Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Vote. Show all posts
Showing posts with label Vote. Show all posts

18 November 2022

5 PM - Voter Sentiment Ratio (VSR) - 18/11/2022

Bhai/DeeDee semua...

Sekadar berkongsi Voter Sentiment Ratio (VSR) terkini setakat pukul 5 petang pada 18 November 2022. Data kerap berubah. Sekadar menjadi guidelines untuk semua...

Yang tahu keputusan akhir hanyalah Allah Taala.



Makin Kedepan - Voter Sentiment Ratio (VSR) - 17th Disember 2022

Bhai/DeeDee semua..

InsyaAllah ... kalu takder aral melintang gua akan publish lagi VSR yang terakhir pada malam nih... Ini semua VSR yang cukup berbeza dari VSR PRU14... Akan ada orang kata yang VSR nih tak tepat... takper la... gua tak heran pon...

Yang tepat hanya Allah Taala jer yang tahu.... itu ja nak habaq..



15 November 2022

Gua Gelak Jer Tengok Carta Ini

Bhai/DeeDee semua...

Gua gelak jer biler tengok carta macam nih tersebar dan dishare oleh ramai orang... Hahahaha

Sebab apa gua gelak... sebab ader 5 benda yang tak kena dalam carta ini...  5 benda tu la paling tak logik boleh ader datanya publish semudah ABC dalam chart macam nih...

Kelakar pun ader... hahaha




06 November 2022

Teruskan Perjuangan - Voter Sentiment Ratio (VSR) 6th November 2022

Bhai/DeeDee semua...

Masa cuma ader 13 hari jer lagi.... tapi gua lihat sana sini sekadar berperang dalam sosial media jer lebih... Semua parti dan calon yang bertanding nampaknya memanfaatkan media sosial dengan sebaiknya terutamanya di Facebook, Twitter, Instagram, Discord, TikTok...

Lagi menarik... penggunaan elemen lama macam Blog masih tidak ketinggalan... bagooshlah...

#VSR #VoterSentimentRatio #PRU15 #Undi18 #GE15 #Kempen #Socmed 



11 October 2022

Voter Sentiment Ratio (VSR) 10th October 2022

Bhai/DeeDee semua...

Voter Sentiment Ratio (VSR) sehingga pukul 12 malam 10 Oktober 2022. Analisis dan dapatan dari sumber Agensi pada hari pembubaran Parlimen ke 14.

Nilai ini akan berubah lebih ketara semakin dekat dengan tarikh mengundi PRU15. Tak semestinya sentiasa kuat dan tak semestinya juga sentiasa lemah. Salah percaturan dan strategi akan menyebabkan data ini lebih kerap berubah.

VSR ini telah disaring untuk kegunaan awam dan ianya adalah bukan dokumen kawalan.

*** mekanisma dapatan data adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 (Akta 88)

#vsr #VoterSentimentRatio #pru15



07 September 2021

Voter Sentiment Ratio - VSR (3.0) - 1/9/2021

Bhai/DeeDee semua...

Nothing much to say... just tengok, baca dan layan Voter Sentiment Ratio (VSR) nih.... kuat atau tidak ... dan berjaya atau tidak kita tengok jer la...

Suka tak suka ini realiti... Lambat bertindak ... PRU15 kira mampos.... Hahaha
Data ada, analisis ada, laporan ada, kajian ada.... adaptasi??? hahaha



25 August 2021

Apa Petanda Ini?

Bhai/DeeDee semua..

Kerajaan (Pemerintah) walau siapa pun mereka nampaknya masih tidak sedar... Mereka yang melingkari puncak kuasa nampaknya masih berada dalam keadaan ditipu oleh fatamorgana... Hahaha...

Apa petanda ini semua...

Ini menunjukkan bahawa kuasa silent voter (pengundi senyap) yang dah tak kisah keluarkan duit mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak mendapat mandat rakyat...

Bayangkan... bila mana Malaysiakini tempohari dapat mengutip dana guaman mereka siap berlebih lagi banyaknya dalam masa sehari... Dan kita boleh tengok macam mana Syed Saddiq juga dapat collect dana guaman dalam masa yang singkat... sehari je...  kini ...  Sekretariat Solidarity Rakyat (SSR) pun dah berjaya buat perkara yang sama...

Rakyat dah tak kisah... walaupun ader RM1 pun tetap juga akan membantu... yang penting untuk gerakan menjatuhkan kerajaan yang tidak dibangunkan dari mandat rakyat...

Cukup sudah Kerajaan Pakatan Harapan yang mendapat mandat penuh rakyat dijatuhkan oleh celaka-celaka politik... yang belot dan khianat... yang membelakangi rakyat dan pengundi mereka....  dan semua kerajaan yang naik selepas itu perlulah diajar pada PRU15...




29 July 2021

Rakyat Sokong Siapa?

Bhai/DeeDee semua...

Satu benda yang kita kena lihat... kita kena pandang... kita kena fikir baik-baik... kita kena cakna..... dan kita kena timbang adalah...

Siapa yang rakyat sokong dalam kemelut perlembagaan ini?? Rakyat sokong siapa?? YDP Agong atau Perikatan Nasional???



09 May 2013

Nasihat Dari Agensi : Jangan Terikut Mainan UMNO

Bhai.... nih gua mewakili suara-suara operatif dari dalam Agensi yang mintak sangat gua publishkan benda nih untuk perhatian Pimpinan Pakatan Rakyat dan semua penyokong serta pendokong Pakatan Rakyat.....

Harapnyer akan ader la yang boleh tulung sampaikan kat pimpinan atasan dalam Pakatan Rakyat.... gua dan operatif lain maleh aaa nak sound direct...

Camnie..... '

Tolong jangan terikut mainan UMNO sehinggakan akan ader beberapa siri perhimpunan aman berskala besar di Selangor, Kuala Lumpur mahupun di Putrajaya... bukan aper.... bukan kitorang nih takmo nak tengok dan saksikan himpunan aman pelbagai rakyat berbilang kaum macam nih..... kitorang suker rakyat tanpa mengira kaum berhimpun secara aman....

Cumanyer...

Takut nanti tetiba ader anasir UMNO/BN yang buat provokasi dalam perhimpunan tue... sampaikan silap-silap boleh "trigger something so called" kekecohan... yang akhirnya akan menyebabkan Operasi Lalang diaktifkan semula.... Kitorang takmo benda camnie jadi.....

Jadi... sama ader lu orang sumer dapat kawal supaya takder provokasi dari agen anasir UMNO/BN masa berhimpun nih... atau lu orang tak payah la berhimpun beramai-ramai... cukup jer edarkan tandatangan ramai-ramai petisyen... kalu dapat tandatangan 1/3 rakyat Malaysia.... senang skit nak bawak usul supaya perkara penipuan dan sebagainya dalam PRU13 dalam disiasat dan diambil tindakan.

Ader paham ka??....

Bacaan Tambahan : Gua Dah Bagi Hint


06 May 2013

GE13 Voter Sentiment Ratio (Finalising) - Report

Bhai... sori la pasai gua gunakan tajuk ikut format PPSMI kat blog gua nih... Hahaha... biasa la kan... ini blog picisan... blog yang tak signifikan kepada Parti... Gua bukannyer satu nama besar dalam persekitaran dunia siber nih...

Gua takder influential power macam portal TranungKita .... hahaha...

Tapi.... hasil latihan dan tugasan yang gua dah buat selama nih... iaitu selama berkhidmat kepada negara tercinta nih... sama ada didalam mahupun diluar negara.... yang semuanya dibiayai oleh Kerajaan Malaysia (sila faham bahawa ader perbezaan antara institusi Kerajaan dengan institusi Politik) .... itulah yang dapat gua terjemahkan dalam blog nih...

Gua.... sebagai "bekas" operatif dalam Agensi ingin sekali berkongsi pandangan dan input yang gua ader demi untuk satu perubahan kearah Malaysia Moden.... Jadi lu orang kena paham.... walaupun ader kalanyer aper yang gua tulis aderlah semacam menibai kumpulan atau orang-orang tertentu..... ianya dibuat semata-mata mahukan satu perubahan kearah yang lebih baik..

Gua aderlah ahli PAS seumur hidup... namun... gua tak wala' kepada mana-mana pemimpin.... tidak kisah sama ader ianya Perdana Menteri Malaysia mahupun Presiden PAS atau sesiapa sajer... Gua akan ikut arahan sepertimana yang ditetapkan... selagi mana ianya tidak bercanggah dengan undang-undang, kepentingan negara dan kestabilan sosiopolitik....

Hahaha... okehlah... cukup lah gua merapu dan bertelenovela nih.... hahaha... back to the topic lar.... hahaha....

Voter Sentiment Ratio yang gua keluarkan bermula pada 25 April 2013 sehingga 4 Mei 2013 seperti yang lu orang sedia maklum aderlah hasil dari risikan di lapangan oleh operatif agensi... Risikan ini agak telus kerana ianya tidak dimanipulatekan oleh pihak-pihak tertentu demi untuk memperlihatkan kekuatan sokongan rakyat (pengundi) kepada mereka.

Jumlah Kerusi Yang Dimenangi
Laporan asal setebal 14 mukasurat yang dikeluarkan setiap hari memperincikan sentimen pengundi bagi semua kawasan Parlimen berdasarkan input daripada operatif... Laporan ini kemudiannyer gua ringkaskan menjadi satu graf yang "cap ayam" dan gua pamerkan kat blog gua... Dan graf inilah yang menjadi lelucon bagi pihak Pakatan Rakyat (PR) terutamanya daripada Parti PAS...

Ratio sentimen pengundi (sila semak persamaannya)
Gua paham.... graf yang dibuat dengan menggunakan Microsoft Excel nih memang nampak kureng menyakinkan... tapi itulah dier... takkan la gua nak publishkan laporan penuh siap dengan logo agensi... nanti tak pasai-pasai kantoi.... hahaha...

Setiap kali gua tuliskan mengenai Voter Sentiment Ratio (VSR) nih... gua akan bagi pandangan peribadi gua berdasarkan aper yang gua tau... dan ianya aderlah satu bentuk nasihat kepada pihak yang terbabit... tapi biasa la... orang tak amik pot..... Hanya perkataan "Padan Muka" jer la yang mampu gua katakan.... hahaha

Aper pon... sebenarnya laporan Voter Sentiment Ratio (VSR) ini sentiasa berjalan setiap hari.... dan bos besar kat Agensi akan sampaikan laporan penuh yang diringkaskan (executive summary) kepada YDP Agong... sama ader ianya juga sampai kepada PM gua tak tau la plak.... hahaha... tapi yang gua tau... laporan yang samer akan ditallykan dengan laporan dari Jabatan "E" Bukit Aman.... Laporan MKN dan jugak laporan dari MIO.

So..... aper kerjadahnyer gua melalut nih..... hahaha....

Kalu lu orang nak tau...... ader orang tue kan... diorang akan tau sentiasa aper yang berlaku diseluruh negara... dan dier akan tau camana penerimaan rakyat terhadap polisi-polisi yang dibuat.... dan dengannya juga dier dapat menentukan tarikh terbaek untuk membubarkan Parlimen...... hahahaha

Ader paham ker?? Hahaha... kalu tarak paham... sila hentakkan kapla lu kat dinding tue.... hahahaha

05 May 2013

#PRU13 : Sejam Yang Terakhir...

Bhai.... seperti yang gua dah tegaskan sebelum nih...kalu PR nak menang dalam PRU13 kali nih.... takder pilihan lain melainkan peratusan keluar mengundi mesti lebih dari 93%..... Kalu kurang daripada tue... manipulasi tahap dewa oleh SPR dengan "magic"nyer akan mudah berjalan...

Tak kisah la lu orang nak guna istilah Pengundi Hantu ker.... aper ker... tapi "magic" tue memang sudah diplankan hampir 5 tahun sudah..... sebaik sahaja selesai keputusan PRU12 pada 2008...

Skrang nih masa tinggal lagi sejam.... dan dalam sejam terakhir nih... kalu ader pengundi berdaftar yang malas nak pi.... jangan riso... akan ader orang yang akan mengundi atas nama lu orang.... hahaha..... jangan riso.... Dan kertas undi nih akan dipangkah pada kotak BN.... hahaha

Terpulang pada lu orang... gua dah bagitau banyak kali... dan gua takmo nak berkempen sebab waktu berkempen sudah tamat 12 tengah malam tadi... dan gua bukan macam macai BN ....macam TV3 dan blogger macai BN yang berlambak tue... diorang langsung tak reti nak hormat waktu berkempen yang dah tamat...

So... ader masa sejam lagi nih... pergilah mengundi.... dan tunaikan hak lu orang.... bersama kiter membuat sejarah.... dan bersama kiter menjadi sebahagian daripada sejarah Malaysia Moden..... Hahaha..

Pergilah Mengundi....
Keluarlah Mengundi...
Jangan Lupa Mengundi...

Tinggal sejam jer lagie....
Vote Now !!!.

04 May 2013

Keluarlah Mengundi

Bhai.... Pakatan Rakyat perlukan undi lu orang... Barisan Nasional juga perlukan undi lu orang... dan gua seperti biasa... memang menggalakkan lu orang sumer keluarlah mengundi... Jangan lupa undi lu orang aderlah penting... penting untuk menentukan hala tuju negara ini... Jadi.. aderlah lebih baik dan lebih utama lu orang keluarlah mengundi...

Tapi... ingat... Sebelum lu orang nak mengundi tue... sila perhatikan perkara ini... Barisan Nasional telah memerintah selama 56 tahun... dah diorang tengah berharap untuk dapat mandat untuk lima tahun lagi... sepenggal..... Selama 56 tahun yang dah berlalu nih... terlalu banyak perompakan... perembatan... salahguna kuasa yang dilakukan oleh BN..... sampaikan ramai orang yang terlibat dengan BN tidak tahu membezakan antara institusi Kerajaan dengan institusi Politik Kepartian..

Alhamdulillah.... Pakatan Rakyat walaupun baru dapat memerintah 10 bulan bagi negeri Perak Darul Ridzuan, sepenggal bagi Pulau Pinang dan Kedah....  kita telah nampak beberapa perubahan dalam ketelusan pemerintahan... Memang ader yang masih janggal dan kekok... tapi takper... Pakatan Rakyat boleh berubah dan memperbaikinya... Malah rakyat dengan mudah boleh menegur Pakatan Rakyat pada bila-bila masa...

Adakah lu orang mau Kerajaan yang memerintah secara autokratik dan besar kapla .... atau lu orang magu Kerajaan yang memerintah secara telus dan mudah untuk ditegur serta mendengar pandangan rakyat....

Pilihan ditangan lu orang... dan gua harap lu orang boleh menggunakan akal lu orang dengan sebaiknyer.... Jangan pilih kerajaan yang membenarkan dan menggalakkan pasukan keselamatan bersekongkol dengan media lucah dan porno... Jangan pilih kerajaan yang memperkudakan dan membaruakan agensi kerajaan demi kepentingan parti politik diorang...

Gua dan kengkawan di "agensi" memang cukup menentang ke'korup'an agensi kerajaan yang diperkudakan oleh politik kepartian Barisan Nasional

Jangan Undi Barisan Nasional..... Undilah Pakatan Rakyat....
Lu orang mampu membuat perubahan....

Ini Kali Lah...


01 May 2013

GE13 Voter Sentiment Ratio (30th April) - Report

Bhai.... Rupanyer sentimen pengundi sudah bertukar... maybe disebabkan beberapa isu yang seperti ader ahli PR yang keluar parti dan join BN... dan mungkin juga timbunan wang ringgit serta imbuhan lain telah mula masuk ketangan para pengundi.. Jadi jangan terkujat biler tengok Voter Sentimen Ratio (VSR) hari nih berubah mendadak .. okeh..

Gua dengar disana sini... duit sudah turun macam hujan.... dari duit yang kaler merah sampailah kepada yang warna purple..... hehehe.... banyak tue..... kalu stakat stok rokok... gua ader tanyer member yang kerja dengan Cigarette Importer and Distributor yang jual produk DUNHILL tue... diorang cakap sales kali nih melambung giler... banyak orang tapau rokok berkarton karton.... pergh.... bagoosh...

Piliharaya memang nak bagi bisnes berkembang.... hahaha...

Aper pon.. seperti biasa... kalu nak semak Voter Sentimen Ratio (VSR) semalam.... boleh semak VSR kat sini aaaa.... hahaha ...

(c) 2013 - Agency

29 April 2013

GE13 Voter Sentiment Ratio (29th April) - Report

Bhai.... gua sebenarnya cuak skit dengan sentimen rakyat yang dapat dilihat pada graf Voter Sentiment Ratio (VSR) nih... bukan aper gua cuak... memangla gua tau yang ini berdasarkan sentimen rakya... cuma takut ini aderlah sentimen buat-buatan.... Yer la... ramai nampak orang datang ceramah Pakatan Rakyat (PR)... nampak macam sokongan tue kuat jer ... tapi berapa sebenarnya yang akan dapat dihasilkan diatas kertas undi nanti...

Walaupun Barisan Nasional (BN) nampak goyah sana sini.... ceramah pon ciput jer orang datang...pastu ader yang macam kena sabotaj... tapi lu jangan lupa.... BN ader macam-macam lagi magik yang boleh dibuat... pada gua... undi kepada BN nih solid kali nih... para penyokong BN konfirm akan solid mengundi BN....  masalahnyer... yang PR nih... penyokong diorang pon belum tentu akan mengundi PR.... tue la pasai...

Aper pon... Voter Sentimen Ratio (VSR) nih jangan dipandang sebelah mata.. dan jangan juga menyebabkan ader orang sudah rasa hebat dan boleh goyang kaki.... anything boleh berubah biler-biler masa.... Untuk semakan laporan VSR semalam ... boleh semak di SINI ...

(c) 2013 Agency

28 April 2013

GE13 Voter Sentiment Ratio (28th April) - Report

Bhai... buat pertama kalinyer gua tengok sentimen pengundi bagi PR menjadi lebih kuat daripada BN... Seperti biasa.... gua sebolehnya takmo nak bagi komen bias kat belah mana-mana... Kedua-dua gabungan parti politik ader kekuatan dan kelemahan mereka...

Aper pon unjuran yang ader dalam Voter Sentimen Ratio (VSR) nih... ianya tidak melambangkan aper yang akan terhasil pada 5 Mei 2013 nih... Keputusan pada hari pengundian memang susah nak jangka... melainkan kalu SPR buat kerja celaka dah setkan siapa yang patut menang dan banyak mana akan menang....  Seperti biasa lar... macam kata TukarTiub lar... kalu la pilihanraya itu telus dan adil.... sudah lama ianya diharamkan.... hahahah

Okeh la.... cakap banyak takmo.... Sila semak Voter Sentiment Ratio (VSR) semalam untuk buat perbandingan...

(c) 2013 Agency

25 April 2013

GE13 Voter Sentiment Ratio (25th April) - Report

Bhai... nih dier Voter Sentiment Ratio (VSR) untuk hari ini... lu pikir-pikir sendiri la... kalu PR nak menang dalam PRU13 nih... diorang kena kuatkan usaha... kena kurangkan bagi statement cam longkang... kena kawal skit ...

BN plak kalu nak menang... tak boleh harapkan ajer pada kelemahan dan kekurangan serta mulut longkang PR... dier kena buat sesuatu... itu jer...

Oh yer... kalu nak tengok yang semalam punya.. boleh semak kat SINI

(c) 2013 Agency
Dan yang ini plak aderlah laporan dari UMCEDEL

Persepsi Dan Realiti

Bhai....  Waktu mengundi tinggal lebih kurang 10 hari jer lagi...  tak lama dah.... pejam celik pejam celik masa dah sampai.... masa berkempen pon dah tamat... finitto.... masa tue semua orang berdoa agar pengundi pilih diorang... parti diorang... tapi persepsi dan realiti lah sebenarnya yang menentukan segalanya...

BN kata dier aderlah parti terbaek... dah terbukti 56 tahun .... pembangunan ...errr.... biar betul ????
PR kata dier aderlah parti terbaek.... telus???... adil???  mesra rakyat??? errr.... biar betul..???

Takper... gua percaya para pengundi memang sudah matang dna tahu mana satu pilihan terbaek untuk diorang... untuk menjadi wakil kepada rakyat... dan bukannya wakil rakyat...

  • PR kata BN penuh dengan korupsi.... dari satu segi memanglah betul... tapi aderkah PR pula bersih dari korupsi?
  • PR kata BN penuh dengan kronisma.... dari satu segi memanglah betul... tapi aderkah PR pula bersih dari kronisma?
  • PR kata BN penuh dengan nepotisma.... dari satu segi memanglah betul... tapi aderkah PR pula bersih dari nepotisma?
  • BN kata PR tidak berpakat dengan baik.... dari satu segi memanglah betul... tapi aderkah BN pula berpakat dengan baik?
  • BN kata PR mempergunakan isu perkauman.... dari satu segi memanglah betul... tapi aderkah BN pula tidak mempergunakan isu perkauman?
  • BN kata PR mempergunakan isu agama.... dari satu segi memanglah betul... tapi aderkah BN pula tidak mempergunakan isu agama?

Pada gua ... kedua-dua kumpulan parti politik nih samer jer mengarutnyer.... cumanya kiter (sebagai pengundi) perlulah memilih mana satu yang agak kureng risiko ngarutnyer.... seperti ikut usul fiqh... pilih mudharat yang lebih kecil berbanding mudharat yang lebih besar...

Aper pon.... Penyokong Totok PR akan tetap mengundi PR walau aper pon keadaannya... begitulah jugak Penyokong Totok BN tetap akan mengundi BN walau aper pon keadaannya.... sekarang nih kalu nak diikutkan kedua-dua pihak samer kekuatan (ties) iaitu sekitar 30% setiap satu kumpulan ... dan semua mata tengah nak tengok kemana 40% pengundi atas pagar nih nak swing...

Kalu Pimpinan Atasan PR buat kerja bangang dan mulut longkang.... mau bungkus PR kali nih.....
Kalu Pimpinan Atasan BN buat kerja bangang dan mulut longkang.... mau bungkus BN kali nih.....

Semuanya ditentukan oleh pengundi atas pagar.... pengundi muda.... first time voter....  nasib la korang.... patut lu orang sumer jaga mulut jangan keluar statement longkang...

Satu contoh yang gua tak tau nak bekap camana .. memang betul perkara nih...  Dalam BN cuma Mahathir Mohamed sajer yang anak dier bertanding dalam keadaan dier masih jadi leader.... (P/S : Mesti orang PR marah kat gua pasai publish benda nih)

24 April 2013

GE13 Voter Sentiment Ratio (24th April) Report

Bhai... seperti yang dijanjikan semalam ... nih gua publishkan laporan VSR (Voter Sentiment Ratio) harian untuk 24 April 2013 ..... Ader banyak peningkatan pada hari ini dipihak Pakatan Rakyat.... rasanyer disebabkan iklan bodoh BN yang menampakkan kebangangan tahap dewa .. dan jugak insiden letupan bom (mercun) yang berlaku di Pulau Pinang.....

Okeh... gua takmo nak elaborate lebih... lu orang cek sendiri la aper penyebab peningkatan sentimen pengundi terhadap Pakatan Rakyat berbanding semalam punya laporan... oh yer... VSR nih adalah hasil laporan dari 8 pagi sampai 8 malam sahaja........

(c) 2013 Agency

23 April 2013

GE13 Voter Sentiment Ratio (Daily) - Agency Analysis

Bhai.... mulai malam nih sampai pada tarikh pengundian 5 Mei 2013 ... InsyaAllah gua akan publishkan satu laporan ringkas Voter Sentiment Ration (VSR) setiap malam... harap tidak memberikan masalah kepada gua dan semua anggota yang terlibat... VSR ini aderlah untuk kerusi Parlimen sahaja.... sekadar buat rujukan untuk lu orang.... (VSR ini insyaAllah telus dan tidak bias kepada mana-mana aliran politik) ......

Lu orang berhak untuk terima mahupon menolak VSR nih... no problemo.... okeh...

(c) 2013 Agency


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1