Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label GTA. Show all posts
Showing posts with label GTA. Show all posts

15 March 2023

Hello Memali ...

Bhai/DeeDee semua...

Satu masa dulu ... Mahathir Mohamed dok tuduh Abdul Hadi Awang menjadi penyebab kepada insiden di Memali.....

Dan Abdul Hadi Awang sendiri pernah kata Mahathir Mohamed dengan macam-macam gelaran dan tuduhan....

La nih... depa boleh dok sekali... dok sebelah-sebelah .... macam takdak apa berlaku... Hahaha... Adoilah... Hahahaha ...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL

20 December 2022

Bye Bye Mahathir Mohamed

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... gua ucapkan selamat bye bye la... buat Mahathir Mohamed.... Bye Bye... relaks aaa... berehat la... cukup dah tue terlibat ngan politik... patut dah bersara dah nih... huhuhu

Kan kan kan...



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Perkara itu disahkan oleh sumber parti itu, bagaimanapun Dr Mahathir dikatakan akan kekal sebagai Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA).

Setakat ini, tiada pengumuman secara rasmi dilakukan oleh parti itu lagi.

Difahamkan, Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) PEJUANG kedua akan diadakan pada 14 Januari depan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Dr Mahathir yang bertanding di Parlimen Langkawi tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah yang memperoleh majoriti 13,518 undi.

22 November 2022

Siapa Jadi Pilihan?

Bhai/DeeDee semua...

Kita jangan terlebih teruja.... kadang-kadang apa yang kita hajati tak mungkin kita dapati... Allah Taala Maha Mengetahui... apa yang baik untuk kita... dan apa yang tak baik untuk kita...

Kadang-kadang... kita dapat sesuatu yang kita tak mahu... tapi itulah sebenarnya yang terbaik Allah Taala pilih dan tetapkan untuk kita...

Jadi persoalan.. siapa yang jadi pilihan YDP Agong nih... pada gua ... dah tak teruja sangat dah... sebab gua dah boleh baca gerak tari YDP Agong...  bukanlah nak merendahkan YDP Agong... tapi itu la... sekadar meluahkan rasa hati...

Apa pun.... semoga yang "terlantik" itu buatlah yang sebaiknya ikut amanah yang diberikan.



19 November 2022

Paling Awal Dapat Keputusan PRU15 Pukul 9 Malam

Bhai/DeeDee semua...

Semua pusat mengundi PRU15 akan ditutup pada pukul 6 petang... jadi dari apa yang gua nampak... keputusan paling awal kita boleh dapat bagi sesetengah kawasan Parlimen mungkin sekitar pukul 9 malam...

Itu paling awal la...

Tapi gua saspek maybe paling awal sekali pukul 11 malam... dan pengiraan kertas undi akan berlanjutan sampai pagi... berkemungkinan sampai pukul 3 pagi bagi sesetengah kawasan yang luas parlimennya...

Jadi... kemungkinan kita nak tau total keseluruhannya malam nih jugak maybe tak boleh... terpaksa tunggu sampai pagi esok... Maybe total boleh tau sekitar pukul 6 pagi...

Tapi....ini semua bergantung... bergantung kepada siapa yang dapat cecah nilai ambang 111 kerusi Parlimen paling awal.... huhuhu...

Sabor jer la



18 November 2022

5 PM - Voter Sentiment Ratio (VSR) - 18/11/2022

Bhai/DeeDee semua...

Sekadar berkongsi Voter Sentiment Ratio (VSR) terkini setakat pukul 5 petang pada 18 November 2022. Data kerap berubah. Sekadar menjadi guidelines untuk semua...

Yang tahu keputusan akhir hanyalah Allah Taala.



Makin Kedepan - Voter Sentiment Ratio (VSR) - 17th Disember 2022

Bhai/DeeDee semua..

InsyaAllah ... kalu takder aral melintang gua akan publish lagi VSR yang terakhir pada malam nih... Ini semua VSR yang cukup berbeza dari VSR PRU14... Akan ada orang kata yang VSR nih tak tepat... takper la... gua tak heran pon...

Yang tepat hanya Allah Taala jer yang tahu.... itu ja nak habaq..



17 November 2022

Seharian Di Luar

Bhai/DeeDee semua...

Hari ini seharian gua ader di luar... berurusan ... mengambil dua orang pengundi Undi 18 balik untuk mengundi di Parlimen Kemaman.... Menariknya.... di Terminal Sentral Kuantan, gua lihat penuh orang muda balik untuk mengundi...

Gua jamin ini adalah sebahagian dari bilangan besar yang sedang dalam proses nak balik mengundi kali pertama pada PRU15 nih... hasil soal jawab tadi dengan beberapa responden... hampir semua orang muda nih bercerita tentang dua gabungan parti jer...

Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan... takder sorang pun yang gua tanya... tak kira lelaki atau perempuan yang nak bersembang dan menyokong Barisan Nasional... Gerakan Tanah Air lagi la depa siap kata ader ujud ker... Hahaha

Gua gelak jer...  

Tapi ... kesimpulan yang gua dapat tadi.... bilangan yang nak mengundi Perikatan Nasional adalah berganda lebih ramai berbanding Pakatan Harapan....

Bila gua tanya kenapa ... mereka jawab... mereka dah pernah lihat kepimpinan Muhyiddin Yasin mengemudi Malaysia sebelum ini... dan mereka tak tahu apa kemampuan Anwar Ibrahim untuk memimpin Malaysia... Mereka tahu Anwar Ibrahim di canangkan sebagai bakal PM10... tapi mereka tak ada rasa konfiden.

Itu depa cakap... dan gua taknak nak debunk depa punya pandangan... Malaysia kan negara demokrasi.... Rakyat berhak untuk pilih sesiapa yang dia suka... nak undi penyamun pun atau lobai kaki fitnah pun apa kita boleh halang.... Hak berasosiasi (berpersatuan) dijamin oleh Perlembagaan.

Hahaha...



16 November 2022

Berapa Kerusi Boleh Menang?

Bhai/DeeDee semua...

Sana sini cerita konon puak ini dah yakin dapat 120 kerusi dalam tangan... ader pulak yang dapat 60 kerusi jer.. ader yang kata dapat 40 kerusi jer...

Macam-macam statistik dan dapatan... sampaikan culaan pon dikatakan tepat...

Walhal semuanya masih jauh dari sasaran memasing...

Bertanding pun cuma banyak nih... macam mana la akan terpaksa juga bergabung dua tiga parti... huhuhu... naya pak abu..



Wow Meningkat - Voter Sentiment Ratio (VSR) - 16/11/22

Bhai/DeeDee semua...

Buat kerja kena cepat dan bijak... Itu jer gua nak cakap



15 November 2022

Rancang Strategi Akhir Anda - Voter Sentiment Ratio (VSR) - 15th November 2022

Bhai/DeeDee semua...

Voter Sentiment Ratio (VSR) nih gua publishkan sebagai menunaikan janji gua kepada para pembaca blog ini.... Ianya sekadar guidelines.... harapnya korang boleh manfaatkan untuk kepentingan parti korang dan negara...

Malaysia nih demokrasi... so semua orang ada pilihan mereka sendiri...

#PRU15 #GE15 #Undi18 #VoterSentimentRatio #VSR #Politik #Pilihanraya #Demokrasi #PN #BN #PH #GTA



12 November 2022

Makin Sengit - Voter Sentiment Ratio (VSR) - 12/11/22

Bhai/DeeDee semua...

Nampak gayanya saingan semakin sengit.. VSR ini menggabungkan seluruh Malaysia... hanya bagi Kerusi Parlimen sahaja... Ada tempat Barisan Nasional kuat ... Ader tempat Perikatan Nasional kuat... Ader tempat Pakatan Harapan kuat... dan ader kawasan yang Gerakan Tanah Air mendapat sambutan dari bakal pengundi..

Apa pun masih terlalu awal lagi... ada 6 hari lagi masa berkempen..  dan sokongan bakal pengundi boleh berubah ikut isu dan impak dari Undi 18 belum lagi dapat dikesan dengan tepat... Anggaran awal adalah Pengundi Undi 18 nampaknya akan lebih terpengaruh dengan impak dari media sosial TikTok.

So... plan strategi korang dengan bijak.

#VSR #VoterSentimentRatio #Undi18 #PRU15 #GE #SPR #Kempen #Politik #PH #BN #PN #GTA



05 November 2022

10 Penjuru

Bhai/DeeDee semua...

10 Penjuru

Kegilaan apakah ini? Sampai ada 10 penjuru pertandingan di kerusi Parlimen?

Kita tahu ada yang bekas calon yang tidak tercalon. Kita tahu ada bekas calon yang disingkirkan dari parti. Kita tahu ada bekas calon yang merasakan pengundi masih mahukan mereka. Kita juga tahu ada calon yang sengaja nak test market.

Kesemua ini menyebabkan akan berlakunya pecah undi.

Dan bila berlaku pecah undi seperti inilah maka ada kerugian pada sesetengah pihak dan ada keuntungan pada sesetengah pihak.

Yang paling pasti... Suruhanjaya Pilihan Raya dan Pihak Berkuasa Tempatan lah yang paling untung. Untung dari deposit berkaitan dengan perjalanan pilihanraya ini.

Apa pun terlalu awal untuk melihat akan kekuatan antara gabungan parti-parti yang bertanding. Walaupun begitu, kita boleh kesan juga riak dan gelombang walaupun kecil dan sedikit.

Setakat malam tadi ini pecahan kekuatan yang gua dapat simpulkan.

PH : 31.5%
BN : 33%
PN : 35%
GTA : 0.5%



Kedegilan, Kesombongan, Perasan Hebat

Bhai/DeeDee semua...

Ramai yang bertanding bebas.. Ramai yang bertanding guna logo parti lawan... Ramai yang tak puas hati sebab tidak tercalon.. Ramai yang membeli borang calon PRU15.

Hampir semua kerusi ada lebih dari 3 penjuru..

Dan yang untung adalah SPR lah jugak.. Buat duit atas pencalonan...

Tunggu selesai semua proses barulah kita boleh buat analisa... Hahaha



02 November 2022

Kesian ... GTA Pun Tak Mahu

Bhai/DeeDee semua...

Gua rasa kesian kat Shahidan Kassim, Annuar Musa dan Tajuddin Abd Rahman...  Bukan apa... depa dok terhegeh-hegeh ushar sana sini untuk dapatkan kerusi Parlimen untuk ditandingi... selepas tidak dicalonkan oleh UMNO/BN untuk PRU15 nih..

Kita tahu yang depa sedang cuba nak deal.... tapi dah orang tak mahu... apa nak kata..

Hahaha....
Hidung tak mancung... pipi tersorong-sorong... Hahaha.... Adoilah... Memang naya...


Tapi .... cakap Mahathir Mohamed nih korang jangan la percaya 100% sangat... hari nih cakap lain.. esok lusa cakap lain.... Hahaha... bab membelit tue.. dier lagi terra... Hahaha

Kot-kot masa hari penamaan calon... elok ja tersembul Shahidan Kassim, Annuar Musa dan Tajuddin Abd Rahman menyerahkan borang penamaan calon bawah nama Gerakan Tanah Air (GTA) ... hehehe... bukan majik pon kalu benda tu jadi... Hahaha


31 October 2022

Hadan Huker PH dan BN

Bhai/DeeDee semua...

PAS dah solid pengundi tegar... pastue tambah dengan pengundi BERSATU dan Undi 18 .... hehehe... menang lagi lar PAS pada PRU15 atas nama Perikatan Nasional (PN)... hahaha

Hadan huker la PH dan BN...

#PRU15 #Undi18 #ParlimenKemaman #Kemaman



PH Dah La Tak Kuat, Tapi Bertelagah Sesama Sendiri

Bhai/DeeDee semua...

Depa ingat Pakatan Harapan (PH) nih cukup kuat.... Cukup dapat sokongan besar dari rakyat (pengundi)... Depa ingat pengundi akan undi depa sama macam impak pada PRU14 .... Tapi depa silap ... silap besar...

Gua tau tulisan gua nih akan mengundang amarah dari kawan-kawan yang dok dalam Pakatan Harapan... yang dok dalam DAP... yang dok dalam PKR ... dan yang dok dalam AMANAH... 

Tapi...

Seperti mana lu orang tau... gua akan bercerita tentang akar umbi... gua akan bercerita tentang marhaen mustad'afin... gua akan bercerita tentang pengundi atas pagar.... malah gua akan bercerita tengan apa yang berkemungkinan besar Undi 18 akan buat... gua citer realiti.... takder nak tutup dengan citer ampu dan bodek..

Simple.... 

Pada padangan pengundi atas pagar ... mereka lihat Pakatan Harapan (PH) sedang kacau bilau... PH tue tak kuat pun... PH cuma option kepada pengundi atas pagar yang dah muak dengan Barisan Nasional (BN).. Dulu PH dapat undi besar dari atas pagar pasai pengundi takder pilihan lain... Tapi kini tak... Pengundi atas pagar ader pilihan dah.... Depa tak suka BN tak bermakna depa akan undi besar kat PH... Pengundi atas pagar boleh ja nak undi Perikatan Nasional (PN) ... Mungkin apa jugak ramai yang akan undi Gerakan Tanah Air (GTA) tapi GTA tak la kuat mana... dan pengundi tak berapa nak kenal logo GTA...

Tapi ... tentang Perikatan Nasional (PN) .... pengundi dah kenal... dan pengundi dah tau camana dan siapa didalam PN...

PH dah la tak kuat, tapi bertelagak sesama sendiri. Pemimpin besar AMANAH pun tak berani nak bekap kawasan sendiri... sampaikan kena buli dengan DAP ... macam di Changkat Jong Perak bila Dr Muhaimin Sulam (AMANAH) yang dah dapat surat dan lampu hijau dari Mat Sabu untuk jadi calon... tetiba DAP masuk campur nak kawasan tue... dan Anwar Ibrahim, Anthony Loke dok tekan Mat Sabu sampaikan Mat Sabu boleh beralah... bagi gak kat DAP...

Dalam kes Parlimen Jerai pun sama... Betapa lemahnya Mat Sabu nak pastikan AMANAH jadi calon disana... yang akhirnya dikebas juga oleh DAP kerusi tue... lalu menyebabkan Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengerusi Amanah Kedah) dipecat keahliannya semalam... 

Gila... hanya kerana takutkan DAP... hanya kerana lemahnya pentadbiran Mat Sabu... Pengerusi Amanah Kedah dipecat.... Bangang.... time dah bubar Parlimen dan nak PRU15 nih boleh pulak nak pecat bagai.... Bodoh aaaa rupanya Mat Sabu nih.... orang masa nih la nak memperkuatkan parti.... nak memperlihatkan kepada pengundi atas pagar yang AMANAH nih berintegriti dan kuat.. dan boleh memperjuangkan orang Melayu...

Amanah tue parti Melayu... parti solid Melayu... PKR bukan parti solid Melayu.... tapi AMANAH kena buli dengan PKR dan DAP .... bodohlah....

Dalam kes Parlimen Sungai Siput pun PKR dok berlagak macam boleh memang besar dan takmo nak bekerjasama dengan PSM.... benda simple jer... PSM cuma mintak 1 kerusi jer... itu pon PH ta k boleh nak bekerjasama dan buat deal... walhal PSM tue ader kecenderungan nak deal ngan PH... dan depa memang takkan ngam ngan BN atau PN..... Tapi pasai PH bodoh... berlagak dan sombong... serta tamak....

So.... pada PRU15... memang jahanam la PH... pengundi dah ader pilihan.... kalu tanya ramai pengundi atas pagar.... mesti mereka akan kata PH boleh pi jahanam la.... sebab depa boleh undi PN kalu depa tak suka BN...

Babai....





30 October 2022

Nak Menang Ke Tak Nak Ni?

Bhai/DeeDee semua...

Baru nih gua ader buat sedikit kajian... kajian atas data pola pengundian pada PRU14 dulu... dan diselarikan dengan data bakal pola pengundian pada PRU15 termasuk impak Undo 18.

Ikut dapatan gua... setiap kerusi Parlimen di Malaysia nih akan dapat pertambahan dari 5000 hingga 15000 pengundi baharu dari Undi 18... Undi 18 nih sebenarnya kritikal... cara dan pilihan undian mereka belum dapat dijangkakan...

Apa yang kita boleh nilaikan adalah sekadar undi dari penyokong dan pengundi tegar yang mengundi sesetengah parti ...

Dan dari apa yang gua boleh simpulkan...

Barisan Nasional akan mendapat paling banyak undi manakala Perikatan Nasional akan mendapat tempat kedua undi... Pakatan Harapan pula akan mendapat undi yang sederhana walaupun meningkat... manakala Gerakan Tanah Air akan mendapat undi paling sedikit.

Oleh itu... percaturan yang gua lihat telah diambil oleh DAP dan PKR secara tidak langsung telah melemahkan Pakatan Harapan itu sendiri..

Melainkan ada perubahan yang berani Pakatan Harapan buat seperti yang gua dah banyak kali nasihatkan...

Hahaha...



Voter Sentiment Ratio (VSR) 29th October 2022

Bhai/DeeDee semua...

Citer banyak tagune... baca, nilaikan dan hadam.... buat strategi tue betul-betul. Pastikan mengambilkira Undi 18.



27 October 2022

GTA Sasar 100 Kerusi

Bhai/DeeDee semua...

100 kerusi Parlimen yang disasarkan oleh Gerakan Tanah Air (GTA) .... besar sangat sasaran mereka nih... tahu la duit mereka banyak... tapi 100 kerusi tue rasanya banyak yang akan hilang wang pertaruhan... hilang deposit..

Gua menjangkakan hanya antara 3 atau 4 kerusi Parlimen ja yang dapat mereka menang pada PRU15 kali nih... selain dari tue... haup... 

Takder boleh pi jauh GTA nih.... sebab itu mereka terdesak nak join ngan Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan.... Hahaha... sebab mereka sendiri tahu kekuatan parti mereka...

Huhuhu...

Untung la SPR kali nih sebab akan dapat banyak duit deposit (pertaruhan) yang hangus .... Hahaha.



Mahathir Mohamed Sudah Sangat Terdesak

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu yang Gerakan Tanah Air (GTA) takkan pergi ke mana pun... setakat syok sendiri jer... dan kita juga tahu Parti Pejuang pon tak pergi mana jugak jauhnya... silap-silap kalu dapat tak hilang duit pertaruhan pilihanraya pon dah kira bagoosh la..

Hahaha...

Sebab itu bila baca citer tang Mahathir Mohamed tulis suruh buang ego... Hahaha... gua gelak jer... sebab kita tau siapa la yang paling ego sekali... Hahaha... bukan Anwar Ibrahim pun... hahaha

Itu menunjukkan bahawa Mahathir Mohamed sudah cuak... sudah risau... sudah libang libu... Hahaha... semua perancangan dier dalam PRU15 semacam makan diri.... hahaha.. itu sebab la Mahathir Mohamed nak deal ngan PKR... nak deal balik ngan Pakatan Harapan... hahahaha...

Sebab dier tahu.. GTA tak kemana... paling kuat pun Pejuang deal ngan Perikatan Nasional... itu ja... tapi mahu ka Perikatan Nasional nak terima Pejuang... nak terima GTA.... Hahaha... Naya wei... hahaha

Habis la...



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1