Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Mereng. Show all posts
Showing posts with label Mereng. Show all posts

22 December 2022

Sudah Sampai Masanya ...

Bhai/DeeDee semua...

Gua berpandangan... sudah sampai masanya Abdul Hadi Awang dihantar untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan atau Tampoi...  Sebab kalu kita tak semak tahap kesihatan mentalnya... ditakuti macam-macam benda ngarut lagi yang akan dikeluarkan oleh Abdul Hadi Awang....

Bab Dewan Ulama PAS nih.... depa mana ader tulang belakang... benda ngarut pun depa dok angkat jugak selama nih... bukan sekali dua... tapi banyak kali...

Kita tau la perlu hormat guru... tapi kalu guru pun dah makin wayar... wajarlah diambil tindakan... jangan dok main setuju ja... kena semak balik... Dewan Ulama pon dah dok kejar politik ja... bukan patutnya lebihkan kepada Agama... perlu dahulukan Agama atas segala sesuatu.... bukan terbalik kot macam la nih...

Adoilah...

Jahanam aaa...

PDRM dah patut boleh kutip Abdul Hadi Awang atas statement hasutan yang makin kerap dier buat... Islam terancam la... Komunis la... Kapir Harbi la....  patut kutip dan simpan sekejap supaya mental Abdul Hadi Awang jadi waras balik.... itu pon kalu boleh waras la... sebelum makin kronik lagi kesan hasutan yang Abdul Hadi Awang nih buat...

PDRM sila ikut nasihat Majlis Raja-Raja Melayu...


Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menganggap seseorang berdosa besar jika tidak mengundi kerana pergi ke Mekah mendapat sokongan daripada dewan ulama parti itu hari ini.

Menurut sayap utama PAS berkenaan, kenyataan Abdul Hadi itu adalah tepat dan perlu dilihat seperti seorang guru yang mendidik anak muridnya.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Ahmad Yahya juga berkata mereka berpandangan kenyataan dibuat Abdul Hadi itu membuktikan betapa beruntungnya rakyat di negara ini hidup dalam masyarakat yang dipimpin oleh "para alim ulama yang mursyid."

Kata Ahmad kenyataan Abdul Hadi semalam bukanlah bertujuan untuk menyangkal keutamaan ibadah umrah, sebaliknya mengutamakan ummah secara menyeluruh.

Tan Sri Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) menulis menyampaikan teguran ibarat seorang guru yang mendidik anak muridnya.

"Pedih untuk diterima tetapi begitulah hakikatnya. Tiada siapa boleh mengubah prinsip keutamaan yang digariskan oleh syarak," katanya.

Semalam Abdul Hadi membuat kenyataan dengan menganggap seseorang yang ke Tanah Suci dengan meninggalkan pilihan raya sebagai berdosa besar.

Ahli parlimen Marang itu juga mengaitkan hujahnya dengan suasana perang dan menggambarkan bahawa Islam di negara ini sedang diancam oleh pihak tertentu.

Seperti selalu dia turut mengaitkan kenyataan politiknya dengan DAP dan suasana pilihan raya yang didakwanya membabitkan penyertaan besar-besaran orang bukan Islam berbanding orang Islam.

"Kira-kira 98 peratus orang bukan Islam dari seluruh negara dan pelusuk dunia yang jauh dikerah untuk mara mengundi bagi mendapatkan kuasa dalam tanah air kita ini dengan menyokong DAP dan kumpulannya yang menjadi wadah perjuangannya, walaupun mereka mengeluarkan belanja sendiri.

"Malangnya, orang Islam yang keluar mengundi hanya sekitar 60 peratus," kata Abdul Hadi.

21 December 2022

Makin Pening Abdul Hadi Awang

Bhai/DeeDee semua...

Tak pernah takder dalil dan fatwa .... kalu ianya boleh menguntungkan PAS dalam berpolitik... mesti ader punya... Ini ... kali nih... keluar pulak dalil "berdosa besar" kepada orang yang pergi tunaikan umrah dan haji sebab tak mengundi...

Hahaha.... adoilah...

Dulu tak pernah jumpa dalil macam nih .... tak dengar pun... kalu ader pon sekadar fiqh jer... adoilah.. 

Apa nak jadi la ngan Abdul Hadi Awang nih... relaks aaa.. dulu kan kata Malaikat pun mengundi PAS... so apa salahnya Malaikat pulak kali nih memenangkan PAS dalam Pilihanraya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 2023 nanti....

Huhuhu



Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini memberi pesanan khusus kepada bakal jemaah haji dan umrah dengan mengingatkan mereka terhadap kewajipan mengundi dalam pilihan raya.

Ia dibuat tidak sampai lima minggu selepas PRU ke-15, dan menjelang pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN) di beberapa negeri yang tidak dibubarkan baru-baru ini.

Memulakan catatannya dengan memetik ayat al-Quran mengenai amaran seksaan terhadap orang Islam yang enggan "berjuang" serta kemungkinan mereka akan digantikan dengan kaum yang lain, Abdul Hadi berkata Rasulullah SAW mendahulukan asas memelihara agama dengan menjadikan ia satu kewajipan.

"Apabila Islam dalam keadaan bahaya, maka hukum jihad yang asalnya fardu kifayah bertukar menjadi fardu ain dan hendaklah diutamakan.

"Sehinggakan, para huffaz (penghafaz al-Quran) dalam kalangan para sahabat ramai yang gugur syahid apabila berlaku peristiwa riddah (murtad) yang mengepung Islam ketika wafatnya Rasulullah SAW," katanya hari ini.


Pandangan Abdul Hadi Awang berkaitan ‘dosa’ jemaah haji dan umrah yang tidak mengundi perlu diperhalusi, kata bekas setiausaha Majlis Syura PAS Khairuddin Aman Razali.

Khairuddin berkata tindakan presiden PAS mengqiyaskan perkara itu dengan tindakan lari daripada medan perang adalah “istinbat (mengeluarkan) hukum yang tersasar dan sangat tidak halus”. 

“Apakah ia bermaksud mereka yang tidak mengundi dalam PRU yang lalu adalah berdosa besar.

“Dan lebih jauh lagi mengundi parti lain sehingga terbentuk kerajaan baru sekarang di peringkat persekutuan bermaksud kuasa Islam telah jatuh? 

19 April 2020

Habis Semua Dia Borong

Bhai/DeeDee semua...

Orang kata... waktu kerja tue... jangan hisap ganja... jangan hisap gam basikal.... jangan minum ketum .... nanti lalok... nanti high... nanti otak jadi mereng... nanti otak jadi tak center ...

Tapi itu lah... nasihat orang tua-tua tak reti nak ikut.... jenis tak makan nasihat.... tu yang nampak kelihatan sewel dan mereng... maybe la tengah syok lalok.... Hahaha... Hari-hari lalok tu nampaknya...

Hahaha .... lebong lah Adham Baba ooi... selagi boleh lebong... Hahahaha


07 September 2013

Kalau Ketuanya Sewel

Bhai/DeeDee sekalian...

Aper la nak diharapkan dengan Malaysia nih... Iyerlah... Kalau ketuanya sewel... Maka sohihnya satu negara akan sewel...  Aiyo...

Tapi kan... Yang mengundi dan menyokong ketua sewel nih cuma 47% jer... Selebihnya tidak menyokong ketua yang sewel... Hanya ahli-ahli yang sewel jer yang akan memilih ketua yang sewel...

Nasib baik la gua tak tergolong dengan kumpulan yang memilih ketua sewel nih... Hahaha... Nasib baik lar...

Sebab yang menilai dan memperakui ketua yang sewel nih aderlah ahli parti dan penyokong puak yang sewel... Hahaha...  Hanya jauhari yang mengenal maknikam... Hahaha.. Hanya yang sewel boleh mengenal si sewel...

Betul lar ader kata-kata Melayu... Yang sewel pastinya akan memilih yang sewel juga sebagai ketua... Hahaha

Aper nak jadi la... Malaysia pasti digelakkan diperingkat dunia bila semua orang tahu bahawa Najib Razak diklasifikasikan sewel oleh penyokong dier sendiri...

Hahaha... Ader paham ka???


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1