Kita semua sedia maklum yang UMNO sebenarnya sudah sampai ke peringkat paling rendah dalam kitaran hidup sebuah parti politik. Tidak dapat tidak UMNO perlukan reformasi.... sama ada reformasi kepimpinan atau reformasi organisasi...
UMNO diasaskan agak kuat dengan sokongan orang Melayu... tapi kini orang Melayu sudah ada pelapis pengganti untuk UMNO iaitu BERSATU... Malah kerjasaman BERSATU dan PAS dalam Perikatan Nasional (PN) telah menyebabkan UMNO lagi teruk.....
Seperti mana A. Kadir Jasin ada membicarakan perkara ini.... Nampaknya UMNO berdepan masalah yang paling kronik dalam sejarah penubuhannya...
Tolak sebelah kepetahan beliau berhujah namun kenyataannya itu sekali gus menyimpulkan situasi yang sedang melanda parti tua yang tidak lagi agung itu. Kepada yang tidak tahu atau lupa, usia Umno sudah lebih 76 tahun.
Dipecat atau keluar parti bukan perkara luar biasa. Perlembagaan semua parti politik memperuntukkannya. Tapi dalam hal Umno ini, perbuatan memecat ahli yang memegang jawatan penting berleluasa dalam zaman gelora Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden.
So... apakah jalan keluar buat UMNO? Adakah UMNO berani untuk berubah? Adakah UMNO mampu bertahan?
Ntahla..

