Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Haji. Show all posts
Showing posts with label Haji. Show all posts

06 April 2023

Tunai Haji Dengan Berhutang?

Bhai/DeeDee semua...

Ini kerja gila... Betullah tunaikan Haji ke Baitullah itu wajib.. salah satu dari Rukun Islam... tapi ianya hanya jatuh wajib bila berkemampuan... Kalu sampai tunai haji dengan berhutang... itu dah tak cukup syarat berkemampuan dah...

Adoilah...

Lepas tu ader pulak puak-puak berlabel agama yang ajar dan endorse buat benda nih... mengarut sungguh... untuk apa... untuk kepentingan puak-puak tertentu... yang buat pakej haji melampau gila harganya...

Adoilah...

Syaitan tue boleh berupa macam orang baik ... orang alim..... jangan terpedaya la...

Jahanam....


Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menawarkan penyelesaian kewangan untuk bakal jemaah haji yang ingin mengambil pakej haji

melalui 22 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) lantikan Lembaga Tabung Haji (TH) yang juga ahli Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra).

Penyelesaian kewangan itu disediakan menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara Bank Islam dan Bumitra bertujuan melaksanakan kerjasama dan sesi perkongsian ilmu bagi mendidik pelanggan Bumitra mengenai penyelesaian kewangan yang disediakan oleh Bank Islam, terutamanya untuk haji dan umrah.

Kerjasama itu juga merangkumi usaha untuk membantu penyebaran maklumat mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, penyediaan pakej pembiayaan peribadi ini memberi peluang kepada bakal haji berkemampuan dan berupaya untuk membayar balik pembiayaan secara berstruktur mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Menurutnya, memandangkan kos pakej haji kian meningkat disebabkan faktor luar kawalan, pembiayaan peribadi yang ditawarkan ini adalah tepat pada masanya untuk membolehkan lebih ramai lagi umat Islam yang berkemampuan menunaikan rukun Islam kelima.

11 January 2023

Bila Ibadah jadi Komersial...

Bhai/DeeDee semua...

Makin hari makin ketara sangat Ibadah Haji dan Umrah dah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan... Makin dah nampak bisnes bila ibadah jadi komersial. Adoilah.. Pak Arab dengan macam-macam cara dier nak buat duit...

Semua jadi bahan buat duit... Penginapan, kemudahan, pengangkutan dan macam-macam lagi... Makin dah jauh dah dari apa yang Nabi dakwahkan dulu.

Tiada lagi had bilangan jemaah haji.

#HajidanUmrah #VisaHaji #PaspotHaji #VisaUmrah #Mutawwif #PakejHaji #PakejUmrah #BadalHaji
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

 

21 December 2022

Makin Pening Abdul Hadi Awang

Bhai/DeeDee semua...

Tak pernah takder dalil dan fatwa .... kalu ianya boleh menguntungkan PAS dalam berpolitik... mesti ader punya... Ini ... kali nih... keluar pulak dalil "berdosa besar" kepada orang yang pergi tunaikan umrah dan haji sebab tak mengundi...

Hahaha.... adoilah...

Dulu tak pernah jumpa dalil macam nih .... tak dengar pun... kalu ader pon sekadar fiqh jer... adoilah.. 

Apa nak jadi la ngan Abdul Hadi Awang nih... relaks aaa.. dulu kan kata Malaikat pun mengundi PAS... so apa salahnya Malaikat pulak kali nih memenangkan PAS dalam Pilihanraya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 2023 nanti....

Huhuhu



Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini memberi pesanan khusus kepada bakal jemaah haji dan umrah dengan mengingatkan mereka terhadap kewajipan mengundi dalam pilihan raya.

Ia dibuat tidak sampai lima minggu selepas PRU ke-15, dan menjelang pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN) di beberapa negeri yang tidak dibubarkan baru-baru ini.

Memulakan catatannya dengan memetik ayat al-Quran mengenai amaran seksaan terhadap orang Islam yang enggan "berjuang" serta kemungkinan mereka akan digantikan dengan kaum yang lain, Abdul Hadi berkata Rasulullah SAW mendahulukan asas memelihara agama dengan menjadikan ia satu kewajipan.

"Apabila Islam dalam keadaan bahaya, maka hukum jihad yang asalnya fardu kifayah bertukar menjadi fardu ain dan hendaklah diutamakan.

"Sehinggakan, para huffaz (penghafaz al-Quran) dalam kalangan para sahabat ramai yang gugur syahid apabila berlaku peristiwa riddah (murtad) yang mengepung Islam ketika wafatnya Rasulullah SAW," katanya hari ini.


Pandangan Abdul Hadi Awang berkaitan ‘dosa’ jemaah haji dan umrah yang tidak mengundi perlu diperhalusi, kata bekas setiausaha Majlis Syura PAS Khairuddin Aman Razali.

Khairuddin berkata tindakan presiden PAS mengqiyaskan perkara itu dengan tindakan lari daripada medan perang adalah “istinbat (mengeluarkan) hukum yang tersasar dan sangat tidak halus”. 

“Apakah ia bermaksud mereka yang tidak mengundi dalam PRU yang lalu adalah berdosa besar.

“Dan lebih jauh lagi mengundi parti lain sehingga terbentuk kerajaan baru sekarang di peringkat persekutuan bermaksud kuasa Islam telah jatuh? 

12 November 2022

Diperdaya Sekali Tak Apa, Jangan Dua Kali ...

Bhai/DeeDee semua...

Bak kata orang dulu-dulu... diperdaya sekali tak apa, jangan dua kali... 

Kalau kena dua kali diperdaya... itu maknanya sangat-sangat bodoh wal bebal... Hahaha... Bangang nak mampos... Hahaha.... Itu hari semasa berkempen... katanya nak bawak orang Melayu pi Mekah buat Umrah.... sampai ke PRU15 ... langsung tak dengar cerita yang ader orang Melayu pi Mekah atas sponsor dia...

Hahaha...

Kali ini... hampir separut pengundi adalah dari kalangan orang muda... adakah Jeck Seng nih boleh kekal relevan di Tanjung Piai?? Ingat pengundi muda nih senang nak digula-gulakan ker?? Hahahaha

Saluran 1 dan Saluran 2 memang dah tak boleh nak diselamatkan.... hahaha... tak kira la apa sahaja talian hayat yang nak digunakan... memang dah tak boleh nak diselamatkan... hahaha

#PRU15 #GE15 #TanjungPiai #BN #Penipu #Undi18



08 October 2022

Betapa Double Standardnya Lobai

Bhai/DeeDee semua...

Betapa Double Standardnya Lobai... huhuhu

Time ke Turkiye… selamba je Lobai singgah makan minum kat restoren disana. Bedal selamba jer. Tak bising pulak pasai halal haram syubhah kembang tekak bagai.

Salt Bae punya kedai pon Lobai singgah makan minum…. Woi Lobai… Kedai Salt Bae tu selamba jer jual arak walaupun dier Muslim… Takdak pulak Lobai nak kepohci.

Lobai… Lobai…




11 July 2022

Bila Urusan Haji Dikomersialkan, Dimana Silapnya?

Bhai/DeeDee semua..

Tanah suci Mekah hanya boleh menampung sekitar 3 hingga 4 juta orang jemaah sahaja setiap kali musim Haji. Jika berlebihan maka perkhidmatan, kebersihan dan penginapan serta urusan Haji jadi terjejas. Kesesakan dan segala macam perkara yang kita memang hendak elakkan.

Katakanlah dari 1.2 Bilion umat Islam yang ada sekarang nih... 0.01% sahaja kita benarkan untuk menunaikan ibadah Haji.... jumlahnya adalah seramai 12 juta orang...

12 Juta orang memang tak dapat ditampung dengan kemudahan sedia ada di Tanah Haram. Sesak... Jadi terpaksalah membuat kuota kurang daripada itu.

Masalahnya... ada jamaah yang tamak hendak pergi ke menunaikan Haji setiap tahun... setiap kali pun dia jugak hendak pergi. Kalu semuanya dilayan dan dibenarkan... ianya akan menyebabkan orang lain yang baru nak pertama kali pergi akan tak dapat slot visa haji ... 

Jadi timbullah idea untuk mengenakan caj tinggi bagi yang nak pergi Haji kali kedua dan ketiga serta keempat nih... atas alasan asalnya konon nak mengekang orang perg Haji banyak kali... 

Tapi..

Tapi biler yang nak pergi Haji banyak kali nih sanggup membayar harga yang mahal gila... maka aderlah orang akan gelap mata... bila urusan Haji dikomersialkan. Disinilah punca silapnya... Jahanam...

Pada mereka tak salah kalu nak caj harga tak masuk akal... sebab kalu ko takder duit ko takkan amik pakej macam ini..... Jadi ianya adalah konsep penawaran dan pembekalan....jadi tak salah...

Lepas itu bila kuota disekat... maka ader la yang kantoi... jahanam la jadinya...

Huhuhu...



22 June 2022

Kartel Hotel Tabung Haji (TH)

Bhai/DeeDee semua...

Benda bukan baru... Benda dah lama... dulu gua ingatkan sebab Kerajaan Arab Saudi yang adakan sekatan sampai pelabur asing tak boleh membeli dan memiliki aset di Mekah dan Madinah... Mesti kena sewa jer dari pemilik orang Arab...

Tapi rupanya bukan...

Semuanya sebab ader kartel hotel yang membuat duit atas urusan penginapan jemaah Haji dan Umrah... Hahaha... Hanya perlu jadi orang tengah ja....  makan komisyen atas angin.... Hotel memang sudah ader .... kartel book semua room... pastue pajakkan room pada TH dan agen-agen travel agensi.... Pajak pulak tue paling kurang 5 tahun...

Hahaha... masyuk....



13 January 2022

Takkan Orang Agama Main Konspirasi Gak?

Bhai/DeeDee semua...

Takkan la orang agama bermain dengan konspirasi gak? Agak-agak la... Takkan la kot..  Takkan la orang agama nih tatau hukum hakam... tatau dosa pahala... tatau syurga neraka???

Takkan la kot...

Tapikan...

La nih bukan boleh kira orang agama ka orang tak dak agama ka... sama spesen jer... sama sebijik sebuntat... Hahaha... semua sapu... semua sekongkol.. semua taram... apa kira pun...

Nanti dah tua... pi la buat Umrah dan Haji.... lepas tue bersih la macam bayi baru dilahirkan... Hahaha... senang kan... Hahaha



06 September 2021

Mana Ada Kakitangan Bukan Melayu Di Pejabat Tanah

Bhai/DeeDee semua...

Di Semenanjung Malaysia nih.... mana ada kakitangan bukan Melayu di Pejabat Tanah ... Mana ader kakitangan bukan Islam bertugas di Pejabat Tanah.... Biasanya dari Kepala Ketua sampailah yang level paling macai pun mesti Melayu...

Dah Melayu... mestilah Islam kan.... Hahaha .... dan antara pejabat yang paling kerap anjurkan program bubur lambuk time Ramadhan... program berbuka puasa di bulan Ramadhan... malah setiap Khamis atau Jumaat mesti ader program baca Yaasin....

Hahahaha....

Tapi Rasuah, Tumbuk Rusuk dan sebagainya langsung tabley tinggal... Hahaha...

Bila nak pencen.... ader yang dapat offer pi buat Umrah dan Haji.... lepas pencen... staff paling cikai pon akan ader lot tanah sampai berpuluh ekar.... tanah kebun... tanah pertanian.... tanah rumah.... tanah industri.... Malah ader yang sampai beratus ekar.... hahahaha

Kalu kereta tue.... hahaha.... mana ader yang pakai cikai-cikai.... Hahaha.... apa susah... beli kereta bayar muka jer.... bulanan ader orang boleh cover..... hahaha

Ini realiti... ini fakta....

Kalu tidak macam mana boleh tanah Hutan Simpan Kekal (Raub) dan sebagainya boleh kena rembat ratusan ekar diteroka..... Hahaha



20 August 2013

Mengambil Keuntungan Dari Kenaifan Orang Ramai

Bhai/DeeDee sekalian...

Aper yang gua nak citerkan nih berkemungkinan besar akan menyebabkan ader puak yang akan marah... ader puak yang akan menyuruh gua pi mengaji balik... ader puak yang akan mengatakan gua sesat dan sebagainyer... Hahaha... tapi takper... gua tetap gak nak membangkitkan isu nih... lagipon gua bukan ostad ker mender.... gua dulu blajar kat skolah Missionary jer.... St Micheal Institution jer... perkara yang gua nak storykan nih aderlah berkaitan dengan mengambil keuntungan dari kenaifan orang ramai....

Okeh.... lu orang sumer tau kan tentang rukun Islam.... err... ader 5 perkara.... rukun bermaksud perkara wajib yang perlu dilakukan oleh seseorang yang mengaku dirinya seorang yang Islam....

Rukun Islam yang pertama aderlah mengucap dua kalimah syahadah...... okeh.... tentang rukun nih.... aderkah dibolehkan orang lain mengucapkan dua kalimah syahadah bagi pihak lu???.... hahahaha.... tentu tabley kan... sebab hukumnya jelas... untuk menjadi seorang Muslim.... orang itu sendiri perlu mengucapkan dua kalimah syahadah... dan semestinya orang itu jelas dan faham maksud dan implikasi serta hakikat syahadah itu sendiri.

Rukun Islam yang kedua pula aderlah mendirikan solat..... solat itu aderlah tiang agama.... jadi... boleh tak orang lain tolong mendirikan solat buat lu..... hahahaha.... tentu tabley kan.... sebab kalu orang lain solat... pahalanya akan dapat kepada orang yang mengerjakan solat tue.... . hukumnya jelas...  sebagai seorang Muslim .... orang itu sendiri perlu menunaikan solatnya sendiri... sebagai memenuhi syarat rukunnya... supaya dia tahu dan faham hakikat dan maksud solat...

Rukun Islam yang ketiga pula aderlah menunaikan puasa di bulan Ramadhan....  puasa itu aderlah hak Allah... dan Allah Taala akan membalas dan mengira setiap puasa yang dikerjakan kerana Allah Taala.... jadi puasa itu perlu dilakukan oleh setiap insan yang mengaku dirinya Muslim... Tiada dolak dalihnya.... tiada alasan..... dan hukumnya aderlah jelas.....  tabley nak mintak orang lain berpuasa bagi pihak dirinya.....  walau aper pon alasannya....

Rukun Islam yang keempat.... aderlah mengeluarkan zakat..... yang ini gua nak bagitau...zakat dan fitrah tue aderlah dua perkara yang berbeza.... zakat perlu dilangsaikan dan ditunaikan oleh seseorang muslim itu sendiri.... dan ianya tidak boleh dibuat oleh orang lain bagi pihaknya.... sebab zakat aderlah penyucian harta setiap insan yang Muslim.....  walhal... fitrah pula aderlah sesuatu yang ditunaikan oleh ketua keluarga (atau juga anak-anak yang menjaga kedua ibubapanya yang tidak berkemampuan serta uzur) sebagai pelengkap kepada puasa di bulan Ramadhan....  fitrah itu bukanlah zakat.... tapi di Malaysia nih... orang ramai anggap ianya aderlah sama..... hahaha ....

Rukun Islam yang kelima.... menunaikan haji ker Baitullah..... hukumnya jelas wajib kepada semua orang Islam yang mengaku beriman....  iaitu mereka sendiri yang kena buat.....  sebab ibadah nih akan dinilai atas kerjabuat yang dilakukan oleh orang itu sendiri..... yang mampu keatas 3 perkara ini.... yang pertama... mampu dari segi kewangan..... yang kedua... mampu dari segi kesihatan.... dan yang ketiga... mampu dari segi masa...  ...... tapi.... bagi perkara yang ketiga tue.... dalam keadaan sekarang nih.... dan sampai bila-bila... tak logik kalu seseorang Islam itu tidak punyai masa untuk menunaikan haji ke Baitullah.... takder alasan masa tak ada... sebab alasan nih paling tak relevan (samer macam alasan macam cilaka yang kata "tak sampai seru lagi" ... kepala hotak berjambul lar bagi alasan tak sampai seru) ....

Jadi kalu alasan masa tidak ader untuk menunaikan rukun Islam ke lima iaitu ibadah haji sudah tak relevan.... makanyer cuma tinggal alasan kewangan dan kesihatan jer la..... so.... dua nih jer la yang masih relevam..... kan.. kan ... kan...

So.... macam mana plak boleh ader idea sesetengah orang yang mengambil keuntungan atas kenaifan orang ramai sampaikan ader yang buat bisnes atas dasar agama mengambil upah menunaikan Haji.... walhal semua ibadah dinilai keatas para pembuat ibadah... macam mana plak boleh suruh orang lain melakukan ibadah bagi pihaknya...

Kalu dah boleh upah orang lain buatkan ibadah untuk dirinya.... aper masalah plak kalu "mereka-mereka nih yang berduit banyak" boleh aaa mengupah orang lain melaksanakan ibadah dan rukun-rukun Islam yang lain bagi pihaknya....

Macam contoh nih aaaa.. RM1 juta kepada Ostad Ayam supaya melakukan syahadah buat Mokhtar BauKaki... RM1 bilion lagi kepada Ostad Ayam supaya membuat solat fardhu dan sunat buat Mokhtar BauKaki.... RM1 bilion lagi kepada Ostad Ayam supaya melakukan puasa fardu dalam bulan Ramadhan buat Mokhtar BauKaki .... Bab zakat.... Mokhtar BauKaki boleh buat sendiri... sebab tak susah mana... boleh panggil media buat sidang media.... hahaha... boleh glamer....  dan RM10 juta lagi kepada Ostad Jean's supaya membuat haji dan umrah buat Mokhtar BauKaki

Hahaha.... semua sebab Mokhtar BauKaki memang kaya... banyak duit... so dier boleh la bayar semuanya.... sebab kalu Haji yang rukun pon boleh diupah disewa.... aper ader hal plak rukun yang lain tabley diupah disewa.... Hahaha.... duniakan sekarang nih komersial.... nanti kalu haji dan umrah boleh dapat sijil (selepas bayar upah).... makanyer nanti untuk syahadah.... solat... puasa..... dan zakat ... boleh la dapat sijil selepas bayar upah....

Nanti senang nak tunjukkan kat Malaikat Raqib dan Atid sijil tue.... hahaha.... boleh la dimasukkan dalam senarai catitan buku amalan,...... Hahahaha....

Inilah bahananyer biler ader yang mengambil keuntungan dari kenaifan orang ramai.....  Sungguh... mudah betul la kalu jadi kaya cam Mokhtar BauKaki... boleh la bayar semua tue...  semua boleh disewa diupah.... hahahaha ..... Ostad Ayam dan Ostad Jean's boleh la daftarkan perniagaan agama nih ngan SSM.... hahaha....

Semuanya sebab mengambil mudah atas tafsiran dan pemahaman hadith  yang dibawah nih...

1. Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Rasulullah s.a.w.: ''Ya!'' (Riwayat Bukhari dan Muslim).

2. Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakaannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Baginda: ''Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan." (Riwayat Bukhari).

3. Imam Ahmad dan Nasai telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair katanya: "Telah datang seorang lelaki dari Khas`am kepada Nabi s.a.w. dan berkata: "Bapa saya telah memeluk Islam, sedangkan usianya sudah lanjut dan tidak berupaya menaiki kenderaan sedangkan haji wajib ke atasnya, adakah boleh saya menunaikan haji untuknya?'' Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Apakah kamu anaknya yang paling tua?'' Jawabnya: ''Ya!'' Rasulullah s.a.w. bersabda: ''Tunaikanlah haji untuknya.'' (Riwayat Ahmad dan Nasai).

Walhal mereka terlupa bahawa.... Rasulullah s.a.w juga ader berkata....

Sesiapa yang memiliki bekalan dan kemudahan pengangkutan yang menyampaikannya ke Baitullah tetapi ia tidak berhaji, maka tiada halangan baginya untuk mati sebagai Yahudi atau Nasrani.(Riwayat Tirmizi dan Baihaqi).

Maksudnya kewajipan menunaikan haji itu tetap terletak atas bahu setiap Muslim itu sendiri.... dan kalu anaknya mahu menunaikan haji bagi pihak ayah atau ibunya yang uzur atau sudah meninggal dunia... maka kewajipan itu jatuh pula keatas dirinya atas sebab doa anak yang soleh itu memang sampai kepada kedua ibubapanya........ dan tiada pulak diberitahu bahawa anaknya boleh mewakilkan kepada orang lain untuk melaksanakan urusan ibadah itu....

Setelah matinya anak Adam.... tiga perkara sajer yang tinggal bersamanya.... amal ibadahnya... sedekah jariahnya... dan doa dari anaknya yang soleh....  jadi.... takder plak gua dengar ader tambahan iaitu doa dari orang yang diupahkan berdoa kepada arwah anak Adam tue.......

Hahaha.... memang lawak dan karut la bisnes jual agama nih.... hahaha.... berapa sekilo aaa.... hahaha.... mudah sangat nak amik untung dari kenaifan orang ramai..... Ostad dan Mufti pon samer karut... hahaha.... Kalu tidak takder la ujud Hari Hol (puja kubur dewa dan kerabat dewa macam Chap Goh Mei) di negeri-negeri yang kononnyer kuat agama Islamnyer.... Hahahaha.....  karut.... karut.....

Hahaha..... errr... ini tak sesat ker wei.... dok sibuk citer Arqam sesat lar... Syiah sesat lar... sendiri buat bisnes agama tak sesat.... sendiri buat spesial hari puja kubur tak sesat la plak.... hahahahaha .... Sunni Wal Rasuah betul lar.... hahahaha ...

01 August 2013

Selamat Tinggal Semua

Bhai/DeeDee sekalian...

Inilah penamatnyer.... selamat tinggal semua dari Salamfone kepada semua pengguna dan pelanggannya....  talian hayat telah habis digunakan... moga akan bangkit dimasa depan satu lagi solusi terbaek untuk umat Islam...


SALAMFONE Sdn Bhd (Salamfone), perkhidmatan mudah alih berasaskan syariah pertama di dunia yang memulakan perkhidmatan pada April 2011 mengumumkan syarikat itu telah menghentikan perkhidmatan secara rasmi, semalam, beberapa hari selepas melaporkan gangguan taliannya.

Dalam satu kenyataan melalui laman web dan laman Facebook, Salamfone memaklumkan syarikat itu gagal mengaktifkan kembali perkhidmatan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan selepas gangguan terhadap talian Salamfone dilaporkan mula berlaku pada 27 Ogos lalu.

"Kami ingin memohon maaf kerana telah mengecewakan semua rakan-rakan kami yang selama ini telah menaruh sepenuh kepercayaan dengan perkhidmatan yang kami sediakan," menurut kenyataan di laman web Salamfone.

Usaha untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung punca penamatan perkhidmatan itu tidak berjaya dan wakil syarikat itu hanya memaklumkan akan mengadakan sidang media bagi memperjelaskan isu itu dalam masa terdekat.

Syarikat itu turut menasihati penggunanya supaya berhijrah ke perkhidmatan lain dengan segera.

Salamfone yang menerima pensijilan syariah pada Disember 2010 adalah anak syarikat Reach Telecom, iaitu sebuah syarikat teknologi berpusat di Kuwait yang menyediakan penyelesaian mudah alih.

Salamfone diperkenalkan sebagai perkhidmatan mudah alih pertama berasaskan syariah dari segi operasi, proses dan prosedur syarikat, produk dan servis yang ditawarkan, dari segi kontrak hingga ke transaksi jualan dan dalam segala aktiviti dikendalikan oleh pengurusan syarikat itu.

Selain perkhidmatan biasa seperti panggilan suara dan internet, Salamfone turut membuat aktiviti seperti infak, di mana 1 sen daripada setiap panggilan melebihi 60 saat untuk rangkaian Salamfone akan dimasukkan ke dalam tabung infak yang kemudian didermakan kepada orang memerlukan.

Salamfone sebelum ini turut menyediakan khidmat rujukan agama Talian Hidayah secara percuma serta menghantar beberapa penggunanya untuk mengerjakan umrah dan haji sebagai hadiah istimewa.

03 July 2013

Tabong Hadjee

Bhai/DeeDee .... skrang itu nama suda tukar la.... ayoyo amma appa.... suda jadi Tabong Hadjee ...

Kicik jangan mara aaa...  ini macham kalu..... skali suda tukar...

Hadjee Abdul Azeez Abdul Raheem
Tapi biler gua tengok gambar-gambar ahli lembaga pengarah Tabong Hadjee yang lain nih.....  ader dua kapla penyamun tarbus dalam tue... jadi tak terkejut la kenaper tak dilantik orang yang bersih untuk jadi CEO Tabong Hadjee....

Tambah lagi Hadjee Abdul Azeez Abdul Raheem nih memang terkenal dengan baek punya "wa ampu sana, wa ampu sini" ..... hahahaha .... sampai siap ciium tangan ibunya Hadjah Rosmah Mansor... hahaha... ader bau kari ka??? Ayyo amma ayyo appa...

Hadjee Abdul Azeez sedang mencium tangan ibunya Hadjah Rosmah Mansor

Lubuk Wang Mudah

Bhai/DeeDee ...... Gua sebenarnya belum nak mula lagi memberikan komen berkaitan isu Tabung Haji nih.... sebab gua sebenarnya dah labelkan Tabung Haji sebagai karut lagi mengarutkan.... Hahahaha..... Kenaper gua labelkan camtue ... Hahaha... Kalu lu orang rajin baca blog gua... mesti lu orang boleh tau kenaper... Hahahaha..

Okeh.... punya la ramai orang yang bersih (sahsiah dan diri)..... dalam Malaysia nih...... tapi Tabung Haji boleh plak menaikkan "kaki maksiat" sebagai CEO Tabung Haji... Aper nak jadi la ngan Tabung Haji... Aper nak jadi la ngan lembaga pengarah semua tue.... Sudah jauh "kesesatan" diorang nih.... Hahahaha

Lepas nih.... ader chan la CEO Tabung Haji pi buat Haji secara FREE ditaja oleh Tabung Haji... bukan setakat dier pergi seorang pon ditaja Tabung Haji... tapi seluruh anak pinak pon boleh dapat tajaan percuma.... Hahahaha....  diorang pakai duit mana nak taja nih.... hahaha... dengan kuota haji yang terhad ..... hahaha.... melainkan dier akan ditaja dengan duit kuntungan yang dikaut oleh Tabung Haji atas pemusingan modal bagi keseluruhan wang yang dikumpul dalam tabungan..

Tabung Haji yang semakin hari semakin sudah jauh dari matlamat asal penubuhannya... sudah semakin teruk gua nampak.... Aper nak jadi lar....  agaknyer Tabung Haji sudah jadi lubuk wang mudah kot.... pasai tue la langau dok berkerumun nak hinggap..... hahahaha

Oh yer.... Nampak sangat la kat Malaysia nih dah takder orang yang bersih (sahsiah dan diri) dalam ertikata sebenar... sampaikan kaki maksiat pon boleh dilantik menjadi CEO satu organisasi yang membawa imej Islam.... ini serupa macam biler letak kaki fitnah sebagai presiden parti Islam..... hahahaha.... samer jer teruknyer.... nak buat camana....

Aper pon.... gua nak tanya... tahun lepas dewata raya pergi haji dengan seluruh pari-pari, dagang sentri dan sebagainya tue pakai duit hadiah dari Tabung Haji ker..... pakai kuota mana.... kuota muasasah ker atau kuota pakej...... sampai kering dan kosong kayangan..... hahahaha

P/S : Ini baru sikit jer gua jentik.... hahaha

17 June 2013

Disebalik Isu Kuota Haji

Bhai... kali nih... gua nak citer tentang disebalik isu kuota haji....  gua faham kenapa ader kuota Haji... gua tak salahkan isu nih.... tapi.... gua cukup pelik... sebab benda nih dah bertahun-tahun berlaku..... kuota haji untuk muasasah selalu tak cukup... siap dipotong lagi kuotanyer... tapi kalu nak pegi guna pakej.... bayar lebih... bila-bila pon ader kuota... walaupon last minit dalam kurang seminggu pon boleh dapat kuota lagi.......

Macam ader main jer.... Benda nih gua nampak sendiri... benda nih gua alami sendiri... gua daftar untuk ke Mekah... dapat untuk tahun 2032 ... Wahlauwei.... ini kalu ikut muasasah lar..... tapi pegawai urusan haji tue cakap... kalu ader duit banyak... baik amik pakej.... nak ke Mekah tunaikan Haji tahun ini pon boleh.... kuota banyak lagi.... Takder hal...

Lagi satu... kalu lu orang nak tau.... ader satu lagi kuota yang banyak untuk naik haji nih.... kuota VVIP... biasa boleh dapat melalui kabel dengan menteri, ahli parlimen atau adun..... tapi semua tue belah BN la... hahaha.... contoh yang terbaek... tiap-tiap tahun Menteri Agama akan dapat kuota haji untuk dier, ahli keluarga dier dan sahabat handai... total ader la dalam puluh-puluh kuota....  Hahahaha...

Itu belum masuk Dewa dan Dewi lagi kalu nak ke Mekah... bukan stakat kuota untuk diri Dewa dan Dewi... tapi... siap kalu boleh sampai kosong "kayangan"... sampaikan pari-pari, balachi, sentri dan tukang masak pon boleh dapat kuota haji .... dan ini terbukti pada tahun sudah.... Hahahaha... yang best lagi... bukan stakat kuota.... tapi kos urusan pon ditanggung dicangkung.... sepenuhnya.... hahahaha

Jadi... aper yang tinggal untuk kuota yang pegi menggunakan muasasah... ader la sekitar 60% jer daripada keseluruhan kuota sebenarnya.... hahahaha ... patut-patutnyer lar... untuk muasasah nih dapat kuota 95% .... tapi.... hehehe... jangan mimpi lar.....

Oh yer... lupa nak citer.... selama nih pon...... hahaha..... Menteri Agama sekeluarga pon jugak kos urusan hajinya ditanggung dicangkung sepenuhnya... hahahaha..... dari mana amik duit tue... hahahaha... dari Tabung Haji lar wei.... mana lagie.....

Aper citer nih.... hahahaha.... ader paham ka??



Kuota haji kurang 20%, Tabung Haji kaji senarai jemaah

Lembaga Tabung Haji (LTH) akan merombak semula senarai jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji tahun ini berikutan arahan terbaru daripada kerajaan Arab Saudi untuk mengurangkan kuota jemaah sebanyak 20 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, arahan itu diterima secara rasmi daripada Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad Al Rashid tiga hari lalu, lapor Berita Harian.

Dalam laporan itu, Jamil berkata pengurangan jemaah bagi menunaikan ibadah itu tahun ini perlu dipatuhi kerana ia membabitkan kerja menaik taraf dan pembesaran kawasan tawaf di sekeliling Kaabah di Masjidil Haram, Mekah.

Kuota jemaah haji Malaysia adalah kira-kira 28,000 atau satu peratus daripada jumlah penduduk iaitu seramai 28 juta dan pengurangan sebanyak 20 peratus itu membabitkan seramai 5,600 orang jemaah.

Laporan itu juga menyebut, difahamkan rata-rata jemaah haji di negara ini sudah menerima surat tawaran menunaikan haji dan ada juga yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Saya sangat berharap keadaan ini dapat diterima dengan baik dan difahami semua jemaah haji Malaysia. Arahan ini bukan dikeluarkan sesuka hati, sebaliknya ia bersangkut paut dengan kerja menambah baik keselesaan jemaah di seluruh dunia.

"Ia bukan hanya membabitkan jemaah haji Malaysia tetapi jemaah dari seluruh dunia. Tidak ada pengecualian atau pilih kasih dalam hal ini," katanya seperti dilapor dalam akhbar itu.

Sementara itu, akhbar itu turut memetik Menteri Haji Arab Saudi Bandar Hajjar sebagai berkata arahan itu dibuat bukan untuk menghalang kedatangan jemaah haji ke Makkah.

Sebaliknya, ia perlu dilakukan bagi menjamin keselesaan jemaah sepanjang tempoh menunaikan rukun Islam kelima itu.

11 December 2012

Lanchow La

Bhai... sori aaa... tajuk artikel gua nih ader semacam lucah skit... hahaha... ini semua pasai dalam hati sudah ader taman marah .. sebab tue la keluar ayat camtue.... hahaha

Si mangkuk ayun Jamil Khir Baharom yang sampai hari nih pengecut tabrani nak terima cabaran berdebat dengan Chua Soi Lek tue pasai isu hudud... tetiba memandai plak bagi arahan suruh beri laluan kepada mereka yang belum tunai haji....

Aper lanchow la mamat nih cakap... ader guna otak ker... tue yang tiap kali musim haji si Jamil Khir nih pi ke Mekah tunaikan haji dengan kaum kerabat dan kroni dier tue... aper cer... tak ker itu dah menggunakan kuota haji untuk orang lain ..... itu belum masuk lagi perbelanjaan dier pi... yang disponsor oleh Tabung Haji.... ini namanyer haji haramjadah....

Pulak tue... musim haji yang baru jer abis nih.... ader sekor bangsat bertaraf DEWATA RAYA yang pergi tunaikan haji dengan segala sentri, nanny, balachi dan sebagainya.... punya la ramai kontinjen dier.... sampai kering takder makhluk kat KAYANGAN .... ini guna kuota maner.... biler dier pi daftar giliran pi haji....  dan si bangsat tua bertaraf DEWATA RAYA tue pegi guna duit sendiri ker... duit poket atau rembat dana Tabung Haji gak....

Lu orang bayangkan la.... kalu dah rombongan tue sampai dua bas kapasitinya.... berapa banyak kuota haji yang sepatutnya dapat kat yang layak telah hilang semata-mata nak layan si bangsat DEWATA RAYA tue... Sori... gua memang marah bab nih... sebab gua ader maklumat in-out tentangnya...



01 December 2012

Kuota Untuk UMNO

Bhai... Lu tau kan yang ader perwakilan UMNO bising pasai isu kuota Haji... Dier kata Kerajaan Malaysia patut dapat peruntukkan satu set kuota Haji kepada ahli UMNO... Atas alasan untuk memperkuatkan UMNO ngan Islam.... Hahaha

Gua rasa aaaa.... Patut diorang mintak skali kuota tanah kubur khas untuk ahli UMNO... Ala.... Kuota tanah perkuburan nih lagi bagoosh untuk ahli UMNO...

Hahaha.... Itu baru betul punya permintaan... Terbaek... Itupon kalo perwakilan UMNO ader brani la... Hahaha...

Macam kata Ronasina la... kalo dah mintak kuota haji... Takkan takmo nak mintak kuota syurga kot... Hahahaha...

08 November 2012

Genap Seminggu

Bhai dan DeeDee sekalian..... untuk pengetahuan lu orang sumer... dah genap seminggu Agong balik dari Mekah... pergi menunaikan Haji... dengan segerombolan kakitangan istana....  rasanyer .... dah clear dah Jet-Lag dan penat melakukan urusan Haji ..... seminggu bhai... seminggu... sejak dari 31 Oktober lagie

So.... sudah genap seminggu.... tapi... kami rakyat marhaen tak dengar aper komen sepatah pon daripada Agong berkaitan isu Chua Soi Lek menghina dan memperlekehkan Islam....  takkan Agong masih tak diberikan maklumat kot... takder saper ker nak bagi briefing kat Agong.... takkan la kot....

Sebagai ketua Agama Islam di Malaysia.... kami rakyat marhaen nak gak tengok Ketua Agama Islam nih kasi sound pedas skit barang sedas dua kepada Chua Soi Lek... paling cikai pon panggil la Chua Soi Lek tue pi Istana... dan sound skit kat dier...

Takkan nak tunggu sampai kesudah kot.... takkan nak senyap jer sampai biler-biler... kata Ketua Agama Islam ... takkan la tabrani nak spund sama Chua Soi Lek ..... (wei.. ini bukan statement menghina aaa.... baca dan paham betul-betul... ini citer pasai status Ketua Agama Islam nih... kalu ketua tabrani nak tegur... aper guna jadi ketua)...

Nih mesti Penasihat Agama Istana Negara pon takmo nak kasi briefing kat Agong..... err... lu tau ker saper Penasihat Agama Istana Negara.... gua peduli aper dan siapa dier Penasihat Agama Istana Negara nih... saper suku sakat dier... kalu dok diam membisu... baik jadi syaitan bisu lar....  buat penat jer belajar agama tinggi... hafal kitab bertimbun.... tapi... takut hilang habuan dunia.... tarak guna la wei...

Jadiknyer.... gua rasa gua akan tunggu sampai minggu kedua... ataupun sampai 30 November 2012 nih.... kalu takder gak komen sepatah marahkan/murka terhadap Chua Soi Lek... gua akan anggap... buang jer la title Ketua Agama Islam tue.... buat malu jer...

P/S: Oh yer... katanyer Pemuda PAS itu hari nak antar memorandum kepada Agong berkaitan benda nih.. dan nak mintak Agong sound skit kat Chua Soi Lek....  itu cakap Pemuda PAS masa Agong masih lagi kat Mekah la... nih dah genap seminggu... takder dengar aper citer pon... takkan draf memorandum tak siap lagi kot... biar betul.....

27 November 2009

Qurbani

Salam Qurbani buat semua yang rajin singgah dan baca blog nih....

Layan....

17 November 2009

Perancangan Tahap Mega

Lu orang tau dak... kalau nak jatuhkan sesapa pon... kena buat satu perancangan tahap mega... biasanyer perancangan nieh bukan amik masa satu dua hari.... tapi lebih dari tue..

Dulu gua biasa didedahkan dengan beberapa senario perancangan tahap mega (berstatus antarabangsa) yang melibatkan pimpinan sesebuah negara... Jadi bagi pihak yang berseteru dengan mana-mana pimpinan sesebuah negara tue... dier akan buat beberapa perancangan ... ada perancangan kecil... perancangan biasa ... perancangan terhad ... perancangan sokongan ... dan ada perancangan besar (mega) ...

Perancangan kecil biasanyer melibatkan paling kurang satu atau dua agen (mole) atau unit.... ianya kecil sahaja dan hasil dari tindakan perancangan tersebut biasanya untuk isu yang kecil. Ianya hampir sama dengan perancangan terhad walaupun perancangan terhad ini cuma releven untuk satu isu setempat namun hasilnya akan menjadi penunjuk jalan kepada perancangan biasa.

Perancangan biasa pula biasanya dianggotai oleh sekurang-kurangnya 10 anggote (agen @ mole) dan melibatkan dua atau tiga isu secara serentak. Ianya adalah hasil daripada gerakan perancangan kecil yang dimaksimakan impaknya untuk kesan yang lebih tepat. Perancangan biasa ini juga biasanya dilengkapi sama dengan perancangan sokongan (backup) untuk memastikan semua agenda dapat dilaksanakan....

Perancangan besar (mega) pula biasanyer melibatkan anggota yang ramai (paling kurang 20 orang) dan dilengkapi dengan unit risikan, unit pemantauan, unit susupan, unit tindakbalas dan unit maklumat. Informasi disalurkan secara tetap dan lengkap siap dengan analisa dan tinjauan. Inisiatif ini biasanyer digerakkan seawal yang mungkin dan biasanyer mengambil masa 1 hingga 3 tahun barulah menampakkan hasil...

Oleh itu... lu orang ingat aaa.. nak menjatuhkan seseorang pemimpin tue amik masa satu dua hari jer ker.... Wei.. semua tue amik masa lama la...

So.. bagi kes TGNA nih... agenda nak menjatuhkan dier (dengan macam-macam cara) dah digerakkan seawal tahun 1990 lagie... lama tue bhai.... bukan sedikit anggota yang terlibat... bukan sedikit agensi yang terlibat... bukan sikit duit yang dah langsai dikerjakan untuk memastikan perancangan tahap mega nih dapat dilaksanakan.... hehehe...

Cuma sekarang nie... penamat dier.... mampukah agaknyer diorang setelkan perancangan tahap mega nih... rasanyer dah macam-macam perancangan yang dibuat... satu pun belum kena lagi... umpan dah banyak kali bagi... tapi ikan tak kena lagie... hehehe...

Ntah ler... tapi gua rasa la... kali ini mungkin diorang berjaya kot.... cuma checkmate dier yang belum nampak lagie... hehehe... tapi .. ader kemungkinan checkmate dier reverse ... kena balik kat kumpulan orang yang plan kan perancangan tahap mega nih... hahaha...

Kita lihat jer la... terra tak geng-geng nie buat perancangan ... siap dengan bantuan SPRM dan PDRM lagie... hehehehehe ... agensi SPRM dan PDRM ini semua kuli batak geng-geng nie jer.. hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1