10 Penjuru
Kegilaan apakah ini? Sampai ada 10 penjuru pertandingan di kerusi Parlimen?
Kita tahu ada yang bekas calon yang tidak tercalon. Kita tahu ada bekas calon yang disingkirkan dari parti. Kita tahu ada bekas calon yang merasakan pengundi masih mahukan mereka. Kita juga tahu ada calon yang sengaja nak test market.
Kesemua ini menyebabkan akan berlakunya pecah undi.
Dan bila berlaku pecah undi seperti inilah maka ada kerugian pada sesetengah pihak dan ada keuntungan pada sesetengah pihak.
Yang paling pasti... Suruhanjaya Pilihan Raya dan Pihak Berkuasa Tempatan lah yang paling untung. Untung dari deposit berkaitan dengan perjalanan pilihanraya ini.
Apa pun terlalu awal untuk melihat akan kekuatan antara gabungan parti-parti yang bertanding. Walaupun begitu, kita boleh kesan juga riak dan gelombang walaupun kecil dan sedikit.
Setakat malam tadi ini pecahan kekuatan yang gua dapat simpulkan.
PH : 31.5%
BN : 33%
PN : 35%
GTA : 0.5%

