Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bas. Show all posts
Showing posts with label Bas. Show all posts

15 December 2022

Kena Selalu Terjah

Bhai/DeeDee semua...

Tindakan Anthony Loke nih gua suka... dier terjah sendiri... dier lihat dan rasa sendiri... dier boleh jer bertanya dan berborak dengan pengguna perkhidmatan infrastruktur dan pengangkutan awam...

Ini baik... Inilah caranya...

Satu part yang gua nak tengok Anthony Loke terjah adalah perkhidmatan e-Hailing... yang harganya tak terkawal...  takder paras lantai dan tak ada paras siling... Giler aaa... yang ini Anthony Loke kena selalu terjah... termasuk juga bas ekspress dan teksi... Ini penting...

Harap dengan terjahan yang selalu Anthony Loke nih buat... maka semua sudut industri pengangkutan awam dapat diperbaiki... Jalan rosak... lampu jalan tak menyala... tanda jalan hilang... dan macam-macam lagi perlu kerap diawasi dan diambil cakna...

Apa guna kita ada Jurutera Daerah ... boleh jer kita push depa untuk pro-aktif... betul la Jurutera Daerah dibawah kuasa Kementerian Kerjaraya... tapi apa salahnya Menteri Kerjaraya (Alexander Nanta Linggi) bersama dengan Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) untuk lebih cakna akan kemudahan kepada rakyat nih... kan kan kan...

Sure boleh kan???



27 November 2022

Kesian Ketinggalan Bas

Bhai/DeeDee semua...

Hehehe..... sebenarnya kesian pun ader.... Hahaha... kesian kat Abdul Hadi Awang.... kesian sebab ketinggalan bas.... Hahaha...

Tapi itu la... sebab hati dier pon tak bersih sangat... hati dier pon tak stabil sangat.... macam mana nak bawak slogan bersih dan stabil... Hahaha... lawak kan...

Hahahaha... kesian ketinggalan bas...



26 February 2013

Strategi Untuk Najib Razak Menang Di Parlimen Pekan

Bhai..... lu biasa pi ke Parlimen Pekan tak.... kawasan Parlimen Pekan nih besar oooo.... daripada kawasan Kem Askar kat atas Nenasi tue... sampailah ke Kem Askar di Felda Panching..... hahaha... kira Kem TUDM di Seri Gading tue (Kem Batu 10) pon masuk kawasan Parlimen Pekan.... hahaha... dasat kan.... hahaha

Jadi... camana Najib Razak nak pastikan dier menang kat Parlimen nih pada PRU13 nih.... hahaha.... kem askar dah masuk dah... jadi konfirm dapat banyak undi untuk dier.... hahaha...

Nih... cara terbaek untuk kuatkan pengaruh dan undi di Pekan aderlah dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan percuma... hahaha....  Lu bayang ka la... 4 bulan RapidKuantan beroperasi secara percuma di Kuantan, Indera Makmur, Gambang dan Pekan.... hahaha... percuma bhai...

Lu agak-agak berapa kos yang ditanggung oleh RapidKuantan selama 4 bulan nih nak bagi kemudahan percuma nih... hahaha.. agak-agak lu aaa...  berapa agaknyer.... hahaha.... sure berpuluh ribu paling kurang.... tak gitue... gaji pekerja kena gak bayar... kos minyak dan selenggara bas tue nak campak mana... semua tue kena kira bhai... mana ader yang percuma dah....

Tapi biler RapidKuantan boleh bagi percuma selama 4 bulan.... nampak macam ader yang tak kena... hahaha... memang pon ader yang tak kena.... pelik bin ajaib.... hahaha

Ini baek ader makna nih.... hahahaha


RapidKuantan tambah laluan percuma ke Ubai, Pekan

Kena berlatih jadi driver bas sebab lepas PRU13 nanti sudah tak jadi MB
KUANTAN - Bas RapidKuantan, milik Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) yang menyediakan perkhidmatan tambang percuma sehingga 30 April depan, hari ini menambah satu lagi laluan dari bandar Kuantan ke Ubai, Pekan.

Diletakkan sebagai 'Laluan 401' dengan jarak keseluruhan 35km, laluan berkenaan beroperasi antara Hentian Bas Sementara Pasar berdekatan Terminal Makmur ke Ubai melalui Tanjung Lumpur, Peramu, Kempadang, Pantai Sepat dan Penor.

Pengarah Kumpulan Divisyen Bas Prasarana merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Zohari Sulaiman berkata sebagai permulaan dua buah bas akan disediakan untuk laluan ini dengan kekerapan setiap dua jam.

"Operasi bermula seawal 6.30 pagi hingga 6.30 petang. Tumpuan diberikan kepada orang ramai berulang ke tempat kerja serta pelajar sekolah," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya mengambil keputusan menambah laluan tersebut berikutan menerima banyak permintaan daripada penduduk di kawasan berkenaan.

"Dengan adanya perkhidmatan laluan ini, diharap penduduk di sini lebih mudah berulang-alik ke tempat kerja di sekitar bandar Kuantan," katanya.

Perkhidmatan bas RapidKuantan mula beroperasi pada 1 Dis tahun lepas dan kini menyediakan perkhidmatan percuma sehingga 30 April untuk tujuh laluan.

Untuk makluman orang ramai Terminal Makmur, yang kini dinaik taraf untuk dijadikan Pusat Transformasi Bandar ditutup sementara dan digantikan Hentian Bas Sementara Pasar.

Orang ramai boleh menghubungi Pengurus Kanan Komunikasi dan Hal Ehwal Media Prasarana, Azhar Ghazali di talian 019-3837865 atau e-mel azharghazali@prasarana.com.my atau Haliza Hamid di talian 019-2210058 atau haliza@prasarana.com.my untuk maklumat lanjut.

23 January 2013

Ada Kupon Makan Tue... Hahaha

Bhai... 5 Februari nih lu jangan pergi mana-mana... Mari datang ke Padang Sekolah Kebangsaan Taman Inderawasih di Butterworth nih... hehehe... boleh dapat kupon makan la wei... hahaha... RM10 seorang punya kupon makan... hahahaha... hebat.. hebat...

Muhyiddin Yassin khabarnya akan hadir kat Himpunan Rakyat 1 Malaysia disini pada 5 Februari nih... jadi untuk dapatkan sekitar 20 ribu orang hadir... akan ada disediakan kupon makan sebanyak 20 ribu keping.... hehehe... pergh... hebat bhai...

Lepas la bajet makan malam hari tue... hahaha... jangan lupa bawak anak bini sedara mara dan jiran sekampung.... kasi ramai-ramai datang... kalu tidak membazir jer kupon sebanyak 20 ribu tue....  Modal dah kuar RM200 ribu untuk kupon makanan tue jer... hahaha..

Itu belum masuk lagi bajet untuk khemah dan siaraya... hahaha... Bas disediakan atau tidak tue gua tak tau.. Tapi biasanyer kalu ader even UMNO/BN... jangan risau... transport disediakan.... hahahaha... Jangan lupa aaa... janga kasi malu kat Muhyiddin Yassin... dier nak ader 20 ribu orang hadir... jangan kurang orang tau.... hahaha... nanti makana berlebih tue tak tau nak campak kemana.... hahaha..



Bhai.... lu bayangkan la kalu Pakatan Rakyat terpaksa nak sediakan kupon makanan untuk peserta #HKR112 itu hari... kata la kalu ader 100 ribu yang hadir... pergh... mau RM1 juta dah abis untuk kupon makan jer... hahaha.... mana PR nak cari duit.... hahahaha...

Mampuih punya la lawak BN nih nak dapatkan sokongan orang ramai.... hahaha... terpaksa kuar modal besar.... hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1