Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

12 October 2022

Nak Menang PRU15 Ke Tidak Nih?

Bhai/DeeDee semua...

Kupon Bantuan

Sebenarnya gua dah lama nak tulis bab ini tapi biasa la… biler ader benda lain yang datang… mesti lupa nak tulis benda ni… hehehe

Kita tahu banyak NGO yang suka berikan bantuan kepada marhaen mustad’afin dan golongan yang terkesan (ekonomi atau selainnya)
Dan setiap kali bantuan diberikan mestilah barang-barang makanan yang diberikan. Tumpuan pastinya akan lebih kepada sumbangan beras, tepung gandum, minyak masak, gula, garam, kicap, teh, kopi, milo, mee segera dan sardin.

Kita faham itulah piawaian kotak bantuan yang selalu disediakan oleh badan-badan kebajikan, NGO dan juga agensi Kerajaan.

Tapi…

Tapi kalu penerima yang sama mendapat dua tiga kali kotak bantuan yang mempunyai isi kandungan yang sama… maka agak bermasalah lah jugak.

Sebab biasanya penerima kotak bantuan tu perlukan benda-benda lain seperti cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, asam jawa, asam gelugur, cuka atau yang lainnya…

Mungkin jugak penerima perlukan susu untuk bayi, lampin pakai buang atau tisu wanita. Tentunya penerima bantuan nih agak segan nak bertanya. 

Ada orang kata kalu kita berikan bantuan secara wang tunai akan jadi isu salahguna dan pelbagai lagi… Malah orang kata ianya tak sesuai.

So…

Apa kata kita tukar konsep pemberian kotak bantuan kepada Kupon Bantuan yang bernilai setara.

Dulu di Hypermarket Giant ada dijual Gift Card bernilai RM10, RM50 dan RM100. Gift Card ini hanya boleh digunakan untuk membeli apa-apa barangan di Giant. 

Jadi kita boleh gunakan cara ini bagi memudahkan penerima bantuan membuat pilihan barangan keperluan mereka sendiri. Pastinya kita boleh lock kad kupon ini hanya boleh  digunakan untuk pembelian barangan tertentu sahaja.

Kerjasama dengan semua Pasaraya Besar dan setempat seperti AEON Big, Lotus’, Giant, Mydin, NSK, KKMart, 99Sperdmart, 7Eleven, JayaGrocer dan lain-lainnya boleh dibuat.

Buat lah satu “Unified Cashless Paying Coupon” yang standard dimana boleh digunakan disemua tempat ini dan semua NGO, badan kebajikan serta Agensi Kerajaan ini boleh membelinya.

Nak mudah… Kad Kupon Bantuan ini boleh dibeli di semua Pejabat POS di seluruh Malaysia. Bila lagi kita nak memanfaatkan rangkaian Pejabat POS yang memang lengkap dan tersambung dengan rangkaian Internet.

Satu logo boleh digunakan… sebagai contoh Kad Kupon Bantuan ini kita boleh beri nama Kupon Bantuan Keluarga Malaysia (KBKM). Kita boleh buat Kad Kupon Bantuan ini dalam dua bentuk (preload) atau (cycleload)

Preload (kad sekali guna) 
Cycleload (kad boleh guna banyak kali - tambah nilai)

Bukankah ianya lebih mudah???

Sure mesti akan ada yang kata bagaimana pula dengan mesin “Terminal Pembayaran”… apa nak susah… Semua pekedai yang nak meneriman kupon ini perlulah mempunyai smartphone …  dan mempunyai satu perisian khas (mobile apps KBKM).

Lagi satu… mesti akan ader mangkuk / wqlaun / macai yang akan kata kenapa tak gunakan Boost atau TouchNGo… Hahaha… 

Kalau guna Boost atau TouchNGo… kita tak boleh kawal pembelian barangan tu… nanti tak pasai-pasai penerima bantuan dok shopping benda tak tentu hala macam beli arak, rokok, vape ataupun berjudi mesin kuda… (hahaha)

By the way… gua lebih prefer kita gunakan Kad Kupon Bantuan Keluarga Malaysia nih dari jenis Cycleload.

Amacam?? 

Takdak sapa ahli politik ka yang nak jadikan benda nih realiti ka? Takkan taknak masukkan jadi bahan kempen PRU15… Apa lagi mau tunggu? Takmo nak menang ka?

Oh ya… Consultancy Fees gua lu orang jangan lupa… tak mahal… RM2 juta jer untuk idea yang ini… Hahaha

Nak yang lain-lain servis (terutamanya cara camana nak menang PRU15) boleh diskas ngan gua.. Takder masalah… PM tepi ja…  gua taknak jawatan politik… gua nak komisyen dan fees gua jer…
Ader paham?? Hahaha

#pru15 #kempen #ideakempen #bantuanbanjir #danabanjir #ngo #danapru



No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1