Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

29 October 2022

Rasuah Pilihanraya Menggunakan Matawang Kripto?

Bhai/DeeDee semua...

Pilihan Raya Umum Ke-15 di Malaysia pada 19 November 2022 akan menyaksikan penggunaan mata wang digital dan mata wang kripto akan digunakan secara meluas sebagai medium untuk merasuah pengundi.

Ia berkemungkinan dilaksanakan secara sembunyi-sembunyi atau pun secara terbuka. Setakat ini diketahui ada pihak yang cuba mendapatkan undi dengan menggunakan kaedah ini.

Penggunaan mata wang digital atau mata wang kripto dilihat dapat mengelak pengesanan dan pengesanan pertukaran wang antara pemberi rasuah dan penerima rasuah.

Malah rasuah yang besar boleh diberikan kepada penerima tanpa melibatkan bank dan institusi kewangan.

Secara tidak langsung PRU15 kali ini akan menjadi medan teknologi sama ada dari segi kempen mahupun dari segi rasuah.

Pihak bertanggungjawab seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, SPRM dan PDRM diharap lebih proaktif dalam menangani kesan penggunaan teknologi telefon pintar, komputer, media sosial, blockchain dan Internet.



4 comments:

  1. Sudah banyak berlaku di seluruh dunia bhai dah jadi trend. Peer to peer je. Kat sini pun pelombong2 kripto dah ke 5 atau 6 terbesar di dunia sebab berlaku kecurian letrik yg melampau. Negara dah rosak sangat2 teruk.

    ReplyDelete
  2. Cukuplah. Bagi peluang kat dsai. Blm teruji lagi. Kita ada peluang 5 tahun sekali.. Kita rakyat.

    ReplyDelete
  3. Tambahan ilmu supaya orang awam tahu.

    Matawang digital dapat dikesan sebab di hasilkan oleh bank pusat/negara pengeluar sebab di pasangkan oleh spyware ( pengitip digital) supaya mereka yang berkuasa dapat melihat setiap pembelian/transaksi. Contoh digital yuan & dolar sedang dalam fasa 1 tengah di dalam proses percubaan.

    Walhal, matawang kripto adalah desentralisasi ( di luar kawalan pihak berkuasa) bermaksud bukan di bawah jaringan bank pusat/negara mana-mana pihak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  4. Tambahan ilmu supaya orang awam tahu.

    Matawang digital dapat dikesan sebab di hasilkan oleh bank pusat/negara pengeluar sebab di pasangkan oleh spyware ( pengitip digital) supaya mereka yang berkuasa dapat melihat setiap pembelian/transaksi. Contoh digital yuan & dolar sedang dalam fasa 1 tengah di dalam proses percubaan.

    Walhal, matawang kripto adalah desentralisasi ( di luar kawalan pihak berkuasa) bermaksud bukan di bawah jaringan bank pusat/negara mana-mana pihak bertanggungjawab.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1