Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Unity Government. Show all posts
Showing posts with label Unity Government. Show all posts

20 December 2022

Betul Ke Ni?

Bhai/DeeDee semua...

Betul ke UMNO ader 3.35 juta ahli??? Ahmad Maslan kata macam tue.... betul ke??

Dan betul ke semua ahli UMNO sokong Ahmad Zahid Hamidi??? Rasa macam karut ja kan... Sebab dalam UMNO pon la nih dah berpecah banyak.... Hahaha

Macam tak logik ja kan...


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan keupayaan beliau sebagai Presiden dalam memastikan UMNO dan BN terus ‘survive’ dalam arena politik Malaysia.

Keupayaan beliau memastikan semua ahli Parlimen UMNO / BN turunkan tanda tangan lebih awal menyokong semua keputusan beliau sebagai Presiden tersangatlah bijak.

Hal ini demikian kerana Datuk Seri Najib Razak juga gagal berbuat demikian biar pun menjadi Presiden buat beberapa penggal dan perkara ini disokong lebih 3 juta akar umbi UMNO.

Mana tidaknya, pada Mac lalu, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan dengan bangga mengumumkan kepada media UMNO memiliki keahlian kira-kira 3.35 juta orang.

Maka disebabkan permainan UMNO kini adalah berasaskan ‘apa yang Presiden makan, itulah yang akan dimakan akar umbi UMNO’, Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim takkan goyah.

13 December 2022

Boleh Bertahankah UMNO?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum yang UMNO sebenarnya sudah sampai ke peringkat paling rendah dalam kitaran hidup sebuah parti politik. Tidak dapat tidak UMNO perlukan reformasi.... sama ada reformasi kepimpinan atau reformasi organisasi...

UMNO diasaskan agak kuat dengan sokongan orang Melayu... tapi kini orang Melayu sudah ada pelapis pengganti untuk UMNO iaitu BERSATU... Malah kerjasaman BERSATU dan PAS dalam Perikatan Nasional (PN) telah menyebabkan UMNO lagi teruk.....

Seperti mana A. Kadir Jasin ada membicarakan perkara ini.... Nampaknya UMNO berdepan masalah yang paling kronik dalam sejarah penubuhannya...

Bekas menteri yang baru dipecat dari Umno, Annuar Musa, menyifatkan tindakan kepimpinan parti itu memecat ahli sebagai menggali kubur sendiri.

Tolak sebelah kepetahan beliau berhujah namun kenyataannya itu sekali gus menyimpulkan situasi yang sedang melanda parti tua yang tidak lagi agung itu. Kepada yang tidak tahu atau lupa, usia Umno sudah lebih 76 tahun.

Dipecat atau keluar parti bukan perkara luar biasa. Perlembagaan semua parti politik memperuntukkannya. Tapi dalam hal Umno ini, perbuatan memecat ahli yang memegang jawatan penting berleluasa dalam zaman gelora Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden.

So... apakah jalan keluar buat UMNO? Adakah UMNO berani untuk berubah? Adakah UMNO mampu bertahan?



Ntahla..


07 December 2022

Adakah Ini Penyebab Kebakaran Di MOF?

Bhai/DeeDee semua...

Semalam satu insiden kebakaran berlaku di Kementerian Kewangan.... katanya ada sampah terbakar di pusat pengumpulan sampah pukal Kementerian Kewangan....

Hehehe...

Tetiba hari nih keluar berita Ketua Setiausaha Perbendaharaan diarahkan bercuti dan berkemungkinan besar akan digantikan...

Jarang benda berlaku secara kebetulan bhai... Hahaha... macam pelik gak kan... Hahaha


Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Asri Hamidin, dilaporkan diberi cuti dan pegawai baru akan dilantik ke jawatan berkenaan tidak lama lagi.

Menurut laporan berita, Perdana Menteri Anwar Ibrahim - yang turut memegang portfolio kewangan - menyatakan dalam sidang akhbarnya semalam, akan ada "KSP" baru akan dilantik.

KSP merujuk kepada akronim bagi ketua setiausaha perbendaharaan.

06 December 2022

Mampukah Ahmad Zahid Hamidi Kekal Bertahan?

Bhai/DeeDee semua...

Persoalan yang kini terbentang depan mata kita semua ialah... Mampukah Ahmad Zahid Hamidi kekal bertahan sebagai Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan tidak lama lagi...

Tekanan dari pihak berhaluan kiri dalam UMNO yang menyalahkan Presiden UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) atas kekalahan teruk UMNO pada PRU15. Suara-suara yang menekan agar Presiden UMNO itu meletakkan jawatan sebenarnya semakin hari semakin kuat. Malah mereka juga menjalankan kempen secara senyap di belakang tabir kepada akar umbi....

Kita dapat lihat tekanan dan desakan ini kian membarah dalam UMNO...

Ikut plan asal... Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 memang dijadualkan pada 21 hingga 24 Disember 2022.. yang pernah ditangguhkan beberapa kali kini ditangguhkan lagi ke 11 hingga 14 Januari depan, menurut Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menerusi perkongsian di laman Twitternya, Ahmad berkata penangguhan itu disebabkan tarikh asal PAU 2022 dalam tempoh cuti sekolah.

"Oleh kerana 21 hingga 24 Disember waktu cuti sekolah dan ramai perwakilan yang ingin bercuti hujung tahun ke merata tempat, maka Perhimpunan Agung UMNO adalah ditangguh. Notis PAU 2022 akan dihantar secara rasmi tidak lama lagi," katanya.

Sebelum ini, Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 24 November memutuskan PAU 2022 diadakan pada 21 hingga 24 Disember.



04 December 2022

Antara Yang Best

Bhai/DeeDee semua...

Inilah masanya nak tengok sangat betapa hebatnya formula Rafizi Ramli... Kan dier dah jadi Menteri Ekonomi... Hahaha... kalu tak perform.... memang bungkuih la dier nih...

Gua memang tak kasik chan... gua tetap akan tibai... sebab gua bukan "Bangsa Slurpp" .... gua bukan Bangsa Menjilat... Hahahaha .. gua pulak memang bukan "Walanon"

Nasib la lu labu... hahaha ..



02 December 2022

Salahkan Orang Lain?

Bhai/DeeDee semua...

Antara Saifuddin Abdullah dan Wan Rosdy.... gua lebih percaya kepada Wan Rosdy... 

Kenapa gua percaya dekat Wan Rosdy... sebab Wan Rosdy tak pernah jadi katak yang melompat atau lalang yang condong ikut kepentingan...

Saifuddin Abdullah nih apa yang tak pernah dier kata yang bagoosh tentang PKR dan Pakatan Harapan masa dier dalam parti tue... tapi cuba tengok masa dier dah keluar... Hahahaha... Sebelum tu masa dier dalam UMNO... apa yang dier tak puji UMNO.... hahaha... cuba tengok masa dier dah melompat...

Jadi... cakap Saifuddin Abdullah nih memang satu pon tabley pakai... tue pon tatau la macam mana orang boleh undi dier lagi...

Hahahaa... beda'ah banyak sangat aaa...



01 December 2022

Lu Siapa?

Bhai/DeeDee semua...

Ini mesti masih nak push supaya dier dapat jawatan le nih... takder idea lain... Sudah la tak pernah perform pon masa jadi Menteri... lagi mau sembang...

Tak payah la nak susun atur siapa punya jawatan... lu siapa? Lu nobody la...

Menyampah dah tengok muka dier nih... 



Siapa Tersenarai Dalam Kabinet Anwar Ibrahim?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedang menunggu... apakah senarai barisan kabinet Anwar Ibrahim yang akan disenaraikan hari ini akan menepati ramalan banyak pihak dan seterusnya dapat melaksanakan tugas sebaiknya untuk Kerajaan Perpaduan....

Sori... gua takder detailnya setakat ini... Gua pon masih menunggu juga... cuma gua ader sedikit cadangan jer ...

Apa-apa pun .. kita harap semuanya berjalan dengan lancar dan orang yang berkebolehan berada pada kedudukan yang betul demi untuk merubah Malaysia ini menjadi sebuah negara yang maju, aman, stabil dan berdaya saing.

Ayuh Malaysia...



28 November 2022

Betulkah Anwar Ibrahim Berani?

Bhai/DeeDee semua...

Ini apa yang Malaysiakini dedahkan... dan apa yang Anwar Ibrahim sendiri katakan kepada semua wartawan.... Nampaknya Anwar Ibrahim mungkin seorang yang berani... Jadi tak timbul persoalan betulkah Anwar Ibrahim berani??

Apa pun kita tengok jer la nasib Anwar Ibrahim...

Sebab dalam Barisan Nasionak pun ader yang sekarang nih sedang buat langkah sumbang... ader yang kata Langkah Tropicana.... untuk menumbangkan Anwar Ibrahim semasa Undi Percaya di sidang Parlimen pada 19 Disember ini...




Betul La Tu

Bhai/DeeDee semua...

Betul la tu.... Memang orang baik takkan duduk sama orang jahat... Persoalannya sekarang... siapa yang baik dan siapa yang jahat?

Kalu lu kata UMNO/BN tu jahat.... abis tue pasai apa PAS buat Muafakat Nasional dengan UMNO??? Hahaha... Siap berpeluk sakat Abdul Hadi Awang dengan Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi tempohari....

Hehehehe... takkan sudah lupa?? Cepatnya lupa...

Adakah PAS itu baik dan Pakatan Harapan itu jahat? Betui ka camtue? Hangpa pakai neraca mana nih??? Parti Gerakan tue baik ka??? Bukan ka Gerakan tu yang kuat tolak RUU355, Hudud dan Tulisan Jawi???

Hahahaha ... adoilah



Mulut Tu Jaga Sikit

Bhai/DeeDee semua...

Benda simple jer.... nak berkempen dalam pilihanraya ka apa ka... takdak hal ... nak kondem atau kritik individu takder hal.. cuma bersedialah untuk dikenakan saman...

Tapi.... mulut tu jaga sikit bilamana menghina insitusi beraja.... sebab nanti kalu kena kutip... makan tak abis.... masa tue jangan menangis dan meroyan... ingat tue

Ada beza individu dan institusi .... kena paham tue..



Gila Ke Apa?

Bhai/DeeDee semua...

Telur Ayam bukan sesuatu barang dagangan yang boleh disimpan lama... Ianya ada tempoh luput.. Expiry Date... Jadi tidak logik kononnya ada pihak yang melakukan sorokan Telur Ayam dengan skala besar demi untuk mengugut dan menjatuhkan Kerajaan Malaysia pimpinan Ismail Sabri..

Kini ramai walaun dan macai dok bawak naratif kononnya sudah berlambak telur ayam di pasaran .... disebabkan kerana pemborong telah mengeluarkan telur-telur ayan yang disorok selama ini...

Gila la wei... Telur ayam mana boleh tahan lama ... tak macam telur yang dalam seluar yang boleh disimpan lama.... tak jadi telur tembelang ... hahaha

Jadi... memang tak logik la ader pemborong yang sorok telur ayam.... giler aaa.. takder sapa nak sabotaj.. takder sapa nak hoarding... takder siapa nak buat taik...

Gua tetap berpendapat... bahawa sebelum ini ader tekanan jualan telur ayam secara banyak ke Singapura disebabkan harga yang berbaloi... tapi kini dengan pengukuhan Ringgit Malaysia... maka lebih untung stok telur dijual tempatan dari segi kos logistik dan pembekalan...



Bila Kena Kat Dia

Bhai/DeeDee semua...

Adoilah... Hahaha.... Bila kena kat dia.... bukan main dier guna ayat pengadil alihkan tiang gol.... Hahahaha.... walhal masa Langkah Sheraton... bukan main dier puji pengadil sebab berlaku adil.... Hahahaha

Wei.... tak cukup nombor ker tue?? Hahahaha

Lawak siot... Hahaha

Bagaimanapun, dia bertanya bagaimana jika masa kecederaan diberikan bukan kerana kecederaan atau seri.

“Walaupun keputusan ada kemenangan untuk satu pihak, ada mata dan gol, tiba-tiba pengadil menambah (kecederaan) masa untuk memberi peluang kepada mereka yang jelas kalah supaya boleh menang dengan apa cara sekalipun, itulah masa yang ada - telah dicederakan oleh pengadil.

Aik.... takkan marah kat pengadil kot?? Hahaha
Jangan marah-marah... nanti kena jual.... hahaha

By the way... 

Lobai kan selalu bagitau dalam ceramah yang bola nih agenda Yahudi.... hahaha .... tapi macam mana Lobai boleh pandai bab bola sekarang nih?? Lobai dah join Yahudi yer?? HAHAHA





27 November 2022

Meroyan La PAS

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... akhirnya... memang dah boleh jangka dah... Alamat meroyan la PAS .... hahaha... tak dapat nak deal ngan UMNO/BN di Pahang....

Hahaha.... korang tengok la.... PAS/PN akan lebih kuat tabur fitnah berbagai dalam 5 tahun nih untuk ganggu dan gugat pembentukan Kerajaan Perpaduan Pahang yang diterajui oleh Barisan Nasional dan Pakatan Harapan....

Dan PAS/PN akan terus-terusan meroyan.. hahaha



Anwar Ibrahim Buat Dajei ...

Bhai/DeeDee semua...

Memang dengan naiknya seorang yang bernama Anwar Ibrahim nih sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke sepuluh... Anwar Ibrahim buat dajei..

Mana taknya dajei...

Anwar Ibrahim dah mulakan tradisi seorang Perdana Menteri tak amik duit gaji atas jawatan Perdana Menteri... cukup hanya sekadar elaun sebagai Ahli Parlimen jer.... Korang bayangkan la... ini dah jadi precedent.... Lepas Anwar Ibrahim dah takdak jadi Perdana Menteri (PM) .... yang gantikan dier takkan la pulak nak amik gaji... mesti rakyat akan kutuk giler punya...

Mesti rakyat akan compare PM selepas Anwar Ibrahim dengannya..... orang akan kata... aper hal ko nak amik gaji sebagai PM sedangkan Anwar Ibrahim dulu boleh ja jadi PM tapi tak amik gaji....

HAHAHAHAHAHA....

Naya wei... Anwar Ibrahim buat dajei....

Nih Anwar Ibrahim kata tak perlu ubahsuai pejabat... beli kereta baru... beli karpet baru..... cukup sekadar repair apa yang patut... betulkan apa yang patut... kalu boleh berjimat... silap berjimat...

Mampoih la PM selepas Anwar Ibrahim nanti nak bikin itu ini... mesti orang akan pertikai.. mesti orang akan compare.... Hahahaha...

Masaklah korang... Anwar Ibrahim dah create precedent.... Hahahahaha






Kesian Ketinggalan Bas

Bhai/DeeDee semua...

Hehehe..... sebenarnya kesian pun ader.... Hahaha... kesian kat Abdul Hadi Awang.... kesian sebab ketinggalan bas.... Hahaha...

Tapi itu la... sebab hati dier pon tak bersih sangat... hati dier pon tak stabil sangat.... macam mana nak bawak slogan bersih dan stabil... Hahaha... lawak kan...

Hahahaha... kesian ketinggalan bas...



26 November 2022

Kelakar Pun Ada

Bhai/DeeDee semua...

Kelakar pun ada bila apa yang gua tulis tadi siap dapat marah oleh orang ramai... Hahaha... 

Macam nih la... biasa kalu gua menulis nih... korang kena baca betul-betul sebab dalam banyak keadaan penulisan gua nih berlapis-lapis... Hahaha... ader point disitu... tapi kalu korang baca sekali lalu... memang takkan perasan... tambah lagi kalu korang dah siap ader persepsi dan tanggapan sendiri... hahaha... taksub atau penyokong kuat sesetengah pihak...

Pasai tue korang tak nampak apa yang gua tuliskan... aper yang gua pointkan...

Macam nih la... senarai yang gua bagi tue... ader lah satu senarai yang bukan biasa-biasa.... ianya adalah satu senarai yang telah dikaji dari sudut pandang strategi... Kalu korang nih level strategis... sure korang boleh nampak dan perasan....

Ader yang marah kata pasai apa masukkan sesetengah orang tue dalam senarai tue... katanya itu semua musuh.... Hahaha... itu la korang silap... hahaha... kena paham... senarai gua nih adalah senarai yang diolah dari satu strategi yang lebih ekstreme dari "The Art's of War" tulisan Tsun Zu.... hehehehe

Ini strategi perangkap dan maut... Strategi 'Multiverse"

Dan memang ianya diolah untuk memerangkap banyak orang dan banyak parti.... Hahaha... Maka bacalah dengan hati yang tenang dan terbuka ... Hahaha

Relaks aaa...



Kekal Menjadi Check & Balance

Bhai/DeeDee semua...

Bukan sahaja PAS dan BERSATU yang bersama dalam Perikatan Nasional (PN) mahu kekal menjadi check & balance... tetapi gua pon sama gak.

Kedudukan Anwar Ibrahim sebagai PM10 tidak memberikannya lesen untuk berbuat sesuka hati tanpa mengambil hirau akan kepentingan rakyat marhaen mustad'afin dan yang lain...

Gua akan tetap menegur dan mengecam mana-mana tindakan yang bertentangan dengan maslahat umum dan rakyat marhaen mustad'afin...

Itu ja nak bagitau...



23 November 2022

Body Language Abdul Hadi Awang

Bhai/DeeDee semua...

Kalu korang tera baca 'Body Language', mesti korang boleh nampak apa yg ditonjolkan pada PC Muhyiddin Yasin tadi.

Body Language Abdul Hadi Awang.. Hahahaha... Blurr... hahaha

Kelakar betul...

27 February 2020

Playing Innocent

Bhai/DeeDee semua....

Semalam lepas gua tonton siaran langsung perutusan PM Interim (Mahathir Mohamed) .... gua terus gelak besar.... sampaikan anak-anak tanya pasai apa gelak...

Hahaha.... mana taknya gua gelak.... sebab Mahathir Mohamed sedang create persepsi kepada umum .... tunjukkan dia telah diperdaya... ditipu dan dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu.... Ini teknik dipanggil "Playing Innocent" ....

Paling tak tahan tue.... dalam dier bercerita kat siaran langsung tue... dier terlupa yang dier jugak cakap yang dier tahu lebih awal benda nih.... disitu dah nampakkan yang Mahathir Mohamed bukan mangsa.... tapi pemangsa...

Hahaha.... Lu ingat Muhyiddin Yassin tue hebat sangat ka nak buat move macam tue kalu takder orang bekap dier.... Wei... Muhyiddin Yassin tue pengecut orangnya... Kalu dier hebat... tentulah masa dier kena pecat dari jawatan Timbalan PM oleh Najib Razak dulu dier dah melawan..... hahaha... ini tak... dier terus slow down... dan tak fight balik..... cuma bila Mahathir Mohamed ader belakang dier  la baru dier lawan Najib Razak dengan BERSATU.... Hahaha

Sebab itulah.... gua ader tulis baru-baru nih... siapa disebalik Muhyiddin Yassin.....

Hahahahaha...

Tapi kali nih... teknik "Playing Innocent" oleh Mahathir Mohamed telah dapat dibaca oleh ramai orang... dan ramai orang sedang menganjingkan Mahathir Mohamed....

Jangan terkejut kalu Mahathir Mohamed akan masukkan Muhyiddin Yassin, Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan ramai lagi dalam Kabinet Interim yang kononnya sebagai Unity Government tue..... Malah tak terkejut kalu lagi ramai geng UMNO yang akan ader dalam Kabinet Interim nih nanti....

Look and see......

Hahahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1