Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label PAU. Show all posts
Showing posts with label PAU. Show all posts

09 June 2023

UMNO Pulak Bagaimana? Tak Nak Minta Maaf Ke?

Bhai/DeeDee semua...

UMNO bertegas nak mintak DAP mohon maaf kepada depa sebab DAP kutuk UMNO macam-macam dulu....

Tapi... bab yang UMNO kutuk DAP kata DAP tue rasis dan komunis... tak pulak UMNO nak minta maaf...  Hahaha...

Bab orang salah laju ja depa tak puas hati... tapi bab depa salah... depa buat senyap jer.... ajer gampang aaa....

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Lawak aaa UMNO nih


05 June 2023

Mungkinkah Kena Boo?

Bhai/DeeDee semua...

Pelik... memang pelik bilamana Ahmad Maslan tiba-tiba mengeluarkan kenyataan sebegini.... Apakah ada asas untuk dier keluarkan kenyataan begini?? Mungkinkan Anwar Ibrahim bakal kena boo? Mungkinkan akan ada suara-suara mengejek Anwar Ibrahim pada Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung tak lama lagi??

Boo dan ejek tue adalah perkara biasa.... tak terkejut pun... tambah lagi bukan semua ahli UMNO di peringkat bawahan nih yang terima Anwar Ibrahim... perwakilan pun ader yang sama... dan mereka tidak terima kerjasama dengan Anwar Ibrahim...

Apa pun ... kita tengoklah nanti apa yang akan berlaku di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) nanti... hehehe

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Bersedialah


14 January 2023

Stendet La Kena Boo

Bhai/DeeDee semua...

Stendet la kena boo ... Ini normal ... Hahaha... sebab biasa la dalam ramai-ramai tue mesti ader yang tak bersetuju... hahaha... setakat kena boo kira okey lagi lar.... PKR dulu siap baling kerusi lagi ader la... Hahahaha...

Nasib baik la kat PAU2022 takder yang baling kerusi... Hahaha...

Kalu tidak boleh jadi perang besar... Hahahaha... apa pun ini semua normal dalam proses demokrasi... bukan semua orang boleh bersetuju atas semua benda... Hahaha


Perwakilan Negeri Sembilan hari ini mengemukakan usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti yang akan diadakan tidak lama lagi.

Mohd Shukei Samsudin dari Rembau mengemukakan usul tambahan berkenaan ketika berucap bagi membahaskan ucapan dasar presiden petang tadi.

Bagaimanapun cadangan berkenaan mendapat reaksi berbeza perwakilan yang hadir.

Ketika ada segelintir perwakilan dikatakan kurang senang dengan usul berkenaan, sebahagian besar perwakilan yang lain pula bangun menyokong usul terbabit.

Usul yang dibawa perwakilan Mohd Shukei itu disokong perwakilan Wanita Umno, Suziyana Mahayuddin di sebaik ada sorakan daripada kumpulan yang tidak bersetuju.

12 December 2022

Ini Macam La Anak Jantan

Bhai/DeeDee semua...

Sebenarnya gua suka juga bila Khairy Jamaluddin mencabar kedudukan Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi sebagai Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) yang akan diadakan pada Januari 2023 nanti...

Sebab baru la kita boleh tengok berapa kekuatan akar umbi yang ada pada Ahmad Zahid Hamidi selama nih... Baru la kita dapat lihat adalah Ahmad Zahid Hamidi masih layak lead UMNO ... Barulah ada keabsahan yang nyata...

Kalu UMNO mengekalkan kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden tidak perlu ditandingi... itu nampak sangat bahawa walaupun Presiden dan Timbalan Presiden tak competent ... masih juga kekal di jawatan ini dengan isu teknikal jer... tak nampak kekuatan disitu...

Best gak tengok perlawanan nih... lagi best dari FIFA 2022 Qatar... Hahaha ... KharyKJ bukan calang-calang contestant..

Ini macam la baru anak jantan.... Hahaha...



Selamatkan Selagi Boleh

Bhai/DeeDee semua...

Jawatan Presiden UMNO sekarang nih memang berada seperti telur di hujung tanduk... Anytime boleh jatuh dan pecah...  bila-bila boleh ditolak...

Risiko cukup besar... banyak akar umbi menyalahkan Presiden UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) atas kekalahan teruk UMNO dan Barisan Nasional pada kempen Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15) yang baru sahaja berakhir...

Tidak dapat tidak... dengan kekalahan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU15 memang menggugat kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO... Huhuhu ... Apa pun yang berlaku ... semangat kesepaduan dalam UMNO perlulah dipertahankan demi pengukuhan UMNO itu sendiri...

Walaupun begitu ... Memang kedudukan Presiden UMNO terdedah untuk dikritik dan dijatuhkan bila mana sesuatu keputusan pilihanraya tidak memihak kepada UMNO... Itu standard... tak terkejut pun... cumanya bila terjadi macam ini... boleh pulak ada saranann untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dalam persidangan UMNO yang akan diadakan tak berapa lama lagi...

Hahaha... takut ker jawatan Presiden hilang?? Hahaha... Takkan la kot... Takkan la lemah sangat sampai susah nak dapat undi majoriti... Hahaha

Sebenarnya memang ramai akar umbi UMNO yang tak suka kerjasama Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan.... memang ramai... tapi mereka tidak dapat meluahkan apa yang mereka rasa.... Sebab banyak pimpinan menyokong kerjasama ini ... kerana pimpinan ini yang sedang mendapat manfaat yang menguntungkan dalam tindakan ini... yer la.. depa dapat jawatan dalam Kabinet Anwar Ibrahim.... Kabinet Kerajaan Perpaduan... memang la untung.... 

Huhuhu...

Nampak gayanya kemungkinan besar Perhimpunan Agung UMNO (PAU2022) yang diganjakkan masa ke Januari 2023 akan menjadi satu perhimpunan protes dan boikot terhadap Presiden UMNO... Memang akan terdengar suara-suara yang akan mengkritik Presiden UMNO dengan jelasnya... Hahaha... kita tunggu dan lihat...



06 December 2022

Mampukah Ahmad Zahid Hamidi Kekal Bertahan?

Bhai/DeeDee semua...

Persoalan yang kini terbentang depan mata kita semua ialah... Mampukah Ahmad Zahid Hamidi kekal bertahan sebagai Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan tidak lama lagi...

Tekanan dari pihak berhaluan kiri dalam UMNO yang menyalahkan Presiden UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) atas kekalahan teruk UMNO pada PRU15. Suara-suara yang menekan agar Presiden UMNO itu meletakkan jawatan sebenarnya semakin hari semakin kuat. Malah mereka juga menjalankan kempen secara senyap di belakang tabir kepada akar umbi....

Kita dapat lihat tekanan dan desakan ini kian membarah dalam UMNO...

Ikut plan asal... Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 memang dijadualkan pada 21 hingga 24 Disember 2022.. yang pernah ditangguhkan beberapa kali kini ditangguhkan lagi ke 11 hingga 14 Januari depan, menurut Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menerusi perkongsian di laman Twitternya, Ahmad berkata penangguhan itu disebabkan tarikh asal PAU 2022 dalam tempoh cuti sekolah.

"Oleh kerana 21 hingga 24 Disember waktu cuti sekolah dan ramai perwakilan yang ingin bercuti hujung tahun ke merata tempat, maka Perhimpunan Agung UMNO adalah ditangguh. Notis PAU 2022 akan dihantar secara rasmi tidak lama lagi," katanya.

Sebelum ini, Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 24 November memutuskan PAU 2022 diadakan pada 21 hingga 24 Disember.



17 March 2022

Annuar Musa Tidak Dicalonkan PRU15

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya Annuar Musa seakan nak berlawan dengan kepimpinan UMNO pada Persidangan Agung UMNO 2021 sekarang ni.. Sebab dia siap bertelagah lagi dengan Tok Mat Hasan (Timbalan Presiden UMNO).

Kita tahu la Annuar Musa ni sebelah mana. Dan kita tahu apa yang selama ini Annuar Musa buat. Dan tunggu masa jer bila Annuar Musa ini akan ditolak dari senarai pencalonan PRU15 bagi Parlimen Ketereh.

Tunggu masa jer.

#AnnuarMusa #PRU15 #UMNO #PAU2021 #TokMatHassan #CipanTapirTenuk #SocialCritics

11 December 2021

Najib Razak Lucut Hak Bertanding PRU15?

Bhai/DeeDee semua...

Gua tak terkejut Najib Razak lucut hak bertanding PRU15... tambah lagi dengan Mahkamah Rayuan telah mengekalkan sabitan penjara 12 tahun dan denda RM210 juta tue... 

Cuma..

Sepengetahuan gua... Najib Razak juga tidak layak bertanding dalam Pemilihan UMNO pada sesi yang akan datang... iaitu pada Mac 2022... Itu kalu ikut takrifan perundangan dalam Perlembagaan UMNO sedia ada... tatau la magik mana lagi yang akan depa pakai nak bagi Najib Razak bertanding dalam Pemilihan UMNO untuk jawatan Presiden UMNO..

Dalam kes Ahmad Zahid Hamidi... dier masih boleh bertanding lagi sebab dia belum lagi disabitkan bersalah dalam kes pertuduhan rasuah yang dier tengah kena sekarang nih... Jadi Ahmad Zahid Hamidi masih boleh menggugat keabsahan Ismail Sabri sebagai Presiden UMNO ... dan Pengerusi Barisan Nasional (BN)...

Aper pon ... kita layan ja apa cerita yang akan depa twist lepas nih... hahaha



26 October 2021

Muktamar Yang Sudah Kehilangan Rohnya

Bhai/DeeDee semua...

Semenjak beberapa lama nih.. kita boleh lihat Muktamar PAS yang hambar... yang semacam sudah kehilangan rohnya... Muktamar PAS yang sekadar berbasa-basi sahaja.... tiada signifikan... tiada impak langsung kepada politik dan kenegaraan di Malaysia...

Aper yang dapat dilihat... Muktamar PAS kala ini hanya sekadar jadi tempat memuja memuji dan membodek pimpinan je... dan bagi pimpinan pulak... Muktamar jadi sekadar tempat untuk menunjukkan siapa yang ader lebih sokongan pembodek... dan jadi tempat untuk menunjukkan kereta siapa lebih besar dan lebih mewah...

Hujah-hujah dalam Muktamar pun banyaknya sekadar picisan dan lompong sahaja... yang berpusing pada retorik yang sama...

Sedih sebenarnya bila melihatkan Muktamar PAS yang lebih daif dan selekeh dari Perhimpunan Agung UMNO .... hahaha... jauh sekali boleh kita melihat Muktamar yang dapat membawa suara rakyat marhaen mustad'afin seperti dahulu.... takder dah .... mimpi la nak bawak suara-suara dan masalah rakyat..

Muktamar PAS yang kosong isinya....

Ini realiti... ini kenyataannya...



30 July 2021

RoS Boleh Batalkan Barisan Nasional Atas Tindakan Salahguna Logo dan Dokumen BN Oleh Ismail Sabri

Bhai/DeeDee semua...

Tindakan yang telah diambil oleh Ismail Sabri dalam nak bekap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yasin ini dilihat mencabar Keputusan Persidangan Agung UMNO (PAU 2021) dan juga adalah satu kesalahan besar yang boleh menyebabkan RoS batalkan Barisan Nasional (BN). Ini semua boleh berlaku akibat tindakan salahguna logo dan dokumen BN yang telah dibuat oleh Ismail Sabri.

Ada dua kesalahan besar yang telah dibuat oleh Ismail Sabri.... yang mana kedua-duanya boleh menyebabkan UMNO dan BN terbatal atau sekurang-kurangnya ianya digantung oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS)

Apa pun... Dilihat Ismail Sabri dan kumpulannya tidak menghormati kedudukan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN)

#KemelutOrdinanDarurat #KerajaanDerhaka #IsmailSabriDerhaka #RoS
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com 

10 April 2021

Melompat Puak-Puak Tu

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... bab audio bukan main melompat puak-puak tue... audio yang amik sembang dua orang... yang mana isi kandungan audio tu pon tak salah... setakat sembang-sembang jer... macam la korang tak pernah sembang sesama kengkawan lain parti...

Lawak siot... macam Zuraida cakap la... dier dulu 20 tahun dalam PKR... dier kenal suara tue... dier pasti... hahaha... tapi kalu dier dah 20 tahun dalam PKR... patut dier kenal la muka Azmin Ali dalam video semburit Sandakan tue... Hahaha...

Bab Abdul Hadi Awang... tak payah nak sembang la.... dier semua tahu... tapi kalu wartawan push sikit tanya lebih... sure ntah apa-apa dier akan jawab... lain tanya lain jawab... itu stail Abdul Hadi Awang... Hahahaha

Yang lain macam puak-puak pengkhianat dalam UMNO... biasa la carik peluang nak taji Ahmad Zahid Hamidi.... semua macam berpakat... KJ, Tun Faisal, Papagomo, Ismail Sabri, Annuar Musa, Hishamuddin Hussein.... ini semua puak celaka.... patut ahli UMNO akar umbi perhatikan jer la opportunis nih semua... Hahaha... kasik cantas...

Personally... pada gua.... audio tue tak la berat mana... setakat sembang-sembang ja... macam omputih cakap la... your enemy is also my enemy... so common ground... aper ader hal...

Hahaha



01 April 2021

Awalnya Annuar Musa Berkempen?

Bhai/DeeDee semua...

Maaf cakap la... Ahli Parti UMNO memang bodoh... itu memang kenyataan... Bayangkan punya la depa cuba angkat pengkhianat parti untuk kekal jadi pemimpin utama UMNO... pengkhianat yang pentingkan diri sendiri dan bukannya kepentingan parti...

Giler aaa... Annuar Musa sudah takder jati diri UMNO... lagi mau sembang kononnya dier bakal pembesar baru UMNO.... memang patut la dier nih disingkirkan awal...

Tapi aderkah ahli UMNO bersedia untuk betulkan kembali otak depa?? Gua rasa tak... UMNO dengan duit mana boleh berpisah... Sure Annuar Musa akan tabur wang banyak pada masa pemilihan nanti... Apa susah... Muhyiddin Yasin sure akan bantu Annuar Musa memang jawatan Presiden UMNO.... duit takder hal... small matter...

Yang penting darurat mesti sampai Ogos paling kurang.... supaya nak cekau duit jadi senang...

Muhyiddin Yasin aper dier kira... janji dier kekal pegang jawatan... dan seterusnya memperkukuhkan kedudukan politiknya.... Azmin Ali pun sama... sure akan bekap Annuar Musa....

Gua harap ahli UMNO boleh guna otak depa dan lihat apa benda yang berlaku...



31 March 2021

Dah Patut Bubar UMNO Semua Masuk BERSATU

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.. tengok lawak yang ditonjolkan masa Perhimpunan Agung UMNO memang lah nak gelak besar... Yer la... masa dalam dewan bukan main tempik sorak marahkan BERSATU... tapi in reality masih tabley berjauhan dengan BERSATU... hahaha

Semua sebab UMNO dah takder lubuk duit... dan semua lubuk duit ader kat BERSATU... sampai cakap Presiden UMNO pon depa tak layan... depa ikut cakap Presiden BERSATU .... hahaha ... sampai begitu lekehnya.... kebuloq...

UMNO mana boleh hidup tanpa duit... Hahahaha...  Sama la macam PAS.... masa tak berduit bukan main la semangatnya.... tapi biler kena ngan impak duit... semua jadi leka... Hahaha

Kita paham semua tue... biasa la... nak istiqamah dalam perjuangan macam mana kalu poket kosong... nak lifestyle pon tabley... nak huha-huha pon tabley... jadi terpaksa ikut ja mana yang ader duit... hahaha

Kalu macam gitue... tutup jer la UMNO tue... bubarkan.... dah patut bukar UMNO semua masuk BERSATU... sama gak ngan PAS.... bubar jer PAS dan semua masuk BERSATU.... hahahaha ... Buat apa ader banyak-banyak parti Melayu... hahaha.... 

Tak perlu ader Muafakat Nasional bagai.... buang masa jer... jadikan 1 parti ja.... baru la kuat.... hahaha

Hahahaha... ini semua pasai duit... itu yang serban pon boleh terbang... 



Kalau Ahli UMNO Tak Nampak Lagi Tak Tahu Lah

Bhai/DeeDee semua...

Benda simple jer ... kalau ahli UMNO tak nampak lagi memang tak tahu lah .... Betul.... Benda terang lagi jelas... 

Nasihat dari Presiden UMNO, pemimpin nih semua takmo nak ikut dan banyak dolak dalih.. tapi bila dapat nasihat dari Presiden BERSATU laju ja pemimpin nih semua ikut...

Patut ahli-ahli bawahan dalam UMNO nih kasik tekan la pemimpin UMNO yang celaka nih... yang lebih ikut nasihat Presiden BERSATU daripada nasihat Presiden UMNO .... mereka nih dah dikira belot... dah dikira melanggar dasar dan polisi parti..

Takkan kot ahli UMNO bodoh sangat sampat tak nampak macam mana khianatnya pemimpin mereka yang bersekongkol dengan BERSATU nih... takkan nak tunggu dah tertonggeng UMNO baru nak buat tindakan....

Buang jer la...

Lembaga Displin UMNO patut pecat ja mana-mana pemimpin UMNO yang takmo dengar nasihat Presiden UMNO tapi boleh pulak dengar nasihat Presiden BERSATU...

Takkan Lembaga Disiplin UMNO takder telur kot??? Sudah pondan ka?? Sudah jadi SAJAT ka Lembaga Disiplin UMNO???

Hahaha



30 March 2021

Bersilat Abdul Hadi Awang

Bhai/DeeDee semua...

Hehehe... bila membaca keratan media berkenaan dengan Abdul Hadi Awang mengulas berkenaan dengan Perhimpunan Agung UMNO memang menerbitkan rasa nak ketawa besar... Hahaha

Bilamana terpaksa bersilat Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya di fesbuk... Itu pon selepas 1 hari selesai Perhimpunan Agung UMNO (PAU).... hahaha .... terpaksa mencari ayat dan dalil untuk menjustifikasikan kenyataan dier...

"Ummah yang dimaksudkan ialah umat Islam dan juga kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem. Inilah agenda perpaduan kita.

"Maka jangan kita berkasar terhadap rakan kita. Sebaliknya kita mesti menjalinkan hubungan bersaudara dan berukhuwah sesama kita.

"Jangan pula kita menjadi sebab berlakunya perpecahan. Bersabar dan jadilah pendamai,"

Hahaha..... lawak siot... hahahaha
Tapi takper la.... kita layan jer la lawak nih.....

Bab bukan Islam yang tak ekstrem tue.... Abdul Hadi Awang citer tentang MCA dan MIC ker?? Hahaha... aik... takkan la kot... Bukan ker MCA dan MIC terang-terang halang RUU355 dan Hudud.... hahaha

Bab berkasar dengan rakan sesama grup nih... Abdul Hadi Awang memang terra... dulu lagi dier selalu buat... malah Abdul Hadi Awang jugaklah yang keluarkan amanat di Banggol Peradong dulu... kes Abdul Hadi Awang maki Anwar Ibrahim dan Saifuddin Nasution tue pon ader faktanya... malah ianya disahkan oleh ramai orang.... itu masa masih bersama dalam Pakatan Rakyat.....  sekarang sudah tak mau berkasar la pulak...

Hahaha.... lawak siot lar... maybe betul macam aper yang ramai orang kata... ader short mana-mana wayar nih... hahaha...



29 March 2021

Apa Selepas PAU?

Bhai/DeeDee semua...

2 hari perwakilan UMNO bersidang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang dibuat pada Mac 2021.. Dua hari yang nampak panas... Dah macam nak perang ....

Tapi...

Bukan setakat Anti Klimaks.... tapi hapah pun takder.... setakat cakap berdegar-degar.... tahi sangkut gelegar... Hahaha....

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang nampak macam garang.. macam berkuasa .... kelihatan tak lebih dari kucing kurap yang terasing dari kucing-kucing yang lain... walaupun kucing kurap ini masih ketua kumpulan... tapi kucing yang lain takmo nak sama dengan dier... sebab dier kucing kurap....

Hahahaha...

Presiden UMNO yang paling lemah, lemau dan tak berdaya dalam UMNO.... Presiden yang paling cikai.... Presiden yang orang lain takmo nak amik port kat dier... hahaha... Presiden yang paling lekeh dalam sejarah hampir 70 tahun UMNO... Buat malu betul la Ahmad Zahid Hamidi...

Hahahaha..

Nak buat keputusan segera pon tabrani... takder tolo.... boleh pulak bagi masa sampai bulan 8... bulan Ogos.... macam nak mintak Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional Muhyiddin Yasin bagi counter offer.... hahaha... nampak sangat la lemah Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi nih,,,

Kalo pimpinan pon tak respek Ahmad Zahid Hamidi.... bayangkan la yang ahli akar umbi dan bawahan pon tak respek Ahmad Zahid Hamidi.... Hahahaha... cikai betul lar...



27 March 2021

Hari Ini Perang

Bhai/DeeDee semua...

Hari ini Perang... perang dalam Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .... so... memang akan panas hari nih...

Kluster Menteri akan kena taji betul-betul... Para pengkhianat UMNO akan ditelanjangi hari nih... nasib la... tunggu masa la sorang-sorang kena londeh... Antara yang akan kena memang for sure Annuar Musa, Shahidan Kassim, Ismail Sabri dan Hishamuddin Hussein....  Khairy Jamaluddin maybe akan selamat..

Hahaha...

Kita nantikan episod selanjutnya.... sebab macam yang Tengku Razaleigh dah cakap.... dier dah kata yang UMNO patut blah jer dari Kerajaan Perikatan Nasional... tapi yer la... ramai takmo ikut cakap dier...

Yang pasti Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi memang nak putus dah ngan BERSATU dan Kerajaan Perikatan Nasional.... Hahaha ... Mohamad Hassan pon dah kata nasib la korang musuh dalam selimut



24 March 2021

Ismail Sabri Pun Play Safe

Bhai/DeeDee semua...

Kita tau... kalu PN runtuh ....kalu UMNO benar-benar singkirkan kerjasama dengan BERSATU... sudah pasti kedudukan Ismail Sabri dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan goyang... Kalu ikut kedudukan sekarang.... ianya agak lebih selesa berbanding dengan Azmin Ali... malah ianya lebih selesa berbanding Hishamuddin Hussein atau Annuar Musa...

Sebab itu Ismail Sabri agak senyap bab UMNO nak putuskan kerjasama dengan BERSATU...

Cuma .... macam semua orang nampak la.... Ismail Sabri nih cuba bermain di dua kolam... Sekadar nak selamatkan diri dier dan kedudukan dier ja... takpa la... kita paham... kalu kita di kedudukan dier pun kita akan amik kesempatan dan tindakan yang sama...

Hahaha... Tapi aderkah Ahmad Zahid Hamidi akan berlembut dengan Ismail Sabri..???

Beberapa hari lagi akan ader Persidangan Agung UMNO (PAU) .... dan kita tahu biasanya PAU nih akan jadi medan puja dan puji kepimpinan.... cuma maybe kali ini lain sikit... maybe kali ini PAU akan menongkah arah...

Maybe ader kejutan pada PAU kali nih... kita tengok je la...



27 January 2021

Apa Nak Hairan...

Bhai/DeeDee semua...

Apa nak hairan sebenarnya... takder aper yang perlu dihairankan... sebab memang 100% exco Pemuda UMNO memang kalu tak jutawan paling cikai pon tetap pengarah beberapa syarikat besar dan GLC..... ini dah lama dah... nak cantas sukar..

Paling teruk pon diorang nih semua ader syarikat kontraktor ataupun menjadi shareholder dalam mana-mana syarikat kontraktor... dan lagi cikai aderlah diorang nih ader pegang mana-mana AP import... kalu tidak macam mana mau naik tangga jawatan dalam UMNO... ingat naik tu tak perlu modal ka??? Hahaha... Mesti akan ader yang jadi tukang bayar punya...

Dan macam mana diorang boleh pusing ngan LHDN pun orang ramai tahu gak... Hahaha... sebab itu la baek punya cover... aper ader hal..

Hahaha...

Ini semua open secret lar... everyone know... semua orang tau... tak payah la nak cover-cover lagie...

Dan setiap kali ader Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ... berapa banyak duit akan berlegar... sponsor sana sini... bayar sana sini... taja sana sini... belanja sana sini...  dan tipulah kalu perwakilan kat PAU tak dapat sen sebagai tajaan untuk sokong dan undi....

Hahahahaha,,,



07 January 2021

Lengahkan Masa Untuk Beli Insuran

Bhai/DeeDee semua...

31 hb Januari 2021 .... ader 24 hari... Hahaha... ini semua satu mainan untuk lengahkan masa untuk beli insuran.... betul... Semua nih sekadar "teknik pengalihan pandangan" ...

Sekadar satu silap mata jer... Hahaha...

UMNO nak bagi peluang kepada BERSATU untuk tawarkan sesuatu yang lebih menarik... sesuatu yang menang-menang buat UMNO... sesuatu yang akan berikan UMNO lebih kuasa.... Hahaha... lebih kuasa untuk menentukan hala tuju Perikatan Nasional...

Mungkin lu orang tak perasan... mungkin ramai tak perasan.... tapi percaturan yang UMNO buat tue gua dah boleh baca... Ko ingat bodoh ka Zahid Hamidi nak delaykan masa.... dier ader plan besar... dan plan besar ini melibatkan ramai warlord dalam UMNO...

Kes Annuar Musa kena pecat pon itu sekadar "diversion" ja...

Hahaha.... Kalu plan UMNO nih menjadi... bawak masuk bincang dalam Persidangan Agung UMNO (PAU) .... dan diluluskan oleh perwakilan... Zahid Hamidi akan dapat mandat besar yang takder had... dan Zahid Hamidi akan dilihat paling layak dan memang layak jadi Presiden UMNO... dan Najib Razak takkan berpeluang untuk amik balik slot tue..

Yang penting... biler ugutan nih menjadi.... Muhyiddin Yasin dalam masa 24 hari nih akan ader banyak kali deal ngan Zahid Hamidi.... so... kalu pun keputusan berpisah ngan BERSATU masa tue...tetap gak UMNO akan didepan... Perikatan Nasional takkan terbubar... tapi UMNO yang jadi tonggak... dan Muhyiddin Yasin akan lepaskan jawatan..

YDP Agong akan bersetuju dengan cara ni... dimana Zahid Hamidi akan amik alih jawatan PM dari Muhyiddin Yasin untuk mengelak dari terpaksa membuat PRU15 dimasa Covid-19... dan UMNO akan lead semua... dimana kuasa penentu semua akan ditentukan oleh UMNO... PAS akan terpaksa ikut atau ditinggalkan....

UMNO + BERSATU memang tak cukup team... dan confirm PAS akan deal jugak sebab PAS nih bab cari peluang memang pandai... jadi PAS akan sanggup jadi balachi janji posisi depa still dapat lagi... depa tetap akan dapat jawatan...itupon kalo nak deal ngan UMNO la... kalu tidak.... yang ini maybe lawak aaa....

Aper pon... Perikatan Nasional akan tetap kekal selepas 31 Januari 2021 dan tak perlu diadakan PRU15 dalam tahun ini.... Hahaha.... Apa jadi pada Najib Razak dan Rosmah Mansor.... pihak pendakwaan akan menggugurkan kes.... dan semua yang ader kes akan clear... janji depa nak bersetia dengan Zahid Hamidi...

Bab UMNO nak bekerjasama dengan PKR dan DAP.... itu sekadar ajak-ajak ayam ja... saper yang bodoh akan kena sembelih lar.... Hahahaha.... Anwar Ibrahim??? Tetap akan jadi bakal jer.... Hahahahaha... Korang tak percaya tulisan gua nih?? Hahaha... takpa... masa akan menentukan.... nanti boleh gua gelakkan lu orang mana yang tak percaya tue..

Hahahaha



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1