue.... tak pasai-pasai jer kena denda dan penjara....

Takkan nak merayu kat Hakim Mahkamah Syariah guna idea Bung Mokhtar ... hehehe... "first time offender" ... mana aci macam tue la bhai... tak best la semua orang guna ayat 'first time offender" untuk kurangkan hukuman.... hehehe...

Takkan gua nak kena join Global Ikhwan kot... untuk memudahkan poligami... hahaha.. pindah pi duduk Perlis ka... hahaha... gua tak sampai hati la nak berpoligami nih... cukuplah sorang yang ader tue... anak pon dah 4 orang... (3 pompuan dan sorang lelaki)... hahaha....

19 May 2010

Tuan Hakim Mahkamah Syariah Takut Pada Allah

Alhamdulillah... Tuan Hakim Mahkamah Syariah Gombak telab buat pilihannya... dan dia pilih takut kepada Allah S.W.T. Bagus la kalu camnie... pilihan yang tepat...

Dalam dunia nih.. kita tak perlu takut kepada manusia dan hukum-hukum buatan/ciptaan manusia... kita patut lebih takut kepada Allah S.W.T...

So... Bung Mokhtar Radin kena denda RM1000 dan penjara 1 bulan.... apa lagie.. sure dier akan buat rayuan punya di Mahkamah Tinggi Syariah.... so kita tengok la pulak.. aderkah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah takut kat Allah S.W.T atau takut kat Kerajaan Barisan Nasional....

Kita tunggu keputusan selanjutnya...

18 May 2010

Hakim Mahkamah Syariah Takut Siapa

Bhai.... gua nak tanya nih... lu agak-agak la... Hakim Mahkamah Syariah kat Malaysia nih takut pada siapa aaa??? Gua ulang sekali lagi.. hehehe Hakim Mahkamah Syariah takut siapa aaa..? Adakah diorang takut pada Allah S.W.T .. Tuhan Rabbul Jalil....

atau....

Diorang lebih takut dekat Najib Razak dan Kerajaan Malaysia.....

kalu diorang takut kepada Allah S.W.T ... Alhamdulillah.... selamat dunia akhirat.... belum jatuh kafir lagie.... tapi.... kalu diorang lebih takutkan Najib Razak dan Kerajaan Malaysia... maka... diorang selamat di dunia... tapi tidak di akhirat... dan boleh jatuh kafir atas sebab syirik yang jelas nyata...

Jadi....

Pilihan sekarang nih ader kat tangan para Hakim Mahkamah Syariah.... tengok sama ada dier nak jadi kafir atau tidak.... pilihan masih boleh dibuat.. tapi... gua rasa la.... hehehe... Hakim Mahkamah Syariah kat Malaysia lebih takutkan Najib Razak, UMNO/BN dan Kerajaan Malaysia....

Sebab itu la gua konpiden yang Bung Mokhtar dan Zizie cuma akan kena denda jer.. tak lebih dari itu... dan sure paling lawak pon cuma RM500 jer.. tak lebih dari itu... dan tak kena penjara maksima 6 bulan pon... hahaha...

Jadi ... gua nak tengok... apakah pilihan yang Hakim Mahkamah Syariah Wan Mahyuddin Wan Ahmad... syurga atau neraka.... kita tengok la esok... hahaha...

Cuba lu orang komen skit.. gua nak tengok.. berapa ramai yang kata syurga.. dan berapa ramai yang akan kata neraka.... hahahah

Aper Ader Hal

Bung Mokhtar ngan Zizie nikah .... Aper ader hal... cuma yang salah tue sebab berpoligami tanpa mendapat kebenaran mahkamah... Memang la dalam Islam dibenarkan berpoligami... tapi demi untuk mengelakkan salahlaku sehingga ader isteri yang dinafikan hak.. maka kebenaran untuk berpoligami itu menjadi satu perkara penting di Malaysia..

Saper yang tak nak kahwin lebih dari satu.. cuba tanya mana-mana lelaki... hahaha... cuma bagi yang berfikir panjang dan rasa tak mampu zahir dan batin berlaku adil... maka eloklah tak payah nak cari fasal nak poligami... Gua pon kekadang tue ader gak terpikir.. tapi... hahaha.. tak mampu la bhai... hahaha

Okeh... Persoalannya ialah.... benda tue dah salah.. takkan sebagai sorang Ahli Parlimen ... Bung Mokhtar boleh tak tahu perkara nih.. giler aper... benda nih semua orang tau... Aper dier ingat dier Ahli Parlimen.. semua boleh buat .. takder orang nak kecoh.. takder orang nak tangkap...

Lu ingat undang-undang nih milik kepala bapak lu ker Bung Mokhtar ooi... pikir sikit la oooi....

Tapikan.. gua rasa... Mahkamah Syariah akan kenakan denda paling ciput kat Bung Mokhtar dan Zizie nih... dan pastinya Bung Mokhtar bayar cash jer denda tue.. hahaha.. orang banyak duit...

Patutnya Mahkamah Syariah kenakan denda yang paling berat... siap tahan dalam penjara.. pasai untuk bagi pengajaran kat semua... tambah lagi Bung Mokhtar tue Ahli Parlimen... VVIP tue... sure patut jadikan pengajaran... tapi kan... Hakim Mahkamah Syariah kat Malaysia nih mana ader telur nak tegas dalam undang-undang kalu melibatkan VVIP dari BN... hahaha...

Err.. gua saspek yang Bung Mokhtar cuma akan kena denda tak lebih dari RM500 ... amacam... ader setuju ka?

Kesalahan tersebut sepatutnya membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Terkini:


"Peguam Amli Embong dalam kenyataan rayuan, berkata pasangan tersebut hanya harus didenda kerana ini merupakan kesalahan pertama mereka."

woi.. aper punya bodoh la peguam nih... kalu gitue semua orang boleh selamat ini macam.. sebab semua orang "first time offender"..... bodo punya loyar.... Gua harap Hakim Mahkamah Syariah tue jangan dok heran pasai isu kesalahan pertama... untuk kurangkan hukuman... tapi kasi 6 bulan penjara sama diorang....

14 April 2010

Azwan Ali Akan Ber Chit Chat Di Hulu Selangor

Pergh... buat lawak la member gua sorang nih... pepagi buta buat lawak bodoh.... nak pecah perut gua dengar lawak dier... dier kata Azwan Ali akan berparti Chit Chat di Hulu Selangor tuh... giler aper Astro nak benarkan segman giler Azwan Ali tue dibuat serentak dengan tarikh kempen Pilihanraya Kecik P094 Hulu Selangor... hahahaha...

Kawan gua nih jarang buat lawak... tapi biler dier buat lawak pagi nih... gua terkezut beruk.. yer la... gua ader sorang lagi kawan... Hassan Skodeng (baboon berumur 6 tahun tuh) ... dier tue takper la.. dier memang suka buat lawak... nih member gua yang agak "looking executive" plak pandai nak buat lawak... hahaha.. pelik binn ajaib singh sungguh...

Member gua dengan muka selamber takder ekspresi tueh tetiba jer buat lawak jenaka tentang Azwan Ali kononnya akan berchit chat di Hulu Selangor... hahaha... giler ker aper... Saper la yang Azwan Ali nak kenakan tue... hahaha.. dier nak kenakan Zaid Ibrahim ker... atau... dier nak kenakan... "G-String" Palanivel?

Hahaha.... setahu gua.. yang suka G-String nih cuma kawan kepada member gua.... si puteh gebu tuh... tapi dier nih dah jadi bini kepada Bung Mokhtar.... hahaha... sure sekarang nih Bung Mokhtar la yang tolong belikan stok G-String buat bini muda dier tue... hahaha.... kalu G-String dah kehabisan stok... beli jer lingerie jenis fish-net la buat Zizie tue Bung Mokhtar oooi... hahaha... baru la mantop..... hahahaha

Kalu ler jadi betul Azwan Ali berchit chat di Hulu Selangor tue... gua rasa itu ler penamat buat Azwan Ali.. sure Azwan Ali akan kena lagi teruk dari sekarang nih.. rasanyer sekarang nih pon dier dah langsung tak glamer... bapuk tua sorang nih dulu dok tergiler-gilerkan Ziana Zian dan Siti Nurhaliza... tapi ... hahaha... saper la nak kat bapok tua nih... sekarang dengar citer dier ader banyak stok anak ikan... hahaha.... giler nak mampus bapuk tua nih... Ingat la... rumah dok kata pergi... kubur dok kata mari...

Buat member gua "looking executive" tue yang buat lawak pagi tadi masa sarapan tue... gua nak nasihatkan kat dier... lu kalu nak buat lawak pagi tue.. jangan la masa orang tengah hadap sambal... tersedak ooo... nasib baik gua order teh "o" ais pagi tadi.. kalu order teh "o" panas.... mau tersedak mampus gua... cilakak punya member... hahaha

24 March 2010

Satu Kali Sudah Kena

Bhai Burung Bayan Baru... lu la nih satu kali sudah kena... lu ingat banyak best kasi kecoh satu Dewan Rakyat .... Ingat lu sudah jadi hero.. tapi.. rupanya lu satu kali sudah kena main... hahaha... lu sudah kantoi..

Lu sendiri la mau ingat... lu buat sama orang lain... lu kasi dajai sama orang lain... sepuluh kali orang lain kasi kena sama lu.. kasi dajai sama lu ... hahaha.. lu ingat ader orang mau backup sama lu... hahaha... sori la bhai... lu satu kali sudah kena... hahaha...

Lu bantai Anwar ... Anwar relaks jer... abis-abis kuar dewan... tapi biler lu kasi malu sama 8 orang Ahli Parlimen BN ... hehehehe.... memang la lu cari nahas... hahaha... sapa suruh lu kasi tau nama diorang... kan lu skrang sudah panas buntut.. hahaha...

Sorang dua jenis pengecut macam Puad Zarkashi dan Bung Mokhtar tue takper la.. diorang tak akan melawan punya... diorang jenis cover buntut sendiri jer.. diorang sebenarnya jenis pengecut.. takder telor... hahaha... tapi biler lu babitkan nama Ahli Parlimen Kalabakan.. Ghapur Salleh... hahaha... apa lagi... sudah mau perang la...

Lu ingat Ahli Parlimen Kalabakan tue jenis takder telor ker.. jenis takkan melawan ker... hahaha... lu silap la bhai... baik la nih lu pi menyorok kat mana-mana Padang Golf.. kalu tidak lu sure sakit punya... sure bertelor didahi nanti.... hahahaha... padan sama muka lu.... hahaha...

Dei.... Burung Bayan Baru ... lu ingat Ibrahim Ali Al-Kataki akan bantu lu ker... hahaha... dier tue pon jenis pengecut gak.. nampak jer gedebe.. tapi biler ader ramai kat belakang dier la... kalu dier sengsorang.. tak berani dier... dier pon maner ader telor.... hahahaha...

So... apa lagi tunggu... baik lu cha aliff butt .. hahaha.. UMNO/BN takkan terima sama lu... hahaha... lu sudah bikin taik... hahaha... padan muka lu... kan gua sudah bagitau.... lu satu kali sudah kena... hahahaha

20 January 2010

Kinabatangan Banjir Sebab...

Sori la... gua nak buat lawak skit... hehehe.. jangan marah yer... Korang tau dak kenapa Kinabatangan banjir la nie... hehehe... mana tak banjir... kinabatangan banjir sebab... Ahli Parlimen dier dapat bini baru yang montok... dan ... hahaha... banyak air.. hahahaha... AdukaTaruna mesti suka apa yang gua tuliskan nih... hahaha... banjir beb... Sebab tue la Kinabatangan banjir... hahaha.... ..... korang jangan ingat gua kapla pervert plak... hahaha.... sajer jer nie mengusik pengantin baru yang dah berbulan madu di Europe baru-baru nih... hahaha... sure banjir punya... hahaha sori aa.... Bung Mokhtar... hehehe

28 December 2009

Raja Petra Tiada Rekod Imigresen

Apa nak pelik.... biasa la... benda macam nih... La nie kecoh Raja Petra tiada rekod Imigresen untuk keluar masuk Malaysia... tak terkejut la gua kalu perkara macam nie terjadi...

Ala... itu hari Altantuya punya rekod keluar masuk Malaysia pun hilang daripada simpanan Jabatan Imigresen Malaysia ... jadi apa yang nak diherankan... tak pelik la... biasa jer..

Ramai warga Malaysia yang kuar masuk Malaysia tak pernah cop paspot pon.. tak caya ka... cuba tanya yang dok kat sempadan utara sana tue... gua sendiri pon pernah masuk Thailand tak pakai paspot pon... takder hal pon...

Jadi... gua rasa benda nih bukan perkara besar... semuanya berpunca dari masalah Jabatan Imigresen Malaysia sendiri... bukan Raja Petra pandai-pandai buat.. ini semua "loophole" dalam penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia... Ala... lu ingat artis dan ahli politik serta VVIP yang lari masuk Thailand (Siam) tue untuk berkahwin ader guna paspot ka... takder la.. ramai yang masuk secara haram jer...

Tak percaya... cuba cek kat mana Zizie Ezzette kahwin ngan Bung Mokhtar ... kalu dier kahwin kat Malaysia... tentunya wife dier kena bagi tandatangan borang kebenaran kahwin dua... jadi.. la nie Bung Mokhtar nikah dua tak dapat keizinan bini pertama... jadi sure dier kahwin kat sempadan punya.... So... cuba siasat Bung Mokhtar dan Zizie Ezzette punya paspot... ader chop Imigresen tak pada tarikh dier kata dier kahwin tue.... hahahaha...

Sure takder punya... hahaha... jadi kalu Bung Mokhtar dan Zizie Ezzette boleh... aper der hal kat Raja Petra .... hahaha.... sama jer...

17 December 2009

Mantap Bhai... Mantap ....

Mantap Bhai... Mantap ... hehehe.... memang mantap... elok benar la Zizie Ezzette berkahwin ... umur pun dah masuk 30'an... hehehe... Tapi... kalu bernikah gak ngan Bung Mokhtar Radin... hahaha... memang mantap la Bung nih...

Boleh la kita blaja dengan Bung Mokhtar nih... hehehe... ilmu aper aaa yang dier pakai... hahaha... dapat bini mantap tue... hahaha... terjojol biji mata AdukaTaruna... hahaha..

Wei AdukaTaruna... melopeh la ekau jang oooi... hehehehe...

Kalu Bung Mokhtar buat kenduri tue.. buat la godang-godang punya majlis... ajak la kami blogger semua mari makan kenduri... hehehe.. jangan la lupa ajak AdukaTaruna sekali... hahaha....

Apa-apa pon... benda baik tue.. buat jer la... jangan buat kerja haram udah.... nikah dan kahwin cara halal.... aper gua nak heran pon... dah Bung Mokhtar ader duit dan tenaga... hahaha....apa agaknyer bini tua dier akan kata aaaa.... hahaha...

Cuma satu jer nak ingatkan Bung Mokhtar... Zizie nie suka pakai G-String merah.... hahahaha....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1